Anda di halaman 1dari 7

Bahagian A

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1. Cikgu Arif bertugas di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Kuala Ketil. _______________

Menjadi guru Bimbingan dan kaunseling di sekolah itu.

A Dia

B Ia

C Beliau

D Anda

2. Doktor Cheng sedang _____________keadaan pesakit itu dengan teliti untuk mengetahui

penyakit yang sedang dihidapinya.

A menguji

B mengkaji

C menyiasat

D memeriksa

3. Encik Fauzi berjaga _____________dinihari untuk menyiapkan kertas kerja projek itu.

A dalam

B pada

C antara

D hingga
Soalan 4 dan 5 berdasarkan Gambar 1

4. Pak Kamil ____________________ air di petak sawah itu untuk mencari ikan haruan.

A menuang

B mengepam

C menimba

D menyimbah

5. Ikan-ikan haruan yang telah __________________ itu akan dimasukkan ke dalam baldi.

A ditangkap

B dikering

C dijinjing

D dipegang

6. Ibu menjolok buah _______________ untuk membuat bantal peluk adik.

A labu-labu

B dalu-dalu

C kabu-kabu

D api-api
Soalan 7 berdasarkan Gambar 2

7. Datuk membawa se ________________ pisang emas sewaktu dating ke rumah kami.

A tandan

B sisir

C seikat

D berkas

8. Sofea makan dua ______________ nangka dan se ____________ tembikai untuk mengalas

Perutnya pada tengah hari itu.

A biji..ketul

B ulas ..potong

C ruas.kerat

D buah.biji

Soalan 9 dan 10 , pilih perkataan antonim bagi perkataan yang bergaris.

9. Datuk sangat arif dalam bidang politik kerana dia telah berkecimpung dalam bidang itu

Selama 30 tahun.

A tahu

B jahil

C cemerlang

D pintar
10. Hartawan itu sangat dikenali kerana sikap pemurahnya terutama membantu anak-anak

yatim.

A malu

B pendiam

C pemaaf

D lokek

11. ______________ daripada gaji bulananya diberikan kepada keluarganya di kampong.

A Suku

B Segala

C Setiap

D Para

12. Huzaimi telah mendapat ______________ daripada ibunya untuk mengikuti

perkhemahan di Gunung Ledang.

A keizinan

B diizinkan

C mengizinkan

D pengizinan

13. Bilik pengantin kakak ______________ dengan bau bunga rampai yang terletak di atas

meja solek.

A semerbak

B hapak

C tengik

D gemersik
14. Danial berasa ______________ semasa meniti titian kanopi yang tinggi di Taman

Negara.

A seram

B gayat

C hairan

D ragu

Soalan 15

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

15. Sayur-sayuran di kebun telah dikutip oleh datuk pada awal pagi.

A Pada awal pagi, sayur-sayuran di kebun datuk telah dikutip.

B Sayur-sayuran datuk di kebun telah dikutip pada awal pagi.

C Datuk mengutip sayur-sayuran di kebun pada awal pagi.

D Sayur-sayuran datuk di kebun akan dikutip pada awal pagi

Soalan 16

Pilih ayat yang betul.

16. I Mereka bermain bola di padang itu di setiap petang.

II Datuk menceritakan pengalamannya ketika pemerintahan Jepun di Tanah Melayu.

III Ibu selalu menasihati kami


Soalan 17 hingga 20

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Semut merupakan sejenis serangga yang lazimnya ada di rumah kita. Makhluk kecil yang
berkaki enam ini umpama tentera kerana sering bergerak dalam satu barisan yang panjang.
Meskipun begitu, pergerakan semut teratur dan tidak berselerak. Pernahkah kamu perhatikan
pergerakan semut sewaktu serangga ini bertemu dengan semut-semut yang lain? Jika
diperhatikan, semut-semut ini seolah-olah mengenali antara satu dengan yang lain.

Adakah semut mengenali setiap anggota koloni yang tidak terkira jumlahnya? Para
cendekiawan dalam bidang sains dan kimia telah menjalankan pelbagai eksperimen untuk
membongkar rahsia keunikan serangga ini.

Kajian sains mendapati setiap semut memiliki sejenis sebatian kimia yang unik dan
berbeza. Faktor inilah yang membolehkan semut mengecam semut-semut yang lain.

Hasil kajian ini amat penting kepada manusia. Penemuan ini diharapkan dapat
diaplikasikan dalam penciptaan teknologi pengecaman manusia yang canggih.

17. Mengapakah semut diumpamakan seperti tentera?

A kerana sering bergerak dalam satu barisan yang panjang.

B kerana mempunyai ketua dalam setiap kumpulan.

C kerana semut bergerak dengan berkumpulan.

D kerana semut berwarna hijau dan mengenali antara satu dengan lain.

18. Siapakah yang telah menjalankan pelbagai eksperimen untuk membongkar rahsia

keunikan semut ini ?

A Pelajar Universiti

B Guru Sekolah

C Saintis

D Doktor

19. Apakah yang membolehkan semut mengecam semut-semut yang lain?


A sebatian kimia yang unik dan berbeza.

B sebatian kimia yang sama.

C sebatian fizik yang berbeza antara mereka.

D sebatian kimia yang unik dan sama.

20. Perkataan cendekiawan di dalam petikan boleh digantikan dengan?

A cerdik pandai

B serba tahu

C angkasawan

D dermawan

Anda mungkin juga menyukai