Anda di halaman 1dari 12

Kerjaya Juruterbang

KERJAYA SEBAGAI JURUTERBANG

1.0 Pengenalan

Industri penerbangan adalah satu industri yang unik dan berdaya maju untuk mendatangkan
pulangan kepada negara. Ia juga suatu industri yang strategik dan sensitif kepada isu-isu
keselamatan dan kesejahteraan, samada kepada penumpang, pengguna perkhidmatannya,
mahupun keselamatan negara amnya. Oleh kerana itu, industri ini dikawal-selia oleh pelbagai
peraturan, perundangan dan garis panduan yang ketat, yang sebahagian besarnya perlu
diselaraskan dengan keperluan piawaian industri penerbangan antarabangsa. Dengan demikian,
tenaga kerja yang terlibat d idalam industri ini, samada juruterbang, jurutera kapal terbang,
mekanik mahupun pengawal trafik udara, perlu dilatih dan mendapat kelulusan, sijil serta lesen
yang khusus, yang juga diiktiraf secara global.

Industri penerbangan adalah satu industri yang profesional. Profesional dengan ertikata
ianya dikawal-selia secara kendiri (self-regulatory) oleh industri tersebut melalui badan kawalan
yang diiktiraf. Badan ini berperanan menetapkan piawaian dan peraturan industri,
memperkenalkan dan menguatkuasakan undang-undang berkaitan penerbangan, mengawal
kualiti perkhidmatan penerbangan, dan juga mengeluarkan lesen dan sijil kepada mereka yang
ingin berkhidmat di dalam industri penerbangan. Bagi industri penerbangan, badan kawal-selia
yang dimaksudkan adalah Jabatan Penerbangan Awam (JPA atau DCA). DCA adalah sebuah
agensi di bawah Kementerian Pengangkutan yang berperanan menggubal, memperkenal,
melaksana dan menguatkuasakan segala perundangan, peraturan dan garis panduan
berkaitan industri penerbangan di negara ini. Semua peraturan, perundangan dan garis panduan
ini pula perlulah dipastikan selaras dan menepati piawaian dan kehendak industri antarabangsa
agar perkhidmatan penerbangan di Malaysia diiktiraf secara global.

Berdasarkan faktor sejarah, Malaysia lebih banyak dipengaruhi oleh undang-undang


penerbangan British, yang dikendalikan oleh CAA (Civil Aviation Authority of UnitedKingdom)
berbanding FAA (Federal Aviation Administration of the United States) di Amerika. CAA
kemudiannya menjadi ahli kepada JAA (Joint Aviation Authorities oftheEuropean Union) yang
memberi pengiktirafan kepada semua pemegang lesen daripada mana-mana badan gabungannya
untuk berkhidmat di dalam industri penerbangan di mana-mana negara Eropah atau yang menerima-
pakai persijilan JAA. Oleh kerana DCA Malaysia memakai sistem CAA, maka sijil yang dikeluarkan
oleh DCA juga diiktiraf oleh JAA (Ir. Ahmad Jais Alias dan Hj. Ahmad Zahir Mokhtar, 2007).

2.0 Bidang Tugas Juruterbang

Kerjaya sebagai juruterbang sememangnya glamor tetapi penuh cabaran serta berisiko. Ramai
anak muda sama ada lelaki atau perempuan menyimpan azam dan cita-cita untuk bergelar
seorang juruterbang. Kerjaya ini menuntut seseorang itu berdepan dengan cabaran dan tidak
gentar memandu pesawat di awan biru. Memandu kapal terbang bukan seperti memandu kereta
atau kenderaan lain kerana cara pengendalian amat berbeza. Untuk memahirkan diri, seseorang
itu perlu menjalani latihan khas di pusat-pusat atau sekolah-sekolah latihan penerbangan sama
ada di dalam atau luar negara.

