Anda di halaman 1dari 3

SEKOLAH KEBANGSAAN DESA PETALING, KUALA LUMPUR

MINIT MESYUARAT PANITIA MATEMATIK


KALI KETIGA (2017)

Tarikh : 16.11.2017
Masa : 1.45 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat, SKDP.
Pengerusi : Encik Mustapa b Kidam

Kehadiran :

1. Encik Mustapa b Kidam GPKHEM


2. En. Musa Bin Haji Abdul Kadir Ketua Panitia
3. Pn. Fauziah bt Hashim Setiausaha
4. En. Ahmad Zaini b. Mohd Nor Guru
5. Cik Thamil Chelvi a/p Elengowan Guru
6. Cik Solehah bt. Roslan Guru
7. En. Muhammad Ikram b. Karim Guru
8. Pn. Rohana bt. M. Salleh Guru
9. Pn Norsuraya Mohamed Guru Pemulihan

Tidak hadir : - Bersebab


1. Pn. Nor Azliza bt. Abdul Aziz
2. Pn Norakidah
Pencatat : Puan Fauziah bt Hashim

1. KATA-KATA ALUAN
1.1 Kata-kata Aluan Pengerusi
1.1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran ahli jawatankuasa ke mesyuarat
Panitia Matematik kali ketiga sesi 2017 dan berterima kasih diatas kerjasama yang telah
diberikan sepanjang tahun 2017.
1.1.2 Pengerusi mengingatkan guru tentang pengurusan fail sebelum guru menyerahkan
tugasan tahunan di hujung tahun 2017.
Tindakan : Makluman

1.2 Kata-kata Aluan GPKHEM

1.2.1 Encik Mustapa b Kidam mengucapkan terima kasih atas komitmen yang telah diberikan
oleh kesemua guru matematik yang sudah menjalankan tugas sepanjang tahun 2017
1.2.2 Encik Mustapa b Kidam menyarankan guru-guru Matematik supaya dapat
membnetangkan keputusan post mortem dengan jelas dan mencari intervensi kepada

1
setiap masalah yang dikenalpasti bagi memantapkan pengajaran dan pembelajaran pada
tahun hadapan.
1.2.3 Encik Mustapa b Kidam mengingatkan agar guru-guru fokus kepada memantapkan
penguasaan fakta asas dan operasi Matematik seperti tambah dan tolak supaya murid
dapat menguasai matematik dengan lebih mudah pada awal tahun depan.
Tindakan : Makluman

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

2.1 Puan Fauziah Hashim mencadangkan agar minit mesyuarat lepas diterima dan disahkan.
2.2 Puan Rohana menyokong cadangan tersebut.

3. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
3.1 Tiada perkara yang berbangkit.

4. PEMBENTANGAN KERTAS KERJA / LAPORAN

4.1 Persediaan Mengajar


4.1.1 Pengerusi memaklumkan bahawa guru perlulah melengkapkan Rancangan Pengajaran
Harian dalam Buku Rekod mengikut format yang telah ditetapkan untuk dihantar pada
hujung tahun 2017.
4.1.2 Pengerusi memberikan senarai ahlijawatankuasa yang akan melengkapkan Rancangan
Pengajaran Tahunan pada tahun hadapan.
RPT Tahun 1 Puan Fauziah Hashim
RPT Tahun 2 Puan Suraya Mohamed
RPT Tahun 3 Cik Solehah
RPT Tahun 4 Encik Ahmad Zaini
RPT Tahun 5 Cik Thamil
RPT Tahun 6 Puan Rohana

Tindakan : Tindakan Guru yang terlibat


4.2 Post Mortem Peperiksaan Akhir Tahun
4.2.1 Pembentangan Post Mortem bagi Tahun 1 : Puan Fauziah menyatakan peratusan
peningkatan pada kelas Kristal dan Delima.
4.2.2 Pembentangan Post Mortem bagi Tahun 2 oleh CIk Thamil Celvi telah menyatakan
bahawa peratusan peningkatan dilihat di dalam jadual anlisis post mortem namun
begitu catatan pada kelas Delima terdapat seorang telah gagal, seorang yang gagal telah

2
dikenalpasti sebagai murid yang bermasalah dan telah dirujuk kepada kaunselor dan
guru penolong kanan HEM sekolah
4.2.3 Pembentangan Post Mortem bagi Tahun 3 dibentang oleh Cik Solehah menunjukkan
peningkatan prestasi mencapai KPI yang telah diberi.
4.2.4 Pembentangan Post Mortem bagi Tahun 4 dibentang oleh Encik Zaini menunjukkan KPI
yang memberangsangkan namun masih perlu diberikan perhatian pada kelas berlian dan
zamrud.
4.2.6 Puan Rohana membentangkan post mortem bagi tahap 2 secara umumnya, serta guru-
guru yang terlibat supaya dapat memberikan komitmen serta bersama-sama untuk
memantapkan keputusan peperiksaan Tahap 2
Tindakan : Semua guru matematik
4.3 LINUS & Pemulihan
4.3.1 Encik Ikram menyatakan saringan Numerasi telah berjalan dengan lancer dan murid-
murid yang lemah telah dikenalpasti, unjuran telah dikeluarkan dan diberikan kepada fasi
Numerasis
4.3.2 Puan Suraya menyatakan kelas permulihan dijalankan telah menunjukkan hasil namun
terdapat kekangan bagi murid tahun 1 kerana terdapat ramai murid yang perlu diberikan
perhatian
Tindakan : Guru LINUS dan Guru Pemulihan
5 HAL-HAL LAIN

5.1 Pengerusi menyarankan semua guru agar memulakan pdp dengan bacaan sifir terlebih
dahulu.
5.2 Pengerusi berharap agar semua guru dapat memberikan kerjasama dan komitmen yang
terbaik untuk prestasi yang cemerlang
Tindakan : Makluman

6 PENANGGUHAN MESYUARAT

6.1 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.45 petang dengan ucapan terima kasih daripada pengerusi
kepada semua AJK yang hadir.
Disediakan oleh: Disemak oleh : Disahkan oleh:

.................................... ............................ ................................


( Fauziah bt Hashim) (Musa bin Hj. Abd Kadir)
Setiausaha Panitia Matematik
Tarikh : 20.11. 2017