Anda di halaman 1dari 8

Istiadat Perkahwinan Melayu

Perkahwinan merupakan perkara penting dalam kehidupan kerana untuk memenuhi tuntutan
rohani dan jasmani.

Meninjau
Kebiasaannya perkara ini dilakukan setelah seorang lelaki tertarik dengan perempuan
yang ingin diisterikan. Wakil dari pihak lelaki selalunya akan meninjau perempuan tersebut.
Selalunya dari ahli keluarga atau saudara terdekat. Tujuan untuk mendapatkan maklumat si
gadis seperti akhlak, didikan agama dan latar belakang keluarga.

Merasi
Merasi atau menilik nasib dilakukan oleh si lelaki berjumpa dengan bomoh selepas
ddapati pasangan tersebut sesuai demi memastikan keserasian dengan pasangannya.
Kebanyakan tempat perkara ini sudah jarang dilakukan terutama masyarakat sekarang kerana
hanya membuang masa. Bomoh akan meminta nama si lelaki dan si gadis untuk dihitungkan
berdasarkan ejaan huruf arab dan setiap huruf mempunyai nilai tersendiri.

Melamar
Pihak lelaki akan menghantar wakil kebiasaannya ibu bapa untuk berjumpa dengan
keluarga si gadis untuk menjodohkan anak mereka dengan si gadis. Pertanyaan akan
dimulakan dengan kiasan dan disusuli soalan berkenaan si gadis. Ibu bapa si gadis perlu
berbincang dengan empunya diri dan keluarga mereka. Dalam masa ini pihak di gadis pula
yang akan menyelidik pihak lelaki.

Bertunang
Setelah lamaran diterima pertunangan akan dilakukan mengikut hari yang ditetapkan.
Tepak sirih merupakan hantaran paling utama berbanding yang lain. Bagi memperelokkan
lagi barang hantaran lain turut dibawa. Bilangan yang biasa di bawa berjumlah 7 dan 9.
Sekiranya berkemampuan boleh ditambah. Belanja kahwin akan ditentukan oleh pihak si
gadis berdasarkan taraf keluarganya. Disini merupakan titik penentuan sekiranya pertunangan
ini berlaku atau tidak kerana sekiranya wang hantaran terlalu tinggi dan tidak boleh
dikurangkan pihak lelaki terpaksa membatalkan hajatnya. Sekiranya diterima penyarungan
cincin akan dilakukan. Si gadis hendaklah berpakaian cantik dan diasingkan dari khalayak
ramai dan keluarga si lelaki akan meminta wakilnya iaitu dari perempuan untuk
menyarungkan ke jari manis tangan kanan si gadis. Sementara memakan santapan, dari pihak
perempuan akan membawa masuk barang meminang dibawa pihak lelaki untuk dibalas dan
disalin.
Persiapan menjelang hari perkahwinan
Bangsal atau khemah
Disini pihak gadis akan melakukan masak masak semasa kenduri dan setelah tamat
akan dirobohkan semula. Selalunya perlu melihat kepada ruang rumah. Khemah didirikan
untuk tetamu menjamah hidangan.

Memasang gantung gantung


Semasa lelaki memasang bangsal, orang perempuan akan menyiapkan pelamin, bilik
tidur dan katil pengantin. Sebahagian wang hantaran digunakan untuk memastikan segalanya
berjalan lancar dan menjadikan memori terindah buat mereka.

Bunga telur
Dalam pada masa yang sama, orang perempuan akan menyediakan bunga telur untuk
diberi kepada tetamu. Bunga telur khas dihiasi indah akan diletakkan bersama pelamin untuk
dihadiahi jemputan yang menepung tawar pengantin semasa bersanding.

Pulut kunyit
Pulut kunyit atau pulut kuning biasanya disediakan untuk majlis perkahwinan.
Sebagai simbolik sempena pasangan di atas pelamin adalah merupakan raja sehari. Pulut ini
tidak boleh dimakan kerana sudah menjadi keras.

Jamuan
Ini merupakan satu kepastian semasa majlis perkahwinan. Tetamu dihidangkan
dengan santapan yang enak. Ahli keluarga dan penduduk kampung bergotong royong
membantu menyiapkan masakan. Sebelum itu bahan bahan hendaklah disediakan dan
seorang ketua dipilih kebiasaanya orang tua yang berpengalaman untuk membeli bahan
secukupnya dan menentukan juadah yang ingin disampaikan.
Persiapan sebelum bersanding

Berinai kecil/ berinai curi


Dilakukan beberapa orang sahaja. Tidak begitu popular pada zaman sekarang
mungkin keadaan tidak diizinkan kerana wanita sudah ramai yang bekerja. inai akan
dilakukan beberapa hari sebelum perkahwinan yang dilakukan pada pengantin perempuan
sahaja. Bahagian diinai ialah kedua tapak tangan, sepuluh jari tangan,kuku jari kaki dan
sekeliling tapak tangan.

