Anda di halaman 1dari 10

1 | MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI) 2016

Skrip Pengacaraan Majlis

Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 2016 -

1437/1438H

12 Disember 2016

Masa Teks Tindakan

9:30 Pagi *Mohon Perhatian tindakan para hadirin

Bagi memastikan majlis kita berjalan dengan lancar, para hadirin diminta agar

memastikan telefon bimbit berada dalam mod pengaturcaraan senyap.

Izinkan saya mengingatkan bahawa majlis akan bermula sebentar sahaja lagi.

Justeru, saya memohon perhatian tuan-tuan dan puan-puan untuk memberi

kerjasama memenuhkan tempat duduk yang kosong di hadapan. Hadirin juga

diminta untuk terus kekal di dalam dewan sehingga majlis tamat.

Untuk maklumat hadirin-hadirat sekalian, pada hari Jumaat , 17 Disember, akan Pengumuman

diadakan satu ceramah tentang Pembangunan Sahsiah Sebagai Seorang Guru

yang bertempat di Dewan Kuliah Pelajar , Kolej Sultan Azlan Shah , Upsi di

bawah anjuran Persatuan Persuratan Melayu. Untuk Maklumat lanjut, hadirin

boleh menghubungi di talian 0197778891.

Sukacita juga dipohon tuan puan untuk berdiri semasa ketibaan Yang Berbahagia

Professor Dato Dr Zakaria bin Kasa selaku Naib Canselor Universiti Pendidikan
2 | MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI) 2016

Sultan Idris (UPSI), diiringi dif-dif kehormat dan penceramah jemputan Al Fadhil

Dato Ustaz Muhammad Kazim bin Elias.

Para hadirin diminta untuk berdiri.

Kerjasama hadirin amat dihargai.

Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Professor Dato Dr Zakaria bin Kasa


9:45 Pagi Ketibaan VIP
diiringi dif-dif kehormat serta penceramah jemputan Al Fadhil Dato Ustaz
Muhammad Kazim bin Elias masuk ke dalam majlis.
Hadirin diminta untuk terus berdiri bagi menyanyikan lagu Negaraku dan Ibu
Kandung Suluh Budiman.

*****************************************************************
Para hadirin dipersilakan duduk.

9:50 Pagi Indah berbalam si awan petang, Kata Aluan

Berarah di celah pepohon ara,

Pemanis kalam selamat datang,

Awal bismillah pembuka bicara.

Mencari timba si anak dara,

Di bawah sarang burung tempua,

Salam sembah pembuka bicara,

Selamat datang untuk semua.


3 | MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI) 2016

Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh dan salam sejahtera.

Selamat datang ke Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat Universiti

Pendidikan Sultan Idris (UPSI) , bagi tahun 2016 bersamaan 1437/1438H.

* Salutasi

Yang berbahagia Professor Dato Dr Zakaria bin Kasa, (D.S.D.K), Naib Canselor

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Yang Berusaha Dr Bazrul bin

Bahaman, Pengetua Kolej Ungku Omar, Yang Diraikan, Al Fadhil Dato Ustaz

Muhammad Kazim bin Elias selaku penceramah jemputan pada hari ini, Yang

Dikasihi, Saudari Muhammad Syahmi Aiman bin Sulaiman, Yang Dipertua

Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris, seterusnya,

mahasiswa/mahasiswi Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan ke hadrat Allah Taala

kerana dengan limpah rahmat, kurnia dan izin-Nya, maka kita berpeluang

berhimpun dalam suasana ukhuwwah dan muhabbah bagi mengimarahkan majlis

ini.

Semulia-mulia kata pujian , salam dan selawat dihadiahkan kepada junjungan

agung, penghulu segala nabi dan rasul , Nabi Muhammad SAW yang telah

memimpin kita di jalan kebenaran yang dicahayai iman sebagai persediaan

menuju kehidupan akhirat yang abadi.


4 | MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI) 2016

Justeru, acara maulidur rasul bagi meraikan keputeraan Baginda ini disambut

dengan penuh keinsafan yang diwarnai perasaan kasih dan cinta yang mendalam

kepada Rasulullah SAW.

10:00 Lebat kemiri pohonnya rendah, Bacaan Doa

pagi Dahan terikat tali perkasa ;

Sepuluh jari kami menadah,

Mohon berkat yang Maha Esa.

Hadirin sekalian,

Bagi memberkati majlis pada hari bermakna ini, dijemput saudara Awang Anuar,

Naib Yang Dipertua Artisukma Universiti Pendidikan Sultan Idris untuk

memimpin bacaan doa.

Dipersilakan.

***************************************************************

Amin Amin Ya Rabbal Al Amin

Terima kasih saudara Awang Anuar atas pimpinan bacaan doa itu tadi.

10:10pagi Ucapan oleh Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Pendidikan

Sultan Idris .

Hadirin sekalian,

Sebagai memulakan majlis pada pagi ini, Majlis dengan sukacitanya menjemput

saudara Muhammad Syahmi Aiman , Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar

Universiti Pendidikan Sultan Idris sesi 2015/2016 untuk menyampaikan ucapan

aluan.
5 | MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI) 2016

Dengan hormatnya dipersilakan.

Terima kasih saudara Muhammad Syahmi Aiman , Yang Dipertua Majlis

Perwakilan Pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris atas ucapan aluan sebentar

tadi.

10:20 Ucapan oleh Yang Berbahagia Professor Dato Dr Zakaria bin Kasa, (D.S.D.K),

pagi Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Sidang hadirin sekalian

Bagi meneruskan majlis pada petang ini, majlis dengan berbesar hati menjemput

Yang Berbahagia Professor Dato Dr Zakaria bin Kasa, (D.S.D.K), Naib

Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) untuk menyampaikan ucapan

beliau.

