Anda di halaman 1dari 35

1.

0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Penyelidikan boleh didefinisikan sebagai pemerolehan fakta-fakta secara


sistematik melalui proses pengumpulan, menganalisis dan pentafsiran sesuatu
keputusan (Khalid, 2003). Penyelidikan merupakan satu prosedur yang sistematik,
saintifik, kritikal dan dinamik digunakan oleh manusia untuk mencari makna, jawapan
dan kebenaran terhadap sesuatu fenomena yang berlaku di dalam dunia ini.

Di sekolah rendah, Reka Bentuk dan Teknologi telah menjadi mata pelajaran
yang perlu diajar kepada murid Tahap 2. Ia bertujuan untuk melahirkan insan yang
berdikari, kenal faham teknologi dan ekonomi serta kreatif, berinisiatif dan yakin diri
dalam keadaan teknologi yang sentiasa berubah mengikut peredaran zaman.
Pengalaman yang diperolehi menjadikan murid lebih berkeyakinan, celik teknologi
dan sentiasa bersedia seandainya keadaan memerlukan mereka melakukan sesuatu
untuk kehidupan tanpa bergantung kepada individu lain (Novak, 1984).

Pengajaran dan Pembelajaran dalam subjek Reka Bentuk dan Teknologi


membolehkan murid-murid mempelajari teori serta mengendalikan pelbagai alatan
tangan dan bahan. Murid-murid juga diberi peluang dan ruang bagi mengembangkan
atau mempertajamkan bakat, minat dan daya kreativiti mereka. Mata pelajaran Reka
Bentuk dan Teknologi juga bertujuan untuk membina dan membentuk sebuah
masyarakat yang berorientasikan teknologi selaras dengan perkembangan industri
yang semakin pesat berkembang di negara kita. Secara tidak langsung akan
menimbulkan keinginan dan minat murid terhadap teknologi dalam kehidupan.

Prinsip utama seorang guru mesti faham bahawa tugas mengajar dan mendidik
serta meneladan adalah pekerjaan yang sangat mulia. Guru sebenar ialah seorang yang
memiliki sifat dan ciri-ciri unggul sebagai penyampai ilmu (yang benar), penyemai
nilai luhur, pembimbing, penunjuk ajar, pemudahcara, pemberi pedoman hidup serta
contoh teladan ke arah kebaikan. Kerja mengajar pula adalah sebagai suatu ibadah
(Abdul Fatah, 1996).

Seorang guru itu akan memainkan peranan mengikut situasi atau keadaan
dengan penuh dedikasi, bertanggungjawab, jujur dan ikhlas. Pengurusan yang
sistematik juga mampu melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran murid di

1
dalam bilik darjah walaupun pelbagai cabaran dan dugaan yang perlu guru tempuhi
pada masa kini. Oleh itu, sebagai seorang pendidik, guru hendaklah sentiasa ke
hadapan seiring dengan perkembangan global agar pendidikan di negara kita
berkualiti sepanjang masa.

1.2 Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran Lalu

Tajuk Kit Model Kereta merupakan salah satu topik dalam bidang mata
pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi sekolah rendah Tahun 5. Pengalaman pengkaji
selama tiga tahun mengajar mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi mendapati,
sub topik tajuk ini menyukarkan murid-murid untuk mengingat semua nama dan
fungsi komponen kit model kereta. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang
lalu, pengkaji telah membuat satu pemerhatian secara rambang ke atas keseluruhan
murid di dalam kelas Tahun 5 Ibn Sina bagi tajuk Kit Model Kereta. Pemerhatian dan
penilaian ini kerap dilakukan terhadap murid-murid.

Semasa langkah set induksi, pengkaji telah menunjukkan satu set Kit Model
Kereta yang sebenar kepada murid-murid. Pengkaji mendapati langkah ini dapat
menarik minat murid untuk belajar tentang Kit Model Kereta. Mereka tertarik dengan
reka bentuk, warna serta pelekat yang digunakan.

Pada langkah yang pertama, pengkaji telah menerangkan kepada murid


tentang pengenalan terhadap Kit Model Kereta. Pada langkah ini, murid perlu
mengenal tiga alatan tangan yang digunakan untuk membuka dan memasang
komponen Kit Model Kereta. Pengkaji telah menunjukkan alatan tangan yang sebenar
kepada murid-murid. Pada langkah ini, pengkaji menerangkan kepada murid tentang
nama serta fungsi tiga alatan tangan tersebut. Murid memberikan perhatian kepada
penerangan yang diberikan serta boleh memahaminya. Ini menunjukkan bahawa
langkah pertama ini berjaya dilaksanakan .

Pada langkah kedua, pengkaji telah menerangkan tentang manual Kit Model
Kereta kepada murid. Pengkaji memberikan hands out kepada setiap murid. Ia
mengandungi setiap langkah pemasangan Kit Model Kereta yang dipelajari. Murid
memberikan tumpuan pada pembelajaran dengan memberikan respon terhadap soalan
yang diajukan. Murid boleh menguasai pelajaran pada langkah ini kerana dapat
menjawab soalan yang berkaitan.

2
Pada langkah ketiga, pengkaji mendapati hampir keseluruhan murid tidak
dapat menguasai tajuk komponen Kit Model Kereta. Ini kerana murid sering keliru
dengan nama dan fungsi komponen Kit Model Kereta tersebut. Masalah masih
berulang walaupun pengukuhan telah dijalankan. Terdapat 12 jenis komponen Kit
Model Kereta seperti motor, gear, sensor, bateri, sel solar, suis, kerangka, pemegang
bateri alat kawalan jauh, roda dan gandar, takal dan tali sawat serta gegancu dan
rantai. Setiap komponen mempunyai fungsi yang berbeza. Murid tidak dapat
mengingat atau menguasai semua nama dan fungsi komponen tersebut. Jawapan yang
diterima apabila disoal ialah .. mana boleh nak ingat semua, banyak benda yang
nak kena ingat cikgu..

Pengkaji juga dapat mengenal pasti masalah ini melalui lembaran kerja yang
diberikan serta daripada hasil semakan buku latihan murid. Didapati hampir
keseluruhan murid Tahun 5 ibn Sina tidak dapat menjawab soalan latihan berkaitan
nama dan fungsi komponen Kit Model Kereta dengan tepat dan betul semuanya.
Mengajar kesemua nama dan fungsi Kit Model Kereta mengambil masa yang agak
lama, apatah lagi untuk mengulang semula dari awal hingga akhir setiap nama dan
fungsi komponen Kit Model Kereta tersebut. Tambahan pula, masa yang
diperuntukkan untuk mata pelajaran ini adalah terhad. Maka timbul pertanyaan,
adakah kaedah yang digunakan tidak sesuai? Adakah cara guru mengajar tidak
banyak membantu mereka? Apakah yang perlu dilakukan bagi membantu mereka?.

Sekiranya tindakan yang perlu tidak diambil, murid-murid sudah pasti tidak
akan dapat menguasai sepenuhnya tajuk Kit Model Kereta ini. Oleh yang demikian,
pengkaji telah mencari kaedah pembelajaran yang sesuai bagi kalangan murid-murid
Tahun 5 Ibn Sina untuk meningkatkan penguasaan mereka berkaitan nama dan fungsi
komponen Kit model Kereta. Ia akan dapat menarik minat murid untuk belajar serta
tidak mengganggu murid lain semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

3
2.0 FOKUS KAJIAN/ISU KEPERIHATINAN

2.1 Tinjauan Dan Analisis Masalah

Pengkaji telah membuat pemerhatian terhadap pengajaran dan pembelajaran


yang lalu pada langkah yang ketiga iaitu berkaitan dengan nama dan fungsi komponen
Kit Model Kereta. Hampir keseluruhan murid di dalam kelas 5 Ibn Sina tidak dapat
menguasai nama dan fungsi komponen Kit Model Kereta. Masalah ini berlaku kerana
murid perlu mengingat semua nama dan fungsi komponen Kit Model Kereta yang
berbeza-beza. Mereka berasa keliru dengan nama komponen serta fungsinya dengan
membuat kesilapan yang sama semasa membuat latihan yang diberikan sama ada
lembaran kerja atau dalam buku tulis.

