Anda di halaman 1dari 17

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

____________________________________________________

HBEF 3503

PENDIDIKAN INKLUSIF

SEPTEMBER 2013

NAMA : NIK MUHAMAD NAZIM BIN NIK ISHAK

NO. MATRIKULASI : 790922035541001

NO. KAD PENGNEALAN : 790922-03-5541

NO. TELEFON : 014-5102003

E-MEL : niknazim_22979@yahoo.com.

TUTOR : ALI RAHMAN N. ARSAD

PUSAT PEMBELAJARAN : SANDAKAN LEARNING CENTRE

0
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 Pengenalan 2
2.0 Pengertian Pendidikan Khas 3- 4

3.0 Kategori Individu Berkaperluan Khas 4- 7

4.0 Cara Untuk Mengenalpasti Individu Berkeperluan Khas 7


4.1 Penilaian Pengesanan 7- 8
4.2 Penilaian Diagnostic 8- 10
4.3 Penilaian Perkembangan 10- 11
4.4 Penilaian Pencapaian 11

5.0 Aktiviti Pengajaran &Pembelajaran Yang Bertepatan Dengan Setiap 12- 14


Individu Khas

6.0 Keperluan Fizikal Dan Infrastruktur Khas Bagi Individu Berkeperluan Khas 15- 16

1.0 Pengenalan

Pendidikan Khas adalah perkhidmatan dan kemudahan pendidikan yang disediakan


untuk individu berkeperluan khas, atau kurang upaya, yang terdiri daripada mereka yang

1
mengalami kecacatan mental, bermasalah pembelajaran, gangguan emosi dan tingkah laku,
gangguan komunikasi(pertuturan dan bahasa), hilang pendengaran, hilang penglihatan atau
darjah penglihatan yang rendah, kecacatan fizikal dan golongan pintar cerdas.

Pendidikan Khas merupakan satu bidang yang berkaitan dengan kaedah, teknik dan
penyelidikan yang tersendiri. Kesemua ini menumpukan ke arah pengurusan dan
pembelajaran yang baik bagi menilai dan mematuhi kehendak- kehendak khas. Dari segi
praktiknya pendidikan khas merupakan pendidikan individual dengan kaedah- kaedah
pengurusan yang bersistematik dari segi susunan fizikal, alatan- alatan khas dan kaedah
pengajaran khas. Kesemua intervensi- intervensi yang dibuat ini semata- mata untuk
menolong kanak- kanak khas untuk mencapai kepuasan diri dari segi akademik dan
vokasional untuk membolehkan mereka berdikari.
Pendidikan Khas merujuk pada pendidikan bagi kanak - kanak luar biasa iaitu kanak
- kanak yang dari segi intelek, fizikal, sosial dan emosi yang tidak mencapai pertumbuhan
dan penyuburan biasa hinggakan mereka tidak faedah sepenuhnya daripada rancangan
sekolah biasa. (Chua Tee dan Koh Boh Boon,1992.)

Kementerian Pelajaran Malaysia menurut Akta Pendidikan 1996, Peraturan-peraturan


Pendidikan (Pendidikan Khas 1997 Bahagian II 3(2) menyediakan pendidikan khas dan
kemudahan untuk murid bermasalah penglihatan dan pendengaran, manakala pendidikan
khas integrasi pula adalah untuk yang bermasalah pembelajaran, penglihatan, dan
pendengaran.

Ia diwujudkan di peringkat prasekolah, sekolah harian biasa rendah dan menengah


serta sekolah menengah teknik atau vokasional, dengan menggunakan pendekatan pengajaran
berasingan dan separa inklusif. Tempoh pengajian bagi sekolah rendah adalah selama enam
tahun, manakala bagi sekolah menengah pula selama lima tahun dan dilanjutkan sehingga
dua tahun maksimum mengikut keperluan murid.

2.0 Pengertian Pendidikan Khas.

Menurut beberapa pendapat pakar ilmuan Pendidikan Khas berkaitan apa yang
dimaksudkan dengan pendidikan khas ini adalah seperti berikut ;

2
(Calatta, R.A. & Tompkins J.R. Fundamentals of Special Education, 1999 Perakuan
Jawatankuasa Kabinet Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979) Perakuan 169) Pengajaran yang
bercorak individu direka untuk untuk memenuhi keperluan pendidikan yang berkaitan dengan
murid kurang upaya. Pendidikan Khas yang menyediakan peluang-peluang pembelajaran
yang tidak disediakan dalam kurikulum yang baru atau biasa atau perkhidmatan-
perkhidmatan sekolah biasa.

