Anda di halaman 1dari 2

Kesalahan biasa yang dihadapi murid dalam pengajaran karangan.

Dalam membiacarakan tajuk ini saya telah berbincang bersama guru Bahasa Melayu
tentang kesalahan biasa yag sering dilakukan oleh murid dalam pengajaran karangan.
Bahasa Melayu merupakan bahasa kedua bagi murid-murid Cina dan Tamil.

Bahasa kedua adalah bahasa yang dipelajari oleh seseorang itu di samping bahasa
kandung yang diperolehi. Bahasa kedua adalah bahasa asing yang dipelajari secara
formal untuk tujuan-tujuan tertentu. Di Malaysia, kaum Cina dan India serta etnik-etnik
lain adalah penutur bahasa kedua apabila mereka menggunakan bahasa Melayu dalam
kegiatan seharian. Sememangnya wujud kesukaran untuk mereka mempelajari dan
menguasai bahasa kedua.
Kesukaran ini dipengaruhi beberapa faktor. Namun begitu ada juga etnik-etnik ini
dapat menguasai bahasa kedua iaitu bahasa Melayu dengan baik. Dalam sistem
pendidikan negara , bahasa Melayu ialah bahasa kedua di sekolah-sekolah jenis
kebangsaan. Banyak cabaran yang perlu ditempuhi oleh guru-guru terutamanya guru-
guru Melayu dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di kalangan murid-
murid Cina dan Tamil.

Kesalahan huruf besar sering berlaku pada permulaan ayat. Ini kerana dalam bahasa
ibunda tidak terdapat huruf besar. Perkara ini mempengaruhi murid-murid semasa
menulis karangan Bahasa Melayu.
Kurang memahami perkataan atau rangkai kata dalam bahasa Melayu . Perkara ini
menyebabkan murid tidak dapat menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betul
dalam menulis karangan Misalnya, murid lebih mudah memahami perkataan yang
menunjukkan perbuatan "mengangkat tetapi bermasalah untuk memahami
"mengandar," menjunjungdan "mengusung.Hal ini menyebabkan karangan yang
dihasilkan tidak menarik dan kadang kala tersasar daripada tajuk serta maknanya.

Masalah lain yang dikesan ialah masalah strukutur ayat. Murid sukar bertutur
mengikut struktur ayat yang betul dalam bahasa Melayu. Susunan perkataan dan sebutan
yang tidak betul menjadikan bahasa itu kurang difahami oleh individu yang lain. Ini
adalah situasi sebenarnya yang berlaku di sekolah jenis kebangsaan ( SJK ).
Contoh 1. Ayat yang ditulis . Ini pen saya punya . Bahasa Melayu- Pen ini
kepunyaan saya.
Contoh 2. . Awak punya rumah mana? Bahasa Melayu- Di mana awak tinggal?
Contoh 3. Dia sudah rumah pergi. Bahasa Melayu- Dia sudah pulang ke rumah.
Jadual di bawah menunjukkan contoh-contoh kesalahan murid-murid selain yang telah
dibincangkan.

Kesalahan Contoh

i. kakak saya mengelap tingkap


Huruf Besar
ii. abang kavitha mengumpulkan surat khabar.

Struktur Ayat i. Pei Ling menggunakan kain tingkap lap.

i. saya ibu nama Kala


Hukum DM ii. saya kakak sekolah pergi
iii. saya datuk bacab buku
i. Adik say menyusun kertas.
ii. Lozita menyapu sampah menggunakan sebuah
Penggunaan kata penyapu kayu.
iii. saya bapa tv tengok.
iv. saya datuk api sama kuppa.
i. Encik Ravi menotong telivisen.
Ejaan
ii.Baba saya nampah tv.
i. kakak saya memgelap tingkap.
ii. Inthra menonton televisen sambil menduduk.
Imbuhan iii.Ayah saya membakar sampah sarap yang
mengumpul.
iv.AyAh menggotong-royong.

Masalah ini dapat diselesaikan atau dikurangkan dengan amalan membaca dan
bertutur. Banyak membaca akan membantu murid-murid menghasilkan karangan yang
menarik dan bermutu.
Selain itu, guru perlulah membentuk pengajaran karangan dsaripada mudah ke
sukar.. Mula dengan secara berpandu dengan pembinaan draf karangan dan akhirnya
dapat menghasilkan penulisan secara kendiri.

Anda mungkin juga menyukai