Anda di halaman 1dari 60

GSM BURGLAR ALARM WITH ARDUINO

MUHAMMAD RIDHWAN ABD RAHMAN

2016

DIPLOMA TEKNOLOGI ELEKTRONIK

KOLEJ VOKASIONAL BEAUFORT

1
GSM ALARM WITH ARDUINO

Oleh

MUHAMMAD RIDHWAN ABD RAHMAN

Laporan Projek Yang Dikemukakan Kepada Kolej Vokasional Beaufort Bagi


Memenuhi Sebahagian Daripada Keperluan Diploma
Teknologi Elektronik dan Diploma Kemahiran Malaysia Eksekutif
Teknologi Elektronik Audio Visual (EE-010-4)

PROGRAM TEKNOLOGI ELEKTRONIK

2016

2
PENGAKUAN PENULIS

Dengan ini saya akui bahawa laporan ini adalah hasil kerja saya sendiri dan dibuat
berdasarkan undang-undang yang termaktub di bawah peraturan Kolej Vokasional.
Ia adalah asli berpandukan daripada kajian yang telah dilakukan oleh saya. Projek
ini masih belum dihasilkan oleh mana-mana pihak atau institusi untuk mana-mana
diploma atau kelayakan.

Saya dengan ini berjanji sekiranya projek yang dilaksanakan oleh saya melanggar
mana-mana syarat yang tertera di atas, segala hasil kerja saya akan di gagalkan
dan didapati sebagai tidak melengkapkan diploma dan bersetuju untuk dikenakan
sebarang tindakan undang-undang di bawah peraturan Kolej Vokasional.

Nama Penulis : MUHAMMAD RIDHWAN ABD RAHMAN


Tandatangan :
No Kad Pengenalan : 970615-12-6177

Program : TEKNOLOGI ELEKTRONIK


Nama Kolej : KOLEJ VOKASIONAL BEAUFORT
Tajuk Projek : GSM ALARM WITH ARDUINO
Tarikh :

Penyelia Projek : CIK DILLA AFZAN BINTI ISMAIL Tandatangan:

3
PERAKUAN PENYELIA PROJEK

Saya dengan ini memperakui bahawa telah membaca laporan ini dan segala yang
terkandung di dalama dalah benar. Projek ini adalah memadai dari segi skop dan
kualiti serta telah memenuhi segala syarat dan undang-undang di bawah peraturan
Kolej Vokasional bagi tujuan penganugerahan Diploma Teknologi Elektronik dan
Diploma Kemahiran Malaysia.

Tandatangan :
Nama :
No. Kad Pengenalan :
Tarikh :

PERAKUAN PEGAWAI PENGESAH LUARAN (PPL)

Saya mengaku telah membaca Laporan Projek ini dan pada pandangan saya,
laporanini adalah mencukupi dan memenuhi skop dan kualiti bagi tujuan
penganugerahan Persijilan Kemahiran Malaysia.

Tandatangan :
Nama :
No. Kad Pengenalan :
Tarikh :

4
PENGHARGAAN

Bismillahirahmanirahim;

Alhamdulillah, dipanjatkan rasa kesyukuran kepada Yang Maha Esa kerana


dengan izinNya dapat juga saya menyiapkan tesis ini dengan jayanya.

Pertama sekali, saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada


penyelia saya iaitu Cik Dilla Afzan Binti Ismail kerana dengan tunjuk ajar serta
bimbingan daripadanya membuka ruang untuk saya menyiapkan tesis ini dengan
suksesnya.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu
bapa saya yang memberi saya pemudahcara untuk menyiapkan tesis projek ini.
Mereka telah memberikan saya segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak
terhingga sampai saya berjaya menghabiskan tesis ini.

Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada ahli kumpulan saya iaitu
Mohd Haffie Hasnal dan Amzar Faiz Bin Tanuin yang banyak memberi peringatan
terhadap setiap apa yang saya telah alpa. Mereka membantu saya dengan
menyiapkan projek yang berkaitan dengan tesis yang telah saya nukilkan ini.

Akhir bicara dari saya, ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada
mereka yang terlibat secara langsung atau sebaliknya dalam pembikinan tesis
beserta penghasilan projek ini.

Terima kasih..

5
ABSTRAK

Projek ini merekabentuk sebuah projek keselamatan berserta penggera yang diberi
nama GSM Alarm With Arduino. Projek yang dibangunkan ini lebih menitik beratkan
ciri-ciri keselamatan premis atau rumah pengguna berserta keselamatan pengguna
sendiri. Sistem seperti ini sudah banyak berada di pasaran namun dijual pada harga
yang tinggi dan masih terdapat banyak kelemahan. Oleh itu objektif utama projek ini
adalah untuk membaiki kelemahan yang sedia ada dan menjadikan sistem ini lebih
murah. Secara tidak langsung, ini membantu golongan yang berpendapatan rendah
untuk memiliki satu sistem keselamatan dalam premis mereka. Sepertimana sistem
keselamatan yang lain,sistem ini juga dilengkapi dengan sistem penggera. Ini
bertujuan untuk memberi amaran kepada pengguna bahawa rumah atau premis
berkenaan telah diceroboh. Selain itu ia turut dilengkapi dengan sistem GSM iaitu
akan menghantar amaran kepada telefon bimbit pengguna jika rumah diceroboh.
Tetapi kelemahan sistem ini adalah ia terhad kepada satu input sahaja sebagai
contoh jika sudah pasang di pintu hadapan rumah, ia tidak boleh letak di tingkap
kecuali jika ingin menambah satu lagi sistem ini.. Kefungsian projek ini juga amat
mudah iaitu dengan hanya setkan arahan di dalam telefon bimbit kita dan hantar ke
nombor sistem ini.

6
ABSTRACT

The project is to design a safety project with an alarm that is named GSM Alarm
With Arduino. This project developed more focused on the security features of the
premises or home users as well as its own consumer safety. Such systems are
already widely available in the market but sold at a high price and still has many
flaws. Therefore the main objective of this project is to improve the existing
shortcomings and make the system more affordable. Indirectly, it helps low-income
groups to have a security system in their premises. As with other security systems,
this system is also equipped with an alarm system. This is intended to alert the user
that the home or premises was invaded. In addition it is also equipped with the GSM
system will send an alert to mobile phone users if the home is compromised. But the
disadvantage of this system is that it is limited to only one input for example if it has
been installed in the front door of the house, it can not be put in the window unless
you want to add another . The functionality of this system is also very simple project
with just a set of instructions in our mobile phone number and send it to the system.