Pernikahan
Nikah terbagi ke pada dua iaitu nikah gantung dan nikah biasa. Nikah gantung
dilakukan tanpa disusuli majlis perkahwinan. Biasanya dihadiri kaum keluarga, rakan jiran
dan saudara mara. Nikah biasa dilakukan dituruti majlis perkahwinan. Mengiringi pengatin
untuk pernikahan sama seperti menghantar bingkisan tunangan. Barang akan diletakkan dan
diperiksa seperti yang dipersetujui. Setelah cukup apa dalam terma syarat akad dijalankan
oleh kadi atau naib kadi yang berdaftar. Setelah selesai dengan sekali lafaz dan doa pengantin
lelaki ke bilik pengantin untuk berjumpa pengantin perempuan. Mereka bersalaman dan
berciuman. Istiadat ini dinamakan istiadat membatalkan air sembahyang. Adat ini tiada kaitan
dengan ajaran islam. Sebagai symbol pasangan tersebut sudah halal.

Berinai besar
Ini dilakukan kepada kedua dua pengantin. Pengantin lelaki dan perempuan berjalan
menuju ke pelamin bersama pengapit. Sebelum menginai orang yang berkenaan
menundukkan kepala sedikit sebgai tanda memberi hormat. Kemudian bakal pengantin akan
duduk di atas pelamin sambil menadahkan tapak tangan mereka di ata peha beralaskan tuala
kain. Tetamu akan datang berhadapan dengan pengantin dan mengambil sedikit beras kunyit
dan bertih untuk ditaburkan ke pengantin. Daun seribu dicelup sedikit dalam mangkuk tepung
tawar dan dicecahkan sedikit pada tapak tangan pengantin. Kedua dua pengantin akan
menangkupkan tapak tangan mereka di dada sebagai tanda terima kasih. Adat inai ini tidak
terperinci dan bergantung kepada orang yang mengamalkan adat ini. Untuk mengakhiri
majlis doa selamat dibacakan.

