Anda di halaman 1dari 22

PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN (PIPP)

TERAS 2 : MEMBINA MODAL INSAN

FOKUS 3 : Memupuk pelajar supaya memiliki kemahiran dan ketrampilan

PROGRAM : PROGRAM KESELAMATAN MURID PERGI DAN BALIK SEKOLAH

a. Pengenalan

Hakikatnya semua sekolah di seluruh negara adalah selamat dan berfungsi secara
efektif. Walau bagaimana pun semua pihak sepatutnya sedar bahawa terdapat
sebilangan kecil murid yang datang ke sekolah dari keluarga yang bermasalah.
Kelompok ini sering terdedah atau mendedahkan diri kepada pengaruh luaran yang
negatif dimana akhirnya mereka pula mempengaruhi murid-murid yang lain.
Disekolah, langkah keselamatan diaktifkan untuk mengelak, mencegah,
mengurangkan atau menghapuskan kemungkinan berlakunya insiden negatif
dikalangan murid di sekolah ini dengan mewujudkan peraturan sekolah, latihan
kemahiran, motivasi dalam usaha mendidik yang berterusan.

b. Definasi Konsep

Keselamatan murid pergi dan balik sekolah ialah suatu proses pendidikan berterusan,
proses perlindungan,pencegahan dan pemeliharaan murid dari segala kecelakaan
atau musibah semasa murid pergi dan balik sekolah.

c. Rasional

i. Murid mudah terdedah dengan isu-isu keselamatan seperti keadaan fizikal dan
persekitaran sekolah yang tidak selamat.
ii. Murid juga terdedah dengan persekitaran yang boleh menggugat keselamatan
disebabkan perubahan pembangunan apabila keluar dari kawasan sekolah. Oleh
itu proses penjagaan dan kawalan keselamatan yang berterusan perlu diwujudkan
oleh semua pihak.

d. Objektif

i. Mewujudkan suasana persekitaran sekolah yang selamat, sihat dan


menyeronokkan.
ii. Memastikan hak setiap warga sekolah dipertahankan dan dijaga serta
mempastikan mewujudkan murid yang berkualiti.
iii. Memastikan murid tidak terlibat dalam sebarang kemalangan jalanraya semasa
pergi, semasa di dalam sekolah dan semasa balik ke rumah.
iv. Mewujudkan keselamatan diri murid dari sebarang gangguan fizikal dan mental.
v. Meningkatkan kesedaran tentang keselamatan diri.
e. Matlamat

Mewujudkan budaya selamat di sekolah dan persekitaran berterusan dengan


sokongan keluarga, dan komuniti setempat.

f. Sasaran

Warga SK Kemahang dan Ibubapa/penjaga

g. Kewangan

Wang SUWA dan PIBG : RM400.00

Penyediaan Papan Tanda : DILARANG MASUK TANPA URUSAN


KAD KEBENARAN MASUK
PELAN SEKOLAH

h. Jangka Masa Pelaksanaan

Sepanjang tahun persekolahan

i. Ahli Jawatankuasa

Pengerusi : Guru Besar


Pn Hjh Hawa Bt Dumun

Naib Pengerusi : GPK HEM


Tn Hj A.Aziz Bin Isnin

Naib Pengerusi II : GPK 1


Tn Hj Jasmi Bin Jabar

Setiausaha : En Hamis Bin Jajri

AJK : 1. En Roslan Bin Ali


GPK KOKO

2. En Salikin B M.Lani
Guru Disiplin

3. En Ghazali Bin Borhan


Guru B&Kaunseling

4. Pn Dr. Halimatussaadiah Bt Abd Manaf


Wakil Ibu

5. Ketua Balai Polis Bukit Gambir


Pegawai Perhubungan Sekolah

6. Ketua Balai Bomba Tangkak


Wakil Bomba

7. Pn SN Lim Siew Eng


Wakil Klinik Kesihatan Bukit Gambir
8. En Suib Bin Kamari
YDP PIBG SKBG

9. Tn Hj Ismail Bin Sitam


Ketua Kampung Pt Hj Idris

10. Tn Hj Zainal B Kahar


Ketua Kampung Pt Babok

j. Pelaksanaan

Polisi Sekolah Selamat


i. Murid selamat dalam perjalanan pergi dan balik sekolah.
ii. Murid selamat semasa P&P di dalam bilik khas / bengkel KH dan makmal.
iii. Murid selamat di padang atau gelanggang semasa aktiviti Pend. Jasmani, sukan ,
dan semasa berlaku kecemasan atau kebakaran.

