Anda di halaman 1dari 19

1.

0 PENDAHULUAN

Personaliti guru memainkan peranan kerana ianya mempengaruhi


pengajaran dan pembelajaran. Personaliti guru sering menjadi perhatian pelajar-
pelajar. Guru yang mempunyai sifat sabar yang tinggi, mesra, bertimbang rasa,
kesediaan mendengar, kesediaan menerima kritikan, rajin, adil, periang dan
berdedikasi akan mencerminkan personaliti diri seseorang guru itu untuk menjadi
pendidik yang sejati. Guru juga perlu mempunyai sifat yang kreatif dan inovatif bagi
membolehkan guru mencapai prestasi yang tinggi. Sifat kreatif dan inovatif yang ada
pada guru itu, akan mewujudkan pengajaran guru yang lebih menyeronokkan,
diminati dan meninggalkan kesan kepada pelajar dan secara tidak langsung
mempengaruhi pelajar untuk terus belajar.

Individu yang bergelar guru perlu sentiasa melakukan refleksi dan kritik-
kendiri, fleksibel dalam pendekatan-pendekatan pengajaran dan pembelajaran dan
perlu mempunyai semangat untuk mengajar pelajar. Personaliti guru sering menjadi
penilaian yang dibuat bersama oleh anggota masyarakat khasnya pelajar dan
ibubapa. Pada ketika dahulu, personaliti guru turut menjadi ikutan dan idola pada
masyarakat. Status guru dipandang tinggi dan mulia oleh masyarakat ketika itu,
namun kini segalanya telah berubah kerana sesetengah guru tidak menjaga
personalitinya bila berada dalam lingkungan masyarakat. Sifat-sifat yang sepatutnya
wujud pada diri seorang guru semakin berkurangan kerana guru tidak menjiwai apa
tugas sebenar untuk menjadi guru dan hanya melihat perguruan dan tugasnya bukan
semata-mata sebagai satu pekerjaan tetapi sebagai satu profesion.

1.1 PENGENALAN

Takrifan personaliti membawa maksud satu konsep yang mengambarkan


keperibadian seseorang manusia. Manakala mengikut Dictionary of Psychology
(1973), personaliti ditakrifkan sebagai hasil paduan sifat fizikal, mental, emosi, nilai
dan perlakuan seseorang manusia dalam perhubungan sosialnya, sebagaimana
yang dilihat oleh manusia lain.

Dalam konteks perguruan,sifat-sifat personaliti yang positif, iaitu yang baik,


sesuai, berkesan dan mulia yang perlu ada pada seseorang guru atau ahli
professional keguruan adalah merujuk kepada personaliti seseorang guru.
Seseorang guru yang sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan kualiti
pengajarannya dan sentiasa mementingkan kejayaan dan kebajikan pelajar-
pelajarnya dikatakan mempunyai profesionaliti yang tinggi. Oleh itu, seseorang

1
guru itu dapat dilihat bahawa perguruan dan tugasnya bukan semata-mata sebagai
satu pekerjaan tetapi sebagai satu profesion.

Personaliti guru yang dianggap positif adalah satu penilaian yang dibuat
bersama oleh anggota masyarakat khasnya pelajar dan profesion perguruan
terhadap para guru bukan sahaja pakar yang mengajar tetapi juga sebagai pakar
yang mendidik kanak-kanak dalam sesuatu institusi pendidikan seperti sekolah. Oleh
itu, personaliti guru dapat dilihat daripada tingkah lakunya, satu cara bagi melihat
personalitinya ialah dengan menentukan apa yang dicerminkan oleh tingkah lakunya.

Personaliti guru yang dianggap positif adalah satu penilaian yang dibuat
bersama oleh anggota masyarakat khasnya pelajar dan profesion perguruan
terhadap para guru bukan sahaja pakar yang mengajar tetapi juga sebagai pakar
yang mendidik kanak-kanak dalam sesuatu institusi pendidikan seperti sekolah. Oleh
itu, personaliti guru dapat dilihat daripada tingkah lakunya, satu cara bagi melihat
personalitinya ialah dengan menentukan apa yang dicerminkan oleh tingkah lakunya.

1.2 Latar belakang

Pendidikan perguruan memainkan peranan penting bagi pencapaian


matlamat pendidikan sesebuah negara. Guru merupakan individu yang memainkan
peranan untuk memberi fokus kepada pemerolehan kemahiran dan ketrampilan di
samping keperluan menerapkan nilai-nilai murni di kalangan pelajar sekolah. Guru
semakin dianggap bertanggungjawab untuk memperbaiki segala kelemahan dan
kekurangan di kalangan pelajar sama ada dari aspek mental mahupun moral.

Aspek peribadi guru yang bersikap tidak sesuai dan tidak mencerminkan
seorang guru yang sejati dengan tingkah laku dan gelagat yang merendahkan
martabat diri contohnya lambat masuk kelas mengajar, masuk sekejap kemudian
tinggalkan pelajar membuat kerja sendiri, dan suka membuang masa mencerminkan
peribadi guru itu perlu diubah. Aspek peribadi yang perlu ada pada seseorang guru
perlu mempunyai sikap positif dan memiliki ketrampilan pengetahuan dan kemahiran
yang tidak dipertikaikan, berfikiran terbuka (tidak sempit, jumud dan beku), pandai
mengurus masa dan keperibadian yang tinggi iaitu menepati masa, masuk ke kelas
dengan cepat, mengajar dengan penuh dedikasi, suka bekerjasama dengan rakan
sejawat dan mempunyai sifat dan ciri-ciri profesionalisme dan profesionaliti yang
tinggi perlu ada pada diri setiap individu yang bergelar pendidik.

