Anda di halaman 1dari 24

1.

PENDAHULUAN

Perkhemahan Unit Beruniform (remop) merupakan aktivitI pasukan badan beruniform yang disertai
oleh ahli semua pasukan unit beruniform smk Tasek dan SMK Bandar Tsek Mutiara.

Selari dengan perkembangan semasa yang semakin mencabar ini, kecemerlangan seseorang pelajar
tidak hanya bergantung kepada pencapaian akademik semata-mata bahkan para pelajar juga perlu
memiliki ciri-ciri kepimpinan yang mantap, berketrampilan, pekerti yang mulia, dan berkebolehan
menyesuaikan diri dengan era globalisasi.

Ciri-ciri ini penting untuk dimiliki oleh setiap ahli pasukan bagi merealisasikan Falsafah Pendidikan
Negara. Semoga cita-cita dan hasrat murni ini akan difahami dan dihayati sepanjang perkhemahan
ini. Di samping itu, semua peserta perkhemahan perlu sentiasa menjunjung nilai permuafakatan
dalam melaksanakan setiap aktiviti yang dijalankan bagi mencapai kejayaan yang cemerlang, seperti
kata pepatah bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.

2. LATAR BELAKANG

Segala perancangan dan persiapan telah diadakan dengan teliti untuk memastikan semua
anggota perkhemahan akan dapat menikmati suasana sebenar perkhemahan melalui penganjuran
aktiviti-aktiviti yang telah dirancang.

Pada tahun 2007, dijangkakan sejumlah 120 orang peserta akan menyertai Perkhemahan Unit
Beruniform(REMOP). Program ini akan melibatkan sejumlah 8 orang Pegawai dan Jurulatih serta 20
orang pembantu bagi melaksanakan pelbagai aktiviti integrasi, pertandingan, reakrasi,dan
kerohanian/moral dalam perkhemahan.

3. RASIONAL

3.1 Perkhemahan yang dijalankan akan dapat menyemai semangat perpaduan kaum, disiplin yang
tinggi dan menjana etika bekerjasama dalam menjayakan sesuatu kerja.

3.2 Tema tahun 2007 ialah INTEGRASI PEMANGKIN KECEMERLANGAN .


4. OBJEKTIF

4.1 Melahirkan AHLI yang berdisiplin dan bersemangat juang untuk memastikan kecemerlangan
yang seimbang dalam bidang kokurikulum dan kurikulum.

4.2 Untuk memberi pendedahan dan pengalaman kepada ahli-ahli tentang aspek perkhemahan
secara menyeluruh.

4.3 Untuk memupuk semangat kerjasama dan berdikari serta meningkatkan motivasi dan keyakinan
diri setiap peserta.

4.4 Untuk menggalakkan integrasi nasional, memahami kebudayaan dan kepercayaan yang pelbagai
serta menghormati pegangan masing-masing.

5. KONSEP PERKHEMAHAN

5.1. Pemantapan Intergrasi

5.1.1 Pengagihan peserta kepada 4 platun

5.1.2 Intergrasi melalui aktiviti

5.1.3 Memasak berkumpulan

5.2. Pertandingan

5.2.1 Kawad Individu mewakili kumpulan /platun

5.2.2 Seni Perkhemahan

- Pintu Gerbang

- Gajet

- Kraf Perkhemahan

5.2.3 Pertandingan Persembahan

- Kategori Putera

- Kategori Puteri
5.3 Khidmas

5.3.1 Gotong royong membersih kawasan perkhemahan.

5.4 Kerohanian dan moral

5.4.1 Solat Jemaah/kuliah maghrib/subuh bagi orang Islam

5.4.2 Ceramah Moral bagi yang bukan Islam

6. PELAKSANAAN

6.1 TARIKH

6.2 TEMPAT PERKHEMAHAN

Pantai Merdeka Resort, Pantai Merdeka, Kedah

7. SENARAI JAWATANKUASA

7.1 JAWATANKUASA INDUK PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM (REMOP)

Penaung :
Penasihat :

