Anda di halaman 1dari 11

KERTAS KERJA PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM

SK LKTP TERSANG SATU, RAUB 2017

1.0 PENGENALAN

Perkhemahan unit beruniform adalah salah satu daripada aktiviti pendidikan luar yang
kali dianjurkan oleh pihak sekolah dalam usaha menangani segala bentuk masalah
sosial yang semakin menjadi di negara kita dewasa ini. Dengan adanya, aktiviti sebegini
dapatlah kita mendidik murid-murid kita supaya menjadi insan yang mempunyai
keyakinan diri dalam setiap perkara.

Pada tahun ini, pihak SK LKTP Tersang Satu telah merangka sebuah kertas kerja bagi
melaksana Aktiviti Perkhemahan Bersepadu unit beruniform tahun 2017. Dengan adanya
kerjasama dari setiap unit beruniform di sekolah ini, diharapkan program ini dapat
dijayakan dengan cemerlang dan tercapai objektifnya.

2.0 NAMA PROGRAM

Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform Tahun 2017, SK LKTP Tersang Satu

3.0 MATLAMAT

Antara matlamat program ini adalah


i. Mengukuhkan pendidikan luar yang telah dipelajari serta berkongsi pengalaman
bersama-sama rakan dan jurulatih.
ii. Membina keyakinan diri pelajar apabila berhadapan dengan situasi mencabar.
iii. Menanam sikap sukakan aktiviti luar sebagai suatu aktiviti yang berfaedah.
iv. Menanam sifat ingin berdikari dalam kehidupan seharian dan berfikiran matang.

4.0 Objektif

Pada akhir program ini, para peserta akan dapat:


i. Melahirkan rasa syukur dengan alam kurniaan tuhan yang Maha Esa.
ii. Merasai suasana bermalam di dalam khemah.
iii. Berdikari semasa melakukan kerja individu seperti mengemas khemah, mencuci kasut
dan mengurus diri sendiri.
iv. Menyatakan rasa seronok semasa melakukan aktiviti seperti mengembara di dalam
hutan di sekitar mereka dsbnya.
5.0 JAWATANKUASA INDUK
PENGERUSI:
Pn. Elly Nordiana binti Hj Noh
(Guru Besar)

NAIB PENGERUSI:
En. Abd Rahman b Mohamed Sori
Guru Penolong Kanan Kokurikulum

KETUA PROJEK & PENYELARAS KOKURIKULUM:


En. Mohd Rushdi bin Abdullah

PENYELARAS UNIT BERUNIFORM :


En Mohd Fikri bin Azman

SETIAUSAHA : KETUA UNIT PENGAKAP:


YM Tuan Mohd Azuar bin Tuan Muda En Yahya bin Ishak

BENDAHARI : KETUA UNIT PBSM:


Pn. Sarina binti Idris En Mohd Fikri bin Azman

KETUA PERKHEMAHAN: PENOLONG KETUA PERKHEMAHAN :


En. Abdul Wahab bin Tan En. Faizal b Mohamad Kamal

PERALATAN:
En. Zulkifli bin Zulkornain

IBADAH:
En. Asrul Hazli bin Ahmad Ramly
Pn Norhayati binti Bawaihi
Pn Rohayu binti Dollah
DISIPLIN PESERTA:
Pn.Rohaya binti A. Rahaman
Semua guru

6.0 AHLI JAWATANKUASA KECIL

AKTIVITI : KESELAMATAN:
Pn Farah Hanani binti Kamanoorni YM Tuan Mohd Azuar b Tuan Muda
Cik Siti Hanisah binti Abd Majid Jaga sekolah
En. Mohd Nazmi bin Abas
En Mohd Adni bin Bahri

MAKANAN DAN MINUMAN: HADIAH DAN CENDERAMATA:


Pn. Norhayati binti Bawahi
Cik Suhaila binti Mokhtar Pn. Fatin Nur Hafizah binti Mohd Harun
Pn. Norfarahiyah binti Norikhsan Cik Aida Fadhilah Md Jaafar
Pn. Rohaya binti A. Rahaman Pn Norhidayah binti Mohd Noor
Pn Rozita binti Yusof
Pn Siti Raodah binti Manan PENDAFTARAN PESERTA:
Pn Rahayu binti Mat Nor Pn Rossalmi binti Mohd Nawi
Cik Norhakimi binti Ibrahim

DOKUMENTASI:
Pn. Norhidayah binti Mohd Noor
En. Mohd Nazri b Mohammad Yacob
7.0 BUTIRAN PERKHEMAHAN
Perkhemahan tersebut akan diadakan pada
i. Hari : Jumaat hingga Sabtu
ii. Tarikh : 10- 11 November 2017
iii. Tempat : Padang SK. LKTP Tersang Satu
iv. Jurulatih : Guru dan kakitangan sekolah.