Majlis khatam al quran


Tujuan sebagai tanda syukur setelah tamat pengajian al quran. Pada umumnya adat ini
sudah mula ditinggalkan. Selain itu tujuan dilakukan untuk mengingati jasa seorang murid
kepada gurunya. Pengantin perempuan dengan berpakaian indah serba putih diapit oleh
gurunya bagi memulakan majlis. Setiap kali pengantin permpuan membaca satu surah dan
ayat ketiga terakhir akan diiringi bersama para hadirin dan gurunya. Sekiranya panjang
mereka akan ikut pada ayat kedua terakhir. Sebagai penutup, guru akan membacakan al
fatihah yang diikuti doa khatam al quran.
Bersanding
Disaat ini kesemua kelengkapan dari segi pelamin, masak masak dan lain tidak
dirisaukan lagi kerana ini merupakan upacara kemuncak yang ditunggu semua terutama
sekali bakal pengantin. Disaat ini lah hubungan mereka dihalalkan. Kebiasaannya majlis
bermula dari sepuluh pagi diikuti majlis persandingan. Pengantin perempuan akan
menghantar wakilnya untuk memberitahu si lelaki bahawa mereka telah sedia. Pada masa ini
si pengantin akan tinggal berasingan. Pihak lelaki diiringi kompang dan arakan bunga
manggar ke rumah pengantin perempuan. Ketibaan mereka disambut wakil pengantin
perempuan. Sebelum bias duduk diatas pelamin pengantin lelaki akan diuji dahulu seperti
membayar tebus pintu, berpantun mahupun bersilat. Setelah Berjaya, kedua dua mempelai
akan duduk di atas pelamin untuk upacara menepung tawar dilakukan dan diakhiri dengan
bacaan doa selamat. Setelah tetamu bersurai majlis makan damai diadakan untuk mengenal
keluarga pasangan. Si pengantin akan menyuap sesama mereka. Adakalanya setelah majlis
bersanding tamat majlis berzanji, doa tahlil atau membaca al quran dilakukan untuk
mendapat keberkatan dari Nya. Setelah selesai selang beberapa hari pihak permpuan bersama
bakal pengantin akan kerumah si lelaki untuk memberitahu kejiranan bahawa si lelaki sudah
berpunya. Tidak seperti di rumah perempuan kebiasaannya majlis bersanding, doa selamat
dilakukan. Ibu bapa pihak permpuan akan menangis kerana ketika ini mereka tepaksa
menyerahkan anak mereka dan pergi kerumah saudara mereka untuk memperkenalkan bakal
pinangan mereka.
Pengaruh luar dalam adat perkahwinan orang melayu
Seperti kita maklum pengaruh kebudayaan yang membentuk masyarakat melayu
sekitika dahulu ialah pengaruh hindu Buddha. Dapat dilihat persamaan perkahwinan mereka
dengan masyarakat melayu. Kebanyakan pengkaji sejarah berpendapat ajaran hindu Buddha
bertapak di melayu akibat dari usaha pengembangan agama yang dibawa oleh pedagang.
Ketika itu masyarakat melayu tinggal di persisiran pantai dan kuala sungai. Kesannya
pengaruh ajaran lebih cepat disampaikan. Orang melayu ketika itu terkenal dengan pelayaran
sehingga mereka ke india untuk belajar. Semasa pulang mereka akan membawa bersama
merka kitab klasik Sanskrit versi mahabrata.
Golongan raja begitu terpengaruh dengan tamadun india. Di sini mereka diajar nilai
kedudukan merka dari segi politik dan taraf. Golongan Brahmin dibawa ke istana dan diajar
serta mengamal kan adat istiadat diraja dari india. Bermulalah kedudukan raja itu agung,
berkuasa dan berdaulat. Akhirnya rakyat terikut ikut dengan adat istiadat istana. biar mati
anak jangan mati adat merupakan bukti bahawa mereka merasakan adat itu tersangat penting
dan sanggup mengorbankan anak mereka demi mengekalkannya. Sedangkan anak itu
anugerah dari Allah kepada mereka. Peribahasa ini diperkatakan bahawa adat yang berkaitan
dengan ketaatan seseorang rakyat jelata terhadap rajanya dan pantang derhaka. Di alam
melayu sistem kasta tidak mempunyai pengaruh yang kuat. Kebiasaannya rakyat melakukan
apa yang diperintah rajanya. Bermakna sekiranya raja memeluk agama hindu atau Buddha
rakyat terpaksa mengikut sekali. Demi menjaga maruah mereka daripada derhaka mereka
sanggup melakukan perkara terkutuk demi kepuasan raja mereka.
Ketaatan memeluk agama hindu atau Buddha seperti raja mereka merupakan ikutan
semata mata. Pemelukan ini tidak mengenal konsep kandungan ajaran agama secara
mendalam.
Perkahwinan diantara orang india dengan wanita tempatan antara faktor tersebarnya
pengaruh tamadun india di alam melayu. Hasil dari perkahwinan mereka menghasilkan
kelompok kecil dan sekiranya ramai yang melakukan akhirnya menjadi kelompok yang besar
dan akhirnya dianggap sebagai cara hidup mereka. Semasa permulaan penganutan agama
hindu Buddha, anak- anak perempuan diberikan untuk dikahwini agar mereka tinggal
menetap disini. Mereka menetap di istana dan memainkan peranan penting dalam pentadbiran
agar diperkukuhkan lagi ajaran ini. Segala bentuk kebudayaan baru diamalkan oleh rakyat.
Akhirnya turun ke masyarakat sekarang dan masih diamalkan.
Unsur-unsur Hindu dalam adat istiadat perkahwinan

Di India, perkahwinan kalangan orang Sunni Surati Vohras di Selatan Gujarat


merupakan satu keramaian yang mengandungi upacara keagamaan dan pelbagai adat istiadat
seperti menabur beras, melumurkan tepung kunyit dan pembahagian kelapa dan sirih.
Meskipun merupakan kaum yang mengamalkan agama Islam yang semakin berkembang,
namun adat daripada agama Hindu itu terus diamalkan dan memainkan peranan dalam
kehidupan mereka.
Merasi atau menilik turut menjadi adat yang diamalkan oleh golongan India-Islam.
Mereka akan membandingkan falakiah dari pasangan tersebut dan meramal perkahwinan
mereka sama ada baik atau tidak.
Mangni atau pertunangan juga luas diamalkan di kalangan Hindu. Bezanya, di
kawasan lain cara bagaimana upacara Mangni ini dilakukan berbeza. Namun terasnya tetap
sama iaitu pengantin lelaki dan perempuan akan bertukar-tukar hadiah berdasarkan nilai
yang telah ditentukan. Lazimnya, pihak perempuan akan meminta barang kemas. Selain itu,
rumah pengantin akan dihiasi cantik dan ditabur dengan beras untuk meraikan pengantin pada
hari perkahwinan. Upacara berinai juga merupakan adat dalam agama Hindu serta
menyapukan kunyit untuk mendorong kesuburan kepada pengantin.
Banyak juga upacara dalam adat Hindu yang lebih kepada unsur tahyul. Misalnya,
sebelum pasangan pengantin pergi tidur, pengantin lelaki diminta membasuh kaki perempuan
dan merenjiskan air ke empat penjuru bilik kerana dipercayai akan membawa tuah dan
menjauhkan makhluk-makhluk halus jahat yang cuba menghalang dan menganggu hubungan
suami isteri. Namun begitu, terdapat juga perbuatan yang berunsur Islam seperti membaca
Al-Quran dan membaca doa yang dilakukan oleh pengantin lelaki untuk memberkati
perkahwinan mereka.
Analisa Persamaan Adat Melayu-India