Perkara ini berlaku mungkin kerana pengkaji hanya menggunakan bahan


maujud atau sedia ada dalam proses pembelajaran. Murid rasa teruja pada awalnya,
tetapi jika diteruskan membuatkan murid berasa bosan kerana sudah biasa proses
pengajaran yang dijalankan oleh guru. Jadi, guru perlu mempelbagaikan kaedah dan
cara pengajaran yang sesuai agar dapat menarik minat murid semasa pengajaran dan
pembelajaran dijalankan. Pelbagai bahan bantu mengajar perlu digunakan supaya
dapat menarik minat murid dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

Masalah bukan hanya datang daripada cara pengajaran pengkaji sahaja,


masalah juga datang daripada murid-murid lain yang terdapat di dalam kelas tersebut.
Contohnya, terdapat murid yang tidak menumpukan perhatian sepenuhnya kepada
maklumat yang ingin disampaikan. Ada murid yang gemar bercakap tentang perkara-
perkara yang tidak berkaitan, bermain alat tulis atau membuat contengan. Pengkaji
juga telah melakukan pelbagai cara, antaranya mengarahkan mereka berpindah tempat
duduk atau kumpulan lain. Namun mereka sering melakukan perkara sama yang boleh
mendatangkan ketidakselesaan kepada murid lain.

Proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh seseorang guru


pastinya mempunyai masalah tertentu. Ini kerana guru berhubung dengan murid untuk
menyampaikan maklumat serta membina kefahaman minda murid. Ini memberi
peluang kepada pengkaji memfokuskan kajian terhadap masalah menyataakan nama
serta fungsi komponen Kit Model Kereta.

4
2.2 Tinjauan Literatur

Pendidikan bertaraf dunia haruslah mampu menjana generasi yang


mengaplikasikan budaya berfikir secara kreatif dan kritis. Ini adalah kerana
kemampuan berfikir secara kreatif dan kritis mampu melahirkan insan yang dapat
bersaing bukan sahaja di peringkat negara tetapi sebagai pemikir globalisasi dalam
pelbagai bidang. Al-Ghazali telah mengenal pasti lima fungsi otak iaitu ingatan,
visual bayangan, perasaan, sintesis dan daya berfikir. Manusia mampu menjadi kreatif
jika mereka tahu cara mengoptimakan minda.

Jika suatu masa dahulu, pendidikan itu lebih bersikap formal, serius serta
bertumpu kepada penguasaan ilmu semata-mata. Pada zaman yang serba moden ini,
perubahan yang ketara telah berlaku terhadap sistem pendidikan negara. Pendidikan
sekarang lebih mementingkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan
bermakna yang menuntut guru untuk menjadi seorang individu yang kreatif dan
inovatif. Noor Azmi (1998) menyatakan bahawa pengembangan kreativiti yang
bermaksud aktiviti-aktiviti yang kreatif secara logik, membina daya imaginasi dan
boleh memberi pandangan merupakan fokus pengisian kurikulum abad ke-21 selain
daripada penguasaan pengetahuan dan kemahiran asas. Selaras dengan itu pengkaji
terpanggil untuk menghasilkan suatu kreativiti dalam pengajaran dan pembelajaran
dengan penggunaan peta minda .

Peta Minda telah diperkenalkan oleh Tony Buzan pada tahun 1960an sebagai
kaedah yang boleh membantu murid dengan mencatat nota dengan cara yang paling
ringkas dan berkesan. Penggunaan peta minda semakin penting kerana ianya
berperanan sebagai satu kemahiran mengorganisasikan maklumat dan menghuraikan
konsep atau objektif secara teratur. Berdasarkan pelbagai sumber bacaan terdapat
ramai penyelidik menyatakan bahawa peta minda membolehkan kita merangka,
mencatat nota, merekodkan maklumat atau peristiwa, merancang aktiviti atau
membuat sesuatu persembahan. Menurut mereka lagi, peta minda yang dibentuk
biasanya pelbagai dan bergantung kepada kreativiti seseorang.

Melalui beberapa kajian yang dijalankan, telah menunjukkan bahawa


penggunaan konsep dalam pembelajaran bermakna menjadikan pembelajaran lebih
huristik melalui penggunaan peta konsep. Pembelajaran berterusan adalah satu proses

5
mengakumulasi maklumat dan pengalaman secara berterusan yang berlaku dalam diri
seseorang sejak dia dilahirkan. Proses ini berlaku dalam dua bentuk sama ada yang
disedari dan yang tidak disedari. Pembelajaran melibatkan organ deria untuk
mengesan semua bentuk pengalaman dan ilmu pengetahuan yang berselerak di dalam
persekitaran. Rangsangan yang sesuai dan perlu daripada persekitaran dipilih
menggunakan organ-organ deria yang kemudiannya akan diproses di dalam otak
untuk dijadikan pengalaman yang bermakna.

Semasa membina peta minda, maklumat penting yang disusun dan dikelolakan
dengan cara keseluruhan. Susunan sedemikian dapat menghasilkan struktur pola
kreatif selaras dengan cara otak seseorang memproses maklumat. Peta minda
membantu mencatat nota dengan pantas dan mengelakkan pengulangan perkataan
(Dilip, 1996). Nota tersebut wujud sebagai satu gambaran mental yang lengkap,
bermakna dan senang diingati. Peta minda merupakan kaedah yang berkesan untuk
mendapatkan semua maklumat daripada ingatan untuk ditukarkan menjadi bentuk
yang boleh dilihat. Peta minda dibentuk berdasarkan bagaimana otak manusia
merakam dan memproses maklumat secara linear dan dalam masa yang sama
membuat pengelolaan yang menyeluruh seperti menghubungkait, membanding,
menganalisis dan sebagainya.

Peta minda atau peta konsep adalah kebiasaannya dibina di atas sehelai
kertas. Idea penting akan diletakkan di tengah-tengah pusat utama dan idea lain yang
berkaitan dikembangkan di luar idea utama dengan menggunakan pusat kecil, garisan,
bongkah geometri, imej, anak panah, warna dan sebagainya. Kebolehan guru
menyampaikan pengajaran dengan baik serta menggunakan kaedah yang betul dan
sesuai amat diperlukan. Selain itu guru perlulah memahami dan menghayati
kurikulum dan menguasai sukatan pelajaran. Kanak-kanak di sekolah rendah belajar
dalam suasana yang aktif. Mereka membina pengetahuan secara aktif. Pembelajaran
secara aktif dan juga melibatkan interaksi sosial amatlah digalakkan.

Amalan pengajaran menggunakan peta konsep atau peta minda dalam


pembelajaran di dalam bilik darjah amat penting dalam merealisasikan matlamat
kurikulum. Ini adalah kerana penggunaan peta konsep atau peta minda dalam
pengajaran dan pembelajaran dapat menunjukkan peningkatan sikap murid terhadap
mata pelajaran yang diajar (Wahidin, 2004). Kaedah-kaedah alternatif yang selari dan

6
bersesuaian dengan kehendak kurikulum perlu diketahui dan difahami oleh pengamal-
pengamal kurikulum. Pemilihan strategi pengajaran yang sesuai untuk sesuatu
pelajaran amat dipengaruhi oleh kepercayaan yang benar tentang sesuatu pelajaran
itu. Peta Minda ini telah banyak dilihat keberkesanannya di luar negara sebagai
advancer organizer.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

3.1 Objektif Umum

Objektif kajian ini adalah untuk meningkatkan penguasaan murid-murid

Tahun 5 Ibn Sina dalam mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi untuk tajuk

komponen Kit Model Kereta melalui penggunaan Peta Minda .

