Anda di halaman 1dari 2

Kes Puan Hasyimah dan Kaunselor Pelatih Nurul

Puan Hasyimah merupakan seorang pensyarah penyelia dan juga merupakan kaunselor
sambilan di UPSI. Salah seorang kaunselor pelatih yang diselianya, Nurul mendapati dirinya
menghadapi krisis personal selepas mengetahui bahawa ibunya didiagnos sebagai pesakit
kaunselor tahap 4. Nurul juga sedang menjalankan internship di hospital dan sebahagian
klien Nurul adalah pesakit kanser. Nurul berjumpa Puan Hasyimah dan memaklumkan
bahawa dirinya tidak dapat meneruskan internship di hospital kerana tidak selesa berdepan
dengan pesakit kanser. Nurul terbayang pesakitnya adalah ibunya yang juga menderita
penyakit kanser.
Puan Hasyimah mendapati Nurul mempunyai kemahiran kaunseling yang baik dan seorang
kaunselor pelatih yang bagus. Puan Hasyimah fikir bahawa Nurul tidak sepatutnya terganggu
dengan keadaan tersebut dan ia boleh menjejaskan keseluruhan pengajiannya jika Nurul
gagal dalam internship. Puan Hasyimah menjangkakan bahawa beliau boleh berdepan
dengan krisis peribadi Nurul kerana hubungan saling percaya telah wujud antara beliau dan
Nurul. Untuk keempat-empat sesi seterusnya, Puan Hasyimah secara keseluruhannya hanya
memfokuskan kepada masalah peribadi Nurul. Keadaan ini amat membantu Nurul stabil dan
kembali meneruskan internship di hospital.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

a)Pada pandangan anda, apa masalah yang wujud apabila Puan Hasyimah memutuskan
untuk membantu Nurul menyelesaikan masalah peribadinya? Terangkan.

Pada pendapat saya, perkara ini tidak salah dimana ada kod etika yang menyatakan
sekiranya hubungan penyelia dan pelatih berada diluar ruang profesional maka penyelia
perlu menganggap bahawa hubungan mereka itu seperti kaunselor dan klien dan mematuhi
etika seperti yang sepatutnya. Sekiranya perkara terbabit dapat membantu pelatihnya
kembali kearah kebaikkan, ia merupakan perkara yang baik dan dapat membantu kedua-
dua pihak secara keseluruhannya tetapi masih mengekalkan profesionalisme beliau. Dalam
sudut Nurul pula, dia akan mengalami situasi yang sama secara berulang kerana dia tidak
mampu untuk menyelesaikan masalahnya tanpa bantuan dari individu yang signifikant
dengan dirinya. Oleh kerana dia merasa selesa dengan Puan Hasyimah, jadi dia akan cuba
untuk mencari beliau hanya untuk mendapatkan sesuatu penyelesaian tanpa usaha dari
dirinya sendiri kerana dia merasakan ada seseorang yang sentiasa akan membantunya.

b)Apa reaksi anda kepada Puan Hasyimah apabila Puan Hasyimah telah mencampur
adukkan peranan sebagai penyelia dan peranan sebagai kaunselor?

Saya merasakan perkara itu tidak salah sepenuhnya kerana Puan Hasyimah masih menjaga
batas beliau sebagai penyelia tetapi atas persetujuan bersama pelatih untuk
dikaunselingkan. Tetapi penyelia terbabit perlu sedar batasan peranan dan etika nya
supaya pelatih dan kliennya dapat membezakan hubungan professional antara mereka.
Hubungan penyelia dan pelatih dapat disamakan dengan hubungan kaunselor dan klien
dimana kedua-dua ini perlu mematuhi etika yang telah ditetapkan. Tetapi perkara yang
sepatutnya dibuat adalah tidak mencampur adukkan perkara terbabit kerana ia akan
mengelirukan pelatihnya dan dia akan merasa bergantungan dalam hubungan mereka.
Dalam masa yang sama juga bias akan membuatkan hubungan mereka berada diuar
hubungan profesional yang sepatutnya.
c)Apakah potensi isu etika yang dihadapi, jika ada? Apa akan berlaku jika Puan
Hasyimah meneruskan peranan sebagai kaunselor, dan mengabaikan peranannya
sebagai pensyarah penyelia internship Nurul?

Seperti yang termaktub dalam kod etika F.3.e. Hubungan yang berpotensi berfaedah
dimana sebagai penyelia internship Nurul, Puan Hasyimah hendaklah sedar tentang
perbezaan kuasa dalam hubungannya dengan individu yang diselia mempunyai potensi yang
berfaedah kepada individu yang diselia, mereka hendaklah mengambil langkah-langkah
yang serupa dengan langkah-langkah yang diambil kaunselor didalam hubungan mereka
dengan klien. Contohnya interaksi atau hubungan sedemikian termasuklah menghadiri
sesuatu upacara rasmi, menziarahi ke hospital, memberi sokongan semasa Nurul
menghadapi sesuatu tekanan atau menjadi ahli bersama dalam persatuan, organisasi, atau
komuniti profesional. Penyelia hendaklah berbincang secara terbuka dengan individu yang
diselia jika mereka bercadang untuk menjalinkan hubungan diluar peranan mereka sebagai
penyelia yang pelbagai. Sebelum terlibat dengan hubungan tersebut, mereka perlulah
berbincang dengan individu yang diselia dan mendokumenkan interaksi terbabit dalam
bentuk yang rasional, bakal faedah atau kekurangan, serta kesan yang dijangkakan ke
atas individu yang diselia. Penyelia perlulah menjelaskan keadaan dan batasan khusus rol
tambahan mereka dengan individu yang diselia.