Anda di halaman 1dari 14

MODUL KESIAP-SIAGAAN SILAT

MODUL KESIAPSIAGAAN DAN KESELAMATAN DIRI MURID


JABATAN PENDIDIKAN NEGERI TERENGGANU
2017

Satu jurus yang dilatih seribu kali jauh lebih berbisa dari seribu jurus yang dilatih hanya sekali
MODUL KESIAP-SIAGAAN SILAT

Pendahuluan

Modul Kesiap-siagaan silat adalah satu bab dalam Modul Kesiap-siagaan dan Keselamatan Diri Murid Jabatan Pendidikan Negeri
Terengganu. Modul ini dibina dan disusun dalam bentuk yang ringkas dan mudah untuk kesesuaian latihan secara praktikal
mengikut tahap tertentu. Modul ini juga di bina dalam bentuk bebas dan berbeza dari format sukan atau pertandingan dan bukan
juga menonjolkan silibus mana-mana perguruan silat. Modul ini adalah tersendiri dan disusun atur oleh panel penulis modul dengan
cara ringkas dan mudah di bawah tajuk Modul Kesiap-siagaan Silat.

Modul ini sangat sesuai dibekalkan kepada murid berikutan situasi luar jangka diri murid pada sesetengah situasi pada masa
sekarang. Ini berikutan adanya kes gangguan atau buli di dalam sekolah dan timbulnya risiko luaran sekolah seperti jenayah ragut
dijalanan dan sebagainya ketika mereka menunggu bas atau menunggu ibubapa dan penjaga menjemput mereka untuk pulang dari
sekolah.

Untuk permulaan, modul ini dibina pada asas Tahap 1 yang mengandungi enam item untuk dilatih dan dipraktikkan secara ansur-
maju. Latihan modul hendaklah dijalankan secara berkala dan dilatih oleh Jurulatih Utama di sekolah dengan cara yang teratur dan
berkesan. Semoga hasil latihan dari modul ini akan dapat dimanafaatkan oleh murid dengan baik apabila situasi memerlukan.

ASAS TAHAP 1

1. Senaman Siaga
2. Kuda-Kuda Siaga
3. Gerakan Siaga
4. Elakan Siaga
5. Tangkisan Siaga
6. Pukulan Siaga

Satu jurus yang dilatih seribu kali jauh lebih berbisa dari seribu jurus yang dilatih hanya sekali
Bil. Item Huraian Gambar

1. Senaman Siaga Asas senaman siaga adalah aktiviti permulaan untuk


persediaan tubuh menjalani latihan agar terhindar
dari sebarang kecederaan otot atau sendi. Untuk
modul ringkas ini, ia terdiri dari asas regangan dari
kepala hingga ke kaki dan senaman untuk kekuatan
tangan dan kaki.

a. Regangan :
Sebagai aktiviti pemanasan badan untuk
persediaan menjalani latihan modul elok
dimulakan dengan melakukaqn regangan
bermula dari bahagian kepala hingga kaki.

Kepala meregangkan bahagian leher


dengan dongak dan tunduk, berpaling ke
kanan dan ke kiri dalam julat yang sesuai
contohnya dalam bilangan 8.

Bahu dan Tangan meregangkan bahagian


bahu dan tangan dengan melenturkan tangan
kanan dan kiri rapat ke badan dalam julat
yang sesuai dan mengikut kemampuan.

Pinggang regangan pinggang dilakukan


dengan melenturkan badan kehadapan,
kanan, kiri dan belakang mengikut aras
kemampuan dalam julat yang sesuai.

Satu jurus yang dilatih seribu kali jauh lebih berbisa dari seribu jurus yang dilatih hanya sekali
Lutut dan Kaki regangan bahagian lutut dan
kaki boleh dilakukan secara bertapak atau
lipat gantung bergilir kanan dan kiri mengikut
kemampuan masing-masing dalam julat
bilangan yang sesuai seperti variasi regangan
yang lain di atas.

b. Tekan Tubi :
Senaman ini dibuat untuk latihan kekuatan
tangan. Boleh dilakukan dengan bukaan
tapak tangan atau genggaman penumbuk
mengikut kemampuan.

c. Bangun-duduk :
Senaman ini dibuat untuk melatih kekuatan
kaki . Semasa aktiviti bangun-duduk itu
dilakukan pastikan tubuh berada dalam
keadaan tegak.