8.0 SASARAN PENYERTAAN


Program ini adalah disasarkan kepada ahli-ahli unit berunifom Pengakap, PBSM ,
TKRS dan Puteri Islam seramai 135 orang terdiri daripada semua murid tahap 2.

9.0 BAYARAN PENYERTAAN


Peruntukkan PIBG bagi membiayai segala perbelanjaan:
i. Aktiviti
ii. Makan dan minum
iii. Pengurusan dan lain-lain keperluan

10.0 SENARAI TUGAS

1. KETUA PROJEK
a. Membentuk jawatankuasa
b. Mempengerusikan mesyuarat
c. Merujuk kepada penasihat

2. PENOLONG KETUA PROJEK


a. Membantu ketua menjalankan tugas-tugas ketua

3. SETIAUSAHA
a. Menjalankan tugas-tugas kesetiausahaan
b. Urusan surat-menyurat dan borang
4. BENDAHARI
a. Mengutip, menyelaras dan menyediakan penyata kewangan berkaitan program.
b. Memastikan segala perbelanjaan berjalan lancar seperti yang telah dirancangkan.

5. PENOLONG DAN KETUA PERKHEMAHAN


a. Merancang segala pengisian aktiviti.
b. Memastikan segala aktiviti berjalan dengan lancar dan selamat.

6. PERALATAN
a. Merancang dan menentukan peralatan yang diperlukan untuk program.
b. Memastikan segala peralatan dibawa ke tapak perkhemahan dan dibawa pulang ke
sekolah dalam keadaan baik seperti asal.

7. KESELAMATAN
a. Menyediakan peti pertolongan cemas yang lengkap.
b. Memastikan keselamatan para peserta terjamin disepanjang aktiviti.
c. Mengambil tindakan awal dengan pantas sekiranya berlaku kecemasan.

8. MAKANAN DAN MINUMAN


a. Merancang dan menentukan menu makanan
b. Merancang jadual makan dan minum peserta, guru dan jurulatih.
c. Memastikan urusan semasa makan berjalan dengan lancar.

9. DOKUMENTASI
a. Mencatat segala aktiviti yang berjalan
b. Mengambil foto untuk setiap aktiviti
c. Menyediakan laporan perkhemahan dan dokumentasikan
d. Berhubung dengan setiausaha untuk mendapatkan bahan-bahan untuk
didokumentasikan.
10. IBADAH
a. Memimpin para peserta solat berjemaah
b. Mengelolakan kuliah subuh dan maghrib.
c. Menyelaras dan menjalankan program untuk slot keagamaan dan kerohanian.

11. HADIAH DAN CENDERAMATA


a. Menyediakan hadiah dan cenderamata program.

12. DISIPLIN PESERTA


a. Mengawal disiplin para peserta sepanjang perkhemahan.

13. PENDAFTARAN
a. Memastikan para peserta telah mendaftar di bahagian pendaftaran.
b. Menyemak kehadiran berdasarkan nama.
11.0 ANGGARAN PENERIMAAN DAN PERBELANJAAN
PERKARA KUANTITI JUMLAH CATATAN
PENERIMAAN
PIBG RM 600.00
Koku RM 2160.00

PEMBAYARAN
Makan Murid
1. Sarapan Pagi
135 Murid X RM 2.00 135 RM 270.00
2. Makan Malam
135 Murid X RM 6.00 135 RM 810.00
3. Makan Tengah hari
135 X RM 2.00 135 RM 810.00
4. Minum Malam
135 Murid X RM 2.00 135 RM 270.00
Hadiah Murid
Kumpulan terbaik RM 100.00
Peserta Terbaik (L/P) RM 50.00
Sijil RM 50.00
Sewa khemah dan alatan RM 200.00
Pengurusan perkhemahan dan RM 200.00
lain-lain keperluan
JUMLAH SEMUA PERBELANJAAN 2760.00
12.0 MENU MAKANAN DAN MINUMAN
(untuk dua hari satu malam sepanjang perkhemahan)
Jumaat, (10/11/2017) MENU CATATAN
Makan tengahari Nasi putih, ayam masak kari,
sayur goreng, air oren.
Minum petang Air milo, roti bun
Makan malam Nasi putih, daging masak
kicap, sayur, air sirap.
Minum malam Air milo, kuih