3.2 Ojektif Khusus

i. Mengenal pasti keberkesanan penggunaan peta minda ini ke arah


meningkatkan penguasaan murid dalam tajuk komponen Kit Model
Kereta.
ii. Menilai tahap minat murid terhadap penggunaan peta minda bagi tajuk
nama dan fungsi Komponen Kit Model Kereta.

4.0 KUMPULAN SASARAN

4.1 Sampel Kajian

Kajian melibatkan murid Tahun 5 Ibn Sina seramai 20 orang dan kesemuanya
adalah murid lelaki. Responden terdiri daripada murid yang mempunyai latar
belakang yang berbeza dari segi pencapaian kurikulum dan kokurikulum. Masing-
masing ada mempunyai kebolehan serta keistimewaan tersendiri. Berdasarkan

7
pencapaian peperiksaan mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi yang lepas,
responden berada pada tahap sederhana sahaja iaitu memperoleh markah 45%-65% .

Responden terdiri daripada bangsa Melayu dan beragama Islam. Responden


ada yang tinggal di bandar dan di luar bandar. Pengkaji telah membahagikan kelas
kepada dua kumpulan iaitu, Kumpulan Eksperimental dan Kumpulan Terkawal.
Kumpulan Eksperimental seramai 10 orang dan Kumpulan Terkawal juga 10 orang.
Lihat Jadual 1.

KUMPULAN JANTINA BANGSA JUMLAH

Eksperimental Lelaki Melayu 10

Terkawal Lelaki Melayu 10

Jadual 1 : Kumpulan Sasaran

5.0 PELAKSANAAN KAJIAN

Menurut Kamus Dewan (2000), Reka Bentuk ialah suatu aturan susunan
perancangan bahan dalam konteks penghasilan semua produk. Teknologi ialah
pengajian dan pengetahuan tentang usaha manusia dalam mencipta sesuatu dengan
menggunakan pelbagai alat, sumber, teknik dan sistem untuk mengurus kehidupan di
samping meluaskan potensi manusia.

Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan murid dalam tajuk nama
dan fungsi komponen Kit Model Kereta. Bagi mengatasi masalah tersebut, pengkaji
telah mencadangkan penggunaan Peta Minda iaitu bahan bantu mengajar sebagai
panduan yang lebih jelas kepada murid semasa proses mengingat nama dan fungsi
komponen Kit Model Kereta. Data diperoleh daripada ujian pra dan ujian pos. Soal
selidik juga dilakukan kepada murid-murid Tahun 5 Ibn Sina untuk mengenal pasti
adakah penguasaan murid dapat ditingkatkan. Merujuk kepada Rajah 1 Pengkaji

8
menggunakan model kajian Kemmis & Mc Taggart (1988) untuk merancang tindakan
bagi masalah ini .

Tinjauan
Awal

Satu
Merancang
Refleksi Kitaran Tindakan
Kajian

Melaksana
Tindakan Dan
Pemerhatian

Rajah 1 : Model kitaran Kemmis dan Mc Taggart

I. Tinjauan Awal
II. Merancang Tindakan
III. Melaksana Tindakan dan Pemerhatian
IV. Refleksi

Pada pendapat pengkaji, model ini sangat bersesuaian dengan kajian ini kerana
penambahbaikan dapat sentiasa dilakukan secara berterusan sehingga masalah dapat
diatasi. Model ini dimulakan dengan sesuatu isu atau masalah, seterusnya merancang
tindakan. Semasa tindakan dilaksanakan akan berlaku proses pemerhatian. Kemudian,
kajian itu akan dianalisis melalui refleksi yang dibuat oleh pengkaji.

9
5.1 Langkah-Langkah Tindakan

Tindakan 1 : Tinjauan Awal

Tinjauan dilakukan semasa proses pengajaran dan pembelajaran untuk


mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh murid semasa tajuk Kit Model
Kereta dilaksanakan. Pengkaji melakukan pemerhatian secara rawak untuk
mendapatkan maklumat awal mengenai masalah murid.

Tindakan 2 : Ujian Pra

Ujian tentang Kit Model Kereta ini dijalankan selepas sesi pengajaran
dan pembelajaran berdasarkan tinjauan awal. Ujian ini dinilai berdasarkan
penilaian kompetensi semasa responden menjalani ujian. Tempoh pelaksanaan
ujian adalah selama 30 minit. Selain itu, pengkaji juga telah membuat
pemerhatian melalui senarai semak untuk lebih mengenal pasti masalah utama
murid-murid dalam mengenal nama dan fungsi komponen Kit Model Kereta.
Pengkaji mendapati bahawa murid sebenarnya tidak dapat menjawab dengan
baik tentang nama dan fungsi komponen Kit Model Kereta setelah selesai sesi
pengajaran dibuat penilaian.

Tindakan 3 : Merancang Tindakan

Pengkaji perlu merancang perkara yang hendak dilaksanakan. Pengkaji


telah membuat rujukan ke atas kaedah pengajaran dan pembelajaran pendidik
di dalam dan di luar negara. Penggunaan Peta Minda banyak digunakan dalam
sesi pengajaran dan pembelajaran mereka. Kaedah ini diterapkan kerana daya
ingatan murid dapat ditingkatkan serta mudah menguasai apa yang dipelajari.
Oleh yang demikian, pengkaji ingin melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran dengan penggunaan peta minda di samping bahan bantu
mengajar yang lain seperti gambar atau slide power point.

10
Tindakan 4 : Melaksanakan Tindakan

Pengkaji telah memulakan intervensi semasa aktiviti pengajaran dan


pembelajaran berlangsung. Pengkaji telah merancang untuk menggunakan
kaedah peta minda terhadap responden. Responden akan ditunjuk beberapa
contoh peta minda yang boleh dihasilkan. Pengkaji menggunakan peta minda
semasa pengajaran nama dan fungsi komponen Kit Model Kereta. Responden
akan diberikan kertas bersaiz A3 serta pen pelbagai warna untuk membina
atau melukis peta minda. Pengkaji menayangkan slide power point berkaitan
komponen Kit Model Kereta, manakala responden akan membina peta minda
mengikut kreativiti masing-masing. Slide power point tersebut memaparkan
nama komponen, gambar serta funsgsi komponen Kit Model Kereta.

Tindakan 5 : Ujian Pos

Pengkaji akan melaksanakan ujian setelah selesai melaksanakan


kaedah yang digunakan iaitu peta minda. Responden diberikan masa selama
30 minit untuk menjawab soalan berkaitan nama dan fungsi komponen Kit
Model Kereta. Pengkaji juga melakukan pemerhatian melalui senarai semak
untuk mendapatkan dapatan data dengan lebih tepat untuk mengetahui sama
ada responden dapat meningkatkan penguasaan tentang nama dan fungsi
komponen kit model kereta.

Tindakan 6 : Refleksi

Setelah pengkaji melaksanakan apa yang telah dirancang, pengkaji


akan membuat penilaian terhadap keberkesanan penggunaan kaedah peta
minda terhadap penguasaan murid. Setelah selesai proses pengajaran dan
pembelajaran, pengkaji telah mengedarkan borang soal selidik yang
mempunyai lima skala bagi setiap item kepada responden. Penjelasan telah
dibuat sebelum responden mula menjawab. Responden diberikan tempoh
sepuluh minit untuk menjawab soalan tersebut. Setelah borang itu dihantar,

11
pengkaji perlu membuat analisis tentang maklumat yang diperoleh. Soalan-
soalan tersebut telah diberikan pilihan jawapan menggunakan skala likert iaitu
bermula dari Sangat Tidak Setuju (1), Tidak Setuju (2), Tidak Pasti (3), Setuju
(4) dan Sangat Setuju (5).

