Anda di halaman 1dari 35

AKHLAK ISLAMIAH

AKHLAK TERPUJI
PENGENALAN.
Akhlak adalah satu keadaan diri yang semulajadi melahirkan tingkahlaku secara langsung
tanpa memerlukan pemikiran dan pengertian. Allah s.w.t. telah mencipta perasaan
semulajadi ini dalam diri manusia sebagaimana firman Allah swt :
. .

Demi jiwa dan kesempurnaan ciptaaannya , maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu
kefasikan dan ketakwaan. Sungguh telah berbahagia orang yang menyucikannya dan
kecewa orang yang menodainya. (Surah as-Shams:7
Ayat ini telah menjelaskan bahawa Allah telah menciptakan dalam diri manusia unsur baik
dan unsur buruk (fasik) terpulang kepada keturunan manusia untuk memilih salah satu
daripadanya. Oleh itu ulamak telah membahagikan akhlak manusia kepada dua kategori
akhlak baik atau mahmudah, akhlak jahat atau mazmumah.

KONSEP AKHLAK TERPUJI (MAHMUDAH)


Pengertian Akhlak Terpuji
Akhlak mahmudah ialah perbuatan terpuji menurut pandangan akal dan syariat Islam.
Akhlak mahmudah ini ialah sifat rasulullah s.a.w. dan amalan utama penganut Islam sejati.
Imam Ghazali telah menetapkan empat prisnsip utama akhlak yang menunjangi akhlak
manusia bagi melahirkan akhlak terpuji iaitu:
1. Hikmah ( Kebijaksanaan) yiait u satu keadaan dalam diri iaitu kekuatan akal yang
membolehkannya secara semulajadi membezakan di antara baik dan buruk dalam
semua perbuatan ikhtiariyah ( perbuatan yang lahir dengan pilihan manusia sendiri).
Daripada sifat ini akan melahirkan sifat baik hati, cerdik, bersangka baik dan
pertimbangan baik.
2. Adil Ia adalah kekuatan jiwa yang dapat meletakkan perasaan marah dan nafsunya
mengikut kesesuaian keadaan berlandaskan pertimbangan akal dan syariat.
3. Syajaah adalah keupayaan diri yang akal dapat mengawal perasaan marah atau
mengikut apa yang dituntut oleh akal dan syarak. Pemarah, berani, bermujahadah
dengan nafsu, menanggung penderitaan, lemah-lembut dan tetap pendirian.
4. Iffah adalah keupayaan diri uang dapat mendidik keinginan nafsu syahwat agar tunduk
kepada kemahuan akal dan syariat. Pemurah, malu, sabar, pemaaf tolong-menolong,
peramah dan kurang mengharap dari orang lain. Apabila keempat-empat sifat ini wujud
dalam diri manusia, barulah akan melahirkan sifat-sifat mahmudah yang lain. Jika sifat
ini terhakis atau berlebihan dalam diri manusia akan melahirkan sifat yang keji pula.
Sabda Rasulullah s.a..w;

Sebaik-baik perkara adalah bersederhana."
CIRI-CIRI AKHLAK ISLAMIAH
1. Ciri utama akhlak Islamiah itu adalah ketakwaan kepada Allah s.w.t yang dibimbing
melalui sumbernya yang agung iaitu al Quran dan as Sunnah.
2. Taat kepada Allah dan ingin mendapat keredhaanNya
3. Takut kepada siksaanNya.
4. Tidak mudah berubah, tidak tunduk kepada hawa nafsu dan kehendak tertentu.
5. MencintaiNya dan mengamalkan segala yang diperintahNya
6. Menjadikan Islam sebagai sumber akhlak yang akan melahirkan insan yang
dermawan, berani, adil, dapat dipercayai dan lain-lain serta
7. menjauhkan diri daripada sifat bakhil, takbur, maksiat, dusta dan menjauhi sifat-sifat
tercela yang lain.

CONTOH-CONTOH AKHLAK TERPUJI


a. Kasih sayang (ar-Rahmah), Sifat kasih sayang kepada semua manusia terutama antara
manusia yang seagama sangat dipandang tinggi dan digalakkan oleh Islam sebagaimana
dalam surah al-Balad : 17



Mereka saling berpesan dengan kesabaran, mereka saling berpesan dengan kasih
sayang."
Nabi s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud, Sesiapa yang tidak bersifat belas
kasihan kepada yang ada di bumi dia pun tidak dikasihi oleh yang ada di langit.
(At Tibrani)

b. Adil, Adil ialah meletakkan sesuatu kena pada tempatnya, memberi hak kepada mereka
yang memiliki hak, membebankan kewajipan bagi mereka yang mempunyai kewajipan.
Hak yang diberikan itu tidak lebih dan tidak kurang sebagaimana firman Allah Taala


dalam surah an-Nahl : 90 yang bermaksud Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil
dan berbuat baik.

c. Berani dan Sabar, Berani ialah menghadapi bahaya dan penderitaan dengan tabah dan
dapat menguasai jiwanya dan bertindak menurut semestinya. Syarat berani ialah sabar,
iaitu tabah menahan penderitaan, tidak putus asa, tenang menghadapi penderitaan.
Oleh itu sabar adalah ciri akhlak yang utama. Firman Allah s.w.t. dalam surah an-Najm
:121 yang bermaksud: Sabar dan tawakkal kepada Allah adalah pangkal kemenangan.

d. Keunggulan peribadi.Individu yang berperibadi tinggi menjalankan tugas-tugasnya


dengan rapi dan cekal sepanjang hayat. Inilah yang dinamakan keunggulan peribadi dan
setiap kegiatan yang melatih individu untuk membentuk peribadi yang kukuh terpaksa
dijalankan secara teratur dan tetap sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang
bermaksud, Perbuatan yang paling disukai oleh Allah ialah perbuatan yang dilakukan
secara berterusan walaupun ia kecil.
e. Memelihara kesucian diri. (al-Iffah) bererti menjaga diri daripada segala keburukan
supaya terpelihara kehormataan diri. Seseorang muslim harus sentiasa berusaha
memelihara kesucian dirinya dan hawa nafsu, lidah serta hatinya daripada melakukan
perkara yang dilarang oleh Allah s.w.t. sebagaimana firman Allah s.w.t.



Berbahagialah orang yang membersihkan jiwanya dan rugilah orang yang mengotorkan
jiwanya. (Surah a-Shams : 9 10)

f. Ketepatan Masa
Menjaga masa adalah ciri-ciri sifat yang baik. Solat mengajarkan kita mengenai
ketepatan masa. Latihan ini kita jalankan secara berterusan dan tetap. Jika kita sentiasa
tepat dengan solat berjemaah setiap hari insyaAllah kita akan tepat dalam segala
kegiatan yang kita lakukan.

AKHLAK TERCELA (MAZMUMAH)


PENGENALAN
Akhlak mazmumah ialah perbuatan tercelai menurut pandangan akal dan syariat Islam.
Akhlak mazmumah ini bukan sifat Rasulullah s.a.w. dan amalan utama penganut Islam sejati,
sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud, Tidak akan masuk ke dalam syurga
orang yang dalam hatinya terdapat kesombongan yang sebesar zarah. (Riwayat Muslim)

KONSEP AKHLAK TERCELA (MAZMUMAH)


Akhlak tercela atau akhlak buruk dalam bahasa Arab dikenali sebagai sifat-sifat mazmumah,
merupakan sifat-sifat yang bercanggah dengan ajaran al-Quran dan as-Sunnah. Sebarang
sifat dan akhlak yang tergolong dalam kategori akhlak buruk amat dibenci dan dikeji dalam
pandangan Islam. Antara akhlak atau sifat mazmumah ialah menyengutukan Allah s.w.t.,
bohong, takbur, dengki, khianat, bakhil, marah dan sebagainya.

CIRI AKHLAK TERCELA (MAZMUMAH)


a. Tidak bertaqwan kepada Allah s.w.t yang tidak berlandaskan melalui sumbernya yang
agung iaitu al Quran dan as- Sunnah.
b. Ingkar kepada Allah dan tidak ingin mendapat keredhaanNya
c. Tidak takut kepada siksaanNya.
d. Mudah berubah, tunduk kepada hawa nafsu dan kehendak tertentu.
e. Tidak mencintaiNya dan tidak mengamalkan segala yang diperintahNya.
f. Tidak menjadikan Islam sebagai sumber akhlak, yang akan melahirkan insan yang
bersifat bakhil, takbur, maksiat, dusta dan menjauhi sifat-sifat tercela yang lain.

CONTOH AKHLAK TERCELA (MAZMUMAH)


1. Dengki ialah perasaan iri hati atau rasa benci seseoerang. Biasanya perasaan ini timbul
pada seseorang manusia bila mana dia melihat orang lain mendapat nikmat atau
mempunyai kelebihan daripadanya kemudian dia mengharap semoga nikmat dan
kelbihan yang ada pada orang lain itu hilang dan berpindah pada dirinya. Sifat atau
perasaan seperti ini adalah sifat mazmumah yang sangat dibenci oleh Allah bahkan Allah
s.w.t telah mnegaskan di dalam al Quran;



Dan janganlah kamu iri hati apa yang dikurniakan Allah kepada sebahagian daripada
kamu lebih banyak dari sebahagian yang lain. (Surah an-Nisak : 32)
Sifat dengki dapat menghabiskan segala amal kebajika seseorang sesuai dengan sabda
rasulullah s.a.w yang bermaksud, Jauhilah oleh kamu sifat dengki itu, bahawasanya
perasaan dengki itu memakan segala kebaikan sebagaimana api memakan kayu yang
kering.
Islam membolehkan dua perkara hasad yaitu :
- Hasad kepada orang kaya yang pemurah. Dengan adanya perasaan hasad seperti ini,
seseorang itu akan timbul pula hasrat atau azam dalam jiwanya bahawa kalau dia
kaya seperti orang itu, dia sendiri pun akan berbuat demikian.
- Hasad kepada orang yang berilmu pengetahuan. Perbuatan hasad seperti ini
dibolehkan dalam agama kerana ia akan menimbulkan suatu azam menuntut ilmu
pengetahuan.

