Anda di halaman 1dari 28

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBEF30603

PROFESSIONAL PRACTICE

NAMA : JEFRI ZAIN BIN SUPANGAT

MATRICULATION NO : 800620086411001

IDENTITY CARD NO. : 800620086411

TELEPHONE NO. : 019-6583364

E-MAIL : jefrizain_3364@yahoo.com

LEARNING CENTRE : OUM SHAH ALAM


PENGENALAN

Masalah tulisan yang tidak kemas bagi seseorang murid akan menyebabkan proses pengajaran

dan pembelajaran tidak dapat dijalankan dengan sempurna. Kemahiran menulis merupakan salah

satu kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid selain daripada kemahiran membaca,

walaubagaimanapun masih terdapat murid yang tidak dapat menguasai kemahiran tersebut

sepenuhnya terutama murid Pendidikan Khas yang sememangnya lemah dan ketinggalan dalam

banyak perkara. Situasi ini menarik minat pengkaji untuk mengkaji dan membantu murid

menyelesaikan permasalahan yang dialami.

Penguasaan kemahiran menulis merupakan kemahiran kognitif yang kompleks dan tugas

yang mencabar bagi pelajar-pelajar yang bermasalah penulisan (Jurnal Pendidikan (2001).

Kemahiran menulis yang efektif amatlah penting untuk kejayaan akademik dalam sistem

persekolahan di seluruh dunia. Lazimnya pelajar yang bermasalah dalam menulis

memperlihatkan berbagai-bagai masalah seperti kesalahan menulis abjad, ejaan, kekurangan

idea, perbendaharaan kata dan sebagainya.

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

Saya mula mengajar di Kelas 3 Anggerik , Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), Sekolah
Kebangsaan Sungai Buloh, bermula tahun 2004. Selama tempoh tersebut, saya mendapati
pencapaian murid di kelas ini amat lemah terutama daripada segi penulisan. Terdapat murid yang
tidak tahu menulis dengan teknik yang betul walaupun sudah berusia 12 tahun. Salah seorang
murid yang menarik perhatian dan ingin saya jadikan sebagai subjek kajian ialah Chong Weng
Hong murid Autisme yang berusia 9 tahun namun belum mampu menguasai kemahiran menulis
dengan baik.
Beliau masih sukar untuk membentuk abjad dan seringkali abjad yang dibentuk kelihatan
tidak teratur, senget dan terbalik. Apabila diminta untuk menulis dengan betul, beliau hanya
menggelengkan kepala dan menjawab,tak boleh, Cikgu.

Saya mengambil peluang untuk melihat dan menilai kesalahan-kesalahan yang dilakukan
oleh subjek kajian saya dalam penulisannya. Antara kesalahan ketara yang dilakukan oleh beliau
ialah masih gagal menggunakan pensel dengan cara yang betul. Faktor ini juga mungkin
disebabkan oleh ketiadaan latihan menulis yang terancang dan tiada intervensi awal sejak beliau
mula bersekolah. Aspek pengabaian inilah yang menyebabkan subjek kajian mempunyai teknik
penulisan yang lemah dan seterusnya mengakibatkan beliau jauh ketinggalan dan gagal menulis
dengan betul.

Rasional pengkaji memilih untuk membantu beliau menulis huruf vokal dengan betul
supaya beliau dapat menguasai teknik-teknik asas menulis dengan tepat. Ini adalah kerana huruf-
huruf vokal amat sering muncul dalam suku kata atau perkataan dan juga kerana dalam
kebanyakan bahasa, perkataan dan perbualan tidak menjadi tanpa bunyi vokal
(epkhas.ses.usm.my).

Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua (2008) huruf bermaksud lambang bertulis yg
digunakan untuk menyatakan bunyi dalam sesuatu bahasa manakala vokal memberi definisi
lambang dlm abjad bunyi suara yg dilambangkan dengan huruf-huruf [a, e, i, o, u]. Kaedah
ansur maju pula akan membantu subjek kajian memahami dan melaksanakan teknik-teknik yang
betul dan tepat mengikut langkah-langkah yang berkesinambungan.