Juruterbang yang berkemahiran dan terlatih mampu menerbangkan pesawat penumpang


dan kargo tanpa mengira sama ada perjalanan itu jauh atau dekat. Tugas para juruterbang
bermula selewat-lewatnya satu jam sebelum penerbangan. Mereka akan melaporkan diri dan
menerima taklimat dan maklumat tentang setiap penerbangan yang bakal dilakukan. Sebelum
penerbangan juruterbang akan menyemak pelan penerbangan berdasarkan keadaan cuaca, suhu,
kelajuan angin dan berat pesawat semasa berlepas serta keperluan bahan api di samping
memeriksa kelengkapan dan peralatan elektronik. Semasa dalam penerbangan pula, juruterbang
akan membuat pemeriksaan rutin terhadap semua sistem yang beroperasi dan menerima serta
melaksanakan arahan daripada pengawal lalu lintas udara dari mula hingga akhir penerbangan.

Keadaan yang paling mencabar ketika bertugas ialah semasa berlepas, pendakian,
penurunan dan pendaratan yang mana memerlukan penumpuan penuh setiap juruterbang agar
tidak berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini. Selepas mendapat lesen, juruterbang
berpeluang memandu pelbagai jenis pesawat seperti Fokker, Airbus, DC-10 dan Boeing. Kerjaya
ini sekarang terbuka luas berikutan perkembangan pesat industri penerbangan dalam dan luar
negara. Terdapat banyak syarikat penerbangan sama ada di dalam mahupun luar negara yang
menyediakan peluang pekerjaan sebagai juruterbang. Dari segi pendapatan pula, kerjaya ini
menjanjikan gaji yang cukup lumayan serta ditambah dengan pelbagai insentif lain selaras
dengan tugasnya yang cukup mencabar dan berisiko (Mohd. Yahya Mohamed Ariffin, 2005).

3.0 Ciri-Ciri Peribadi Yang Diperlukan Sebagai Juruterbang


1. Mempunyai minat yang mendalam terhadap kerjaya juruterbang.
2. Mempunyai keyakinan diri yang tinggi serta berani.
3. Komitmen yang tinggi serta minat yang mendalam di bidang ini.
4. Boleh berkomunikasi dengan baik.
5. Menguasai bahasa Melayu dan Inggeris dengan baik
6. Menguasai mata pelajaran sains, matematik dan fizik.
7. Berumur di antara 18 hingga 24 tahun.
8. Mempunyai rekod kesihatan yang baik dari segi fizikal dan mental.
9. Mempunyai pendengaran dan penglihatan yang baik (penglihatan
6/6 tanpa bantuan optik dan tidak buta warna).
10. Ketinggian minimum tidak kurang daripada 160 cm (5 kaki 4 inci).
11 Sanggup bekerja di luar stesen dalam tempoh masa singkat atau lama.
(Mohd. Yahya Mohamed Ariffin, 2005).

4.0 Tempat Mengikuti Latihan Penerbangan

Terdapat banyak sekolah latihan penerbangan di dalam atau luar negara. Di antara sekolah
latihan penerbangan tempatan termasuklah MAS, Malaysian Flying Academy dan Mofaz Air
Flying Academy. Di luar negara pula terdapat sekolah latihan penerbangan seperti di Australia,
Filipina, United Kingdom dan Amerika Syarikat. Semasa berada di sekolah latihan, peserta akan
mengikuti latihan penerbangan secara teori dan praktikal dalam tempoh yang ditetapkan. Selepas
mengikuti latihan dengan jayanya anda akan memperoleh lesen penerbangan yang melayakkan
anda sebagai juruterbang (Mohd. Yahya Mohamed Ariffin, 2005).

5.0 Syarat Mengikuti Latihan Penerbangan

Pelajar yang berminat untuk mengikuti latihan penerbangan perlu lulus Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM) dengan mendapat kepujian Bahasa Melayu dan sekurang-kurangnya C4 dalam
Matematik, Fizik dan Bahasa Inggeris. Kelayakan yang baik dalam mata pelajaran sains akan
diberi keutamaan. Pemegang ijazah yang tergolong dalam kumpulan umur 18 hingga 24 tahun
dan memenuhi kelayakan yang diperlukan adalah dipelawa untuk memohon. Untuk menjadi
seorang juruterbang pesawat penumpang atau kargo, anda perlu lulus latihan penerbangan dari
institut atau sekolah penerbangan yang diiktiraf dalam dan luar negara (Mohd. Yahya Mohamed
Ariffin, 2005).