(Gearheart, 1972)Mereka yang mana keperluan pendidikannya adalah begitu berbeza


dengan kanak-kanak biasa sehinggakan tidak mungkin mereka dapat dididik dengan berkesan
tanpa mengadakan/menyediakan kemudahan program perkhidmatan, pelbagai kemudahan
dan bahan-bahan yang khusus untuk mereka .

(Kirk, S.A. et.al. Educating Exceptional Children, 1993) Kanak-kanak yang berbeza dari
kanak-kanak sederhana atau biasa (1) dalam ciri-ciri mental (2) keupayaan-keupayaan deria
(3) dalam ciri-ciri saraf dan otot atau fizikal (4) dalam tingkahlaku sosial atau emosi (5)
dalam keupayaan komunikasi atau (6) dalam pelbagai kekurangan sehinggakan ia
memerlukan amalan-amalan sekolah yang diubahsuai, atau perkhidmatan-perkhidmatan
pendidikan khas, supaya ia boleh berkembang sehingga kemampuan yang maksimum .

(Chua Tee Tee, 1981)Kanak-kanak yang dari segi intelek, fizikal, sosial dan emosi tidak
mencapai pertumbuhan-pertumbuhan biasa hingga mereka tidak dapat faedah sepenuhnya
dari rancangan sekolah biasa.

(Hallahan dan Kauffman 2006)Pendidikan yang disediakan untuk memenuhi keperluan


kanak-kanak berkeperluan khas.

(Gargiulo 2003) Program pengajaran khusus yang direka bentuk untuk memenuhi keperluan
pelajar luar biasa. Ia mungkin memerlukan penggunaan bahan-bahan peralatan dan kaedah
pengajaran khusus.

( Friend 2005) Pengajaran yang direka bentuk khusus bagai memenuhi keperluan kanak-
kanak yang kurang upaya. Pengajaran ini mungkin dijalankan di bilik darjah, rumah, hospital
atau institusi lain.

( Mansor 2005) Usaha yang berterusan untuk menggalakkan perkembangan optima seseorang
sebagai yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman , berdikari, mampu merancang dan

3
menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai individu dan ahli
masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

3.0 Kategori Individu Berkaperluan Khas

Kanak- kanak berkeperluan khas (exceptional children) terdiri daripada kanak- kanak
yang mengalami kesukaran belajar. Kanak- kanak pintar cerdas (gifted) yang mempunyai
kebolehan yang jauh lebih tinggi daripada norma juga diklasifikasikan sebagai kanak-kanak
berkeperluan khas. Kedua-dua kumpulan pelajar ini memerlukan pengubahsuaian kepada
kurikulum dan kaedah mengajar supaya mereka dapat merealisasikan potensi mereka
(Heward,2003). Pelbagai istilah lain telah digunakan untuk kanak- kanak berkeperluan
khasini seperti kanak- kanak istimewa, kanak- kanak luar biasa, kanak- kanak kurang
upaya,kanak-kanak cacat, kanak- kanak abnormal, kanak-kanak bermasalah dan kanak-
kanak terbantut pertumbuhan dan perkembangan.

Kategori individu berkeperluan khas adalah seperti berikut:

a) Bermasalah atau kurang upaya pendengaran (hearing impairment)

Terbahagi kepada beberapa kategori berdasarkan tahap kehilangan pendengaran.27-


65dB (desibel) kesukaran pendengaran.90 dB = Pekak. Kehilangan deria pendengaran
akan mengganggu proses penguasaan bahasa dan pertuturan. Penguasaan dan
perkembangan bahasa akan terjejas kepada kanak- kanak yang telah mengalami
pekak pada usia 0-3tahun.

b) Bermasalah atau kurang upaya penglihatan (visual impairment)

Pertama, Kanak-kanak yang buta (blind) adalah mereka yang tidak dapat melihat apa-
apa termasuk objek atau sumber cahaya. Mereka belajar melalui sentuhan,
pendengaran, hidu dan rasa. Menggunakan tulisan braille. Kedua, Kanak-kanak
penglihatan terhad atau rabun (low vision) mempunyai keupayaan melihat atau
boleh membaca, melihat muka orang lain,objek atau gambar setelah menggunakan

4
peralatan seperti kanta pembesar. Kurang upaya penglihatan tidak mempengaruhi
tahap kapasiti intelek. Bagaimanapun mereka memerlukan perkhidmatan pendidikan
khas untuk berjaya dalam pelajaran. Antara instrumen yang digunapakai oleh
golongan ini mesin braille, audio serta set tulisan bersaiz besar.

c) Bermasalah pembelajaran (learning disabilities)