Dalam bahagian ini Jurulatih boleh melakukan


regangan atau senaman dalam variasi yang berbeza
dari contoh dalam modul ini asal saja ia melibatkan
pergerakan dari aras kepala hingga ke kaki atau dari
kaki ke kepala, asalkan ia sesuai mengikut
kebolehan dan kemampuan masing-masing.
Disamping itu ia mesti di sesuaikan mengikut aras
keupayaan murid dan dilakukan secara ansur maju
pada setiap sesi latihan.

Satu jurus yang dilatih seribu kali jauh lebih berbisa dari seribu jurus yang dilatih hanya sekali
2. Kuda-Kuda Siaga Kuda-Kuda adalah sikap awal diri dalam persediaan
untuk membela diri atau menyerang balas dalam
situasi tertentu. Dalam modul ringkas ini, ia
dibahagikan kepada 3 aras kedudukan :

a. Kuda-kuda Tegak / Tinggi :


Ini adalah kuda-kuda paling asas dalam
keadaan berdiri tegak menghadap dengan
bukaan kaki secara sejajar selesa mengikut
paras bukaan bahu masing-masing. Keadaan
tangan pula diangkat separas dada dengan
tangan kanan digenggam di belakang tangan
kiri yang dibuka terletak agak kehadapan.

b. Kuda-kuda Aras Sederhana :


Ini adalah kuda-kuda aras kedua juga dalam
keadaan menghadap dengan lutut sedikit
dibengkokkan dalam bukaan kaki secara
sejajar diluaskan sedikit selesa mengikut
kemampuan masing-masing. Kuda-kuda ini
lebih kukuh dan stabil berbanding kuda-kuda
tegak. Keadaan tangan juga diangkat
separas dada dengan tangan kanan
digenggam di belakang tangan kiri yang
dibuka terletak agak kehadapan seperti pada
aras pertama.

Satu jurus yang dilatih seribu kali jauh lebih berbisa dari seribu jurus yang dilatih hanya sekali
c. Kuda-kuda Aras Rendah :
Ini adalah kuda-kuda aras ketiga yang juga
dibina dalam keadaan berdiri menghadap
dengan keadaan lutut dibengkokkan lebih
rendah dan bukaan kaki secara sejajar lebih
luas dari kuda-kuda aras kedua. Keadaan
tangan pun diangkat separas dada dengan
tangan kanan digenggam di belakang tangan
kiri yang dibuka terletak agak kehadapan
seperti pada aras pertama.

3. Gerakan Siaga Asas gerakan ialah binaan jurus samada atau kaki
yang digunakan untuk menyerang lawan. Dalam
modul ringkas ini ia dinamakan Gerakan Siaga yang
terdiri dari beberapa gerak jurus iaitu :

a. Tumbuk Lurus Depan : Kanan dan Kiri


Dalam keadaan kuda-kuda yang selesa
(untuk latihan modul ini diselaraskan untuk
berkeadaan kuda-kuda aras sederhana),
dimulakan dengan kanan dahulu, tumbuk
lurus ke hadapan berturutan kanan dan kiri.
Setiap kali tumbukan dilepaskan, tangan
yang sebelah lagi bersiaga dirusuk. Kuda-
kuda dipasang dalam keadaan sejajar dan
tetap.

Satu jurus yang dilatih seribu kali jauh lebih berbisa dari seribu jurus yang dilatih hanya sekali
b. Tumbuk Lurus Kelek : Kanan dan Kiri
Dalam berkeadaan kuda-kuda aras
sederhana dengan selesa tumbuk kanan
sambil tapak kuda-kuda dikelek ke kiri. Balas
tumbuk ke kiri sambil tapak kuda-kuda
dikelek ke kanan. Setiap kali tumbukan
dilepaskan, tangan yang sebelah lagi
bersiaga dirusuk

c. Siku Depan : Kanan dan Kiri


Dengan berkuda-kuda, sikuan kedepan dari
rusuk ke atas bergilir kanan dan kiri. Setiap
kali sikuan dilepaskan tangan sebelah lagi
bersiaga di rusuk.

d. Siku Lintang : Kanan dan Kiri


Dengan berkuda-kuda, sikuan kanan dari
rusuk dilintang dari kanan ke kiri sambil tapak
kuda-kuda dikelek ke kiri. Di turut sikuan kiri
dari rusuk dilintang dari kiri ke kanan sambil
tapak kuda-kuda dikelek ke kanan pula.
Setiap kali sikuan dilepaskan tangan sebelah
lagi bersiaga di rusuk.

e. Tendang Hadapan : Kanan dan Kiri


Dengan berkuda-kuda, tendang lurus ke
depan berturutan kanan dan kiri dengan
sasaran menggunakan tapak tumit. Setiap
tendangan akan balik ke tapak asal sambil
tangan bersiaga di hadapan.

