Anda di halaman 1dari 42

KEMAHIRAN

MENULIS
Don Bryne (1979) menyatakan bahawa symbol grafik semasa menulis ialah
penggunaan huruf-huruf atau gabungan huruf-huruf yang berkaitan dengan
lambang bunyi yang kita buat semasa kita bercakap.

Hal ini meliputi beberapa aspek, iaitu;

(f) menggunakan pelbagai jenis ayat

(b) mencatat dan menyusun maklumat

(c) menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif

(d) membuat ulasan tentang bahan yang didengar, ditonton dan dibaca.
Kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan
murid menulis perkataan dan ayat, dan
mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan
yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan
pengalaman peribadi yang dilalui.

Penekanan dalam kemahiran menulis ialah


terhadap penggunaan ayat yang gramatis, tanda
baca dan ejaan yang betul, di samping tulisan yang
jelas, cantik dan kemas.
Konsep Menulis

Menulis melibatkan murid-murid supaya


berfikir, menaakul, menyusun dan mengolah
idea sebelum dilahirkan dalam bentuk wacana
yang lengkap.

Murid-murid juga perlu menguasai struktur


karangan seperti tahu menulis panduan,
pemerengganan dan menulis kesimpulan.
Tujuan Menulis

Tujuan mengarang bagi peringkat sekolah rendah secara


amnya adalah untuk melahirkan murid-murid yang dapat
mengolah idea atau pendapat berdasarkan situasi atau tajuk
tentang sesuatu ke dalam sesuatu bentuk karangan tertentu.

• Melatih murid-murid melahirkan idea

• Melatih murid-murid menghujah dan mengembangkan idea

• Melatih murid-murid mengembangkan karangan dalam bentuk


pemerengganan yang betul

• Melatih murid-murid menggunakan bentuk penggunaan bahasa yang


betul berdasarkan sesuatu jenis karangan tertentu.
• Melatih murid-murid menggunakan format karangan yang betul

• Menggunakan pengalaman menulis karangan ke dalam situasi


sebenar sehari-hari

• Menyiapkan murid-murid untuk menghadapi peperiksaan.

• Menyuburkan minat

• Meluaskan kosa kata

• Memberikan kepuasan jiwa.


Peringkat Kemahiran Menulis

Kemahiran menulis merupakan keupayaan murid menulis


perkataan dan ayat danmengeluarkan idea melalui
pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu
pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah dilalui
dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan
ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas, cantik dan
kemas.

Murid juga digalakkan menggunakan kreativiti mereka


untuk menghasilkan penulisan imaginatif. Peringkat-
peringkat kemahiran menulis terdiri daripada :
Peringkat Pramenulis

Peringkat Mekanis

Peringkat Pelahiran
Peringkat Pramenulis

Murid disediakan dengan aktiviti menulis sebelum mereka


dapat menulis huruf dengan kemas dan betul. Latihan otot
tangan dan jari serta koordinasi tangan dan mata diberikan
kepada murid. Berikut ialah contoh aktiviti pramenulis:

• Menulis dari kiri ke kanan

• Latihan mewarnakan dari kiri ke kanan.

• Latihan membentuk bulatan di udara, di atas meja, pasir,


lantai tanpa menggunakan alat tulis.
• Menyambung titik

• Latihan membentuk corak campuran bulatan dan


garisan lurus yang dilakukan secara bebas.

• Latihan membentuk garisan lurus

• Latihan melukis gambar yang mengandungi garis lurus


dan bulat.

• Membuat pelbagai jenis garisan atau bentuk

• Melukis gambar
Peringkat Mekanis

Selepas murid-murid melalui peringkat pramenulis, mereka akan


melangkah ke peringkat mekanis. Pada peringkat ini, murid-murid diajar
menguasai kemahiran membentuk huruf-huruf besar dan kecil dalam
abjad. Seterusnya menguasai kemahiran menulis huruf, suku kata,
perkataan dan ayat.

Untuk membolehkan murid-murid menguasai kemahiran ini, anda boleh


menjalankan aktiviti-aktiviti yang berikut:

• Latihan menulis bentuk-bentuk yang mirip kepada huruf mengikut teknik


menulis.