k. Keadaan Sekarang

i. Ibu bapa bebas masuk / keluar kawasan sekolah untuk menghantar, menunggu
dan mengambil murid.
ii. Ibubapa tidak mematuhi peraturan jalan raya ketika memberhentikan kenderaan
semasa menghantar anak di depan pintu masuk sekolah.
iii. Sistem beratur yang khusus ketika masuk dan keluar dari kawasan sekolah.
iv. Murid kurang didedahkan dengan peraturan semasa di sekolah dan program-
program keselamatan jalan raya.

l. Keadaan Diharapkan

i. Ibubapa dapat memberhentikan kenderaan 15 meter dari jalan masuk dan


menghantar murid hingga ke pintu masuk sekolah.
ii. Kehadiran murid ke sekolah mengikut waktu yang yang ditetapkan supaya dalam
kawalan pekerja trafik dan guru terutama semasa melintas jalan raya.
iii. Pekerja lalulintas mesti berada seawal pagi untuk membantu murid melintas jalan
raya dengan selamat.
iv. Guru Bertugas sentiasa memantau di pintu masuk semasa murid datang dan balik
sekolah.
v. Murid sentiasa mematuhi peraturan lalulintas apabila semasa datang dan balik ke
rumah.
vi. Perketatkan kawalan keselamatan sekolah. Pelawat yang ada urusan penting
dicatat nama pelawat , nombor kenderaan, waktu sampai dan keluar serta diberi
Kad Kebenaran Masuk.
vii. Kenderaan guru dan pelawat serta basikal murid diletakkan di tempat yang
ditetapkan.
viii. Pintu pagar sentiasa ditutup dan jaga sentiasa berada di pondok jaga.

m. Penjanaan Strategi

i. Perbincangan diantara GPK dengan Guru Besar.


ii. Penubuhan ahli jawatankuasa
iii. Menyediakan/menghantar surat pekeliling berkaitan peraturan keselamatan murid
pergi dan balik sekolah untuk makluman dan tindakan.
iv. Setiap murid mempunyai senaskah Buku Peraturan Sekolah dan memahami isi
kandungannya serta mematuhi.
v. Guru Bertugas dan Pengawas memantau murid beratur dari pintu masuk
mengikut lorong yang ditetapkan hingga ke tapak perhimpunan setiap pagi hari
persekolahan dan semasa aktiviti kokurikulum dijalankan.
vi. Guru matapelajaran sentiasa memberi panduan keselamatan yang perlu supaya
tidak berlaku perkara yang tidak diingini semasa aktiviti dijalankan samaada di
kelas, bengkel, makmal atau di padang permainan.

n. Pembinaan Strategi

i. Ibubapa menghantar murid hingga ke pintu masuk sekolah.


ii. Pekerja lalulintas membantu murid melintas jalanraya secara berkumpulan.
iii. Murid masuk ke kawasan sekolah melalui lorong yang disediakan dengan
dipantau oleh guru bertugas dan pengawas sekolah menuju ke tapak
perhimpunan.
iv. Murid akan duduk di tapak perhimpunan sambil membaca buku/membuat kerja
sekolah yang belum siap.
v. Loceng berbunyi pada pukul 7.00 pagi untuk perhimpunan 20 minit setiap pagi.
Bacaan doa, Guru Disiplin membaca peraturan sekolah dan pengumuman
penting.
vi. Loceng berbunyi pada pukul 7.20 pagi. Murid beratur mengikut kelas masing-
masing untuk proses P&P.
vii. Pukul 9.50 pagi dan 10.20 pagi loceng berbunyi untuk waktu rehat tahap satu dan
tahap dua . Murid beratur keluar kelas menuju ke kantin untuk membeli makanan.
Peraturan keselamatan di kantin sentiasa dipantau dan dikuatkuasakan oleh Guru
Bertugas, AJK Kantin dan Pengawas Bertugas.
viii. Jam 10.10 pagi dan 10.40 pagi loceng berbunyi dan murid berbaris ikut kelas di
tapak perhimpunan dan beratur masuk ke kelas masing-masing .
ix. Murid-murid beratur dengan senyap semasa masuk ke kelas atau ke bilik-bilik
khas mengikut lorong-lorong pada pelan sekolah yang ditampal di kelas. Murid
sentiasa diingatkan supaya tidak bermain, bergurau senda, bertolak-tolak atau
lain-lain perbuatan yang membahayakan diri dan orang lain.
x. Loceng berbunyi pada 1.10 tengah hari. Murid beratur di luar kelas masing-
masing. Murid bergerak secara serentak dalam barisan mengikut lorong yang
ditetapkan menuju pintu keluar. Murid akan dipantau oleh Guru Bertugas dan
xi. Pengawas SKBG ke pintu keluar serta dibantu oleh Pekerja Trafik untuk melintas
jalan raya. Ibubapa diminta mengambil murid diluar sekolah atau berada ditempat
yang selamat untuk memastikan keselamatan murid.
xii. Murid berbasikal bergerak pulang setelah murid berjalan kaki keluar dari kawasan
sekolah dan diambil oleh ibubapa/penjaga. Murid berbasikal dibantu oleh pekerja
trafik untuk melintas jalan pulang ke rumah.
xiii. Pekerja Trafik dan Guru Bertugas mesti memastikan semua murid telah keluar
dari kawasan sekolah sebelum beredar .
xiv. Program keselamatan jalan raya dan keselamatan di kawasan sekolah mesti
dilaksanakan melalui taklimat perhimpunan pagi, ceramah 5 minit di dalam kelas,
ceramah keselamatan jalan raya, tayangan video, pameran poster dan lain-lain.

