Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA

TRANSFORMASI
SAHSIAH TERPUJI
PERINGKAT SEKOLAH
SK (2) KUALA AMPANG
TAHUN 2017
16 NOVERMBER 2017 (KHAMIS)
7.30 1.20 PETANG

ANJURAN
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
1.PENDAHULUAN
Pembinaan sahsiah dan disiplin merupakan elemen terpenting untuk kejayaan setiap
pelajar. Sahsiah merupakan jantung serta kunci sesebuah kejayaan bagi pelajar. Pelajar
tanpa mengira warna kulit dan latar belakang keluarga seharusnya mempunyai sahsiah
terpuji dan sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang sama ada di dalam atau
luar sekolah disamping menampilkan akhlak mulia sepanjang masa. Penekanan kepada
pelajar bahawa setiap daripada mereka adalah contoh tauladan sesama mereka dan
secara tidak langsung bertanggungjawab memimpin diri sendiri dan orang lain. Nilai-nilai
murni ini juga dapat dipupuk dan ditonjolkan bagi meningkatkan kefahaman dan
keperihatinan mereka terhadap tugas yang diamanahkan sebagai seorang pelajar.

2.RASIONAL
Pelajar sekolah adalah nadi kehidupan sesebuah Negara. Utuhnya sahsiah pelajar
bermaksud utuhnya Negara. Ini kerana mereka adalah pemimpin pada masa akan
datang.Sehubungan itu, Unit Bimbingan & Kaunseling buat julung-julung kalinya merasakan
amat perlu pelajar di SK2KA diberi pendedahan dan peluang untuk membina sahsiah diri.
Sejajar dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan modal insan yang berkualiti dari setiap
sudut sama ada dari segi sahsiah, akademik, dan sebagainya, maka Unit bimbingan &
Kaunseling SK2KA mengambil inisiatif untuk mengadakan anugerah peningkatan sahsiah
diri kepada para pelajar yang berkelayakan.
Melalui penganugerahan ini terdapat tiga jenis anugerah diperkenalkan berfokus
kepada pembinaan jati diri yang mantap dalam diri pelajar iaitu mithali, superhero dan
ikon adiwira. Ini kerana, tanpa jati diri yang mantap, para pelajar tidak mampu menangkis
anasir-anasir yang kurang sihat dan sekaligus merealisasikan hasrat kerajaan melahirkan
modal insan berkualiti. Justeru, kami merancang untuk mengadakan penganugerahan ini
di sekolah. Kami percaya, pembinaan modal insan ini akan terus ada kesinambungan dan
tidak terhenti di sini sahaja.

3.OBJEKTIF
3.1 Membentuk peribadi mulia, sahsiah terpuji dan akhlak terdidik.
3.2 Menjadi contoh dan teladan yang baik kepada pelajar-pelajar yang lain.
3.3 Memberi galakan kepada pelajar untuk mengekalkan amalan dan sahsiah baik
3.4 Memberi fokus dalam menangani salah laku disiplin di sekolah.

4 .SASARAN DAN PENGLIBATAN


Semua murid SK(2)Kuala Ampang

5.TARIKH
Sepanjang tahun 2017
6. ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA UNIT HARGA JUMLAH

TOKOH KANAK - KANAK 1 RM26.00 RM26.00


TOKOH SAHSIAH TERPUJI TAHAP 1 1 RM11.00 RM22.00
TOKOH SAHSIAH TERPUJI TAHAP 2 1 RM11.00
ANUGERAH MITHALI TAHUN 1 1 RM5.50 RM33.00
ANUGERAH MITHALI TAHUN 2 1 RM5.50
ANUGERAH MITHALI TAHUN 3 1 RM5.50
ANUGERAH MITHALI TAHUN 4 1 RM5.50
ANUGERAH MITHALI TAHUN 5 1 RM5.50
ANUGERAH MITHALI TAHUN 6 1 RM5.50
ANUGERAH SUPERHERO TAHUN 1 1 RM5.50 RM33.00
ANUGERAH SUPERHERO TAHUN 2 1 RM5.50
ANUGERAH SUPERHERO TAHUN 3 1 RM5.50
ANUGERAH SUPERHERO TAHUN 4 1 RM5.50
ANUGERAH SUPERHERO TAHUN 5 1 RM5.50
ANUGERAH SUPERHERO TAHUN 6 1 RM5.50
ANUGERAH MURID PENYAYANG 1 RM4.80 RM48.00
ANUGERAH MURID RAJIN 1 RM4.80
ANUGERAH MURID BERADAB SOPAN 1 RM4.80
ANUGERAH MURID AKTIF 1 RM4.80
ANUGERAH PEMIMPIN TERPUJI 1 RM4.80
ANUGERAH MURID BERKETRAMPILAN 1 RM4.80
ANUGERAH MURID KREATIF 1 RM4.80
ANUGERAH MURID TEKUN 1 RM4.80
ANUGERAH AMALAN TERPUJI 1 RM4.80
ANUGERAH MURID HARAPAN 1 RM4.80
ANUGERAH KEDATANGAN TERBAIK 6 RM4.80 RM28.80
ANUGERAH SIFAR SAMPAH (KELAS) 3 RM40.00 RM120
ANUGERAH SIFAR SALAH LAKU DAN DISIPLIN (KELAS) 3 RM40.00 RM120

TOTAL RM430.80
7. KEWANGAN
PCG Unit Bimbingan dan Kaunseling

8. ANJURAN
Unit Bimbingan dan Kaunseling

9. JAWATANKUASA INDUK
PENASIHAT : En Sifly bin Saari
PENGERUSI : En. Mohd Faizal bin Mamat@Zakaria
NAIB PENGERUSI 1 : Tn. Hj. Mohd Fauzi bin Ab.Manaf
NAIB PENGERUSI 2 : En. Rosli bin Ramli
SETIAUSAHA : En Syahrul Izwan bin Mohd Nor
PANEL PEMILIHAN : En Sifly bin Saari (Ketua)
En. Mohd Faizal bin Mamat@Zakaria (Pen. Ketua)
Pn. Nur Hafizoh binti Abd Halim
Cik Nur Syifa binti Yahaya
Penyelaras tahun 1 hingga 6

10. TAKWIM

BIL PERKARA MASA

1 Iklan dan hebahan penganugerahan transformasi Januari


sahsiah terpuji

2 Saringan pemilihan calon penerima anugerah dari Januari - Oktober


setiap tahun

3 Hari Penganugerahan November

11. PENUTUP

Diharapkan agar Program transformasi sahsiah terpuji mencapai objektif yang telah

digariskan.

Disediakan oleh: Disemak oleh: Disah oleh:

En Syahrul Izwan bin Mohd Nor En. Mohd Faizal bin En. Sifly bin Saari
Mamat@Zakaria Guru Besar
Setiausaha Program
PK HEM SK (2) Kuala Ampang
SK(2) Kuala Ampang
SK (2) Kuala Ampang