7
ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGAKUAN PENULIS 3

PERAKUAN PENYELIA PROJEK 4

PENGHARGAAN 5

ABSTRAK 6

ISI KANDUNGAN 8-11

SENARAI JADUAL 12

SENARAI RAJAH 12

BAB 1 PENGENALAN

1.1 PENGENALAN UMUM 13

1.2 PERNYATAAN MASALAH 13

1.3 OBJEKTIF 14

1.4 TUJUAN 14

1.5 SKOP PROJEK 14

1.6 KELEBIHAN/ JANGKAAN 15

1.7 PERANCANGAN PERLAKSANAAN PROJEK 15

1.8 KESIMPULAN 16

BAB 2 KAJIAN LITERATUR

8
2.1 PENGENALAN 17

2.2 ANALISA 17

2.3 PEMILIHAN TAJUK PROJEK 18

2.4 PERBINCANGAN TAJUK PROJEK BERSAMA PENYELIA 18

2.5 CIRI-CIRI PRODUK YANG DIHASILKAN 18

2.6 LITAR YANG DIGUNAKAN 19

2.6.1 LITAR BEKALAN KUASA 19

2.6.2 LITAR ARDUINO 20

2.6.3 LITAR PENGGERA 21

2.6.4 LITAR MAGNETIC SWITCH 22

2.6.5 LITAR GSM 23

2.7 KAJIAN MENGENAI KOMPONEN YANG DIGUNAKAN 23

2.7.1 ATMEGA 328P 23

2.7.2 MAGNETIC SWITCH 24

2.7.3 BUZZER 25

2.7.4 KAPASITOR 25

2.7.5 DIOD 26

2.7.6 TRANSISTOR 26

2.7.7 LED 27

2.8 PERALATAN YANG DIGUNAKAN 27

2.9 PERISIAN KOMPUTER 28

2.9.1 EAGLE PCB 28

2.9.2 ARDUINO IDE 29

9
2.10 KESIMPULAN 30

BAB 3 METADOLOGI

3.1 PENGENALAN 31

3.2 KETENTUAN REKA BENTUK PROJEK 32

3.3 LUKISAN 2D 33

3.4 LUKISAN 3D 34

3.5 KONSEP REKA BENTUK 34

3.6 PEMILIHAN REKA BENTUK 35

3.7 MENGANALISA MASALAH 35

3.8 ANALISIS IDEA 36

3.9 CARTA GANTT 36

3.9.1 CARTA GANTT PROJEK 37

3.10 BAHAN PROJEK 38-42

3.11 AKTIVITI PROJEK 42-43

3.12 SENARAI PERALATAN DAN KOS PROJEK 44

3.13 KESIMPULAN 45

BAB 4 DAPATAN KAJIAN DAN ANALISIS

4.1 PENGENALAN 46

4.2 KEPUTUSAN DAN UJIAN 46

4.3 STANDARD OPERATION PROCEDURE 46

4.3.1 SOP PROJEK 46-47

10
4.4 KESIMPULAN 47

BAB 5 PERBINCANGAN, KAJIAN, DAN KESIMPULAN

5.1 PENGENALAN 48

5.2 HASIL PERBINCANGAN 48-49

5.3 KAJIAN PERBANDINGAN 50-51

5.4 KELEBIHAN 51

5.5 KEKURANGAN 51

5.6 CADANGAN 52

5.7 KESIMPULAN 53

RUJUKAN 54

LAMPIRAN 55-60

11
SENARAI RAJAH MUKA SURAT

RAJAH 1.6 : KONSEP PDCA


RAJAH 2.7.1 : FUNGSI ATMEGA
RAJAH 2.7.2 : FUNGSI MAGNETIC SWITCH
RAJAH 2.7.3 : FUNGSI BUZZER
RAJAH 2.7.4 : FUNGSI KAPASITOR
RAJAH 2.7.5 : FUNGSI DIOD
RAJAH 2.7.6 : FUNGSI TRANSISTOR
RAJAH 2.7.7 : FUNGSI LED
RAJAH 3.5 : KONSEP REKA BENTUK

SENARAI JADUAL

JADUAL 2.6.1: LITAR BEKALAN KUASA


JADUAL 2.6.2: SENARAI KOMPONEN ARDUINO
JADUAL 2.6.3: LITAR PENGGERA
JADUAL 2.6.5: LITAR GSM
JADUAL 3.7 : ANALISIS DATA
JADUAL 5.2 : REKA BENTUK
JADUAL 5.2 : LITAR DAN KEFUNGSIAN PROJEK

12
BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN UMUM

Sebagaimana yang kita ketahui, teknologi adalah satu perkara yang amat
penting pada masa sekarang.Mantan Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Dr
Mahatihr Mohamad juga menyarankan penggunaan dan pembuatan teknologi -
teknologi yang canggih dapat dicipta oleh rakyat Malaysia. Dengan itu, projek GSM
Alarm With Arduino dibuat bagi memenuhi permintaan kerajaan serta dapat
mencipta satu teknologi yang dapat diterima pakai oleh masyarakat . Projek ini
adalah salah satu projek keselamatan untuk menjamin keselamatan premis beserta
penggunanya. Walaupun diketahui sudah banyak sistem sekuriti yang telah berada
di pasaran namun harga untuk sistem yang dijual adalah begitu mahal dan tidak
mampu untuk dimiliki oleh pemilik premis yang berpendapatan rendah. Dengari kata
lain,sistem ini diwujudkan untuk menjadikan sistem keselamatan yang sedia ada
lebih murah dan efisien untuk semua golongan pemilik premis.

Projek yang dibina terdiri daripada beberapa peringkat yang diterangkan dalam bab
yang ketiga dan keterangan lanjut mengenai fasa ini diterangkan dalam bab
seterusnya tentang bagaimana sistem tersebut dibina dan diadaptasikan.

1.2 PERNYATAAN MASALAH

Dengan penciptaan projek ini masalah pecah rumah mungkin tidak akan dapat
dielak, tetapi dengan menggunakan projek GSM Alarm With Arduino ini, kita dapat
mengurangkan lagi risiko dicederakan dan boleh bertindak dengan pantas seperti
menelefon polis kerana projek ini akan menghantar SMS terus kepada telefon bimbit
yang telah disetkan

13
1.3 OBJEKTIF KAJIAN

Secara amnya, projek ini bertujuan untuk mencapai objektif-objektif berikut:

Untuk memperkenalkan projek ini kepada umum bahawa ada teknologi yang lebih
efektif dalam membendung kejadian ceroboh / pecah rumah.

I. Untuk dipasarkan kepada masyarakat.


II. Untuk memastikan pengguna yang menggunakan projek ini berasa
lebih aman.
III. Memanfaatkan seluruh lapisan masyarakat yang mrnggunakan GSM
Alarm With Arduino ini.
IV. Untuk memahirkan diri dalam pengaturcaraan.

1.3 TUJUAN KAJIAN


Untuk mengurangkan lagi risiko kepada kes pecah rumah yang semakin
menjadi-jadi selain meningkatkan lagi ciri-ciri keselamatan ditahap yang
maksima selain membantu pihak polis untuk menangkap pencuri dengan
mudah.

1.4 SKOP PROJEK

Skop GSM Alarm With Arduino lebih disasarkan kepada ;

i. Kawasan taman perumahan;


ii. Penduduk rumah kedai;
iii. Bahagian pejabat seperti di bilik guru sekolah;
iv. Saiz;
- Saiz projek ini hanyalah berukuran 15 x 15 cm dan ia tidak
menganggu persekitaran dalam rumah itu.

v. Sesuai digunakan untuk semua golongan usia kerana cara untuk


mengendalikan projek ini sangat mudah sebagai contoh jika hendak setkan
semula menjadi silent jika penggera berbunyi.