2
Terdapat beberapa sorotan kajian yang telah dilakukan oleh beberapa orang
pakar berkaitan dengan personaliti guru mempengaruhi pelajar dalam pengajaran
dan pembelajaran. Kajian ini telah dijalankan oleh tokoh-tokoh pendidikan semenjak
dahulu lagi, semua kajian ini bertujuan untuk memperbaiki kelemahan dan strategi
untuk mempertingkatkan mutu pengajaran guru.

Flanders(1960) telah mengkaji tentang jenis dan cara pengaruh guru, sikap
pelajar dan kesannya terhadap pencapaian pelajar dalam mata pelajaran matematik
dan sains sosial. Beliau melaporkan bahawa terdapat empat ciri positif guru yang
dianggap sangat kuat pengaruhnya terhadap motivasi, sikap dan pembelajaran
pelajar di dalam bilik darjah.

1.2.1 Guru yang boleh memain peranan yang spontan dalam pelbagai situasi yang
berbeza, iaitu daripada yang aktif kepada yang agak pasif, sama ada
peranannya sebagai pengawas atau pembantu dalam situasi pengajaran dan
pembelajaran.

1.2.2 Guru yang boleh menukar peranannya dengan serta merta menurut
kehendak situasi, dan tidak terikat hanya kepada satu cara berinteraksi tanpa
memikirkan cara-cara lain yang lebih sesuai.

1.2.3 Guru yang cepat membuat diagnosis mengenai situasi, dan cepat membuat
keputusan mengenai sesuatu tindakan yang seharusnya dijalankan.

1.2.4 Guru yang mempunyai kesedaran yang sensitif dan kritis sebagai pengawas
dan pemerhati di dalam bilik darjah.

Thorndike, Hull dan B.F.Skinner(1971) telah membuat kajian yang


menunjukkan bahawa pembelajaran dapat dicapai dengan berkesannya apabila
usaha seorang pelajar diikuti oleh satu perasaan pencapaian (pengukuhan). Cara
untuk mendapatkan pelajar membuat sesuatu dengan cepat dan menyukai kerja
sekolah ialah dengan memberi perhatian kepada kerja-kerja yang baik yang dibuat
oleh mereka. Semasa memenuhi keperluan untuk pencapaian ini, yang ada pada
semua pelajar, guru seharusnya mengendalikan aktiviti bilik darjah pada ras
pencapaian semasa bagi setiap orang pelajar.

J.S.Kounin dan P.V.Gump juga telah membuat kajian iaitu hasil kajiannya
menunjukkan bagaimana tingkah laku guru mempengaruhi tingkah laku pelajarnya.
Dalam kajian ini, enam orang guru tahun satu telah dipilih, tiga orang daripada
mereka menggunakan denda dan tiga orang lagi tidak mengenakan denda. Setiap

3
orang daripada 174 orang pelajar ditemubual untuk mendapat maklumat berkaitan
dengan perkara yang paling buruk sekali yang dilakukan di sekolah. Setiap orang
pelajar yang ditanya kenapa dia memikirkan kelakuan yang tidak sopan itu buruk.

Ahli penyelidik tersebut membuat kesimpulan bahawa jika dibandingkan


kedua-dua kumpulan pelajar, mereka yang mempunyai guru yang suka mendenda
menunjukkan tingkah laku yang lebih agresif, tidak tenteram, mempunyai konflik
dengan kelakuan yang tidak sopan, tidak mengambil berat terhadap pelajaran atau
sekolah, tidak mempunyai pemikiran yang rasional terhadap tingkah lakunya di
sekolah tetapi pemikiran tersebut tidak begitu tekal.

Kajian yang telah dilakukan oleh Hart (1934) menunjukkan empat sebab yang
paling kerap dinyatakan bagi guru-guru yang paling disukai oleh 3725 orang pelajar
di sekolah menengah di Amerika Syarikat iaitu :

Alasan pelajar menyukai personaliti guru :

i. Sedia menolong dalam kerja-kerja sekolah, pengajarannya jelas dan


menggunakan contoh-contoh dalam pengajaran
ii. Periang dan peramah, suka berlawak dan pelajar pun boleh berlawak
dengannya
iii. Berperikemanusiaan, baik dan menganggap pelajar sebagai sahabat
iv. Mempunyai minat dalam hal-hal pelajar dan memahami pelajar

Empat sebab yang paling kerap dinyatakan bagi guru-guru yang paling tidak
disukai oleh 3725 orang pelajar sekolah menengah.

i. Terlampau kasar, keras, cerewet, tidak pernah senyum, suka penyindir


dan pembengis
ii. Tidak membantu kerja-kerja sekolah, pengajaran tidak jelas dan tidak
teratur
iii. Menyayangi sebahagian pelajar dan tidak menyayangi pelajar yang lain
iv. Sombong, besar diri, tidak kenal nama pelajar dan tidak mempunyai
minat terhadap pelajar

Kajian ini jelas menunjukkan bahawa selain teknik mengajar yang boleh
mempengaruhi pelajar, terdapat berbagai-bagai personaliti guru yang boleh
mempengaruhi sikap dan minat pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran di
dalam bilik darjah.

4
Kemahiran ini merupakan aspek penting kerana ianya menggambarkan sifat
interaksi guru-guru yang berjaya. Ini merupakan sifat-sifat yang positif, selain
pengetahuannya mengenai isi sesuatu mata pelajaran yang diajar.

