Anda di halaman 1dari 5

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PANITIA SAINS

SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA MEDANG


KALI PERTAMA TAHUN 2017
___________________________________________________________________________

Rujukan : MM Bil. 1/2017


Tarikh : 23 Januari 2017
Tarikh : 19 Januari 2017
Masa : 1.15 2.30 petang
Tempat : Bilik Gerakan SKKM
Pengerusi : En. Muhammad Farus B. Mat Zin

Kehadiran:

1. Pn. Musliha Bt. Kamal GPK HEM


2. En. Muhammad Farus B. Mat Zin Ketua Panitia
3. Pn. Norazniza Bt. Ismail Setiausaha
4. En. Hazimi B. Ismail AJK

AGENDA 1: UCAPAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan ucapan salam.


1.2 Bacaan Surah Al-Fatihah.
1.3 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran ahli-ahli jawatankuasa ke
mesyuarat ini.
1.4 Berharap agar mesyuarat kali ini dapat menyelesaikan isu-isu berkaitan Pengajaran dan
Pembelajaran (PdP) bagi mata pelajaran Sains, pengurusan panitia serta dapat
merancang program-program yang akan dijalankan sepanjang tahun 2017.

Makluman: Semua Guru

AGENDA 2: PELANTIKAN JAWATANKUASA PANITIA

2.1 Semua ahli panitia bersetuju dengan pelantikan Jawatankuasa Panitia Sains bagi tahun
2017.

2.2 Jawatankuasa Panitia Sains yang telah dilantik bagi tahun 2017 adalah seperti berikut:

Penasihat : En. Mohd Shawaluddin B. Abu


Guru Besar SK Kuala Medang
: Pn. Norashikin Bt. Mat Zin
Pengerusi
GPK Kurikulum dan Pentadbiran
: Pn. Musliha Bt. Kamal
Naib Pengerusi 1
GPK Hal Ehwal Murid
: En. Sirajudeen B. Sulaiman
Naib Pengerusi 2
GPK Kokurikulum
Ketua Panitia : En. Muhammad Farus B. Mat Zin
Setiausaha : Cik Norazniza Bt. Ismail
AJK : En. Hazimi B. Ismail
Makluman : Semua Guru

2.3 Pengerusi berharap agar jawatankuasa yang telah dilantik dapat menjalankan tugas
dengan sebaiknya demi kecemerlangan mata pelajaran Sains terutama di dalam
pencapaian peperiksaan UPSR.
Makluman : Semua Guru

AGENDA 3: ISU-ISU PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

3.1 Persediaan Awal Tahun:

3.1.1 Agihan tugas mengajar mata pelajaran Sains bagi tahun 2017 adalah seperti
berikut:

Tahun 1 : En. Muhammad Farus B. Mat Zin


Tahun 2 : En. Hazimi B. Ismail
Tahun 3 : En. Hazimi B. Ismail
Tahun 4 : En. Hazimi B. Ismail
Tahun 5 : En. Muhammad Farus B. Mat Zin
Tahun 6 : En. Muhammad Farus B. Mat Zin

3.1.2 Guru mata pelajaran diminta menyerahkan satu salinan Jadual Waktu
Persendirian kepada Ketua Panitia untuk dimasukkan ke dalam Fail Panitia
Sains. Guru mata pelajaran juga diingatkan agar memasukkan Jadual Waktu
Persendirian ke dalam Fail Rekod PdP.
Tindakan : Semua Guru

3.1.3 Semua guru diminta menyediakan Biodata Guru untuk dimasukkan ke dalam
Fail Panitia Sains.
Tindakan : Semua Guru

3.1.4 Semua guru mata pelajaran Sains adalah bertanggungjawab untuk


melengkapkan Fail Panitia Sains dengan mengisi maklumat-maklumat yang
berkaitan ke dalam fail tersebut.
Tindakan : Semua Guru

3.1.5 Penggunaan Bilik Sains adalah sangat digalakkan supaya murid dapat
menjalankan aktiviti hands-on dengan melakukan ujikaji dan eksperimen
semasa PdP atau di luar waktu PdP. Guru mata pelajaran boleh merujuk kepada
Jadual Penggunaan Bilik Sains yang telah disediakan.

Makluman : Semua Guru

3.1.6 Segala buku latihan, buku aktiviti dan buku rujukan yang diperlukan bagi PdP
bagi tahun ini hendaklah disenaraikan dan dibincangkan dengan Ketua Panitia
supaya pembelian buku-buku tersebut boleh diuruskan.
3.2 Penyediaan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran:

3.2.1 Dokumen Standard Kurikulum (DSK), Dokumen Standard Prestasi (DSP),


Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) dan Rancangan
Pengajaran Tahunan (RPT) hendaklah dicetak, dihantar kepada pentadbir untuk
disahkan dan dimasukkan ke dalam Fail Rekod PdP dan Fail Panitia Sains.

Tindakan : Semua Guru

3.2.2 Semua guru diingatkan agar merujuk kepada format penulisan Rancangan
Pengajaran Harian (RPH) yang telah diedar.
Tindakan : Semua Guru

3.2.3 Fail Rekod PdP hendaklah dihantar kepada pihak pentadbir pada hari Jumaat
atau selewat-lewatnya pada hari Isnin pada setiap minggu untuk disemak.

