Anda di halaman 1dari 7

LAPORAN WACANA

Tarikh :24 November 2017 (Khamis)


Masa :9.00 pagi 12.00 tengahari
Tempat :Dewan Seminar Al-Farabi , Masjid Sultan Ibrahim ,
Universiti Tun HusseinOnnMalaysia
Anjuran :Pusat Islam UTHM
Penampilan Khas :Habib Mahdi Bin Abu Bakar Al Hamid

PENDAHULUAN

Pada hari khamis bersamaan 24 November 2017 telah berlangsung satu program wacana
falsafah ilmu yang diadakan di Dewan Seminar Al-Farabi , Masjid Sultan Ibrahim , Universiti
Tun Hussein Onn Malaysia.Seminar dimulakan pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 12.00
tengahari.Seminar berkenaan menerangkan tentang sunnah yang perlu kita ketahui dan amalkan
dalam kehidupan seharian kita.Peserta yang terlibat dalam ini adalah pelajar yang mengambil
kursus Pengajian Islam (UWA10102) selama 3 jam ceramah itu berlangsung bersamaan dengan
sesi soal jawab.
As-Sunnah menurut istilah syariat ialah segala sesuatu yang bersumber dari Nabi
Shallallahu alaihi wa sallam dalam bentuk qaul (ucapan), fiil (perbuatan), taqrir (penetapan),
sifat tubuh serta akhlak yang dimaksudkan dengannya sebagai tasyri (pensyariatan) bagi
ummat Islam. As-Sunnah menurut istilah ulama ushul fiqih ialah segala sesuatu yang bersumber
dari Nabi j selain dari Al-Qur-an, baik perbuatan, perkataan, taqrir (penetapan) yang baik untuk
menjadi dalil bagi hukum syari. As-Sunnah menurut istilah ahli fiqih (fuqaha) ialah segala
sesuatu yang sudah tetap dari Nabi Shallallahu alaihi wa sallam dan hukumnya tidak fardhu dan
tidak wajib, yakni hukumnya sunnah.
DAPATAN SEMINAR

Orang yang menghidupkan sunnah Rasulullah SAW akan mendapatkan dua keutamaan
(pahala) sekaligus, yaitu keutamaan mengamalkan sunnah itu sendiri dan keutamaan
menghidupkannya di tengah-tengah manusia yang telah melupakannya. Syaikh Muhammad bih
Shaleh al-Utsaimin -rahimahullah- berkata, Sesungguhnya sunnah Rasulullah SAW jika
semakin dilupakan, maka (keutamaan) mengamalkannya pun semakin kuat (besar), karena
(orang yang mengamalkannya) akan mendapatkan keutamaan mengamalkan (sunnah itu sendiri)
dan (keutamaan) menyebarkan (menghidupkan) sunnah di kalangan manusia.

Sunnah Rasulullah SAW adalah segala sesuatu yang bersumber dari Rasulullah SAW,
baik ucapan, perbuatan maupun penetapan beliau SAW, yang ditujukan sebagai syariat bagi
umat Islam.Makna menghidupkan sunnah Rasulullah SAW adalah memahami petunjuk Beliau
SAW, mengamalkan dan menyebarkannya di kalangan manusia, serta menganjurkan orang lain
untuk mengikutinya dan melarang dari menyelisihinya.Terdapat banyak sunnah Rasulullah SAW
Yang boleh diamalkan antaranya:

1. Solat Tahajjud

Dalam rangkai sahabat Ali Bin Thalib menyatakan bahawa, salah satu dari ubatnya hati adalah
shalat malam dan tahajud. Dan Allah S.W.T berfirman: Dan pada sebahagian malam hari
bertahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu. Mudah mudahan Tuhan Mu
mengangkat kamu ke tempat yang terpuji, (Al-Israa : 79)

2. Membaca Al-Quran dengan maksudnya


Al-Quran merupakan petunjuk dan sumber mata kehidupan. Al-Quran merupakan pedoman
muslim untuk hidup dan menjalani kehidupan. Maka membaca atau tadarus Al-Quran itu penting
sekali, kita tidak hanya disuruh membaca, tetapi juga memahami dan menghayati artinya serta
dilanjutkan dengan mengamalkan ajaran-ajaran yang terkandung di dalamnya.
3. Memakmurkan Masjid / Solat Subuh di Masjid
Masjid adalah sebuah tempat suci bagi orang-orang yang sentiasa mensucikan dirinya secara
lahir maupun batin. Masjid juga sebagai tempat tinggal landas bagi Mirajnya orang-orang
beriman. Dalam ertikata ini, masjid sebagai tempat menginternalisasikan nilai-nilai Ilahiyah ke
dalam dirinya sebagai modal utama dalam kehidupan, baik secara individu, dalam lingkup rumah
tangga, masyarkat dan bangsa bahkan dalam lingkup dunia global.