Beliau juga mengatakan guru-guru yang kurang berjaya kerana mereka terikat
kepada sesuatu prosedur pengajaran dan cara berinteraksi yang ketat. Mereka ini
sangat ketat dalam pengawasan di dalam bilik darjah dan tidak memberi kebebasan
kepada pelajar berinteraksi sesama mereka dan guru ini juga kurang sensitif kepada
keperluan pelajar sebagai individu.

Manakala menurut Sue Leach (2006) personaliti dan cara pengendalian kelas
boleh mencerminkan keperibadian seseorang guru. Seseorang guru perlu belajar
dari pengalaman sendiri, dari pengalaman sewaktu bergelar pelajar dan seseorang
guru itu perlu memperuntukkan masa untuk memikirkan strategi pengajaran di antara
guru dan pelajar bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan
berkesan. Seseorang yang bergelar perlu mempunyai sikap menjadi seorang
pendengar yang baik, berkebolehan berkomunikasi melalui pandangan mata di
antara guru dan pelajar,pengetahuan pembendaharaan kata bagi memastikan
pelajar memahami apa yang ingin disampaikan oleh guru atau berkemahiran
berkomunikasi secara lisan dan tanpa lisan, berpengetahuan untuk daya memujuk
pelajar dengan tidak terus menghukum pelajar sekiranya melakukan kesalahan dan
berkeyakinan untuk menyakinkan pelajar bahawa guru itu adalah seorang yang
berilmu dan berpengetahuan terhadap apa yang ingin disampaikan.

2.0 PERSONALITI GURU

Pendekatan individu merupakan komponen kemahiran dan teknik personal pada


seseorang guru semasa proses interaksi berlaku antara guru dan pelajar. Kebolehan
guru bagi mewujudkan persefahaman dan rasa saling percaya mempercayai dengan
pelajar dengan mengambil kira beberapa aspek. Ciri-ciri personal guru yang digemari
oleh pelajar akan membolehkan guru dengan lebih mudah diterima dan mendapat
sokongan daripada pelajar-pelajar, seterusnya memudahkan tugas pengurusan dan
pengajaran guru di sekolah dan di bilik darjah. Pada umumnya, pelajar menyanjung
tinggi guru-guru yang memiliki ciri-ciri personal yang berhemah tinggi. Ciri-ciri
personal guru yang berhemah tinggi ini juga sangat penting bagi membolehkan guru
yang menjadi model yang berwibawa dan dihargai oleh pelajar-pelajar. Di antara ciri-
ciri personal yang digemari oleh pelajar ialah mempunyai sifat sabar, tenang,

5
dedikasi, periang, bertimbang rasa, adil, rajin.mesra, kreatif, inovatif, kesediaan
mendengar kritikan dan teguran.

Penampilan juga memainkan peranan dalam membentuk personaliti seseorang


guru. Guru perlu menampilkan ciri-ciri seperti pemilihan pakaian, kebersihan tubuh
badan dan kekemasan diri. Penampilan guru yang boleh mengganggu tumpuan
pelajar adalah seperti imej guru yang tidak kemas, selekeh, tidak bersih, memakai
perhiasan diri yang keterlaluan ataupun haruman yang melampau mencerminkan
keperibadian guru tersebut.

Cara duduk guru turut dalam pemerhatian pelajar di sekolah. Pelajar sentiasa
memerhati kelakuan guru terutamanya ketika proses pengajaran dan pembelajaran.
Sekiranya guru berada dalam posisi duduk,pastikan tidak terlalu menyandar ke
kerusi. Duduk dalam keadaan tegak mahupun condong sedikit ke hadapan bagi
menunjukkan yang guru berminat dengan pelajar. Bagi posisi berdiri pula, guru
digalakkan berdiri secara berhadapan dengan pelajar. Posisi ini akan membolehkan
guru melihat keseluruhan tingkah laku tanpa lisan yang ditunjukkan oleh guru itu.

Guru juga perlu mempunyai tahap tenaga yang mencukupi apabila melayan
pelajar. Tahap tenaga yang ditunjukkan akan memberi gambaran pada mood guru
sama ada dalam keadaan cergas, bersemangat, letih, lesu ataupun tidak berminat
dengannya. Biasanya tahap tenaga akan memberi kesan pada hubungan yang
dibina bersama pelajar. Guru yang dalam keadaan bersemangat akan mengajar
dengan bersemangat juga dan secara tidak langsung akan bersungguh-sungguh
menyampaikan ilmu.Pelajar turut bersemangat untuk terus belajar setelah melihat
kesungguhan guru semasa mengajar.

Keberkesanan dalam usaha mengajar dan mendidik pelajar mungkin mempunyai


pengertian yang berbeza di kalangan para guru. Ini adalah bergantung kepada
kefahaman dan penekanan mereka mengenai konsep berkenaan. Ada guru yang
mengutamakan penguasaan pelajar mengenai isi pengajaran dan pembelajaran
manakala ada juga guru yang berpendapat pengajaran yang berkesan membawa
maksud kemajuan dalam pertumbuhan dan perkembangan sosial pelajar yang dinilai
dari sudut, sama ada pelajar tersebut telah mencapai sikap yang positif mengenai
diri sendiri dan orang lain. Kemungkinan bagi kebanyakkan guru berpendapat
bahawa pengajaran yang berkesan adalah satu imbangan yang sempurna di antara
kemajuan pemikiran dan perasaan; dan di antara penekanan kepada isi mata
pelajaran dan pelajar. Personaliti guru merupakan di antara faktor-faktor guru yang
memainkan peranan penting dalam pengajaran yang berkesan atau tidak di sekolah.