Berdasarkan pemerhatian, saya mendapati bahawa punca utama masalah tulisan subjek
kajian tidak kemas adalah disebabkan beliau merasa kurang selesa pada bahagian jarinya dan
sukar untuk menggerakkan jari ketika menulis. Menurut Levin (1987) cara memegang alat tulis
akan mempengaruhi bentuk tulisan yang dihasilkan oleh murid. Agak mengecewakan jika situasi
ini berterusan sehingga subjek kajian memasuki sekolah menengah kerana ini akan
mempengaruhi emosi beliau kerana sudah tentu beliau akan merasa rendah diri dibandingkan
dengan rakan-rakan sebayanya yang lain.

Persoalan timbul di minda saya, kenapa permasalahan ini berterusan kerana subjek kajian
sudah bersekolah selama 3 tahun, mungkinkah ianya disebabkan subjek kajian tidak didedahkan
dengan teknik-teknik atau strategi penulisan yang betul sejak awal lagi?
Sassoon (1993) mendapati guru kurang memberi penekanan kepada pengajaran menulis
di kelas khususnya cara memegang alat tulis dengan betul, menulis huruf mengikut pergerakan
yang betul, menentukan saiz huruf dan menentukan ruang antara huruf dan perkataan.

Kanak-kanak sepatutnya didedahkan kepada kaedah menulis yang betul pada peringkat
awal lagi supaya kanak-kanak minat untuk melahirkan idea melalui tulisan yang cantik dan
penuh dengan kesenian. Tulisan yang cantik dan mudah dibaca adalah aset yang sangat berharga
dalam kehidupan seseorang. Murid-murid sekolah didapati boleh menulis tetapi tidak menulis
dengan cara yang betul. Dalam mengejar celik huruf, guru-guru kadang-kadang kurang memberi
perhatian kepada pengajaran membentuk huruf mengikut pergerakan yang betul.

Sepatutnya dengan jangka waktu persekolahan yang telah dilaluinya, subjek kajian sudah
boleh menguasai teknik asas menulis namun amat mengejutkan apabila situasi yang sama
sewaktu beliau memulakan persekolahannya masih kekal. Saya berbincang dengan guru-guru
Pendidikan Khas yang lain untuk mendapatkan maklumbalas mereka dan mereka juga menyedari
bahawa subjek kajian tidak boleh menulis huruf dengan cara sepatutnya.

Saya juga telah memberikan beberapa aktiviti yang memerlukan subjek kajian menulis,
namun beliau sering mengelak dan lebih suka melakukan aktiviti lain dan daripada reaksi
wajahnya, saya memahami bahawa beliau merasakan aktiviti menulis merupakan satu beban
kepadanya. Terdapat pelbagai teknik yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah subjek
kajian, namun saya memilih untuk mengaplikasi kaedah ansur maju kerana merasakan subjek
kajian perlu menguasai teknik yang paling asas sebelum benar-benar dapat menulis. Maka, atas
alasan-alasan yang telah pengkaji kumpul dan berdasarkan tinjauan ke atas penulisan-penulisan
pengkaji-pengkaji terdahulu, saya mengambil keputusan untuk menggunakan kaedah ansur maju
cara bagi mengatasi masalah subjek kajian saya.
OBJEKTIF KAJIAN

Objektif khusus

1. Mengenal pasti tahap kemahiran menulis huruf vokal subjek kajian.

2. Meningkatkan kemahiran menulis huruf vokal subjek kajian menggunakan

kaedah ansur maju.

KUMPULAN SASARAN

Kajian ini dijalankan ke atas seorang murid Autisme. Jantina subjek kajian ialah lelaki

dari kelas 3 Anggerik, Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), Sekolah Kebangsaan Sungai

Buloh, Selangor. Umur subjek kajian 9 tahun. Beliau merupakan anak sulong daripada 4 beradik.

Bapa subjek kajian bekerja sebagai peniaga manakala ibunya merupakan suri rumah. Subjek

kajian mempunyai sejarah pencapaian akademik yang lemah disebabkan oleh permasalahan

kecelaruan yang sering dialami oleh murid Autisme. Subjek kajian merupakan murid dari kaum

Cina.
PERLAKSANAAN INOVASI PdP

Menurut model proses penyelidikan yang digunakan, pada peringkat awal saya mengumpul
maklumat dan latar belakang mengenai subjek kajian menggunakan pendekatan pemerhatian,
senarai semak dan hasil-hasil kerja subjek kajian sebelum ini. Selepas itu, saya menjalankan
ujian bertulis bagi memudahkan saya mengesan kelemahan utama subjek kajian, langkah ini
penting untuk mengenal pasti tahap keupayaan dan pencapaian subjek kajian dalam
pembelajarannya serta merancang tindakan yang perlu bagi mengatasi masalah yang dihadapi.