o. Pelan Kontigensi

Sekiranya timbul masalah semasa perlaksanan progaram mesyuarat ahli


jawatankuasa akan diadakan atau berbincang dengan Guru Besar dan GPK.

p. Elemen Perancangan Sekolah Selamat

i. Penekanan nilai-nilai murni merentas kurikulum dan kokurikulum.


ii. Peraturan sekolah.
iii. Kehadiran warga sekolah
iv. Membasmi ponteng
v. Kepimpinan murid
vi. Kawalan keselamatan murid
vii. Perkhidmatan kesihatan sekolah.

q. Tatacara Pengurusan Murid Pergi Dan Balik Sekolah

Prinsip
i. Setiap aduan diambil perhatian serius dan diambil tindakan serta-merta.
ii. Perasaan mereka yang terlibat harus diambil kira secara tolak ansur dan
bertimbang rasa.

Tatacara membuat aduan


Ibubapa / penjaga atau wakilnya boleh membuat aduan seperti berikut;
i. Berbincang terus dengan guru kelas
ii. Berbincang dengan pihak kaunselor
iii. Bertemu dengan GPK 1/GPK HEM /GPK KOKO / Guru Besar untuk memastikan
aduan disiasat untuk tindakan selanjutnya.

r. Penilaian Program

i. Program ini berjaya sekiranya tiada sebarang kes dan berjalan dengan sistematik
serta selamat.
PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN (PIPP)

TERAS 2 : MEMBANGUNKAN MODAL INSAN

FOKUS 6 : Memperkukuh disiplin pelajar

PROGRAM : POLISI KE ARAH SALAH LAKU SIFAR

a. Pengenalan

Program mempertingkatkan disiplin dilaksanakan diseluruh sekolah di Malaysia.


Program ini dijadikan agenda utama dan terpenting bagi membantu Malaysia ke arah
Negara Cemerlang, Gemilang Dan Terbilang, Ia dilaksanakan bertujuan mewujudkan
insan yang berhemah tinggi, berakhlak mulia, mematuhi peraturan dan undang-
undang serta menghormati raja dan negara.

b. Definasi Konsep

Murid mestilah berkelakuan baik pada setiap masa. Kelakuan baik dapat dipamerkan
dengan cara menghormati orang lain, sedia bekerjasama dan saling bantu-
membantu antara satu sama lain. Konsep disiplin yang paling sesuai dengan cara
hidup bermasyarakat ialah amalan sihat yang membawa kepada disiplin kendiri.
Disiplin Kendiri ialah disiplin yang lahir dari diri sendiri dimana seseorang berupaya
mengawal tingkahlakunya sendiri.

i. Rasional

Disiplin ialah suatu perkara yang rumit kerana ia melibatkan tingkah laku peribadi
setiap orang. Setiap individu mempunyai perangai yang berbeza mengikut
perkembangan keluarga, persekitaran dan pergaulan. Setiap murid diharapkan
dapat mengikut satu norma yang sama iaitu menjadi insan yang bermoral tinggi
dan terpuji.

ii. Objektif

Disiplin akan menjadikan murid sebagai insan yang dapat memimpin diri
sendiri dalam perkembangan dirinya untuk masa hadapan.
Dapat mewujudkan satu masyarakat Malaysia yang bertatasusila, bersatu
padu, adil dan berwawasan.
Dapat melahirkan individu yang mempunyai kesedaran menuju ke arah
kecemerlangan.

c. Matlamat

Disiplin akan menjadikan seseorang murid sebagai insan yang mempunyai akhlak
yang mulia, pegangan dan menghayati ajaran agama untuk mewujudkan satu
masyarakat Malaysia yang berteraskan Rukun Negara.
d. Kumpulan Sasaran