6
Besar kemungkinan bahawa dua orang guru yang mempunyai kelulusan
akademik yang sama, dan latihan perguruan yang serupa masih berbeza dari segi
kebolehan mereka, menggalakkan motivasi pelajar dalam pembelajaran. Sebahagian
daripada perbezaan itu adalah disebabkan oleh kesan atau pengaruh personaliti
guru terhadap pelajar.

J.S.Kounin dan P.V.Gump telah membuat kajian iaitu hasil kajiannya


menunjukkan bagaimana tingkahlaku guru mempengaruhi tingkah laku
pelajarnya.Dalam kajian ini, enam orang guru tahun satu telah dipilih, tiga orang
daripada mereka menggunakan denda dan tiga orang lagi tidak mengenakan denda.
Setiap orang daripada 174 orang pelajar ditemubual untuk mendapat maklumat
berkaitan dengan perkara yang paling buruk sekali yang dilakukan di sekolah.
Setiap orang pelajar yang ditanya kenapa dia memikirkan kelakuan yang tidak sopan
itu buruk.

Ahli penyelidik tersebut membuat kesimpulan bahawa jika dibandingkan kedua-


dua kumpulan pelajar, mereka yang mempunyai guru yang suka mendenda
menunjukkan tingkah laku yang lebih agresif, tidak tenteram, mempunyai konflik
dengan kelakuan yang tidak sopan, tidak mengambil berat terhadap pelajaran atau
sekolah, tidak mempunyai pemikiran yang rasional terhadap tingkah lakunya di
sekolah tetapi pemikiran tersebut tidak begitu tekal.

Aspek tingkah laku guru tanpa lisan dan aspek fizikal turut memainkan peranan
dalam mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan baik.
Keadaan serta lokasi bilik perlu dipastikan sesuai dan sekiranya komunikasi bersifat
serius,ianya perlu mengambil kira beberapa keadaan seperti keadaan dan lokasi bilik
yang selesa, suasana tidak terlalu sejuk ataupun panas dan kondusif. Bagi membina
hubungan yang berkesan adalah digalakkan supaya duduk di atas kerusi secara
berhadapan ataupun duduk dalam keadaan yang membolehkan guru dapat melihat
keseluruhan posture (kedudukan tubuh) dan gesture(gerakan badan) pelajar. Guru
juga perlu memastikan ruang komunikasi tidak terlalu dekat ataupun tidak terlalu jauh
iaitu kira-kira sedepa tangan guru atau antara 1 meter hingga 1.5 meter dengan
pelajar bagi mewujudkan kontak atau hubungan mata yang sesuai.

Dari aspek tingkah laku tanpa lisan pula, guru perlu membentuk ekspresi wajah,
kedudukan dan pergerakan badan yang sesuai ketika proses pengajaran. Guru perlu
membentuk item-item tanpa lisan seperti ekspresi wajah, mimik muka, sinaran
ataupun pandangan mata, kedutan dahi, bentuk senyuman dan kedudukan serta
pergerakan tubuh badan seperti pergerakan tangan dan kaki serta suara separa

7
bahasa. Guru yang baik juga perlu mengetahui aspek-aspek komunikasi dan tingkah
laku tanpa lisan kerana mesej-mesej yang lahir daripadanya boleh memberi makna-
makna tertentu kepada guru. Ekspresi wajah guru pula menunjukkan guru dalam
keadaan gembira, marah, terperanjat, sedih dan sebagainya dengan kombinasi
pergerakan mata, kening, pipi, hidung dan mulut. Bagi pelajar yang memahami
pergerakan tubuh, guru yang kerap berpeluk tubuh menggambarkan marah, kurang
bersedia, rasa tidak selamat dan defensive. Pergerakan yang berjalan ke hulu dan
ke hilir menggambarkan seseorang itu dalam keadaan resah, gelisah dan bimbang.

Manakala pergerakan yang mengangkat bahu membawa maksud ragu-ragu dan


tidak tahu. Suara guru turut memainkan peranan yang mana bunyi-bunyi suara
seperti mengecis, menarik ataupun menghela nafas, tinggi atau rendah nada suara
ataupun pic suara yang dikeluarkan dan juga kelajuan percakapan. Semua aspek ini
mempengaruhi pelajar untuk menarik minat terhadap pengajaran yang disampaikan
oleh guru.

Menurut Mel Silberman(2004) kecenderungan seseorang pelajar lupa tentang


apa yang didengarinya adalah berkaitan dengan kelajuan seseorang guru, ini
menunjukkan pelajar hanya berupaya mendengar antara 50 hingga 100 patah
perkataan sahaja dalam masa seminit atau pun separuh daripada apa yang
diperkatakan oleh guru. Ini menunjukkan tahap pemahaman pelajar banyak
bergantung kepada kelajuan percakapan guru ketika mengajar. Personaliti ini banyak
dipengaruhi oleh pengaruh budaya dan amalan yang biasa dilakukan oleh individu
dan masyarakat setempat.

Guru perlu mempunyai kemahiran mendengar bagi membantu guru menafsir dan
membuat penilaian yang baik pada maklumat yang disampaikan oleh pelajar. Ianya
juga dapat membantu guru memberi maklum balas yang tepat kepada pelajar
berkaitan maklumat yang diterimanya.