Dalam mencapai objektif kajian, perancangan dibuat secara tersusun dan rapi. Sebagai guru
Pendidikan Khas, saya perlu merancang dan menyusun aktiviti pengajaran intervensi seperti
pemilihan dan aktiviti hendaklah berdasarkan kebolehan murid. Selain itu, aktiviti hendaklah
menekankan keupayaan motor halus murid yang membolehkan murid menggunakan semua
jejarinya sebagai latih tubi. Saya merancang untuk meluangkan masa selama 10 minit setiap
waktu saya masuk untuk mengajar di kelasnya dan meminta bantuan rakan-rakan guru sewaktu
mata pelajaran lain untuk memantau perkembangannya. Dalam masa 10 minit ini juga, subjek
kajian akan diberi bimbingan secara individu sehingga tempoh yang ditetapkan.

Hasil daripada ujian yang telah dijalankan, saya dapati banyak kelemahan subjek kajian
terutama dalam aspek asas menulis. Saya kemudiannya menjalankan ujian pra untuk mengesan
sejauh mana subjek dapat menulis dengan cara yang betul. Keputusan atau data ujian pra
seterusnya dicatat di dalam borang senarai semak. Keputusan data pra yang diperolehi dianalisis
dan langkah berikutnya pengkaji mengaplikasi langkah-langkah intervensi yang sesuai untuk
mengatasi masalah subjek kajian iaitu membetulkan cara menulis huruf vokal.

Kaedah yang saya akan guna pakai ialah kaedah ansur maju yang meliputi langkah-
langkah intervensi yang sesuai dan mudah untuk dilaksanakan oleh subjek kajian. Intervensi
yang dirancang dijalankan selama 6 minggu bermula minggu keempat bulan Januari hingga
minggu kelima bulan Februari, mengikut keselesaan dan kesesuaian subjek kajian. Sebanyak 8
langkah intervensi dikenal pasti dan dilaksanakan sewaktu proses pengajaran dan ada yang
pengkaji laksanakan selepas waktu persekolahan.
Kaedah ansur maju bermaksud bermula daripada langkahyang paling asas sehinggalah
kepada langkah yang lebih sukar. Kaedah ini dipilih memandangkan keupayaan subjek kajian
yang masih lemah. Untuk disesuaikan dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran pembahagian
waktu mengikut tahap kesukaran intervensi, pengkaji membahagikan langkah-langkah intervensi
kepada dua bahagian. Pada 2 minggu pertama, pengkaji melaksanakan aktiviti intervensi
berbentuk rawatan ke atas motor halus bertujuan membetulkan cara subjek kajian memegang
pensel serta aktiviti pratulisan sementara untuk 6 minggu seterusnya pengkaji melakukan latih
tubi latihan pemulihan menulis huruf-huruf vokal ke atas subjek kajian.

Selama 2 minggu yang pertama, saya telah menggunakan bahan dan aktiviti pengajaran
yang pelbagai bagi merangsang minat murid menulis huruf-huruf vokal dengan cara yang betul,
contohnya pada minggu pertama intervensi dijalankan, saya telah memilih untuk melatih
pergerakan otot-otot jari dan lengan subjek kajian untuk melembutkan jejari dan pergelangan
tangan subjek kajian agar beliau merasa selesa sewaktu memegang pensel. Aktiviti yang saya
laksanakan ialah pergerakan melentur hujung pergelangan tangan, mengenggam bola kecil yang
lembut dan memasukkan jejari ke dalam gelang getah. Semua aktiviti ini rasionalnya ialah untuk
melembutkan jejari dan pergelangan tangan subjek kajian agar beliau merasa selesa sewaktu
memegang pensel. Saya melakukan aktiviti ini 10 minit tiap-tiap hari selama 5 hari.