Unsur-unsur Hindu yang dibincangkan tidak menggambarkan bahawa orang Melayu


secara keseluruhannya meniru perbuatan golongan Hindu tetapi pengaruh ini akibat daripada
interaksi harian atau datuk nenek mereka yang asalnya beragama Hindu atau Buddha. Maka
segala adat istiadat mereka dibawa dan diwarisi oleh generasi zaman sekarang.
Pada zaman dahulu, pergaulan antara lelaki dan perempuan terbatas maka dalam hal
perkahwinan orang tengah akan digunakan untuk mencari pasangan kepada lelaki. Berbeza
dengan zaman sekarang di mana pergaulan lebih bebas. Di semenanjung Tanah Melayu,
pihak lelaki akan meminang perempuan.
Adat Merasi juga dulu luas dipraktikkan oleh orang Melayu namun telah pupus akibat
daripada kesedaran masyarakat bahawa menilik nasib dan meramal masa depan merupakan
perbuatan yang bercanggah dengan agama Islam. Namun begitu, hal ini masih menunjukkan
bahawa orang Melayu telahpun dipengaruhi oleh agama Hindu.
Daun sirih berasal dari India dan dikatakan mempunyai kuasa batin dan mampu
melindungi mereka yang memakainya. Orang Melayu menjadikan sirih sebagai kepala
hantaran (sirih junjung) dan juga digunakan dalam perubatan tradisional. Begitu juga dengan
berinai. Di kalangan India-Islam mereka mempercayai bahawa kesan merah inai mampu
menakutkan makhluk halus dan mampu menggalak kesuburan baka. Diyakini upacara inai
yang dilakukan oleh kaum Melayu sekarang berasal daripada kepercayaan tersebut.
Orang Melayu memahami bahawa perkara penting dalam perkahwinan ialah akad
nikah. Dengan jalinan akad tersebut hubungan seorang lelaki dan perempuan itu menjadi
halal. Dalam hal demikian ramai orang masih mahu majlis secara besar-besaran di luar
kemampuan mereka. Adat bersanding bagi mereka merupakan rukun berkahwin dan jika
tidak dilakukan maka akan rasa bahawa majlis itu tidak sempurna.
Justeru, terbukti bahawa betapa besarnya pengaruh kebudayaan India di kalangan
Melayu dan pengaruh tersebut pastinya sukar dibuang dan diubah.

\
Islam dan Adat Perkahwinan Orang Melayu.

Majlis Walimah
Islam tidak menatapkan jumlah atau had tertentu wang yang harus dibelanjakan untuk
majlis tersebut. Jelasnya, walimah itu perlu dan Jumhur Ulama berpendapat bahawa hokum
mengadakannya ialah Sunnah muakkadah. Walimah ini dilakukan untuk meraikan
perkahwinan kerana mereka menganggap ia satu peristiwa sejarah dan perlu dilakukan secara
gilang-gemilang.
Mengadakan majlis secara besar-besaran bukanlah satu kesalahan namun semua perlu
dilakukan mengikut kemampuan dan tidak berhutang. Majlis yang diiringi dengan muzik,
pondan-pondan dan joget serta pergaulan bebas adalah haram dan ditegah dalam Islam.
Hukum menghadiri jemputan walimah adalah wajib tetapi memakan jamuan yang
dihidangkan tidak wajib.

Memilih pasangan
Memilih isteri berdasarkan rupa dan kekayaan adalah perbuatan yang mementingkan
diri. Allah memberikan panduan bahawa sifat utama bakal isteri ialah agama. Ia juga dapat
memelihara rumah tangga dengan baik, mendidik anak dengan sempurna, menjaga suami
dengan baik dan menjaga harta serta maruah suami. Tanpa agama, kecantikan yang dimiliki
akan lebih membawa seseorang itu kepada sifat ujub dan takbur.
Perkahwinan merupakan satu detik pemisahan daripada dunia bujang seseorang.
Pasangan mereka merupakan rakan perkongsian hidup, penenang jiwa, penghibur hati dan
tempat mencurah rahsia serta mengadu.
Kaum wanita yang haru lebih teliti memilih pasangan yang hendak memperisterikan
dia. Hal ini kerana, dalam urusan rumah tangga, mereka akan lebih menerima akibat malang
sekiranya berlaku sesuatu yang tidak baik dalam hal rumah tangga.

Anda mungkin juga menyukai