Anda di halaman 1dari 7

TAMAN HIJAU HIDROPONIK

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI


SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN RIA

ANJURAN :
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI)
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN RIA,
08000 SUNGAI PETANI,
KEDAH DARULAMAN.
KERTAS KERJA TAMAN HIJAU HIDROPONIK

PPKI SK TAMAN RIA

1.0 Pendahuluan

Hidroponik (berasal daripada perkataan Greek hydro iaitu air dan ponos iaitu
bekerja) adalah kaedah bercucuk tanam dengan meletakkan akar pohon ke dalam air
baja (nutrien) tanpa mengunakan tanah. Kaedah ini menggunakan bahan seperti bulu
mineral, sabut kelapa, pasir, batu bata pecah, habuk kayu dan lain-lain menggantikan
tanah.
Penanaman secara hidroponik dilakukan oleh individu sebagai hobi dan juga
secara besar-besaran untuk tujuan komersil. Di negara Singapura misalnya, oleh
kerana kekurangan tanah, bumbung-bumbung bangunan dijadikan tempat untuk
menanam sayur-sayuran seperti bak choy, sawi, kailan dan bayam di mana
semuanya menggunakan kaedah hidroponik. Begitu juga, untuk penerokaan angkasa
lepas, angkasawan boleh bercucuk tanam sayur-sayuran di dalam kapal angkasa.
Kaedah yang sama digunakan oleh tentera di atas kapal perang, maupun kapal selam.
Dengan cara ini mereka tidak perlu membawa bekalan makanan yang banyak, hanya
sekadar membawa benih-benih sayur-sayuran dan boleh ditanam semasa dalam
perjalanan.

Matlamat

Projek Tanam Hijau Hidroponik yang disediakan ini adalah bertujuan sebagai satu
program yang dapat membantu meningkatkan pemahanan dan mengukuhkan
pengetahuan sedia ada di kalangan murid pendidikan khas di samping menguasai
semua aspek perkembangan, kemahiran asas justeru memberikan pengetahuan
secara mendalam secara perlahan-lahan. Dalam pada itu, tujuan utama projek ini
adalah untuk memberikan pemahaman yang lebih jelas mengenai proses
pertumbuhan pokok. Murid akan didedahkan dengan pengalaman yang sebenar
menggunakan bahan maujud serta mengenali transformasi dalam teknologi.
Dengan adanya projek seperti ini, sedikit sebanyak telah memberikan impak
yang berguna dalam meningkatkan tahap pengetahuan tentang suatu topik yang
dilaksanakan. Malahan, proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah dapat
dijalankan tanpa menerima banyak gangguan daripada murid sepanjang menjalankan
eksperimen. Ini kerana, aktiviti yang disediakan adalah berorientasikan murid.
Program Pendidikan Khas Integrasi menitikberatkan pendekatan Belajar Melalui Deria
sentuhan, penglihatan, hidu dan rasa yang tidak formal dalam proses pengajaran
pembelajaran untuk membantu murid belajar dan menghadapi dunia sebenar dalam
keadaan yang mengembirakan, selesa, selamat dan tiada tekanan. Penekanan
kepada konsep mudah ubah adalah menjadi kunci utama kepada pelaksanaan PdPc
Pendidikan Khas. Guru-guru Pendidikan Khas seharusnya bijaksana untuk
menyesuaikan situasi pengajaran dan pembelajaran dengan keperluan, kebolehan
dan latar belakang murid.
2.0 Objektif

2.1 Objektif Am
Meningkatkan pengetahuan murid tentang fakta-fakta dan istilah-istilah
Sains dalam pengajaran dan pembelajaran bagi membantu murid
memahami dan meminati Tunjang Sains Dan Teknologi.
Dapat menaikkan minat dan keyakinan diri murid untuk melaksanakan
sesuatu yang baru.
Dapat meningkatkan pengetahuan sedia ada murid semasa
eksperimen dijalankan.
Boleh dijadikan sebagai pengukuhan kepada suatu tema yang telah
dipelajari.
Mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif kerana melibatkan
semua murid sepanjang aktiviti dijalankan.

2.2 Objektif Khusus


Menanamkan minat murid dalam Tunjang Sains Alam Sekitar dan
Kemahiran Hidup melalui aktiviti pembelajaran yang berkesan.
Merancang aktiviti dan penggunaan bahan semasa pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan.
Memberikan pendedahan awal kepada murid tentang fakta-fakta Sains
yang mudah dan ringkas.
Memberikan pendedahan dan pemahaman yang mendalam berkaitan
dengan istilah-istilah Sains.
Dapat memberikan pemahaman yang lebih nyata tentang suatu konsep
yang di sampaikan.
Dapat memastikan pencapaian murid-murid melalui perancangan yang
dibuat dan diaplikasikan dalam bilik darjah.
Membolehkan guru melihat sejauh mana keberkesanan perancangan
dalam melaksanakan sesuatu idea baru.
Mensasarkan sekurang-kurangnya 95% murid berjaya menguasai
konsep Sains dan Kemahiran Hidup dengan baik.