Aktiviti-aktiviti untuk melembutkan jejari dan pergelangan tangan.

(Sumber rajah daripada


http://www.summitmedicalgroup.com/library/sportshealth/dequervains_exercises
Seterusnya, minggu kedua subjek kajian ditunjukkan bagaimana menggunakan tiga jari iaitu
jari telunjuk, jari hantu dan ibu jari untuk menulis, sejenis alat seperti gegelang getah
dimasukkan di luar badan pensel dan diletakkan berhampiran matanya. Apabila subjek
kajian telah mahir, subjek kajian ditunjukkan bagaimana menggunakan tiga jari iaitu jari
telunjuk, jari hantu dan ibu jari. Jari telunjuk harus berada di sebelah belakang pensel, pensel
harus dipegang dengan ibu jari dan jari telunjuk.

Tiga jari digunakan untuk menyokong kedudukan pensel

(Sumber rajah daripada http://www.tintasihat.blogspot.com)

Cara duduk. Cara duduk adalah sangat penting semasa aktiviti penulisan. Guru harus
menitiberatkan kedudukan badan semasa murid menulis. Craig dan Digdon (2001), menyatakan
kanak-kanak seharusnya dididik cara duduk yang betul dengan punggung, lutut dan kaki berada
dalam kedudukan 90 dengan kedudukan badan mereka agak ke depan sedikit. Kedudukan meja
pula seharusnya 2 inci dari siku ketika tangan mereka dalam kedudukan rehat. Sekiranya kerusi
mereka terlalu tinggi dan kaki mereka tergantung, letakkan alas kaki agar mereka selesa. Apabila
keadaan selesa kanak-kanak dapat mengerakkan tangan, lengan, dan jari dengan stabil.

Seterusnya, saya mulakan dengan aktiviti subjek kajian menyalin bentuk huruf-huruf
vokal [a,e,i,o,u] di kertas A4. Saya akan menyebut dan membunyikan huruf-huruf sambil
menunjukkan huruf-huruf tersebut, seterusnya membimbing subjek kajian menulis di atas kertas
A4. Saya mengambil masa 3 hari untuk membimbing subjek kajian dan 2 hari berikutnya, saya
membiarkan subjek kajian meIakukan sendiri aktiviti tersebut. Aktiviti ini bertujuan melatih
pergerakan tangan subjek kajian disamping menajamkan lagi koordinasi mata dan jari beliau.
Pada minggu seterusnya, subjek kajian membentuk huruf-huruf vokal [a,e,i,o,u] di
kertas A4. Saya meminta subjek kajian mengingat kembali bentuk-bentuk huruf vokal yang
telah dipelajari pada minggu sebelumnya. Setelah subjek kajian berjaya mengingat kembali,
beliau diminta membentuk huruf-huruf tersebut pada kertas A4. Latihan ini dilakukan berulang-
ulang kali sehingga subjek kaian benar-benar dapat membentuk huruf-huruf vokal tersebut
dengan baik.

Seterusnya , subjek kajian dibimbing untuk menulis huruf-huruf vokal menggunakan


buku kotak-kotak selama 4 hari. Subjek kajian berlatih mengawal pergerakan tangan, mata dan
jari. Latihan ini dilakukan berulang-ulang kali sebagai latihtubi. 1 hari berikutnya subjek kajian
menulis sendiri huruf-huruf vokal tersebut.

Menulis di atas kertas kotak-kotak

(sumber rajah : hasil kerja murid aliran perdana)

Pada minggu kelima pula, subjek kajian dibimbing menulis huruf-huruf vokal di atas
kertas bergaris tiga. Subjek kajian diminta menggunakan jari telunjuk, jari hantu dan ibu jari
menggunakan pensel menulis atas huruf berkenaan mengikut arah jam. Cara ini dapat
mengukuhkan kemahiran. Ia dibuat secara latih tubi.
Contoh latihan di atas kertas garis tiga

(Sumber rajah daripada http://pinterest.com/rachelants/writing-pre-writing/)

Seterusnya, subjek kajian membentuk tulisan-tulisan berbentuk huruf-huruf vokal di


buku bergaris satu. Semasa langkah ini, saya melatih murid menulis dengan kedudukan tangan
dan buku latihan yang sesuai. saya menunjukkan kedudukan tangan dan buku latihan semasa
menulis. Kemudian, saya meminta subjek kajian mencontohi tindakan yang telah ditunjukkan.
Murid dikehendaki sentiasa berlatih sehingga menguasai kemahiran tersebut.