Mengalami kecacatan yang mengganggu pembelajaran. Terdiri dari mereka yang


mempunyai keupayaan mental yang rendah dan pengubahsuaian tingkahlaku yang
rendah. Kecacatan yang dialami mempengaruhi kebolehan kognitif,tingkah laku
sosial, penguasaan bahasa lisan dan pertuturan, penguasaan membaca, kemahiran dan
kemahiran matematik. Masalah pembelajaran dianggap berpunca daripada
ketidakfungsian sistem saraf pusat.

d) Bermasalah kerencatan akal (mental retardation)

Ia dikaitkan dengan individu yang tidak dapat belajar, menyimpan maklumat secepat
orang normal. Mereka juga sukar menggunakan maklumat untuk digunakan dalam
situasi-situasi tertentu. Dalam ertikata lain, mereka celaru fungsi intelektual dan
gagal berkomunikasi, menjaga diri , kemahiran hidup, sosial, arahan kendiri,
keselamatan, akademik dan bekerja.Lazimnya ia bermula ketika umur sebelum 18
tahun.

e) Bermasalah tingkah laku atau emosi (behavioral disorders & emotional disturbance)

Emosi bermaksud perasaan dan berpunca daripada mental seseorang. Ia bergantung


kpd. Keadaan tertentu.Gangguan emosi mempengaruhi keupayaan untuk belajar,
membina hubungan interpersonal yang baik dan mudah merasa sedih. Kanak-kanak
yang mengalami gangguan emosi mempamerkan tingkahlaku luaran seperti kerap

5
berjalan , menjerit, mengacau pelajar lain dan sebagainya. Tingkahlaku dalaman
seperti memencil diri, berkhayal dan sebagainya.

f) Bermasalah pertuturan atau bahasa (speech or language impairment)

Kurang upaya berbahasa merujuk kepada kegagalan berfungsi dengan baik 5


komponen bahasa iaitu fonologi, morfologi , sintaksis, semantik serta aspek
pragmatik. Kanak-kanak ini sukar untuk mengeluar atau menyebut sesuatu
perkataan.. Masalah berbahasa menyebabkan kanak-kanak ini akan mendiamkan diri
dariapada bertanya atau tidak mahu bertindak balas terhadap soalan-soalan, memberi
penerangan atau arahan. Mereka mengambil masa yang lama untuk mengeluarkan
perkataan. Jenis- Jenis Masalah Komunikasi iaitu satu penyimpangan daripada
pendengaran, pertuturan bahasa yang normal yang menggangu komunikasi dan
menimbulkan persepsi negatif terhadap individu yang mengalami dan menyebabkan
individu berkenaan menjadi malu dan merasa rendah diri.

g) Bermasalah pintar-cerdas (gifted & creativity)

Kanak-kanak ini buka sahaja mempunyai pencapaian akademik yang tinggi ttp.
Mempunyai daya imaginasi yang luas, mengemukakan idea-idea yang unik, pintar
memimpin serta mempunyai bakat dalam bidang seni dan muzik. Mereka
memerlukan aktiviti yang lebih mencabar dan kompleks dalam pembelajaran. Guru
mungkin menganggap mereka nakal tetapi sebenarnya mereka bosan dengan
pengajaran dan pembelajaran yang sudah mereka fahami.

h) Kurang upaya fizikal (physical disabilities)

Kanak-kanak yang diserang penyakit otak, otot dan tulang belakang.Cth. Kanak-
kanak palsi sereberal yang mengalami kesukaran bergerak kaki atau tangan atau
leher dariapada satu anggota badan. Keadaan ini wujud disebabkan oleh kecederaan
otak yang mengawal fungsi motor atau pergerakan. Keadaan ini bermula pada
peringkat bayi atau awal perkembangan kanak-kanak.
6
Spna Bifida juga adalah penyakit yang menyerang dan merosakkan tulang belakang.
Penyakit ini menyebabkan badan menjadi bengkok dan akhirnya lumpuh.
Distropi Otot (Muscular Dystrophy) ialah penyakit yang menyebabkan otot-otot
skeletal menjadi lemah. Kanak-kanak yang menghadapi penyakit ini akan sukar
begerak dan menggunakan kerusi roda . Biasanya meninggal dunia ketika usia
remaja.

i) Bermasalah kesihatan (health impairment)

j) Pelbagai masalah (multi-problem)

