Anda di halaman 1dari 1

SJK(T) LADANG PASAK / Fax : 07-8932700

KB 507,
81909 KOTA TINGGI email:jbd3016pasak@gmail.com
JOHOR DARUL TAKZIM.

Ruj. Kami : JBD3016/100 13/1 ( 2 )


Tarikh : 5 Oktober 2017

Kepada,

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi


Pejabat Polis,
Daerah Kota Tinggi.

Tuan,

PERMOHONAN MENGADAKAN CERAMAH DISIPLIN DI SEKOLAH

Perkara di atas adalah dengan hormatnya dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan, pihak sekolah akan mengadakan Program Ceramah Disiplin


2017 di sekolah. Program ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada murid-murid SJK
(T) Ladang Pasak supaya murid-murid dapat mengenali kepentingan menjaga disiplin.

Tarikh : 23.10.2017
Hari : Isnin
Masa : 10.30 pg 12.30 ptg
Tempat : Dewan Serbaguna Sekolah

3. Sehubungan itu, pihak sekolah ingin memohon pihak tuan menghantar seorang
Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) untuk mengadakan ceramah disiplin tersebut.

4. Segala jasa baik pihak tuan amatlah kami hargai dan didahului dengan ucapan
ribuan terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

....................................................
(VIJIASSRY LATXMY A/P EKAMBARAM)

Anda mungkin juga menyukai