Akhir sekali pada minggu keenam, saya meminta subjek kajian menulis huruf-huruf
vokal di atas kertas bergaris satu sebagai latihan pengukuhan. Pada awalnya, subjek kajian
kelihatan sukar untuk mengawal tulisannya namun setelah dibimbing berkali-kali akhirnya beliau
dapat menulis dengan baik.

Pada setiap minggu semasa dan selepas melaksanakan tindakan, saya akan melaksanakan
aktiviti pengukuhan bagi setiap aktiviti yang dijalankan dengan memberikan lembaran kerja
kepada subjek kajian. Kajian diteruskan sehingga pada akhirnya, saya menjalankan ujian pas

Langkah-langkah Tindakan

Kajian ini dijalankan oleh pengkaji pada hari persekolahan seperti biasa. Pengkaji telah
menggunakan kaedah pengajaran perseorangan (individu). Menurut Sharifah Alwiah Alsagoff
(1983), tidak kira dalam apa juga bentuk sekalipun, pengajaran perseorangan atau sebagainya
adalah diasaskan dengan pengakuan bahawa tiap-tiap murid adalah berbeza daripada segi minat,
intelek, kecekapan, daya, cita dan kebolehan-kebolehan lain.
Secara ringkasnya pengkaji menjalankan intervensi berdasarkan carta alir di bawah.

Jadual 1.0 Carta alir langkah-langkah tindakan yang diambil.

1. Latihan pergerakan otot-otot jari dan lengan subjek kajian.

2. Subjek kajian ditunjukkan bagaimana menggunakan tiga jari iaitu jari telunjuk,
jari hantu dan ibu jari dengan betul

3. Subjek kajian diajar cara duduk sewaktu ingin menulis. Cara duduk adalah sangat
penting semasa aktiviti penulisan.

4. Menyalin huruf vokal [ a,e,i,o,u] di kertas A4.

5. Membentuk huruf-huruf vokal[ a,e,i,o,u] pada kertas A4

6. Menulis huruf vokal [ a,e,i,o,u] pada buku berkotak

7. Subjek kajian menulis huruf vokal [ a,e,i,o,u] pada kertas garis 3

8. Subjek kajian menulis huruf vokal [ a,e,i,o,u] pada kertas garis 1


LAPORAN PERLAKSANAAN KONSEP INOVASI YANG DIJALANKAN

Perbandingan Keputusan Ujian Pra Dan Ujian Pasca Kemahiran


Menulis Huruf Vokal Menggunakan Kaedah Ansur Maju
100
90

p 80
e 70
r 60
a 50
Ujian Pra
t 40
u 30 Ujian Pasca
s 20
10
0
Menyalin Membentuk Menulis huruf Menulis huruf Menulis huruf
huruf vokal huruf vokal vokal kertas vokal kertas vokal kertas
kotak garis 3 garis 1

Graf bar menunjukkan pencapaian subjek kajian dalam memperbaiki tulisan huruf vokal.

Dapatan daripada ujian pasca, didapati subjek kajian telah berjaya memperbaiki

kemahiran menulis huruf-huruf vokal menggunakan kaedah ansur. Daripada ujian pasca, didapati

subjek kajian telah berjaya memperbaiki kemahiran menulis huruf-huruf vokal. Dalam ujian

menyalin dan membentuk huruf-huruf vokal, beliau telah berjaya mencapai 87.5% iaitu berlaku

peningkatan sebanyak 50% berbanding ujian pra hanya sebanyak 37.5%. Subjek kajian telah

dapat menguasai kemahiran menulis huruf-huruf vokal menggunakan kertas berkotak dan kertas

garis 3 apabila beliau mencapai 81.3% berbanding sebelumnya hanya 37.5% untuk kemahiran

menulis menggunakan kertas berkotak sementara peningkatan sebanyak 37.5% untuk kemahiran

menulis huruf-huruf vokal menggunakan kertas garis 3 berbanding sebelumnya hanya sebanyak
43.8%. Begitu juga dalam ujian menulis huruf-huruf vokal pada kertas garis 1, beliau berjaya

mencapai 75% iaitu peningkatan sebanyak 43.7% daripada ujian pra ( hanya 31.3%).