6.0 Skim Perkhidmatan

KLASIFIKASI : PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN

KUMPULAN PERKHIDMATAN : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL

SKIM PERKHIDMATAN : JURUTERBANG/PEMERIKSA JURUTERBANG

Gred Jadual Gaji


<!-
P1T1 $1161 P1T24 $3031
Gred A3 P2T1 $1230 P2T24 $3222
P3T1 $1302 P3T24 $3428

P1T1 $3040 P1T6 $3785


Gred A2 P2T1 $3195 P2T6 $3970
P3T1 $3356 P3T6 $4161

P1T1 $3634 P1T6 $4443


Gred A1 P2T1 $3789 P2T6 $4649
P3T1 $3968 P3T6 $4863
6.1 Syarat Lantikan

Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-


a) Terdiri daripada warganegara

b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

c) (i) Lesen Juruterbang Perdagangan dan Instrument Rating yang diiktiraf oleh Kerajaan serta
mempunyai sekurang-kurangnya 1000 jam pengalaman penerbangan sebagai "Pilot in
Command".
(Gaji permulaan ialah pada Gred A3: P1T4); ATAU

(ii) Kategori C - Captain Transport Aircraft dengan mempunyai pengalaman penerbangan 1,500
jam dari Tentera Udara DiRaja Malaysia dan Instrument Rating yang diiktiraf oleh Kerajaan atau
kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred A3 : P1T4); DAN

d) Lulus Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau
kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. Calon-calon hendaklah juga
berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Inggeris dengan memuaskan.

6.2 Penetapan Gaji Permulaan

Gaji permulaan yang lebih tinggi atas P1 Gred A3 boleh ditetapkan oleh Pihak Berkuasa
Melantik berkenaan berasaskan kepada pengalaman kerja atau kepakaran berkaitan, mana
berkenaan.

6.3 Tempoh Percubaan

Juruterbang/Pemeriksa Juruterbang Gred A3 yang dilantik adalah dikehendaki berkhidmat dalam


tempoh percubaan selama 3 tahun.

6.4 Latihan

Juruterbang/Pemeriksa Juruterbang boleh dikehendaki mengikuti kursus latihan yang ditetapkan


oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan yang berkenaan (http:// www .eghrmis. gov.my
/wp_content2/pekeliling / PP91 / PP91Bil09/PP91Bil09Ms71.html).

7.0 Bayaran Insentif Juruterbang


Rujukan : JPA (S) 215/8/2-1 Klt.2(38) bertarikh 25 Mac 1996
Syarat dan Kadar :
Syarat : Dibayar kepada Juruterbang di Jabatan Penerbangan Awam
Kadar:
Jawatan dan Bidang Tugas Kadar Sebulan
(RM)
a. Juruterbang Penguji Pesawat Udara 3000.00
b. Juruterbang yang mempunyai Airline
5000.00
Transport Licence
c. Juruterbang yang mempunyai Commercial
3500.00:
Pilot Licence / Instrument

Agensi Terlibat : Jabatan Penerbangan Awam, Kementerian Pengangkutan


(http://www.eghrmis.gov.my/wp_content2/elaun/Bayaran%20Insentif/Bay_005.htm)

8.0 Lesen Penerbangan

Terdapat tiga bentuk lesen penerbangan.


1. Private Pilot Licence (PPL). Lesen ini diambil oleh individu yang mempunyai hobi
membawa pesawat. Mereka tidak dibolehkan membawa penumpang.

2. Commercial Pilot licence (CPL). Untuk mendapatkan lesen ini, individu berkenaan harus
mengambil tiga kertas peperiksaan yang ditetapkan oleh Jabatan Penerbangan Awam (DCA).

3. Airline Transport Pilot Licence (ATPL). Untuk memperoleh lesen ATPL ini bakal
juruterbang perlu melengkapkan penerbangannya sebanyak 1500 jam dengan menggunakan
lesen CPL serta menduduki enam lagi kertas peperiksaan (Norhayati Hj. Ramlee, 2002).

