Anda di halaman 1dari 6

KERTAS CADANGAN

MEMOHON MESIN PENCETAK UNTUK UNIT PENILAIAN DAN PENTAKSIRAN

SK BERTAM PERDANA

1.0 PENDAHULUAN

Unit Penilaian dan Pentaksiran SK Bertam Perdana merupakan satu unit penting yang ditubuhkan

bagi menguruskan segala hal berkaitan Peperiksaan dan Ujian termasuklah menguruskan data-

data calon UPSR. Unit ini diselenggara oleh Setiausaha Awam dan Setiausaha Dalaman Sekolah.

Unit ini juga terlibat dalam memantau kemasukan markah oleh guru-guru melalui aplikasi online

SAPS serta menganalisis headcount setiap murid.

2.0 OBJEKTIF

Objektif Kertas Kerja ini ialah :

1. Mendapatkan peruntukan daripada PIBG untuk membeli mesin pencetak. Mesin pencetak

ini bertujuan untuk:

i) mencetak pelbagai maklumat dari pihak KPM untuk dimaklumkan kepada pentadbir

dan guru-guru.

ii) Mencetak maklumat pendaftaran murid - murid UPSR secara individu

ii) mencetak soalan soalan berkaitan UPSR melalui unit MGB

iii) mencetak analisis headcount murid untuk kegunaan panitia

iv) mencetak slip keputusan setiap murid untuk kegunaan Hari Runding Cara Akademik
3.0 ORGANISASI UNIT PENILAIAN DAN PENTAKSIRAN SKBP

PENGERUSI : EN. MOHD ASHRI BIN ABDULLAH

Guru Besar SK Bertam Perdana

NAIB : PN HAFIZOH BT ABDUL WAHAB

PENGERUSI
GPK Pentadbiran SK Bertam Perdana

SETIAUSAHA 1 : PN RUZIAH BT AHMED

Peperiksaan Awam

SETIAUSAHA 2 : PN ZAHIRAH BT HJ AHMAD

Peperiksaan Dalaman Sekolah

AJK GURU : PN SURIATI BT YAAKOB ( PEKA Dunia Sains Teknologi )

PN ZARINA BT ABDUL RAHMAN ( PLBS Bahasa Melayu )

EN NANTHA KUMAR SIGALINGGAM ( PLBS Bahasa Inggeris )

PN SITI ZABIDAH BT ABDUL MANAN ( PAFA )

PN. NORHASYIMAH BT AHMAD ( PBS )

Semua Ketua Panitia & Guru Penyelaras Tahun1 6


4.0 ANGGARAN KOS MENGIKUT CADANGAN

Unit Penilaian dan Pentaksiran mencadangkan mesin pencetak jenama EPSON L360. Mesin

pencetak ini mempunyai pelbagai fungsi. Mesin pencetak ini juga tahan lasak serta boleh

mencetak dengan kuantiti yang banyak pada satu-satu masa.

Harga dan gambar adalah seperti dibawah.

BIL BARANG ANGGARAN KOS

1 Mesin Pencetak EPSON L360 RM 500.00

JUMLAH RM 500.00

Get Up to Speed with Great Productivity

The L360 multi-function ink tank printer delivers remarkable speeds of up to 9.2ipm, making high

volume-printing an efficient process.

High-yield ink bottles

Print speed up to 33ppm (9.2ipm)

Print resolution up to 5760 dpi x 1440 dpi

Warranty of 2 years or 30,000 pages, whichever comes first


Read more at https://www.epson.com.my/For-Home/Printers/InkTank-System/Epson-L360-All-in-

One-Ink-Tank-Printer/p/C11CE55501#0zlW8Pjwe7tE8meS.99

5.0 PENUTUP

Harapan Unit Penilaian dan Pentaksiran untuk mendapatkan mesin pencetak yang berkualiti

diharap dapat membantu pengurusan Unit Penilaian dan Pentaksiran terutamanya dalam

pengurusan mencetak maklumat-maklumat berkaitan peperiksaan. Diharapkan cadangan kami

mendapat perhatian daripada pihak PIBG dan pihak pentadbiran sekolah supaya apa yang

dirancang dapat berjalan dengan lancar.

DISEDIAKAN OLEH : DISEMAK OLEH :

............................................ ..

(PN ZAHIRAH BT HJ AHMAD) (PN RUZIAH BT AHMED)

Setiausaha Peperiksaan Dalaman Sekolah Setiausaha Peperiksaan Awam

SK BERTAM PERDANA SK BERTAM PERDANA

DISOKONG OLEH:

( EN ASHRI BIN ABDULLAH )

Guru Besar

SK BERTAM PERDANA
SEKOLAH KEBANGSAAN BERTAM PERDANA
BANDAR BERTAM PERDANA
13200 KEPALA BATAS
SEBERANG PERAI UTARA

KERTAS CADANGAN
PEMBELIAN MESIN PENCETAK
UNIT PENILAIAN DAN
PENTAKSIRAN
SK BERTAM PERDANA
2017

Anda mungkin juga menyukai