4.0 Cara Untuk Mengenalpasti Individu Berkeperluan Khas

Perkembangan setiap individu adalah berbeza antara satu sama lain. Begitu
juga halnya dengan perkembangan kanak-kanak berkeperluan khas. Sepertimana yang
diketahui, kanak-kanak ini mempunyai kekurangan dari segi fizikal dan kognitif
sehingga menyebabkan tahap perkembangan mereka sangat lambat berbanding dengan
kanak-kanak normal.
Oleh itu, satu proses penilaian harus dijalankan bagi memastikan
ketidakupayaan mereka dapat dikesan seawal mungkin agar perkembangan mereka
tidak terbantut ataupun terlewat dari segi umur kronologi mereka. Jika proses
penilaian ini tidak dijalankan pada peringkat awal, ketidakupayaan yang dialami oleh
kanak-kanak tersebut akan mengambil jangka masa yang panjang untuk dikembangkan
dari segi sosial, mental, bahasa, komunikasi dan pertuturan, motor serta jagaan diri.
Proses penilaian ini terdiri daripada empat langkah, iaitu Penilaian pengesanan,
Penilaian diagnostic, Penilaian perkembangan dan Penilaian pencapaian.

4.1 Penilaian Pengesanan


Penilaian pengesanan merupakan langkah paling awal dalam proses penilaian
kanak-kanak khas. Sesuai dengan nama penilaian ini, penilaian pengesanan bertujuan
untuk mengesan simptom-simptom yang menunjukkan ketidakupayaan seseorang kanak-
kanak.
Penilaian ini merupakan sebuah penilaian yang tidak formal. Selain itu juga,
penilaian ini harus dilakukan oleh orang yang rapat dengan kanak- kanak terbabit

7
seperti ibu bapa, guru atau pengasuh serta dilakukan di tempat kanak- kanak
meluangkan paling banyak masa seperti di sekolah dan di rumah. Hal ini adalah
supaya kanak-kanak berasa selesa dengan persekitarannya dan dapat menunjukkan
karakternya yang sebenar. Kanak-kanak juga sering kali berasa kekok dan janggal
apabila berhadapan dengan orang yang tidak dikenalinya. Jadi adalah sangat penting
sekiranya kanak-kanak mampu untuk memberikan respon mereka yang paling
natural terhadap penilai.
Secara lazimnnya, ibu bapa kanak-kanak yang disyaki mempunyai
ketidakupayaan akan memerhatikan tingkah laku anak-anak mereka di rumah dan cuba
mengenalpasti simptom-simptom berkaitan. Seterusnya, mereka akan mencatatkan
pemerhatian tersebut untuk diserahkan kepada guru prasekolah kanak-kanak terbabit.
Harus diingati bahawa pemerhatian ini bukan sahaja dilakukan untuk sehari dua,
tetapi untuk tempoh yang panjang. Sekurang- kurangnya tiga bulan bagi memastikan
kesahihan simptom tersebut adalah benar- benar simptom ketidakupayaan. Di pihak
guru pula, penilaian turut dijalankan secara pemerhatian namun mengikut cara-cara
yang sudah ditetapkan seperti senarai semak, anekdot, atau catatan berterusan.
Dengan adanya penilaian pengesanan, kita dapat mengetahui ketidakupayaan
kanak- kanak pada peringkat yang paling awal sekaligus dapat menyediakan rancangan
serta persediaan yang sesuai berdasarkan keperluan kanak- kanak tersebut. Selain itu,
kebolehan serta kelemahan kanak-kanak dapat dikenal pasti. Oleh itu, kelemahan ini
boleh dimanipulasikan agar tidak menjadi penghalang kepada perkembangan kanak-
kanak.
Selepas penilaian ini dijalankan, semua hasil penilaian akan dikumpulkan oleh
guru agar satu laporan yang lengkap dapat dihasilkan. Di dalam laporan ini, semua
maklumat berkenaan kanak- kanak tersebut akan dimasukkan dan menjadi rujukan bagi
pakar apabila ia diserahkan kepada mereka. Pakar seterusnya akan mengaplikasikan
serta menganalisis data- data tersebut dalam langkah penilaian seterusnya, iaitu
penilaian diagnostik.

4.2 Penilaian Diagnostic


Penilaian diagnostik merupakan satu penilaian yang dilakukan selepas penilaian
pengesanan. Berbeza dengan penilaian pengesanan yang dilakukan secara tidak formal,
penilaian diagnostik pula dilakukan secara formal oleh golongan yang bertauliah