14
1.5 KELEBIHAN / JANGKAAN
I. Keselamatan di rumah berada di tahap maksima.
II. Menggunakan bahan yang tidak sebabkan pencemaran udara atau
apa juga jenis pencemaran
III. Mudah untuk difahami tentang kendalian projek ini.
IV. Tidak menggunakan tenaga elektrik yang banyak.

1.6 PERANCANGAN PELAKSANAAN PROJEK


Mengaplikasikan konsep Plan-Do-Check-Action (PDCA) di dalam merancang
suatu perlaksanaan projek.

Pelajar menetapkan Pelajar mengenalpasti


piawaian penggunaan projek dan menganalisa
masalah

Pelajar menjalankan
pengujian dan pengesahan
Pelajar menjalankan projek
ke atas projek serta membuat
untuk menyelesaikan
pembetulan
masalah

Rajah 1.6. Konsep Plan-Do-Check-Action

15
1.8 KESIMPULAN

Dalam usaha untuk membangunkan reka bentuk projek ini, saya telah menyatakan
beberapa perkara yang diperlukan dalam bab 1 ini seperti pengenalan umum,
pernyataan masalah, objektif, tujuan, skop projek, kelebihan dan perancangan
perlaksanaa projek supaya sesebuah organisasi dapat menjimatkan kos
perbelanjaan.

16
BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 PENGENALAN

Perkara utama yang perlu dibuat ketika memulakan sesuatu projek ialah kajian yang
teliti perlu dilakukan bagi memastikan sesuatu projek yang ingin dijalankan berjalan
dengan lancar. Sebelum itu, Kajian literatur merupakan beberapa huraian tentang
kajian-kajian lepas berkaitan dengan kajian yang akan dilaksanakan berpandukan
kepada pembolehubah-pembolehubah yang akan dikaji.. Projek itu dapat
dilaksanakan berdasarkan dari maklumat yang diperolehi agar dapat dijalankan
sebagai panduan untuk menjalankan projek.

Kajian yang dibuat hendaklah dikumpulkan kesemua data beserta maklumat yang
diperoleh sama ada melalui soal selidik atau pencarian di internet ataupun menebual
seorang respondan untuk mendapatkan hasil akhir projek yang terbaik. Ini sangat
penting bagi memastikan projek yang hendak dihasilkan mencapai objektif serta
berfungsi dengan baik dan sempurna. Projek yang dihasilkan juga hendaklah
selamat (berpandukan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, OSHA).

2.2 ANALISA

Bagi menjayakan projek ini, kajian yang mendalam telah dilakukan kerana projek ini
menggunakan mikropemproses jenis arduino dimana ia mudah untuk dikendalikan
tetapi sukar untuk membuat suatu programming. Pencarian maklumat di internet dan
menebual beberapa pelajar taraf universiti sedikit sebanyak berjaya membantu
dalam menghasilkan progam yang betul untuk peringkat pertama penghasilan
projek.

17
2.3 PEMILIHAN TAJUK PROJEK

Di dalam projek ini, terdapat 3 medium utama untuk penghasilan dan juga
kebolehfungsian projek ini iaitu litar bekalan kuasa, litar Arduino dan juga set GSM.
Dan dengan menggabungkan ketiga-tiga komponen ini maka projek GSM Alarm
System With Arduino akan berfungsi.

Projek ini juga boleh dikawal sama ada ingin menghidupkan atau mematikan sistem
keselamatannya. Iaitu dengan menaip SMS BA ENABLE di dalam telefon bimbit
kita dan hantar ke nombor projek ini, sistem keselamatannya sedia untuk digunakan.
Dan jika ingin mematikan sistem keselamatannya, taip BA SILENT dan hantar ke
nombor projek ini dan projek ini akan mematikan sendiri sistem keselamatannya.

2.4 PERBINCANGAN TAJUK PROJEK BERSAMA PENYELIA

Perbincangan tajuk projek bersama penyelia amat penting bagi mendapatkan


persetujuan dari penyelia dalam memilih projek yang sesuai. Perbincangan ini
meliputi tajuk yang bakal digunakan, bahan yang digunakan dan juga kos untuk
membuat projek ini.

2.5 CIRI-CIRI PRODUK YANG DIHASILKAN

I. Bekalan kuasa untuk projek ini disambungkan ke plug.


II. Tidak rumit untuk menggunakan projek ini dan boleh difahami kendalian
dalam masa yang singkat.
III. Perumah untuk litar projek ini tahan lasak dan tidak mudah untuk dirosakkan
oleh pencuri.
IV. Tidak merisaukan pengguna kerana jika penggera berbunyi, projek ini akan
menghantar SMS kepada telefon bimbit yang telah disetkan dan pengguna
boleh terus menelefon polis.

18
2.6 LITAR YANG DIGUNAKAN

Di dalam tajuk ini, perbincangan akan dibuat mengenai analisis data daripada litar-
litar yang digunakan dalam penghasilan projek ini. Terdapat 5 litar utama iaitu litar
Arduino Uno dan juga litar bekalan kuasa.

2.6.1 LITAR BEKALAN KUASA

Litar bekalan kuasa merupakan suatu komponen yang penting dalam suatu litar dan
tanpa litar bekalan kuasa, projek yang dibuat sudah pasti tidak akan berfungsi. Litar
bekalan kuasa biasanya mempunyai masukan 240V dan keluarannya bergantung
kepada ic regulator yang digunakan. Regulator berfungsi sebagai menukarkan
voltan lebih rendah dari voltan masukan manakala kapasitor pula adalah sebagai
menstabilkan voltan.

Rajah 2.6.1 Litar bekalan kuasa GSM Alaram With Arduino

Bil. Komponen Unit Harga (RM)


1 Perintang 330 ohm 1 RM 0.10
2 Diod 1n4001 1 RM 0.21
3 Kapasitor 100 uf 2 RM 0.50 X 2
4 Kapasitor 0.1 uf 1 RM 0.50
5 LED 1 RM 0.20
6 Voltage regulator 5V 1 RM 6. 00
7 DC Plug 2.1 mm 1 RM 1.20
Jadual 2.6.1 Senarai serta kos komponen litar bekalan kuasa

19
2.6.2 LITAR ARDUINO

Litar arduino pula berfungsi untuk melakukan apa yang telah dprogramkan ke dalam
IC ATMEGA 328P yang akan diletakkan pada arduino ini. Tanpa litar ini atau jika
tersalah membuat litar, sesuatu program yang telah dibuat tidak akan berfungsi
sama sekali.

Rajah 2.6.2 Litar Arduino Uno

Bil. Komponen Unit Harga


1. Ceramic kapasitor 300 2 RM 0. 20 X 2
2. Kapasitor 22pf 2 RM 0.50 X 2
3. Kapasitor 0,1uf 1 RM 0.50
4. Perintang 10k 1 RM 0.10
5. Atmega 328P 1 RM 12.00
6. Crystal H49S 16Mhz 1 RM 2.00
7. Push button 1 RM 3.00

Jadual 2.6.2 Senarai komponen litar Arduino Uno

20
2.6.3 LITAR PENGGERA

Litar penggera adalah untuk membuatkan bunyi penggera jika sensor magnetic
switch telah bertindak. Buzzer akan berbunyi dan buzzer tersebut hanya boleh
dimatikan dengan menggunakan telefon bimbit yang telah mengesetkan projek ini.

