DISEDIAKAN OLEH
KUMPULAN : P
KPF3012
PERKEMBANGAN Siri Pembelajaran Aktif
PENDIDIKAN DI MALAYSIA:
FALSAFAH & DASAR
UNIT 6
SINOPSIS
Hasil Pembelajaran
Kandungan Halaman
6.0 Pemetaan Ringkasan Kandungan. 2
6.1 Hubungkait falsafah pendidikan, dasar pendidikan & sistem pendidikan 3
Malaysia.
dan negara.
1
Dasar-dasar & Hala Tuju Pendidikan Malaysia
UNIT 6
2
Dasar-dasar & Hala Tuju Pendidikan Malaysia
SISTEM
PENDIDIKAN
3
Dasar-dasar & Hala Tuju Pendidikan Malaysia
NIT 6
i.
_Dasar______
kawalan
_
iv. DASAR- ii
Dasar Inovasi DASAR Dasar Kebajikan
_ PENDIDIKAN
iii.
Dasar Solusi
4
Dasar-dasar & Hala Tuju Pendidikan Malaysia
5
Dasar-dasar & Hala Tuju Pendidikan Malaysia
UNIT 6
6
Dasar-dasar & Hala Tuju Pendidikan Malaysia
7
Dasar-dasar & Hala Tuju Pendidikan Malaysia
8
Dasar-dasar & Hala Tuju Pendidikan Malaysia
Apakah DPK?
10
Dasar-dasar & Hala Tuju Pendidikan Malaysia
(MBMMBI )
Apakah MBMMBI ?
MBMMBI ialah sebuah dasar kerajaan Malaysia dalam mengembalikan Bahasa Melayu sebagai
Bahasa kebangsaan dan meningkatkan lagi penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan para
pelajarnya.
UNIT 6
12
Dasar-dasar & Hala Tuju Pendidikan Malaysia
Latihan Esei
Tajuk Soalan
13
Dasar-dasar & Hala Tuju Pendidikan Malaysia
SOALAN 6.1 Jelaskan hubungkaitan di antara falsafah pendidikan, dasar pendidikan dan
sistem pendidikan di Malaysia.
Falsafah pendidikan ialah kajian tentang makna, tujuan serta kaedah asas pendidikan,
pembelajaran. Ianya juga merupakan kajian semula jadi minda yang serba tahu tabiat semula
jadi soalan mengenai kuasa dan pentaksiran diantara pendidikan dan masyarakat. Seterusnya
ialah berhubung rapat dengan teori perkembangan manusia. Sebagai contoh ialah falsafah
pendidikan kebangsaan (FPK) dan falsafah pendidikan guru(FPG). Manakala dasar pendidikan
diwujudkan pula untuk menyelesaikan masalah dari segi aspek sosial dan ekonomi. Selain itu
ialah dasar kebajikan dalam pendidikan. Tujuan dasar kebajikan ini ialah untuk mengubah
tahap keilmuan dan kemanusiaan dan dasar yang berkaitan dengan usaha memperbaiki
kebajikan dan perkhidmatan dalam pendidikan. Sebagai contoh ialah dasar 1 murid , yuran
pendidikan percuma, ptptn, dan juga biasiswa. Akhir sekali ialah sistem pendidikan. Sistem
penidikan ini diterajui oleh 2 kementerian iaitu kementerian pelajaran Malaysia (KPM) dan
kementerian pengajian tinggi (KPT). KPM ini bertanggungjawab dalam prasekolah, rendah,
menengah dan lepasan menengah. Sebagai contoh ialah pendidikan pra sekolah, pendidikan
rendah, pendidikan lepasan menengah. Sebagai rumusan setiap kajian dan penambahbaikan
yang dijalankan adalah bertujuan untuk menambahbaikkan sistem pendidikan negara agar
setarah dengan sistem pendidikan negara-negara lain dan mampu menyediakan tenaga kerja
yang berkualiti tinggi.
