Anda di halaman 1dari 3

TEKS MC PROGRAM SINAR KASIH SEINDAH RAMADHAN

A Para hadirin sekalian, majlis akan dimulakan sebentar lagi, sukacita sekiranya para hadirin
dapat mengambil tempat duduk masing-masing.

B Majlis memohon kerjasama dari murid-murid untuk memberikan tumpuan sepanjang


majlis kita berlangsung

A Sirih berlipat, sirih pinang, sirih dr pulau mutiara,

B Pemanis Kata selamat datang, Awal bismillah pembuka bicara

B Yang Berusaha Puan Suraya Binti Ghazali, Guru Besar, SK Tmn Klang Jaya, Yang Dihormati,
Barisan Guru- Guru Penolong Kanan, Guru- guru Panitia Pendidikan Islam, Guru-guru serta
yang dikasihi murid-murid sekalian.

Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh

A Alhamdulillah, setinggi tinggi ucapan kesyukuran kita panjatkan ke hadrat ilahi kerana
dengan limpah rahmat dan izin serta kasihNya, pada pagi yang penuh berkat ini kita dapat
berkumpul bagi melaksanakan sebuah majlis yang penuh bermanfaat dinamakan Sinar
Kasih Seindah Ramadhan bagi tahun 2017.

Bagi memula dan memuliakan majlis, marilah sama2 kita membaca Yaasin dan tahlil yang
akan dipimpin oleh Alfadhil Ustaz Ahmad Fairus Bin Hussain.

B Seterusnya, majlis kita pada hari ini akan di serikan lagi dengan ceramah Nuzul Quran,
bertajuk Kebesaran AlQuran yang akan disampaikan oleh Alfadhil Ustaz Iznan Shahmie.
Dengan segala hormat, majlis menjemput Alfadhil Ustaz untuk menyampaikan ceramah
beliau, dipersilakan

***************

Jazaakallah khairan katsiira al fadhil Ustaz Iznan atas ceramah beliau sebentar tadi.
Semoga kita semua dapat mengambil Itibar / pengajaran dari kisah yang disampaikan
alfadhil ustaz.

Majlis mempersilakan Ustaz / Ustazah _________________________ mengiringi Guru


Besar, Puan Suraya menyampaikan cenderamata kepada penceramah kita.

Terima kasih kepada Guru Besar atas penyampaian cenderamata tersebut.

Majlis kita berehat seketika dengan halwa telinga persembahan nasyid.

***************
Terima kasih pasukan nasyid SK TMn Klang Jaya atas persembahan sebentar tadi.

Majlis akan berehat seketika dan selepas ini akan berlangsung majlis khatam alquran dan
doa.

*************************************************

A Alhamdulillahi rabbal aalamiin. Wassolatu wassalamu ala sayyidil mursalin, Saidina


Muhammad S.a.w.

Alhamdulillah, majlis kita diteruskan dengan acara Khatam Al Quran dan Doa.

Marilah kita bersama-sama mendengar alunan ayat suci Alquran daripada anak-anak didik
kita.

********

B Alhamdulillah,,,Sodaqallahul Azhiim. Demikian tadi alunan ayat-ayat suci Alquran yang


mulia. Semoga kita semua beroleh petunjuk daripada ALLAH s.w.t sepanjang kehidupan.
Amiin

Hadirin dan hadirat yang dimuliakan,

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan. Dengan ini, majlis menjemput, Yang Berusaha, Guru
Besar, Puan Suraya Binti Ghazali untuk menyampaikan ucapan dipersilakan.

*****

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Puan Guru Besar atas ucapan beliau sebentar
tadi.

B Sidang hadirin sekalian,

Awan bersua citra berkisah


Ukiran sukma kilauan kelisa
Bingkisan madah selesai sudah
Persembahan pelajar menyusul pula

Majlis kita diteruskan dengan persembahan nasyid yang akan didendangkan oleh
________________ . Majlis mempersilakan

******

Terima kasih atas alunan irama nasyid yang dipersembahkan sebentar tadi.

A Alhamdulillah, majlis kita kini diteruskan lagi dengan penyampaian saguhati kepada
peserta khatam Alquran. Dengan ini majlis menjemput GPK 1 Pn. Rosmawati Binti Mior
Adlan diiring Ustazah ____________________ untuk menyampaikan saguhati kepada para
peserta. Dipersilakan.
***** Terima kasih kepada GPK 1 Pn. Rosmawati atas penyampaian saguhati itu tadi.

Seterusnya, sesi penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim dan murid-murid


kurang berkemampuan. Dengan ini dijemput Puan Suraya selaku Guru Besar diiiringi
______________________________ untuk menyampaikan sumbangan kepada murid-
murid berkenaan. Dipersilakan.

Dijemput adik..

b Kini kita tiba di penghujung majlis.. murid-murid akan bersalaman dengan para guru
sambal menerima duit raya.

A Hadhirin Hadhirat sekalian

Pantun : Gugur menguning buah Kuini,

Menghijau pohon subur dibaja,

Majlis kita berakhir di sini,

Salah dan silap mohon dilupakan saja,

B Sambung : Segala Kelemahan harap dimaafi,

Segala kerjasama sangat dihargai,

Terima kasih sekalung budi,

Kenangan nan indah simpanlah di hati,

Semoga kita berjumpa lagi

Kami bagi pihak Ahli Jawatankuasa Program merakamkan ucapan Terima Kasih kepada
semua pihak yang memberikan kerjasama dalam menjayakan program ini. Akhir kata
daripada kami.. Wabillahi taufiq wal hidayah wassalamualaikum warohmatullahi
wabarokatuh.

Anda mungkin juga menyukai