3.0 Rumusan dan cadangan

Setiap individu yang bergelar pendidik, perlu membina hubungan


interpersonal bagi mewujudkan persefahaman dan rasa saling percaya mempercayai
dengan pelajar iaitu mengambil kira beberapa aspek positif seperti prihatin,
mengambil berat, mesra,ikhlas dan mempunyai sikap menerima. Kebolehan-
kebolehan ini juga memerlukan beberapa kemahiran tertentu bagi memastikan
hubungan yang diterima berada di tahap situasi yang diterima baik dalam hubungan
sosial biasa. Kemahiran interpersonal ini memerlukan masa untuk menyesuaikan diri

8
dengan tugas sebagai seorang guru dan seseorang guru perlu menanamkan sifat ini
di hari pertama bergelar pendidik. Kemahiran ini akan terus berkembang dari masa
ke semasa mengikut pengalaman guru itu berkhidmat.

Personaliti guru mudah dikenali oleh masyarakat umumnya. Pengalaman


saya sendiri yang sering dialami sewaktu ke kedai atau sesuatu tempat baru,
walaupun pada peringkat awalnya, saya tidak memperkenalkan diri sebagai seorang
guru tetapi peniaga terus memanggil saya dengan panggilan cikgu.

Ketika disoal kepada peniaga tersebut, terus peniaga itu mengatakan


perwatakan saya mencerminkan personaliti seorang guru. Katanya dari cara
pertuturan, cara pemakaian, cara berjalan dan sebagainya. Walaupun pada
peringkat awalnya, saya tidak mengiakan tetapi peniaga tersebut berkeyakinan
memanggil dengan panggilan cikgu kerana katanya pada pengamatannya
personaliti guru memang mudah dikenali dalam pengalamannya berurusniaga
dengan guru.

Personaliti guru ini tidak dididik secara formal sewaktu kita belajar di Maktab
Perguruan atau di Universiti tetapi pada hakikat sebenarnya profession sebagai
pendidik membentuk personaliti guru sebenarnya. Situasi ini bukan saya sahaja yang
pernah mengalaminya, malah rakan-rakan sekerja dan saya yakin sudah pasti Dr.
Rajendran sendiri pernah mengalaminya.

Kesemua sifat personal pengurus yang berkesan bagi seseorang guru ini
amat penting dimiliki oleh guru-guru untuk melayakkan mereka menjadi pendidik
yang berwibawa dan dapat mencorakkan prestasi kerjaya yang cemerlang. Sifat-sifat
ini akan dapat mencorakkan kualiti personal yang berkesan untuk menangani
pelbagai masalah, perubahan dan cabaran dalam dunia pendidikan dan dalam dunia
profesion perguruan yang mengalami perkembangan yang terbuka dan dinamik.

Cadangan saya ialah seseorang yang bergelar pendidik perlu menjaga


personaliti ini untuk menjadikan profesion perguruan terus dihormati oleh masyarakat
umum. Personaliti guru sentiasa mendapat perhatian dari anak didik dan secara
tidak langsung masyarakat membuat penilaian terhadap guru. Kepercayaan
masyarakat terhadap profesion pendidikan banyak dinilai dari sikap dan tingkah laku
seseorang guru, secara tidak langsung rasa hormat dan elemen persefahaman serta
rasa mempercayai adalah mustahak bagi menjayakan hubungan berkesan di antara
guru, pelajar dan ibubapa. Ini penting ini bagi memastikan proses pengajaran dan

9
pembelajaran berjalan dengan lancar dan baik dan secara tidak langsung membantu
pelajar minat terhadap apa yang disampaikan oleh guru kepada pelajar.

Tugasan 2

1.0 PENGENALAN

Setiap benda yang benyawa tidak lari daripada fitrah untuk berkomunikasi
antara satudengan yang lain. Komunikasi atau proses interaksi antara manusia
ataupun setiap makluk yang bernyawa dapat disimpulkan sebagai satu proses
penyampaian maklumat dari satu pihak (penghantar) kepada satu pihak yang lain
(penerima). Di dalam komunikasi terdapat beberapaelemen-elemen yeng penting
yang dapat melengkapkan kosep komunikasi itu sendiri. Walaubagaimanapun,
dalam proses komunikasi juga terdapat banyak halangan yangmenghalang
keberkesanan proses komunikasi dan mengakibatkan maklumat yang ingin
disampaikan tersasar maksudnya dari perkara dasar. Halangan-halangan ini akan
meninggalkan beberapa kesan kepada pengantar ataupun kepada penerima. Kesan-
kesan inilah yang menjadi duri dalam setiap individu dan seterusnya mengakibatkan
pertelingkahan dan pergaduhan sesama sendiri. Masalah-masalah seperti ini perlu
dibendung agar masyarakat kita dapat hidup dalam keadaan aman dan harmoni
terutamanya dalam konteks kehidupan masyarakat di Malaysia yang mempunyai
pelbagai agama, bangsa, dan etnik.

2.0 DEFINISI
Definisi bagi komunikasi menurut kamus dewan edisi ke-3 ialah perhubungan
langsung atau tidak langsung dengan perantaraan surat,radio, telefon dan alat-alat
yang boleh digunakan untuk berkomunikasi. Komunikasi juga bermaksud
mengadakan perhubungan seperti berbincang antara satu sama lain, bercakap-
cakap, dan bertukar-tukar pendapat antarasatu pihak dengan pihak yang lain.
Kumunikasi menurut Johns (1996) ialah komunikasi sebagai proses pertukaran
maklumat di antara penyampai dan penerima maklumat di kalangan pelbagai pihak.

Contoh : pembekal, pelanggan, pengurus karajaan dan lain-lain.

10
2.0 BAHAGIAN KOMUNIKASI
2.1 KOMUNIKASI LISAN DAN BUKAN LISAN

2.1.1 Komunikasi lisan

Komunikasi lisan merupakan proses komunikasi yang menggunakan percakapan


untuk menyampaikan maklumat kepada penerima.