14
Dasar-dasar & Hala Tuju Pendidikan Malaysia
15
Dasar-dasar & Hala Tuju Pendidikan Malaysia
Bagi setiap negara yang sudah mencapai kemerdekaan, salah satuaspek penting yang
amat dititikberatkan dalam usaha untuk menuju ke arah negara yang maju dan membangun
dari aspek politik, ekonomi dan sosial ialah penekanan terhadap perlaksanaan sistem
pendidikan negara. Sistem pendidikan yang dilaksanakan di dalam sesebuah negara, penting
bukan sahaja kerana fungsi kebajikan dan sosialisasinya iaitu di mana kanak kanak dididik
untuk menjadi insan yang berjaya dan mengenali budaya sertaalam sekeliling, tetapi juga boleh
digunakan sebagai wadah untuk menyampaikan ideologi kebangsaan kepada masyarakat iaitu
melalui penerapan tentang kefahaman serta nilai nilai positif untuk perpaduan kaum di
kalangan para pelajar. Di Malaysia, dasar pendidikan mempunyai peranan yang amat
pentingdalam menentukan hala tuju sistem pendidikan negara yang mana dasar ini dikenali
sebagai Dasar Pendidikan Kebangsaan.
Dasar Pendidikan Kebangsaan mula dilaksanakan di negara ini dalam tahun 1957.
Umumnya, terdapat 3 tujuan utama yang terkandung dalam dasar pendidikan kebangsaan ini.
Pertama, tujuan dasar pendidikan diadakan adalah untuk mewujudkan satu sistem pelajaran
yang dapat memenuhi keperluan Negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan,
sosial, ekonomi dan politik. Kedua, untuk menghasilkan pelajar yang berdisiplin serta
mematuhi dan menghormati kedua ibu bapa mereka di mana prinsip ini sejajar dengan dasar
dan polisi pendidikan untuk mengadakan proses pengajaran dan pembelajaran yang cekap dan
efisien dengan keperluan untuk mengelakkan perbelanjaan awam yang tidak tersusun. Yang
ketiga pula, ianya untuk memastikan agar dasar ini dapat dilaksanakan dengan berkesan
khususnya dalam menentukan perkembangan sistem pendidikan yang progresif dan bahasa
kebangsaan dijadikan sebagai bahasa pengantar yang utama.
Integrasi antara kaum pula merupakan isu yang amat diberi perhatian oleh pihak
kerajaan ketika menggubal dasar pendidikan selepas Negara mencapai kemerdekaannya.
Laporan Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960 telah menggariskan dengan jelas dasar
yang berkaitan dengan nilai nilai integrasi antara kaum ini.
16
Dasar-dasar & Hala Tuju Pendidikan Malaysia
Antara langkah yang telah diambil dalam usaha untuk mengukuhkan dasar pendidikan
negara ini ialah dengan menjadikan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa
pengantar utama di semua sekolah, menggunakan sukatan pelajaran dansistem peperiksaan
yang sama di setiap sekolah dan guru guru yangmengajar di sekolah haruslah dilatih di bawah
satu sistem latihan perguruanyang sama. Ketiga tiga faktor ini merupakan kunci kepada
pembentukan arah dan orientasi nilai sistem pendidikan kebangsaan negara ini. Menerusi
perancangan yang sistematik, kurikulum latihan perguruan yang seragam danamalan amalan
pedagogi di bilik- bilik darjah yang bersesuaian , makasistem pendidikan kebangsaan ini
dijangka dapat membentuk ciri- ciri tingkahlaku dan sikap pelajar yang bersesuaian dengan
tatasusila masyarakat Malaysia.
mereka yang menentang sekolah wawasan adalah mereka yang tidak inginmelihat
tercapainya cita-cita kerajaan dan rakyat Malaysia untuk membentuk sebuah negara yang
bersatu padu seperti yang tercipta dalam Wawasan2020 apabila rakyatnya hidup secara aman
dan damai di mana tiada lagi fenomena pengenalan kaum mengikut kegiatan ekonomi pada
2020 nanti
Implikasi pelaksanaan dasar-dasar pendidikan tersebut terhadap pembangunan insan
dan Negara. KBSR Dan KBSM dirancang untuk mencerminkan keinginan Falsafah dan
matlamat pendididkan kebangsaan dalam usaha untuk melahirkan masyarakat yang sempurna
dan mempunyai keperibadian yang tinggi seperti percaya kepada Tuhan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan nasional yang tinggi antara kaum.
