Anda di halaman 1dari 1

Kepercayaan kepada tuhan

Semua rakyat mesti percaya kepada tuhan dan mengakuri kuasanya. Bangsa dan negara telah diwujudkan atas
kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan.
Prinsip ini adalah amat penting dalam pembentukan sebuah negara yang stabil, harmoni dan mengamalkan undang
undang yang tidak bercanggah dengan nilai nilai ketuhanan.
Agama Islam adalah agama rasmi Malaysia tetapi rakyat bebas menganuti agama agama lain.
Kesemua ajaran agama menyeru penganut penganutnyasupaya mengamalkan kehidupan yang positif, mempunyai sifat
sifat mulia dan peribadi yang baik seperti saling bantu membantu dan hormat menghormati.
Apabila rakyat Malaysia berpegang teguh kepada agama, mereka akan rasa bersyukur dengan kemakmuran, keamanan
dan kekayaan negara yang mereka kecapi.

kesetiaan kepada raja dan negara

Sistem pemerintahan negara Malaysia ialah Raja berperlembagaan yang diketuai oleh Yang di-pertuan Agong.
Baginda adalah lambang negara dan simbol perpaduan rakyat. Baginda memerintah negara dengan bijaksana untuk
memastikan bahawa rakyatnya dapat hidup sempurna dan negara mencapai kedudukan yang membanggakan dalam arena
dunia.
Sebagai balasan, setiap warga negara hendaklah menumpukan taat setia yang tidak berbelah bagi dan benar benar
jujur kepada Yang di-pertuan Agong dan negara.
Kesetiaan ini berupaya melahirkan kerjasama antara rakyat dan kerajaan supaya mereka mereka boleh berganding
bahu untuk membangun dan memajukan negara

Keluhuran perlembagaan

Istilah perlembangaan adalah sangat luas dan mencakupi segala aspek kehidupan manusia seperti kebbebasan diri,
agama, kewargaanegaraan, badan badan pemerintah, perundang, kehakiman dan lain lain.
Perlembagaan Persekutuan adlah Undang undang tertinggi yang memberi seseorang warganegara hak hak asasi dan
keistimewaan tertentu.Menurut perlembagaan setiap rakyat mempunyai tangungjawab dan kewajipan terttentu terhadap
bansa dan negara.
Rakyat mesti menghormati dan menyanjung perlembagaan tanpa perasaan ragu ragu atau syak wasangka.
Setiap orang di Malaysia harus mengamalkan prinsip Keluhuran Perlembagaan untuk menentukan kedamain dan
kesentosaan negara serta masyarakat Malaysia yang bersatu padu.

Kedaulatan undang undang

Prinsip yang keempat menjelaskan ketinggian undang undang. Segala keadilan adalah berasaskan kedulatang undang
undang.
Undang undang menjaminkan keadilan dalam masyarakat iaitu setiap orang adalah bertaraf sama di sisi undang
undang tanpa mengira keturunan kaum, agama atau adat resam.
Oleh yang demikian, undang undang negara perlu di patuhi dan tiada sesiapa pun yang boleh mengatasi undang undang
termasuk Yang di-pertuan Agong.
Kedulatan undang undang mrnjamin keadilan dalam pemerintahan dan pentabiran negara bagi mewujudkan negara
yang aman dan makmur. Akibatnya semua lapisan masyarakat akan menikmati kestabilan politik, kesejahteraan sosial dan
kekayaan ekonomi.

Kesopanan dan kesusilaan

Masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum. Mereka mempunyai cara hidup, kebudayaan dan kepercayaan
yang terdiri.
Sikap tolak ansur, bertimbang rasa, bersopan santun dan saling memahamiamaln hidup kaum lain adalah sangat
penting bagi menjamin hubungan yang harmoni dan mesra.
Setiap orang dan setiap golongan hendaklah mengurus hal masing masing dengan cara tidak melanggar tatasusila.
Sebuah masyarakat yang mempunyai sifat sifat baik ialah masyarakat yang kukuh ciri ciri moral dan etikannya.
Ini merupakan asas yang baik bagi pembentukan negara yang sihat dan maju dalam segi seperti sosial, politik,
ekonomi, perpaduan negara dan kesepaduan bangsa.

Anda mungkin juga menyukai