8
seperti pakar psikologi kanak-kanak, pakar psikiatri atau pakar kanak- kanak
( peadetrician ).
Penilaian ini dijalankan berdasarkan laporan penilaian pengesanan. Pakar- pakar
yang melakukan penilaian diagnostik akan merujuk kepada laporan tersebut dan
menganalisisnya dengan lebih mendalam dan komprehensif. Selepas selesai melakukan
penilaian diagnostik, pakar akan menyediakan satu laporan yang lengkap tentang
ketidakupayaan kanak- kanak berkenaan dan mengesahkan ketidakupayaan tersebut.
Walaubagaimanapun, penilaian ini harus dilakukan oleh dua atau tiga orang pakar
bagi mendapatkan keputusan diagnostik yang tepat. Sekiranya terdapat laporan
diagnostik pakar-pakar tersebut yang bercanggah antara satu sama lain, maka ibu bapa
haruslah mendapatkan pandangan pihak ketiga agar diagnostik yang paling konsisten
dapat diperolehi.
Penilaian ini bertujuan untuk menentukan serta mengkategorikan ketidakupayaan
seseorang kanak-kanak secara khusus. Dengan adanya penentuan ini, terdapat banyak
manfaat yang boleh diperolehi oleh kanak- kanak terbabit.
Dari segi akademik, penempatan yang sesuai untuk kanak-kanak
berketidakupayaan ini dapat ditentukan mengikut kesesuaian serta keperluan kanak-
kanak. Hal ini membolehkan mereka belajar dengan lebih selesa, sekaligus
meningkatkan kebolehan serta kekuatan yang mereka miliki. Guru- guru juga dapat
menyediakan satu proses pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan efektif dengan
ketidakupayaan kanak- kanak tersebut.
Dari aspek perubatan pula, kanak-kanak berketidakupayaan boleh mendapatkan
rawatan dan mengambil ubat-ubatan yang diperlukan untuk merawat ketidakupayaan
mereka. Sebagai contoh, sekiranya seorang kanak- kanak didiagnosis dengan
ketidakupayaan Autisme, pakar boleh mengesyorkan ubat- ubatan yang boleh diambil
oleh kanak- kanak ini. Secara klinikal, ubat-ubatan ini tidak boleh menghapuskan
simptom- simptom Autisme tetapi ia boleh bertindak sebagai agen pengawal bagi
masalah tingkah laku mereka. Sekurang- kurangnya, keadaan ini akan lebih
memudahkan semua pihak berbanding jika kanak-kanak tersebut langsung tidak
mendapat sebarang rawatan.
Penilaian diagnostik ini turut memberi menfaat kepada kanak- kanak
berketidakupayaan dari aspek perkhidmatan. Laporan diagnostik ini boleh digunakan
oleh kanak-kanak tersebut untuk mendaftar sebagai golongan orang kurang upaya dan

9
dibekalkan dengan kad OKU. Selain itu, ibu bapa yang tidak berkemampuan dari segi
wang ringgit terutamanya boleh menggunakan laporan diagnostik ini untuk
mendapatkan bantuan kewangan atau sumbangan kebajikan untuk kegunaan anak
mereka. Kanak- kanak yang didiagnosis sebagai penghidap Cerebral Palsy contohnya
boleh memohon untuk mendapat bantuan kerusi roda.
Kesimpulannya, penilaian diagnostic sangat penting kerana ia adalah untuk
menentukan ketidakupayaan kanak- kanak secara spesifik agar langkah- langkah tertentu
dapat diambil oleh ibu bapa dan guru dapat diambil untuk masa depan kanak- kanak
tersebut.

4.3 Penilaian Perkembangan


Setelah penilaian diagnostik dijalankan oleh pakar- pakar psikologi, pakar
psiakiatri dan pakar kanak- kanak, laporan diagnostik tersebut akan diedarkan kepada
pihak-pihak yang berkenaan seperti kepada pihak sekolah.
Penilaian ini boleh dilakukan oleh guru prasekolah, guru bahasa ataupun ibu
bapa kanak-kanak itu sendiri. Penilaian perkembangan ini selalunya melibatkan lima
domain utama kanak- kanak iaitu sosial, mental, motor, bahasa komunikasi dan pertuturan
serta jagaan diri.
Berdasarkan lima domain di atas, kanak- kanak akan dinilai di samping diberi,
diajar dan ditambahkan lagi perkembangan yang belum dicapai oleh kanak- kanak.
Dengan adanya penilaian ini, masalah yang melibatkan kanak-kanak berketidakupayaan
dapat dicegah daripada berlarutan. Mereka akan terus diajar dengan kemahiran yang
belum dapat dikuasai melalui program pengajaran dan pembelajaran seperti biasa
sehingga mereka mampu untuk menguasai kemahiran tersebut. Selain itu, penilaian ini
juga mampu meningkatkan kebolehan seseorang kanak- kanak. Melalui program
pembelaajaran yang sesuai dengan bakat dan kebolehan mereka, bakat dan kebolehan
tersebut akan diasah agar dapat mencapai tahap kemahiran yang paling optimum.
Tahap kelemahan dan kekuatan mereka juga dapat diketahui melalui penilaian ini.
Bagi murid- murid yang dapat menguasai kemahiran 3M selepas menjalani
penilaian perkembangan, mereka akan melalui penilaian pencapaian.

