Anda di halaman 1dari 1

Prasekolah Sk Seri Machap,

Kpg Baru Bukit Sedanan,Jln Mashur,


77500 Selandar,Melaka
No.Tel:606-5252763
MBA1076

Petrosains KLCC
Level 4,Suria KLCC,
Petronas Twin Towers,
50088,Kuala Lumpur,
Malaysia. 26.10.2016

Tuan/Puan
MEMOHON PENGURANGAN HARGA TIKET KEMASUKAN KE PETROSAINS.
Dengan segala hormatnya perkara diatas adalah dirujuk.
2. Pihak prasekolah dari SK Seri Machap telah mengadakan lawatan sambil belajar ke
Petrosains KLCC untuk murid prasekolah .Berikut butir-butir maklumat untuk makluman
pihak puan/tuan:
Jumlah Pelajar : 17 Orang
Jumlah Guru Pengiring :5 Orang
Tarikh Lawatan :27.10.2016
Hari Lawatan :Khamis
Masa Lawatan :1.00 pm
No.Booking :93611
3. Semoga pihak tuan/puan menerima permohonan kami untuk mengurangkan kadar
tiket kemasukkan ke Petrosains.
4. Kerjasama dan keprihatinan pihak tuan/puan amatlah kami hargai dan didahului
dengan ucapan ribuan terima kasih.Sekian.

Bersama Memangkin Kecemerlang Anak

-----------------------------------------
En.Othman Bin Abdul Wahid
Guru Besar
SK Seri Machap.

Anda mungkin juga menyukai