Anda di halaman 1dari 4

LLapporan

Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu mudah digunakan, maka berjalanlah merata-rata ceruk
rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan kepada Allah jualah (kamu)
dibangkitkan hidup semula.

FIrman Allah S.W.T di atas jelas menunjukkan kelebihan mengembara dan merantau sehingga
arahan dikeluarkan dalam Al Quran malah kata pepatah jauh perjalanan, luas pemandangan,
banyak pengalaman, dijadikan teras Kelab Rukun Negara (KRN), Kelab 1 Malaysia (K1M) dan
Kelab Skim Pinjaman Buku S (SPBT) SMK Agama Kuala Lumpur untuk menganjurkan lawatan
sambil belajar ke Melaka. Selain menjadi program kelab tahunan, ia juga merupakan satu
program yang amat baik sebagai landasan untuk memberi pendedahan dan pengalaman secara
langsung kepada ahli-ahli kelab. Memandangkan Melaka ini terkenal dengan khazanah-
khazanah serta sejarah-sejarah lama, hal ini membolehkan ahli-ahli KRN, K1M dan SPBT
mendalami tentang keistimewaan yang terdapat di negara kita. Melalui program ini juga,
diharapkan agar setiap pelajar dapat memanfaatkan ilmu yang diperolehi bermula daripada
permulaan program sehingga ke penghujungnya.

Program Lawatan Sambil Belajar Le Tour De Malacca diadakan pada 14, 15 dan 16 April 2017
melibatkan semua ahli kelab Rukun Negara (KRN), kelab 1 Malaysia (K1M) dan kelab Skim
Pinjaman Buku Teks (SPBT) dan 6 orang guru SMK Agama Kuala Lumpur. Lawatan ini
menyediakan dan melengkapkan diri menjadi pelajar yang cinta akan negara dengan
mempelajari tentang keistimewaan yang terdapat di negara ini serta melahirkan pelajar-pelajar
yang berpengetahuan luas, berinovatif dan kreatif dalam mengenali dengan lebih mendalam
tentang negara Malaysia. Ia juga berobjektifkan menerokai tempat-tempat menarik yang
terdapat di negeri Melaka, mengkaji keadaan geografi negeri Melaka dengan lebih mendalam,
melahirkan individu yang berani dan berwawasan dalam mengharungi segala cabaran dan
mendalami khazanah-khazanah yang masih tidak diketahui oleh generasi muda zaman kini di
Melaka dan menambahkan ilmu pengetahuan tentang keistimewaan negeri Melaka.
Pada Hari Pertama (14 April 2017) bertolak dari Sekolah ke Melaka dan check-in Hayysur
Homestay pada jam 6.00 petang. Pada waktu magrib kami mengarahkan murid bersedia untuk
solat jamak taqdim dan selesai sahaja solat secara berjemaah, kami bergerak ke Melaka River
Cruise. Pengalaman sebenar dengan merasai kembara sungai untuk menjejaki sejarah dan
menyaksikan keindahannya yang menarik dan mempersonakan. Sambil bot menyusuri sungai,
kami dapat menyaksikan bangunan bersejarah tinggalan Belanda, kincir air, kubu pesisir sungai
dan 7 buah jambatan kecil sekitar bandar Melaka. Kami juga dapat melihat keadaan Kampung
Morten yang kerap diberi jolokan muzium hidup sewaktu di dalam cruise berdurasi 45 minit
ini. Menaiki Melaka River Cruise pada waktu malam sambil dibuai angin sepoi-sepoi bahasa
pasti akan menjadi kenangan manis dan romantis buat kami.

Jika setiap peserta rombongan mengimpikan cenderamata apa yang patut dibawa pulang, Ia
tidak harus digusari kerana di Jonker Street terdapat pelbagai keychain, magnet peti sejuk,
baju-t, gelang, poskad dan pelbagai cenderamata lain bakal anda jumpai. Apa yang kami perlu
risaukan ialah duit dan kasut sepanjang berada di situ. Pasar malam Jonker Walk diadakan
setiap malam pada hari Jumaat dan Sabtu. Kenderaan dihalang masuk bermula pada 6 petang.
Bas kami berada di kawasan luar Jonker Walk kerana laluan di kawasan ini sempit dan sukar
auntuk mencari tempat parkir. Kebanyakan kafe dan warung di sini kepunyaan orang Cina.
Walaupun ianya dianggap syurga makanan oleh orang Singapura, hampir semuanya tidak halal.
Berdekatan dengan tempat ini ada jalan yang dipanggil Jalan Tukang Emas atau Jalan Harmoni.
Di sini, kuil Hindu, tokong Cina dan masjid orang Islam berada di satu jalan yang sama. Setelah
letih berjalan, kami singgah Masjid Kampung Hulu untuk solat. Masjid tahun 1720-an ini
memang istimewa kerana senibinanya ada budaya Cina, Melayu dan Hindu. Keunikan yang kami
fdapat lihat di masjid ini ialah mimbar berbentuk pagoda.