Integrasi nasional antara kaum adalah antara aspek penting yang perlu ditekankan
dalam masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa ini.
Tanpa semangat perpaduan dan kejelekitan antara kaum, kemajuan dan pembangunan negara
pasti akan terjejas dan akhirnya akan menyebabkan berlakunya konflik dan perpecahan
kaum. Untuk memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat yang berbilang kaum ini,prasangka
yang bersifat perkauman atau prejudis ini seharusnya dikikis dandihapuskan daripada diri
setiap masyarakat Malaysia. Dalam hal ini, sikap toleransi harus sentiasa diamalkan. Di
samping itu, perbezaan kebudayaan,pendidikan, sosial dan ekonomi tidak harus dibiarkan
berlarutan atau menjadi batu penghalang terhadap usaha kerajaan untuk memupuk semangat
perpaduan di kalangan warganegaranya. Malah, sebagai rakyat Malaysia,kita harus berusaha
17
Dasar-dasar & Hala Tuju Pendidikan Malaysia
SOALAN 6.4 Merujuk kepada mana-mana satu (1) dasar pendidikan yang
dilaksanakan di Malaysia. Bincangkan latar belakang pembentukan, pelaksanaan dan
pencapaiannya.
Dasar yang saya pilih ialah dasar 1 murid 1 sukan. Ini ialah suatu dasar yang
mewajibkan setiap murid untuk menyertai sekurang-kurangnya 1 aktiviti sukan yang ada di
sekolah. Dasar ini juga adalah dasar yang menyokong Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu
seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Dasar ini juga selaras dengan dasar
sukan Negara iaitu sukan untuk semua. Rasional dasar ini ialah mendokong dasar sukan untuk
semua. Ia juga menitikberatkan penglibatan murid dalam pelbagai aktiviti dan peringkat sukan.
Ianya juga dibentuk atas rasional segala kegiatan sukan adalah sebahagian daripada
transformasi pendidikan yang diusahakan oleh Kemenerian Pelajaran Malaysia (KPM). Ia
nuga menyumbang kepada pengalakkan pertandingan yang sihat, semangat muhibbah,
kesefahaman, toleransi dan meingkatkan nilai moral dan fizikal. Hal ini demikian dapat
memberi peluang secara menyeluruh kepada murid untuk melibatkan diri secara terurus dan
terancang.
Matlamat dasar ini ditubuhkan adalah untuk membangunkan modal insan dari kalangan
murid melalui penyertaan menyeluruh dalam kegiatan sukan sepanjang tahun dan juga untuk
memupuk budaya bersukan di kalangan murid. Konsep yang dibuat ialah mewajibkan setiap
murid tahap 2 sekolah rendah (tahun 4,5,6) dan sekolah menengah ( tingkatan peralihan-
tingkatan 6) mengikuti sekurang-kurangnya 1 aktiviti sukan yang dikendalikan secara
sistematik dan terancang. Ianya juga perlulah berteraskan prinsip asas perkembangan fizikal
murid. Prinsip pelaksanaannya ialah setiap murid termasuk murid yang berkeperluan khas
yang tidak mengalami masalah kesihatan wajib mengambil bahagian sekurang-kurangnya 1
jenis sukan. Dasar ini juga diwajibkan kepada semua murid dari tahun 4 hingga tingkatan 6.D
murid pra sekolah hingga tahun 3 digalakkan untuk menyertai berdasarkan kemampuan
sekolah.