2.1.2 Komunikasi bukan lisan

Komunikasi bukan lisan merupakan komunikasi yang tidak menggunakan


percakapan.Komunikasi bukan lisan terbahagi kepada dua iaitu tingkah laku dan
unsur fizikal.Tingkah laku adalah seperti pergerakan badan dan intonasi.Komunikasi
bukan lisan berunsur bukan fizikal terdiri daripada reka bentuk bangunan,
kelengkapan dan perhiasan pejabat.

2.2 Kebaikan komunikasi lisan.

2.2.1 Mesej boleh melalui saluran komunikasi dengan cepat dan sampai kepada
penerima.

2.2.2 Maklum balas boleh diperoleh dengan cepat.

2.2.3 Komunikasi lisan kebanyakkannya secara tidak formal dan kejujuran dapat
dirasakan.

2.3 Keburukan komunikasi lisan

2.3.1 Penghantar tidak pandai berkomunikasi dengan baik mungkin tidak dapat
menyampaikan mesej dengan sempurna.

2.3.2 Tiada rekod simpanan kekal kerana berbentuk tidak nyata seperti bercakap.
2.3.3 Lebih senang untuk menyampaikan mesej kerana komunikasi lisan
melibatkan bersemuka dan boleh bersoal jawab pada masa yang sama.
2.4 Kebaikan komunikasi bukan lisan
2.4.1 Mesej boleh disesuaikan dengan bakal penerima
2.4.2 Dalam bentuk rekod tetap dan boleh disimpan lama.

2.4.3 Tiada had penerima maklumat seperti akhbar.

11
2.5 Keburukan komunikasi bukan lisan

2.5.1 Penghantar tidak mempunyai kawalan terhadap mesej yang dihantar dan
tidak boleh menentukan pembacanya.

2.5.2 Maklum balas tidak diterima dengan segera.


2.5.3 Kemungkinan penerima hanya memahami sebahagian mesej yang diterima.

3.0 KOMUNIKASI BERKESAN DALAM BILIK DARJAH

Komunikasi ialah satu proses yang melibatkan penghantaran dan


penerimaan maklumat di antara dua pihak iaitu penghantar dan penerima. Konteks
dalam bilik darjah : Perhubungan di antara orang dengan orang, iaitu guru dengan
murid atau murid dengan murid yang berlaku dalam bentuk percakapan atau gerak
geri.

3.1 Komunikasi Verbal


3.1.1 Definisi
i. Komunikasi lisan
ii. Berlaku secara langsung apabila dua orang berbual secara bersemuka
atau tidak.
iii. Penggunaan bahasa : Guru menyampaikan pengajaran kepada pelajar-
pelajar dengan cara bertutur.
3.2 Komunikasi Non-Verbal
3.2.1 Definisi
i. Semua bentuk tingkah laku yang bukan lisan.
Contoh : bunyi, gerakan badan atau mimik muka.
ii. Konteks dalam bilik darjah : Guru mengangguk kepala sebagai tanda
setuju dengan jawapan pelajar.

4.0 Komunikasi Berkesan

Komunikasi berkesan berlaku apabila mesej yang disampaikan oleh


penyampai dapat diterima dan difahami dengan jelas oleh penerima. Jika maksud
penyampai disalah tafsir oleh penerima, maka timbul konflik di antara kedua-dua
individu tersebut. Komunikasi berkesan amat penting bagi menjamin P&P yang
efektif.

12
4.1 Amalan Komunikasi Berkesan
4.1.1 Bersikap positif / percaya kepada pelajar Bersifat ramah dan mesra
4.1.2 Hormat terhadap pandangan pelajar
4.1.3 Ketahui latar belakang pelajar
4.1.4 Pendengar yang aktif
4.1.5 Tunjuk mimik muka berseri
4.1.6 Guna bahasa yang mudah dan difahami
4.1.7 Arahan yang jelas dan jitu
4.1.8 Bersemangat tinggi dalam pengajaran
4.1.9 Galakkan pelajar supaya memberi idea atau pandangan
4.1.10 Guna nama pelajar ketika berinteraksi
4.1.11 Gunakan gerak fizikal, gerak isyarat dan mimik muka ketika memberi
penjelasan
4.1.12 Kaitkan pelajaran baru dengan pengetahuan yang sudah diketahui oleh
pelajar

4.2 Gangguan/Halangan Dalam Komunikasi


4.2.1 Kebisingan
Suasana kelas bising menyebabkan pelajar sukar mendengar pelajaran
yang disampaikan. Anggapan umum terhadap guru Lazimnya berlaku
pada guru baru kerana pelajar menganggap guru baru kurang
berpengalaman.
4.2.2 Emosi guru atau murid
Penumpuan akan terjejas jika emosi guru/ pelajar kurang stabil.
4.2.3 Pemikiran tertutup
Umpamanya, pelajar yang kurang berminat terhadap sesuatu subjek
mungkin enggan mendengar penjelasan guru atau guru yang kurang
senang dengan sebilangan pelajar dalam sesuatu kelas, mungkin akan
mengurangkan komunikasi terbuka.
4.2.4 Kurang tumpuan
Pelajar-pelajar kurang memberi tumpuan terhadap pengajaran guru.