Secara ringkasnya, dapatan ujian dapat dilihat dalam jadual di bawah.

Jadual Menunjukkan Perbandingan Keputusan Ujian Pra Dan Ujian Pasca Kemahiran Menulis

Huruf-Huruf Vokal Menggunakan Kaedah Ansur Maju.

Bil Item Ujian Pra Ujian Pasca Peningkatan

1. Menyalin huruf-huruf vokal 37.5% 87.5% 50%

2. Membentuk huruf-huruf vokal 37.5% 87.5% 50%

3. Menulis huruf-huruf vokal pada 37.5% 81.3% 43.8%


kertas berkotak
4. Menulis huruf-huruf vokal pada 43.8% 81.3% 37.5%
kertas garis 3
5 Menulis huruf-huruf vokal pada 31.3% 75% 43.7%
kertas garis 1
LAMPIRAN
Nama Murid : Chong Weng Hong

Kelas : 3 Anggerik

Tarikh : 27 Januari 2014

Masa : 8.40- 9.10 pagi

Mata Pelajaran : Bahasa Melayu

Peristiwa yang diperhatikan:


Sewaktu aktiviti menulis, kelihatan murid tidak fokus dan tergesa-gesa menyiapkan
kerjanya. Apabila diminta oleh guru hasil kerjanya kelihatan beliau agak malu-malu.
Guru mendapati tulisan murid comot dan tidak teratur.

Ulasan Guru:
Cara memegang pensel yang salah menyebabkan pergerakan menjadi lambat dan
menjejaskan hasil kerja yang diingini. Murid tidak dapat menulis dengan sempurna dan
kelihatan huruf-huruf yang senget.

Cadangan:
Guru memberi penerangan kepada murid dan membimbing beliau menulis dengan
betul. Guru menunjukkan contoh-contoh rakan-rakan beliau yang menulis dengan betul
dan hasil tulisan yang lebih kemas dan teratur. Guru juga berjanji dengan murid apabila
beliau dapat menulis dengan betul, guru akan memberi ganjaran.
Nama Murid : Chong Weng Hong

Kelas : 3 Anggerik

Tarikh : 29 Januari 2014

Masa : 8.40- 9.10 pagi

Mata Pelajaran : Bahasa Melayu

Peristiwa yang diperhatikan:

Semasa aktiviti menulis, kelihatan murid agak sukar untuk melakukan aktiviti tersebut
kerana masalah pergerakan jari beliau yang agak keras dan sukar dilentur. Murid sukar
untuk mengawal pergerakan tangannya kerana beliau mengenggam bahagian tengah
pensel dengan begitu kuat menyebabkan kawalan pergerakan pensel terjejas dan
menghasilkan tulisan yang tidak teratur, senget dan saiz tulisan tidak sama.

Ulasan Guru:
Cara memegang pensel yang salah menyebabkan pergerakan menulis menjadi lambat
dan menjejaskan hasil tulisan yang diingini. Murid tidak dapat menulis dengan
sempurna dan kelihatan bentuk-bentuk tulisan yang tidak sekata dan senget.

Cadangan:
Guru memberi penerangan kepada murid dan membimbing beliau memegang pensel
dengan betul. Guru menunjukkan contoh-contoh rakan-rakan beliau yang memegang
pensel dengan betul dan hasil tulisan yang lebih kemas dan teratur. Guru juga berjanji
dengan murid apabila beliau dapat memegang pensel dengan betul, guru akan memberi
ganjaran dan hadiah.
SENARAI SEMAK KEKEMASAN TULISAN HURUF VOKAL

PRA TINDAKAN

MENYALIN HURUF VOKAL

Nama Murid : Chong Weng Hong

TARIKH : 29/1/2014

BIL KRITERIA SKALA


1 2 3 4 ULASAN

1 Saiz huruf /
2 Kejelasan tulisan (mutu garisan yang /
membentuk tulisan)
3 Ketepatan bentuk /
4 Kedudukan huruf/kecondongan huruf /
Jumlah skor : 6/16