Semua Warga Sk Bukit Gambir dan Ibubapa/penjaga

e. Ahli Jawatankuasa Disiplin

Pengerusi : Pn Hjh Hawa Bt Dumun


Guru Besar SKBG

Naib Pengerusi : Tn Hj A.Aziz B Isnin


GPK HEM

Penyelaras : Pn Sapiah Bt Ibrahim


Guru Disiplin SKBG

AJK : En Hamis B Jajri ( Setiausaha HEM )


Pn Sapiah Bt Ibrahim ( Guru Pengawas )
Pn Najiha Bt Abu Bakar
Pn Hjh Mashitah Bt Salim
En Salikin B m Lani
Pn Faezah Bt A Rahman
Ketua Pengawas SKBG

f. Pelaksanaan Program

i. Melaksanakan segala Peraturan Disiplin Murid


ii. Melaksanakan Peraturan Am Sekolah.
iii. Melaksanakan Peraturan Kehadiran Murid ke sekolah
iv. Melaksanakan Peraturan Pakaian Seragam ke sekolah
v. Melaksanakan Peraturan Pakaian Pendidikan Jasmani
vi. Melaksanakan Peraturan Bilik Darjah / Bengkel / Makmal
vii. Melaksanakan Peraturan Pusat Sumber dan Perpustakaan.
viii. Melaksanakan Peraturan ke Bilik Air / Tandas
ix. Melaksanakan Peraturan Perhimpunan Sekolah
x. Melaksanakan Peraturan Penggunaan Alat Perabot sekolah
xi. Melaksanakan Peraturan Buku Teks ( SPBT )
xii. Melaksanakan Peraturan Peperiksaan peringkat sekolah dan UPSR
xiii. Melaksanakan Peraturan Waktu Keluar / Masuk Bilik Darjah
xiv. Melaksanakan Peraturan Kecemasan / Kebakaran
xv. Melaksanakan Peraturan Kegiatan Sekolah
xvi. Melaksanakan Peraturan Isyarat Bunyi Loceng
xvii. Melaksanakan Peraturan Masa Cuti Sekolah
xviii. Menyediakan Laporan SSDM setiap bulan
xix. Menampal poster, ceramah dan kempen untuk meningkatkan salah laku sifar.
g. Tindakan dan Prosedur Tingkah Laku Jenayah

i. Salah Guna Dadah ( Tindakan Guru Besar )

Melaporkan kepada Pengarah Pelajaran / PPD untuk tindakan selanjutnya


Menghubungi Pegawai Kebajikan Masyarakat
Merujuk kepada Pejabat Kesihatan melalui Pegawai Kebajikan Masyarakat
untuk pengesahan.
Memberitahu ibubapa/penjaga
Rawatan doktor kerajaan
Pemulihan dan tindakan pegawai kebajikan masyarakat

ii. Memeras ugut ( Tindakan Guru Besar )

Memulangkan balik barang yang diambil


Diberi amaran keras
Hukuman rotan / gantung sekolah / buang sekolah
Akuan bertulis murid / ibubapa/penjaga
Melaporkan kepada Pengarah Pelajaran/PPD.

h. Jangka Masa Perlaksanaan : Sepanjang tahun

i. Penilaian Program :

Program Salah Laku dianggap berjaya dengan penurunan kes salah laku dan
pengurangan pelanggaran disiplin murid SKBG ke arah salah laku sifar.
PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN (PIPP)

TERAS 2 : MEMBANGUNKAN MODAL INSAN

FOKUS 3 : Memupuk pelajar supaya menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni, budi
bahasa dan adab.

PROGRAM : POLISI LAYAN DIRI DI SEKOLAH

1. Pengenalan

Suasana yang teratur, beradab, amanah, berdisiplin adalah suasana yang harmoni
dan dituntut oleh agama semasa menikmati rezeki. Ini boleh dipupuk dari peringkat
awal kanak-kanak lagi. Tempat yang sesuai selain di rumah ialah ketika murid
masih di sekolah lagi iaitu semasa berada di kantin sewaktu rehat.

2. Definasi Konsep

Layandiri di kantin sekolah ialah satu proses mendidik murid berdisiplin, amanah,
mengamalkan kebersihan dan bertolak-ansur ketika membeli dan menghadapi
makanan sewaktu rehat.

3. Rasional

Murid kerap tidak mematuhi peraturan, tidak amanah dan tidak dapat mengawal diri
semasa membeli makanan di kantin sewaktu rehat. Oleh itu Program Layandiri
Di Kantin dapat mewujudkan suasana kantin yang teratur, selesa dan ceria.