Pengerusi :

Setiausaha :

Penolong Setiausaha :

Urusetia :

7.3 JAWATAN KUASA KERJA PERKHEMAHAN

Penasihat :

Pengerusi :

Naib Pengerusi :

Setiausaha :

Penolong Setiausaha :

Bendahari :
7.3.1 URUSETIA SEKRETARIAT DAN PENDAFTARAN

7.3.2 MAKANAN DAN SAJIAN/SANITASI

7.3.3 PERASMIAN PENUTUP DAN JURU ACARA

7.3.4 KESELAMATAN/TATATERTIB

7.3.5 PENGANGKUTAN / PERALATAN

7.3.6 AKTIVITI, PERTANDINGAN DAN JURULATIH

7.3.7 RAKAMAN FOTO/VEDIO


7.3.8 PERSIAPAN TEMPAT/PENGINAPAN PEGAWAI DAN JURULATIH

7.3.9 SIARAYA/DATA/STATISTIK

7.3.10 HADIAH DAN CENDERAMATA

8. SASARAN

8.1 Setiap sekolah perlu menghantar sejumlah 60 orang ahli unit beruniform pelbagai pasukan.

8.2 Kategori pemilihan peserta:

8.2.1 Peserta yang menyertai perkhemahan ini terdiri daripada pelajar yang

bergiat cergas dan aktif dalam kegiatan yang dijalankan di sekolah.

8.2.2 Anggota platun mestilah terdiri dari pelbagai kaum

8.2.3 Pecahan Peserta adalah seperti berikut:


PEGAWAI /

PENGURUS KADET KADET JURULATIH


SEKOLAH JUM
PASUKAN PUTERA PUTERI
PK LELAKI
WANITA
KO

Smk 3
1 30 30 1 2 67
TASEK

Smk BTM 1 30 30 1 3 2 67

JUMLAH
2 60 60 4 4 4 135
BESAR

9. JADUAL

Rujuk Lampiran

10. KONSEP PEMARKAHAN

10.1Setiap aktiviti akan menyumbangkan mata kepada platun integrasi.

10.2 Pecahan mata adalah seperti berikut:

Pertama 10 mata

Kedua 7 mata

Tempat ke-3 5 mata

Tempat ke-4 3 mata

Tempat ke-5 2 mata


10.2Bagi Pertandingan Integrasi, jika jumlah mata yang dikumpul adalah

sama, maka kedudukan terbaik dalam pertandingan Merempuh Halangan akan

menjadi penentu.

11. AKTIVITI

11.1 PERTANDINGAN ANTARA PLATUN

11.1.1 Memasak lelaki

11.1.2 Memasak perempuan

11.1.3 Seni Perkhemahan (lelaki dan perempuan)

- Pintu Gerbang

- Gajet

- Kraf Perkhemahan

11.1.4 Persembahan lelaki

11.1.5 Persembahan perempuan

11.1.6. Ihktiar Hidup

11.1.7. Permainan Tradisional

11.1.8. Merempuh Halangan

11.1.9. Jelajah Minda ( Explorace)

13. PENGINAPAN

MASS : Kawasan penginapan Pegawai

AREA 1 : Kawasan perkhemahan peserta lelaki


AREA 2 : Kawasan perkhemahan peserta perempuan

14. PENGANGKUTAN

14.1 Perjalanan Pergi-Balik disediakan oleh sekolah masing-masing

15. MAKAN MINUM

15.1 Pihak pengelola akan menyediakan makan dan minum pada hari pertama dan

terakhir perkhemahan.

15.2. Urusan memasak akan diuruskan sendiri oleh kontinjen mulai minum petang hari

kedua hingga minum pukul 10.00 pagi hari keempat.

