Anda di halaman 1dari 3

Ayat Empat

1. Setiap wirid dibaca 2000X kecuali [ ] hendaklah diwiridkan lebih dari 2000X kali.
2. Semasa berwirid hendaklah di tempat yang jauh dari org ramai dan berpuasa selama 7 hari mulai
hari Ahad.

3. Amalkan sehingga mendapat hikmat kalau tidak ia mendapat hikmat hendaklah dimulai dari aal
sampailah mendapat hikmat. Setiap yang berkehendak pasti akan dapat dengan izin Allah.

4. Hikmatnya bermaksud mendapat tanda-tanda bahawa amalannya diijab kabul oleh Allah.
Antaranya melihat rupa singa berkepala manusia tersurat padanya surah al-Fatihah di kepalanya,
surah Yasin di tubuhnya atau datang padanya Rasulullah menyurat padanya yakni memberi wejangan
padanya samada berupa amalan atau kata-kata dan ianya adalah pakaian utama bagi para hulubalang.

5. Tanda-tanda ini hanyalah berupa pengalaman-pengalaman dari orang yang mengamalnya dan ianya
berbeza pada setiap orang. Dalam menghadapi peperangan yang menuntut umat Islam bangkit
melawan musuh sebagaimana zaman darurat melawan pengganas komunis ada beberapa amalan yang
masih wujud hingga ke hari ini.

Amalan sedemikian adalah jalan menuntut keredhaan Ilahi yang dibawa oleh alim ulama zaman
bahari (dahulu) bagaimana kekuatan jasmani sahaja tidak memadai melainkan digarap dengan
kekuatan rohani.

Kesungguhan untuk mendaptkan pertolongan Allah menuntut setiap pengamalnya sedia melakukan
beberapa amalan para solihin selain mentaati perintah yang fardu dan meninggalkan perkara yang
dilarang (haram).

Amalan Empat Zikir yang lebih dikenali Ayat 4 menjadi amalan zikir yang amat mustajab di amalkan
bagi menghadapi musuh durjana ayng menyerang, memperkosa dan membunuh orang Islam. Selain
itu ada beberapa zikir dan doa yang baik untuk di praktikkan bagi memperkukuhkan kekuatan yang
dipohon kehadrat Allah SWT.

Dari ayat empat tadi terdapat kekuatan hikmah dan doa permohonan kita kepada Allah Taala agar
kita diberi kekuatan dan perlindungan. Malah, musuh yang melihat pengamalnya pasti akan gerun,
kaku dan dengan izin Allah boleh dikalahkan.

Zikir membawa erti ingat akan Allah. Apakala kita ingat padaNYA, maka DIA ingat pada kita.
Maknanya ada penyerahan diri kepada Allah dalam zikir dan permintaan kita melalui doa agar kita di
lindungi membawa suatu keyakinan yang mutlak dalam ilmu Banjar ini.

Apakala sudah di lindungi Allah tiada apa lagi kainat yang dapat membinasakan kita melainkan Allah.
Maka Ayat 4 sebaiknya di amalkan sebagai zikirullah dan wajar diamalkan sebaik-baiknya tanp
sekali-kali melakukan perkara yang mungkar dan maksiat.

Bagi mengelakkan daripada panas baran kepada pengamalnya, malah memberikan ketenangan hati
dan keyakinan bahawasanyan Allah berdiri dengan sendiriNYA. Tiada kuasa yang lebih kuat selain
Allah. Kainat tiada memberi bekas. Maka jatuh pada tilikan hakikat kita bahawasanya sekelian yang
baharu lemah seperti air dan kainat tidak akan memberi bekas. Nota: Kainat adalah sesuatu yang
bergerak bernyawa dan sesuatu apa jua yang hendak membinasakan kita.
Iringi setiap kali amalan ini dilakukan dengan membaca Selawat Sifa 11 kali setiap kali lepas solat
fardu agar terhindar daripada panas baran dan banyakkan beristighfar.

Kepada Allah yang maha mengetahui dan penyerahan hakiki diri kita yang sebenar-benar diri. Antara
kita dan DIA tiada bersekutu dan tiada bercerai. Umpama mata hitam dan mata putih. Jika bersekutu
kita binasa. Jika bercerai pun kita binasa. Allah Maha Kaya sedangkan kita hamba yang lemah dan
tiada daya-upaya jika tanpaNYA. Buat generasi muda, usah gentar usah ragu. Belajarlah, Demi
Agama, Tanah Air dan Bangsa.

Sesungguhnya betapa besar ilmu kerahsiaan Allah ini mereka yang pernah mengamalkan tahu fadilat
dan kebesaranNYA Allah Yang Maha Agong. Sesungguhnya hanya Dia Maha Mengetahui di atas
tiap-tiap sesuatu, kalau Ia menghendakki maka akan jadilah (Kun Fayakun).

Ingatlah amlan ini sebagai persediaan menghadapi musuh yang sentiasa mencari peluang untuk
memerangi kita yang entah dari mana datangnya. Kalaulah amalan ini tidak wujud masakan
pertempuran Angkatan Parang Panjang di Batu Pahat Johor dan Sungai Manek Perak mampu
menewaskan pasukan pengganas komunis yang menggunakan pelbagai senjata api.
Kalau ada yang tahu dengan amalan ini dan maklumkanlah di mana adanya guru-guru yang
berwibawa untuk menerangkan selanjutnya.

Anak-anak muda jika berminat dengan amalan ini jangan mendekati perkara yang ditegah dan
dilarang oleh Agama Islam. Pelajarilah Ilmu Tauhid sedalam-dalamnya. Parktikkan jalan mulia yang
menuju kesucian jiwa melalui amalan yang murni. Patuhi tuntutan syarak dan sentiasa mendekati
Allah. Hanya dengan amalan yang baik yang diredahi Allah akan meletakkan diri kita mampu
mengalahkan musuh-musuh Islam yang kini menggunakan pelbagi cara untuk mengalahkan Islam.

Jangan takbur dan ego apabila beramal dengan ayat 4 ini. Kukuhkan persaudaran Islam tanpa
memperlekehkan sesama sendiri melainkan atas jalan nasihat bagi memperbetulkan keadaan
khususnya yang berkaitan akidah.