Anda di halaman 1dari 7

KIFARAH

adaptasi : Nor SharilAzuwan Bin Mohammad


Watak
Khai - pemuda yang melakukan zina
Julia - gadis yang menjadi mangsa khai
Abang julia -
Arif - pemuda yang menodai adik kepada khai
Shuib - sahabat khai semasa belajar
Prolog
Suasana suram dipersekitaran dalam rumah. Menampakkan seorang lelaki yang berlutut kekecewaan
dan kesedihan.

BABAK I

BAHAGIAN II

Lampu nyala perlahan muncul seorang pemuda dengan raup wajah yang sangat kecewa dengan apa
yang terjadi pada dirinya.

Khai : ya Allah. Beratnya balasan yang engkau berikan pada ku. Sesungguhnya aku menyesal atas
perbuatan yang aku lakukkan sebelum ini. Jika aku tahu seberat ini hukuman yang aku terima daripada
Mu ya Allah, aku tidak akan mendekati zina semasa aku muda dulu ya Allah. aku mohon ampun
kerana mendekati zina Ya Allah. Aku menyesal ya Allah melakukan nya dulu,itu terjadi pada aku masih
dalam pelajaran di kampus sesebuah Universiti. Aku ramai kenalan perempuan di kampus. Masa itu,
aku ni boleh dikatakan ramai peminat, maklumatlah rupa ada katakan. Tambahan pula, aku ni dari
keluarga yang boleh dikatakan kaya. Semua yang aku inginkan, keluarga aku boleh berikan kepada
aku. Aku mahukan kereta, mak aku belikan. Aku mahukan moto berkuasa tinggi, ayah aku boleh
berikan. Boleh dikatakan semua lah aku boleh dapatkan. Aku terus hanyut dalam kemewahan dan arus
pemodenansasi yang sangat pesat sekarang ini. Pada suatu ketika, aku berkenalan dengan seorang
gadis yang sangat cantik di kampus aku itu. Aku sangat senang bila bersamanya dan aku rasa aku lah
lelaki yang paling bertuah kerana dapat rapat dengan dia. Semakin lama kami semakin rapat, seakan-
akan belakas. Berkepit sana, berkepit sini. Sampai lah kami bercinta dan terus hanyut dalam dunia
romantis yang kami rasa, kami lah pasangan yang paling romantis dikampus.

BAHAGIAN 2

Khai : hai julia, awak tengah buat apa tu?

Julia : hai khai, tak ada buat apa-apa pun. Tengah tunggu awak lah ni. Semalam kan awak dah janji
nak bawak saya jalan-jalan hari ini.

Khai : oh ye.. saya hampir terlupa. Jom la kita keluar, nantikan tak sempat pula kita nak tengok
wayang.

Julia : kita nak tengok cerita apa? Cerita apa yang best kat panggung sekarang ni?

Khai : kita tengok cerita romantis lah. Baru kena dengan kita. Lepas tu kita jalan-jalan satu bandar.
Kemungkinan kita terpaksa tinggal dekat sana dalam satu malam.

Julia : betul ke awak ni. Jauh ke tempat tu.?

Khai : tak ada lah jauh sangat. Tapi saya takut saya penat bawak kerata. Nak suruh awak bawak
bukannya awak ada lesen. Dah la. Tak payah cakap banyak. Jom kita bertolak.

Lampu perlahan padam.


BABAK II [BAHAGIAN I]

Lampu menghala pada khai.

Khai : Pada masa itu, aku sudah merancang sesuatu yang terlarang pada si julia. Disebabkan
perwatakkan julia yang sangat manja lah menyebabkan keinginan nafsu aku semakin membuak-buak
bagaikan gunung berapi yang ingin memuntahkan lava nya. Setelah kali pertama kami merasai perkara
itu, kami semakin ligat dalam dunia yang dikawal oleh hawa nafsu. Kami melakukan perkara itu
berulang kali. Sehingga lah suatu ketika. Julia didapati mengandung. Julia menceritakan perkara itu
kepada keluarganya, abang julia datang mencari aku untuk mendapatkan kepastian tentang kehamilan
julia.

Abang julia datang dengan keadaan marah dan memanggil khai dengan keadaan yang tidak sopan.

Abang Julia : khai!!! khai!!! kelaur kau khai. Aku tahu kau ada dalam rumah!!!

Khai : abang ni siapa?? datang rumah saya tanpa bagi salam.

Abang Julia : engkau jangan buat tidak tahu apa-apa khai!!! engkau la punca adik aku mengandung!!!!