16. PAKAIAN DAN KETRAMPILAN PERSERTA

16.1 PEGAWAI: Pakaian uniform masing-masing.

16.2 PESERTA: Pakaian T-Shirt dan uniform masing-masing

16.3 PAKAIAN AKTIVITI : T-Shirt Hijau atau putih sahaja

16.4 TUDUNG: Berwarna hitam atau putih sahaja

16.5 KASUT: Berwarna putih atau hitam sahaja

16.6 RAMBUT (lelaki): Nombor 2

17. BENDERA

17.1 Setiap pasuakan perlu membawa bendera unit masing-masing


19. PETI BANTU MULA

Setiap sekolah mesti membawa minimum dua peti bantu mula / pertolongan cemas

20. BORANG PENYERTAAN PEGAWAI DAN PESERTA

20.1 Setiap kontingen perlu mengisi borang penyertaan pegawai dan peserta perkhemahan

21. SURAT KEBENARAN DAN STATUS KESIHATAN

21.1 Setiap sekolah perlu menyediakan surat kebenaran ibu bapa / penjaga untuk

Setiap peserta yang menyertai perkhemahan seperti dalamLAMPIRAN.

21.2 Setiap sekolah perlu memastikan setiap pegawai dan peserta mempunyai

tahap kesihatan yang baik dan bebas daripada sebarang penyakit kronik

22. PERALATAN YANG PERLU DIBAWA

22.1 SEKOLAH

22.1.1 Khemah peserta

22.1.2 Bendera Sekolah

22.1.3 Peti pertolongan cemas

22.1.4 Borang pendaftaran yang lengkap (cetakan dan disket)

22.1.5 Surat Kebenaran Waris

22.1.6 Peralatan masak

(Hanya: tong gas, dapur, periuk, belanga dan cerek disediakan)

22.1.7 Peralatan aktiviti di tapak perkhemahan (gergaji, cangkul, tali, parang


dan yang berkaitan)

22.2 PESERTA

22.2.1 Pakaian unit uniform sendiri

22.2.2 Seluar dan T.Shirt secukupnya

22.2.3 Pakaian Riadah / Sukan termasuk kasut

22.2.4 Pakaian Ibadah

22.2.5 Peralatan peribadi

22.2.6 Ubatan Peribadi

22.2.7 Pinggan, gelas, camca (bukan kaca)

23. HADIAH

Johan Keseluruhan (74)

Naib Johan Keseluruhan (74)

Peserta Terbaik lelaki (1)

Peserta Terbaik Perempuan (1)

Johan, Naib Johan dan Ketiga (Kategori lelaki/perempuan)

- memasak (20 x 3 x 2 = 120)

- Seni Perkhemahan (Pintu Gerbang, Gajet dan Kraf Perkhemahan)

- Persembahan (20 x 3 x 2 = 120)

- Sijil

- Hamper (Integrasi)

24. PERATURAN DAN ARAHAN PERKHEMAHAN

24.1 ARAHAN UMUM


24.1.1 Perkhemahan ini adalah aktiviti yang bersifat latihan menyeluruh. Peraturan

dikeluarkan bagi memastikan kelicinan dan keberkesanan aktiviti di sepanjang

perkhemahan

24.1.2 Arahan yang dikeluarkan oleh Kem Komandan / Timbalan Kem Komandan / Pihak Urusetia
menurut ketetapan yang sedia ada atau berdasarkan kepada keperluan semasa perkhemahan

24.1.3 Semua pegawai dan peserta tertakluk kepada peraturan yang telah ditetapkan sebaik sahaja
mendaftar sehingga arahan bersurai/ tamat perkhemahan

24.1.4 Semua peserta perlu mengikuti semua aktiviti yang telah ditetapkan selengkapnya kecuali
mendapat kebenaran bertulis dari Pengurus Pasukan atau pegawai perubatan yang bertugas

