Anda di halaman 1dari 2

Unit Beruniform Puteri Islam

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KELANA JAYA


JALAN BAHAGIA, SS4, KELANA JAYA, 47301 PETALING JAYA, SELANGOR DARUL
EHSAN
TEL: 03-78035021 FAX: 03-78035120
Emel: bea8615@btpnsel.edu.my Laman web http://smkkelanajaya.org

LAPORAN AKTIVITI PERTANDINGAN PUTERI ISLAM

1. TAJUK : 1.1 PERTANDINGAN MASAKAN 1 MALAYSIA

1.2 PERTANDINGAN CUP CAKE

2. TARIKH : 2.1 20 Februari 2013 (Rabu)


2.2 10 April 2013 (Rabu)

3. MASA : 2.30 4.00 petang

4. TEMPAT : Bilik Seni, SMK Kelana Jaya

5. PENYELARAS DAN URUS SETIA : Semua 5 Guru Pemimpin PPIM

6. BILANGAN PESERTA : 6.1 45/49 (Berkumpulan)

6.2 32/50 (Berkumpulan)

7. KEWANGAN : Peruntukan Kokurikulum sekolah

8. PENGENALAN PROGRAM :

Pertandingan Masakan 1 Malaysia ini adalah merupakan pertandingan kali pertama


diadakan pada tahun ini khusus untuk semua ahli Puteri Islam. Aktiviti ini merupakan
satu daripada aktiviti yang diminati oleh para pelajar pada masa ini. Aktiviti sedemikian
dapat memupuk sifat-sifat positif dalam diri pelajar. Sehubungan itu, semua ahli Badan
Beruniform yang berdaftar perlu terlibat dalam aktiviti seperti ini supaya mereka
mendapat pengetahuan dan pengalaman yang tidak diperolehi di dalam bilik darjah.
Justeru itu program ini diadakan sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang
ingin melahirkan insan yang mahir dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, dan
jasmani.
9. OBJEKTIF PROGRAM :
9.1 Menarik minat pelajar untuk menyertai aktiviti kokurikulum.
9.2 Melibatkan pelajar secara aktif dalam bidang kokurikulum.
9.3 Membantu pelajar mendapat markah untuk penglibatan kokurikulum.
9.4 Membentuk muslimah yang anggun, sederhana, berketrampilan, bijak dan mahir
memasak.

10. ANALISIS PROGRAM :

10.1 KEKUATAN PROGRAM:

Dapat dilaksanakan Ya ( ) Tidak ( )

Program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Pelajar-pelajar dapat berkongsi


pengalaman dan pengetahuan yang telah mereka perolehi sepanjang program
ini bersama-sama dengan murid-murid lain. Selain itu, program ini telah
mengajar murid-murid untuk saling tolongmenolong sesama mereka sepanjang
melakukan aktiviti.

10.2 KELEMAHAN DAN KEKANGAN :

Sambutan yang kurang daripada pelajar-pelajar kelas peperiksaan.

10.3 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN :

Mempelbagaikan aktiviti dan memperbanyakkan promosi untuk meningkatkan


penglibatan lebih ramai pelajar.

11. LAMPIRAN :

Foto aktiviti dan penympaian hadiah Masakan 1 Malaysia dan Cup Cake

DISEDIAKAN OLEH : DISAHKAN OLEH :

_________________________ _______________________________
(FARAH AQILAH BT MAZUKI) (PN. SITI NORHANA BT ABU HAMIS)
Setiausaha Ketua Guru Penasihat
Unit Beruniform Puteri Islam Unit Beruniform Puteri Islam
SMK Kelana Jaya SMK Kelana Jaya

Anda mungkin juga menyukai