5.2 Cara Pengumpulan Data

5.2.1 Ujian Penilaian (Ujian Pra dan Ujian Pos)

Ujian Pra dan Ujian Pos dibina untuk memperolehi maklumat dan
mengukur tahap penguasaan murid terhadap tajuk komponen Kit Model
Kereta. Ujian Pra diberikan sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran
dijalankan dengan tujuan untuk mendapatkan gambaran tentang pengetahuan
sedia ada responden mengenai tajuk yang dikaji. Ujian Pos diberikan setelah
selesai kesemua sesi pengajaran dan pembelajaran. Ujian yang dijalankan
kepada responden adalah menepati Huraian Sukatan Pelajaran Reka Bentuk
dan Teknologi Tahun 5. Soalan untuk kedua-dua ujian adalah setara. Namun
begitu, tempoh pelaksanaannya adalah dalam jarak dua minggu.

Seterusnya pengkaji akan melakukan analisis terhadap data ujian untuk


melihat perubahan markah bagi kedu-dua kumpulan, iaitu Kumpulan
Eksperimental dan Kumpulan Terkawal. Markah tersebut akan menunjukkan
keberkesanan kaedah yang digunakan. Perbandingan akan dibuat di antara
kedua-dua keputusan ujian tersebut antara Kumpulan Eksperimental dan
Kumpulan Terkawal.

5.2.2 Pemerhatian

Pemerhatian secara langsung akan dilakukan sebanyak dua kali supaya


pengkaji dapat mengenal pasti tingkah laku responden sepanjang pengajaran
dan pembelajaran berjalan. Fokus utama pemerhatian ini dilakukan adalah
untuk melihat tingkah laku responden yang menunjukkan minat dalam sesi

12
pembelajaran. Bentuk pemerhatian yang dijalankan adalah secara berstruktur
di mana pengkaji merekod pemerhatian berdasarkan kriteria-kriteria yang
telah ditetapkan. Terdapat empat tema utama yang diperhatikan merangkumi
minat, tingkah laku pasif, penglibatan dan masalah disiplin. Setiap satu tema
mempunyai dua pecahan aspek. Dapatan pemerhatian akan menunjukkan
sama ada kajian ini berjaya atau tidak dalam meningkatkan penguasaan murid
Tahun 5 Ibn Sina bagi tajuk nama dan fungsi komponen Kit Model Kereta.

5.2.3 Soal Selidik

Pengkaji juga mengedarkan borang soal selidik untuk mendapatkan


reaksi responden berkaitan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang
dijalankan. Borang soal selidik yang diberikan berbentuk soalan tertutup yang
menggunakan skala Likert di mana responden perlu memberi skala (1 hingga
5) bagi setiap item dalam borang tersebut. Soalan yang dibina menjurus
kepada objektif kajian, menggunakan laras bahasa yang sesuai, jelas, mudah
difahami, soalan tidak terlalu panjang serta tiada diskriminasi.

Ketika soal selidik hendak dijalankan, pengkaji terlebih dahulu


memberikan penerangan setiap item soalan beserta skala kepada responden.
Pengkaji juga mengingatkan responden agar menjawab soalan soal selidik
tersebut dengan jujur dan telus. Berdasarkan dapatan soal selidik tersebut,
kesimpulan akan dapat dibuat sama ada penggunaan peta minda dalam
pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan penguasaan murid dalam
tajuk komponen Kit Model Kereta.

5.2.4 Kesahan dan Kebolehpercayaan

Kesahan dan Kebolehpercayaan adalah penting dalam setiap kajian


yang dijalankan. Segala instrumen yang digunakan akan disahkan terlebih
dahulu. Bell (1999) menyatakan bahawa kebolehpercayaan ialah satu
perhubungan kepada sesuatu ujian atau prosedur untuk menghasilkan

13
keputusan yang sama di bawah tahap yang sama. Ini bermaksud, kaedah
pengumpulan data yang dilakukan akan menghasilkan keputusan yang sama
walaupun dilakukan berulang kali. Namun begitu, kenyataan di atas adalah
merujuk kepada fakta yang tetap dan tidak berubah.

Sepanjang proses pengumpulan data bagi kajian ini, pengkaji


memastikan bahawa responden berada dalam keadaan stabil dan selesa. Ianya
dilakukan supaya mereka tidak dipengaruhi oleh faktor sekeliling yang boleh
mengganggu hasil dapatan kajian. Sebagai langkah tambahan, pengkaji turut
mengelakkan kelakuan yang boleh menimbulkan kerisauan atau kebimbangan
di kalangan responden. Pengkaji akan membantu responden untuk berada
dalam keadaan tenang serta bersedia sebelum ujian dijalankan.

Selain itu, pengkaji juga memastikan bahawa responden benar-benar


faham akan soalan atau ujian yang digunakan dalam kajian dengan
memberikan penerangan yang jelas dan terperinci bagi setiap item yang
digunakan. Pengkaji sentiasa mengingatkan responden agar menjawab setiap
item soalan terutamanya soal selidik dengan jujur dan telus. Rasional bagi
semua tindakan ini adalah bagi memastikan data kajian yang diperolehi
mempunyai tahap kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi.

5.3 Analisis Ujian Penilaian

Data pertama yang diukur dalam kajian ini ialah Ujian Pra dan Ujian
Pos mengenai tajuk yang diajar iaitu nama dan fungsi Kit Model Kereta ke
atas sampel kajian. Ujian Pra telah dijalankan ke atas kedua-dua kumpulan
iaitu Kumpulan Eksperimental serta Kumpulan Terkawal sebelum sesi
pengajaran dan pembelajaran bermula. Ia bertujuan untuk mendapatkan
gambaran awal tentang pengetahuan sedia ada murid mengenai tajuk yang
dikaji. Ujian Pos pula dijalankan ke atas kedua-dua kumpulan setelah selesai
sesi pengajaran dan pembelajaran tajuk tersebut untuk menilai keberkesanan
kaedah yang digunakan. Hasil analisis akan membuktikan sama ada kaedah
penggunaan peta minda dalam meningkatkan penguasaan murid bagi tajuk

14
nama dan fungsi komponen Kit Model Kereta. Ini berdasarkan kepada
terdapatnya peningkatan markah dan gred ujian sebelum dan selepas tindakan.
Jadual 2 di bawah menunjukkan markah dan gred yang digunapakai di dalam
kedua-dua ujian yang dijalankan.

MARKAH GRED

80 - 100 A

60 - 79 B

40 - 59 C

0 - 39 D

Jadual 2 : Markah dan Gred Ujian

GRED

KUMPULAN UJIAN A B C D

Pra - - 1 9

Eksperimental Pos 4 4 2 -

Pra 2 8

Terkawal Pos 3 2 4 1

Jadual 3 : Perbandingan Gred Markah Bagi Kumpulan Eksperimental dan Kumpulan

Terkawal

15
Perbandingan Gred Markah Ujian Bagi
Kumpulan Eksperimental
9
8
7
Bilangan Murid

6
5
Ujian Pra
4
3 Ujian pos
2
1
0
A B C D
Gred

Rajah 2 : Graf Perbandingan Gred Markah Ujian Bagi Kumpulan Eksperimental

Perbandingan Gred Markah Ujian Bagi Kumpulan


Terkawal

8
7
6
Bilangan Murid

5
4 Ujian Pra
3 Ujian Pos
2
1
0
A B C D
Gred

Rajah 3 : Graf Perbandingan Gred Markah Ujian Bagi Kumpulan Terkawal

16
Dapatan hasil Ujian Pra dan Ujian Pos pada Jadual 3 ditunjukkan di dalam
bentuk graf seperti pada Rajah 2 dan Rajah 3. Ini bagi menunjukkan perbandingan
pencapaian yang berlaku pada gred ujian bagi Kumpulan Eksperimental dan
Kumpulan Terkawal. Merujuk kepada Rajah 2, bagi Kumpulan Eksperimental tiada
seorang murid pun yang mendapat gred A dan B dalam Ujian Pra, seorang murid
mendapat gred C manakala selebihnya iaitu 9 orang mendapat gred D. Setelah
tindakan menggunakan kaedah peta minda, pencapaian murid dalam Ujian Pos
menunjukkan peningkatan gred yang ketara. 4 orang murid telah mendapat gred A
dan 4 orang murid lagi mendapat gred B dalam Ujian Pos. Murid yang memperoleh
gred C meningkat daripada 1 kepada 2 orang.Berbeza dengan Ujian Pra sebelum ini di
mana hampir keseluruhannya memperoleh gred D. Hasil analisis menunjukkan
pencapaian yang positif terhadap Kumpulan Eksperimental dalam gred markah ujian.
Ini bermakna, penggunaan kaedah peta minda dalam pengajaran dan pembelajaran
Reka Bentuk dan Teknologi bagi tajuk nama dan fungsi komponen Kit Model Kereta
berjaya meningkatkan penguasaan murid.