24.1.5 Peserta perlu mengikuti arahan di setiap lokasi dalam kumpulan masing-masing dan
dilarang bertukar kumpulan melainkan dengan kebenaran ataupun arahan dari pihak urusetia

24.1.6 Bagi peserta Islam, solat ikut pada waktunya dan dinasihatkan untuk sentiasa
berjemaah. Bagi pelajar bukan Islam, sila ikut arahan untuk aktiviti kerohanian

24.1.7 Teguran bersopan antara satu sama lain digalakkan dan pastikan panggilan hormat
diutamakan

24.1.8 Dilarang mencetuskan sebarang perselisihan faham.

24.1.9 Utamakan kemesraan bagi mengeratkan lagi tali siratulrahim di sepanjang perkhemahan

LAPORKAN SEBARANG KEMALANGAN KEPADA URUSETIA DENGAN SEGERA

24.2 KOMUNIKASI / ALAT KOMUNIKASI

24.2.1 Bagi memastikan keberkesanan aktiviti, semua jenis perhubungan luar

diputuskan.

24.2.2 Sebarang urusan panggilan keluar atau masuk melalui telefon hanya dibenarkan

selepas mengisi borang yang disediakan

24.2.3 PERHATIAN: Peserta / pelajar tidak dibenarkan membawa `Hand Phone semasa
perkhemahan
24.3 KESELAMATAN: UTAMAKAN KESELAMATAN SEPANJANG MASA

24.3.1 Adalah menjadi tanggungjawab semua pihak pihak.

24.3.2 Jika berlaku kecemasan, siren akan dibunyikan panjang dan berterusan serta diikuti dengan
arahan / arah pergerakan

24.3.3 PERHATIAN: Patuhi arahan / arah pergerakan yang telah ditetapkan.

24.4 KETETAPAN & KETEPATAN MASA / PERGERAKAN ANGGOTA

24.4.1 Peserta hendaklah bersiap sedia 15 minit lebih awal daripada masa aktiviti yang telah
ditetapkan

24.4.2 Kelewatan mengakibatkan kumpulan akan diambil tindakan/ denda

24.4.3 Semua pergerakan dalam kem perlu dalam kumpulan minimum 2 orang

24.4.4 Peserta dilarang merayau-rayau tanpa tujuan yang sah di kawasan kem /

seumpamanya

24.4.5 Tiada pergerakan keluar dari kawasan perkhemahan kontinjen selepas jam 12

tengah malam (0000H) sehingga jam 5 pagi (0500H) kecuali terdapat sebarang

kecemasan atau diringi oleh pegawai

24.5 PAKAIAN / NAME TAG:

Semasa aktiviti para peserta perlu memakai pakaian yang sepatutnya dan sesuai mengikut
aktiviti serta arahan semasa yang telah ditetapkan

- Semasa Pertandingan

- Semasa Aktiviti Integrasi


- Semasa Sukan dan Riadah

- Semasa Aktiviti Kerohanian

- Semasa Majlis Perasmian Penutup

24.6 PERATURAN PERBARISAN: (tepati masa)

24.6.1 3 Bentuk Perbarisan :

a. Perbarisan Keseluruhan Anggota Perkhemahan - Tindakan Kem


Komandan

b. Perbarisan Platun - Tindakan Ketua Platun

i. Berbaris mengikut aktiviti yang telah ditetapkan

ii. Perbarisan pagi/ Sebarang aktiviti utama dikelolakan oleh Kem Komandan
mengikut kaedah :

- Doa

- Lagu Negaraku

- Lagu Pulau Pinang

- Melapor (Ketua Platun melaporkan kekuatan anggota kepada Pegawai Bertugas)

24.10.2 Jurulatih mengambil tempat dan seterusnya menjalankan tugas

24.7PERATURAN KEBERSIHAN :

