Anda di halaman 1dari 1

TEKS UCAPAN WAKIL MURID 2017

Terima kasih Pengerusi Majlis.


Yang Amat Dihormati, Ustaz Haji Abdul Aziz Bin Abdul Rahman, Wakil Pegawai Pendidikan
Daerah Limbang.
Yang Berusaha EnRaman Bin Tusin , Guru Besar Sekolah Kebangsaan Meritam
Yang Berusaha Puan Rapeah Binti Haji Siosman, Yang Dipertua PIBG SK Meritam.
Yang Dihormati Ketua Kampung Meritam , Tuan Haji Mahmud Bin Haji Gampal , Ketua
Kampung Merasam, Encik Kamis Apong, Tuai Rumah Rumpang Anak Bali ,
Barisan Penolong-penolong kanan , Guru-guru, Guru-guru KAFA, Anggota Kumpulan Pelaksana
Sekolah, para Ibu bapa dan, murid-murid yang dikasihi sekalian.

Assalamulaikum warah matullah hiwabarakatuh dan Salam Sejahtera. Alhamdulillah,


setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Yang Maha Berkuasa Allah SWT kerana
dengan limpah rahmat dan kuasanya, dapat kita bersama-sama berkumpul untuk meraikan
majlis Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi prasekolah dan Tahun 6 hari ini.

Seterusnya, saya mewakili murid-murid Sekolah Kebangsaan Meritam ingin


merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua guru yang telah
mendidik kami. Sebahagiannya bermula dari peringkat prasekolah, dan sebahagian besarnya
bermula dari Tahun Satu sehinggalah Tahun Enam , daripada kami tidak mengenal huruf dan
angka, sehinggalah kami dapat menguasai semua kemahiran yang dikehendaki.

Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan. Yang pastinya setiap perpisahan pasti
amat menyedihkan. Apabila mengenang kembali saat-saat kami bersama guru-guru , pasti ia
akan menjadi detik kenangan paling manis yang tidak dapat dilupakan. Pada kami, guru ini
bukan sekadar guru, tetapi ibarat ibu bapa kami dalam sebuah keluarga besar yang sentiasa
memimpin kami supaya kami menjadi insan yang berguna. Begitu hiba rasanya untuk kami
khususnya murid tahun 6 untuk berpisah dengan guru-guru yang amat berdedikasi dan
prihatin untuk mendidik serta mengasuh kami. Namun, apalah daya kami untuk menghalang
waktu untuk terus berlalu , lantaran setiap pertemuan pastinya akan berakhir dengan
perpisahan. Justeru, walaupun berat hati kami untuk berpisah , kenyataannya perpisahan itu
pasti akan menjelma jua.

Hadirin sekalian,
Pada kesempatan ini, kami menyusun sepuluh jari, memohon ampun dan maaf
seandainya ada antara kami ada yang melakukan kesalahan dan kekhilafan daripada segi
tutur kata dan perbuatan. Akhir kata, sampaikanlah salam kami kepada guru-guru yang telah
berpindah katakanlah bahawa jasa dan bakti mereka , dan guru-guru yang ada di sini, akan
kami sanjungi dan kami ingati sepanjang hayat kami. Hanya Tuhan sahajalah yang
membalas segala jasa dan pengorbanan guru-guru kami.
.

Patah dahan bunga kemboja,


pucuk paku subur di titi, budi
cikgu kami tak lupa, sudah
terpaku di dalam hati.

Salam kemaafan kami hulurkan, Ilmu diberi harap halalkan, Doakan kami Semoga Berjaya di
dunia dan di akhirat.
Sekian, terima kasih.