2. Fitnah, Fitnah dapat diertikan dengan menghasut yang bermaksud menyampaikan


cakap seseorang kepada orang lain dengan menambah di sana-sini supaya orang yang
mendengar menjadi benci dan naik radang. Perbuatan ini amat tidak disukai dalam Islam
sebab orang yang menghasut itu tergolong dalam golongan orang yang fasik. Adapun
Islam tidak menerima orang fasik itu sebagai saksi apa lagi untuk mendengar cakapnya.
Hal ini ditegaskan oleh Allah s.w.t. dalam al Quran :





Hai orang yang beriman jika datang kepadamu orang yang fasik membawa perkhabaran
hendaklah kamu periksa kebenarannya kerana ditakuti kalau-kalau kamu menganiaya
seseuatu kaum dengan tiada pengetahuannya akhirnya kamu akan menyesal dengan
apa yang kamu lakukan.(Surah al-Hujarat : 6)
Perbuatan hasad ini diharamkan oleh Islam atas sebab-sebab :
a. Perbuatan menghasut ini boleh menyebabkan pergaduhan dan permusuhan.
b. Sebahagian besar daripada penghasut ini adalah berniat untuk memutuskan
hubungan orang yang sudah sedia retak hubungannya.
c. Akibat dari hasutan itu, banyak orang teraniaya.
d. Orang yang hobinya menghasut biasanya lalai dari mengabdikan diri kepada Allah
s.w.t. dan dibenci oleh masyarakat, akhirnya perbuatan sendiri akan menganiaya
dirinya kembali.
3. Bertengkar, Bertengkar dapat juga diertikan dengan berbantah. Secara takrif yang agak
lebih tepat bertengkar dapat diertikan dengan bertukar fikiran untuk mencari
kemenangan tanpa hakim. Dengan demikian setiap perbincangan yang hanya bertujuan
untuk mencari kemenangan, kemegahan adalah tidak baik. Bertengkar yang dibolehkan
adalah untuk mencari kebenaran. Pertengkaran yang tidak diingini dalam Islam yang
dapat menimbulkan perselisihan faham dan pergaduhan atau perkelahian akhirnya
wujudlah pwrmusuhan. Inilah yang dilarang oleh Rasulullah s.a.w. melalui sebuah hadis
yang bermaksud: Tidak akan sesat sesuatu kaum sesudah diberi mereka petunjuk oleh
Allah melainkan orang yang bertengkar. (Riwayat Termizi dan Ibn Majah)
4. Mengumpat, Mengumpat ialah memperkatakan seseorang di belakangnya. Biasanya
yang diperkatakan ini adalah sekitar kelakuan, keadaan badan, perangai dan sebagainya.
Mngumpat ini dapat dibahagi kepada tiga jenis :
a. Ghibbah ialah memperkatakan keburukan seseorang di belakangnya.
b. Buhtan ialah mereka-reka perkara dusta yang membabitkan seseorang untuk tujuan
memburuk-burukkannya supaya harga dirinya jatuh di tengah masyarakat.
c. fkun iaitu menaburkan berita-berita fitnah yang didengar dari seseorang kemudian
menyampaikannya kepada orang lain.
Ketiga-tiga perlakuan di atas termasuk kepada perlakuan mengumpat. Perbuatan ini
adalah suatu tindakan yang sangat keji dan diharamkan dalam Islam malahan ia
termasuk kepada golongan dosa-dosa besar, sebagaimana Allah s.w.t. telah
menegaskan di dalam al Quran dalam surah al Hujarat: 12





.
Dan janganlah engkau mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah engkau
menghina kepada setengahnya. Sukakah salah seorang kamu memakan daging
saudaranya yang sudah mati, maka tentulah kamu akan merasa jijik.
(Surah al Hujarat: 12)

PELANGGARAN AKHLAK
PENGENALAN
Masalah pelanggaran akhlak terbentang luas di hadapan kita dan tidak boleh disembunyikan
lagi. Ia merupakan satu fenomena menyeluruh menghakis ketahanan dan kekuatan nilai-
nilai Islam. Ia juga mempunyai misi dan visi terhadap pembangunan dan penerusan
tamadun agama, bangsa dan negara. Berbagai-bagai krisis akhlak kini terus menular dalam
masyarakat kita seperti rasuah, sumbang muhram, penderaan, pelacuran dan lain-lain lagi.

RASUAH
Rasuah bukanlah fenomena baru. Ia adalah fenomena universal tanpa batasan waktu dan
tempat. Tiada negara boleh mendakwa ia boleh bebas dari jenayah rasuah. Kewujudannaya
bermula sejak sejarah peradaban manusia, dinodai oleh sifat-sifat tamak dan haloba.
Rasuah merupakan suatu jenayah berat yang mudah menular dalam sistem hidup
masyarakat.
Pengertian Rasuah
Perkatan rasuah berasal dari perkataan arab yang berbunyi al-risyuah. Mahmud Muhammad
at-Tahani dalam kamusnya An-Nihayah Ibnu Athir memberikan definisi rasuah dari segi
bahasa ialah sesuatu yang diberikan kepada seseorang untuk memutarbelitkan fakta iaitu
untuk membatilkan yang hak atau membenarkan yang batil. Menurut istilah syarak,
sebagaimana dikemukan oleh Yusuf al-Qardawi iaitu sesuatu yang diberikan kepada
seseorang yang mempunyai kekuasaan jawatan untuk memenangkan kesnya dengan
menewaskan lawan-lawannya.

Punca Rasuah
Antara faktor terpenting yang menjadi punca rasuah kerana penglibatan golongan atasan
yang berkuasa dalam kehidupan yang serba mewah. Justeru untuk memenuhi keperluan
berbelanja dengan mewah, golongan atasan terpaksa melakukan rasuah. Faktor kedua yang
menyebabkan rasuah berkaitan rapat dengan sikap suka kepada kehidupan mewah.
Ini kerana tabie manusia yang amat suka pada harta benda sebagaimana yang dijelaskan
dalam al Quran: (Surah al-Fajr :20)
Dan kamu mencintai harta benda dengan kecintaan yang berlebihan. (Surah al-Fajr :20)

Kesan Amalan Rasuah ialah :


a. Berlaku ketidakadilan di kalangan masyarakat.
b. Berlaku permusuhan
c. Berlakunya penindasan terhadap orang yang lemah.
d. Banyak berlaku penipuan dan penyelewengan di dalam masyarakat ataupun organisasi
pentadbiran.
e. Melemahkan dan memundurkan umat Islam dan negara.
f. Menjatuhkan kesucian ajaran Islam.
g. Dimurkai oleh Allah s.w.t.

Pandangan Islam Terhadap Amalan Rasuah


Islam adalah satu agama menolak dan mengharamkan amalan rasuah. Membenteras
gejala rasuah dalam masyarakat adalah satu jihad sosial yang sangat utama demi
keadilan yang dituntut oleh Allah s.w.t. Perbuatan seumpama itu dengan sendirinya
mencemarkan Islam. Mereka bukan sahaja mengkhianati kepada rakyat secara
umumnya malah dengan rasuah itu mereka telah mengakibatkan agama Islam juga
tercela, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w.:

Pemberi dan penerima rasuah berada dalam neraka.

Untuk manusia yang beriman, hadis di atas amat menakutkan tetapi buat mereka yang
imannya sudah diselaputi oleh serakah duniawi sabda Rasulullah s.a.w. ini tidak
mencecahkan ke hati nuraninya. Rasulullah s.a.w. juga meramalkan bahawa akan datang
suatu zaman atas umat manusia di mana manusia menjadikan wang sebagai berhala
mereka. Perut-perut mereka menjadi tuhan-tuhan mereka. Perempuan-perempuan
menjadi kiblat mereka. Iman mereka sudah hilang kecuali namanya sahaja.

Rasulullah s.a.w. sendiri pernah ditawarkan perempuan cantik , jawatan tinggi dan harta
kekayaan oleh musyrikin Quraisy agar berhenti daripada berdakwah ke jalan Allah s.w.t.
Apa yang nabi s.a.w. jawab ialah seandainya kamu letakkan matahari di tangan kananku
dan bulan di tangan kiriku nescaya aku sekali-kali tidak akan berhenti daripada
menyampaikan ajaran tauhid tersebut. Demikianlah kentalnya iman rasulullah s.a.w.
untuk tidak terlibat dengan gejala rasuah yang menjijikkan itu.

SUMBANG MAHRAM
Dari segi bahasa perkataan sumbang mahram bererti kelakuan yang tidak mematuhi
adat. Berzina dengan orang yang tidak halal berkahwin (mengikut kamus dewan). Dari
segi istilah sumbang mahram hubungan seksual di antara sesama anggota keluarga iaitu
bapa dan anak perempuan, ibu dan anak lelaki, abang dan adik kandung, bapa dan anak
tiri, ataupun datuk dan cucu.
Punca Berlakunya Sumbang Mahram :
a. Gejala ini semestinya berpunca daripada kurangnya didikan agama dan kurang
penerapan serta mempraktikkan ajaran Islam dalam kehidupan individu dan institusi
kekeluargaan.
b. Peranan media cetak dan elektronik yang berpengaruh di tengah-tengah masyarakat
menawarkan kebebasan seks dan kerendahan moral. Keadaan seumpama ini
mengajak anak-anak muda kita untuk mencuba sesuatu yang baru tanpa mengira
mahram ataupun tidak.
c. Kurangnya penekanan dari segi pergaulan dan pemakaian di kalangan ahli keluarga
seperti memakai pakaian yang mengghairahkan dan bebas dari segi tindakan tanpa
mengira adat dan ajaran Islam
d. Tayangan video dan VCD lucah senang didapati di pasaran dan mereka dengan
mudah dapat menonton video-video dan VCD-VCD tersebut di rumah ketika ibu
bapa mereka sibuk bekerja dan mereka terdorong untuk mempraktikkan apa yang
mereka tonton tanpa mengira apa akibatnya.
e. Sikap dan perlakuan ibu bapa menjadi ganas kerana hilang pertimbangan dan
mempunyai maruah yang rendah menyebabkan mereka cenderung untuk mendera
anak-anak mereka. Kebanyakan daripada mereka terdiri daripada golongan yang
tidak berkemampuan untuk menahan dan menghadapi tekanan dan kekecewaan
serta bergelumang dengan berbagai-bagai dosa.