Tindakan : Semua Guru

3.2.4 Semua guru diingatkan agar mematuhi Surat Pekeliling yang berkuat kuasa dan
juga peraturan-peraturan yang berkenaan bersabit dengan penyediaan RPH
sebelum PdP berlangsung.
Tindakan : Semua Guru

3.3 Ujian dan Peperiksaan:

3.3.1 Segala soalan ujian dan peperiksaan hendaklah disediakan oleh guru yang
mengajar kelas tersebut. Soalan hendaklah disediakan dua minggu sebelum
tarikh ujian dijalankan untuk disemak oleh ketua panitia dan disahkan oleh
pihak pentadbir.
3.2.2 Guru diingatkan agar menyediakan Jadual Spesifikasi Item (JSI) dan Panduan
Pemarkahan bagi setiap soalan yang disediakan.
3.2.3 Setiap set soalan yang disediakan hendaklah dibuat satu salinan dan
dimasukkan ke dalam Fail Panitia Sains.
3.3.5 Markah murid hendaklah direkodkan ke dalam portal Sistem Analisis
Peperiksaan Sekolah (SAPS) setelah jawapan murid selesai disemak sebelum
tarikh tutup kemasukan markah yang dibenarkan.
Tindakan : Semua Guru

3.4 Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS):

3.4.1 Semua guru diingatkan untuk mengisi maklumat PBS murid di dalam Pelaporan
Panduan Perkembangan Murid (PPPM) bagi murid Tahap 1 dan Pelaporan PBS
Offline bagi murid Tahap 2. PBS hendaklah dijalankan dari masa ke semasa
mengikut kesesuaian.
3.4.2 Pentaksiran Kerja Amali Sains (PEKA) hendaklah diteruskan. PEKA hendaklah
dijalankan sekurang-kurangnya dua kali setahun bagi murid Tahun 3, 4, 5 dan
6. Markah hendaklah diisi di dalam borang yang telah disediakan dan disimpan
di dalam sebuah fail.
Tindakan : Semua Guru
3.5 Penyeliaan PdP:

3.5.1 Penyeliaan PdP akan diadakan sebanyak empat kali setahun. Perkara-perkaran
yang akan dicerap termasuklah pengurusan Fail Rekod PdP, buku latihan murid
dan pengurusan bilik darjah. Guru akan dimaklumkan sebelum pencerapan
dijalankan supaya guru boleh bersedia.
Makluman : Semua Guru

3.6 Perbelanjaan PCG:

3.6.1 Guru boleh menyenaraikan bahan-bahan yang diperlukan untuk dibelanjakan


menggunakan PCG. Guru boleh berbincang dengan ketua panitia dan mengisi
Nota Minta untuk diuruskan oleh Pembantu Tadbir Kewangan.

Makluman : Semua Guru


3.7 Analisis Ujian dan Peperiksaan:

3.7.1 Semua guru hendaklah mencetak lembaran markah murid dan analisis mata
pelajaran daripada portal SAPS selepas ujian / peperiksaan dijalankan dan
dimasukkan ke dalam Fail Panitia Sains. Headcount murid hendaklah dibuat.
Guru juga boleh mengemukakan cadangan-cadangan program peningkatan
prestasi bagi murid yang belum menguasai tahap minimum mata pelajaran
Sains.
Tindakan : Semua Guru
3.8 Perancangan Aktiviti Tahunan:

3.8.1 Semua guru bersetuju untuk menjalankan empat program panitia pada tahun ini
iaitu:
Mengemas dan menceriakan Bilik Sains
Mewujudkan Taman Sains
Mengadakan Minggu Panitia Sains
Mewujudkan Sudut Panitia Sains
3.8.2 Perincian bagi program-program yang telah dirancang seperti di atas akan
dibincangkan pada mesyuarat panitia yang akan datang.

Makluman : Semua Guru


3.9 Perkembangan Staf:

3.9.1 Pihak sekolah sedia maklum akan kekurangan guru opsyen Sains.
3.9.2 Semua guru diingatkan agar peka dan cakna tentang format baharu peperiksaan
UPSR bermula pada tahun 2016.
3.9.3 Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) adalah sangat
digalakkan dan guru bolehlah menggunakan segala kemudahan TMK yang ada
di sekolah untuk menarik minat murid terhadap mata pelajaran Sains.
3.9.4 Guru diingatkan untuk menjalankan Pengajaran Abad Ke-21 (PA21), iThink
dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) semasa PdP.
3.9.5 Ketua Panitia akan mengadakan Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP)
sekiranya mendapat sebarang maklumat terbaharu daripada pihak Pejabat
Pendidikan Daerah (PPD).
Makluman : Semua Guru
AGENDA 4: HAL-HAL LAIN

4.1 Semua guru bersetuju untuk menyediakan soalan Dunia Sains dan Teknologi (DST)
dalam satu kertas sahaja. Tetapi soalan dibahagikan kepada dua bahagian; Bahagian A
mirip kepada Kertas 1, dan Bahagian B mirip kepada Kertas 2, format baharu UPSR
bermula tahun ini.
4.2 Berharap agar prestasi mata pelajaran Sains dapat ditingkatkan terutama dari segi
peratusan murid menguasai mata pelajaran dan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP)
bagi setiap ujian / peperiksaan yang dijalankan.

Tindakan: Semua Guru

AGENDA 5: UCAPAN PENANGGUHAN

5.1 Pengerusi sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada semua AJK kerana sudi hadir
pada mesyuarat kali ini.
5.2 Beliau juga berharap agar segala program yang dirancang dapat dilaksanakan dengan
jayanya.
5.3 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang dengan bacaan Tasbih Kafarah dan
Surah Al-Asr.

Disediakan oleh:

..................................................
(NORAZNIZA BT. ISMAIL)
Setiausaha

Disemak oleh:

..................................................................
(MUHAMMAD FARUS B. MAT ZIN)
Ketua Panitia

Disahkan oleh:

..................................................

Anda mungkin juga menyukai