• Latihan menulis huruf berdasarkan gambar-gambar yang mirip kepada


bentuk-bentuk huruf tertentu.
• Latihanmenekap huruf mengikut acuan huruf yang diperbuat
daripada kad yang berlubang.

• Latihan menekap huruf atau perkataan yang ditulis dalam bentuk


garis putus-putus.

• Latihan menulis huruf dalam suku kata.

• Latihan melengkapkan huruf pada perkataan bergambar.

• Latihan menamakan gambar-gambar.

• Latihan menyalin frasa atau ayat.

• Latihan menyalin ayat daripada buku.


Peringkat Pelahiran

Pada peringkat ini murid-murid sudah menguasai pelbagai


kemahiran seperti kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan
mengeja. Mereka sudah boleh menulis pelbagai jenis karangan.

Anda boleh memulakan pengajaran menulis pada peringkat ini


dengan jenis-jenis penulisan terkawal, berpandu, separa terkawal,
dan separa berpandu. Kemudian mereka boleh didedahkan dengan
penulisan bebas dan kreatif.

Pada peringkat ini, murid-murid dapat melahirkan idea dan


pendapat tentang pengetahuan serta pengalaman yang telah
dilalui. Dalam masa yang sama mereka akan menggunakan
kemahiran tatabahasa dan ejaan yang telah mereka kuasai.

Mereka juga akan merancang penulisan mereka dengan


menggunakan bentuk-bentuk grafik yang sudah dipelajari.
Contoh Aktiviti:

• Menulis jawapan pemahaman

• Menulis karangan

• Menulis ayat berdasarkan gambar

• Membina ayat

• Memanjangkan ayat

• Menulis rencana

• Mengisi silang kata

• Melengkapkan ayat.
JENIS-JENIS PENULISAN

Penulisan boleh dibahagi kepada lima kategori, iaitu


karangan, penulisan ringkas, penulisan untuk majlis
rasmi, surat dan penulisan untuk papan kenyataan.
Terkawal

Karangan yang disediakan oleh guru. Penggunaan bahasa dan isi


yang terdapat dalam Karangan Terkawal ditentukan oleh guru,
bertujuan untuk mengurangkan kesilapan dalam penulisan.
Karangan ini dapat membantu murid mengeluarkan idea tanpa
diganggu oleh kesilapan penggunaan bahasa.

• Contoh :

(vii)Mengisi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai dalam


karangan yang disediakan.

(ii) Menyusun ayat-ayat yang disediakan mengikut urutan supaya


menjadi sebuah karangan lengkap.
Separa Terkawal

Karangan Separa Terkawal ialah karangan yang


disediakan oleh guru, tetapi murid diberi peluang untuk
menggunakan daya pemikiran mereka bagi membuat
pemilihan perkataan sesuai dengan tajuk yang disediakan.

• Contoh :

(viii)Menggantikan beberapa perkataan yang telah


dipadamkan dengan perkataanperkataan lain yang telah
disediakan.
Berpandu

Karangan berpandu ialah satu penulisan karangan


berdasarkan panduan guru.

• Contoh:

(ii) Menulis semula cerita/petikan yang dibaca.

(iii) Menulis karanagn berdasarkan soalan-soalan


berurutan mengenai sesuatu tajuk.

(iv) Menulis karangan dengan memindahkan bentuk


daripada dialog kepada karangan penceritaan atau
sebaliknya.
Separa Berpandu

Karangan ini merupakan satu penulisan karangan yang mendapat


sedikit maklumat atau panduan guru.

• Contoh :

(vii)Menulis semula cerita yang diperdengarkan.

(ii) Menyudahkan cerita.

(iii) Menulis karangan berdasarkan gambar bersiri atau tunggal.

(iv) Menulis karangan daripada perenggan atau isi-isi yang disediakan.

(v) Menulis karangan berdasarkan ayat atau frasa yang diberikan.


Bebas

Jenis karangan ini memberi kebebasan kepada murid untuk melahirkan


idea tentang sesuatu tajuk yang disediakan dengan menggunakan
perkataan sendiri. Bentuk karangan bebas seperti berikut :

• Naratif: cerita, berita, laporan, rencana, ulasan.