Kawasan luar/ dalam khemah mestilah sentiasa berkeadaan bersih dan teratur

Tidak dibenarkan makan atau minum di dalam khemah

Pemeriksaan khemah akan dilakukan oleh Jawatankuasa Kebersihan


Sampah hendaklah dibuang di tempat yang disediakan

Dilarang menebang, mencantas atau mematah sebarang pokok di kawasan

perkhemahan atau sekitarnya

Tempat solat hendaklah sentiasa berkeadaan bersih dan tersusun

Kumpulan bertugas hendaklah memastikan keadaan yang memuaskan dan

teratur sebelum solat bermula

Sila pastikan tandas dan bilik air dalam keadaan terbaik kerana ia adalah untuk

kegunaan ramai dan bersama

Bagi kaum wanita sila pastikan tuala wanita dibersihkan dahulu sebelum

dibuang ditempat yang sepatutnya.

24.8 PERATURAN KELUAR MASUK

24.8.1 Semua urusan keluar masuk kawasan kem perlu didokumen / dicatatkan dalam

buku keluar masuk serta dimaklumkan kepada urusetia

24.8.2 Dinasihatkan agar dapat meminimumkan pergerakan keluar masuk dari kawasan

kem

24.8.3 Para peserta dilarang sama sekali keluar masuk melainkan mempunyai dokumen

dan tujuan yang sah dari ketua platun masing-masing

25. PENILAIAN

25.1 Borang penilaian akan dibuat melalui borang yang diedarkan kepada peserta

pada akhir setiap aktiviti

25.2 Borang berkenaan perlu dikembalikan semasa kontinjen melapor untuk keluar

dari kawasan perkhemahan


26 PERBELANJAAN dan PENDAPATAN

26.1

YURAN KURSUS

26.2 PERBELANJAAN

Pengangkutan

Penginapan Pelajar

Penginapan Pegawai/jurulatih

Makanan

T-Shirt Pelajar

Fail dan Alatan

Cenderamata/Sijil

Hadiah

Kad Matrik Pelajar

Kad Matrik Jurulatih / Pegawai

Dokumentasi

Banner

Lain-lain

JUMLAH

27. PENUTUP

Adalah amat diharapkan agar Perkhemahan Unit Beruniform (REMOP) Kali ke-1 dapat dijalankan
dengan lebih cemerlang ke arah kegemilangan yang paling tinggi. Kerjasama daripada para pegawai
dan semua pihak yang terlibat begitu diperlukan untuk menjayakan hasrat murni Kementerian
Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang dan Pejabat Pelajaran Daerah Selatan.
Semoga temaINTEGRASI PEMANGKIN KECERMERLANGAN dapat direalisasikan semasa
perkhemahan tersebut.
PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM(REMOP)

KALI KE- 1 TAHUN 2007

Disediakan oleh

KHAIRUL ALBAR MASROR

Penyelaras Unit Berunifprm

SMK Tasek,SPS

PERINCIAN TUGAS JAWATANKUASA KERJA

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM (REMOP)