Seperkara lagi, Dasar 1 Murid 1 Sukan dapat memberikan keseimbangan antara keperluan
akademik dengan keperluan fizikal. Dasar ini boleh memberikan akses kepada semua murid
18
Dasar-dasar & Hala Tuju Pendidikan Malaysia
mendapatkan faedah daripada penglibatan dalam sukan khususnya kepada murid yang kurang
atau tidak aktif. Murid-murid pada zaman ini lebih cenderung menjadi ulat buku kerana terlalu
mementingkan kecemerlangan dalam bidang akademik. Mereka beranggapan bahawa aktiviti
sukan hanyalah membuang masa mereka sahaja. Persepsi seperti itu perlu dikikis dari kamus
kehidupan mereka kerana mereka perlu memperuntukkan masa untuk melakukan kecergasan
fizikal seperti bermain bola sepak, berenang, menyertai acara balapan dan sebagainya demi
kebaikan mereka. Kata orang, otak yang sihat datang dari badan yang cergas. Dengan memiliki
badan yang sihat, murid-murid dapat fokus pada pelajaran mereka. Mereka dapat menjana idea
yang bernas dan mampu berfikir secara kreatif dan kritis. Secara implisitnya, murid akan
beroleh kejayaan dalam bidang akademik mereka. Pendek kata, murid dapat mencapai
keseimbangan antara kejayaan akademik dengan kejayaan sukan melalui Dasar 1 Murid 1
Sukan yang diperkenalkan ini.
Pada masa yang sama, Dasar 1 Murid 1 Sukan juga berupaya untuk mewujudkan landasan
ke arah kecemerlangan sukan. Dasar ini memberikan peluang kepada semua murid yang
berbakat dan berpotensi untuk digilap ke tahap yang lebih tinggi. Murid boleh menyertai lebih
dari satu sukan mengikut kemampuan dan sukan yang ditawarkan oleh sekolah atau yang
dijalankan dengan pengetahuan dan persetujuan pihak sekolah. Pada masa ini, sukan
merupakan salah satu aktiviti penting. Ahli-ahli sukan yang berjaya akan dikenali di seluruh
dunia. Mereka disanjung dan dipuja serta mampu meraih pendapatan berjuta-juta ringgit.
Mereka bukan sahaja mampu menyumbang kepada pendapatan negara malahan menjadi duta
kecil untuk menaikkan imej negara di persada antarabangsa. Kejayaan beberapa orang ahli
sukan negara kita seperti Datuk Nicol Ann David, Datuk Lee Chiong Wee, dan sebagainya
dalam bidang sukan seharusnya diteruskan.Sesungguhnya, usaha untuk memartabatkan arena
sukan negara ke persada antarabangsa dengan kelahiran jaguh sukan negara yang digeruni
dapat dicapai menerusi dasar ini.
Bulan semakin terang, bayang kian jelas bahawa Dasar 1 Murid 1 Sukan banyak membawa
kemaslahatan kepada murid-murid di negara kita. Oleh itu, semua pihak harus memberikan
galakan kepada murid-murid sekolah untuk menyertai semua aktiviti sukan yang dikelolakan
oleh pihak sekolah berkaitan dengan Dasar 1 Murid 1 Sukan. Dalam pada itu, pihak sekolah
19
Dasar-dasar & Hala Tuju Pendidikan Malaysia
pula haruslah melaksanakan Dasar 1 Murid 1 Sukan dengan sempurna agar segala matlamat
dan objektif yang ditetapkan akan tercapai. Pihak sekolah tidak harus bersikap sambalewa atau
sekadar melepaskan batuk di tangga. Namun begitu, sokongan daripada ibu bapa juga penting
untuk menjayakan dasar ini kerana bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Mudah-
mudahan, hasrat kita untuk melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang, dan terbilang
dalam sukan akan menjadi realiti dan bukannya angan-angan Mat Jenin. Biarlah matahari terus
bersinar, biarlah pepohon terus menghijau dan biarlah sukan di Malaysia terus maju untuk
bersaing di peringkat global agar Malaysia dapat duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
dengan negara-negara lain di persada antarabangsa.
20