4.4 Penilaian Pencapaian

10
Penilaian pencapaian dilakukan bagi mengukur apa yang telah dipelajari oleh
kanak-kanak. Selain itu, ia juga adalah untuk mengenalpasti murid- murid yang boleh
diinklusifkan ke dalam kelas pelajar normal atau diintergrasikan ke sekolah khas.
Pada peringkat rendah, murid- murid akan diuji dari segi kemahiran 3M, iaitu
membaca, mengira dan menulis. Pada peringkat yang lebih tinggi pula, murid- murid
akan dinilai dalam matapelajaran seperti Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris,
Matematik, Sains dan Pendidikan Moral. Kesemua mata pelajaran ini akan menguji
kanak-kanak dari segi membaca, mengira, menulis, memahami dan menyelesaikan
masalah. Penilaian ini boleh dilakukan secara pemerhatian, lisan dan ujian bertulis.
Nilai pembelajaran seseorang kanak-kanak akan diperolehi hasil daripada
interpretasi penilaian pencapaian. Melalui penilaian ini juga, kelemahan dan kelebihan
kanak-kanak dapat dikenalpasti. Selain itu, penilaian pencapaian penting kepada guru
untuk melihat sama ada objektif pengajaran dan pembelajaran tercapai. Masalah-
masalah yang dihadapi oleh murid- murid berkenaan juga dapat diatasi.
Semua langkah dalam proses penilaian ini bukan hanya berdasarkan pandangan
sebelah pihak sahaja, tetapi melibatkan pelbagai peringkat masyarakat. Ibu bapa, guru
prasekolah dan guru pendidikan khas, pakar-pakar psikologi, pakar-pakar kanak-kanak
serta pihak-pihak lain harus memainkan peranan masing-masing dan bekerjasama
antara satu sama lain.
Secara kesimpulannya, murid- murid berkeperluan khas mempunyai hak untuk
menjalani hidup seperti mana individu lain di dunia ini. Proses penilaian ini sekurang-
kurangnya menjadi satu jalan kepada mereka untuk berbuat demikian.

5.0 Aktiviti Pengajaran &Pembelajaran Yang Bertepatan Dengan Setiap Individu Khas

Umumnya, pendidikan khas adalah pendidikan yang direka cipta dan dirancang untuk
kanak- kanak istemewa. Mereka ini memerlukan pendidikan dan perkhidmatan khusus bagi
memperkembangkan potensi dan kemajuan kendiri. Pendidikan khas merujuk kepada
pengajaran yang direka khas bagi melengkapkan keperluan seseorang kanak- kanak yang luar

11
biasa dan memerlukan bahan- bahan pengajaran khas, teknik pengajaran yang luar biasa serta
kemudahan-kemudahan yang tertentu (Hallahan & Kauffman, 1986).

Bidang pendidikan khas ini diperkukuh dengan berpandukan falsafah pendidikan


khas itu sendiri iaitu menyatakan bahawa pendidikan khas adalah satu usaha yang berterusan
untuk menggalakkan perkembangan optima seseorang individu sebagai seorang yang
berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan
kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat
yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (Jabatan
Pendidikan Khas, 2005).

Objektif pendidikan khas ini pula menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan
khas untuk murid- murid dengan keperluan khas, meyediakan pendidikan yang sesuai dan
relevan kepada setiap murid dengan keperluan asas, meyediakan peluang untuk
mengembangkan bakat dan potensi murid dengan keperluan khas, menyediakan bahan- bahan
pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi dan terkini dan memastikan tenaga pengajar
yang mencukupi dan terlatih dalam bidang pendidikan khas. Selain itu, objektif pendidikan
khas juga adalah untuk menguasai kemahiran asas 3M, meneruskan pembelajaran di kelas
biasa dan membina keyakinan diri dan positif terhadap pembelajaran (Jabatan Pendidikan
Khas, 2008).

Merujuk kepada kaedah pengajaran murid Pendidikan Khas, dari segi kurikulum,
murid-murid ini menjalankan aktiviti kokurikulum seperti murid biasa. Kurikulum yang
digunakan di sekolah-sekolah pendidikan khas dan Program Pendidikan Khas Integrasi ialah
kurikulum kebangsaan dan kurikulum alternatif.