3.0 Sasaran Program

Murid-murid PPKI SK TAMAN RIA


(Rujuk Lampiran 1)

4.0 PRINSIP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG DIJALANKAN

Mengambil kira latar belakang murid berbeza dari segi latar belakang peribadi,
kecenderungan pembelajaran. Perbezaan individu menentukan masa yang sesuai
untuk belajar dan kadar kemampuan memperoleh ilmu. Semua deria murid digunakan
untuk aktiviti pembelajaran yang berkesan. Menekankan pembelajaran melalui
pengalaman yang menggunakan bahan maujud. Mengutamakan belajar melalui
bermain dalam suasana yang riang. Pembelajaran hendaklah dijalankan secara
bersepadu. Meransang inisiatif, imaginasi dan kreativiti semasa murid
belajar. Menggalakkan interaksi yang mesra antara murid dengan guru, pembantu
guru dan rakan sebaya.

5.0 Manual Pelaksanaan Projek Tanaman Hidroponik

5.1 Kandungan
takung plastik
penutup takung (polistirena)
pasu semaian (8 unit)
kapas nilon
3 jenis baja
2 jenis biji benih ( sawi dan sawi putih )

5.2 Langkah-langkah

Isikan air ke dalam takung plastik sedalam 2 cm.


Perhatian: sekiranya menggunakan air paip atau air tangki, pastikan ia
telah tersimpan antara dua hingga tiga hari (supaya bebas dari klorin ).
Air hujan yang diambil selepas hujan lebat juga boleh digunakan kerana
ia tidak mengandungi bahan-bahan kotor atau kimia.
Masukkan kapas nilon ke dalam pasu semaian dan kapas tersebut perlu
dijuntaikan di antara 2-3 cm melalui lubang bawah pasu supaya dapat
menyerap air.
Semaikan sebanyak lima (5) biji benih bagi setiap pasu semaian di atas
kapas. (pastikan kapas basah).
Letakkan pasu-pasu yang mengandungi biji benih itu ke dalam takung
plastik dan pastikan takung itu diletakkan di tempat yang tidak telus
cahaya. (Benih akan rosak jika terkena cahaya matahari yang
panas). Benih akan bercambah selepas lima hingga tujuh hari,
kemudian pindahkan pasu semaian ke dalam lubang-lubang yang
terdapat di atas penutup takung.
Isikan air ke dalam takung, tetapi pastikan ada ruang udara pada
pangkal pokok di permukaan air untuk pernafasan akar.
Masukkan baja kasar (putih) dahulu ke dalam air takung dan kacau
sehingga larut dan masukkan baja halus (putih) seterusnya baja (hijau).
Proses ini adalah untuk mengelakkan tindak balas antara baja.
Letakkan takung plastik di bahagian patio atau balkoni yang terlindung
daripada hujan (hujan akan bertindak balas dengan baja). Ianya perlu
mendapat sinaran matahari sekurang-kurangnya separuh hari atau
buat bumbung yang ringkas (seperti meletak plastik PVC ke atas
takung). Proses pertumbuhan daripada biji benih sehingga tiba masa
menuai mengambil masa selama 25-30 hari.
Contoh gambarajah tapak Hidroponik

1.

2.
6.0 Ahli Jawatankuasa

Pengerusi : En Abd Halim b Zainol Abidin (Guru Besar)


Timbalan Pengerusi : 1. Pn. Shahrul Bariah Hanim bt Shafie (PK PPKI )
2. En Azman b Mohd Noor (PK Pentadbiran)
3. Pn Haslina bt Che Hat (PK HEM)
4. En Mohd Tahar b Jusoh (PK Kokurikulum)
5. En Darul Samri b Daniyan (PK Petang)
Penyelaras Program/Setiausaha : Pn. Yusnita bt Yatim
Bendahari : Pn Nurul Fahimah bt Abu Bakar
Persiapan tempat : 1. En Muhamad Rosmaini b Yusoff
2. Pn Noor Harliza bt Mohd Idris
Dokumentasi : 1. Pn Noorhateinei bt Khamaruddin
2. Cik Nurul Ieza bt Abd Rashid
Brosur : 1. Pn Normala@Ana bt Othman
2. Shafina bt Shariff

7.0 Anggaran Perbelanjaan

BIL PERKARA SUMBER KEWANGAN KOS PERBELANJAAN


1 Peruntukan PPKI
2 Peruntukan PPKI
3 Peruntukan PPKI
4 Peruntukan PPKI
5 Peruntukan PPKI
6. Peruntukan PPKI
7. Peruntukan PPKI
8. Peruntukan PPKI
9. Peruntukan PPKI
JUMLAH

8.0 Penutup

Adalah diharapkan agar program ini dapat memberi kenangan manis kepada murid-
murid PPKI SK Taman Ria ini.
Disediakan oleh Disemak oleh Disahkan oleh

................................................. ..................................................... ....................................................

(PN. YUSNITA BT YATIM)

Penyelaras Program

Anda mungkin juga menyukai