4. Objektif

i. Mewujudkan persekitaran kantin yang teratur dan ceria.


ii. Memastikan semua murid membentuk kendiri yang jujur, bertolak ansur,
beradab semasa membeli dan makan sewaktu rehat di kantin.

5. Matlamat

Mewujudkan Budaya Sekolah Selamat dan Sehat serta mewujudkan satu tatacara
penjualan dan pembelian di kantin yang teratur, bersih, cepat dan selamat. Murid
juga dididik sifat jujur, bertimbang rasa dan beradab sopan.

6. Kumpulan Sasaran : Murid SK Bukit Gambir


7. Ahli Jawatankuasa

Pengerusi : Pn Hjh Hawa Bt Dumun


Guru Besar SKBG

Naib Pengerusi : Tn Hj A.Aziz B Isnin


GPK HEM

Penyelaras : Pn Salina Bt Abu Bakar

AJK : Pn Sapiah Bt Ibrahim


En Mohd Fairus B Abd Hadi
En Hamis B Jajri
En Mohd Hamid B Selamat
En Salikin B M.Lani
Cik Sahibah Bt Abd Wahab
Pn Siti Farahiyah Bt Sabri

8. Keadaan sekarang

i. Murid-murid berebut-rebut untuk membeli makanan dan minum semasa rehat.


ii. Keadaan berebut-rebut ini menimbulkan keadaan bising dan kelam kabut.
iii. Berlaku kejadian makanan dan minuman tertumpah ke atas pakaian rakan dan
lantai kantin.
iv. Terdapat murid tidak membayar harga makanan atau minuman.
v. Meja makan bersepah dengan pinggan mangkuk dan cawan kerana ditinggalkan
oleh murid.
vi. Cara penjualan dan pembelian dikantin menyebabkan masa 20 minit tidak
mencukupi. Ini menyebabkan murid tidak cukup masa untuk ke tandas dan kedai
buku.

9. Keadaan Yang Diharapkan

i. Murid-murid dapat membeli makanan dan minuman dengan senyap dan teratur.
ii. Waktu rehat adalah waktu yang senyap dan selesa.
iii. Murid mengambil masa yang singkat untuk membeli makanan dan boleh
menggunakan masa selebihnya untuk ke tandas, perpustakaan dan kedai buku.
iv. Lantai dan meja kantin berada dalam keadaan bersih.
v. Murid meletakkan pinggan, mangkuk dan cawan atau sisa makanan dalam bekas
yang telah disediakan.
10. Pelaksanaan Program
i. Mengadakan Perbincangan dengan Guru Besar mengenai cadangan untuk
menjalankan Sistem Layandiri di kantin sekolah serta untuk mendapatkan
pandangan dan persetujuan.
ii. Perbincangan dengan GPK 1, GPK KOKO, Guru Kantin, Guru Pengawas, Guru
Disiplin dan Guru RMT supaya mereka faham dan jelas dengan perubahan
yang akan dibuat.
iii. Berbincang dengan pengusaha kantin untuk menjalankan Sistem Layandiri dan
perkara-perkara yang perlu disediakan.
iv. Menyediakan pelan laluan murid semasa murid membeli makanan atau
minuman.
v. Memberikan penerangan kepada pengawas dan membuat latihan mengenai
cara-cara membuat pembelian di kantin untuk pengawas membuat kawalan.
vi. Memberi penerangan kepada murid-murid semasa perhimpunan. Memberi
penerangan cara beratur sebelum membeli, membayar, duduk semasa makan,
keadaan meja tanpa sisa makanan dan menghantar pinggan dan cawan ke
tempat yang disediakan.
vii. Murid juga ditekan sifat sabar, beradab,senyap dan bertimbang rasa serta jujur
semasa proses pembelian makanan atau minuman.
viii. AJK memantau perjalanan program dua minggu pertama untuk mengesan
kelemahan program dan membuat perubahan serta merta dimana yang sesuai.
ix. Memberikan amaran dan tindakan serta merta kepada murid yang tidak
mematuhi peraturan semasa di kantin serta murid-murid yang dikenalpasti tidak
membayar harga makanan dan minuman.

11. Sumber Kewangan : RM200 untuk keceriaan kantin


- Sekolah

12. Jangkamasa Perlaksanaan

Sepanjang Tahun Persekolahan.

13. Pelan Kontegensi

Jika timbul masalah semasa perjalanan program;

i. Perbincangan semula diadakan untuk mengatasi masalah yang timbul


dengan AJK dan Guru Besar.
ii. Membuat perubahan yang dirasakan sesuai dan berkesan.