• Argumentatif: bahas, perbincangan, kritikan.

• Deskriptif: gambaran, peristiwa, benda, perwatakan.

• Kreatif: puisi, cerpen, drama

• Imaginatif: pengalaman.
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MENULIS

Persepsi seseorang dibentuk dan dipengaruhi pengalaman


lampau dan bahasa yang dipelajari.

Setiap hari manusia dewasa atau kanak-kanak memperoleh


pengalaman melalui deria, pembacaan, menonton
televisyen dan sebagainya.

Hubungan antara pengalaman, pemikiran dan bahasa


merupakan hubungan yang anjal.

Berdasarkan pendapat dan penemuan ahli-ahli linguistik,


psikologi, tentang hubungan antara pengalaman, pemikiran
dan bahasa telah melahirkan beberaapa prinsip dalam
pengajaran penulisan karangan berasaskan pengalaman.
Perancangan Aktiviti Menulis

Pengajaran mengarang memerlukan perancangan


berdasarkan objektif yang ditentukanoleh guru.

Selain itu, pengajaran mengarang juga mengambil kira aspek


aktiviti peringkat pra mengarang, semasa mengarang dan
pasca mengarang.

Murid perlu diberikan pendedahan yang secukupnya sebelum


mereka benar-benar terlibat dalam aktiviti mengarang yang
serius.
Objektif Mengarang

Objektif mengarang bagi sekolah rendah adalah seperti yang terdapat di dalam
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Objektif ini disesuaikan
dengan kemahiran-kemahiran yang hendak dikuasai oleh murid-murid pada
sesuatu tahap tertentu. Namun begitu, objektif mengarang pada umumnya
adalah untuk:

• Melatih murid-murid melahirkan idea

• Melatih murid-murid menghujah dan mengembangkan idea

• Melatih murid-murid mengembangkan karangan dalam bentuk pemerengganan


yang betul

• Melatih murid-murid menggunakan bentuk penggunaan bahasa yang betul


berdasarkan sesuatu jenis karangan tertentu.

• Melatih murid-murid menggunakan format karangan yang betul

• Menggunakan pengalaman menulis karangan ke dalam situasi sebenar sehari-


hari
Peringkat Pengajaran
Peringkat pengajaran mengarang melibatkan aktivit-aktiviti pra
mengarang, semasa mengarang dan pasca mengarang.

• Pra mengarang

(i) Berbincang untuk menentukan format


(ii) Berbincang untuk menentukan isi
(iii) Mendapat bahan daripada sumber bahan bercetak, internet dan
bahan elektronik yang lain
(iv) Membuat peta minda atau carta alaira cerita
(v) Menentukan watak
(vi) Menyaring bahan
(vii) Menulis draf
Semasa mengarang

(iii) Mentransformasikan perancangan kepada bentuk karangan

(ii) Menentukan format

(iii) Mengambil kira aspek penghuraian yang melibatkan kosa kata,


sistem bahasa, gaya bahasa, tanda baca, ejaan (termasuk bentuk
huruf) dan wacana.

(iv) Mengambil kira aspek kohesi dan koherens

Pasca mengarang

(i) Menyemak karangan


(ii) Melakukan pembetulan
(iii) Membuat penambahan sekiranya perlu
(iv) Menghantar karangan
Membina Bahan Sumber Bahan Pengajaran Menulis

• Bahan sumber daripada internet

Guru memuat turun bahan-bahan yang berkaitan daripada internet. Bahan-


bahan berkenaan disimpan dalam folder. Bahan-bahan berkenaan boleh
dipancar tayang dengan menggunakan projektor LCD semasa di dalam bilik
darjah. Murid-murid berbincang dan berinteraksi dengan bahan yang
berkenaan sebagai persediaan mendapatkan idea untuk menulis karangan.

• Bahan sumber digital

Guru menyediakan bahan yang disediakan sendiri, bahan yang diimbas


dengan mesin pengimbas, atau bahan terpilih yang diturun muat daripada
cakra digital untuk dibakar. Cakra padat CD rom berinformasi itu kemudian
boleh digunakan oleh guru dalam pengajaran karangan mereka.