Merujuk kepada Rajah 3, bagi Kumpulan Terkawal hanya 2 orang murid


mendapat gred C manakala selebihnya iaitu 8 orang murid lagi memperoleh gred D
dalam Ujian Pra. Setelah Kumpulan Terkawal tersebut menjalani proses pengajaran
dan pembelajaran konvensional, terdapat juga perubahan terhadap gred pencapaian
murid. Jumlah murid yang memperoleh gred A meningkat kepada 3 orang daripada 0
serta murid yang mendapat gred B pula meningkat seramai 2 orang daripada 0. Murid
yang mendapat gred C dalam Ujian Pra seramai 2 orang juga telah meningkat kepada
4 orang pada Ujian Pos. Namun, masih terdapat seorang murid yang memperoleh gred
D. Ini menunjukkan bahawa Kumpulan Terkawal juga menunjukkan perubahan yang
positif, tetapi tidaklah sebaik peningkatan Kumpulan Eksperimental.

Bagi melihat dengan lebih teliti mengenai pencapaian murid menguasai topik
nama dan fungsi komponen Kit Model Kereta, perbandingan Ujian Pra dan Ujian Pos
bagi Kumpulan Eksperimental dan Kumpulan Terkawal dipaparkan dalam Jadual 4.

17
Markah ( % )

Responden
Kumpulan Eksperimental Kumpulan Terkawal

Ujian Pra Ujian Pos Ujian Pra Ujian Pos

R1 10 90 20 80

R2 50 70 50 90

R3 30 90 40 80

R4 20 80 20 50

R5 20 90 20 70

R6 10 40 20 40

R7 20 50 20 60

R8 10 60 30 50

R9 10 70 20 40

R10 20 70 10 10

Jadual 4 : Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pos Bagi KumpulanEksperimental dan
Kumpulan Terkawal

Perbandingan juga turut diterjemahkan dalam bentuk graf yang berasingan bagi
memudahkan proses menganalisis data seperti pada Rajah 4 dan Rajah 5.

18
Perbandingan Markah Ujian Pra dan Ujian Pos Bagi
Kumpulan Eksperimental
90
80
70
60
Markah ( % )

50
Ujian Pra
40
Ujian Pos
30
20
10
0
R1 R2 R3 R4 R5 R6 R7 R8 R9 R10
Responden

Rajah 4: Graf Perbandingan Markah Ujian Pra dan Ujian Pos bagi Kumpulan

Eksperimental

Perbandingan Markah Ujian Pra dan Ujian Pos Bagi


Kumpulan Terkawal
90
80
70
markah ( % )

60
50
40 Ujian Pra
30 Ujian Pos
20
10
0
R1 R2 R3 R4 R5 R6 R7 R8 R9 R10
Responden

Rajah 5: Graf Perbandingan Markah Ujian Pra dan Ujian Pos Bagi kumpulan

Terkawal

19
Berdasarkan Rajah 4, dapat dilihat ke semua murid Kumpulan Eksperimental
berjaya mencatatkan peningkatan markah pada Ujian Pos berbanding Ujian Pra.
Peningkatan markah yang paling ketara ditunjukkan oleh R1. Sebelum tindakan
dilakukan, responden ini hanya memperoleh markah sebanyak 10% dalam Ujian Pra.
Selepas tindakan dilakukan, peningkatan markah sebanyak 80% telah berlaku yang
menjadikan markah pada Ujian Pos sebanyak 90%. Peningkatan markah terendah
dicatatkan oleh R2 iaitu sebanyak 20%. Pada Ujian Pra markah R2 sebanyak 50% dan
hanya meningkat kepada 70% pada Ujian Pos. Tetapi, R2 merupakan murid yang
mencatat markah tertinggi dalam Ujian Pra.

Selain itu, R3, R4, R5, R8, R9 dan R10 juga telah menunjukkan peningkatan
markah ujian yang memberangsangkan iaitu 50% ke atas. Bagi R6 dan R7,
peningkatan markah adalah sebanyak 30%. Ini menunjukkan, kesemua responden
bagi Kumpulan Eksperimental yang mengikuti pengajaran dan pembelajaran
menggunakan kaedah peta minda berjaya meningkatkan jumlah markah pada Ujian
Pos berbanding Ujian Pra. Ini bermakna responden Kumpulan Eksperimental berjaya
melepasi gred dan peratus lulus.

Berdasarkan kepada Rajah 5 pula, peningkatan markah ujian yang dicatatkan


oleh Kumpulan Terkawal tidaklah terlalu ketara jika dibandingkan dengan Kumpulan
Eksperimental. Markah tertinggi yang diperoleh Kumpulan Terkawal dicatatkan oleh
R1 iaitu sebanyak 60% berbanding 80% oleh Kumpulan Eksperimental. Sebelum
menjalani proses pengajaran dan pembelajaran secara konvensional, R1 mendapat
markah sebanyak 20% pada Ujian Pra. Selepas proses pengajaran dan pembelajaran
dengan kaedah sama, markah R1 meningkat kepada 80% pada Ujian Pos. Namun
begitu, terdapat seorang responden yang tidak mencatatkan sebarang peningkatan
markah dalam Ujian Pra dan Ujian Pos iaitu R10 dalam Kumpulan Terkawal.
Responden ini mendapat markah 10% bagi kedua-dua ujian. Ini menjadikannya tidak
melepasi tahap peratus lulus iaitu 40% ke atas.

Seterusnya R5 turut menunjukkan peningkatan markah ujian iaitu sebanyak


50%. Manakala R2, R3 dan R7 menunjukkan peningkatan sebanyak 40% dalam Ujian
Pos berbanding Ujian Pra. Selebihnya iaitu R6, R8 dan R9, peningkatan yang
dicatatkan hanya 20% sahaja. Tidak lupa juga R4 yang mencatat peningkatan
sebanyak 30% pada Ujian Pos. Keseluruhannya, 9 orang responden bagi Kumpulan

20
Terkawal berjaya mencapai peratus lulus tetapi terdapat seorang responden yang
gagal mencatat sebarang peningkatan dalam kedua-dua ujian.

Peningkatan markah tertinggi bagi Kumpulan Eksperimental adalah sebanyak


80%, manakala peningkatan markah bagi Kumpulan Terkawal hanya 60% sahaja.
Responden bagi Kumpulan Eksperimental berjaya memperolehi markah lulus
semuanya dalam Ujian Pos, berbanding Kumpulan Terkawal yang mempunyai
seorang responden yang gagal. Oleh yang demikian, dapatlah disimpulkan bahawa
pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah peta minda bagi topik nama dan
fungsi komponen Kit Model Kereta ke atas Kumpulan Eksperimental amat berkesan
dalam meningkatkan penguasaan murid. Berbanding dengan proses pengajaran dan
pembelajaran kaedah konvensional ke atas Kumpulan Terkawal.