14. Penilaian Program

i. Program ini berjaya murid-murid dapat membeli di kantin dengan


teratur, cepat, senyap dan selamat serta kantin dalam keadaan bersih.
PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN (PIPP)

TERAS 2 : MEMBANGUNKAN MODAL INSAN

FOKUS 3 : Memupuk pelajar supaya memiliki kemahiran dan ketrampilan

PROGRAM : KEPIMPINAN CEMERLANG

1. Pengenalan

Daya kepimpinan seseorang dapat diukur dan dilihat daripada cara ia menjalankan
tugas dan sikapnya semasa menyelesaikan masalah yang dihadapi semasa
menjalankan sesuatu tugas yang dipertanggungjawabkan.

2. Definisi konsep

Pengawas, Pustakawan, Ketua Kelas, Ketua-Ketua dalam Unit Kokurikulum yang


cemerlang adalah satu aset yang penting untuk menghasilkan Sekolah Selamat dan
Sihat. Realitinya untuk menjadi seorang pemimpin yang cemerlang mestilah
mempunyai sifat jati diri yang jitu.

3. Rasional

Lazimnya pemimpin peringkat sekolah dilantik tidak dapat menjalankan tugas


dengan baik kerana tidak dapat menghayati jawatan yang dipertanggungjawabkan
dan tidak mempunyai daya ketahanan apabila menghadapi sebarang masalah atau
untuk mengambil tindakan terutama apabila berhadapan dengan rakan-rakan
sedarjah atau rakan sepermainan.

4. Objektif

i. Mewujudkan pemimpin peringkat sekolah yang boleh dipertanggunjawabkan


dengan tugas yang diamanahkan, berkeyakinan, bersifat bertolak ansur,
bekerjasama, adil dan saling menghormati antara rakan sekolah, guru-guru dan
kakitangan sekolah.

5. Matlamat

Mewujudkan Budaya Sekolah Selamat dengan kawalan dan pengawasan yang


mesra serta mewujudkan warga sekolah yang cemerlang.

6. Kumpulan Sasaran

Pengawas, Ketua Kelas, Pustakawan dan Ketua Unit Kokurikulum SKBG


7. Kos

i. RM 200 untuk bayaran penceramah dan sijil


ii. RM 5.00 / murid untuk Program Perkhemahan Pemimpin
iii. RM 20.00 / murid Untuk Program Lawatan Sambil Belajar ke Kuala Lumpur.

8. Ahli Jawatankuasa

Pengerusi : Pn Hjh Hawa Bt Dumun


Guru Besar SKBG

Naib Pengerusi 1 : Tn Hj Jasmi b Jabar


GPK 1

Naib Pengerusi 2 : En Roslan B Ali


GPK KOKO

Penyelaras :
Tn Hj A.Aziz B Isnin
GPK HEM
Setiausaha : En Hamis B Jajri

Bendahari : Pn Siti Ruhaizan Bt Mohd Affandi

AJK : Pn Sapiah Bt Ibrahim


Cik Nita Bt Sikun
En Salikin B M.Lani
En Fahrur Razi B Ali
En Mohd Ghazali B Borhan
Hjh Mashitah Bt Salim
En Mohd Hamid B Selamat
Pn Noraini Bt Maskor
En Azmi B Giman
Pn Faezah Bt a Rahman
Pn Salina Bt Abu Bakar
En Md Fauzi B Abdullah

9. Pelaksanaan Program

i. Membincangkan cadangan program dengan Guru Besar, GPK 1, GPK HEM dan
GPK KOKO .
ii. Mengadakan perbincangan program dengan Guru Penyelaras Unit Pengawas,
Unit Perpustakaan, Guru Kelas dan Penyelaras Unit Kokurikulum.
iii. Menubuhkan Ahli Jawatankuasa Program Kepimpinan Cemerlang SKBG
iv. Mesyuarat diadakan untuk melantik ahli jawatankuasa kecil bagi menentukan
program yang akan dijalankan mengikut jangkamasa yang ditetapkan.
v. Ahli Jawatankuasa Kecil mengadakan mesyuarat untuk menyiapkan kertas
cadangan program bagi diserahkan kepada Guru Besar untuk pengesahan.
vi. Ibubapa / penjaga yang terlibat dimaklumkan melalui surat.
vii. Menghantar surat permohonan kepada pihak terlibat untuk persetujuan seperti
Jabatan Pelajaran, Pihak Polis, Agensi Anti-Dadah, Destinasi Lawatan dan
kepada pihak- pihak lain yang terlibat.
viii. Perjumpaan dengan semua guru dengan Guru Besar untuk Taklimat Program
Kursus Jati Diri dan Program Perkhemahan Pemimpin Cemerlang.
ix. Mesyuarat AJK program untuk membincangkan perkembangan terakhir sebelum
aktiviti dijalankan.
x. Program dijalankan mengikut jadual yang ditetapkan.