1. Jawantankuasa kerja Urusetia


1. Melantik AJK

2. Menguruskan surat pelantikan jawatankuasa pengelola dan ahli-ahli

3. Bekerjasama dengan jawatankuasa jemputan, penyambut tamu, dan protokol untuk urusan
surat jemputan

4. Membuat tempahan sijil dan cenderamata peserta

5. Bekerjasama dengan JK perasmian penutup

6. Menyelaraskan tugasan di antara semua JK kerja

7. Menghadiri semua mesyuarat JK dan membentangkan laporan

8. Memaklumkan kelulusan kepada pihak-pihak berkuasa seperti polis,

9. Sentiasa ada kakitangan di bilik operasi dan berfungsi setiap masa.

10. Menyediakan borang penilaian akhir perkhemahan.

15. Menyediakan Anggaran Perbelanjaan

2. Jawatankuasa Makanan dan Sajian

1. Melantik AJK

2. Menyediakan kertas cadangan

3. Mendapatkan jumlah peserta dan pegawai yang terlibat

4. Memastikan tahap kualiti makanan yang tinggi

5. Memastikan makanan disediakan dalam kuantiti yang mencukupi

6. Memastikan makanan disediakan dalam masa yang ditetapkan

7. Menentukan menu harian

8. Menentukan menu bagi kumpulan tertentu ( vegetarian )

9. Mengambil tindakan atas aduan yang berkaitan

10. Menentukan lokasi penyediaan makanan

11. Memastikan jumlah khemah mencukupi

13. Menyediakan Anggaran Perbelanjaan dan pembelian barangan mentah


3. Jawatankuasa Perasmian Penutup dan Juruacara

1. Melantik AJK

2. Menyediakan kertas cadangan

3. Menyediakan backdrop

4. Mengadakan raptai perasmian penutup

5. Menyusun aturcara penutup

6. Menyusun peralatan di khemah VIP dan tetamu

7. Mengenalpasti juruacara dan pembaca doa

8. Bekerjasama dengan jawatankuasa siaraya

9. Menentukan tempat

10. Mengemas semula selepas upacara

12. Menyediakan Anggaran Perbelanjaan

4. Jawatankuasa Pengangkutan

1. Melantik AJK

2. Menyediakan pengangkutan pergi dan balik .

3. Menyediakan pengangkutan untuk mengambil atau memulangkan alatan perkhemahan

4. Memastikan semua aktiviti di luar tapak perkhemahan berjalan seperti yang dijadualkan

5. Menyediakan pengangkutan untuk pergerakan ke tempat aktiviti di luar tapak perkhemahan


utama

6. Bekerjasama dengan bahagian Jawatankuasa Aktiviti dan yang berkaitan

8. Menyediakan Anggaran Perbelanjaan


5. Jawatankuasa Aktiviti ( Pertandingan & Integrasi ) dan Jurulatih

1. Melantik AJK

2. Menyediakan kertas cadangan

3. Menyediakan jadual aktiviti dengan petugas-petugas

4. Menyelaras dan memantau urusetia/ petugas bahagian dan perjalanan aktiviti sepanjang
perkhemahan

5. Menyediakan borang pertandingan dan borang keputusan

6. Menetapkan tempat pertandingan

7. Menyediakan format/ syarat pertandingan

8. Menentukan jumlah hakim pertandingan

9. Mengatur taklimat untuk Pengurus-Pengurus Pasukan dan Jurulatih-Jurulatih

10. Menyediakan anggaran perbelanjaan

6. Jawatankuasa Keselamatan dan Pertolongan Cemas

1. Melantik AJK

2. Menyediakan kertas cadangan

3. Memaklumkan kepada hospital/pusat kesihatan

4. Memohon pihak kesihatan membuat fogging kawasan

5. Menyediakan kenderaan yang bertindak sebagai ambulans sekiranya berlaku kecemasan

6. Menyediakan ubat-ubatan dan peralatan pertolongan cemas

7. Menyediakan petugas dengan peralatan yang mencukupi semasa/ setiap aktiviti yang
dijalankan.

8. Memastikan petugas mahir dalam Pertolongan Cemas

9. Merekod rawatan pesakit

10. Menyediakan anggaran perbelanjaan

11. Mengemukakan tuntutan perbelanjaan selewat-lewatnya pada 10 April 2006 kepada Unit
Kokurikulum (u.p Cik Noorbain binti Haji Haron)

