Anda di halaman 1dari 5

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN LADANG PADANG MEIHA

09400 PADANG SERAI,KEDAH DARUL AMAN

TEL: 0125755363 KOD SEKOLAH : KBD 5046


Email:sjktldgpadangmeiha.kbb@gmail.com

MINIT MESYUARAT SKIM PINJAMAN BUKU TEKS SEKOLAH (SPBT) KALI


KETIGA 2017

Tarikh : 15 November 2017


Hari : Khamis
Tempat : Bilik Mesyuarat
Masa : 1.20 tgh

AGENDA MESYUARAT

1.0 Ucapan Pengerusi

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada penyelaras SPBT


Pn.N.Chandrakumari dan semua guru-guru di bawah Unit SPBT
kerana hadir mesyuarat ke-3 unit SPBT.

2.0 Ucapan GPK HEM

2.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kerana telah berjaya


melaksanakan tugas yang berkaitan dengan unit SPBT dan
mengharapkan semua guru yang terlibat member kerjasama dalam
melancarkan dan mencapai objektif unit SPBT.

2.2 Pengerusi juga mengingatkan guru-guru agar memastikan murid


menjaga keselamatan dan menghargai buku teks.
2.3 Tindakan segera juga perlu diambil jika ada sebarang permasalahan
berkaitan dengan buku teks.

3.0 Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat.

3.1 Pengerusi membentangkan minit mesyuarat yang lalu.


3.2 Dicadangkan oleh: Pn. R. Revathy
3.3 Disokong oleh :Pn. K. Shassikala

4.0 Perancangan Akhir Tahun

4.1 Pengerusi memaklumkan Jadual pemulangan dan peminjaman


buku teks telah diedarkan kepada murid-murid. Proses
pemulangan buku teks telah dibuat untuk Tahun 1 hingga 6.

4.2 Sebanyak 8 judul buku Terbitan Baru akan diterima. Sehingga hari ini
5 judul buku sudah diterima. 3 judul buku masih belum diterima.

5.0 Hal-hal lain

5.1 Pengerusi menjelaskan proses pemulangan dan peminjaman buku


teks melibatkan guru kelas.

5.2 Pengagihan buku teks untuk semua murid akan dijalankan minggu
terakhir sesi persekolahan.

5.3 Selain penyelaras SPBT sekolah, pihak yang boleh menerima buku teks
ialah semua pentadbir, Ketua kerani dan Pegawai Tadbir.

6.0 Penutup
6.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kerjasama yang
diberikan oleh semua guru sepanjang mesyuarat berlangsung.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang.

Disediakan oleh,

..................................
(Pn.R.Revathy)
Setiausaha Unit SPBT
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN LADANG PADANG MEIHA

09400 PADANG SERAI,KEDAH DARUL AMAN

TEL: 0125755363 KOD SEKOLAH : KBD 5046


Email:sjktldgpadangmeiha.kbb@gmail.com

SURAT PANGGILAN MESYUARAT SPBT KALI KETIGA 2017

Tuan/ Puan,

MESYUARAT SPBT KALI KETIGA TAHUN 2017

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat SPBT akan diadakan seperti


ketetapan berikut :

Tarikh : 15 November 2016


Masa : 1.20 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat

3. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut:


3.1 Ucapan GPK HEM
3.2 Pengesahan minit mesyuarat
3.3 Perkara yang berbangkit
3.4 Perancangan Tahun 2018
3.5 Hal-hal lain

4. Kehadiran tuan/puan amat dialu-alukan dan didahului dengan ribuan


terima kasih.

Sekian.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

..............................................
(PN.CHANDRAKUMARI A/P NADARAJAH)
Penyelaras Unit SPBT