Rajah 2.6.3 Litar penggera projek

Bil Komponen Unit Harga (RM)


1. Buzzer 1 RM 2.00
2. Transistor 2n2222 1 RM 0.50
3. Perintang 1K 1 RM 0.10

Jadual 2.6.3 Senarai komponen projek

21
2.6.4 LITAR MAGNETIC SWITCH

Litar magnetic switch ini berfungsi sebagai sensor kepada projek ini dan jika sensor
bertindak, buzzer kan berbunyi dan lampu LED yang terdapat didalam Rajah 2.4.4
akan menyala.

Rajah 2.6.4 Litar magnetic switch.

Bil Komponen Unit Harga (RM)


1. Magnetic switch 1 RM 20.00
2. Perintang 10K 1 RM 0.10
3. LED merah/hijau 1 RM 1.00

Jadual 2.6.4 Senarai komponen litar magnetic switch

22
2.6.5 LITAR GSM MODUL

Ini adalah komponen paling utama dalam projek ini iaitu GSM Modul. GSM Modul
akan menghantar SMS kepada pengguna jika sensor magnetic switch bertindak.

Rajah 2.6.5 litar GSM Modul

Bil. Komponen Unit Harga (RM)


1. GSM Modul 1 RM 80
Jadual 2.6.5. Kos GSM

2.7 KAJIAN MENGENAI KOMPONEN YANG DIGUNAKAN

Pada tajuk ini, ia menerangkan tentang kefungsian komponen komponen yang


digunakan di dalam projek ini.

2.7.1 ATMEGA 328P

Rajah 2.7.1. Ic ATMEGA 32P

23
Mikropengawal berasaskan RISC Atmel 8-bit AVR menggabungkan 32 kB ISP
memori flash dengan kemampuan baca semasa menulis, 1 kB EEPROM, 2 kB
SRAM, 23 kegunaan am I / O baris, 32 am tujuan bekerja daftar, tiga pemasa
fleksibel / kaunter dengan membandingkan mod, sampukan dalaman dan luaran, siri
USART diprogramkan, antara muka bersiri 2-wire bait berorientasikan, SPI port siri,
6-saluran 10-bit penukar a / D (8-saluran dalam TQFP dan pakej QFN / MLF) ,
pemasa boleh program pengawal dengan pengayun dalaman, dan perisian lima mod
penjimatan kuasa boleh dipilih. Peranti beroperasi antara 1,8-5,5 volt. Peranti
mencapai throughput menghampiri 1 MIPS setiap MHz.

2.7.2 MAGNETIC SWITCH

Rajah 2.7.2. Magnetic switch

Sensor berasaskan gabungan 2 magnet ini akan bertindak atau brfungsi jika ia dipisahkan dari
bahagian sebelahnya. Sensor ini terdapat 3 kaki.

24
2.7.3 BUZZER

Rajah 2.7.3. Buzzer

Satu elemen piezoelektrik mungkin dapat dilaksanakan oleh litar elektronik berayun
atau lain-lain sumber isyarat audio, didorong dengan penguat audio piezoelektrik.
Bunyi yang biasa digunakan untuk menunjukkan bahawa butang telah ditekan
adalah klik, ring atau bip

2.7.4 KAPASITOR

Gambarajah 2.7.4. Kapasitor

Kapasitor adalah suatu komponen yang berpolar positif dan negatif (mempunyai 2
kaki) dan juga terdapat dalam pelbagai saiz dan jenis. Antara yang diketahui adalah
kapasitor jenis Mika, Seramik dan juga Tantalum. Unit bagi kapasitor adalah Farad
(F). Microfarad. nanoFarad dan pikoFarad adalah salah salah satu nilai bagi
kapasitor. Kebanyakan litar di dalam komponen elektronik menggunakan kapasitor
kerana kebolehannya menyimpan cas. Di dalam projek ini terdapat 2 jenis kapasitor
yang digunakan iaitu kapasitor 47uF dan juga seramik kapasitor 0.1.

25
2.7.5 DIOD

Gambarajah 2.7.5. Diod

Diod merupakan komponen yang dibina dari bahan separa konduktor di mana ia
mempunyai 2 sambungan iaitu anod dan katod. Diod merupakan komponen yang
menghalang pergerakan pembawa cas. Ianya membenarkan arus elektrik mengalir
dalam satu arah dan tidak membenarkan mengalir dalam arah yang bertentangan.

2.7.6 TRANSISTOR

Gambarajah 2.7.6. Transistor

Transisor juga merupakan bahan yang dibina dari separa pengalir seperti
germanium atau silicon yang terdiri dari bahan positif (P) dan bahan (N). Transistor
biasanya mempunyai 3 kaki iaitu Pemungut (collector), tapak (base) dan pemancar
(emitter). Terdapat 2 jenis transistor iaitu NPN dan PNP.

26
2.7.7 LED

Rajah 2.7.7. LED

Diod pemancar cahaya (LED) adalah sumber cahaya semikonduktor dua plumbum.
Ia adalah simpang diod p-n, yang mengeluarkan cahaya apabila diaktifkan. [4]
Apabila voltan yang sesuai digunakan untuk membawa, elektron dapat bergabung
semula dengan lubang elektron dalam peranti itu, melepaskan tenaga dalam bentuk
foton. Kesan ini dipanggil Electroluminescence, dan warna cahaya (yang sepadan
dengan tenaga foton) ditentukan oleh jurang jalur tenaga semikonduktor.

2.8 PERALATAN YANG DIGUNAKAN

Dalam menjayakan projek ini kami telah menggunakan pelbagai peralatan bagi
memudahkan proses menyiapkan projek ini.

Peralatan-peralatan yang digunakan adalah seperti:

i. Peralatan Mengukur. Contoh, pembaris dan sesiku L


ii. Peralatan Memotong. Contoh, gergaji besi untuk memotong PCB
iii. Peralatan Menggerudi. Contoh, untuk menggerudi PCB yang sudah dietching.
iv. Peralatan Memateri. Contoh, untuk memateri komponen ke PCB.

27
2.9 PERISIAN KOMPUTER YANG DIGUNAKAN

Bab ini menerngkan lebih lanjut tentang perisian computer yang digunakan bagi
menjayakan projek ini.

2.9.1 EAGLE PCB (UNTUK MEMBUAT LITAR)

Gambarajah 2.9.1. Eagle PCB

Eagle PCB merupakan suatu perisian komputer yang dibangunkan oleh Cadsoft
Computer GmbH iaitu sebuah syarikat dari Jerman dan menggunakan Sistem
Operasi (OS) Microsoft dan MAC. EAGLE mempunyai nama yang tersendiri iaitu
Easily Applicable Graphical Layout Editor. Ia digunakan untuk mereka bentuk susun
atur papan litar bercetak dengan bantuan komputer. Dengan menggunakan perisian
ini, kita boleh membuat apa sahaja litar yang dimahukan dengan terdapat berjuta
komponen maya di dalam perisian ini. Eagle PCB juga mampu mengedit laluan litar
jika terdapat kesalahan dalam laluan litar. Sebelum hendak menggunakan perisian
ini, kita perlu membuat litar skematik litar sebelum menukarnya menjadi litar
tercetak.