9.0 Jenis Pesawat

Jenis pesawat adalah seperti berikut:


1. Twin Otter yang boleh memuatkan 12 orang penumpang.
2. Fokker 50 yang boleh membawa 50 orang penumpang.
3. Boeing 737 boleh memuatkan hingga 400 orang penumpang.
4. Air Bus 330.
5. Boeing 777.
6. Boeing 747
(Norhayati Hj. Ramlee, 2002).

10.0 Kenaikan Pangkat

Untuk membolehkan First Officer menjawat jawatan Kapten, juruterbang harus


melengkapkan jumlah jam penerbangan yang telah ditetapkan untuk setiap pesawat yang dibawa
secara bergilir dengan Kapten. Selain daripada itu, untuk mendapatkan pangkat kapten, turut
bergantung kepada kekosongan yang ada.
Untuk membolehkan seorang First Officer dan Kapten membawa pesawat yang
berlainan jenis pula, mereka perlu mempelajari secara terperinci tentang pesawat tersebut
(Norhayati Hj. Ramlee, 2002).

11.0Institusi-Institusi Latihan Juruterbang

11.1 Akademi Penerbangan Malaysia atau Malaysian Flying Academy (MFA)

11.1.1 Latar Belakang Akademi Penerbangan Malaysia


Akademi Penerbangan Malaysia merupakan akdemi yang pertama yang telah ditubuhkan di
Malaysia dan juga di Asia Timur. Akademi ini terletak di Batu Berendam, Melaka.

Selain faktor jarak di antara Kuala Lumpur dan Melaka yang hanya mengambil masa dua jam
perjalanan, faktor cuaca yang baik sepanjang tahun dengan suhu di antara 28-32 darjah celsius
dan mempunyai ruang angkasa yang luas telah menjadikan Mukim Batu Berendam, Melaka
sebagai lokasi terbaik bagi penempatan Akademi Penerbangan Malaysia.
Cuaca memainkan peranan yang penting kerana pelajar perlu menjalani latihan penerbangan
sehingga mencukupi jumlah jam yang diwajibkan.

Menurut Pengetua atau Pengurus Besar MFA, Gp. Kapt.M.Kashav, akademi ini ditubuhkan
berdasarkan panduan yang disediakan oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa
(ICAO).

Manakala, kaedah latihan diluluskan oleh Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA)
berdasarkan ciri-ciri yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam United Kingdom
(CAA). Sementara itu, para pelajar sentiasa diberi peperiksaan yang akan disediakan oleh pihak
DCA dan juga UKCAA.
Peranan utama MFA adalah untuk memberikan pengetahuan dan latihan dalam melahirkan
juruterbang yang profesional bagi mengisi kekosongan syarikat penerbangan dalam negara
mahupun luar negara.
Latihan penerbangan menggunakan pasawat ringan satu enjin dan enjin berkembar, landasan
asphalt, kawalan trafik udara yang lengkap, dan perkhidmatan lapangan terbang yang canggih.
MFA juga mempunyai sebuah pesawat Single Piston-Engined Piper Tomahawk, 12 buah
pesawat Single Piston-engined Piper Warriors, dan empat buah pesawat Twin Piston-engined
Piper Seneca III.
MFA berjaya melahirkan juruterbang bagi syarikat penerbangan utama di dunia seperti
Singapore, Airlines, Silk Air, Air Mauritius, Polis Diraja Malaysia, dan Polis Hong Kong
(Norhayati Hj. Ramlee, 2002).
<!--[if !supportLists]-->11.1.2 <!--[endif]-->Syarat-Syarat Untuk Mengikuti Latihan Penerbangan
di MFA

Mereka yang berminat untuk mengikuti latihan penerbangan di MFA, perlu mengambil
kursus pemulaan, Lesen Juruterbang Komersial (Commercial Pilots Licence - CPL). Kursus
selama 14 bulan ini membabitkan latihan penerbangan selama 200 jam dengan 700 jam pelajaran
teori. Jika berjaya menamatkan kursus ini, pelatih akan mendapat CPL beserta Instument Rating
(IR) yang membolehkan mereka membawa pesawat ringan Piper Seneca III.

