Anda di halaman 1dari 1

c  c 


 

Terima kasih pengerusi majlis.

Yang saya hormati, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Sungai Loang, Encik
Lembang Ak Achoi, Guru Besar Sk Sungai Laong, Encik Luang Ak Libut, para ibu bapa, guru -
guru dan rakan-rakan yang saya hormati sekalia.

Selamat pagi dan salam perpadua.

Saya Jessica Sendi Ak Karan selaku wakil pelajar SK Sungai laong tahun 2010 ingin
mengambil kesempatan di hari yang berbahagia ini untuk mengucapkan setinggi -tinggi
penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua guru yang telah berusaha keras
mendidik dan membimbing kami agar kami menjadi insan yang berguna pada suatu hari
nanti. Harapan saya kepada rakan-rakan ddan adik-adik sekalian, hormatilah dan dengarlah
nasihat nasihat daripada guru agar kita akan terus Berjaya. Hargailah jasa dan sumbangan
guru kita dengan menghadiahkan keputusan yang cemerlang dalam bidang akademik dan
bergiat aktif dalam bidang ko-kurikulum.

Rakan-rakan sekalian.

Sebagai ketua pelajar dan telah menghabiskan 6 tahun menuntut ilmu di SK Sungai laong
yang tercinta ini, saya ingin menyeru kepada adik-adik sekalian agar tingkatkan usaha adik-
adik semua untuk menaikkan dan mengharumkan nama sekolah kita yang tercinta ini di
peringkat daerah, bahagiaan, negeri dan kebangsaan. SK Sungai Laong yang tercinta ini
masih lagi banyak ruang untuk dipertingkatkan prestasinya sama ada dalam bidang
akademik mahupun Ko-kurikulum. Tidak mustahil kita boleh lakukan sekiranya kita semua
meletakkan kepentingan sekolah sebagai tanggungjawab kita bersama.

Akhir sekali, saya menyeru kepada rakan-rakan rahun 6, jangan terus lupakan sekolah kita
yang tercinta ini. Ingatlah jasa guru-guru kita sepanjang 6 tahun kita menuntut ilmu di sini.
Buat adik-adik sekalian, perjuangan tugas untuk menggalas nama baik sekolah terletak di
bahu bahu adik-adik sekalian. Junjunglah nama baik sekolah kita. Berusahalah untuk
meningkatkan prestasi akademik sekolah kita.
Khas buat guru-guru,

Kami memohon maaf andainya banyak salah dan silap kami pelajar tahun 6 sepanjang guru
mendidik kami. Budi guru akan kami sematkan sampaa bila-bila. Terima kasih kerana guru-
guru sekalian telah mencoretkan warna-warna hidup kami.

Minyak diisi bertong-tong,


Jumpa lagi di SMK Bakong.

Sekian, terima kasih.