Anda di halaman 1dari 3

Teknik Penyoalan Guru

Tidak dapat dinafikan betapa pentingkan kemahiran guru dalam aspek penyoalan
semasa melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Dalam setiap
borang penilaian pemerhatian bagi penyeliaan pengajaran dan pembelajaran
semasa latihan perguruan atau borang penyeliaan oleh Jemaah Nazir Sekolah atau
sesiapa sahaja dalam proses penilaian atau pemantauan pengajaran dan
pembelajaran guru, pasti sahaja ada elemen ini dinilai. Betapa pentingnya
seseorang guru itu menguasai teknik dan kemahiran menyoal adalah menentukan
keberkesanan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Terdapat amalan guru
yang tidak memberikan perhatian kepada teknik menyoal, umpamanya guru
menyoal dengan soalan yang tidak jelas, bersifat spontan, tidak menentukan tujuan,
stereotaip dan hanya berkisar sekitar mencungkil ingatan serta memahami fakta
sahaja. Soalan sedemikian tidak akan dapat mencapai matlamat pengajaran dan
pembelajaran.
Apakah Penyoalan?
Penyoalan adalah apa jua pernyataan atau perlakuan yang memerlukan
maklumbalas murid. Selain daripada berbentuk lisan, penyoalan juga boleh
dilakukan melalui ekspresi muka, isyarat dan konteks fizikal.
SOALAN -> MAKLUMBALAS -> REAKSI SELEPAS MAKLUM BALAS
Penyoalan guru adalah merupakan salah satu bentuk interaksi yang berlaku dalam
bilik darjah. Teknik penyoalan adalah merupakan salah satu alat untuk mencapai
matlamat dan merangsang aktiviti mental. Beberapa kebaikan penyoalan adalah
seperti berikut;
Merangsang pembelajaran
Mengembangkan potensi berfikir murid
Memandu kepada idea yang jelas
Menggerakkan imaginasi
Insentif kepada tindakan

Guru perlu menyedari bahawa kuantiti soalan dan kualiti penyoalan semasa
mengendalikan sesi pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah adalah merupakan
salah satu unsur penting dalam menentukan keberkesanan dan kualiti sesi
pengajaran mereka. Oleh itu, guru perlu merancang dengan teliti dan rapi dengan
mengambil kira beberapa faktor seperti berikut;

Mental
Psikologi
Persekitaran
Pengalaman murid
Keperluan sesuatu mata pelajaran

Mengapakah penyoalan guru ini begitu penting?

Terdapat beberapa unsur yang dapat membantu pengajaran dan pembelajaran guru
melalui penyoalan iaitu unsur penyiasatan (interrogation) dan unsur rangsangan
yang menunjukkan apa yang harus dipelajari dan arahan yang perlu dilakukan.
Janganlah pula kita sendiri yang menyoal dan kita sendiri yang menjawab, tanpa
memberikan ruang untuk murid berfikir dan mencari jawapan. Amalan sesetengah
guru memang begitu seperti guru mengemukakan soalan kepada semua
murid: Faham tak? kemudian tanpa menunggu jawapan murid, beliau
meneruskan percakapannya. Atau pun menyoal: Faham tak? dan keseluruhan
murid menjawab Faham. Adakah beliau mengetahui siapakah yang sebenarnya
faham dan siapa pulan yang tidak faham. Murid cenderung untuk menjawab secara
beramai-ramai apabila rakan lain menjawab Faham. Fikirkanlah tindakan yang
telah kita lakukan ini dan buatlah renungan atau refleksi mengenai amalan
penyoalan kita.

Apakan tujuan guru menyoal?

Berikut adalah antara beberapa tujuan guru menggunakan teknik penyoalan dalam
sesi pengajaran dan pembelajaran.

Merangsang penglibatan murid


Mengulangkaji
Merangsang murid untuk berbincang
Melibatkan murid untuk berfikir secara kreatif
Menguji kebolehan murid
Menilai kemajuan murid
Menentukasn sejauh manakah objektif pembelajaran tercapai
Menarik minat murid
Mengawal tingkah laku murid
Menyokong sumbangan idea murid
Meningkatkan kognitif dan metakognitif murid

Nabi Muhammad (SAW) kerap menggunakan pendekatan dialog dan bersoal jawab
sebagai kaedah berinteraksi secara dua hala dalam sesi pengajaran Beliau. Ini
adalah bertujuan untuk menarik perhatian pendengnar dan mengajak mereka agar
memberikan respon atau maklum balas terhadap soalan yang dikemukakan.
Dengan cara ini idea yang bernas dapat digunakan dalam menjawab soalan.
Sekiranya para sahabat Beliau tidak dapat menjawab, Beliau sendiri akan
memberikan jawapan yang mudah untuk difahami dan berkesan kepada orang yang
mendengar. Soalan yang dikemukakan oleh Rasulullah adalah menguji minda dan
membawa pengertian yang begitu jauh serta mendalam, disamping mengandungi
unsur-unsur analogi atau perumpamaan. Diriwayatkan oleh Sayyidina Abi Hurairah,
Rasulullah bersabda (menyoal):

Apakah pandangan kalian sekiranya ada sebatang sungai di pintu rumah masing-
masing, dan kalian mandi di dalamnya sebanyak lima kali setiap hari, apakah akan
ada kekotoran yang masih tinggal?

Jawapan daripada pengikut beliau:

Tidak akan ada kekotoran sedikit pun Lalu Rasulullah bersabda lagi: Demikianlah
perumpamaan solat lima waktu, Allah akan menghapuskan segala dosa dengannya
Baginda juga sering menyoal para sahabat mengenai perkara yang sudah baginda
sendiri ketahui untuk mencungkil kebijaksanaan, mengasah kecerdikan dan
menyalurkan ilmu kepada mereka melalui teknik mengemukakan hujah agar dapat
menguji ilmu yang ada dalam minda masing-masing. Contohnya (menurut riwayat
oleh Sayyidina Abdullah bin Umar) semasa Baginda lalu di bawah sepohon kurma,
Baginda mengambil buah dan memakannya dan berkata:

Sesungguhnya ada sejenis pokok yang berwarna hijau, keberkatannya umpama


keberkatan seorang muslim, daunnya tidak gugur, dan tidak pula bertaburan, dan ia
mengeluarkan buah sepanjang musim dengan izin Allah Taala, dan sesungguhnya
ia seumpama seorang muslim, maka khabarkan padaku apakah pohon tersebut?

Ramai para sahabat telah meneka pohon yang dimaksudkan oleh baginda, dan
akhirnya Rasulullah telah memberikan jawapan:

Ia adalah pohon kurma

Walau pun Sayyidina Abdullah bin Umar yang mendengar soalan tersebut
mengetahui jawapannya, namun beliau merasa malu untuk menjawab kerana beliau
adalah paling muda dalam kalangan mereka sedangkan orang lain diam membisu.

Oleh itu, seseorang guru yang memiliki nilai-nilai profesionalisme yang tinggi
sewajarnya mengajukan persoalan kepada murid bagi menguji kefahaman,
menggalakkan agar mereka sentiasa berfikir serta menjelaskan jawapan yang
sebenar kepada mereka sekiranya mereka tidak mengetahuinya. Guru juga perlu
menggunakan perumpamaan, metafora, analogi yang bersesuaian untuk
menambahkan kefahaman dan menggambarkan maknanya agar ia kukuh menetap
dalam fikiran atau minda murid.

Anda mungkin juga menyukai