Kesan Sumbang Mahram : Terhadap Individu :


a. Ia akan merugikan individu itu sendiri iaitu perlu menanggung bebannya sendiri dan
memalukan diri sendiri.
b. Menanggung sendiri masalah dan dosa terhadap Allah s.w.t.
c. Akan menyebabkan dibenci oleh masyarakat dan keluarganya sendiri dengan
perbuatannya melakukan sumbang muhram.
d. Membawa keburukan dan kemudaratan kepada diri sendiri seperti dihinggapi
penyakit AIDS.
Kesan Sumbang Mahram Terhadap Masyarakat :
a. Akan dipandang hina oleh masyarakat dan akan dipandang serong oleh masyarakat itu
sendiri.
b. Masyarakat susah untuk menerima individu yang melakukan sumbang mahram.
c. Malu untuk berhadapan dengan masyarakat.
d. Rumahtangga akan menjadi porak-peranda.

Kesan Sumbang Mahram Terhadap Negara :


a. Imej negara akan terjejas kerana masalah gejala sosial semakin bertambah khususnya
sumbang mahram di kalangan masyarakat.
b. Menambah beban negara dari segi penubuhan pusat-pusat perlindungan terhadap
mangsa-mangsa sumbang mahram.
c. Masyarakat akan berpecah-belah dan akan menimbulkan masalah kepada negara.

Pandangan Islam Terhadap Sumbang Mahram :


a. Sumbang mahram amat dibenci oleh Allah s.w.t kerana ia menodai pertalian suci
kekeluargaan dan sekaligus mampu menjadi punca perpecahan keluarga umumnya serta
perbalahan umat Islam khasnya. Firman Allah s.w.tDan janganlah kamu menghampiri
zina. Allah s.w.t. telah menjelaskan dalam ayat tersebut bahawa Islam melarang
umatnya mendekati apa saja unsur perzinaan kerana jenayah sumbang mahram juga
merupakan salah satu daripada perzinaan dan ia boleh terjadi dengan berlakunya rogol,
zina, persetubuhan di antara yang mempunyai hubungan kandung atau bersaudara
(muhram). Ia biasanya boleh berlaku sama ada secara paksa, rela atau tidak disedari
oleh mangsa. Kebanyakan mangsa berlaku kepada golongan kanak-kanak bawah umur.
b. Ulamak berselisih dalam menentukan hukuman ke atas pesalah zina dengan mahram.
Ada di kalangan mereka menghukumkan pesalah jenayah ini dengan hukuman zina iaitu
rejam atau seratus kali sebatan berdasarkan status muhsan atau tidak.
c. Ada pendapat yang mengatakan mereka dihukum mati jika mahram itu ialah mahram
muabbad iaitu yang haram kahwin selamanya dan ada kalangan berpendapat pesalah
dihukum dengan hirabah iaitu bunuh jika ia desertakan dengan paksaan. Abdul Karim
Zaidan menyokong pendapat pesalah zina mahram (haram muabbad) dibunuh.

SIFAT PUTUS ASA, MALAS DAN TIDAK BERSUNGGUH-SUNGGUH


Sifat Putus Asa Dalam mengejar cita-cita untuk bahagia dan berjaya, biasanya kebanyakan
daripada kita akan menghadapi sedikit sebanyak rintangan dan halangan. Namun begitu,
ada juga segolongan yang terpaksa menghadapi rintangan dan halangan yang amat perit
dan tidak pernah putus-putus. Andai kata kita termasuk ke dalam golongan kedua itu,
jangan sekali-kali kita mudah hilang semangat, berpatah hati dan berputus asa.
Kita hendaklah menyedari bahawa kesemua rintangan dan halangan tersebut adalah dugaan
daripada Allah s.w.t. Semakin besar dugaan yang terpaksa ditempuh, semakin besarlah
ganjaran atau rahmat yang akan diterima Allah s.w.t kelak. Putus asa terhadap rahmat Allah
s.w.t adalah salah satu daripada dosa besar. Sifat putus asa adalah sebesar-besar lawan
kepada sifat sabar. Orang yang berputus asa ialah orang yang hilang kesabarannya. Apabila
jiwa telah diresapi sifat putus asa maka pudarlah cita-cita, keringlah pengharapan pada
rahmat Allah s.w.t., tiadalah lagi daya dan keinginan untuk terus berusaha dan berjuang.
Sifat lekas putus asa dalam menghadapi dugaan dan perjuangan memperbaiki hidup serta
cepat hilang kesabaran dan mengharapkan rahmat Allah s.w.t. samalah dengan mensia-
siakan amalan peribadatan dan perhambaaan kepadaNya. Firman Allah s.w.t. Dan
janganlah kamu putus asa dari rahmat Allah, sesungguhnya tiadalah yang berputus asa dari
rahmaat Allah melainkan kaum yang kafir.
(Surah Yusuf : 87)

Kita tidak perlu berputus asa jika kita sedar setiap rintangan dan halangan itu semua ujian
dari Allah s.w.t. Kita juga tidak perlu berputusa asa jika kita insaf bahawa rintangan dan
halangan yang menimpa kita itu merupakan pertanda-petanda sayang Allah s.w.t. terhadap
kita. Allah s.w.t. berfirman :



Dan bersabarlah menghadapi segala kesukaran dengan cekal
hati. Sesungguhnya Allah berserta dengan orang-orang yang sabar.
(Surah al-Anfal : 46)

Perjuangan dalam hidup mestilah teguh dan tetap dan hadapilah segala cabaran dengan
cekal sambil teguh mengingati Allah s.w.t. supaya kita sentiasa terus-menerus dalam
pemeliharaanNya serta mesti yakin sepenuhnya bahawa Allah s.w.t. tetap bersama kita.
Sebagaimana firman Allah s.w.t.



Maka janganlah kamu berpaling undur. (Surah al-Anfal : 15)

Perjuangan hidup kita akan dirahmati Allah s.w.t. selagi matlamatnya dalah untuk
kesejahteraan dunia dan akhirat sebagaimana firman Allah s.w.t



Tidak ada kesusahan yang menimpa melainkan dengan izin Allah dan sesiapa yang beriman
kepada Allah, Allah akan memberi petunjuk kepada dirinya. (Surah at-Taghabur:11)

MALAS
Sifat malas hampir sama dengan keadaan lemah jiwa dan sama-sama merupakan sumber
kegagalan dan kemunduran. Malas adalah sikap mental yang menunjukkan ketiadaan
ghairah dan semangat kerja.
Sebab Timbulnya Sifat Malas :
a. Lesu rohani kerana kuat bekerja.
b. Keadaan fizikal yang tidak normal.
c. Pengaruh persekitaran.
d. Kekurangan pendidikan.
e. Pengaruh keturunan.
Ciri-Ciri Malas :
a. Sikap lesu
b. Bersikap acuh tak acuh
c. Hilang kemahuan dan tenaga.

Kesan Buruk Sifat Malas :


a. Lumpuhnya semangat bekerja sehingga orang yang terkena penyakit malas tersebut
akan menjadi beban masyarakat. Dia hanya mahu dilayani orang tetapi tidak dapat
melayani orang lain.
b. Mengakibatkan kebodohan, kebekuan dan kemunduran.
c. Menimbulkan penderitaan zahir dan batin, hanya orang yang bersungguh-sungguh
dapat memenuhi kehendak hidupnya.
d. Terbuangnya waktu tanpa makna. Hari-hari dilalui dengan kehampaan, umur habis
tanpa jasa dan amal soleh. Tiada kesan dan tiada yang patut untuk dikenang selama
hayat dikandung badan.

Cara Mengatasi Sifat Malas :


a. Kesedaran akan bahaya sifat malas akan merugikan diri sendiri, keluarga, masyarakat
dan negara.
b. Kesedaran akan pentingnya waktu dan nilai hidup.
c. Sentiasa berpegang dengan ajaran Islam dan beristiqamah dalam sesuatu pekerjaan
yang dilakuakn.
d. Mempunyai sikap ingin maju dan berdaya saing.

SIKAP TIDAK BERSUNGGUH-SUNGGUH


Takrif Sikap tidak bersungguh-sungguh ialah melakukan sesuatu perkara dengan tidak
memberi perhatian dengan sepenuhnya atau dalam erti kata melakukan perkara dengan
sambil lewa.
Punca Sikap Tidak Bersungguh-Sungguh :
a. Mengambil mudah terhadap sesuatu perkara, seperti hanya melepaskan batuk di
tangga.
b. Tidak berminat di dalam melakukan sesuatu perkara serta tidak memberi tumpuan
dengan sepenuhnya.
c. Menghadapi tekanan perasaan dan gangguan emosi seperti mencampur-adukkan
masalah peribadi dengan perkara yang hendak dilakukan.
d. Malas, berlengah-lengah membuat sesuatu perkara (bertangguh-tangguh) dan melebihi
perkara yang tidak penting.
e. Memilih jalan yang salah terhadap sesuatu perkara serta cemburu atau dengki terhadap
kejayaan orang lain dan sebagainya.
Kesan Sikap Tidak Bersungguh-Sungguh :
a. Sesuatu pekerjaaan yang dilakukan tidak dapat diselesaikan dengan sempurna dan
tertangguh.
b. Hasrat tidak akan tercapai dan kejayaan tidak akan diperolehi kerana tidak berusaha
dengan bersungguh-sungguh.
c. Seseorang itu akan rugi dan tidak akan disenangi oleh masyarakat.
d. Akan ketinggalan dalam sesuatu perkara serta akan menghadapi tekanan perasaan dan
sebagainya.

Cara-Cara Mengatasi Sikap Tidak Bersungguh-Sungguh :


a. Melakukan sesuatu pekerjaan dengan sepenuh hati dan ikhlas.
b. Selalu berdoa dan melakukan ibadat kepada Allah s.w.t. supaya tidak ada sikap buruk
tersebut dan memperolehi keyakinan diri.
c. Sentiasa mendampingi orang yang bersungguh-sungguh dan baik seperti mencari
sahabat yang boleh membimbing dan memberikan semangat kepada seseorang.
d. Membuat atau menyelesaikan perkara yang mudah dahulu sebelum melakukan perkara
yang susuah dan sebagainya.

PENGUKUHAN DAN PEMANTAPAN AKHLAK


PENGENALAN
Manusia yang unggul adalah mereka yang memenuhi ciri-ciri individu Islam yang sebenarnya
menurut kehendak al-Quran dan as-Sunnah dalam seluruh aspek kehidupan. Bagi
mewujudkan manusia unggul, seseorang itu hendaklah memiliki ciri-ciri keunggulan iaitu
keimanan yang utuh, amal ibadat yang meliputi ibadat khususiah dan fardu kifayah serta
akhlak mulia yang merupakan cermin keimanan dan amal saleh.