10. Jangka masa Pelaksanaan

i. Program Kursus Kepimpinan Dan Jati Diri pada Februari 2008


ii. Program Lawatan Pemimpin pada Mei 2008
iii. Program Perkhemahan Pemimpin pada November 2008

11. Pelan Kontengensi

i. Sekiranya penceramah luar tidak diperolehi, Guru Kaunseling sekolah akan


mengambilalih ceramah.
ii. Sebarang masalah yang berbangkit akan diselesaikan dengan segera mengikut
kesesuaian.
iii. Mesyuarat AJK akan diadakan dan merujuk kepada Guru Besar untuk
mendapatkan persetujuan.

12. Penilaian Program

Program ini berjaya dengan adanya pemimpin yang cemerlang untuk mewujudkan
suasana sekolah yang selesa, ceria dan selamat.
UNTUK MEREALISASIKAN VISI
TERSEBUT WARGA SKBG
MEMASTIKAN

Sekolah Ceria
Pencapaian Kurikulum Berkualiti
Murid Berakhlak Mulia
Potensi Murid Menyerlah
Guru Cemerlang
1. MEMASTIKAN PELAJAR-PELAJAR MENGUASAI

3M.

2. MEMASTIKAN PROSES PENGAJARAN DAN

PENGAJARAN BERMUTU DENGAN SENTIASA

MENJALANKAN PENCERAPAN DAN PENILAIAN

TERHADAP STAF.

3. MELAHIRKAN GURU-GURU BERKESAN DAN

BERKEMAHIRAN TINGGI.

4. MELAHIRKAN INSAN BERKEBOLEHAN DALAM

KOKURIKULUM.

5. MEMBENTUK PERSEKITARAN YANG AMAN

DAN HARMONIS.

6. MELAHIRKAN PELAJAR YANG BERDISIPLIN

DAN BERTANGGUNGJAWAB.
SKBG MENJADI SEKOLAH BERPOTENSI

DAN CEMERLANG MENJELANG 2010

OBJEKTIF SEKOLAH

1. MEMUPUK MINAT BELAJAR YANG TINGGI DAN BERKEKALAN

DIKALANGAN MURID.

2. MENINGKATKAN KECEKAPAN DALAM KEMAHIRAN BELAJAR

DAN BERFIKIR DIKALANGAN MURID.

3. MENINGKATKAN PRESTASI AKADEMIK DAN MEMPERGIATKAN

LAGI AKTIVITI KOKURIKULUM.

4. MEMUPUK MINAT MURID DALAM BIDANG MATEMATIK, SAINS

DAN KOMPUTER SUPAYA MURID BERSEDIA MENGHADAPI

SAINGAN DAN CABARAN MASA DEPAN.

5. MENEKANKAN KEPADA AKHLAK YANG MULIA SERTA

MENGHAYATI DAN MENGAMALKAN AJARAN AGAMA.


PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN (PIPP)

TERAS 3 : MEMPERKASA SEKOLAH KEBANGSAAN

FOKUS 3 : Pengukuhan budaya sekolah

PROGRAM : PROGRAM PERHIMPUNAN MINGGUAN BERKESAN

1. Pengenalan

Perhimpunan mingguan merupakan satu tatacara penyebaran maklumat yang

berkesan untuk meningkatkan lagi pengetahuan murid dan warga sekolah serta

dapat mewujudkan murid yang mematuhi peraturan dan berdisiplin. Seterusnya

suasana yang kondusif dapat diwujudkan untuk proses pengajaran dan

pembelajaran.

2. Definisi Konsep

a. Program Perhimpunan Mingguan dapat mewujudkan Budaya Ilmu yang berkesan


untuk melahirkan murid yang cemerlang, bertatasusila, bersatupadu dan harmoni.

3. Rasional

a. Murid semestinya didedahkan dengan maklumat terkini bagi mewujudkan insan

yang mempunyai jatidiri dan berketrampilan untuk melahirkan rakyat Malaysia

yang terbilang dan gemilang.

4. Objektif

a. Melahirkan murid yang berdisiplin serta mematuhi peraturan sekolah.

b. Mewujudkan Budaya Ilmu untuk warga sekolah selain dari bilik darjah.

c. Mencungkil bakat kepimpinan dan melahirkan murid-murid yang berketrampilan.