Satu jurus yang dilatih seribu kali jauh lebih berbisa dari seribu jurus yang dilatih hanya sekali
f. Tendang Layang : Kanan dan Kiri
Dengan berkuda-kuda, tendang layang ke
sisi kanan dan kiri secara berturutan dengan
tapak kuda-kuda dikelek. Sasaran
menggunakan bahagian atas kaki (kura kaki).
Setiap tendangan akan balik ke tapak asal
sambil tangan bersiaga di hadapan.

g. Lutut Depan : Kanan dan Kiri


Dalam keadaan berkuda-kuda, gerakan lutut
kehadapan bergiliran kanan dan kiri. Setiap
kali gerakan akan balik ke tapak asal dengan
tangan bersiaga ke hadapan.

4. Elakan Siaga Elakan ialah gerakan menghindar dari serangan


musuh. Ia adalah perbuatan tubuh untuk
menyelamatkan diri dari sebarang jenis serangan
samada serangan tangan atau kaki. Dalam modul ini
diperkenalkan dulu 3 jenis elakan yang mudah untuk
dilatih oleh murid :

a. Elak Samping Kanan :


Dalam keadaan berkuda-kuda dan
menghadap alih tubuh ke arah sisian kanan
sejajar dengan pemberatan pada tapak
kanan dengan tangan bersiaga.

Satu jurus yang dilatih seribu kali jauh lebih berbisa dari seribu jurus yang dilatih hanya sekali
b. Elak Samping Kiri :
Dalam keadaan berkuda-kuda dan
menghadap alih tubuh ke arah sisian kiri
sejajar dengan pemberatan pada tapak kiri
sambil tangan bersiaga.

c. Elak Undur/Belakang :
Dalam keadaan berkuda-kuda dan
menghadap alih tapak kaki kanan ke arah
belakang dengan pemberatan pada tapak
belakang sambil tangan bersiaga.

5. Tangkisan Siaga Tangkisan adalah suatu pergerakan belaan yang


digunakan untuk menghalang atau menghadang
serangan dari terkena pada tubuh. Dalam modul ini
ada sepuluh tangkisan menggunakan tangan untuk
membela diri dan menghalang serangan iaitu :

a. Tangkis Kanan Atas :


Dalam keadaan berkuda-kuda, kelek tapak
kuda-kuda ke kiri serentak tangan kanan
ditangkis ke arah atas sejajar dengan bahu
kanan. Tangan kiri bersedia dirusuk kiri.

Satu jurus yang dilatih seribu kali jauh lebih berbisa dari seribu jurus yang dilatih hanya sekali
b. Tangkis Kanan Bawah :
Dalam keadaan berkuda-kuda, kelek tapak
kuda-kuda ke kiri serentak tangan kanan
ditangkis arah ke bawah sejajar rusuk kanan.
Tangan kiri bersedia dirusuk kiri.

c. Tangkis Kiri Atas :


Dalam keadaan berkuda-kuda, kelek tapak
kuda-kuda ke kanan serentak tangan kiri
ditangkis ke arah atas sejajar dengan bahu
kiri. Tangan kanan bersedia dirusuk kanan.

d. Tangkis Kiri Bawah :


Dalam keadaan berkuda-kuda, kelek tapak
kuda-kuda ke kanan serentak tangan kiri
ditangkis arah ke bawah sejajar rusuk kiri.
Tangan kanan bersedia dirusuk kanan.

e. Tepis Kanan Atas :


Dalam keadaan berkuda-kuda, kelek tapak
kuda-kuda ke kiri serentak tapak tangan
kanan tepis tolak ke arah kiri separas dengan
bahu kanan. Tangan kiri bersedia dirusuk kiri.

f. Tepis Kanan Bawah :


Dalam keadaan berkuda-kuda, kelek tapak
kuda-kuda ke kiri serentak tapak tangan
kanan tepis tolak ke arah kiri separas rusuk
kanan. Tangan kiri bersedia dirusuk kiri.