13
4.3 Masalah Komunikasi Dalam Bilik Darjah
4.3.1 Kritikan
Pelajar akan mendiamkan diri apabila dikritik.
4.3.2 Melabel pelajar
Pelajar yang dilabel suka mendiamkan diri supaya lebih selamat.
4.3.3 Ancaman
Ancaman boleh menghadkan komunikasi terbuka.
4.3.4 Memberi arahan
Arahan yang memaksa akan menghalang komunikasi dua hala.
4.3.5 Mimik muka
Mimik muka yang serius atau garang akan menyebabkan pelajar takut
untuk bercakap.
4.3.6 Kurang perhatian
Kurang perhatian daripada guru menyebabkan pelajar tidak berminat
untuk bercakap.
4.3.7 Penyampaian
Guru yang sentiasa bercakap akan menghalang komunikasi dua hala.
4.3.8 Bahasa
Guru menggunakan bahasa yang sukar difahami oleh pelajar.
4.3.9 Kelajuan
Guru yang bercakap laju akan menyebabkan pelajar sukar untuk faham.
4.3.10 Kurang persediaan
Kekeliruan ketika penyampaian pengajaran menyebabkan pelajar-pelajar
tidak dapat menerima mesej dengan jelas.
4.3.11 Aktiviti pembelajaran kurang menarik
Minat pelajar untuk belajar akan berkurangan dan cenderung ke arah
kebisingan.

5.0 HALANGAN DALAM KOMUNIKASI BERKESAN DAN KAEDAH


MENGATASINYA.

Sejak dilahirkan manusia mempelajari cara-cara untuk berkomunikasi


dengan persekitarannya. Pelbagai cara digunakan bagi memastikan proses
komunikasi dapat dilakukan. Komunikasi adalah proses dimana manusia
menghantar dan menerima mesej, proses dimana manusia berkongsi atau bertukar-
tukar idea, maklumat dan perasaan, proses interaksi antara manusia , dimana orang
ramai bertutur dan bertukar-tukar pendapat, gerak, isyarat atau simbol, dengan

14
tujuan untuk memberi dan bertukar-tukar maklumat atau mengubah keadaan fizikal
atau mental mereka.

Menurut Howard H. Dean, komunikasi adalah pelbagai cara untuk


menyampaikan fikiran dan perasaan kepada khalayak ramai dan juga penerimaan
fikiran dan perasaan dari orang lain. Satu proses untuk menyampaikan dan
menerima idea-idea dan perasaan dengan tujuan untuk menukar perilaku orang
ramai (Everett M. Rogers). Komunikasi adalah penghantaran, penerimaan atau
pertukaran maklumat atau pendapat atau idea dengan tulisan, percakapan atau imej
visual atau mana-mana kombinasi ketiga-tiga unsur tersebutsupaya bahan yang
dikomunikasikan difahami dengan jelas oleh sesiapa yang terlibat (Sillars).
Komunikasi adalah kata-kata yang mempunyai kuasa magic atau sakti.Ia boleh
membawa kegembiraan yang agung atau keputusan yang mendalam. Ia
berupayamenimbulkan emosi yang mendalam dan menggerakkan tindakan manusia.
(SigmundFreud).

Terdapat tiga elemen komunikasi iaitu penghantar, penerima dan saluran


atau medium. Komunikasi berkesan apabila mesej yang disampaikan difahami
dengan tepat dan jelas oleh penerima, makna mesej difahami dan dikongsi bersama
oleh penghantar dan penerima, perubahan yang berlaku (sekiranya dikehendaki)
akibat mesej adalah seperti perubahan yang dikehendaki pengguna dan mesej yang
disampaikan mempunyai unsur kos-efektif. Selain itu, komunikasi dikatakan
berkesan apabila dapat menimbulkan minat orang yang mendengar.

Beberapa kemahiran dalam komunikasi adalah seperti kemahiran


menimbulkan minat orang, melibatkan pendengar, menghiburkan, mengenalpasti
keistimewaan orang lain, membawa topik perbualan yang anda mahir. Manakala
kemahiran bagi seorang pendengar pula adalah kemahiran memberi perhatian,
mendengar dengan aktif, tumpu sepenuh perhatian dengan pertembungan mata,
duduk ke hadapan sedikit menghadap orang yang bercakap, memberi maklumbalas
lisan/bukan lisan yang positif dan bertanyas oalan untuk penjelasan. Selain itu
pendengar perlu memberi peluang orang lain bercakap, pertembungan mata yang
wajar, sentiasa sabar, tidak menyampuk, berfikiran terbuka dan mengenalpasti
maklumat bukan lisan seperti mimik muka, air muka, pertembungan mata, gambaran
perasaan dari suara dan nada suara, gaya duduk atau berdiri

15
6.0 Halangan Komunikasi Berkesan

Terdapat beberapa halangan dalam komunikasi yang menyebabkan


komunikasi tersebut kurang berkesan. Antaranya adalah pemahaman yang berbeza,
maklumat yang tidak mencukupi, semantik - perkataan yang berlapis/ berbagai
makna (selalunya kiasan), punca yang diragukan (gosip), keadaan sekeliling yang
tidak sesuai seperti bising dansebagainya, leka memikirkan sesuatu, sekatan emosi
(tidak mampu meluahkan apa yangdifikirkan), kejadian yang baru berlaku (trauma),
kurang minat dan prasangka. Kesemua halangan ini boleh dikelaskan kepada 5
katogori iaitu halangan fizikal, halangan bahasa,halangan sikap penghantar,
halangan sikap penerima dan halangan alam sekitar.

6.1 Halangan fizikal

Halangan fizikal merupakan satu jenis halangan yang melibatkan kedua-dua


belah pihak. Keadaan fizikal yang membezakan penyampai dan penerima dari sudut
pendidikan, latar belakang, pemahaman, tahap intelektual dan sebagainya
merupakan halangan yang sangat ketara dalam komikasi. Ada orang yang biasa
menggunakan cara komunikasi yang agak kasar dan ada juga yang lemah lembut.
Justeru ianya menjadi halangan fizikal yang ketara apabila kedua-dua golongan ini
berkomunikasi. Ada juga individu yang kurang kemahiran komunikasi sejak kecil.