28
2.9.2 ARDUINO IDE UNTUK MEMBUAT CODING LITAR

Gambarajah 2.9.2. Perisian komputer Arduino IDE

Arduino IDE merupakan suatu perisian computer yang menggunakan platform yang
ditulis dalam bahasa pengaturcaraan Java, C dan C++. Ia direka untuk
memudahkan pelajar atau orang yang amatur belajar tentang pengaturcaraan. Ia
turut dimasukkan dengan contoh-contoh pengaturcaraan yang mudah seperti Blink.
Sistem Operasi (OS) untuk perisian ini adalah Microsoft dan Linux sahaja. Terdapat
2 jenis sketch iaitu:

I. Setup () : Fungsi yang hanya berfungsi sekali sebaik sahaja program


dihidupkan.
II. Loop () : Fungsi yang diulang-ulang sehingga bekalan kuasa dimatikan.

29
2.10 KESIMPULAN

Dalam bab 2 ini, telah dinyatakan tentang perbincangan bersama penyelia tentang
projek yang ingin dijalankan dan setelah mendapat idea tentang projek yang ingin
dijalankan, kajian tentang bahan dan komponen projek dilakukan bagi mengetahui
lebih lanjut fungsi setiap komponen itu.

30
BAB 3

METODOLOGI

3.1 PENGENALAN

Bab ini akan menerangkan mengenai metodologi atau pendekatan


projek yang telah dilaksanakan. Setiap pemilihan dan tindakkan yang dilakukan
semasa pelaksanaan projek akan diterangkan dengan jelas dan mendalam secara
berperingkat sehingga projek berjaya dihasilkan. Dalam melaksanakan sesuatu
projek, terdapat pelbagai prosedur dan kaedah yang digunakan. Bagi projek ini dua
bahagian perlu dilakukan iaitu perkakasan dan perisian Kedua-dua bahagian ini
akan digabungkan untuk membolehkan projek beroperasi seperti yang dikehendaki.
Kemudian projek ini diuji untuk memastikan tiada sebarang ralat berlaku. Sekiranya
berlaku: proses penyelenggaraan akan dilakukan bagi mengesan ralat tersebut.
Sebaliknya jika sistem yang dibina berfungsi dengan betul, maka proses boleh
dikatakan tamat. Rajah 3.1 di sebelah menunjukkan langkah-langkah dalam
perlaksanaan projek ini.

Antara konsep yang dilakukan adalah seperti berikut:

I. Melihat statistik tentang kejadian pecah rumah dengan bertanya kepada blai
polis berhampiran(Balai Polis Beaufort).
II. Mengumpul dan mengkaji waktu yang selalu berlakunya kejadian pecah
rumah.
III. Membuat lakaran bagi rekabentuk projek yang akan dihasilkan.
IV. Mencari bahan dan komponen yang diperlukan untuk penghasilan projek
V. Proses pembuatan komponen dilakukan dengan berpandukan lakaran dan

ukuran yang ditetapkan.

VI. Melihat tempat-tempat yang membolehkan pencuri masuk seperti pintu


rumah, tingkap dan menganalisa untuk pembuatan projek.

31
3.2 KETENTUAN REKABENTUK PRODUK

Lukisan adalah salah satu cara untuk memberikah maklumat lengkap seuatu
projek. Melalui lukisan, rupa bentuk projek, dimensi, bahan, teknologi pembuatan
dan peralatan yang akan digunakan dapat dikenalpasti. Langkah pertama sebelum
rekabentuk projek adalah melakar. Melakar adalah suatu proses menjelmakan idea
yang terdapat sama ada dari idea sendiri atau di internet ke atas kertas dengan
menggunakan medium penulisan seperti pensil atau pen bagi memberikan
gambaran awal tentang kefungsiannya terutama bahan mentah yang akan
digunakan dan keteguhan projek itu serta saiz yang bakal dibuat nanti.

Melalui proses lukisan ini, kita akan mengetahui lebih lanjut apa yang diperlukan
dalam projek kita. Terdapat 2 jenis lukisan iaitu lukisan 3 dimensi (3D) dan juga 2
dimensi (2D). Lukisan 3 dimensi lebih memberi gambaran sebenar projek, daripada
lakaran 3 dimensi, panjang, lebar dan tinggi projek dapat diketahui. Lakaran 3
dimensi boleh dibuat sama ada melalui lakaran oblik atau lakaran isometrik.
Manakala lukisan 2 dimensi pula lebih menghuraikan kepada bentuk sebenar objek
dalam dua atau tiga pandangan iaitu pandangan atas (pelan), pandangan hadapan
dan sisi.

Matlamat utama lukisan adalah bertujuan untuk memudahkan proses pembuatan


sesuatu projek. Melukis dan melakar adalah antara perkara yang terdapat dalam
lukisan. Selain itu, lukisan juga boleh dibuat dalam perisian computer masa kini
seperti AUTOCAD dimana ia lebih mudah untuk mendapakan hasil yang cantik
selain boleh juga menggunakan cara manual iaitu menggunakan tangan dimana
masa yang digunakan untuk cara manual ini lebih cepat berbanding menggunakan
AUTOCAD

Setelah selesai proses diatas, kini beralih pula kepada proses pemotongan bahan.
Projek ini kepingan papan yang dicantumkan dengan glue gun dan dipakukan untuk
lebih cengkaman. Sebelum memulakan proses pemotongan, ukuran perlu diambil

32
iaitu dengan menggunakan medium pengukur seperti pembaris, sesiku L dan pita
pengukur dan ukuran yang diambil hendaklah tepa disetiap bahagian supaya projek
tidak menjadi cacat. Bagi peralatan menanda pula, boleh gunakan marker pen atau
kapur penanda yang dijual di kedai-kedai. Dan barulah proses pemotongan boleh
dilaksanakan jika proses mengukur dan menanda selesai.

3.3 LUKISAN 2D PERUMAH

10 CM

GSM

10 CM

MAGNETIC SWITCH

33
3.4 LUKISAN 3D PERUMAH

2 CM

GSM

10 CM POWER

INDICATOR
MAGNETIC SWITCH

10 CM

3.5 KONSEP REKABENTUK

Konsep rekabentuk adalah satu susunan bahan yang dirancang untuk menghasilkan
sesuatu produk yang telah dirancang itu. Rekabentuk juga mestilah mempunyai
tujuan utama pembinaanya dan hendaklah memenuhi keperluan pengguna. Selepas
itu satu tindakan susulan akan diambil bagi mencapai matlamat tersebut seperti
dalam rajah 3.5

KAJIAN ANALISA LAKARAN UBAHSUAI


MASALAH REKABENTUK REKABENTUK
MASALAH

PROSES MEMASANG PROSES PEMOTONGAN KERJA


PEMASANGAN PAKU & NAT BAHAN MENGUKUR
BAHAN

MENJALANKAN
OPERASI
Rajah 3.5. Konsep mereka bentuk projek

34
Rekabentuk juga hendaklah mempunyai fungsi utama dan juga fungsi
sampingannya. Rekabentuk yang menarik akan menarik perhatian pengguna dari
segi bentuk, warna dan juga rekaanya. Selain itu, pemilihan bahan mestilah sesuai,
mudah diperoleh, praktikal, tepat dan tidak melebihi kos yang telah diperuntukkan.
Elemen-elemen seperti matematik, grafik, prinsip saintifik dan kejuruteraan
hendaklah ditampilkan dalam sesebuah rekabentuk itu. Kesimpulannya, langkah
kerja yang betul akan menghasilkan sebuah rekabentuk yang sempurna.