4. Solat Dhuha,
Salah satu rahsia Solat dhuha adalah kerana Solat Dhuha adalah sedekah.Shalat dhuha adalah
ibadah sunnah yang sentiasa dilakukan Rasullah Saw.

5. Bersedekah
Allah menyukai orang yang suka bersedekah.Carilah rezeki dengan sedekah. Demikian juga
bertaubatlah dengan bersedekah, jika kita sakit juga hendaknya bersedekah. Banyak sekali ayat-
ayat Al-Quran yang menegaskan dan memerintahkan akan hal ini. bersedekah merupakan kayu
ukur dan ciri dari orang-orang yang beriman, soleh dan bertakwa.

6. Menjaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu.
Nabi saw, senantiasa dalam keadaan wudhu, baik dalam waktu dan keadaan apapun. Jangan
tinggalkan wuduk. Kalau batal, berwudhulah kembali. Hal itu merupakan keperluan kita sendiri
dalam rangka untuk mendekatkan diri kepada Allah swt. Seterusnya kita terjaga dari hal-hal yang
tidak bermanfaat dan dari perbuatan-perbuatan dosa dan tercela. Karena wudhu merupakan
proses pembersihan badan kita secara simulasi dilanjutkan dalam rangka untuk pembersihan
fitrah dan hati atau rohani kita.

7. Amalkan istighfar setiap saat.


Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah. istighfar
setiap saat dan dalam segala aktiviti apapun diperintahkan beristiqfar.
8. Doa dalam sujud
Saat yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah ketika bersujud kerana
itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya.
"Keadaan seorang hamba yang paling dekat dari Rabbnya adalah ketika dia sujud, maka
perbanyaklah doa." HR Muslim, #744 (lidwa)

9. Pakai minyak wangi


Memakai minyak wangi adalah Sunnah maka pakailah terutama ketika hendak bersolat, ke
masjid atau ke mana sahaja.
"Telah dijadikan aku menyukai bagian dari dunia, yaitu menyukai wanita dan wangi-wangian.
Dan dijadikan sebagai qurroatu ayun (ketenangan hati) di dalam solat" HR an-Nasa'iy, sahih
menurut al-Albani.

10. Ambil wuduk sebelum tidur


Gosok gigi dan ambil wuduk sebelum tidur malam kerana menjadi amalan yang sangat dirahmati
dan menghindar gangguan iblis dan syaitan.
Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan bersamanya di dalam
pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa Ya Allah, ampunilah hambamu si
fulan karena tidur dalam keadaan suci. HR Ibn Hibban dalam sahihnya, dinilai sahih sanadnya
oleh syaikh Syu'aib al-Arnaouth dan dinilai hasan oleh al-Albani, sahih at-targheeb.

11. Solat fardhu di masjid


Nabi SAW tidak pernah solat fardhu di rumah. Setiap langkah kanan ke masjid akan diangkat
satu darjat dan langkah kiri akan dihapus satu dosa.
Barangsiapa bersuci di rumahnya lalu dia berjalan menuju salah satu dari rumah Allah (yaitu
masjid) untuk menunaikan kewajiban yang telah Allah wajibkan, maka salah satu langkah
kakinya akan menghapuskan dosa dan langkah kaki lainnya akan meninggikan derajatnya. (HR.
Muslim no. 1553)
12. Solat fardhu berjemaah
Solat fardhu berjemaah di masjid dibayar 27 kali lipat dari solat sendirian di rumah. Jika anda
waras dan sempurna akal, di manakah anda akan solat?Solat berjamaah lebih utama dua puluh
tujuh derajat daripada shalat sendirian. (HR. Al-Bukhari no. 131 dan Muslim no. 650)

13. Menyimpan janggut


Memotong misai dan menyimpan janggut. Lebih afdal dengan jambang sekali. Diberi pahala
amal berterusan selama menyimpannya.
Dari Ummul Mukminin, Aisyah ra, bahawa Nabi saw bersabda,
Ada sepuluh macam fitrah, yaitu memendekkan kumis, memelihara janggut, bersiwak, istinsyaq
(menghirup air ke dalam hidung), memotong kuku, membasuh persendian (baraajim), mencabut
bulu ketiak, mencukur bulu kemaluan, istinja dengan air. (HR. Muslim no. 627)