Hasil dapatan ini diperkukuhkan lagi dengan memaparkan nilai min bagi Ujian
Pra dan Ujian Pos bagi Kumpulan Eksperimental dan Kumpulan Terkawal seperti
yang ditunjukkan di dalam Jadual 5.

KUMPULAN Ujian Pra Ujian Pos Perbezaan

Eksperimental 20.0 71.0 51.0

Terkawal 25.0 57.0 32.0

Jadual 5 : Perbandingan Nilai Min Ujian Bagi Kumpulan Eksperimental dan

Kumpulan Terkawal .

Berpandukan kepada Jadual 5, perbezaan nilai min di antara Ujian Pra dan
Ujian Pos bagi Kumpulan Eksperimental ialah sebanyak 51.0 iaitu dari 20.0 kepada
71.0. Manakala Kumpulan Terkawal pula, perbezaan nilai min di antara Ujian Pra dan
Ujian Pos yang dicatatkan ialah sebanyak 32.0 iaitu dari 25.0 kepada 57.0. Dapatan
ini menunjukkan dengan jelas bahawa responden dalam Kumpulan Eksperimental
yang menjalani proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah peta minda
mampu mengingat nama dan fungsi komponen Kit Model Kereta. Ini menunjukkan
peningkatan penguasaan mereka terhadap tajuk tersebut berdasarkan nilai min ujian.

21
Berbeza dengan Kumpulan terkawal yang menjalani proses pengajaran kaedah
konvensional bagi tajuk yang sama, peningkatan nilai min ujian kurang
memberangsangkan. Oleh itu, objektif kajian ini untuk meningkatkan penguasaan
murid-murid bagi tajuk nama dan fungsi komponen Kit Model Kereta dengan
penggunaan peta minda telah tercapai. Ia seperti yang dikatakan oleh Dilip (1996),
melalui peta minda seseorang itu dapat mempertingkatkan daya ingatan tanpa terlalu
merugikan banyak kertas serta tenaga.

5.4 Analisis Pemerhatian

Analisis data ini diukur berdasarkan kepada pemerhatian berstruktur terhadap


tingkah laku responden bagi Kumpulan Eksperimental dan Kumpulan Terkawal.
Terdapat beberapa aspek yang diperhatikan oleh pengkaji sepanjang proses
pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Ia bertujuan untuk melihat perubahan
tingkah laku yang mencerminkan murid apabila menjalani proses pengajaran dan
pembelajaran menggunakan kaedah peta minda bagi Kumpulan Eksperimental dan
kaedah konvensional bagi Kumpulan Terkawal.Sila rujuk Jadual 6.

TEMA ASPEK

Minat Seronok belajar menggunakan kaedah yang digunakan.


Memberikan sepenuh perhatian semasa proses PdP
berlangsung.
Penglibatan Menjawab soalan secara sukarela.
Menggalakkan rakan lain untuk belajar.
Masalah Disiplin Bercakap atau bermain.
Mengganggu murid lain semasa proses PdP
berlangsung.
Tingkah Laku Pasif Berangan-angan atau termenung.
Membuat kerja lain yang tiada kaitan dengan pelajaran.

Jadual 6 : Tema dan Aspek yang Diperhatikan Di Dalam Pemerhatian

22
Berdasarkan Jadual 6, kesemua 8 aspek yang diperhatikan telah dibahagikan
kepada 4 tema utama iaitu minat, penglibatan, masalah disiplin dan tingkah laku pasif.
Sebanyak dua sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan bagi Kumpulan
Eksperimental dengan menggunakan kaedah peta minda. Begitu juga dengan
Kumpulan Terkawal yang turut menjalani dua sesi pengajaran dan pembelajaran
menggunakan kaedah konvensional. Setiap sesi pengajaran dan pembelajaran
memakan masa selama 60 minit. Pemerhatian yang dilakukan oleh pengkaji ke atas
responden dalam kedua-dua sesi tersebut. Analisis borang pemerhatian bagi setiap
sesi pengajaran dan pembelajaran direkodkan di dalam Jadual 7.

KEKERAPAN TINGKAH

TEMA KUMPULAN LAKU MURID JUMLAH

Sesi 1 Sesi 2

Minat Eksperimental 7 9 16

Terkawal 5 6 11

Penglibatan Eksperimental 8 10 18

Terkawal 6 7 13

Masalah Eksperimental 2 1 3

Disiplin Terkawal 4 4 8

Tingkah Laku Eksperimental 2 2 4

Pasif Terkawal 6 3 9

Jadual 7 : Kekerapan Tingkah Laku Murid Kumpulan Eksperimental dan

Kumpulan Terkawal .

23
Terdapat perbezaan jumlah kekerapan tingkah laku pada kedua-dua sesi
pengajaran dan pembelajaran bagi Kumpulan Eksperimental dan Kumpulan Terkawal
seperti yang dipaparkan dalam Jadual 7. Kekerapan tingkah laku murid bagi kedua-
dua kumpulan dirumuskan dalam bentuk peratusan dan diterjemahkan kepada bentuk
graf seperti yang dipaparkan dalam Rajah 6 .

Peratusan Tingkah Laku Murid Mengikut Tema

Minat

Penglibatan

Masalah Disiplin

Tingkah Laku Pasif

0% 10% 20% 30% 40% 50% 60% 70% 80% 90%

Kumpulan Terkawal Kumpulan Eksperimental

Rajah 6 : Graf Peratusan Tingkah Laku Murid Mengikut Tema

Berdasarkan Rajah 6 tersebut, dapat dilihat perbandingan peratusan minat


murid bagi Kumpulan Eksperimental adalah lebih besar iaitu 80% berbanding
Kumpulan Terkawal hanya 55% sahaja. Aspek yang dinilai dalam tema ini ialah
memberikan sepenuh perhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran
berlangsung serta seronok belajar dengan kaedah yang digunakan. Ini menunjukkan
bahawa kaedah penggunaan peta minda dalam proses pengajaran dan pembelajaran
topik nama dan fungsi komponen Kit Model Kereta berupaya meningkatkan minat
murid untuk belajar. Bagi Kumpulan Terkawal pula, menunjukkan bahawa murid

24
mungkin berasa kurang berminat jika proses pengajaran dan pembelajaran hanya
menggunakan kaedah konvensional sahaja.

Bagi tema yang kedua, peratusan yang ketara juga dapat dilihat di antara
Kumpulan Eksperimental dan Kumpulan Terkawal dalam penglibatan mereka
terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. Graf menunjukkan penglibatan murid
Kumpulan Eksperimental sebanyak 90% berbanding dengan Kumpulan Terkawal
iaitu 65% . Terdapat perbezaan sebanyak 25% di situ. Aspek yang diperhatikan dalam
tema ini ialah menjawab soalan dengan sukarela serta menggalakkan rakan lain untuk
belajar. Ini menunjukkan kaedah penggunaan peta minda dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran berupaya menggalakkan penglibatan murid yang berada dalam
Kumpulan Eksperimental. Tidak seperti Kumpulan Terkawal kaedah konvensional
dilihat kurang berupaya meningkatkan penglibatan murid secara aktif pada topik yang
diajarkan tersebut .

Seterusnya bagi tema masalah disiplin, hanya 15% murid Kumpulan


Eksperimental didapati bermasalah. Didapati murid dalam Kumpulan Terkawal
mencatat 40% masalah disiplin dalam aspek yang diperhatikan iaitu bercakap atau
bermain serta mengganggu murid lain semasa proses pengajaran dan pembelajaran
berlangsung. Berdasarkan perbezaan tersebut dapat dilihat bahawa kaedah
penggunaan peta minda dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat
mengurangkan masalah disiplin murid di dalam kelas. Akan tetapi dengan hanya
menggunakan kaedah konvensional masalah tersebut berada pada tahap yang sama
sahaja bagi murid dalam Kumpulan Terkawal. Tidak seperti perubahan yang berlaku
terhadap murid dalam Kumpulan Eksperimental.