7. Jawatankuasa Rakaman Foto / vedio

1. Melantik AJK

2. Menyediakan kertas cadangan

3. Membuat rakaman foto keseluruhan program (sebelum/ semasa/ selepas)

4. Menyediakan anggaran perbelanjaan

5. Menyediakan kertas cadangan

6. Membuat rakaman video keseluruhan program (sebelum/ semasa/ selepas)

7. Mendokumentasikan program dan menyerahkannya kepada urus setia

8. Jawatankuasa Peralatan

1. Melantik AJK

2. Menyediakan kertas cadangan

3. Bekerjasama dengan semua jawatankuasa untuk menentukan peralatan yang diperlukan

4. Menetapkan tempat pengagihan dan pemulangan alatan

5. Memastikan alatan selamat digunakan

6. Memastikan alatan dipulangkan dalam keadaan yang baik dan cukup

7. Menyediakan anggaran perbelanjaan

9. Jawatankuasa Persiapan Tempat


1. Melantik AJK

2. Menyediakan kertas cadangan

3. Menyediakan/ Menanda tapak perkhemahan mengikut platun dan jantina

4. Memastikan peraturan di tapak perkhemahan dipatuhi setiap masa

5. Memastikan tapak perkhemahan bersih

6. Menyediakan tapak pelupusan sampah bagi lelaki dan perempuan

7. Menyediakan anggaran perbelanjaan

10. Jawatankuasa Siaraya

1. Melantik AJK

2. Menyediakan kertas cadangan

3. Menyediakan peralatan siaraya yang secukupnya

4. Menyediakan petugas siaraya

5. Menyediakan anggaran perbelanjaan

6. Mengemukakan tuntutan perbelanjaan selewat-lewatnya pada 10 April 2006 kepada Unit

Kokurikulum (u.p Cik Noorbain binti Haji Haron)

11. Jawatankuasa Penginapan Pegawai-Pegawai Perkhemahan

1. Melantik AJK

2. Menyediakan kertas cadangan

3. Mendapatkan jumlah pegawai yang memerlukan penginapan

4. Mengenalpasti bangunan dan kawasan untuk penginapan

5. Menyelaras peraturan penginapan


6. Menyediakan anggaran perbelanjaan

12. Jawatankuasa Sanitasi

1. Melantik AJK

2. Menyediakan kertas cadangan

3. Menyediakan plastik sampah untuk setiap negeri

4. Menyediakan tong sampah yang bersesuaian di lokasi-lokasi tertentu

5. Memastikan seluruh kawasan perkhemahan bersih sepanjang masa

6. Mencadangkan tapak lokasi pembuangan sampah

7. Menyediakan plastik-plastik khas di tandas peserta perempuan

8. Memastikan tandas dan bilik air sentiasa bersih

9. Menyediakan sekurang-kurangnya 2 tong sampah besar

10. Menyediakan anggaran perbelanjaan

13. Jawatankuasa Hadiah dan Cenderamata

1. Melantik AJK

2. Menyediakan kertas cadangan

3. Menyusun tempahan hadiah

4. Menguruskan cenderamata VIP dan hakim

5. Menguruskan sijil penyertaan, sijil penghargaan, sijil pertandingan dan sijil pemenang
(Johan, Naib Johan dan Ketiga)

6. Menyediakan keperluan alatan untuk majlis penyampaian hadiah

7. Mendapatkan senarai pemenang-pemenang daripada JK Pertandingan dan Kontinjen


8. Menyediakan petugas untuk majlis penyampaian hadiah

9. Memastikan penerima bersiap sedia awal

10. Menyediakan beberapa pelajar stand by untuk menerima hadiah

11. Menyediakan anggaran perbelanjaan

14. Jawatankuasa Data dan Statistik

1. Menubuhkan AJK

2. Menyediakan laporan harian

3. Mengadakan mesyuarat penyatuan dan penyelarasan ( harian )

4. Mengemaskini data dan pemarkahan

5. Memberi keputusan mengikut keperluan

6. Menyediakan anggaran perbelanjaan

23. Jawatankuasa Tatatertib

1. Melantik AJK

2. Menyediakan kertas cadangan

3. Menerima dan menyiasat maklumat berkaitan kesalahan tatatertib

4. Mengambil tindakan tatatertib

5. Menyediakan laporan tatatertib

Anda mungkin juga menyukai