Anda di halaman 1dari 6

TUGASAN MODUL 5.

1 ( Siti Nor Eliza Potra Bt Abdullah)

Pengenalan.

Sebagai seorang pendidik revolusi pembelajaran memang amat diperlukan kerana ia


akan dapat mengubah cara pembentukan dan perkembangan komuniti di sesebuah
sekolah. Pada abad ke 21 ini desakan globalisasi menginginkan kekuatan satu komuniti
,bukan terletak pada saiznya tetapi terletak kepada tahap penguasaan ilmu
pengetahuan komuniti tersebut . Lantaran itu , jalan terbaik ialah dengan
mengembangkan tahap pembelajaran yang berkualiti tinggi adalah melalui Komuniti
Pembelajaran Profesional atau dalam bahasa inggerisnya disebut Professional
Learning Community(PLC). PLC merupakan satu budaya yang menggalakkan
pembelajaran profesional dalam kalangan guru di sekolah dan berkerja secara
kolaboratif. Budaya ini diterapkan melalui keterbukaan dan pengkongsian dalam
pengajaran dan pembelajaran,ketelusan dalam memberi maklum balas bagi
penambahbaikan(Fullan, 2017).

Namun begitu PLC adalah sebahagian daripada aktiviti untuk meningkatkan


kualiti guru di bawah NKRA iaitu untuk meningkatkan mutu pembelajaran guru dan
pembelajaran murid di sekolah-sekolah diseluruh negara. PLC ini merupakan satu
usaha kolektif staf di sekolah dengan menumpukan kepada menggunakan kemahiran
dan pengetahuan guru, membina hubungan yang berkualiti, mempunyai program yang
sangat berfokus, mengerakkan sumber-sumber sedia ada dan berkongsi kepimpinan.
PLC yang berkesan mampu memupuk double loop learning dalam kalangan warga
sekolah yang akhirnya akan dapat meningkatkan prestasi pembelajaran murid.

Memberi Kefahaman Pelaksanaan Strategi PLC Kepada Semua Warga Sekolah.


Satu kajian berkaitan dengan bidang keberkesanan sekolah telah dijalankan dan
didapati bahawa prestasi pelajar dipengaruhi oleh sistem sekolah yang berprestasi
tinggi yang didokong pula oleh dua komponen utama iaitu kualiti kepimpinan dan kualiti
guru. Untuk meningkatkan prestasi, guru dan juga pemimpin sekolah telah diberikan
latihan peningkatan profesionalisme oleh bahagian tertentu di KPM seperti di
BPG(Bahagian Pendidikan Guru) dan IAB (Instistut Aminuddin Baki) yang menekankan
kepada kualiti guru melalui pelaksanaan PLC yang berkesan.Di Negara-negara maju
perlaksanaan PLC sebagai alat bagi meningkat kualiti guru di mana pemantapan
komuniti pembelajaran profisional dalam kalangan pendidik dilihat sebagai usaha
meningkatkan profisional guru.
Terdapat lima ciri PLC yang juga dikenali sebagai elemen kritikal PLC bertujuan bagi
mencapai objektif PLC yang melibatkan pembaikian amalan instruksional,
menggalakan pembelajaran murid dan hasil/outcome murid yang positif. Menurut Hord
(1997) terdapat lima ciri PLC iaitu:
1. Reflektif Dialog.
Dalam refleksi ini guru-guru digalakkan mengamalkan reflektif dialog untuk mengenal
pasti kelemahan sesi pengajaran mereka dan seterusnya mencari penyelesaian untuk
menambah baik pengajaran mereka.
2. Pengkongsian Amalan.
Guru besar sebagai pemimpin utama di sekolah dikehendaki memastikan setiap warga
guru berusaha meningkatkan kapasiti peribadi melalui perbincangan dan dialog
bersama rakan guru yang lain. Perbincangan dan dialog membawa kepada penemuan
baru yang akan dikongsi secara bersama.
3. Kolaborasi.
Semua guru perlu memahami bahawa PLC mengamalkan budaya kolaborasi yang
tinggi, hormat menghormati serta bersikap terbuka kepada rakan yang lain untuk dilihat
dan dikongsi secara bersama.
4. Fokus Kepada PdPc Berkesan Pembelajaran Murid.
Amalan budaya PLC ini di sekolah diharapkan akan dapat mengubah haluan fokus
daripada pengajaran guru kepada pembelajaran murid. Setiap guru berusaha
memastikan murid dapat menguasai topik atau subjek yang diajar. Peralihan fokus ini
telah mengurangkan keciciran murid dalam pembelajaran mereka.
5. Perkongsian Visi dan Misi.
Sekolah yang mempunyai PLC melibatkan semua warga dalam membuat dan membina
Visi, dan menjadikan visi tersebut sebagai panduan dalam membuat keputusan
terutamanya dalam bidang pengajaran dan pembelajaran.
Kerangka Pelaksanaan PLC Di Sekolah.
3 Idea
Utam
Matlamat/Objektif
a Sekolah(KPI)
4
Tingkatkan Soala
Outcome Murid
n
Kritik
al