5. Matlamat
a. Melahirkan murid-murid yang seimbang dengan pengetahuan yang tinggi dan

bermoral terpuji. Seterusnya mewujudkan warganegara yang berdisiplin dan

bertanggungjawab kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat, agama dan

negara.

6. Kumpulan Sasaran

Murid-murid dan Guru-guru SK Bukit Gambir,

7. Kos :Tiada kos

8. Ahli Jawatankuasa

Pengerusi : Pn Hjh Hawa Bt Dumun


Guru Besar SKBG

Naib Pengerusi 1 : Tn Hj Jasmi B Jabar


GPK 1
Naib Pengerusi 2 : Tn Hj A.Aziz B Isnin
GPK HEM
Naib Pengerusi 3 : En Roslan B Ali
GPK KOKO
Penyelaras : En Hamis B Jajri
S/U HEM

AJK : Pn Sapiah Bt Ibrahim

Pn Faezah Bt A Rahman

En Salikin B M.Lani

Pn Siti Ruhaizan Bt Mohd Affandi

Pn Norazian Bt A.Aziz

Guru-Guru Bertugas Mingguan

Ketua Pengawas

9. Pelaksanaan Program
i. Murid yang hadir dari rumah terus ke tapak perhimpunan dan duduk dengan alas

tempat duduk yang di bawa dari rumah. Murid berada dalam barisan mengikut

kelas masing-masing.

ii. Murid mengeluarkan Buku Peraturan Sekolah dan Buku Bacaan atau Kerja

rumah yang belum disiapkan. Murid dibenarkan membeli kuih di kantin balik

semula dalam barisan.

iii. Pengawas Bertugas menyiapkan barisan kerusi untuk guru-guru dan peralatan

PA System.

iv. Guru-guru yang mempunyai sebarang makluman penting menyerahkan nota

makluman kepada Guru Bertugas Mingguan.

v. Pukul 7.10 pagi loceng dibunyikan untuk memulakan majlis perhimpunan. Semua

murid berdiri tegak dalam barisan. Semua guru berada di barisan kerusi yang

telah disediakan.

vi. Majlis akan dipengerusikan oleh Pengawas Bertugas dengan Guru Bertugas

Mingguan sebagai pengelola majlis.

vii. Majlis Perhimpunan akan dipenuhi dengan aktiviti rutin dan berkala sebagai

agenda majlis .

viii. Murid yang datang selepas 7.20 pagi akan membentuk satu barisan baru dan

akan dicatatkan namanya selepas perhimpunan sebagai murid lewat serta

dimasukkan dalam laporan SSDM.

ix. Murid dikehendaki mendengar dengan baik, memahami segala pesanan dan

peringatan serta mencatat maklumat penting yang diberikan oleh pihak guru

bertugas dan pentadbir.

x. Murid-murid yang bising, berbual, tidak mematuhi arahan pengawas diambil

tindakan serta merta yang bersesuaian oleh Guru Bertugas atau Guru Disiplin.

xi. Perhimpunan akan bersurai pada pukul 8.00 pagi. Murid akan masuk ke kelas

masing-masing dengan senyap dan teratur serta diawasi oleh pengawas dan

guru bertugas.

xii. PERHIMPUNAN MINGGUAN


Hari : Isnin
Tempat : Dataran Gemilang SKBG
Masa : 7.10 pagi - 8.00 pagi

Aturcara Perhimpunan

7.10 pagi - Loceng dibunyikan

(Guru Bertugas memastikan majlis dapat dimulakan)

7.15 pagi - Bacaan Doa oleh Pengawas Bertugas

- Bacaan Ikrar Murid diketuai oleh Ketua Pengawas

- Nyanyian Lagu Bangsa Johor

- Nyanyian Lagu SKBG

- Bacaan Peraturan Sekolah oleh Guru Disiplin

- Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas

- Makluman Guru Bertugas Minggu Ini

- Persembahan Murid

- Ucapan Guru Besar ( GPK 1, GPK HEM, GPK KOKO )

- Nyanyian Lagu Negaraku

8.00 pagi - Perhimpunan Tamat / Bersurai

10. Penilaian Program

Program ini berjaya dengan peningkatan disiplin murid ke arah salahlaku sifar dan

kecemerlangan prestasi akademik.


PROGRAM PONTENG SIFAR

1. Pengenalan

2. Definisi Konsep

3. Rasional

4. Objektif

5. Matlamat

6. Kumpulan Sasaran

7. Kos

8. Ahli Jawatankuasa

9. Pelaksanaan Program

10. Penilaian Program

Anda mungkin juga menyukai