Gah seperti namanya, Melaka Bandaraya Bersejarah amat terkenal dengan pelbagai tinggalan
sejarah sejak Zaman Kesultanan Melayu Melaka juga. Justeru pengembaraan diteruskan pada
hari kedua di sekitar bangunan bersejarah iai tu Kota AFamosa, The Stadhuys,Portuguese
Square. Sejak dari dulu hingga kini, tinggalan sejarah yang sebenar di Malaysia adalah paling
masyhur di sini iaitu Kota AFamosa. Tidak diragui lagi, tinggalan kota A Famosa ini adalah
merupakan tempat menarik di Melaka. Di sini juga merupakan pusat pentadbiran Kerajaan
Tanah Melayu yang menguasai segenap tanah di beberapa kawasan di Asia Tenggara.The
Stadhuys adalah sebuah binaan bersejarah terletak bersebelahan dengan Gereja Christ di Jalan
Laksamana, Melaka, Malaysia. Bangunan ini dibina pada tahun 1650 sebagai penempatan rasmi
Gabenor Belanda dan Timbalan Gabenor, di mana struktur bangunan ini melambangkan seni
rekabentuk Belanda yang halus. Kemudian kami melawat 12 muzium dan galeri di sekitar
Bandar Hilir untuk memastikan waktu lawatan diisi sebaik mungkin.
Destinasi seterusnya ialah Muzium art 3D yang pertama di Melaka. Ia mula dibuka pada 10 April
2015 yang lalu, lokasinya terletak di luar kawasan Bandaraya Melaka iaitu di Bukit Katil yang
juga berhampiran dengan pusat-pusat pelancongan di Ayer Keroh memang memudahkan untuk
dikunjungi oleh para pelancong. Muzium yang terbahagi kepada dua tingkat dengan keluasan
7,000 kaki persegi ni dah dinobatkan sebagai muzium 3D kedua terbesar di Malaysia selepas
Langkawi. Ada sebanyak 55 imej seni lukisan 3D dengan 8 tema yang dipaparkan pada dinding
dan lantai untuk anda beraksi bermula dari tema dalam aquarium sehinggalah ke art 3D yang
bertemakan Melaka. Antara imej menarik lain yang ada seperti imej iceberg, bangunan-
bangunan bersejarah di Melaka, air terjun, beca, pemandangan cantik, haiwan lucu, gambar-
gambar pelik, artis-artis Hollywood, etnik-etnik di Melaka seperti Baba Nyonya dan banyak lagi
hasil karya 5 orang pelukis profesional dari Thailand. Tempat terakhir untuk melengkapi
lawatan kali ini ialah singgah sebentar di Freeport AFamosa Outlet Village. Ianya seakan-akan
rekaan bangunan lama yang telah dimodenkan. Mungkin ada sedikit unsur-unsur bangunan di
Belanda dengan rumah berupa kincir angin. Satu pengalaman yang mengujakan!