Khai : siapa adik abang tu. Saya tidak kenal adik abang tusudah lah abang datang rumah saya
tanpa adab. Lepas tu nak tuduh saya pulak, abang ada bukti ke!!!!????

Abang Julia : adik aku cakap engkau yang buat dia mengandung!!!!!

Khai : jangan tuduh orang tanpa bukti!!!! jangan sampai saya panggil polis!! datang tanpa diundang
lepas tu tuduh orang tanpa bukti..baik abang balik sebelum saya panggil polis.

Abang Julia : engkau jangan ingat aku lepaskan engkau. Aku akan cari bukti yang kau memang
bersalah. Kalau sama manusia kau terlepas, kau jangan lupa yang Allah maha mengetahui apa yang
terjadi. Kau pasti dapat balasan yang setimpal dengan perbuatan kau itu!!!!

BABAK II [BAHAGIAN II]

Lampu perlahan malap. Hanya lampu preset yang menyala.

Pemuda : hahahahahahaha.. dia pikir aku bodoh. Aku tak kan mengaku semudah itu. Kalau aku
mengaku , sudah pasti aku kena kahwin dengan julia. Tidak-tidak. aku tak ingin kahwin dengan
dengan perempuan yang mudah sangat jatuh dengan pujuk rayu aku tu.. aku hanya nak puaskan nafsu
aku jeaku nak enjoy lagi..aku masih muda. Setelah bertahun, aku melupakan perkara yang terjadi
dengan julia. Pada suatu hari, aku pulang ke rumah ku dan aku ternampak ibu ku yang terbaring
pengsan atas lantai dalam rumah. Aku cuba menyedarkan ibu ku, dan ketika ibu sedar. Dia berteriak
dan pengsan sekali lagi. Aku cuba sedarkan buat kali kedua ibu!ibu! Kenapa ni ibu? sambil berteriak
dia berkata adik kau!!!.. aku bertanya lagi. Kenapa dengan adik saya bu? dia mengandung anak
haram!!!! ibu aku berteriak bagaikan histeria.
Siapa yang mengandungkan adik aku!!!!! siapa!!!! memang celaka lah!!!! aku pergi cari adik aku lalu
bertanya siapa yang buat kau sampai macam ni!!!??? bagitahu aku!!!! biar aku ajar dia!!!!. selepas
mendesak adik aku siapa yang bertanggungjawab. Aku terus pergi mencari siapa yang
bertanggungjawab yang hamilkan adik aku...

BABAK III

BAHAGIAN 1

Khai : arif !!!! arif!!!! keluar kau!!!

Arif : kenapa dengan kau ni?? terpekik-pekik. Tak belajar adat cara datang rumah ke bang?

Khai : kau kenal adik aku kan. Kau lah yang menghamilkan adik aku. Kau jangan buat macam orang
tak tahu apa-apa.

Arif : siapa adik kau?? saya tidak kenal adik abang. kau jangan sesuka hati nak tuduh saya tanpa
bukti. Mana bukti kau yang nak tuduh aku yang buat adik kau mengandung. Pergi cari orang lain yang
buat adik sampai jadi macam tu. Aku tak kenal pun adik kau tu. Jumpa pun tak pernah.

Khai beredar dengan muka yang kecewa dan terkejut dengan apa yang arif cakap.

Lampu malap seketika.

Khai : Allahuakhbar. Kenapa begitu berat hukuman aku terima. Baru aku merasa macam mana
keluarga julia rasa kan dulu. Tapi kenapa adik aku yang kena sama yang aku buat pada perempuan
dekat luar sana. Adakah ini karma atas perbuatan aku selama ini. Aku mengalami tekanan yang sangat
kuat atas apa yang terjadi.

Setelah bertahun kemudian, aku berkenalan dengan seorang perempuan nampak sangat lembut,
sopan santun dan pandai ambil perhatian aku. Aku yakin yang perempuan ni sangat layak untuk
dijadikan sebagai permaisuri dalam hidup aku. Kami merancang untuk meneruskan hubungan melalui
pertunangan dan selang sebulan kami pun berkahwin dan merancang membuat majlis kesyukuran
sempena hari yang paling bahagia dalam hidup aku. Tetapi kebahagiaan itu hanya sementara setelah
isteri yang aku baru nikahi mengaku bahawa dia pernah terlanjur dengan lelaki lain suatu masa dulu.
Selepas perkataan itu masuk ke telinga aku, aku rasa sangat kecewa. Aku sangka perempuan yang
aku nikahi itu masih suci, tidak pernah melakukan perkara yang terkutuk itu. Isteri ku berkata pada ku
tutup keburukanku, semoga Allah juga menutupi keburukanmu setelah mendengar apa yang isteri ku
sebut. Dalam kepala aku terus teringatkan apa yang lakukan dulu, lalu terdetik di hati kecil aku
cukuplah Allah. Aku sudah terima hukuman yang sangat berat bagi ku!.