Seterusnya, satu lagi aspek yang dibincangkan adalah bahan bantu mengajar bagi
murid Pendidikan Khas. Dalam konteks Malaysia, kanak-kanak berkeperluan khas
menekankan kepada kebolehan, kefungsian, kemahiran, perkembangan, penguasaan dan
pencapaian kanak-kanak tersebut dalam kemahiran- kemahiran pengembangan. Oleh yang
demikian Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengambil beberapa langkah dalam
mengintegrasikan penggunaan ICT sebagai bahan bantu mengajar dalam proses pengajaran
dan pembelajaran (P&P) di semua peringkat sekolah. Pendidikan khas juga tidak terkecuali
dari tempias perkembangan ICT yang mana ia banyak memberi faedah kepada proses P&P
yang berlaku di sekolah pendidikan khas.

12
Dalam konteks murid berkeperluan khas, pembentukan RPI (Rancangan Pendidikan
Individu) adalah untuk menghasilkan program pembelajaran yang berkesan serta sesuai
dengan kebolehan dan keperluan murid berkenaan. Ini bermakna RPI bukan sahaja sesuai
bagi murid bermasalah pembelajaran tetapi juga murid berkeperluan khas lain, seperti mereka
yang mempunyai masalah pendengaran, penglihatan, pemulihan khas, cacat anggota dan lain-
lain kecacatan. Adalah penting kemahiran dan tugasan pembelajaran (learning tasks) yang
disasarkan untuk murid berkeperluan khas adalah selaras dengan keperluan dan kefungsian
murid berkenaan.
Usaha perlu dilaksanakan untuk mengenal pasti aktiviti pengajaran dan pembelajaran
yang diperlukan oleh murid tersebut bagi meningkatkan lagi tahap pencapaian sedia ada
mereka dalam beberapa aspek iaitu:

(i) Interaksi sosial/emosi


(ii) Kemahiran
(iii) Pengurusan diri,
(iv) Intelek, supaya akhirnya mereka boleh berdikari selepas tamat sesuatu tahap
persekolahan.
(v) Komunikasi. Jika ini tidak dilakukan, pengalaman pembelajaran yang
diperoleh tidak menjurus kepada pencapaian yang sewajarnya dan lebih
malang lagi jika impak pembelajaran memperkukuhkan lagi ketidakupayaan
murid.

Interaksi sosial diperlukan bagi membolehkan murid berkeperluan khas menyesuaikan


diri dalam komuniti setempat dan menjadi sebahagian daripada komuniti tersebut. Ia juga
akan membantu murid mengamalkan tabiat sosial yang boleh diterima semasa bekerja dan
bergaul dengan masyarakat. Ada kalanya cara bersosial perlu diajar secara khusus,
terutamanya kepada murid bermasalah pembelajaran, kerana pembelajaran kebetulan
(incidental learning) dan proses peniruan (modelling) adalah kurang berkesan. Di samping
itu juga keupayaan untuk mengurus dan mengawal emosi adalah salah satu faktor yang boleh
mempengaruhi perkembangan sahsiah seseorang murid itu. RPI yang disediakan adalah
untuk meningkatkan kecerdasan emosi di kalangan murid-murid ini.
Kemahiran dalam konteks murid berkeperluan khas bermaksud kemahiran fizikal dan
di peringkat lebih tinggi, kemahiran vokasional. Penguasaan kemahiran terbatas kepada

13
kecacatan yang dialami oleh murid. Sebagai contoh, jika murid menghadapi masalah cacat
anggota yang teruk, kebolehannya untuk menguasai kemahiran motor halus dan kasar amat
terhad. Perkara ini perlu diambil kira semasa penjanaan RPI untuk murid tersebut.
Penguasaan kemahiran motor kasar dan halus serta kemahiran vokasional yang tertentu
seharusnya tidak dijadikan sasaran utama murid cacat anggota teruk ini.
Kebolehan mengurus diri seperti membersihkan diri merupakan aspek terpenting bagi
murid berkeperluan khas bermasalah pembelajaran terutama di peringkat prasekolah dan
sekolah rendah. Pengurusan diri peringkat tinggi juga amat diperlukan bagi murid
berkeperluan khas lain. Justeru pengurusan diri kebiasaannya merupakan sasaran yang sering
diutamakan dalam penghasilan RPI murid berkeperluan khas.
Bagi murid yang mengikuti program inklusif akademik samada masalah penglihatan,
masalah pendengaran, masalah pembelajaran dan pelbagai kecacatan, RPI haruslah dibina
berdasarkan aspek sosial, emosi dan rohani. Bagi murid yang mempunyai keupayaan kognitif
rendah, di mana sebahagian besarnya terdiri daripada murid bermasalah pembelajaran,
penekanan adalah kepada pengetahuan gunaan (functional). Contohnya, walau pun murid ini
tidak boleh membuat kiraan secara mental, mereka boleh diajar matematik gunaan
menggunakan kalkulator. Selain daripada itu, penekanan diberikan kepada penguasaan
membaca dan menulis tetapi tidak kepada penguasaan pengetahuan akademik.
Keupayaan murid untuk berkomunikasi juga adalah di antara sasaran matlamat dalam
pembinaan RPI. Kebolehan berkomunikasi dengan baik akan membantu murid berkeperluan
khas untuk menyesuaikan diri dalam masyarakat dan hidup bersama-sama dengan rakan-
rakan dari aliran perdana.