REFLEKSI

Satu pbengalaman yang bernilai apabila melihat pelajar sebelum ini belajar secara teoritikal
sahaja dan hari ini mereka berpraktikal solat jamak. Solat jamak merupakan rukhsah yang
diberikan oleh Allah S.W.T kepada musafir yang mememenuhi syarat. Ilmu (teori) perlu berjalan
seiring dengan amal(praktikal) dan lebih manis disulami dengan nilai (adab).Ketika Imam Syafie
menetap di Baghdad, beliau ditanya oleh seseorang, ``Bagaimana semangat anda menuntut
ilmu?'' Syafie menjawab: ``Saya mendengar huruf demi huruf seakan-akan huruf-huruf itu
belum pernah saya dengar. Saya kerahkan seluruh anggota tubuh saya untuk menyemaknya.''
Orang itu bertanya lagi, ``Bagaimana minat anda terhadap ilmu?'' Jawapan Syafie hampir sama
dengan soalan tadi. ``Minat saya ibarat orang yang mengumpulkan makanan dan menikmati
kelazatannya secara sempurna.'' ``Dan bagaimana pula cara anda mencarinya,'' tanyanya lagi.
``Saya mencarinya laksana seorang wanita yang kehilangan anak tunggalnya didunia. Ia hanya
memiliki anak tersebut, tiada yang lain,'' jawabnya. Begitulah semangat para salafus soleh
dalam mencari ilmu, sekaligus mempraktikkannya dalam kehidupan harian mereka sampai saat
ini cukup kuat berakar di tengah-tengah masyarakat. Kenapa begitu? Ini kerana mereka bukan
sahaja mewariskan intelektual dan akal, tetapi juga warisan tingkah laku dan amal.

Sungai Melaka dipenuhi dengan sejarah sejak kegemilangan empayar Kesultanan Melayu
Melaka yang berpengaruh dan berkuasa yang menarik pedagang seluruh dunia untuk datang
berniaga dan berdagang dan yang mengkagumkan telah mempengaruhi Tome Pires, sejarawan
Portugis untuk menamakan negeri ini sebagai Venice di Timur'. Walau bagaimanapun, Sungai
Melaka kini sebahagian besarnya hanya menjadi peringatan berharga tentang masa silamnya
yang gemilang dan kaya serta pembangunan masa kininya. Sayangnya, sungai Melaka selalunya
kelihatan kotor, dan terdapat kawasan di mana bau sungai agak kuat. Mungkin juga pelancong
terserempak dengan biawak yang bersantai di bawah mural-mural bangunan. Suatu yang
mengecewakan kerana di sebalik gahnya Melaka River Cruise tetapi kelihatan jijik akibat tiada
penjagaan sewajarnya terhadap sungai sehingga boleh mengancam hidupan air.

Namun inilah peninggalan yangmempunyai seribu satu cerita yang harus ditekuni sebagai
pedoman supaya Kota A Famosa kedua tidak dibina di atas tanah yang kita pijak. Buat sekian
kalinya pada masa akan datang sekiranya membawa anak anak atau pelajar ke Melaka
perlulah serba sedikit ceritakan kepada mereka tentang fungsinya pada masa kini yang bukan
hanya sebai tempat pelancongan semata mata tetapi juga sebagai peringatan. Begitu juga
sekiranya berada sekitar dataran Stadhuys, kita boleh melihat sisa sisa jajaran kubu Portugis
yang bersambung dengan Pintu Gerbang Santiago iaitu sebahagian sahaja daripada struktur
kubu asa Kota A Famosa yang berjarak lebih kurang 500 meter.

Ilusi optik adalah tipuan mata, atau suatu objek yang mengelabui mata kita. Mata nampak
realistik tapi sebenarnya tipu helah melalui angle dan trick lukisan pegun. Tipuan mata ni boleh
saja terjadi disebabkan ada salah faham antara mata dan otak kita, apa yang kita lihat dan apa
yang dikirimkan ke otak ternyata salah. Maka ilusi optik akan terhasil dan gambar yang terhasil
nampak hidup dan real. Pernah tak anda dengar mengenai muzium 3D? Ya, di Malaysia bumi
bertuah ini memang dah semakin banyak wujud muzium 3D bagai cendawan tumbuh selepas
hujan di serata negeri. Kini di Melaka juga tidak terkecuali menyediakan kelainan terbaru dan
semakin popular dalam kalangan para pelancong domestik dan antarabangsa, tarikan sebegini
mampu membantu merancakkan lagi perkembangan sektor pelancongan negeri berhubung
produk pelancongan terbaru berbentuk muzium, studio dan galeri seni 2D, 3D hinggalah 5D.

Lawatan kali ini cukup bermakna keranua banyak maklumat dan pengalaman diperolehi diluar
jangkaan meskipun dalam tempoh waktu yang suntuk dan jadual yang agak padat. Sekiranya
mempunyai peluang untuk sampai ke Melaka lagi, dicadangkan untuk berada lebih lama dan
merakam setiap momen yang dilalui untuk dikongsi dengan pelajar yang tidak berpeluang
untuk mengikuti lawatan selain menyediaka n buku catatan dan soalan soalan yang berkaitan.