PENGUKUHAN AKHLAK DENGAN IBADAT SOLAT, PUASA DAN AMALAN SUNAT


Ibadat Solat
Islam telah menyebut tentang kepentingan solat dalam berbagai-bagai segi. Antaranya ia
menjadi sebahagian sifat orang yang bertakwa yang menurut arahan kitab suci al-Quran.
Mereka yang memperlengkapkan dirinya dengan sifat-sifat yang terpuji itu mendapat
petunjuk daripada Allah s.w.t. dan seterusnya beroleh kejayaan.

Al Quran dari segi yang lain menerangkan solat memberi kesan terhadap pembersihan diri
dan mengawal daripada terjerumus ke dalam lembah kehinaan serta membersihkan
manusia daripada naluri-naluri yang tidak sihat. Sebagaimana firman Allah s.w.t;





Sesungguhnya manusia dijadikan dalam bertabiat resah-gelisah (lagi bakhil dan kedekut).
Apabila dia ditimpa kesusahan dia sangat resah gelisah dan apabila dia peroleh kesenangan
dia sangat bakhil kedekut kecuali orang-orang yang mengerjakan sembahyang.
(Surah al-Insan : 19 22)
Solat sangat memberi kesan dalam membentuk peribadi muslim kerana ia:
Mencegah dari fasad dan mungkar. Firman Allah s.w.t.

Dan dirikanlah solat (dengan tetap) sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan
yang keji dan mungkar. Dalam ayat tersebut perkataan fasya yang ditakrifkan oleh al-
Raghib al-Asfahan ialah sesuatu yang sangat keji sama ada dari segi perbuatan atau
perkataan seperti zina, mencuri dan minum arak. Manakala mungkar pula ialah sesuatu
yang diingkar daripada syarak.
(Surah al-Ankabut : 45)

Orang mukmin sahaja yang cintakan solat. Sebagaimana firman Allah s.w.t. menerangkan
terhadap orang munafik iaitu:

Sesungguhnya orang yang munafik itu menipu Allah dan Allah akan membalas tipuan
mereka dan apabila mereka berdiri untuk solat, mereka berdiri dengan malas. Mereka
bermaksud riak di hadapan manusia dan tidaklah mereka menyebut Allah kecuali sedikit
sekali. (Surah an-Nisak: 142 )

Solat itu dilakukan oleh orang yang berakal. Orang yang tidak berakal sama ada disebabkan
oleh gila atau mabuk adalah ditegah daripada melakukan solat. Firman Allah dalam surah
an-Nisak : 43

Wahai orang yang beriman janganlah kamu hampiri solat (mengerjakannya) sedang kamu
dalam keadaan mabuk. Ayat ini sekali pun turun sebelum diharamkan arak tetapi ia
menunjukkan bahawa orang yang mabuk ditegah daripada solat sekali pun disebabkan oleh
yang bukan arak.
(Surah an-Nisak : 43)
IBADAT PUASA

Puasa termasuk dalam ibadat yang mempunyai kesan yang kuat dalam membentuk akhlak
mulia. Natijah puasa dalam membentuk akhlak dan peribadi muslim adalah seperti berikut:

i. Puasa itu perisai. Puasa adalah pengawal yang menjaga seseorang daripada masuk ke
neraka. Oleh itu orang yang berpuasa hendaklah menjaga perbuatan dan perkataan yang
keji. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. menjelaskan bahawa puasa itu adalah pengawal
daripada neraka sebagaimana sabdanya yang bermaksud, Puasa itu adalah pengawal
daripada neraka jahanam sebagaimana perisai salah seorang daripada kamu dari
pembunuhan.

ii. Puasa merupakan alat yang terpenting bagi menjauhkan zina dan perkara-perkara yang
sehubungan dengannya. Islam menganjurkan cara bagi meredakan syahwat ialah dengan
berpuasa. Ini dapat menjauhkan diri dari melakukan perzinaan yang boleh merosakkan diri
dan masyarakat.

iii. Puasa itu ialah separuh kesabaran sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud,
Puasa itu adalah separuh kesabaran.

iv. Puasa mempunyai hubungan dengan amal kebajikan. Oleh itu pada bulan Ramadan
dikehendaki supaya membanyakkan lagi amalan kebajikan, maka akan penuhlah bulan itu
dengan amal kebajikan dan terhindarlah amalan sia-sia dan maksiat.

AMALAN-AMALAN SUNAT

Islam amat menggalakkan umatnya sentiasa melakukan amalan-amalan sunat dalam


kehidupan seharian kerana ia dapat mendekatkan hubungan manusia dengan Allah s.w.t.
dan hubungan manusia dengan manusia serta memberi kesan dalam membentuk akhlak
seseorang. Terdapat banyak amalan sunat yang dianjurkan Islam, di antaranya ialah:

i. Solat Sunat seperti Solat Tahajjud

Solat sunat yang dikerjakan di tengah malam yang hening-bening menjelang hampir terbit
fajar, disebut solat tahajjud atau solat malam. Menurut keterangan al-Quran dan as-Sunnah
serta pengalaman peribadi ahli-ahli tahajjud menunjukkan bahawa sungguh besar hikmat
dan nikmat yang dapat dipetik daripadanya. Di antaranya ialah:
Mengukuhkan keperibadian dan bertambah kuatnya mental dalam menghadapi
perjuangan hidup, sebagaimana firman Allah s.w.t. dalam surah al-Muzammil:5-7 yang
bermaksud: Kami akan memberi kepadamu perkataan yang berat , sesungguhnya bangun
sembahyanga di malam hari itulebih memperkuat (jiwa) dan lebih betul bacaannya,
sesungguhnya di siang hari engkau mempunyai kelebihan yang banyak.

Dapat menyihatkan jasmani. Apabila solat dilakukan, maka secara automatik bergeraklah
anggota tubuh di mana pergerakan itu mempengaruhi otot, otak, saraf dan perjalanan
darah. Pernafasan lebih dalam dan persediaan darah menjadi lebih lancar, suatu keadaan
yang membangun kesihatan.

Menimbulkan ketenangan jiwa; kerana tahajjud itu sendiri merupakan zikir dan doa yang
boleh merupakan salah satu cara untuk menenangkan jiwa, sebagaimana firman Allah s.w.t.
dalam surah ar-Radu: 28 yang bermaksud; Yang beriman dan tenteram hatinya lantaran
ingat kepada Allah, ketahuilah bahawa dengan zikir kepada Allah dapat mententeramkan
jiwa.

ii. Puasa Sunat

Suatu amalan yang menarik ahli-ahli ibadat ialah mengerjakan puasa sunat di samping
menunaikan puasa wajib di bulan Ramadan kerana puasa sunat memainkan peranan dalam
membentuk akhlak manusia, sesuai dengan hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh
Muslim, yang bermaksud; Jika kamu puasa maka jangan berkata keji dan marah dan jika
ada orang yang memaki atau mengajak berkelahi, hendaklah beritahu saya puasa. Maka jika
amalan dipatuhi sudah tentu suatu peningkatan akhlak yang juga akan diterapkan di luar
puasa.
Di antara puasa sunat yang digalakkan ialah:

Puasa enam hari dalam bulan Syawal


Puasa hari kesembilan dan kesepuluh bulan muharam
Puasa Syaaban
Puasa hari Isnin dan Khamis
Puasa selang hari.

iii. Zikir

Salah satu adab yang mendapat perhatian khusus dalam rangka taqarrub ialah zikir kepada
Allah s.w.t. dalam hati dan menyebut namanya pada lisan berdasarkan perintah Allah dalam
al-Quran sebagaimana firman Allah s.w.t.





.
Hai orang-orang yang beriman, berzikirlah kamu kepada Allah sebanyak-banyaknya dan
bertasbihlah olehmu pada tiap pagi dan petang.
(Surah al-Ahzab : 41 42)

Antara kelebihan berzikir ialah:

Menahan diri daripada kemungkaran dan tetap mempertahankan status kesucian dirinya.
Dapat mendekatkan diri dengan Allah s.w.t.
Dapat mententeramkan jiwa
Mendapat keampunan (maghfirah)

5.4.2 PENGUKUHAN DAN PEMANTAPAN AKHLAK


BERASASKAN HUBUNGAN SOSIAL IAITU MEMILIH RAKAN DAN PERSEKITARAN

Di dalam pengukuhan dan pemantapan akhlak berasaskan hubungan sosial didefinisikan


sebagai sistem sosial Islam ialah satu penggabungan manusia melalui ikatan undang-undang
rabbani untuk mencapai tujuan kemasyarakatan yang harmoni dan aman damai. Ini dapat
dilihat dari perkaitan di antara cara pemilihan rakan, suasana persekitaran dan peranan
kedua-duanya. Firman Allah:

Wahai manusia sesungguhnya kami menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan
seorang perempuan (iaitu Adam dan Hawa) dan Kami menjadikan kamu berbangsa-bangsa
dan bersuku-suku supaya kamu saling mengenali. Sesungguhnya orang yang paling mulia di
sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa.

(surah al-Hujurat:15)

PERANAN RAKAN DAN PERSEKITARAN

Rakan

Rakan atau sahabat mempunyai pengaruh yang kuat terhadap personaliti dan tingkah laku
individu. Ini kerana remaja akan terikut-ikut dengan perlakuan rakan sebaya yang rapat
dengannya. Oleh itu, dalam hal ini seseorang remaja perlu bijak memilih rakan sebaya yang
boleh dipercayai dan mempunyai tingkah laku yang positif agar mereka terhindar daripada
gejala yang tidak bermoral. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud, Sebaik-baik manusia,
yang boleh memberi manfaat kepada manusia.

Remaja biasanya lebih banyak meluangkan masa bersama-sama rakan-rakan sebaya


berbanding dengan keluarga mereka sendiri. Di samping itu, rakan sebaya juga merupakan
tempat di mana remaja selalu menceritakan masalah serta mendapat sokongan sosial dan
keselamatan.

Rakan sebaya dapat mempengaruhi seseorang secara positif dengan memberi khidmat,
sokongan dan peluang untuk membincangkan pandangan-pandangan yang bertentangan.
Pengaruh kuat kumpulan rakan sebaya ke atas remaja boleh digunakan secara konstuktif
untuk membentuk tingkah laku positif. Firman Allah s.w.t. dalam surah at-Taubah: 119 yang
bermaksud, Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan jadilah kamu
bersama-sama orang yang jujur dan setia.