Aku menghela nafas yang panjang untuk menelan apa yang terjadi pada diri ku. Aku teruskan bersabar
dengan hukuman yang aku terima ini. Aku redha atas apa yang terjadi. Mungkin ini salah satu
hukuman yang aku lakukan zina selama ini. Setelah beberapa tahun aku meneruskan dalam alam
perkahwinan ini, aku menimang seorang anak perempuan. Aku begitu teruja dengan apa yang
dianugerah oleh Allah kepada hambanya yang pernah lakukan kesilapan yang besar dulu. Setelah
anak perempuan aku berusia 7, berlaku kejadian yang luar dari jangkaan aku. Anak aku yang masih
kecil itu datang dalam keadaan air mata yang mengalir. Anak aku memberitahu aku apa yang terjadi,
ternyata penjaga rumah aku telah memperkosa anak aku yang masih kecil. Sekali lagi aku dihukum
dengan hukuman yang sangat perit bagi ku untuk menerima kenyataan yang anak aku perlu
menanggung akibat dari perbuatan zina aku dan isteri aku dahulu. Pada ketika itu, datang seorang
hamba Allah yang merupakan sahabat aku semasa belajar cuba menenangkan aku dengan memberi
nasihat. Dia tahu segalanya apa yang pernah aku lakukan selama ini dan mengatakan masih belum
terlambat untuk bertaubat.

LAMPU MALAP-

BABAK III

BAHAGIAN 2

Shuib : kenapa ni sahabat ku khai?? apa yang telah terjadi pada diri mu???

Khai : (diamkan diri kerana malu hendak apa yang terjadi)

Shuib : bagitahu la pada aku, apa sebenarnya yang terjadi pada kau sahabat. Kalau aku boleh bantu,
aku bantu kau.

Khai : anak perempuan aku diperkosa. Kenapa anak aku yang perlu tanggung hukuman atas
kesalahan yang bukan dia lakukan. Aku yang berzina selama ini bukan anak aku!!! kenapa !!! kenapa!!!

Shuib : bersabar la khai. Mungkin ini satu cubaan yang kau harus hadapi. Allah tak kan berikan
cubaan kalau hambaNya tidak kuat untuk menanggungnya. Mungkin juga ini salah satu cara Allah
hendak beri kau hidayah untuk bertaubat atau menghapus dosa kau selama ni. Aku yakin Allah tak
akan menzalimi hambaNya tanpa sebab. Mungkin dosa zina yang kau buat selama ini. Allah akan
berikan hukuman yang sangat perit kepada hambaNya yang ingkar laranganNya. Dalam Al - quran ada
menyebut janganlah kamu mendekati zina. Sesungguhnya zina itu sesuatu perbutan yang sangat keji.
Dan suatu jalan yang buruk.

Khai : aku tahu, dulu aku banyak buat dosa besar, aku ikut hawa nafsu aku sehinggakan aku lupakan
larangan Allah. Aku menyesal shuib. Aku menyesal!!!

Shuib : bagus lah kalau macam tu. Bertaubat la khai. insyaAllah taubat kau diterima Allah.

Khai : adakah Allah terima taubat aku. Sedangkan aku pernah melakukan apa yang Allah murka. Aku
lakukan dosa yang sangat besar shuib!!!! (keadaan sedih mengenangkan nasibnya).

Shuib : dalam hadis sahih yang diriwayat oleh imam tirmidzi wahai keturunan adam, meskipun anda
datang kepada - Ku sengan dosa sebesar bumi kemudian anda menghadap-Ku, tidak menyekutukan-
Ku, Aku akan membawakan kepadamu ampunan sebesar dosa itu. Itu adalah hadis sahih, aku yakin
kalau kau betul bertaubat dengan taubat nasuha, insyaAllah , Allah akan menerima taubat mu.

Khai : terima kasih sahabat ku. Kau tak pernah jemu menasihatkan aku dari dulu lagi tetapi aku sahaja
yang bodoh tak ambil peduli dengan apa yang kau nasihatkan. Setelah aku rasai sendiri hukuman yang
Allah berikan kepada aku baru tahu betapa peritnya hukuman.

LAMPU PADAM SEPENUHNYA


TAMAT