Melihat kepada tema yang terakhir iaitu tingkah laku pasif, aspek yang dinilai
iaitu membuat kerja lain yang tiada kaitan dengan pelajaran serta berangan-angan atau
termenung. Peratusan murid dalam Kumpulan Eksperimental yang didapati
bertingkah laku pasif hanya 20% setelah menjalani kaedah pengajaran dan
pembelajaran menggunakan peta minda. Manakala murid bagi Kumpulan Terkawal
yang menjalani kaedah pengajaran dan pembelajaran konvensional pula, sebanyak
45% didapati bertingkah laku pasif. Ini menunjukkan bahawa kaedah penggunaan
peta minda mampu mengurangkan tingkah laku pasif di kalangan murid-murid.

25
Perkara ini disebabkan oleh telah timbul perasaan minat dalam diri mereka untuk
mengetahui lebih mendalam pada tajuk yang dipelajari.

Secara keseluruhannya, objektif pemerhatian ini untuk melihat peningkatkan


minat dan penguasaan murid dalam mempelajari topik nama dan fungsi komponen
Kit Model Kereta menggunakan peta minda telah tercapai. Ia seperti yang
diperkatakan oleh Wahidin (2004), bahawa penggunaan peta konsep dalam
pengajaran dan pembelajaran dapat menunjukkan peningkatan sikap murid terhadap
mata pelajaran yang diajar. Kaedah penggunaan peta minda dalam proses pengajaran
dan pembelajaran bagi tajuk tersebut ternyata berkesan dalam meningkatkan minat
murid untuk belajar, menggalakkan penglibatan aktif murid, mengurangkan tingkah
laku pasif serta meminimumkan masalah disiplin di kalangan murid dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran.

5.5 Analisis Soal Selidik

Soal selidik ini dijalankan selepas kedua-dua sesi pengajaran dan


pembelajaran selesai. Ia bagi mengukuhkan lagi keberkesanan kaedah yang
digunakan. Kesemua responden daripada Kumpulan Eksperimental dan Kumpulan
Terkawal diberikan borang soal selidik untuk dijawab. Data yang diperoleh daripada
borang soal selidik tersebut dianalisis dengan kiraan min. Seterusnya, data tersebut
diterjemahkan pula di dalam bentuk jadual dan graf. Rujuk Jadual 8 dan Rajah 7.

BIL. ITEM NILAI MIN

Kumpulan Kumpulan
Eksperimental Terkawal
1 Saya berasa seronok selepas mengikuti 4.3 2.8
pelajaran hari ini .
2 Aktiviti yang dijalankan dapat menaikkan 4 2.9
minat saya .

26
3 Saya berasa mudah untuk mengingat apa 4.5 2.4
yang dipelajari .
4 J hari ini sungguh menarik .
Pelajaran 4.1 2.9

5 aSaya berasa teruja untuk menunggu 4.1 2.9


daktiviti yang seterusnya .
6 Saya bersemangat untuk belajar subjek 4.5 2.8
u
Reka Bentuk dan Teknologi .
a
7 Saya sangat suka dengan kaedah 4 2.7
lpembelajaran yang digunakan .
8 Saya boleh aplikasikan kaedah yang guru 4.2 2.4
gunakan untuk tajuk lain .
8

Jadual 8 : Analisis Borang Soal Selidik

Perbandingan Min Soal Selidik Bagi Kumpulan


Eksperimental dan Kumpulan Terkawal

4.5
4
3.5
3
2.5
Min

2
1.5
1
0.5
0
Item 1 Item 2 Item 3 Item 4 Item 5 Item 6 Item 7 Item 8

Kumpulan Eksperimental Kumpulan Terkawal

Rajah 7 : Graf Perbandingan Min Item Soal Selidik Bagi Kumpulan

Eksperimental dan Kumpulan Terkawal

27
Berdasarkan analisis min yang telah dijalankan seperti dalam Jadual 8 dan
Rajah 7 tersebut, tahap keberkesanan penggunaan peta minda dalam meningkatkan
penguasaan murid bagi topik nama dan fungsi Kit Model Kereta telah dibahagikan
seperti dalam Jadual 9.

MIN TAHAP KEBERKESANAN

0.00 - 1.50 Paling Rendah

1.51 - 2.50 Rendah

2.51 - 3.50 Sederhana

3.51 - 4.50 Tinggi

4.51 - 5.00 Paling Tinggi

Jadual 9 : Tahap Keberkesanan Setiap Item Dalam Nilai Min .

Berpandukan Rajah 7, min bagi Item 1 Kumpulan Eksperimental adalah


melebihi daripada Kumpulan Terkawal sebanyak 1.5. Nilai min Kumpulan
Ekperimental yang melebihi Kumpulan Terkawal menunjukkan bahawa responden
Kumpulan Eksperimental berasa seronok selepas mengikuti sesi pengajaran dan
pembelajaran menggunakan kaedah peta minda, berbanding dengan Kumpulan
Terkawal yang mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah
konvensional.

Item 2 pula menunjukkan Kumpulan Eksperimental memperoleh nilai min


sebanyak 4.0 berbanding Kumpulan Terkawal yang mencatat nilai min sebanyak 2.9 .
Ini bermakna, aktiviti yang dijalankan bagi Kumpulan Eksperimental dengan
menggunakan kaedah peta minda dapat menaikkan minat responden dalam sesi
pembelajaran. Responden Kumpulan Terkawal pula merasakan kaedah konvensional
yang digunakan kurang menarik minat mereka dalam sesi pembelajaran.

28
Nilai min bagi Item 3, responden Kumpulan Eksperimental menyatakan
mereka berasa mudah untuk mengingat apa yang dipelajari dengan kaedah
penggunaan peta minda, tidak seperti Kumpulan Terkawal yang menggunakan kaedah
konvensional. Kenyataan ini diinterprestasikan daripada nilai min yang dicatatkan
iaitu 4.5 bagi Kumpulan Eksperimental dan hanya 2.4 bagi Kumpulan Terkawal.
Manakala Item 4 juga menunjukkan nilai min Kumpulan Eksperimental berada di
tahap yang lebih baik iaitu 4.1 jika dibandingkan dengan 2.9 nilai min daripada
Kumpulan Terkawal.

Berdasarkan nilai min Item 5 yang diperoleh oleh Kumpulan Eksperimental


iaitu 4.1, menunjukkan responden kumpulan tersebut yang menggunakan kaedah peta
minda berasa teruja untuk menunggu aktiviti yang seterusnya. Berbeza pendapat
dengan Kumpulan Terkawal yang menggunakan kaedah konvensional memperoleh
nilai min 2.9. Item 6 pula membuktikan bahawa kaedah penggunaan peta minda
mampu membuatkan responden Kumpulan Eksperimental rasa bersemangat untuk
belajar subjek Reka bentuk dan Teknologi berbanding Kumpulan Terkawal dengan
perbezaan nilai min sebanyak 1.7 .

Responden Kumpulan Eksperimental juga menyatakan mereka suka dengan


kaedah pembelajaran yang digunakan. Ini dapat dilihat melalui nilai min yang dicatat
iaitu 4.0 bagi Item 7. Nilai min yang dicatat oleh Kumpulan Terkawal bagi Item 7
tersebut cuma 2.7. Seterusnya bagi item yang yang terakhir iaitu item 8, nilai min
yang dicatatkan oleh Kumpulan Eksperimental juga lebih tinggi iaitu 4.2 jika
dibandingkan dengan Kumpulan Terkawal 2.4. Terdapat perbezaan nilai min
sebanyak 1.8. Ini bermaksud, responden Kumpulan Eksperimental bersetuju dengan
item tersebut di mana mereka boleh menggunakan kaedah yang diperkenalkan iaitu
peta minda untuk tajuk lain bagi mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi
khususnya.