Keluarga

Menyediakan semua keperluan asas seperti tempat tinggal, makanan, pakaian, perubatan
mengikut kemampuan masing-masing.
Memberi pendidikan yang sempurna kepada ahli keluarga dengan ilmu fardu ain dan fardu
kifayah agar terbentuk sebuah keluarga yang saleh dan bahagia.
Menjaga tingkah laku dan perbuatan ahli keluarga supaya tidak melakukan perkara yang
ditegah oleh syarak dan tidak bermoral.
Memastikan semua ahli keluarga mengamalkan akhlak-akhlak mulia berpandukan ajaran
Islam dengan masyarakat sekeliling.
Memastikan semua ahli keluarga mengerjakan ibadah kepada Allah s.w.t dengan sempurna
seperti solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadan, membayar zakat dan sebagainya.
Sebagaimana firman Allah s.w.t dalam surah at-Tahrim: 6 yang bermaksud: Wahai orang-
orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu daripada api neraka ...

Masyarakat

Memelihara keamanan dan kesejahteraan hidup dalam masyarakat agar wujud sebuah
masyarakat yang aman damai.
Mencegah perbuatan-perbuatan yang mungkar dan tidak baik daripada berlaku dalam
masyarakat.
Menyeru dan menyuruh anggota masyarakat melakukan perkara-perkara kebajikan dan
meninggalkan perkara-perkara yang ditegah oleh Islam.
KESIMPULAN

Secara keseluruhannya pengukuhan dan pemantapan akhlak berasaskan hubungan sosial


dalam pemilihan rakan-rakan dan persekitaran serta peranannya menjadikan seseorang itu
dapat mempertingkatkan lagi keimanan kepada Allah s.w.t. serta dapat mengukuhkan
akhlak seseorang. Sebagaimana firman Allah s.w.t. dalam surah al-Maidah : 2 yang
bermaksud, Dan tolong-menolonglah kamu dalam mengerjakan kebajikan takwa, dan
janganlah tolong-menolong dalam membuat dosa dan permusuhan dan bertakwalah
kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksanya.
AKTIVITI 5D

Pilih jawapan yang betul.

5.11 Perkara-perkara yang boleh mempengaruhi akhlak mahmudah seseorang ialah


A. Ujub ketika melakukan ibadah
B. Memberi jawapan kepada rakan ketika peperiksaan.
C. Bersedekah di hadapan rakan-rakan sahaja.
D. Berzikir di dalam hati semasa di dalam kesusahan.

5.12 Pilih kenyataan yang SESUAI tentang solat Tahajjud


A. dilakukan ketika matahari naik
B. dilakukan untuk menguatkan jiwa, emosi dan mental.
C. dilakukan dalam bulan ramadan sahaja.
D. tidak boleh dilakukan secara berjemaah

5.13 Masyarakat yang harmoni ialah:


A. Masyarakat yang tidak mengambil tahu urusan orang lain.
B. Masyarakat yang menganjurkan pesta-pesta yang tidak bermoral.
C. Masyarakat yang mementingkan material.
D. Masyarakat yang amar makruf nahi mungkar.

5.14 Nyatakan dua hikmah zikir.

i. .............................................................................................................

ii. ..............................................................................................................
MAKLUMBALAS AKTIVITI 5D

JAWAPAN

5.11 D

5.12 B

5.13 D

5.14 Dua hikmah zikir ialah :


Menahan diri daripada kemungkaran dan tetap mempertahankanstatus kesucian dirinya.
Dapat mendekatkan diri dengan Allah s.w.t.
Dapat mententeramkan jiwa.
Mendapat keampunan (maghfirah).
FAKTA KUNCI

FAKTA KUNCI

1. Akhlak adalah satu keadaan diri yang semulajadi melahirkan tingkahlaku secara langsung
tanpa memerlukan pemikiran dan pengertian. Allah s.w.t. telah mencipta perasaan
semulajadi ini dalam diri manusia.

2. Akhlak mahmudah ialah perbuatan terpuji menurut pandangan akal dan syariat Islam.
Akhlak mahmudah ini ialah sifat Rasulullah s.a.w. dan amalan utama penganut Islam sejati.
Di antara contoh-contoh akhlak mahmudah ialah takwa, sabar, berani, pemaaf, ikhlas,
zuhud, dan lain-lain lagi.

3. Akhlak Mazmumah ialah perbuatan tercela menurut pandangan akal dan syariat Islam.
Akhlak mazmumah ini bukan sifat Rasulullah s.a.w. dan amalan utama penganut Islam sejati
serta sifat-sifat yang bercanggah dengan ajaran al-Quran dan as-Sunnah. Contoh-contoh
akhlak mazmumah ialah dengki, fitnah, hasad, bertengkar, mengumpat, bakhil, khianat,
sombong, ujub, riyak dan lain-lain lagi.

4 Pelanggaran akhlak di dalam kehidupan umat Islam boleh berlaku melalui berbagai-bagai
perbuatan seperti amalan rasuah, sumbang mahram, sifat malas, tidak bersungguh-sungguh
dan putus asa.

a. Rasuah ialah sesuatu yang diberikan kepada seseorang yang mempunyai kekuasaan
jawatan untuk memenangkan kesnya dengan menewaskan lawan-lawannya.
b Sumbang mahram hubungan seksual di antara sesama anggota keluarga iaitu bapa dan
anak perempuan, ibu dan anak lelaki, abang dan adik kandung, bapa dan anak tiri, ataupun
datuk dan cucu.
.
c. Sifat putus asa adalah sebesar-besar lawan kepada sifat sabar. Orang yang berputus asa
ialah orang yang hilang kesabarannya dalam menghadapi cubaan dan ujian kehidupan,
pudar cita-cita dan pengharapan pada rahmat Allah swt.dan tiada lagi daya dan keinginan
untuk terus berusaha dan berjuang.

e. Sifat malas adalah sikap mental yang menunjukkan ketiadaan ghairah dan semangat
untuk melakukan sesuatu perkara atau kerja. Ia hampir sama dengan keadaan lemah jiwa
dan merupakan sumber kegagalan dan kemunduran.

5. Pengukuhan dan pemantapan akhlak seseorang muslim boleh dicapai sekiranya


seseorang itu memiliki keimanan yang utuh, amal ibadat yang meliputi ibadat khususiah dan
fardu kifayah serta akhlak mulia yang merupakan cermin keimanan dan amal saleh. Di
antara perkara atau perbuatan yang beleh mengukuhkan akhlak seseorang ialah:
a. Melakukan solat sama ada solat fardu ataupun solat-solat sunat. Solat menberi kesan
terhadap pembersihan diri dan mengawal daripada terjerumus ke dalam lembah kehinaan
serta membersihkan manusia daripada naluri-naluri yang tidak sihat

b. Berpuasa sama ada puasa yang difardukan ataupun puasa sunat. Berpuasa akan
melahirkan insan yang bersifat sabar, amanah dan ikhlas, dapat mengawal seseorang
melakukan perkara-perkara keji, meredakan nafsu syahwat, menginsafi kesusahan fakir
miskin dan lain-lain lagi.

c. Melakukan amalan-amalan sunat kerana ia akan mendekatkan hubungan manusia dengan


Allah swt. dan hubungan manusia dengan manusia seperti solat sunat tahajjud, solat sunat
awwabin, puasa sunat pada hari-hari yang tertentu, berzikir, membaca al quran,
bersedekah, membantu orang yang memerlukan, dan lain-lain lagi.

d. Melalui pemilihan rakan-rakan dan persekitaran. Rakan atau sahabat yang baik serta
persekitaran yang baik dapat mewujudkan individu yang baik seterusnya melahirkan
masyarakat yang beriman dan bertakwa serta berakhlak mulia.
PENILAIAN KENDIRI unit 5

1. Nyatakan empat prinsip utama akhlak yang menjadi asas manusia bagi
melahirkan akhlak terpuji mengikut pandangan Imam Ghazali.

_______________________________________________________________

_______________________________________________________________

_______________________________________________________________

_______________________________________________________________

2. Hasad adalah salah satu sifat mazmumah. Terangkan dua contoh hasad yang
diharuskan dalam Islam.

______________________________________________________________

______________________________________________________________

3. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud Pemberi dan penerima rasuah


berada di dalam neraka. Huraikan hadis tersebut mengikut pandangan anda.

4. Ibadat solat dan puasa sangat memberi kesan dalam membentuk dan
mengukuhkan peribadi muslim. Jelaskan kesan ibadat-ibadat tersebut dalam
membentuk akhlak mulia.
PENILAIAN KENDIRI

1. Empat prinsip utama akhlak yang menjadi asas manusia bagi melahirkan akhlak
terpuji mengikut pandangan Imam Ghazali ialah:

a. Hikmah ( Kebijaksanaan)
Iaitu satu keadaan dalam diri iaitu kekuatan akal yang membolehkannya secara semulajadi
membezakan di antara baik dan buruk dalam semua perbuatan ikhtiariyah ( perbuatan yang
lahir dengan pilihan manusia sendiri). Daripada sifat ini akan melahirkan sifat baik hati,
cerdik, bersangka baik dan pertimbangan baik.

b. Adil
Ia adalah kekuatan jiwa yang dapat meletakkan perasaan dan nafsunya
mengikut kesesuaian keadaan berlandaskan pertimbangan akal dan
syariat.

c. Syajaah
Ia adalah keupayaan diri yang dapat mengawal perasaan marah atau mengikut apa yang
dituntut oleh akal dan syarak. Pemarah, berani, bermujahadah dengan nafsu, menanggung
penderitaan, lemah-lembut dan tetap pendirian.

d. Iffah
Ia adalah keupayaan diri yang dapat mendidik keinginan nafsu syahwat agar tunduk kepada
kemahuan akal dan syariat. Pemurah, malu, sabar, pemaaf ,menolong, peramah dan kurang
mengharap dari orang lain.