• Bahan audio dan audio visual

Di ambil daripada sumber media elektronik. Dirakam dan diedit untuk


digunakan olehmurid-murid sebagai bahan rangsangan.
• Gambar-gambar

Dalam bentuk gambar tuggal, gambar bersiri,


atau gambar foto yang diambil dengan
menggunakan kamera

• Filem

Filem jalur atau filem slaid.


Ciri Bahan Sumber yang Baik

• Sesuaidengan bilangan murid-murid di dalam kelas dan


cara pengelolaan kelas guru semasa mengajar.

• Sesuai dengan wang peruntukan yang ada terutama yang


melibatkan pralatan ICT.

• Mengambil kira kebolehupayaan murid-murid


menggunakan bahan berkenaan terutama sekiranya
melibatkan bahan-bahan berteknologi digital dan elektronik.
• Mengambilkira kebolehupayaan guru untuk mengendalikan
bahan yang disediakan sendiri.

• Sesuai dengan peringkat umur murid-murid dan perlu juga


diambil faktor keselamatan murid-murid.

• Sesuai dengan latar belakang agama dan kepercayaan


murid-murid yang berbilang bangsa

• Sesuai dengan objektif pengajaran yang telah ditetapkan


terlebih dahulu oleh guru

• Hendaklah digunakan sekurang-kurangnya 70 peratus


dalam langkah pengajaran, terutama sekiranya bahan
berkenaan mengambil masa dan menggunakan kos yang
tinggi dalam mengadakannya.
Pendekatan Pengajaran Penulisan

Kemahiran mengarang boleh diajarkan secara


berperingkat-peringkat. Untuk mencapai objektif
kemahiran yang hendak dicapai, pengjaran karangan
boleh diajarkan dengan menggunakan pendekatan-
pendekatan tertentu seperti:

5. • Terkawal

7. • Berpandu

9. • Bebas

11.• Proses

13.• Komunikatif

15.• Pengalaman Bahasa


Pendekatan Terkawal

Pendekatan terkawal merupakan satu pendekatan yang digunakan


bagi membantu murid-murid menimba pengalaman mengarang
supaya mereka biasa dengan struktur karangan.

Selain itu, pendekatan ini dapat mengelakkan murid-murid daripada


melakukan kesalahan baik dari segi bahasa mahu pun dari segi isi.

Murid-murid menulis karangan dengan berpandukan sepenuhnya


kepada bahan yang disediakan oleh guru.

• Contoh aktiviti:

11. mengisi tempat kosong dengan menggunakan perkataan-perkataan yang


telah disediakan terlebih dahulu..
12. menulis karangan berdasarkan gambar bersiri, menyusun ayat sehingga
membentuk sebuah karangan yang lengkap…
13. menyusun bahagian pendahuluan, bahagian isi dan bahagian penutup untuk
membentuk sebuah karangan yang lengkap bersturuktur…
Pendekatan Berpandu

• Isi karangan telah diberikan oleh guru

• Murid-murid membina ayat berdasarkan perkataan atau rangkai kata yang


telah diberikan oleh guru.

• Murid-murid mengisi tempat kosong dengan menggunakan perkataan mereka


sendiri bagi melengkapkan perenggan.

• Kad-kad imbasan dan kad perkataan digunakan bagi membantu murid-murid.

• Murid mengolah isi berdasarkan pendahuluan atau pengakhiran cerita yang telah
diberikan oleh guru

• Kesalahan yang minima dapat dielakkan daripada dilakukan oleh murid-murid.

• Latihan memadankan ayat boleh diberikan terlebih dahulu kepada murid-murid.


Murid-murid yang pandai diberikan aras latihan yang lebih mencabar.

• Penulisan karangan boleh dilakukan dalam bentuk grafik sebelum ditulis dalam
bentuk wacana yang lengkap.
Pendekatan Bebas

• Sesuai untuk kumpulan murid yang sudah menguasai aspek


penulisan dengan baik.

• Murid-murid menulis karangan berdasarkan tajuk yang diberikan oleh


guru

• Murid-murid mencari isi karangan sendiri

• Murid-murid menyusun isi dan membuat rangka karangan

• Guru boleh memberikan beberapa perkataan ataua rangkai kata


tertentu bagi membantu murid memantapkan lagi pengolahan.