Learning Team Learning Team Learning Team

PASUKAN PEMANDU

(Sumber : BPG, KPM, 2014)

Bagi menjamin pelaksanaan PLC di sekolah berjaya , guru besar perlu mengetahui
dan memahami tiga idea utama dan empat soalan kritikal mengenai PLC.Tiga idea
utama dalam PLC adalah memastikan pembelajaran murid berlaku, ada budaya
kolaboratif dalam PdPc murid dan idea ketiga ialah fokus kepada pencapaian.
Manakala empat soalan kritikal pula meliputi apakah aspek yang kita ingin murid
belajar?(fokus), Bagaimana kita tahu yang mereka sedang belajar? (Inkuiri), Bagaimana
kita respon sekiranya mereka tidak belajar? (inovasi), dan soalan kritikal yang ke
empat bagaimana kita respon sekiranya mereka belajar? (impak). Pemahaman tentang
tiga idea utama dan kemampuan menjawab kepada empat soalan kritikal di atas akan
membantu pemimpin sekolah meyediakan pelan tindakan PLC di sekolah. Sebelum
Menyedikan pelan tindakan PLC, adalah lebih baik pemimpin sekolah mengenal pasti
tahap pelaksanaan PLC disekolah mereka.
Perancangan Strategi Pelaksanaan PLC Di Sekolah Tempat Saya Mengajar.

Dalam usaha untuk membudayakan PLC di sekolah pelbagai sterategi PLC telah di
rancang untuk digunakan dalam membangunkan PLC di sekolah. Merujuk kepada
lampiran 2 strategi membangunkan PLC atau alatan kolaboratif pelaksanaan PLC.
Maka dirumuskan diantara tujuan utama PLC adalah untuk menggunakan kemahiran
dan pengetahuan guru sedia ada, ditambahbaik dan diperbaharui. Ianya dapat
membina hubungan yang berkualiti dalam kalangan guru. Pelaksanaan PLC yang
mantap memberi banyak faedah kepada sekolah dan semua warganya. Dalam
merancang strategi pelaksanaan PLC di sekolah saya ini iaitu Sekolah Kebangsaan
Layang-Layang Kiri , saya tidak memfokuskan takrif dan faedah PLC kerana apabila
pelaksanaannya berlaku, secara langsung akan merasai faedah PLC kepada semua.
Saya memfokuskan strategi PLC yang perlu dimulakan pada hujung tahun 2017 nanti.
Idea ini sangat baharu dalam kalangan warga Sekolah Kebangsaan Layang-Layang
Kiri, walaupun ianya agak terlambat kerana sudah berada pada hujung tahun secara
perbandingan dengan sekolah-sekolah terkehadapan yang memulakannya pada awal
tahun, namun saya kira masih sempat untuk diikuti.