Sabtu,(11/11/2017)
Sarapan pagi Air milo, nasi goreng, telur
dada
Minum pagi Air milo, kuih
Makan tengahari Nasi putih, ayam masak
merah, ikan goreng, sayur , air
oren
Minum petang Air teh, mi goreng, kuih

13.0 TENTATIF PROGRAM


Jumaat,(10/11/ 2017)
MASA PERKARA TINDAKAN
1000-1030 pagi Pendaftaran AJK Pendaftaran
(murid berkumpul di ruang legar
sekolah)
1100-1230 petang Taklimat daripada Ketua Ketua penyelaras
penyelaras
1230-1330 Makan tengahari AJK Makanan
1330-1630 1. Taklimat cara-cara mendirikan Ketua dan penolong
khemah. perkhemahan.
2. Mendirikan khemah mengikut Jurulatih.
kumpulan.
1630-1700 Minum petang. AJK Makanan
Solat AJK Ibadah
1700-1800 Aktiviti Riadah Jurulatih
(mencari harta karun)
1800-2000 Mandi AJK Ibadah
Solat Maghrib
Kuliah Maghrib
Solat Isyak
2000-2100 Makan Malam AJK Makanan
2100-2200 Aktiviti unggun api Jurulatih
2200-2230 Minum malam AJK Makanan
Tidur AJK Perkhemahan

Sabtu , ( 11/11/2017 )
MASA PERKARA TINDAKAN
0500-0700pagi Bangun, kemas diri AJK Perkhemahan
Solat, Kuliah Subuh. AJK Ibadah
0700-0730 Senaman pagi Jurulatih
0730-0800 Sarapan AJK Makanan
0800-1030 Jungle Tracking Jurulatih
1030-1100 Minum Pagi AJK Makanan
1100-1230 Mengemas Khemah AJK Perkhemahan
Membersih kawasan khemah
1230-1300 Makan tengahari AJK Makanan
Solat
1300-1430 Persiapan untuk balik. Jurulatih
Semua guru
1430 -1530 Majlis Penutupan dan AJK hadiah dan
penyampaian sijil penghargaan cenderamata
Semua guru

13.1 JUSTIFIKASI PEMILIHAN AKTIVITI

13.1.1 Mendirikan khemah


Bagi aktiviti ini , taklimat cara-cara mendirikan khemah akan dilakukan bagi
memudahkan pelajar menjalankan aktiviti mendirikan khemah mengikut
kumpulan. Aktiviti ini menjadi aktiviti yang pertama dalam tentatif program ini bagi
mendedahkan pelajar cara-cara mendirikan khemah dengan betul di samping
menerapkan nilai bekerjasama antara kumpulan pelajar dalam program ini.

13.1.4 Aktiviti riadah (mencari harta karun)


Merupakan aktiviti pendedahan untuk semua pelajar. Aktiviti ini merupakan aktiviti
riadah bagi menajamkan daya pemikiran pelajar serta bagi meguji semangat
bekerjasama diantara setiap peserta pelajar.

13.1.5 Aktiviti malam kebudayaan dan unggun api


Aktiviti ini dilakukan pada waktu malam di padang. Dalam aktiviti ini, pelajar
didedahkan oleh jurulatih lagu kanak-kanak serta upacara unggun api yang biasa
dilakukan dalam setiap aktiviti perkhemahan kanak-kanak.

13.1.6 Jungle tracking


Aktivti dilakukan bagi mendedahkan rahsia alam yang tersembunyi di persekitaran
pelajar. Di samping menguji tahap kecerdasan mental dan fizikal pelajar.
14.0 PENUTUP
Diharapkan dengan adanya penganjuran program seperti ini, dapat membentuk dan
melahirkan insan yang mempunyai jiwa yang kental , bersih dan
bersemangat. Mempunyai jati diri dan sifat ingin berdikari.
Pihak jawatankuasa telah sedaya upaya merancang dan berusaha untuk merealisasikan
program ini. Diharap agar para peserta bersungguh-sungguh untuk mengikuti setiap
aktiviti yang telah disusunatur oleh pihak penganjur.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

_______________ _______________
Tuan Mohd Azwa b Tuan Muda Abd. Rahman b Mohamed Sori
Setiausaha Program PK Kokurikulum,
Perkhemahan Unit Beruniform, SK LKTP TERSANG SATU
SK LKTP TERSANG SATU

Anda mungkin juga menyukai