Anda di halaman 1dari 3

Tugas Pegawai Balapan dan Padang

Pengurus Kejohanan

Berkuasa dalam pengendalian keseluruhan majlis kejohanan


Bertanggungjawab menentukan kejohanan berjalan lancar
Memastikan semua pegawai yang bertugas melapor diri kepadanya dan membuat pengantian
jika perlu
Menentukan supaya oang yang berkenaan sahaja berada dalam kawasan pertandingan.

Pengurus Teknik

Persedian balapan, kawasan lompatan dan balingan


Memastikan alatan pertandingan mengikut spesifikasi rasmi
Menyediakan borang-borang yang digunakan dalam kejohanan olahraga

Setiausaha Kejohanan

Menguruskan mesyuarat berkaitan dengan pengelolaan kejohanan


Catatan dan penyediaan minit mesyuarat
Urusan surat menyurat
Penyediaan laporan

Juri Rayuan

( 3 atau 5 orang yang berpengalaman dalam hal-hal olahraga)


Menyelesaikan semua bantahan atau rayuan yang dibuat secara rasmi

Referi

Akan bertanggungjawab menentukan bahawa semua peraturan pertandingan dipatuhi.


Akan memberi keputusan dalam perkara teknik yang timbul pada masa kejohanan
Referi akan menentukan tugas hakim
Referi mesti mengawasi pengukuran, memeriksa keputusan-keputusan akhir dan menyelesaikan
pertelingkahan jika ada
Referi berkuasa memberi amaran(kad kuning) dan menyinkirkan (kad merah) peserta jika
didapati tidak bersopan
Berkuasa membatalkan/dipertandingkan semula acara, jika perlu.
Referi menandatangi semua kad-kad keputusan sebelum diserahkan kepada pencatat dan
diumumkan.

Hakim

Seorang ketua hakim boleh dilantik untuk membantu referi menjalankan tugasnya.
Setiap hakim balapan dan padang diketuai oleh Ketua Hakim
Hakim balapan

menentukan kedudukan setiap peserta yang mengambil bahagian dalam sesuatu acara
mencatat maklumat yang perlu diisi dalam borang keputusan acara balapan untuk tindakan
ketua hakim
memerhati dan membuat catatan tentang kedudukan peserta-peserta bagi setiap pusingan
dalam acara jarak jauh.

Hakim Padang

menghakim pertandingan acara padang mengikut peraturan


mengukur dan mencatat setiap percubaan oleh setiap peserta

Pengadil balapan

Bertugas dibawah seorang ketua pengadil


Pengadil akan memerhati bahawa semua peserta yang bertanding dalam sesuatu acara tidak
melanggar peraturan ketika berlumba
memastikan peserta berlari mengikut lorong masing-masing
memastikan proses pertukaran baton oleh pelari-pelari dalam acara lari berganti-ganti
mematuhi peraturan-peraturan pertandingan
menunjukkan bendera putih sebagai isyarat tidak berlaku pelanggaran peraturan dan bendera
merah jika sebaliknya
melaporkan kepada referi semua peristiwa yang berlaku yang melibatkan kesalahan teknik
peserta untuk membolehkan referi membuat keputusan

Penjaga masa

Duduk diluar balapan bertentangan dengan garisan penamat (Mereka duduk di atas pentas
bertingkat dan mengadap barisan para hakim balapan)
Setiap pencatat masa akan bertindak secara perseorangan tanpa menunjukkan jamnya kepada
atau menukar maklumat dengan sesiapa, mencatatkan masa diatas borang rasmi dan setelah
menandatanganinya menyerah borang tersebut kepada Ketua Pencatat masa yang mungkin
memeriksa jam itu untuk mengesahan.
Masa akan diambil dari masa kelihatan kilat/cahaya tembakan pistol sehingga detik di mana
bahagian badan (torso) peserta itu sampai ke garisan penamat .
Sekiranya dua daripada tiga buah jam rasmi menunjukkan masa yang sama dan jam ketiga
mencatat masa berlainan, maka masa rasmi adalah masa yang ditunjukkan oleh dua jam yang
sama itu. Jika ketiga-tiga jam menunjukkan masa yang berlainan, maka jam yang menunjukkan
masa yang ditengah-tengah adalah masa rasmi. Sekiranya hanya dua jam sahaja digunakan dan
menunjukkan masa berbeza, maka masa yang lebih lambat diterima sebagai masa rasmi.
Pelepas dan Pelepas Panggil Balik

Pelepas bertanggungjawab tentang pelepasan semua peserta bagi setiap acara balapan
mengikut isyarat-isyarat tertentu.
Pelepas mesti memastikan para hakim dan Penjaga Masa telah brsedia sebelum memulakan
pelepasan
Jika peserta berlepas lebih awal dari tembakan pistol, Pelepas atau/dan Pelepas Panggil balik
boleh melepaskan tembakan sebagai isyarat memanggil balk peserta-peserta yang telah
berlepas.

Penolong Pelepas

Memeriksa dan menentukan bahawa peserta-peserta yang sah sahaja yang bertanding dalam
sesuatu perlumbaan atau acara yang tetentu
Menentukan peserta-peserta memakai nombor yang betul di bahagian depan dan belakang
Menenpatkan peserta-peserta di lorong dan tempat permulaan yang betul
Mengawasi bahawa tiada peserta melanggar peraturan permulaan setelah Pelepas memberikan
isyarat "ke garisan". Jika ada, Penolong Pelepas hendaklah memberitahu kepada Pelepas.
Menyediakan baton bagi pelari pertama dalam acara lari berganti-ganti.

Penyelia Peserta

Menyemak kehadiran dan kesediaan peserta-peserta yang akan bertanding dalam sesuatu acara
Mencatat maklumat jika ada dalam borang penyelian peserta (misalnya peserta yang menarik
diri) untuk makluman dan perhatian penolong pelepas.
Menjalankan tugas mengumpulkan pemenang-pemenang hadiah untuk upacara penyampaian
hadiah

Anda mungkin juga menyukai