• Penggunaan peribahasa digalakkan.


Pendekatan Proses

• Tidak memberatkan hasil tetapi melibatkan proses yang dilalui oleh


murid-murid.

• Murid-murid mengumpul bahan berdasarkan tajuk yang diberikan


oleh guru

• Boleh dilakukan secara berkumpulan atau individu

• Bahan-bahan yang telah dikumpul disimpan di dalam folio

• Bahan-bahan daripada folio disaring untuk menentukan kesesuaian


dengan tajuk karangan yang diberikan kepada mereka.

• Penggunaan sumber bahan berasaskan ICT adalah sangat


digalakkan.
•Bahan yang tidak digunakan disimpan semula ke dalam folio untuk
digunakan kepada tajuk karangan yang lain.

Aktiviti:

• Murid-murid menyusun isi

• Dalam peringkat menyusun isi, murid-murid berbincang dengan guru.

• Isi yang telah disusun, ditulis dalam bentuk rangka karangan

• Rangka karangan yang telah mantap, ditulis dalam bentuk penulisan


yang lengkap.

• Murid-murid mengedit karangan yang telah disiapkan dan melakukan


pembetulan.

• Setelah siap dan lengkap, karangan dihantar kepada guru untuk


dinilai.
Pendekatan Komunikatif
• Penulisan karangan berdasarkan fungsi bahasa sebagai alat
perhubungan

• Penekanan diberikan kepada penggunaan bahasa yang berkesan


dalam mengungkapkan isi cerita dan kurang kepada aspek
penstrukturan karangan

• Murid-murid diberikan latihan mengemukakan pendapat mereka


tentang sesuatu idea.

• Murid-murid diminta bercerita tentang sesuatu dalam konteks


perbincangan yang autentik

• Bentuk penulisan murid-murid lebih mirip kepada melaporkan


sesuatu kejadian dalam konteks dan suasana kejadian sebenar.

• Penggunaan bahan rangsangan seperti bahan multi media dapat


membantu murid-murid dalam mengemukakan penceritaan.
Pendekatan Pengalaman Bahasa

• Gurumeransang perbincangan berkaitan dengan tajuk


yang dipilih

• Murid-murid digalakkan memberi sumbangan untuk


membina cerita

• Perkataan-perkataan tertentu yang akan digunakan


dalam petikan disebut dalam perbincangan oleh guru

• Murid-murid diminta membina ayat berdasarkan


berdasarkan idea yang mereka berikan

• Setelah selesai, guru membimbing murid memberi tajuk


cerita
• Guru menulis ayat-ayat untuk membina cerita bertulis

Setelah cerita selesai…

• Guru membaca secara nyaring, murid mendengar

• Murid menyalin teks yang telah ditulis oleh guru

• Murid menggariskan perkataan yang mereka tahu

• Guru meminta murid-murid menggunakan perkataan


yang mereka tahu dalam situasi
Masalah Pengajaran Menulis

Terdapat banyak masalah yang berhubung kait dengan


pengajaran menulis di sekolah di negara ini.

Antaranya pengaruh kesebatian penggunaan bahasa


dialek Bahasa Melayu Brunei (BMB), daerah /tempatan dan
inilah faktor utama menyumbang kepada berlakunya
kesalahanpenggunaan tatabahasa Bahasa Melayu
Standard (BMS) dengan betul.
Penilaian
Aspek yang dinilai:
• Isi
• Ejaan
• Bahasa
• Kosa kata
• Kelancaran
• Pengolahan isi
• Ketepatan dengan tajuk
• Format (sekiranya karangan berformat)
PENILAIAN SECARA HOLISTIK ATAU GLOBAL

• Karangan dibaca dengan menanda kesalahan-kesalahan


ejaan, tanda baca, ayat, fakta, kelancaran dan kepesongan

• Berikan kedudukan markah berdasarkan gred secara


keseluruhan

• Tolak sejumlah markah yang dibenarkan bagi kesalahan


format

• Berikan markah akhir.


TERIMA KASIH