Anda di halaman 1dari 3

1.

3 Guru Sebagai Pemimpin

Kajian tentang kepimpinan pengajaran dalam pendidikan telah banyak dibuat sejak
awal tahun 1980an hingga kini. Kebanyakkan kajian adalah sorotan untuk memperlihatkan
kajian tentang sekolah berkesan. Menurut Barth (2001) guru adalah pemimpin yang
berperanan sebagai agen perubahan. Guru memainkan peranan bukan sahaja terhadap
murid malah dalam sekolah mahupun bilik darjah. Ini membuktikan peranan guru penting
secara positif di sekolah. Menjurus dalam erti kata yang lebih mendalam guru ialah individu
yang menggariskan hala tuju dan mencorak warga murid ke arah merealisasikan hala tuju
dengan nilai-nilai kepimpinan yang positif.

Kepimpinan guru dapat dilihat daripada peranan yang dimainkanya iaitu pertama
sebagai pengajar. Guru berperanan memahamkan murid berkaitan konsep dengan mudah,
sistematik dan berkesan tentang bidang yang disampaikan seterusnya mempertingkatkan
prestasi pelajaran pelajar. Disamping menjadi golongan yang berperanan sebagai wadah
rujukan pengetahuan dan maklumat oleh murid-murid. Kedua, guru juga berperanan sebagai
pembimbing ke arah membentuk kendiri dan sahsia murid-murid supaya bersikap rasional,
realistik dan fleksibel dengan cabaran semasa dalam menyelesaikan masalah kehidupan
yang dihadapi saban hari.

Seterusnya ketiga, guru adalah fasilitator atau pemudahcara dan juga mentor dalam
membantu murid-murid menangani pelbagai maslah dan cabaran dalam perjalanan harian
dari dalam dan luar bilik darjah. Guru menjadi panduan kepada murid mengatasi kefahaman
dan permasalahan pembelajaran sama ada berkait tentang bidang khsusus guru tersebut
atau tidak. Guru menjadi tempat rujukan dan panduan yang paling dipercayai oleh murid-
murid selepas ibu bapa. Keempat, guru juga berperanan sebagai inventor yang
memperkenalkan inovasi secara tidak langsung kepada murid-murid bagi menjadikan
pembelajaran dalam bilik darjah lebih kondusif dan berkesan. Malah ia juga menjadi agen
merubah corak pembelajaran murid-murid lebih inovatif sejajar dengan tuntutan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang seimbang kreatif dan kritis.

Aspek kelima ialah guru juga berperanan sebagai pengurus, guru seharusnya mampu
mengurus dengan cekap hal-hal yang berkaitan tentang aspek pengajaran dan pembelajaran
murid agar proses pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan. Selain itu, guru juga
haruslah mampu menguurs bilik darjah dengan baik, peranan guru ini adalah salah satu
tanggungjawab yang penting untuk dilaksanakan kerana bilik darjah adalah medium utama
mencetuskan suasana dan emosi murid-murid agar lebih seronok untuk belajara dan
menerima pelajaran. Guru juga harus mengurus persediaan mengajar dengan menyediakan
bahan bantu mengajar yang menarik dan berkesan. Malahan pada ketika ini perekodan
pentaksiran pencapaian prestasi murid perlu diurus secara sistematik supaya langkah-
langkah penambaikkan untuk meningkatkan prestasi murid dapat dikenal pasti.

Guru juga berperanan dalam melalui aspek keenam iaitu sebagai penghubung pelajar
kepada pelajar, pelajar kepada konsep universal. Dalam erti kata lain communication
moderator atau pencetus komunikasi antara pelajar dengan guru. Manakala Stolp (1995)
berpendapat kepimpinan guru dapat membentuk murid ke arah situasi pembelajaran yang
menggalakkan serta membentuk cara buadaya belajar yang berkesan dan menetus idea
bervisi. Guru-guru juga boleh menggabungkan elemen-elemen seperti norma, nilai, bahasa,
kepercayaan, pengetahuan, tradisi dan konvensi yang positif agar murid-murid dapat
menerima segala penyampaian yang disampaikan guru dengan lebih mudah dan berkesan
seiring budaya yang diamalkan oleh murid-murid dalam kehidupan mereka seharian. Ia juga
sejajar dalam menjadikan institusi pendidikan atau sekolah merealisasikan matlamat dasar
pendidikan Negara secara berkesan dan produktif.

Secara umumnya guru adalah entiti yang memainkan peranan besar dalam menaraju
perkembangan intelek dan emosi murid-murid ke arah menjadi modal insan yang seimbang
dan menyeluruh berilmu pengetahuan, berketerampilan, berahklak mulia, berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta mampu memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. Ini selaras dengan matlamat yang
terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam usaha untuk melahirkan individu
yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

Guru juga sebagai role model dengan menjadikan amalan ini sebagai contoh terdekat
kepada murid-murid dan ikutan mereka ke arah lebih positif. Pembinaan imej pemimpin dalam
prinsip perguruan mendorong kepada pembentukan persepsi murid-murid melihat guru itu
cekap, bermotivasi, berkebolehan berkeupayaan dan boleh dipercayai supaya murid belajar
dan bermatlamat untuk terus berjaya. Ini kerana pembinaan imej kepimpinan dalam diri
seorang guru bukan sahaja membentuk peranan guru sebagai pemimpin malah ia satu
cabang kepada perubahan atau revolusi dalam mencapai wawasan pendidikan negara yang
maju.

Penampilan imej untuk mencermin keterampilan berkepimpinan bukan sahaja sekadar


mematuhi kod etika dan fizikal atau stail, ia juga perlu kemahiran berkomunikasi yang tinggi
dan professional. Cara perlakuan yang memberi contoh personal tentang kepercayaan dan
nilai yangselari dengan visi dan misi. Dengan itu, ia memberi asas pada murid-murid untuk
menerima perubahan secara radikal dan fundamental. Ini kerana tanpa kepercayaan
sedemikian dan komitmen pada keinginan, tujuan dan perubahan, murid-murid akan
berhadapan dengan cabaran dan pertentangan yang hebat dalam diri sendiri untuk mencapai
keinginan untuk berjaya dalam pelajaran dan cita-cita.

Guru juga haruslah sentiasa menggalakkan corak kerja secara kolaboratif dalam
pasukan seterusnya membina hubungan yang baik dalam kalangan murid-murid dan rakan
sekerja. Permuafakatan dan kerjasama adalah amat dititik beratkan kerana bidang pendidikan
ini luas peranan dan fungsinya untuk mencapai matlamatnya selaras visi, misi dan dasar yang
disuarakan demi negara. Bukan itu sahaja guru juga perlu menjalin hubungan yang mesra
dengan masyarakat persekitaran sama ada ibu bapa, jabatan atau orang perseorangan yang
secara tidak langsung penyumbang kepada proses menjadikan institusi pendidikan atau
sekolah yang berkesan.

*GURU SEBAGAI PEMIMPIN (2007) PTS PROFESSIONAL PUBLISHING SDN.BHD.


-Abdullah Sani Yahya
-Abdul Rashid Mohamed
-Abdul Ghani Abdullah

Anda mungkin juga menyukai