Satu jurus yang dilatih seribu kali jauh lebih berbisa dari seribu jurus yang dilatih hanya sekali
g. Tepis Kiri Atas :
Dalam keadaan berkuda-kuda, kelek tapak
kuda-kuda ke kanan serentak tapak tangan
kiri tepis tolak ke arah kanan separas dengan
bahu kiri. Tangan kanan bersedia dirusuk
kanan.

h. Tepis Kiri Bawah :


Dalam keadaan berkuda-kuda, kelek tapak
kuda-kuda ke kanan serentak tapak tangan
kiri tepis tolak ke arah kanan separas rusuk
kiri. Tangan kanan bersedia dirusuk kanan.

i. Sangga Atas Kanan :


Dengan kuda-kuda siaga, alihkan tapak
kanan kebelakang, serentak tangan kanan
dibengkokkan dan disangga ke arah atas
separas kepala. Tangan kiri bersedia dirusuk
kiri.

j. Sangga Atas Kiri :


Dengan kuda-kuda siaga, alihkan tapak kiri
kebelakang, serentak tangan kiri
dibengkokkan dan disangga ke arah atas
separas kepala. Tangan kanan bersedia
dirusuk kanan.

Satu jurus yang dilatih seribu kali jauh lebih berbisa dari seribu jurus yang dilatih hanya sekali
6. Pukulan Siaga Pukulan adalah kaedah serangan balas yang dibina
dari kaedah belaan seperti elakan dan tangkisan
yang terlaksana sebelum itu. Dalam modul kecil ini,
diperkenalkan dulu dua buah pukulan untuk
diturunkan kepada murid.

Pukulan Siaga dilatih secara berpasangan dimana ia


dilakukan secara bergilir dalam mengulang proses
serangan dan belaan balas.

a. Pukulan 1 :
Dalam kedudukan kuda-kuda aras sederhana
serangan tumbukan kanan lawan disambut
dengan tangkis kanan atas dan dibalas
dengan tumbukan kiri ke rusuk/sisi muka
penyerang.

b. Pukulan 2 :
Dalam kedudukan kuda-kuda aras sederhana
serangan tendangan hadapan kiri lawan
disambut dengan tepis kanan bawah dan
dibalas dengan tendang layang kanan ke sisi
belakang penyerang.

Satu jurus yang dilatih seribu kali jauh lebih berbisa dari seribu jurus yang dilatih hanya sekali
Penutup

Segala teknik yang ditunjukkan di dalam modul ini hanyalah sebagai pendedahan awal kepada anda semua. Sekiranya anda ingin
mengetahui secara lanjut dan mempelajarinya secara serius, anda perlulah menyertai perguruan silat atau mengikuti kursus atau
seminar persilatan yang dianjurkan oleh mana-mana perguruan silat. Semoga anda mendapat manafaat sepanjang mengikuti dan
mempraktikkan modul ini dan menjadikannya sebagai amalan dalam kehidupan seharian anda. Segala kekurangan yang terdapat
dalam modul ini merupakan kelemahan dari pihak kami sebagai penyusun modul.

Bertemu lagi ke tahap seterusnya.


Terimakasih.

Satu jurus yang dilatih seribu kali jauh lebih berbisa dari seribu jurus yang dilatih hanya sekali
PANEL PEMBINA MODUL :

1. Nor Azman b. Hj. Mohd


SMK Model Khas Chalok, Setiu.

2. Abd. Rashid b. Abd. Rahman


SK Kampung Baru Tok Dor, Besut .

3. Rani b. Mustaffa
Persatuan Seni Silat Negeri Terengganu, K. Terengganu.

4. Hj. Alias b. Abas


SK Banggol Peradong, K. Terengganu.

5. Hasran b. Abu Bakar


SMK Bukit Guntong, K. Terengganu.

6. Mohd Rahimi b. Aziz


SMK Panji Alam, K. Terengganu.

7. Mohd Yasrizal Shahrin b. Abd. Manaf


SMK Pelong, Setiu.

8. Mohd Maulana b. Tawang


SMK Paka, Dungun.

9. Ahmad Nesfu b. Jusoh


SMK Chukai, Kemaman.

10. Mustaffa bin Bakar


SMK Tengku Ampuan Intan, Hulu Terengganu.

11. Kamal Ariffin b. Jusoh


SMA Maarif, Besut.

12. Ahmad Redzuan b. Mohd Azmi


SMK Rusila, Marang.

Satu jurus yang dilatih seribu kali jauh lebih berbisa dari seribu jurus yang dilatih hanya sekali

Anda mungkin juga menyukai