14. Posisi tidur


Posisi tidur yang dianjurkan ialah mengereng di atas rusuk kanan, muka dan badan mengadap
kiblat dan tapak tangan kanan di bawah pipi.
Jika kamu mendatangi tempat tidurmu maka wudhulah seperti wudhu untuk shalat, lalu
berbaringlah pada sisi kanan badanmu (HR. Bukhari no. 247 dan Muslim no. 2710)

15. Tidur sebelum zohor


Tidur sebentar sebelum Zohor kerana ianya membantu ibadah di malam hari dan bangun
sebelum gelincir matahari untuk solat Zohor.
Qailulah-lah kalian, sesungguhnya setan-setan itu tidak pernah istirahat siang. (HR. Abu
Nuaim dalam Ath-Thibb), al-Albani, Ash-Shahihah no. 1637: isnadnya shahih); waktunya
khilaf, ada kata sebelum zawal (masuk zuhur) dan boleh juga selepas solat zuhur.
16. 4 rakaat sebelum zohor
Solat 4 rakaat setelah gelincir matahari sebelum zohor. Saat itu pintu langit dibuka untuk
menerima amal soleh dan tertutup ketika solat zohor.Ianya dinamakan solat qabliyah Zuhur 4
rakaat, dalil:
Rasulullah saw sentiasa solat 4 rakaat qabliah zuhur dan bersabda:
"Sesungguhnya ada suatu saat di mana semua pintu langit dibuka maka saya ingin sekali bahawa
pada saat itu ada suatu amal kebaikanku yang naik ke sana." HR Ahmad, Termidzi, disahihkan
oleh al-Wad'iy katanya hasan (al-Sahih al-Musnad, dorar)

17. Jangan mencaci makanan


Jangan mencaci makanan. Jika suka, makanlah , jika tidak suka biarkan sahaja.Dari ABu
Hurairah, " Nabi saw tidak pernah mencela makanan, jika dia suka dia makan, jika dia tak suka,
dia biarkan saja." Muttafaq alaih

18. Makanan panas


Rasulullah SAW melarang meniup makanan panas. Hendaklah biarkan sejuk sedikit hingga
mudah untuk dimakan.Nabi saw melarang bernafas di dalam gelas atau meniup isi gelas. (HR.
Ahmad 1907, Turmudzi 1888, dan disahihkan oleh syaikh Syuaib Al-Arnauth).

19. Jangan tidur meniarap


Jangan tidur meniarap kerana ia adalah posisi tidur yang dibenci Allah.Sesungguhnya tidur
posisi meniarap adalah tidak disukai Allah." HR Nasa'iy dan Ibn Hibban mensahihkannya

20. Dua rakaat sebelum subuh


Dua rakaat sunat sebelum solat fardhu Subuh itu adalah lebih baik dari dunia dan segala
isinya.Dua rakaat fajar, lebih baik dari pada dunia seisinya. (HR. Muslim 725, Nasai 1759,
Turmudzi 416, dan yang lainnya).
KESIMPULAN

Kesimpulannya, banyak ilmu yang kami peroleh sepanjang lebih kurang 3 jam
penglibatan kami dalam majlis ilmu ini . Seminar ini dapat membuatkan kami lebih faham
mengenai sunnah dan dapat memperaktikkannya selama menjalani kehidupan di dunia ini .Kami
mengharapkan agar majlis ilmu seperti ini dapat dianjurkan lagi pada masa akan datang kerana
banyak ilmu yang diperoleh bukan hanya dengan mendengar ceramah tetapi boleh berkongsi
pendapat atau bertanyakan soalan pada penceramah supaya kita lebih faham tentang apa yang
ingin kita tahu. Selain itu , kami berharap supaya program-program seperti ini diwar-warkan
secara meluas agar ramai yang tahu dan dapat menyertai program ilmu yang bermanfaat ini.

Dari Amr bin Auf bin Zaid al-Muzani radhiyallahu anhu, Rasulullah shallallahu alaihi wa
sallam bersabda,

Barangsiapa yang menghidupkan satu sunnah dari sunnah-sunnahku, kemudian diamalkan oleh
manusia, maka dia akan mendapatkan (pahala) seperti pahala orang-orang yang
mengamalkannya, dengan tidak mengurangi pahala mereka sedikit pun".

Anda mungkin juga menyukai