Secara keseluruhannya, dapatan daripada analisis soal selidik yang dijalankan


terhadap Kumpulan Eksperimental dan Kumpulan Terkawal ini telah mencapai
sasaran yang ditetapkan. Berdasarkan item-item yang disoal serta analisis nilai min
antara kedua-dua kumpulan, tahap keberkesanan penggunaan peta minda bagi
Kumpulan Eksperimental berada pada tahap tinggi.

29
5.6 Refleksi Kajian

Berdasarkan keputusan analisis dan data dapatlah dirumuskan bahawa objektif


penyelidikan tindakan ini telah dicapai. Jelaslah bahawa pengajaran dan pembelajaran
menggunakan kaedah peta minda dapat memberi impak yang positif terhadap
keberkesanan pengajaran dan seterusnya meningkatkan penguasaan murid khususnya
Tahun 5 dalam topik nama dan fungsi komponen Kit Model Kereta.

Bagi menarik minat murid terhadap proses pengajaran dan pembelajaran, guru
bertanggungjawab mempelbagaikan kaedah pengajaran. Murid akan lebih berminat
dan bermotivasi untuk belajar sekiranya guru berjaya merangsang minda mereka ke
arah pembelajaran yang berkesan dan bermakna.

Menurut Dunn & Dunn (1992), pelajar mempunyai sikap yang lebih positif
terhadap pembelajaran apabila pengajaran disesuaikan dengan pendekatan
pembelajaran mereka. Ini menunjukkan pendekatan yang digunakan oleh pendidik
ketika proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan akan memberi kesan kepada
sikap pelajar terhadap pendekatan tersebut. Oleh itu, guru seharusnya memainkan
peranan yang penting dalam mencari pendekatan yang mampu menjadi pemangkin
kepada peningkatan kefahaman murid.

6.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Kaedah penggunaan peta minda dalam pengajaran dan pembelajaran Reka


Bentuk dan Teknologi sememangnya berkesan dalam membantu menaikkan minat
serta penglibatan murid dalam pembelajaran. Seterusnya berjaya meningkatkan
penguasaan murid pada tajuk yang dipelajari. Proses pengajaran dan pembelajaran
subjek Reka Bentuk dan Teknologi bukan hanya berpusatkan kepada amali sahaja
tetapi teori juga amat dititikberatkan.

Dapatan hasil daripada kajian ini seharusnya dikongsi atau diperluaskan


kepada mata pelajaran lain. Namun begitu, terdapat beberapa cadangan
penambahbaikan yang boleh dilakukan sekiranya kajian seumpama ini dijalankan lagi
pada masa akan datang.

30
Cadangan tersebut seperti :

i) Mengaplikasikan penggunaan peta minda bagi tajuk-tajuk lain dalam subjek


Reka Bentuk dan Teknologi bukan sahaja bagi Tahun 5, malah diperluaskan
kepada murid Tahun 4 dan Tahun 6.

ii) Menambah bilangan responden supaya hasil dapatan kajian lebih jitu, selain
dapat memanfaatkan keberkesanan kajian ini kepada jumlah murid yang lebih
ramai.

iii) Memperluaskan skop kajian dengan membuat perbandingan di antara prestasi


murid lelaki dan prestasi muri perempuan atau perbandingan di antara kelas.

iv) Menggunakan instrument temubual dengan murid serta guru pakar bagi
mendapatkan maklumat yang lebih terperinci dalam mengenal pasti masalah
murid bagi memantapkan lagi dapatan kajian.

v) Menaiktaraf kajian dengan menggunakan video animasi atau info grafik


supaya pembelajaran lebih menarik sejajar dengan pendidikan abad ke-21
yang menggalakkan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam
pengajaran dan pembelajaran.

31
RUJUKAN

Abdul Fatah (1996). Kecemerlangan Minda Dalam Pembelajaran Keseluruhan Otak

dan Daya Berfikir.Utusan Publication & Distributor. Sdn. Bhd.

Al-Ghazali (1976). Ihya Ulumiddin,Jilid I-XII. Pustaka Indonesia,Medan.

Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Pendidikan,Kementerian Pelajaran


Malaysia (2008).Buku Manual Kajian Tindakan Edisi Ketiga.
Putrajaya:Penerbit BPPDP,KPM.

Bell, J. (1999). dalam Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan.


Manual Kajian Tindakan. Kuala Lumpur: Penerbit BPPDP,KPM.

Buzan,T. (1974). Use Your Head.BBC Publication.

Buzan,T. & Barry, B. (2003). Tony and Barry Buzan The Mind Map Book.
BBC Worldwide Limited: London.

Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur. (2000). Kamus Dewan (Edisi Ketiga).
Selangor: Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Dilip, M. (1996).Superbrain-Train your brain and Unleash The Genius Within.


Singapore:Oxford University Press.

32
Dunn, R., & Dunn, K. (1992). Teaching Elementary Students Through Their Individual
Learning Styles: Practical Approaches for Grades 3-6. Boston, MA: Allyn &
Bacon.

Khalid Mohamed Nor, Ph.D. (2003).Kaedah Pembelajaran Berkesan. Kuala Lumpur:


Cahaya Pantai(M) Sdn. Bhd.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2014), Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi
Tahun 5, Kuala Lumpur.

Kemmis,S. & McTaggart,R (1988). dalam Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar
Pendidikan. Manual Kajian Tindakan. Kuala Lumpur: Penerbit: BPPDP,KPM.

Noor Azmi Ibrahim. (1998). Pembangunan Kurikulum Abad Ke-21. Berita Kurikulum.9
(1):6-7. Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Novak, J.D. & Gowin, D.B. (1984). Learning how to learn. New York: Cambridge
University Press.

Pusat Perkembangan Kurikulum,(2013), Huraian Sukatan Pendidikan RBT Kurikulum


Standard Sekolah Rendah, Kuala Lumpur: PPK.

Wahidin. (2004). Penggunaan Peta Konsep dan Peta Vee Dalam Meningkatkan sikap Pelajar
Terhadap Kimia. Jurnal Pendidikan,(29). Ms 125-140.

33
LAMPIRAN A

Borang Tema dan Aspek Di Dalam Pemerhatian

TEMA ASPEK

Minat Seronok belajar menggunakan kaedah yang digunakan.


Memberikan sepenuh perhatian semasa proses PdP
berlangsung.
Penglibatan Menjawab soalan secara sukarela.
Menggalakkan rakan lain untuk belajar.
Masalah Disiplin Bercakap atau bermain.
Mengganggu murid lain semasa proses PdP
berlangsung.
Tingkah Laku Pasif Berangan-angan atau termenung.
Membuat kerja lain yang tiada kaitan dengan pelajaran.

KEKERAPAN TINGKAH

TEMA KUMPULAN LAKU MURID JUMLAH

Sesi 1 Sesi 2

Minat Eksperimental

Terkawal

Penglibatan Eksperimental

Terkawal

Masalah Eksperimental

Disiplin Terkawal

Tingkah Laku Eksperimental

Pasif Terkawal

34
LAMPIRAN B

Borang Soal Selidik

BIL. ITEM NILAI MIN

Kumpulan Kumpulan
Eksperimental Terkawal
1 Saya berasa seronok selepas mengikuti
pelajaran hari ini .
2 Aktiviti yang dijalankan dapat menaikkan
minat saya .
3 Saya berasa mudah untuk mengingat apa
yang dipelajari .
4 Pelajaran hari ini sungguh menarik .

5 Saya berasa teruja untuk menunggu


aktiviti yang seterusnya .
6 Saya bersemangat untuk belajar subjek
Reka Bentuk dan Teknologi .
7 Saya sangat suka dengan kaedah
pembelajaran yang digunakan .
8 Saya boleh aplikasikan kaedah yang guru
gunakan untuk tajuk lain .

35