Anda di halaman 1dari 4

TEKS UCAPAN WAKIL MURID SEMPENA MAJLIS

PERSARAAN DATIN HAJJAH NORIZAN BINTI HARON


GPK Kokurikulum SKTD 2

Terima kasih Pengerusi Majlis..


Yang Berusaha Pn Siti Rohana bt Saabin, Guru Besar SK Taman Desa 2.

Yang Dihormati
_________________________________________________________
_________________________________________________________

Yang dihormati Yang Dipertua PIBG


Encik Hisyamuddin bin

Yang diraikan Guru Penolong Kanan Kokurikulum Datin Hajjah Noizan binti
Haron ,

Yang dihormati barisan guru penolong kanan,guru-guru serta rakan-rakan


sekalian.

Assalamulaikum warah matullah hiwabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan kepada Yang Maha


Berkuasa Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan kuasanya, dapat kita
bersama-sama meraikan majlis perpisahan yang sangat bermakna dan penuh
erti pada hari ini.
Para Hadirin Yang Diraikan dan Dikasihi Sekalian,

Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan. Yang pastinya setiap perpisahan
pasti amat menyedihkan. Apabila mengenang kembali saat-saat ketika
bersama, pasti ia akan menjadi detik kenangan paling manis yang tidak dapat
dilupakan. Hari ini, kami berasa pilu kerana kehilangan seorang guru
yang amat kami sayangi dan cintai. Pada kami, guru ini bukan sekadar guru,
tetapi ibarat ibu kami dalam sebuah keluarga besar di Sekolah Kebangsaan
Taman Desa 2 ini.Lembut, tenang namun tetap tegas dalam melaksanakan
tanggungjawab.Itulah butir-butir kata yang dapat digambarkan mengenai
Datin Hajjah Norizan.Sepanjang tempoh perkhidmatan, beliau telah banyak
menyumbangkan jasa dan bakti buat anak bangsa terutamanya murid-murid di
sekolah ini. Beliau bukan sahaja seorang guru yang penyayang, melakukan tugas
dengan hati yang tulus ikhlas, malah mementingkan kebajikan murid-murid
melebihi dirinya sendiri. Beliau juga dikenali sebagai seorang yang
berhati murni dan senantiasa memberikan yang terbaik buat murid-
muridnya.

Hadirin dan Hadirat sekalian,


Pada kesempatan ini, saya sebagai wakil murid Sekolah Kebangsaan Taman
Desa 2 merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan terima kasih
kepada Datin Hajjah Norizan binti Haron yang tidak pernah mengenal jemu
mendidik dan mengorbankan waktu demi kami, anak- anak muridmu.Kami
berdoa, semoga Allah S.W.T akan melimpahkan rahmat dan peliharaan-
Nya kepada Datin Hajjah Norizan serta keluarga, dipanjangkan usia, diberikan
kesihatan tubuh badan dan ditambahkan ilmu pengetahuan bagi manfaat
agama,bangsa dan negara.
Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata. Benar kata pepatah
Melayu,patahkan tumbuh, hilangkan berganti, namun yang hilangkan, tetap
kekal menjadi kenangan abadi.

Saya akhiri ucapan saya dengan Wabillahitaufik walhidayahwassalamualaikum


warah matullahhiwabarakatuh. Sekian, terima kasih