2. Dua contoh hasad yang diharuskan dalam Islam ialah:

i. Hasad kepada orang kaya yang pemurah. Dengan adanya perasaan hasad seperti ini,
seseorang itu akan timbul pula hasrat atau azam dalam jiwanya bahawa kalau dia kaya
seperti orang itu, dia sendiri pun akan berbuat demikian.
ii. Hasad kepada orang yang berilmu pengetahuan. Perbuatan hasad seperti ini dibolehkan
dalam agama kerana ia akan menimbulkan suatu azam menuntut ilmu pengetahuan.

3. Islam adalah satu agama menolak dan mengharamkan amalan rasuah. Membenteras
gejala rasuah dalam masyarakat adalah satu jihad sosial yang sangat utama demi keadilan
yang dituntut oleh Allah s.w.t. Perbuatan seumpama itu dengan sendirinya mencemarkan
Islam. Mereka bukan sahaja mengkhianati kepada rakyat secara umumnya malah dengan
rasuah itu mereka telah mengakibatkan agama Islam juga tercela.

4. Kesan ibadat solat dan puasa dalam membentuk akhlak mulia ialah:

Ibadat solat dan puasa dapat mencegah seseorang daripada melakukan perkara yang fasad
dan mungkar.
Kedua ibadat tersebut dapat melahirkan manusia yang bertakwa kepada Allah s.w.t.
Ianya juga dapat memberi ketenangan jiwa.
Dapat melahirkan manusia yang sabar.

MUQADIMAH: AL-QURAN / HADIS

HADIS 40 TENTANG PERISTIWA AKHIR ZAMAN INI DIPETIK DARI BUKU YANG TELAH DI
SUSUN OLEH ABU ALI AL BANJARI AN NADWI (AHMAD FAHMI ZAMZAM)

10. SIFAT AMANAH AKAN HILANG SEDIKIT DEMI SEDIKIT

Ertinya:
Daripada Huzaifah bin AI-Yaman r.a. katanya, "Rasulullah saw. pernah memberitahu kami
dua buah hadis (mengenai dua kejadian yang akan berlaku). Yang pertama sudah saya lihat
sedang yang kedua saya menanti-nantikannya. Rasulullah saw. memberitahu bahawasanya
amanat itu turun ke dalam lubuk hati orang-orang yang tertentu. Kemudian turunlah al-
Quran. Maka orang-orang itu lalu mengetahuinya melalui panduan al-Quran dan
mengetahuinya melalui panduan as-Sunnah. Selanjutnya Rasulullah saw. menceritakan
kepada kami tentang hilangnya amanah, Ialu beliau bersabda, "Seseorang itu tidur sekali
tidur, lalu diambillah amanah itu dari dalam hatinya, kemudian tertinggallah bekasnya
seperti bekas yang ringan sahaja. Kemudian ia tertidur pula, lalu diambillah amanah itu dari
dalam hatinya, maka tinggallah bekasnya seperti lepuh di tangan (mengelembung di tangan
dari bekas bekerja berat seperti menggunakan kapak atau cangkul). Jadi seperti bara api
yang kau gillingkan dengan kaki mu, kemudian mengelembunglah ia dan engkau melihat ia
meninggi, padahal tidak ada apa-apa". Ketika Rasulullah saw. menceritakan hadis ini beliau
mengambil sebiji batu kecil (batu kerikil) Ialu menggilingkannya dengan kakinya.

"Kemudian berpagi-pagi (jadiIah) orang ramai berjual beli, maka hampir sahaja tiada ada
seorang juga pun yang suka menunaikan amanah, sampai dikatakan orang bahawasanya di
kalangan Bani Fulan (di kampung yang tertentu) itu ada seorang yang sangat baik
memegang amanah, sangat terpercaya dan orang ramai mengatakan, "Alangkah tekunnya
dalam bekerja, alangkah indahnya pekerjaannya, alangkah pula cerdik otaknya. Padahal di
dalam hatinya sudah tiada lagi keimanan sekali pun hanya seberat timbangan biji sawi."

"Maka sesungguhnya telah sampai masanya saya pun tidak memperdulikan manakah di
antara kamu semua yang saya hendak bermubayaah (berjual beli). Jikalau ia seorang Islam,
maka agamanyalah yang akan mengembalikan kepada ku (maksudnya agamanyalah yang
dapat menahannya dari khianat). Dan jikalau ia seorang Nashrani atau Yahudi, maka pihak
yang bertugaslah yang akan menggembalikannya kepada ku (maksudnya jika dia seorang
Nashrani atau Yahudi maka orang yang memegang kekuasaan / pemerintahlah yang dapat
menbantu aku untuk mendapatkan semua hak-hak ku daripadanya.) Ada pun pada hari ini
maka saya tidak pernah berjual beli dengan kamu semua kecuali dengan Fulan dan Fulan
(orang-orang tertentu sahaja)".

H.R. Bukhari Muslim


Keterangan

Hadis ini menunjukkan bahawa sifat amanah akan hilang secara beransur-ansur dan
bilangan kaum Muslimin, sehinggalah sampai suatu saat nanti orang yang dianggap baik
untuk menjaga amanat pun telah khianat pula.

Begitulah gambaran masyarakat kita hari ini. Ramai daripada kita terpedaya oleh seseorang
yang pada zahirnya boleh memikul amanah, tetapi sebenarnya ia juga telah berlaku curang.

PENGERTIAN

Menurut bahasa:
Perkataan akhlak berasal daripada al-akhlak ( ) iaitu jama daripada perkataan al-khulq
( ) bererti tabiat kelakuan, perangai, tingkah laku, maruah dan adab kebiasaan. Malah ia
juga bererti agama itu sendiri. Perkataan al-khulq ini di dalam Al-Quran hanya terdapat pada
dua tempat sahaja, antaranya dalam firman Allah s.w.t:

Maksudnya: Dan sesungguhnya engkau (Muhammad) benar-benar berbudi pekerti yang


agung.
(Al-Qalam 64: 4)
Sementara perkataan al-khulq bererti kejadian, ciptaan, bermaksud kejadian yang
indah dan baik. Apabila dirujuk kepada manusia, ia bermaksud struktur tubuh badan yang
indah dan seimbang. Jika dirujuk kepada alam semesta, ia juga membawa erti kejadian atau
ciptaan yang indah, seimbang, disusun rapi menurut peraturan dan undang-undang yang
tepat. Didalam Al-Quran terdapat 52 perkataan al-khulq merujuk kepada kejadian manusia,
alam sejagat dan lain-lain.

Firman Allah s.w.t:

Maksudnya: Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam
dan siang, bahtera yang belayar di laut membawa apa yang berguna bagi manusia dan apa
yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu dia menghidupkan bumi
sesudah mati (kering) dan Dia sebarkan bumi itu segala jenis haiwan dan pengisaran angin
dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi. Sungguh (terdapat) tanda-tanda
(kekuasaan dan kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkannya.
(Al-Baqarah: 164)

Firman Allah s.w.t:

Maksudnya: (Iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri dan duduk atau
dalam keadaan baring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (lantas
berkata); Ya Tuhan kami tidaklah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau
maka peliharalah kami dari siksa neraka.
(Ali-Imran 3: 190-191)

Menurut Istilah:
Sifat yang tertanam di dalam diri iaitu yang dapat mengeluarkan sesuatu perbuatan dengan
senang dan mudah tanpa pemikiran, penilitian dan paksaan.

SKOP DAN RUANG LINGKUP AKHLAK DALAM ISLAM

Dalam hidup ini ada dua nilai yang menentukan perbuatan manusia iaitu nilai baik
dan buruk (good and bad), betul dan salah (true and false). Penilaian ini berlaku dalam
semua kehidupan manusia. Apakah yang dimaksudkan dengan baik dan buruk, betul dan
salah dan palsu? Persoalan inilah yang dijawab oleh ilmu akhlak.

Matlamat hidup manusia berbeza antara individu dengan individu lain. Ada yang
mencari pangkat, kebesaran dan kekuasaan. Ada yang mencari kemasyhuran dan nama. Ada
juga yang berusaha mencari pengetahuan dan ada pula golongan yang memandang remeh
terhadap kehidupan tersebut, sebaliknya bersifat zuhud dalam kehidupan dunia, memadai
dengan cara hidup yang sederhana. Mereka lebih mementingkan peningkatan rohaniah
dengan mementingkan persoalan hidup akhirat.
Perbezaan pandangan inilah yan menyebabkan timbulnya beberapa aliran dalam
memahami akhlak. Semua pandangan ini apabila diteliti dengan saksama, tidak dapat kita
jadikan sebagai matlamat terakhir atau tertinggi yang seharusnya dicapai oleh manusia.
Oleh itu, disebalik pandangan atau perbezaan tersebut ada sesuatu matlamat yang hakiki
dan wajib dituntut manusia. Itulah yang menjadi ukuran tepat dalam meneliti tindak tanduk
dan perbuatan manusia. Apabila sesuatu pelaku atau perbuatan itu selaras dengan ukuran
tersebut, itulah yang dikatakan buruk atau jahat dan sebagainya.

Persoalanpersoalan inilah yang menjadi skop perbahasan ilmu akhlak, iaitu ilmu
yang menerangkan pengertian baik dan buruk, dan juga menerangkan sesuatu yang
sepatutnya dilakukan seseorang dalam perjalanan hidup ini. Ilmu ini juga menerangkan
matlamat yang seharusnya dilalui untuk melaksanakan sesuatu dalam hidup ini.

Jelaslah bahawa fungsi akhlak ialah mengkaji dan meneliti aspek perilaku dan
perbuatan manusia. Ia meneliti dari segi baik atau buruknya perbuatan itu, apa yang patut
dan apa yang tidak patut dilakukan oleh seseorang. Semua yang berlaku pada manusia
bersifat tidak iradi (bukan dengan ikhtiar) seperti pernafasan, detik jantung dan sebagainya
tidak termasuk dalam skop perbahasan ilmu akhlak. Jadi tidak bolehlah diberi nilai atau
hukuman ke atas kejadian itu sebagai baik atau buruk.

Segala tindakan yang dilakukan secara sedar dengan ikhtiar samada hubungan
dengan Allah, hubungan sesama manusia, hubungan dengan alam sekitar, hubungan
dengan diri sendiri semuanya mengandungi nilai akhlak. Segala tindakan manusia baik
berupa peribadi mahupun sosial, ekonomi, politik, kebudayaan dan sebagainya yang
mengandungi nilai akhlak yang diambil kira dan dipertanggungjawabkan kepada setiap
mereka yang terlibat di dalamnya. Nilai akhlak yang buruk akan diberi balasan seksa.