Bagi melayakkan diri mengikuti kursus ini, pemohon mesti lulus pemeriksaan perubatan
Kelas sebagaimana yang ditetapkan oleh DCA. Pemohon juga dikehendaki mahir dalam bahasa
Inggeris kerana pembelajarannya seratus peratus dalam bahasa tersebut.

Untuk mengikuti kursus CPL ini, pemohon mesti sekurang-kurangnya berumur 18 tahun
pada masa ujian penerbangan terakhir dijalankan. Di samping itu, mereka mesti mempunyai Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) dengan kepujian dalam bahasa Inggeris, Matematik, dan Sains. Selain
itu, pemohon yang memiliki Sijil Am Pelajaran O Level, atau sijil lain yang setaraf dengan
SPM dan lulus dalam lima mata pelajaran termasuk bahasa Inggeris, Matematik, dan Sains boleh
diterima (Norhayati Hj. Ramlee, 2002).

11.1.3 Tahap Temu Duga dan Latihan di MFA


Setelah pemohonan untuk belajar di MFA diterima, pelatih harus melalui tiga tahap sesi temu
duga.

Kegagalan dalam mana-mana peringkat akan menyebabkan peluang untuk mengikuti latihan
penerbangan tidak tercapai.

pertama ialah ujian Psyco Motor iaitu kordinasi antara mata, tangan, dan kaki. Tahap kedua
ialah Aptitude dan tahap ketiga ialah Oral Interview.

Setelah melepasi ketiga-tiga tahap tersebut, pelajar akan ditempatkan di MFA, untuk mengikuti
latihan penerbangan selama 14 bulan.
Latihan-latihan yang perlu dijalani oleh pelatih di MFA:-
Latihan menerbangkan pesawat satu enjin selama 165 jam. Pesawat ini mempunyai empat
tempat duduk.
Latihan menerbangkan pesawat dua enjin selama 35 jam. Pesawat ini mempunyai enam tempat
duduk.
secara visual. Latihan ini memerlukan pelatih berhubung dengan menara kawalan dan
menerbangkan pesawat mengikut peta yang diberikan untuk mencari tempat atau lokasi yang
telah ditetapkan
Latihan Peralatan Penerbangan (Instument Flying) yang dilakukan di dalam pesawat dua enjin.
Latihan ini tidak memerlukan pelatih melihat atau nampak daratan, kerana penerbangan yang
dibuat berpandukan pada isyarat radio.
Latihan secara praktikal dan teori dilakukan berselang hari. Latihan secara teori (ground school)
meliputi subjek Undang-Undang Udara, Peraturan Pesawat, Enjin Kapal Terbang, Elektrik dan
segala-gala mengenai pesawat tersebut.

MFA turut menawarkan kursus 12 minggu kepada juruterbang yang ingin mendapat Lesen
Juruterbang Pesawat Persendirian (Private Pilots Licence - PPL). Kursus ini boleh diikuti secara
sepenuh masa dan juga separuh masa (Norhayati Hj. Ramlee, 2002).

11.1.4 Kursus Lanjutan Di MFA

Bagi kursus lanjutan, MFA menawarkan Kursus Airline Transport Pilots (ATPL)Kursus ini
membabitkan enam minggu pelajaran dasar, sebelum pelatih mengambil peperiksaan ATPL
United Kingdom yang dijalankan oleh DCA di Kuala Lumpur.

Selain itu, MFA menawarkan kursus Asistant Flying Instructor Rating (AFI). Kursus ini
mengambil masa enam minggu dan dibuka kepada juruterbang yang mempunyai CPI dengan
IMC atau IR yang sah bagi tempoh sekurang-kurangnya tiga bulan.