3.6 PEMILIHAN REKABENTUK

Pemilihan rekabentuk hendaklah dapat menyelesaikan masalah pengguna serta


tidak melambatkan proses pembinaan yang rumit. Seterusnya, rekabentuk yang
dipilih hendaklah mempunyai ketahanan yang kukuh serta tidak mudah rosak.
Produk yang dihasilkan juga hendaklah selamat, mesra alam dan tidak
mendatangkan mudarat kepada pengguna.

3.7 MENGANALISA MASALAH

I. Pembuangan masa yang banyak kerana bahan sukar dicari.

II. Melambatkan pergerakan kumpulan sendiri untuk memotong bahan kerana


kumpulan lain juga menggunakan alat pemotong.

III. Alat pemotong yang digunakan seperti gergaji merosakkan sisi kayu yang
digunakan sebagai perumah.

35
3.8 ANALISIS IDEA

Setelah selesai kesemua proses, proses analisis idea menyusul. Kajian akan dibuat

kepada unsur reka bentuk yang tedapat pada jadual 3.7 bagi mengetahui apa yang

diperlukan dalam membuat satu projek itu. Jadual 3.7 menunjukkan analisis idea

yang aka dibuat pada projek ini.

BILANGAN ITEM UNSUR REKA BENTUK

1. Kefungsian projek yang mudah difahami.

2. Struktur yang teguh dan tidak mudah rosak.

3. Menggunakan barang atau bahan yang murah kosnya

tetapi kualiti tetap terjamin.

4. Nilai estetika

Jadual 3.8. Analisis idea

3.9 CARTA GANTT

Carta Gantt merupakan jadual yang digunakan sebagai panduan untuk menyiapkan
projek . Ia dijadikan panduan dalam melaksanakan kerja agar kerja tersebut dapat
dilaksanakan mengikut masa yang telah ditetapkan. Aktiviti direkodkan dalam arah
menegak manakala tempoh masa dinyatakan dalam paksi melintang. Semua aktiviti
mestilah dinyatakan tarikh proses bermula dan berakhir.

36
3.9.1 CARTA GANTT PROJEK

BULAN JUN JULAI OGOS SEPTEMBER OKTOBER

BIL. MINGGU 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4
PERKARA
1. PENERANGAN
2. MENCARI
IDEA
3. MEMBUAT SOAL
SELIDIK
4. MEMBUAT
PROPOSAL
5. MENCARI
BAHAN
6. MEMULAKAN
PROJEK
7. MENYIAPKAN
PROJEK
8. MEMBUAT
LAPORAN
9. UJI KEFUNGSIAN
PROJEK
10. PEMBENTANGAN
AKHIR

37
3.10 BAHAN-BAHAN PROJEK

BIL. RAJAH NAMA ALAT

1. ATmega328P

IC Socket 28-pin
2.
(Slim)

3. Adapter 12V 2A

4. GSM Module

Magnetic Sensor
5.

38
6. PCB

7.
LM1084-ADJ

8. LM1084-5V

9. Push Button

Electrolytic
10.
Capacitor

39
11. Resistor 0.25W

12. Serial Cable

PCB Stand (Screw &


13.
Nut) 10mm

14. DIOD 1N4001

15. TRANSISTOR

LED 5mm Red


16.
Green (3pin)

40
17. LED 3mm Green

HL2527 DC Plug
18.
(2.1mm) (Black)

19. Ceramic Capasitor

Crystal H49S (Low


20.
Profile) 16MHz

Straight Female
21.
Header 1x40 Ways

41
Right Angle Pin
22. Header (Male) 1x40
Ways

3.11 AKTIVITI PROJEK

1. Aktiviti pertama kami ialah mencari maklumat tentang masalah yang sering
dihadapi masyarakat kini
2. Setelah menemui permasalahan kami merancang untuk membina suatu
projek penggera berasaskan GSM
3. Aktiviti ketiga ialah melakar reka bentuk projek
4. Membeli bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat projek
5. Membuat litar projek menggunakan perisian komputer Eagle PCB.
6. Mencetak litar projek menggunakan printer jenis laserjet
7. Memotong PCB board
8. Melekatkan litar pada PCB board dan mensterikakan.
9. Melakukan proses etching

Rajah 9. Proses Etching

42
10. Menggerudi lubang untuk masukkan komponen pada PCB board.

Rajah 10. Menggerudi lubang untuk kaki komponen

11. Memasukkan coding program ke dalam arduino menggunakan perisian


komputer Arduino. (Rujuk lampiran untuk lihat coding.)
12. Memasukkan komponen ke dalam litar PCB
13. Memateri kaki komponen pada PCB
14. Memotong kaki komponen pada PCB
15. Membuat perumah projek.
16. Menguji kefungsian litar

43
3.12 SENARAI PERALATAN DAN KOS PROJEK

Bil. Peralatan Kuantiti Harga (RM)


1. Komponen elektronik RM 53.12
2. Sensor 1 RM 10
3. Papan 1 meter x 1 meter RM 15
4. Glue Gun 1 RM 16
5. Pemateri 1 RM 13
6. Timah pemateri 1 RM 10
7 Penyedut timah 1 RM 5
8. Cutter 1 RM 4
9. Multimeter 1 RM 40
10. Playar muncung tirus 1 RM 4
11. Papan PCB 1 RM 90
12. Kabel DC 1 RM 20
13. GSM Modul 1 RM 100
14. Serial Cable 1 RM 30
JUMLAH RM 410.12

Rujuk lampiran pada muka surat 55-60 untuk gambar peralatan yang digunakan.

44
3.13 KESIMPULAN

Bab ini menerangkan secara menyeluruh dan terperinci mengenai metodologi kajian
yang merangkumi, ketentuan rekabentuk projek, konsep rekabentuk, lukisan 2D dan
3D dan carta gantt projek. Juga turut diselitkan aktiviti projek dan kos projek bagi
mengetahui lebih lanjut mengenai penghasilan projek ini.

45
BAB 4

DAPATAN KAJIAN DAN ANALISIS

4.1 PENGENALAN

Bab ini membincangkan tentang hasil projek yang telah dilakukan akan diterangkan
lebih lanjut tentang SOP Projek dan kegunaan sebelum, semasa dan selepas. Dan
juga keputusan serta ujian yang dilakukan pada projek.

4.2 KEPUTUSAN DAN UJIAN


Semua projek yang telah siap diuji dan berfungsi dengan baik akan dipersembahkan
kepada panel penilai luar yang telah dilantik. Semasa pembentangan projek dibuat,
hendaklah juga disediakan proposal, slide mengenai projek dan laporan bagi
memudahkan penilaian dibuat. Ianya juga merupakan salah satu syarat untuk
mendapatkan penganugerahan Diploma Teknologi Elektronik.