SENARAI SEMAK KEKEMASAN TULISAN HURUF VOKAL

PASCA TINDAKAN

MENYALIN HURUF VOKAL

Nama Murid : Chong Weng Hong

TARIKH : 4/2/2014

BIL KRITERIA SKALA


1 2 3 4 ULASAN

1 Saiz huruf
/
2 Kejelasan tulisan (mutu garisan yang membentuk /
tulisan)
3 Ketepatan bentuk /

4 Kedudukan huruf/kecondongan huruf /

Skor : 14/16

SKALA :

1 - Perlu baiki 2 - Sederhan 3 - Baik 4 - Memuaskan

(Penilaian : (Prof. Paimah,1995) Gaya Persembahan & Kemahiran Penulisan


SENARAI SEMAK KEKEMASAN TULISAN HURUF VOKAL

PRA TINDAKAN

MEMBENTUK HURUF VOKAL

Nama Murid : Chong Weng Hong

TARIKH : 06/02/2014

BIL KRITERIA SKALA


1 2 3 4 ULASAN

1 Saiz huruf /
2 Kejelasan tulisan (mutu garisan yang /
membentuk tulisan)
3 Ketepatan bentuk /
4 Kedudukan huruf/kecondongan huruf /
Skor : 6/16

SENARAI SEMAK KEKEMASAN TULISAN HURUF VOKAL

PASCA TINDAKAN

MEMBENTUK HURUF VOKAL

Nama Murid : Chong Weng Hong

TARIKH : 10/02/2014

BIL KRITERIA SKALA


1 2 3 4 ULASAN

1 Saiz huruf /

2 Kejelasan tulisan (mutu garisan yang membentuk /


tulisan)
3 Ketepatan bentuk /

4 Kedudukan huruf/kecondongan huruf /

Skor : 14/16

SKALA :

1 - Perlu baiki 2 - Sederhan 3 - Baik 4 - Memuaskan

(Penilaian : (Prof. Paimah,1995) Gaya Persembahan & Kemahiran Penulisan


SENARAI SEMAK KEKEMASAN TULISAN HURUF VOKAL

PRA TINDAKAN

MENULIS HURUF VOKAL DI KERTAS GARIS KOTAK

Nama Murid : Chong Weng Hong

TARIKH : 12/02/2014

BIL KRITERIA SKALA


1 2 3 4 ULASAN

1 Saiz huruf /
2 Kejelasan tulisan (mutu garisan yang /
membentuk tulisan)
3 Ketepatan bentuk /
4 Kedudukan huruf/kecondongan huruf /
Skor : 6/16

SENARAI SEMAK KEKEMASAN TULISAN HURUF VOKAL

PASCA TINDAKAN

MENULIS HURUF VOKAL DI KERTAS GARIS KOTAK

Nama Murid : Chong Weng Hong

TARIKH : 29/1/2014

BIL KRITERIA SKALA


1 2 3 4 ULASAN

1 Saiz huruf /

2 Kejelasan tulisan (mutu garisan yang membentuk /


tulisan)
3 Ketepatan bentuk /

4 Kedudukan huruf/kecondongan huruf /

Skor : 13/16

SKALA :

1 - Perlu baiki 2 - Sederhan 3 - Baik 4 - Memuaskan

(Penilaian : (Prof. Paimah,1995) Gaya Persembahan & Kemahiran Penulisan


SENARAI SEMAK KEKEMASAN TULISAN HURUF VOKAL

PRA TINDAKAN

MENULIS HURUF VOKAL DI KERTAS GARIS 3

Nama Murid : Chong Weng Hong

TARIKH : 17/02/2014

BIL KRITERIA SKALA


1 2 3 4 ULASAN

1 Saiz huruf /
2 Kejelasan tulisan (mutu garisan yang
membentuk tulisan) /
3 Ketepatan bentuk /
4 Kedudukan huruf/kecondongan huruf /
Skor :7/16

SENARAI SEMAK KEKEMASAN TULISAN HURUF VOKAL

PASCA TINDAKAN

MENULIS HURUF VOKAL DI KERTAS GARIS 3

NAMA MURID : Zamani bin Utuh (bukan nama sebenar)

