Anda di halaman 1dari 4

IMPLIKASI LBGT

Agama Islam melihat perbuatan LGBT sebagai satu perbuatan yang menjijikkan dan
menyalahi fitrah manusia. Perkara ini dirakamkan oleh Allah SWT didalam surah al-
Araf ayat 80

Maksudnya: Dan (Kami juga telah mengutus) Luth (kepada kaumnya). (Ingatlah) tatkala
dia berkata kepada mereka: "Mengapa kamu mengerjakan perbuatan faahisyah itu,
yang belum pernah dikerjakan oleh seorangpun (di dunia ini) sebelummu?"

Pengiktirafan kumpulan LGBT dan membenarkan perkahwinan sesama jantina


akan menimbulkan kekeliruan dalam kehidupan sosial umat Islam. Menurut Puteri
Hayati dan Megat Ahmad Nurul Hudani ( 2015), gejala ini akan memudaratkan
ketamadunan manusia melalui keruntuhan struktur sosial keluarga kerana tidak wujud
lagi ibu dan bapa jika pasangan ini berkahwin. Apatah lagi kebanyakkan pensyariatan
Islam juga mempunyai kaitan dengan fitrah ketetapan jantina manusia seperti aurat,
perkahwinan, nasab atau keturunan, farid (pembahagaian harta pusaka) dan lain-lain
lagi. Noor Hafizah Haridi et al ( 2016)

Gejala LGBT merupakan satu corak hidup yang berlaku di serata negara dunia
yang sedikit sebanyak membawa tempias yang hebat ke atas negara Malaysia. Amran
Hassan dan Noriah Mohamed ( 2014). Hakikatnya, keadaan ini adalah bertentangan
sama sekali dengan ajaran agama dan budaya .Haron Din (2010).Tabiat ini lama
kelamaan akan mendatangkan kesang buruk terhadap kesihatan seperti AIDS.
Menurut McBee & Rogers, (1994), corak dan gaya hidup sebegini mencetuskan
pelbagai kesan negatif dalam masyarakat dunia dan Malaysia sehingga mengundang
pelbagai penyakit yang tidak diingini seperti penyakit AIDS. Hal ini turut disokong oleh
Siti Musdah (2009) yang menyatakan bahawa mereka yang terjebak dengan
homoseksual ini lari daripada orientasi seksual yang sebenar dan menyumbang kepada
penyakit AIDS.

Selain itu, menurut kajian dari pengkaji terdahulu mendapati remaja yang terlibat
dengan LGB (Lesbian, Gay & Biseksual) mempunyai risiko yang tinggi untuk terlibat
dengan tingkah laku berisiko dan mempunyai masalah kesihatan mental berbanding
dengan remaja normal (Bell & Weinberg 1978).Menurut Rosario Hunter & Gwadz (1997
) Golongan ini juga mudah terjebak dengan penyalahan dadah dan alcohol. Tidak
cukup dengan itu, kesan daripada gejala LGBT ini juga akan menyebabkan seseorang
itu memiliki sahsiah yang tidak baik. Anderssen ( 2002).

Semua ini bakal membawa kepada pelbagai kesan negatif yang boleh
menghancurkan sesebuah masyarakat dengan begitu mudah sekali sekiranya tidak
dibanteras isu ini secara lebih global.Muhamad Zafeeruddin (2004) . Oleh itu, bagi
mengelakkan berlakunya gejala ini, setiap individu perlu kembali kepada ajaran Islam
yang sebenar dengan berpegang dengan al-Quran dan hadis. Hal ini adalah selari
dengan satu hadis daripada Nabi Muhammad s.a.w yang berbunyi;

Aku tinggalkan kamu selagi mana kamu berpegang teguh dengannya pastilah kamu
tidak akan sesat selama-lamanya iaitu Kitab Allah dan Sunnahku.

(Hadis riwayat imam Muslim no 1661)

Berdasarkan hadis tersebut, jelas bahawa seseorang muslim yang menjadikan


AlQuran dan sunnah sebagai amalan hidup tidak akan melakukan perkara yang tidak
bermoral. Sebaliknya, bagi mereka yang mengamalkan agama, individu akan kurang
cenderung untuk membunuh diri, kurang pengambilan rokok dan marijuana serta
kurang penglibatan dalam penglibatan seksual (Donahue & Bonson 1995).
RUJUKAN

McBee, S. M., & Rogers, J. R. 1994. Identifying Risk Factors for Gay and Lesbian Suicidal
Behavior: Implications for Mental Health Counselors. Journal of Mental Health
Counseling: 143-155.

Haron Din. (2010). Manusia dan Islam (Jilid Dua). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Amran Hassan dan Noriah Mohamed. 2014. .Alternatif Keagamaan Dan Kaunseling; Sebagai
Rawatan Utama Mengatasi Permasalahan Homoseksualiti. Journal of Human
Development and Communication:79-92

Noor Hafizah Haridi , Kamal Azmi Abd. Rahman & Rosni Wazir. 2016. Metodologi Dakwah
Terhadap Golongan Lesbian, Gay, Biseksual Dan Transgender (Lgbt). Jurnal Pengajian
Islam.3(2): 104-117

Bell, A.P., & Weinberg, M.S. 1978. Homosexualities: A Study of Diversity among Man and
Women. New York: Simon & Schuster

Rotheram-Borus, M. J., & Fernandez, M. I. 1995. Sexual Orientation and Developmental


Challenges Experienced By Gay and Lesbian Youths. Suicide And Life Threatening
Behaviour, 25, 26-34.

Anderson N. 2002. Does contact with lesbians and gays lead to friendlier altitudes? A two year
longitudinal study. Journal of Community and Applied Social Psychology, 2(2), 124-136.

Muhammad Zafeeruddin. (2004). Bahaya Homoseks Liwat. Klang: Klang Book Centre.
Donahue, M. J., & Benson, P. L. 1995. Religion and the well-being of adolescence. Journal of
Social Issues. 51, 145-160.

Abu Husain Muslim bin al-Hajjaj Al-Qusairyy an-Naiaburi.( 2000) Kitab Hadis Sahih Muslim .
Dar Al-Kutub Al-Ilmiyah Beirut- Lebanon

Anda mungkin juga menyukai