Jadi, bidang akhlak ini hanya meliputi perilaku perbuatan dan tindakan manusia yang
dilakukan dalam lingkungan dan suasana berikut:

1) Dilakukan dengan sedar dan sihat.


2) Dilakukan dengan ikhtiar sendiri.
3) Melakukannya dengan sengaja, tidak dalam keadaan lupa atau bersalah.

PERBEZAAN ANTARA AKHLAK DAN MORAL

Menurut istilah moral berasal daripada perkataan Latin: moralis atau mores iaitu
jama daripada perkataan mos yang bererti kebiasaan iaitu perbuatan, budi pekerti atau
perangai. Dictionary of education menjelaskan moral ialah satu istilah yang digunakan untuk
menentukan batas-batas dan sifat, perangai, kehendak, pendapat atau perbuatan yang
secara layak dapat dikatakan benar, salah, baik atau buruk.
Manakala perkataan etika pula berasal daripada perkataan yunani: ethikos daripada
ethos yang membawa juga erti adab dan kebiasaan, perangai dan sebagainya. Kedua-dua
istilah ini adalah bermaksud tatasusila, peraturan-peraturan atau norma-norma yang
mengukur tentang baik buruknya, salah atau betulnya sesuatu perbuatan manusia. Ia
merupakan tindakan lahiriah manusia dalam hubungan sesama manusia berdasarkan
pemikiran pandangan umum dalam sesuatu kumpulan, masyarakat, pada sesuatu masa dan
tempat yang tertentu. Nilai-nilainya bersifat relatif, subjektif dan temporal. Oleh itu, ia
mungkin berubah mengikut sesuatu lingkungan pemikiran, suasana dan tempat.

Secara harfiahnya, kedua-dua istilah tersebut dapatlah disamakan dengan istilah


akhlak dari bahasa Arab yang membawa erti perangai, tingkahlaku, perilaku, tatasusila dan
budi pekerti.

Islam sebagai agama yang syumul, komprehensif dan sempurna menjadikan akhlak
sebagai satu cabang asasi dalam program hidup individu malah ia merupakan tuntutan wajib
bagi setiap orang.

Ilmu akhlak berusaha membina memupuk rohaniah manusia, membina insaniah,


membentuk tingkahlaku dan mengarah individu kea rah kebaikan dan ketinggian di samping
mengingatkan bahaya-bahaya keburukan dan kejahatan supaya masing-masing berusaha
menjauhkan diri daripada terjebak ke lembah pengaruh sifat-sifat negatif.

Oleh kerana akhlak ini menyentuh tentang tingkahlaku manusia, tentang ketinggian
budi dan rohaniah, ia dinamakan sebagai ilmu Al-Suluk (ilmu tingkahlaku), Ilmu Hikmah
dan Ilmu Tahdhib Al-Akhlak (Ilmu pencarian akhlak). Jika ilmu ini dihubungkan dengan
agama, tidak menjadi halangan kita namakannya sebagai Ilmu Aqliyy.

Untuk mencapai cita-cita pembinaan akhlak dan rohaniah manusia, Islam telah
menggariskan beberapa prinsip utama antara lain:

Beriman kepada Allah


Membenarkan risalah Muhammadiah dan mengamalkannya serta menjadikannya
uswah hasanah.
Membenarkan Al-Quranul dan As-Sunnah beserta dengan mengamalkan kedua-
duanya dan berakhlak dengan perintah dan arahan kedua-duanya.
Niat yang baik dan benar dalam melaksanakan tingkahlaku baik.
Sentiasa prihatin terhadap hukum halal haram.
Berusaha mencari ilmu yang bermanfaat.
Keadilan syara.
Beriman dengan hari kebangkitan dan hari kiamat.

Demikianlah beberapa prinsip utama yang wajib dijadikan tempat berpijak bagi
seseorang Muslim dalam kehidupan ini. Prinsip-prinsip tersebut jelas kepada kita
merangkumi semua aspek rohaniah dan jasmaniah yang bersifat mutlak dan tepat
penilainya. Oleh itu bagi mencapai akhlak yang mulia dan diredhai Allah, seseorang itu wajib
berpegang dan beramal dengan prisip-prinsip tersebut. Apa yang penting bagi seseorang itu
ialah sentiasa berhati-hati dalam menjalani kehidupan dengan mengarahkan pemikiran,
pandangan dan amalan ke arah yang positif sesuai dengan prinsip-prinsip tersebut dan
sedaya mungkin hendaklah menghindarkan diri daripada sifat-sifat atau gejala negatif.

Sekarang dapat dilihat persamaan antara ilmu akhlak, moral dan etika iaitu menentukan
hukum atau nilai perbuatan manusia dengan keputusan baik atau buruk. Perbezaannya pula
terletak pada ukuran ajaran Al-Quran dan As-Sunnah, etika dengan pertimbangan akal
fikiran dan moral dengan adab kebiasaan yang umum dalam masyarakat.

AKHLAK YANG AGUNG

Bagi seorang Muslim, akhlak yang terbaik ialah seperti yang terdapat pada Nabi
Muhammad S.A.W kerana sifat-sifat dan perangai yang terdapat pada dirinya itu adalah
sifat-sifat terpuji dan merupakan uswah hasanah, iaitu contoh tauladan yang terbaik bagi
seluruh kaum muslimin. Allah s.w.t sendiri memuji akhlak junjungan kita di dalam Al-Quran
sebagaimana firman-Nya:

Maksudnya: Dan sesungguhnya Engkau (Muhammad) benar-benar berakhlak yang


agung.
(Al-Qalam 64: 4)
Dasar akhlak Islamiah yang terkandung dalam risalah yang dibawa oleh Rasulullah
S.A.W. Risalah ini bersumberkan Al-Quran dan As-Sunnah yang dimanifestasikan oleh cara
hidup dan perbuatan Rasulullah sendiri. Perilaku dan cara hidup Rasulullah itu adalah
menjadi ikutan dan contoh teladan untuk kesempurnaan hidup manusia baik dari segi
jasmani ataupun rohani.

Untuk mencapai tahap kesempurnaan peribadi yang mulia itu, Allah telah
membekalkan manusia dengan persediaan semulajadi itu pelbagai naluri dan akal fikiran
serta dihiasi pula pelbagai ilmu pengetahuan yang boleh menjadi pedoman hidup demi
kepentingan pembinaan tamadun di muka bumi ini. Oleh kerana kelemahan akal dan
keterbatasannya dalam menjangkau segala aspek alam, baik alam realiti mahupun alam
ghaib. Allah menurunkan wahyu-Nya sebagai hidayah mutlak untuk digunakan manusia
dalam membina kehidupan dan tamadun yang serasi dengan nilai-nilai akhlak mulia. Di
sinilah terletaknya peranan risalah yang dibawa oleh Islam melalui Nabi Muhammad S.A.W
bertujuan untuk membentuk suatu dasar akhlak yang mulia dan bersifat mutlak untuk
keperluan hidup seluruh manusia.

KESYUMULAN AKHLAK ISLAM


Ciri khas akhlak Islam ialah kelengkapannya dan luas bidangnya meliputi semua aspek
perbuatan manusia samada mengenai dirinya, orang lain atau orang perseorangan atau
kemasyarakatan dan kenegaraan. Tidak ada suatu perbuatan manusia yang terkeluar dan
tidak diatur oleh peraturan akhlak dalam Islam.

Kesyumulan akhlak Islamiyyah ialah ia tidak terpisah dengan semua bidang-bidang


kehidupan manusia. Ia merupakan suatu neraca terhadap seluruh tindak-tanduk manusia.
Akhlak Islamiyyah tidak mengakui sebarang pemecahan di dalam menetapkan penilaian ini.

Asas keimanan kepada Allah ialah sendi-sendi Islam, manakala asas akhlak terbina di
sekitar usaha dan amal untuk memenuhi segala tuntutan yang terkandung dalam sendi-
sendi tersebut. Jelas di sini binaan akhlak yang mulia sebenarnya hanya dapat tegak di atas
asas akidah yang sah dan syumul. Sedangkan sesuatu perbuatan yang pada zahirnya
dianggap sebagai akhlak yang mulia tidak dapat teguh dan kekal sekiranya tidak ditegakkan
atas dasar akidah.

Besarnya kedudukan akhlak Islam hinggakan hadith-hadith Rasulullah merumuskan


akhlak sebagai:
Sesungguhnya aku dibangkitkan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia

Sesungguhnya orang yang paling baik akhlaknya adalah orang yang paling baik Deennya

Wahai Rasulullah S.A.W. apakah Deen itu? Baginda menjawab: Akhlak yang baik.

CIRI-CIRI AKHLAK ISLAMIYYAH

Antara ciri-ciri akhlak Islamiyyah ialah:

Bersifat mutlak dan menyeluruh


Akhlak Islamiyyah bersifat mutlak, tidak boleh dipinda dan diubah suai, dikenakan kepada
seluruh individu tanpa mengira keturunan, warna kulit, pangkat, tempat dan masa.

Melengkapkan dan kesempurnaan tuntutan


Ditinjau dari sudut kejadian manusia yang dibekalkan dengan pelbagai naluri, akhlak
Islamiah adalah merangkumi semua aspek kemanusiaan, rohaniah, jasmaniah dan aqliah,
sesuai dengan semua tuntutan dalam usaha mengawal sifat-sifat tercela (mazmumah) untuk
kesempurnaan insan, bukan untuk menyekat kebebasan peribadi seseorang.

Bersifat sederhana dan seimbang


Tuntutan akhlak dalam Islam adalah sederhana, tidak membebankan sehingga menjadi pasif
dan tidak pula membiarkan sehingga menimbulkan bahaya dan kerosakan.

Mencakupi suruhan dan larangan


Bagi kebaikan manusia, pelaksanaan akhlak Islamiyyah meliputi suruhan dan larangan
dengan tidak mengutamakan dan mengabaikan mana-mana aspek tersebut.

Bersih dalam pelaksanaan


Untuk mencapai kebaikan akhlak Islamiyyah memerintah supaya cara dan method
pelaksanaan suatu perbuatan dan tindakan itu hendaklah dengan cara yang baik dan saluran
yang benar yang telah ditetapkan oleh akhlak Islamiyyah. Ertinya untuk mencapai sesuatu
matlamat mestilah menurut tatacara Islam. Islam tidak menerima falsafah matlamat
menghalalkan cara.