4.3 Standard Operation Procedure (SOP)


Setiap mesin dan perlatan elektrik atau elektronik yang dikeluarkan pasti akan
disediakan sekali dengan SOP untuk memudahkan pengguna serta menjadi
panduan pengguna dalam menggunakan suatu alatan itu dengan betul. Antara isi
kandungan SOP adalah seperti langkah kerja yang mesti dilaksanakan iaitu
sebelum, semasa dan selepas penggunaan.

4.3.1 SOP PROJEK


(PROSEDUR PENGGUNAAN GSM ALARM WITH ARDUINO)
SEBELUM OPERASI
I. Pasangkan pada soket untuk punca bekalan kuasa pada GSM Alarm
With Arduino.
II. Tunggu sebentar sehingga lampu projek telah menyala
III. Hidupkan projek dan tunggu sistem bersedia.

46
SEMASA OPERASI
I. Aktifkan sensor dengan menaip SMS BA ENABLE di telefon bimbit
pengguna.
II. Setelah mendapat SMS dari projek, sistem telah sedia digunakan.
III. Jika suis magnetic dibuka, penggera akan berbunyi dan projek akan
menghantar SMS ke telefon bimbit pengguna.
IV. Untuk mematikan semula penggera, taip SMS BA SILENT
V. Penggera akan kembali senyap.
VI. Untuk menghidupkan semula sistem, rapatkan semula suis magnetic
dan taip semula BA ENABLE dan projek akan berfungsi seperti biasa.

SELEPAS
I. Jika tidak mahu digunakan, matikan suis pada soket bekalan kuasa.
II. Kemudian, cabut plug pada GSM Alarm With Switch ini.

4.4 KESIMPULAN

Antara kesimpulan yang terdapat dalam bab ini ialah:

I. Memastikan bahawa sesuatu pemasangan itu dilaksanakan dengan


sempurna dan selamat dari bermulanya kerja sehingga kerja diselesaikan
II. Memastikan bahawa sesuatu pemasangan itu dilaksanakan dengan
sempurna dan selamat selaras dengan kehendak undang-undang dan
peraturan yang ditetapkan.
III. Melatih mengamalkan budaya kerja yang selamat.
IV. Mengetahui betapa pentingnya sebuah SOP dalam setiap alatan dan mesin
yang ada.

47
BAB 5

PERBINCANGAN, KAJIAN DAN KESIMPULAN

5.1 PENGENALAN

Bab ini membentangkan hasil perbincangan yang telah dikemukakan setelah


menyiapkan projek ini. Perbincangan ini merangkumi penambahbaikan dan
pemulihan pada projek yang dibuat ini. Selain itu, bab ini juga akan membentangkan
mengenai cadangan-cadangan yang boleh dimanfaatkan pada masa hadapan .
Seterusnya, cadangan untuk kajian lanjutan juga turut disertakan dalam bab ini dan
akhir sekali, bab ini akan membentangkan kesimpulan daripada keseluruhan bab 5
ini.

5.2 HASIL PERBINCANGAN

Berdasarkan hasil perbincangan yang telah dilakukan serta diberikan, interpretasi


yang kami kecapi sepanjang penghasilan projek ini, kami mendapati pelbagai
masalah yang dihadapi projek ini. Hal ini menyebabkan penambahbaikan dan
membaikpulih pada projek ini dilakukan dalam tempoh yang lama. Setelah itu, projek
yang dihasilkan hendaklah mengikut kriteria kriteria yang penting dalam
pemasaran. Antara kriteria kriteria tersebut adalah seperti :-

REKABENTUK PROJEK

Bil Perkara Cadangan


1. Fungsi Berfungsi dengan baik dan memnuhi kehendak pelanggan.
2. Rupabentuk Mempunyai konsep dan rupabentuk yang menarik, stabil
dan praktikal.
3. Kesesuaian Menggunakan bahan yang mudah didapati dan mudah
bahan dipasang sesuai dengan kos dibayar.

48
4. Ketahanan Kukuh dan mudah dipasang.
5. Kos Berpatutan dengan kos pembuatan dan mampu.
6. Keselamatan Tidak mendatangkan bahaya dan kesan buruk kepada
pengguna.
7. Mesra alam Tidak memberi kesan buruk kepada alam sekitar.
8. Nilai komersial Memenuhi cita rasa masa kini dan mampu dipasarkan serta
menepati kehendak pasaran.
Jadual 5.2. Reka bentuk projek.

LITAR DAN KEFUNGSIAN PROJEK

Bil Litar Penerangan


1. Litar Arduino Berfungsi sebagai tempat berfungsinya sesuatu
pengaturcaraan.
2. Litar Bekalan Kuasa Memberikan bekalan kuasa kepada projek.
3. Litar Buzzer Memberikan amaran jika berlaku pencerobohan.
4. Litar Magnetic Switch Sebagai sensor.
5. Litar GSM Akan menghantar SMS kepada pengguna jika
berlaku pencerobohan.
Jadual 5.2 Litar dan kefungsiannya.

49
5.3 KAJIAN PERBANDINGAN

Terdapat dua perisian komputer yang boleh digunakan semasa membuat litar projek
ini iaitu perisian PCB Wizard dan juga Eagle PCB. Kedua-dua perisian ini
mempunyai kebaikan dan keburukan yang tersendiri. Bagi perisian PCB Wizard, ia
hanya mengambil masa yang singkat untuk membuat litar tetapi terhad dari segi
bilangan komponen-komponen. Manakala bagi Eagle PCB, ia mempunyai berjuta-
juta komponen seperti yang sebenar untuk memudahkan pengguna perisian ini.
Tetapi ia mengambil masa yang lama untuk disiapkan kerana ia sangat kompleks
untuk digunakan.

Gambarajah 5.3. Perisian komputer PCB Wizard.

50
Gambarajah 5.3. Perisian komputer Eagle PCB.

5.4 KELEBIHAN

I. Mempunyai saiz yang sederhana dan tidak terlalu menonjol.


II. Kefungsian projek yang mudah difahami semua lapisan umur.
III. Tidak mencemarkan alam sekitar
IV. Tidak menggunakan voltan yang banyak.
V. Murah dan bahan yang digunakan adalah tahan lasak dan berkualiti.

5.5 KEKURANGAN

I. Tidak boleh menghantar SMS jika line simkad yang digunakan tiada liputan.
II. Hanya boleh digunakan untuk satu tempat sahaja sebagai contoh digunakan
pada pintu depan tetapi tidak boleh di pintu belakang rumah.
III. Sensornya yang tidak berapa efektif.

51
5.6 CADANGAN

I. Membolehkan lebih dari seorang pengguna menggunakan GSM Alarm With


Arduino ini.
II. Menambah bilangan sensor di setiap tempat yang berisiko untuk dipecah
masuk.

52
5.7 KESIMPULAN

Kesimpulannya, perkembangan ilmu dan teknologi yang semakin pesat membantu


dunia agar mampu mengikuti perkembangan semasa supaya tidak ketinggalan oleh
negara-negara maju yang lain. Namun, Malaysia bersama dengan beberapa negara
yang lain mempunyai masalah yang kritikal dalam meningkatkan pengetahun
mengenai teknologi ini. Antara salah satu puncanya adalah kurangnya bijak pandai
dalam bidang pengaturcaraan khususnya.