Kursus tersebut menyediakan latihan dasar dan penerbangan di bawah penyeliaan pengajar
berpengalaman. Bagi kursus AFI ini, pemohon mesti mencatatkan 150 jam penerbangan sebagai
juruterbang kanan (pilot in command) sesebuah kapal terbang. Pemohon juga diwajibkan lulus
peperiksaan prakemasukan (pre-entry) dan ujian penerbangan yang dijalankan oleh pemeriksa
daripada DCA (Norhayati Hj. Ramlee, 2002).

11.1.5 Kemudahan Di MFA

MFA menyediakan kemudahan yang sungguh selesa bagi para pelajarnya.

Akademi ini mempunyai lima buah blok asrama dengan jumlah 73 bilik yang berhawa dingin.

Terdapat dewan makan, surau, kemudahan sukan, dan rekreasi bagi pelajar yang menumpukan
sepenuh masa terhadap pengajian mereka.
Kemudahan lain ialah bilik kuliah yang boleh memuatkan 20 pelajar, bilik penerangan, dan bilik
rehat selain mempunyai ruangan latihan bagi juruterbang (cockpit) Frasca 142 bagi latihan dan
prosedur penerbangan asas.
Menerusi pembiayaan penaja seperti MARA atau Sistem Penerbangan Malaysia (MAS),
lepasan sekolah boleh menyertai Malaysian Flying Academy (MFA). MFA diiktiraf oleh
Singapura dan jabatan penerbangan tertentu selain daripada syarikat penerbangan
tempatan (Norhayati Hj. Ramlee,2002).

11.2 Asia Pacific Flight Training (APFT)


Asia Pacific Flight Training (APFT), bertempat di Pengkalan Chepa, Kelantan, yang merupakan sekolah latihan
juruterbang bertaraf dunia yang menyediakan kursus berkenaan dengan didokongi 14 jurulatih berpengalaman dan
berkemahiran tinggi
.
Pengurus Besar merangkap Pengetua APFT ialah Mejar (B) Mohd Khalid Ali, 56, yang berpengalaman luas dalam
pengurusan operasi, penerbangan korporat dan memiliki lesen Juruterbang Pengangkut Udara (ATPL).

Pelatih dikenakan yuran pengajian RM190,000 merangkumi semua kelengkapan sepanjang


pembelajaran, termasuk yuran semester, pakaian, tempat tinggal dan makanan di samping buku
rujukan.

Pelatih didedahkan kepada lima subjek asas memandu pesawat bagi memastikan mereka
melepasi beberapa peperiksaan sukar sebelum layak mendapat lesen juruterbang yang diiktiraf
Jabatan Penerbangan Awam (DCA).

Antara mata pelajaran itu adalah meteorologi dan navigation, yang menjadi nadi penting
juruterbang, selain mempelajari kemahiran mengendali set perhubungan.

Sepanjang 15 bulan pengajian dengan 165 jam latihan memandu pesawat satu enjin dan 35 jam
mengendali pesawat dua enjin, pelatih perlu membuktikan mereka mampu menjadi juruterbang
yang cekap dan berdisiplin.

Setiap pelatih dikehendaki menghabiskan tempoh pengajian dengan sekurang-kurangnya 42 jam


hingga 45 jam latihan penerbangan sebelum layak mendapatkan Lesen Juruterbang Persendirian
(PPL) yang dikeluarkan DCA.

Setiap pelatih di sini mempunyai jaminan kerjaya sebagai juruterbang bertaraf antarabangsa sama ada dengan
Penerbangan Malaysia (MAS) atau syarikat penerbangan lain di dunia (Betty Subaryati, 2007).
12.0 Organisasi Latihan Penerbangan Dan Kelab Penerbangan

Aviation Flying Training Organization

S/N Organisation Adress Tel Fax

1. Malaysia Flying No. 101, Lot 3224, 06-3174026 06-3174362


Academy Mukim Batu Berendam,
Sdn. Bhd 75350 Melaka.
(PPL/A, CPL/A, IR, AFI & FI)
Web site
http://www.mfa.edu.my/

2. Integrated Lot 38021, 05-3135696 05-3136436


Training & Jalan Lapangan Terbang,
Services 31350 Ipoh,
PERAK
(PPL/A/H, AFI & CPL/H)