Keseimbangan
Akhlak dalam Islam membawa keseimbangan bagi tuntutan-tuntutan realiti hidup antara
rohaniah dan jasmani serta aqliah dan antara kehidupan akhirat sesuai dengan tabiI
manusia itu sendiri.

PEMBENTUKAN AKHLAK MENURUT ISLAM

Akhlak dapat dibentuk dengan baik sekiranya kita benar-benar mengikut lunas-lunas
yang disyariatkan oleh Allah dan RasulNya. Akhlak yang dibentuk atas dasar kesedaran dan
hidayah Allah mampu dimiliki setiap manusia yang mahu dirinya digelar hamba.

Antara jalan yang terbaik untuk membentuk akhlak yang mulia ialah:

Ilmu pengetahuan
Setiap mumin perlu mempelajari apakah akhlak yang terpuji (mahmudah) dan apakah yang
dikeji (mazmumah). Al-Quran telah menggariskan akhlak utama yang mesti dihayati oleh
setiap mumin. Sunnah Rasulullah pula telah memperincikannya serta menterjemahkannya
ke dalam realiti kehidupan yang sebenar.

Menyedari kepentingan akhlak yang diamalkan


Akhlak adalah cermin bagi individu itu sendiri malah daya tarikan Islam juga bergantung
kepada akhlak yang baik.

Keazaman yang tinggi


Melalui azam yang kuat sahaja jiwa dapat diperkukuhkan untuk benar-benar menghayati
sifat-sifat yang mulia.

Ibadah yang kuat dan ikhlas


Ketekunan dan keikhlasan melakukan ibadah mampu menangkis serangan mazmumah
terutama bisikan nafsu.

Bergaul dengan orang yang baik akhlak


Pergaulan boleh mempengaruhi diri untuk berubah. Ini kerana manusia cepat meniru orang
lain. Dalam masa yang sama perlu menjauhi orang yang melakukan maksiat dalam erti kata
uzlah syuuriah (pengasingan jiwa) yang mana kita tetap meneruskan untuk membawa
mereka kembali ke jalan yang benar.

Membiasakan diri dengan kebaikan


Menggantikan akhlak mazmumah dengan akhlak mahmudah serta sentiasa
membiasakannya agar ia dapat kekal dan bersemadi dalam jiwa.

Sentiasa berlapang dada untuk menerima nasihat.


Kadangkala seseorang itu tidak menyedari kelemahan dan kekurangan yang ada pada diri
sendiri. Oleh itu ia perlu berlapang dada untuk menerima nasihat yang bertujuan untuk
membaiki diri. Umar Ibn Khatab pernah berkata Mudah-mudahan Allah memberi hidayah
kepada orang-orang yang menunjukkan kekurangan-kekuranganku.

AKHLAK YANG BAIK IALAH KESEMPURNAAN ISLAM

Rasulullah S.A.W diutus kepada manusia untuk menyempurnakan akhlak mulia


sebagaimana dalam hadith baginda S.A.W. dalam akhlak baginda, Rasulullah S.A.W
memenuhi kewajipan dan menunaikan amanah, menyeru manusia kepada tauhid dan
dengan akhlak jugalah baginda menghadapi musuh dimedan perang. Dengan akhlak baginda
memimpin rakyat dalam mencapai cita-cita serta membangunkan Negara yang berdaulat
dan merdeka. Sesungguhnya akhlak mulia melengkapkan sendi keimanan menuju kepada
kesempurnaan keperibadian manusia sebagaimana keterangan hadith yang berbunyi:
Sabda Rasulullah:

Maksudnya: Paling sempurna keimanan orang mumin ialah yang lebih baik akhlaknya,
dan yang paling baik dikalangan kamu ialah yang baik kepada isterinya.
(HR At-Tirmizi dari Abu Hurairah)

Dalam konteks pengamalan syariah iaitu yang meliputi pengabdian hamba terhadap
Allah, dapat dilihat pada rukun Islam yang lima dan juga dalam bab muamalah, akhlak
sangat berperanan untuk melengkapinya.

Manakala dalam bab ibadah, kita akan dapati antara hikmah-hikmah ibadah yang
dianjurkan oleh Islam terdapat tautan yang erat antara ibadah dan akhlak meskipun ibadah
itu berlainan pada rupa dan bentuknya tetapi kesemuanya menuju ke suatu sasaran yang
digariskan oleh Rasulullah S.A.W dalam sabda baginda:

Maksudnya: Aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.

Sembahyang, puasa, zakat, haji dan amalan yang diarahkan oleh Islam adalah anak
tangga untuk mendaki puncak kesempurnaan dan sebagai strategi untuk melindungi diri
dari kerosakan dan kerendahan moral. Dengan sebab ciri-ciri itu maka ibadah-ibadah
tersebut terletak di tempat yang tinggi dalam agama Allah.

Persiapan umat Islam untuk menjadi ummatan hasanatan yang dilengkapi dengan
tuntutan yang dijadikan alat komunikasi sesama manusia. Tuntutan itu berupa ajaran akhlak
mulia, yang diharapkan untuk menjadi aspek kehidupan manusia. Kerana itu, ilmu
komunikasi yang hebat adalah ilmu yang didasarkan kepada akhlak mulia.

KEPENTINGAN AKHLAK DALAM PERIBADI MUSLIM

Bidang akhlak adalah bidang yang amat penting dalam sistem hidup manusia. Ini
adalah kerana nilai manusia itu pada hakikatnya terletak pada akhlak dirinya. Semakin tinggi
nilai akhlak diri seseorang itu semakin tinggi nilai kemanusiaan seseorang. Akhlak inilah yang
membezakan antara manusia dan haiwan dalam kehidupan sehari-hari. Seseorang yang
tidak berakhlak adalah sama taraf dengan haiwan malah lebih rendah darinya.
Firman Allah S.W.T:

Maksudnya: Dan sesungguhnya kami sediakan untuk neraka banyak sekali golongan jin
dan manusia yang mana mempunyai hati tetapi tidak mahu mengerti dengannya,
mempunyai mata tetapi tidak mahu melihat dengannya, mempunyai telinga tetapi tidak
mahu mendengar dengannya, mereka itu seperti binatang malah lebih sesat, mereka ialah
orang yang lalai.
(Al-Araf: 179)

Akhlak mempunyai hirarki paling tinggi dalam tamadun umat manusia. Oleh itu,
masyarakat yang tidak mempunyai nilai akhlak tidak boleh dianggap sebagai masyarakat
yang mulia dan baik walaupun mempunyai kemajuan yang tinggi dalam bidang ekonomi,
teknologi dan sebagainya.

Muslim terhadap Allah

Sedar dan taat perintah Tuhan:


Menyedari dia sentiasa perlukan pertolongan Allah serta mentaati perintah Allah sekalipun
bertentangan dengan kehendak nafsunya.
Sentiasa bertaubat dan mencari keredhaan Allah:
Sentiasa memohon keampunan Allah apabila menyedari dirinya lalai atau berlaku cuai serta
memastikan seluruh gerak kerja adalah untuk mencari keredhaan Allah. Firman Allah S.W.T;

Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang bertaqwa apabila mereka ditimpa was-was dan


syaitan, mereka ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat kesalahan-
kesalahan mereka
(Al-Araf 7: 201)

Pelaksanaan ubudiyyah terhadap Allah:

Maksudnya: Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka
menyembahku
(Az-Zariyat 51: 56)

Beribadah kepada Allah dapat dilaksanakan dalam setiap gerak-geri manusia selagi niatnya
hanyalah semata-mata kerana Allah. Sebesar-besar ibadah ialah menegakkan hukum Allah
dan membangunkan pemerintahan Islam.

Muslim terhadap dirinya

Memurnikan Aqidah:
Pembersihan keyakinan, kefahaman dan pandangan supaya sesuai dan selaras dengan
keterangan dan tuntutan Al-Quran dan Hadith serta memastikan aqidah bersih dari dicemari
dengan segala bentuk syirik, bidaah, khurafat dan tahyul.

Memiliki Ilmu yang Mantap:


Perkara pertama yang patut diketahui dengan lebih mendalam ialah ilmu pengetahuan
berkenaan kitab Allah diikuti dengan ilmu-ilmu fardhu ain yang lain.

Memiliki Bidang Pengkhususan:


Menumpukan seluruh tenaga dan perhatian kepada jurusan yang menjadi pengkhususan
samada dalam bidang agama (fardhu ain atau bukan). Kejayaan ilmiah yang paling tinggi
menyebabkan seseorang itu dipandang tinggi mulia oleh manusia selagi individu tersebut
merealisasikannya dengan ikhlas, bersungguh-sungguh dan menjaga adab-adabnya.

Muslim Terhadap Ibu Bapa Dan Keluarga

Berbuat baik kepada kedua-duanya:


Islam meletakkan martabat ibu bapa sehingga Allah meletakkan keredhaan ibu bapa
sesudah keredhaan-Nya. Firman Allah s.a.w;

Maksudnya: Dan Tuhanmu telah perintahkan, sembahlah Allah dan janganlah kamu
menyekutukanNya dengan sesuatu pun. Dan berbuat baiklah kepada ibu bapa
(Al-Isra 17: 23)

Mentaati keduanya selagi tidak bertentangan dengan syariat Islam:


Melaksanakan tanggungjawab untuk menyelamatkan mereka daripada api neraka.
Firman Allah:

Maksudnya: Wahai orang yang beriman, peliharalah dirimu dan ahli keluargamu dari api
neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu-batu
(At-Tahrim 66: 6)

Muslim Terhadap Saudara Mara Dan Sahabat

Mencintai kerana Allah atas dasar iman dan ikatan aqidah Islamiyyah:
Tidak mencintai seseorang kerana peribadinya semata-mata, sebaliknya kerana kelebihan-
kelebihan yang ada padanya yang membawa orang-orang lain menuju keredhaan Allah.

Tidak membelakangi mereka:


Meraikan mereka samaada di dalam keadaan senang atau susah.

Memenuhi keperluan apabila diperlukan:


Hendaklah menunaikan keperluan apabila diperlukan dan mendahului keperluan mereka
dari kepentingan diri sendiri.

Berpesan-pesan atas kebenaran dan kesabaran:


Mengingatkan tentang suruhan agama yang perlu ditunaikan serta larangan-larangan yang
mesti ditinggalkan.