6.2 Halangan Bahasa

Perbezaan asal usul dan keturunan menyebabkan bahasa menjadi salah satu
halangan komunikasi berkesan. Penggunaan dialek yang kurang jelas, laras bahasa
yang berbeza, panjang ayat yang digunakan, kefasihan sebutan, kelancaran
perkataan yang digunakan dan nada suara. Kadang kala penggunaan bahasa yang
tidak jelas seperti menggunakan perkataan yang susah disebut dan difahami juga
menjadi penyebab maklumat yang ingin disampaikan tidak tepat. Sesuatu perkataan
mungkin membawa erti yang berbeza antara individu dengan individu yang lain

6.3 Halangan Sikap Penghantar

Sikap penghantar yang sering memerintah, mengarah, mengancam, memberi


amaran dan menghakimi menyebabkan kesan kepada penerima dimana mereka
akan menjadi pasif, tidak kreatif, takut dan terkongkong. Ini juga menjadi halangan
yang besar kerana komunikasi akan didorong dengan emosi dan pemikiran yang
negative. Penampilan orang yang ingin menyampaikan sesuatu juga dilihat sangat
penting dalam memberi keyakinan penerima untuk mendengar apa yang ingin

16
disampaikan. Sikap penghantar yang kerap menasihat atau menyiasat dan bertanya
secara terperinci akan menjadikan penerima merasa tidak selesa dan seolah-olah
telah melakukan kesalahan yang besar. Ini juga akan menjadi penghalang kepada
komunikasi.

6.4 Halangan Sikap Penerima

Sikap prejudis, konflik antara penerima dan pengirim, persepsi terhadap


mesej yang hendak disampaikan. Ada penerima yang telah mengetahui maklumat
yang ingin disampaikan oleh penghantar akan menganggap komunikasi itu
membosankan dan mula memberi perhatian terhadap perkara lain. Sesetengah
penerima tidak dapat menerima maklumat baru kerana menganggapnya tidak perlu.
Manusia mendengar dan melihat apayang mereka mahu dengar dan lihat sahaja.
Pekerja yang sering ditegur tentang kerja,sesuatu hari mendapat pujian tentang kerja
akan sukar mempercayai apa yang didengar dan menganggap ada mesej yang
tersirat. Sekiranya kenyataan atau maklumat yang diterima bercanggah dengan apa
yang disangka lebih awal akan menghalang individu untuk terus mendengar dan
menerima mesej.

6.5 Halangan Alam Sekitar

Keadaan persekitaran yang tidak selesa, bising, jarak jauh, gelap atau kotor
turut mempengaruhi keberkesan satu proses komunikasi. Dalam situasi ini manusia
akan mudah rasa tertekan dan tidak menumpukan kepada apa juga yang ingin
disampaikan. Komunikasi tidak akan dapat mencapai matlamatnya dalam keadaan
persekitaran yang tegang. Alam sekitar yang tidak selamat juga mengundang
kepada gangguan yang jelas dalam komunikasi misalnya sewaktu rebut petir dan
banjir. Proses komunikasi sering terjejas kerana medium yang menghantar maklumat
terputus atau terjejas akibat bencana alam. Halangan alam sekitar berkait rapat
dengan masalah persekitaran yangmenyebabkan proses komunikasi tidak efektif.

7.0 Mengatasi halangan komunikasi

7.1 Faham

7.2 Jadi pendengar yang baik

7.3 Teliti maklumat

7.4 Galakkan orang lain memberi pendapat

17
7.5 Hargai pendapat dan maklumat orang lain

7.6 Bersemuka

7.7 Bahasa yang sesuai

7.8 Beri maklumbalas

7.9 Cari masa yang sesuai

7.10 Gunakan subconscious mind anda

7.11 Berhenti bercakap semasa penyampai maklumat sedang bercakap

7.12 Beri tumpuan kepada penyampai

7.13 Tunjukkan anda minat mendengar

7.14 Bersabar

7.15 Kawal perasaan

7.16 Bertanya dengan jelas dan tepat

18
BIBLIOGRAFI

Abdul Rahim Abdul Rashid (2000). Panduan Latihan Mengajar, Dewan Bahasa dan
Pustaka, Kuala Lumpur.

Ainon Mohd, Abdulah Hasan (2002), Guru sebagai pendorong dalam darjah, PTS
Publications & Distributors Sdn.Bhd, Bentong, Pahang.

Johns WestBurnham & Fergus OSullivan, penterjemah : Hamidah Baba(2004),


Mengembangkan Profesionalisme di Sekolah, Institut Terjemahan Negara
Malaysia Berhad (ITNMB), Kuala Lumpur.

Lihat Winfred F.Hil(1971), A Survey Of Psychological Interpretations, Edisi Semula,


San Fransisco, Chandler Publishing Co.

Glenn Myers Blair etl.al, penterjemah: Noran Fauziah Yaakub


(1991), Psikologi Pendidikan.Dewan Bahasa dan Pustaka,Kuala Lumpur.

Sue Leach(2006),How to be a successful Secondary Teacher, Continuum,


London,New York.

Mel Silberman(2004),Active Learning :101 Strategies To Teach Any Subjec,Institut


Terjemahan Negara Malaysia Berhad, Kuala Lumpur

http://http://www.angelfire.com/journal2/fakir%20zamani/ceramah8.htm

19

Anda mungkin juga menyukai