6.0 Keperluan Fizikal Dan Infrastruktur Khas Bagi Individu Berkeperluan Khas

Kemudahan fizikal seperti bilik darjah, makmal, bilik khas dan kemudahan lain serta
persekitaran sekolah yang kondusif adalah keperluan paling asas bagi menyediakan peluang
pembelajaran optimum kepada semua pelajar termasuk untuk pelajar PK (Pendidikan Khas).
Melalui pendidikan yang sempurna, pelajar-pelajar PK boleh dilatih untuk berdikari di
samping memperkembangkan potensi mereka.

14
Pengurusan bilik darjah yang baik dapat mengurangkan masalah disiplin dan
meningkatkan prestasi pelajar. Seiring dengan itu, pembangunan dan iklim bilik darjah yang
kondusif perlu diubah suai mengikut keperluan pelajar biasa dan pelajar yang berkeperluan
khas khususnya.
Pelajar berkeperluan khas perlu disediakan Bilik Darjah Pendidikan Khas bagi proses
pengajaran. Mereka perlu ditempatkan di bawah pendidikan khas iaitu, perkhidmatan dan
kemudahan pendidikan yang disediakan untuk individu istimewa atau kurang upaya yang
terdiri daripada mereka yang mengalami kecacatan mental, masalah pendengaran, masalah
penglihatan, kecacatan fizikal dan golongan pintar cerdas.

Menurut Elliot dan Thurlow (2006), perhatian yang diberi mengenai kesamarataan
bagi penilaian yang berbeza untuk pelajar kurang upaya telah meningkat dan perkara ini tidak
lagi menghairankan. Pelbagai cadangan dibuat bagi membantu golongan ini seperti
menjalankan ujian yang bersesuaian dengan ketidakupayaan mereka. Orang Kurang Upaya
(OKU) tidak boleh dikecualikan daripada sistem pendidikan umum atas asas ketidakupayaan.
Oleh yang demikian, bagi membolehkan mereka yang kurang upaya melanjutkan pelajaran,
penyesuaian yang munasabah yang sesuai dengan keperluan OKU dari segi prasarana,
kelengkapan dan bahan pengajaran, kaedah pengajaran, kurikulum dan bentuk sokongan lain
yang memenuhi pelbagai keperluan mereka perlu disediakan. Golongan ini juga berhak
mendapat kesamarataan dan layanan secara adil tanpa sebarang unsur diskriminasi terhadap
ketidakupayaan mereka (Zainudin, 2004).

Bagi tujuan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, susun atur sesebuah
bilik darjah yang diperlukan di peringkat sekolah rendah agak berbeza berbanding dengan di
peringkat yang lebih tinggi. Suasana fizikal dalam bilik darjah khususnya susunan tempat
duduk memainkan peranan penting. Saiz bilik bagi pengajaran Pendidikan Islam haruslah
sesuai agar pengajaran dan pembelajaran dapat dilakukan dengan selesa. Susunan yang
berkesan membolehkan guru mudah untuk bergerak menghampiri pelajar. Susunan perabot
seperti komputer, almari, meja besar untuk kerja kumpulan yang selesa dan kemas akan
menimbulkan suasana ceria bagi pelajar menjalani proses pembelajaran.

Pihak sekolah perlu prihatin di atas keperluan pelajar terutamanya untuk tujuan pengajaran
dan pembelajaran. Perkara inilah yang ingin dilihat dalam pembinaan dan penyediaan
infrastruktur di sekolah pendidikan khas terutama bilik darjah yang disediakan di sekolah-

15
sekolah. Usaha-usaha sedang dilakukan bagi meningkatkan taraf infrastruktur dan asessibiliti
bilik darjah pendidikan khas bagi semua kategori.

Satu garis panduan infrastuktur yang standard diperlukan agar semua bilik darjah pendidikan
khas yang dibina mempunyai infrastruktur yang sesuai serta memenuhi keperluan pengajaran
dan pembelajaran pendidikan khas.

16

Anda mungkin juga menyukai