Salah satu dari strategi PLC ialah Belajar Secara Berjalan (Learning Walk)
bermaksud Guru Besar, Penolong Kanan dan Guru Kanan Mata Pelajaran membuat
pemantauan secara berfokus dan bertema. Berjalan di sekeliling sekolah dan
memerhatikan pengajaran guru lain dan aktiviti bilik darjah dengan mengunakan
protokol atau fokus yang spesifik. Manakala strategi PLC Bimbingan Rakan Sebaya
Guru atau Pembimbing Instruksi (Peer Coaching / Instructional Coaches) ialah secara
sistematik memerhatikan pengajaran guru lain dengan menggunakan kitaran pra-
konferens, pemerhatian dan pasca-konferens (pre-conference, observation, post-
conference cycle). Sekolah akan menetapkan tempoh pelaksanaan peer coaching.
Tempoh pelaksanaan adalah selepas aktiviti pembinaan Rancangan Pengajaran Harian
(RPH). Peer coaching hendaklah melibatkan semua ahli panitia. Seorang guru yang
mengajar perlu dipilih. Panitia dikehendaki memaklumkan hari dan masa pelaksanaan
peer coaching untuk tujuan pemantauan.
Selain itu salah satu strategi PLC ialah Belajar Menggunakan Rancangan Pengajaran
Harian (Lesson Study) dalah hal ini sekumpulan guru menjalankan usaha sama
membina satu rancangan pengajaran, diikuti dengan pengajaran, memerhatikan
pengajaran, membuat penambahbaikan semasa sesi pengajaran. Panitia mata
pelajaran melaksanakan Teacher Sharing Sessions iaitu berbincang tentang dapatan
daripada Peer Coaching. Isu perbincangan berkisar kepada pedagogi guru, aktiviti
pembelajaran kolaboratif (berkongsi idea) dan koperatif (berkumpulan), Kemahiran
Berfikir Aras Tinggi (KBAT), i-Think dengan 8 peta pemikiran menggunakan alat visual
di sekolah pemikiran dan Bahan Bantu Mengajar (BBM).

Manakala strategi PLC Perkongsian Guru (Teacher Sharing Sessions) ialah


sekumpulan guru bertemu secara kerap untuk berkongsi amalan pengajaran terbaik.
Sekolah akan menyediakan platform menetapkan hari dan jam untuk panitia mata
pelajaran melaksanakan Teacher Sharing Sessions atau Lesson Study membina
Rancangan Pengajaran Harian(RPH). RPH dibina oleh panitia dengan mengambil kira
aktiviti pembelajaran kolaboratif dan koperatif dan i-Think. Instrumen yang digunakan
ialah Instrumen Learning Walk Bilik Darjah Abad Ke-21, Instrumen Learning Walk
Teacher Sharing Sessions atau Lesson Study dan Instrumen Learning Walk Peer
Coaching atau Pembelajaran dan Pengajaran (PdP). Data Learning Walk perlu
dianalisis dan dinilai untuk tujuan penambahbaikan.

Akhir sekali saya ingin menyeru kepada semua warga Sekolah Kebangsaan
Layang-Layang Kiri agar menyahut cabaran PLC dengan fikiran terbuka dan positif.
Memang tidak boleh kita nafikan bahawa kesemua elemen-elemen membangukan
PLC telah dirancang dengan teliti dari segi sumber dan struktur yang melibatkan
peruntukan masa, ruang peluang dan kewangan. Juga mengambil kira idea tentang
PLC dalam dasar pembangunan, pembelajaran dalam sekolah dan penggunaan ICT.
Elemen melibatkan pembelajaran professional pula dibuat secara
terancang,pengurusan dan penilaian prestasi , induksi juga diselaraskan dengan
pembangunan PLC. Juga diambilkira kefahaman sepunya dalam kalangan warga
sekolah. Pembelajaran professional akan disokong dan diberi dorongan. Dari segi
pemantauan pula ianya akan dibuat secara berkala, perbincangan pula hendaklah
dibuat secara telus. Pemantauan juga melibatkan pembangunan sumber manusia,
penilaian prestasi dan rakan kritikal. Pada peringkat kepimpinan dan pengurusan pula
ianya mestilah berfokus kepimpinan, mempunyai keyakinan dan kepercayaan.
Digalakkan juga menggunakan budaya inkuiri yang mengenengahkan pemimpin
sebagai model dan coach. Dari segi perwatan seorang pemimpin diharapkan agar
keseluruhan pemimpin mempunyai ilmu lebih-lebih lagi dalam strategi membangunkan
PLC.

Anda mungkin juga menyukai