3. H.M.Aerospace No 49, The boulevard, 03-27305099 03-27305010


Sdn. Bhd. Mid Valley City, 04-9532000 04-9532001
Lingkaran Syed Putera,
60200 Kuala Lumpur. (HQ)
Singgahsana, Jalan Kuala Muda
Mukim Padang Mat Sirat
07100 Langkawi
Kedah Darul Aman
(PPL/A, CPL/A, IR &AFI)

4. Asia Pacific Suite 50-5-5, Level 5 603-20923177 603-20939218


Flight Training Wisma UOA Damansara 609-7738722 609-7738891
50 Jalan Dungun
50490 Kuala Lumpur
Sultan Ismail Petra Airport
Pengkalan Chepa
16100 Kota Baharu
Kelantan
Website:
www.asiapacificflighttraining.com
Flying Clubs

1. Kelab Penerbangan Hangar KP4B, Lpgn Terbang Batu 06-3176717 06-3176717


4B Malaysia Berendam

2. Kelab Penerbangan Old Airport Terminal, International 088-55049/ 088-219626


Sabah Airport, Post Office Box 10747, K.K. 219406

3. Kelab Penerbangan 13 Floor, Off Blk. , Sheraton Hotel, 3 04-2272888 04-2284018


Tanjong Jln. Larut 10050

4. Kelab Rekreasi Udara Langkawi International Airport, Pdg 04-9552191 04-9552195


Langkawi Mat Sirat
Langkawi, Kedah

5. Sarawak Flying Club North Pan Hangar, Kuching 082-463103 082-574892


International Airport, 92357 Kuching,
Sarawak

6. Subang Flying Club Terminal 3, Sultan Abdul Aziz 03-78469134 03-78472135


Salahuddin Airport, Jln. Lpgn Terbang
SAAS,
47200 Subang, Selangor

7. Elite Flying Club Depature Hall, Terminal 3, Lpgn 03-78591466 03-78591290


Terbang Sultan Abdul Aziz Shah,
47200 Subang, Selangor

03-78464733 03-78464745
8. ESB Flying Club No. 22C, 3rd. Floor,
Jln. SS 19/1D,
47500 Subang Jaya, Selangor

03-78052895 03-78052817
9. FAS Udara Flying 113A, Block A, Kelana Busines
Club Centre, SS 7/2,
47301 Petaling Jaya, Selangor.

10. FRAS Flying Club Cargo Complex, Sultan Ismail 019-7252843 07-5995290
International Airport,
81250 Senai, Johor

11. Royal Selangor Old Airport Road, 03-21411934 03-21411982


Flying Club 50460 Kuala Lumpur
P.O. Box 11769,
50756 K. Lumpur

12. Terengganu Flying Tkt. 1, Lot PT 17693-K, Tmn. 09-6664750 09-6664750


Club Semarak,
21200 K. Trengganu, Trengganu

13. Johor Flying Club Cargo Apron, Sultan Ismail 07-5991255 07-5990355
International Airport,
Senai

14. Kedah Flying Club Lpgn Terbang Sultan Abdul Halim 04-7145051 04-7142381
(Rumah Kelab)
Kepala Batas

15. Kelab Aero Perak Jalan Lapangan Terbang, 05-3127359 05-3127359


Ipoh, Perak

(http://www.mot.gov.my/BM/Akta1.cfm)

13.0 Penutup

Kerjaya sebagai juruterbang memang terbuka luas, berikutan perkembangan pesat


industri penerbangan dari dalam dan luar negara. Terdapat banyak syarikat penerbangan, sama
ada di dalam mahupun luar negara yang menyediakan peluang pekerjaan ini.

Dari segi pendapatan, kerjaya ini menjanjikan gaji yang cukup lumayan serta ditambah
dengan pelbagai insentif lain, selaras dengan tugasnya yang cukup mencabar dan berisiko.
Kerjaya dalam bidang ini manjanjikan masa depan yang cerah.
Posted by ryzzal at 21:24

Anda mungkin juga menyukai