TARIKH : 19/02/2012

BIL KRITERIA SKALA


1 2 3 4 ULASAN

1 Saiz huruf /

2 Kejelasan tulisan (mutu garisan yang membentuk


tulisan) /
3 Ketepatan bentuk /

4 Kedudukan huruf/kecondongan huruf /

Skor: 13/16

SKALA :

1 - Perlu baiki 2 - Sederhan 3 - Baik 4 - Memuaskan

(Penilaian : (Prof. Paimah,1995) Gaya Persembahan & Kemahiran Penulisan


SENARAI SEMAK KEKEMASAN TULISAN HURUF VOKAL

PRA TINDAKAN

MENULIS HURUF VOKAL DI KERTAS GARIS 1

Nama Murid : Chong Weng Hong

TARIKH : 21/02/2014

BI KRITERIA SKALA
L 1 2 3 4 ULASAN

1 Saiz huruf /
2 Kejelasan tulisan (mutu garisan yang /
membentuk tulisan)
3 Ketepatan bentuk /
4 Kedudukan huruf/kecondongan huruf /
Skor: 5/16

SENARAI SEMAK KEKEMASAN TULISAN HURUF VOKAL

PASCA TINDAKAN

MENULIS HURUF VOKAL DI KERTAS GARIS 1

Nama Murid : Chong Weng Hong

TARIKH : 24/2/2014

BIL KRITERIA SKALA


1 2 3 4 ULASAN

1 Saiz huruf
/
2 Kejelasan tulisan (mutu garisan yang membentuk
tulisan) /
3 Ketepatan bentuk
/
4 Kedudukan huruf/kecondongan huruf /

Skor : 12/16

SKALA :

1 - Perlu baiki 2 - Sederhan 3 - Baik 4 - Memuaskan

(Penilaian : (Prof. Paimah,1995) Gaya Persembahan & Kemahiran Penulisan


Intervensi melatih jejari subjek kajian
Gambar Hasil Tulisan Subjek Kajian Menyalin Huruf Vokal Sebelum Dan Selepas Ujian
Gambar Hasil Tulisan Subjek Kajian Membentuk Huruf Vokal Sebelum Dan Selepas Ujian
Gambar Hasil Tulisan Subjek Kajian Menulis Huruf Vokal Di Kertas Berkotak Sebelum Dan
Selepas Ujian
Gambar Hasil Tulisan Subjek Kajian Menulis Huruf Vokal Di Kertas Garis 3 Sebelum Dan
Selepas Ujian
Gambar Hasil Tulisan Subjek Kajian Menulis Huruf Vokal Di Kertas Garis 1 Sebelum Dan
Selepas Ujian
RUJUKAN

Abdul Rasid,(2008). dalam tulisannya Permasalahan Kemahiran Membaca Dan


Menulis Bahasa Melayu Murid-Murid Sekolah Rendah Di Luar Bandar.Jurnal
Pendidikan Melayu, 2008)

Abdul Rasid, (2011). dalam Lim Chen Yin, Genggaman Pensel Kanak-Kanak
Bermasalah Pembelajaran Dalam Meningkatkan Kemahiran Menulis. Jurnal Pendidikan
Bahasa Melayu, (2011)

Ahmad, M.S. (2004).Mengurus Kanak-kanak Yang Susah Belajar. Selangor: PTS


Profesional Publishing Sdn.Bhd

Che Rahmah, (2007). huruf-vokal-u diperolehi pada 21 Julai 2012 daripada


http://epkhas.ses.usm.my/lesson-plan/huruf-vokal-u

Gargiulo (2003) . Kanak-kanak Autisme. Diperolehi 13 Julai 2012 daripada


http://www.lmsipda.net/ppg_lms/file.php/1/PKU3101.pdf

Haidi, C. (2012). Mengajar Murid Menulis. Diperolehi pada 2 Julai 2012 daripada
http://www.cikguhaidi.wordpress

Sharifah Alwiah Al Sagoff (1983). Ilmu Pendidikan : Pedagogi.Selangor.Heinemann


(Malaysia).

Zarin, A.R. (2008). Keupayaan Kemahiran Membaca dan Menulis Bahasa Melayu
Murid Sekolah Rendah Kebangsaan Luar Bandar.Selangor.