Dipersilakan

****************************************************************

Majlis merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada Yang Berbahagia

Professor Dato Dr Zakaria bin Kasa, (D.S.D.K) atas ucapan yang penuh

bermakna sebentar tadi.

10:30 Majlis pada pagi yang berbahagia ini diteruskan lagi dengan bacaan ayat suci Al- Persembahan

pagi Quran yang akan disampaikan oleh Muhd Iqbal bin Jelani dan ditafsirkan oleh

Muhd Rafiq bin Ahmad.


6 | MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI) 2016

Majlis mempersilakan

******************************************************************

Terima kasih diucapkan kepada qari dan penterjemah atas bacaan ayat suci Al-

Quran sebentar tadi.

10:45pagi Sebelum menjemput tuan penceramah kita, suka saya memperkenalkan sedikit Mengenalkan

tentang latar belakang beliau. biodata

Dato Ustaz Muhammad Kazim Elias dilahirkan pada 29 November 1972 di penceramah

Kampung Paya , Batu Kurau, Mukim Selama, Perak.

Beliau merupakan seorang penceramah bebas. Beliau mendapat pendidikan awal

di Sekolah Rendah Tok Sajak, Batu Kurau Perak.

Beliau menyambung persekolahan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan

Besout 1, di Felda Gunong Besout 1.

Oleh kerana minatnya yang mendalam di dalam bidang agama, beliau telah

memohon dan berjaya memasuki Sekolah Agama Syubbaniah, Batu Kurau

selepas tingkatan 5 dan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia.

Beliau kemudiannya menyambung pembelajaranya di Maahad Tahfiz Al-Quran

dan Qiraat Negeri Perak di Masjid Negeri Perak sehingga mendapat Diploma

Tahfiz Al-Quran.

Kini, beliau merupakan Pengetua Pusat Pendidikan Al-Barakah di Kampung

Manjoi, Makam Ulu Kinta, Perak.


7 | MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI) 2016

Buah langsat di tepi busut,

Mari dimuat di dalam peti ;

Besar hajat kami menjemput,

Besar niat di dalam hati.

Dengan itu, majlis menjemput Al Fadhil Dato Ustaz Muhammad Kazim bin Elias

bagi memulakan sesi ceramah.

Dipersilakan.

11:45pagi Nun Di sana Indahnya Kota,

Kota Bersih Dijaga Sentiasa;

Indah Sungguh Bicara Kata,

Jadi Iktibar Pada Semua. Sesi

Pemberian

Demikian tadi pengucapan yang telus lagi kudus, penuh dengan pengajaran juga Cenderamata

teladan. Semoga apa yang telah disampaikan sebentar tadi dapat menambahkan

ilmu dan dijadikan amalan dalam kehidupan seharian kita sebagai umat Islam.

majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Al Fadhil Dato Ustaz Muhammad

Kazim Bin Elias.

Hadirin hadirat yang dikasihi sekalian,


8 | MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI) 2016

Di kesempatan ini, pihak majlis berbesar hati untuk memberikan cenderamata

sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada tuan penceramah yang telah

sudi menjayakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Universiti

Pendidikan Sultan Idris (Upsi) bagi tahun 2016-1437/1438H

Sehubungan dengan itu, majlis mempersilakan saudara Muhammad Syahmi

Aiman , Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Pendidikan Sultan

Idris sesi 2016/2017, untuk menjemput dan mengiringi Yang Berbahagia

Professor Dato Dr Zakaria bin Kasa, (D.S.D.K), Naib Canselor Universiti

Pendidikan Sultan Idris (UPSI) untuk menyempurnakan penyampaian

cenderamata.

Majlis mempersilakan,

Majlis dengan segala hormatnya menjemput Al Fadhil Dato Ustaz Muhammad

Kazim bin Elias untuk menerima cenderamata penghargaan

Dipersilakan.

Dewa sakti melayang ke Daik

Hendak mencari Dewa Jaruga

Kalau ada budi yang baik

Sampai ke mati orang tak lupa


9 | MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI) 2016

Tinggi bukit gilang-gemilang,

Air di laut tenang-tenangan;

Budi sedikit tak akan hilang,

Tetap menjadi kenang-kenangan.

Majlis merakamkan terima kasih kepada Yang Berbahagia Professor Dato Dr

Zakaria bin Kasa, (D.S.D.K), Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris

(UPSI) yang telah sudi menyampaikan cenderamata itu tadi.

12:00 Hadirin warga dewan yang dirahmati sekalian, Penutup

tgh hari Maka berakhirlah sudah majlis sambutan maulidur rasul peringkat upsi bagi

tahun 2016.

Limau purut berbuah sarat,

Dipetik datuk di simpan di para;

Makanan terhidang tanda isyarat,

Isyarat untuk menjamu selera.

Sebelum Menutup Majlis Dijemput Yang Berbahagia Professor Dato Dr Zakaria

bin Kasa, (D.S.D.K) dan Dif-dif kehormat dan penceramah jemputan, Al Fadhil

Dato Ustaz Muhammad Kazim bin Elias dijemput untuk ke majlis jamuan di

ruang foyer dewan.

Para hadirin dijemput mengambil makanan di ruang yang telah disediakan.


10 | MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI) 2016

12:20 Bersurai Tamat

tgh hari

Kemaskini 5 Disember 2016, jam 7.48 mlm