Di negara maju khususnya Jerman, ketika berumur belasan tahun mereka sudah
didedahkan dengan ilmu pengaturcaraan berbanding di negara kita yang sudah
berumur pun belum mampu menguasai bahasa asas dalam bidang pengaturcaraan.

Dalam kepentingan tersebut, pihak kerajaan khususnya hendaklah menggalakkan


setiap institusi pendidikan di peringkat sekolah rendah atau menengah
menganjurkan program seperti program inovasi produk atau pengaturcaraan bagi
mengembangkan lagi minda mereka.

Oleh yang demikian, kami telah mencipta projek ini yang umumnya adalah untuk
digunakan sebagai sistem keselamatan premis atau rumah. Kendalian projek ini
yang tidak terlalu susah dan senang untuk difahami menjadikan projek ciptaan kami
ini menjadi pilihan utama pembeli di pasaran. Di projek kami ini juga, kami letakkan
pengaturcaraan untuk memudahkan pengguna menggunakan projek ini tanpa perlu
banyak mengendalikan secara manual.

Mafhumnya, tidak menghairankan jika negara-negara maju lebih menitkberatkan


tentang pembelajaran pengaturcaraan kerana dengan ilmu pengaturcaraan yang
ada, kita boleh membina apa sahaja tanpa tertakluk kepada apa apa peraturan
ataupun halangan.

53
RUJUKAN

Buku:

Buku panduan PTA (2015 september), bahagian pendidikan teknik dan vokasional.

Moore, W.K. (2004). PTA 2015. Kolej Vokasional Beaufort: Teknologi Elektronik.

Low Kin Huat (2006), InTech. Industrial Robotics: Programming, Simulation and
Applications.

Thesis:

Thesis SKM Tahap 4 & 5, Encik Chai Jung Hui, 2008

Thesis Pembangunan Perisian Antara Muka Grafik C++, Encik Tan Boon Leong,
2008

Thesis Diploma Kemahiran Malaysia, Farah Nur Amira Binti Sehran, 2015

Internet:

www.ukm.my/obejkes/Senarai%20Tesis/SENARAI%20TESIS%20jkees%20TAHUN
%202008.pdf

https.//nurizlansubri.blogspot.my/2009/11/sistem-kawalan-keselamatan-
rumah.html?m=1

www.contoh-tesis-projek.com

www.pengenalan-mengenai-gsm.com

proeleksms.blogspot.my

sukanic-teknik.blogspot

54
LAMPIRAN

Senarai peralatan yang digunakan.

Ketika membuat pengujian


terhadap projek.

55
Litar bagi Arduino yang baru siap melalui proses etching.

56
Membuat pengujian proje

k.

57
// Print SIM card IMEI number.
#include <SoftwareSerial.h> char imei[15] = {0}; // MUST use a 16 character buffer for
#include Adafruit_FONA.h IMEI!
#include pitches.h uint8_t imeiLen = SIM800L.getIMEI(imei);
if(imeiLen > 0) {
#define MAGNETIC A0 Serial.print("SIM card IMEI: "); Serial.println(imei);
#define LED_RED 5 }
#define LED_GREEN 6
playTone(melody2, melody2Dur, 5);
#define FONA_RX 3 Serial.println("Arduino GSM Mailbox Letter Alert ready!");
#define FONA_TX 2
#define FONA_RST 4 digitalWrite(LED_GREEN, HIGH);
digitalWrite(LED_RED, LOW);
SoftwareSerial SIM800LSS = SoftwareSerial(FONA_TX, }
FONA_RX);
SoftwareSerial *SIM800Lserial = &SIM800LSS; void loop()
{
Adafruit_FONA SIM800L = Adafruit_FONA(FONA_RST); char* bufPtr = SIM800LInBuffer; // Handy buffer pointer

uint8_t readline(char *buff, uint8_t maxbuff, uint16_t timeout = if (SIM800L.available()) { // Any data available from the
0); SIM800L
int slot = 0; // This will be the slot number of the SMS
58oolean baAlert = false; int charCount = 0;
58oolean alarmSound = false;
char SIM800LinBuffer[64]; // For notifications from the FONA // Read the notification into fonaInBuffer
do {
char callerIDbuffer[32]; // Well store the SMS sender number *bufPtr = SIM800L.read();
in here Serial.write(*bufPtr);
char SMSbuffer[32]; // Well store the SMS content in here delay(1);
uint16_t SMSLength; } while ((*bufPtr++ != '\n') && (SIM800L.available()) &&
String SMSString = ; (++charCount < (sizeof(SIM800LInBuffer)-1)));

void setup() // Add a terminal NULL to the notification string


{ *bufPtr = 0;
pinMode(MAGNETIC, INPUT_PULLUP); 111
// Scan the notification string for an SMS received
pinMode(LED_GREEN, OUTPUT); notification.
pinMode(LED_RED, OUTPUT); // If it's an SMS message, we'll get the slot number in 'slot'
if (1 == sscanf(SIM800LInBuffer, "+CMTI: \"SM\",%d",
digitalWrite(LED_GREEN, HIGH); &slot)) {
digitalWrite(LED_RED, HIGH); playTone(melody5, melody5Dur, 5);
Serial.print("slot: "); Serial.println(slot);
Serial.begin(115200);
Serial.println(F(Project: Arduino GSM Mailbox Letter // Retrieve SMS sender address/phone number.
Alert)); if (!SIM800L.getSMSSender(slot, callerIDbuffer, 31)) {
Serial.println(F(Initializing.(May take 10 seconds))); Serial.println("Didn't find SMS message in slot!");
}
playTone(melody1, melody1Dur, 2);
delay(10000);

// Make it slow so its easy to read!


SIM800Lserial->begin(4800);
if(!SIM800L.begin(*SIM800Lserial)) {
Serial.println(F(Couldnt find FONA));
while(1);
}
Serial.println(F(SIM800L is OK));

58
}
}
Serial.print(F("FROM: ")); Serial.println(callerIDbuffer); else {
playTone(melody3, melody3Dur, 2);
if (!SIM800L.readSMS(slot, SMSbuffer, 250, }
&SMSLength)) { // pass in buffer and max len!
Serial.println("Failed!"); // Delete the original msg after it is processed
} // otherwise, we will fill up all the slots
else { // and then we won't be able to receive SMS anymore
SMSString = String(SMSbuffer); if (SIM800L.deleteSMS(slot)) {
Serial.print(F("SMS: ")); Serial.println(SMSString); Serial.println(F("OK!"));
} } else {
Serial.println(F("Couldn't delete"));
// Compare SMS string }
if (SMSString == "BA ENABLE") { }
alarmSound = false; }
delay(100);
// Send SMS for status if (digitalRead(MAGNETIC) == HIGH && baAlert == true) {
if (digitalRead(MAGNETIC) == LOW) { baAlert = false;
baAlert = true; alarmSound = true;
if(!SIM800L.sendSMS(callerIDbuffer, "Burglar Alarm is Serial.println("Magnetic switch is open! Burglar detected!");
enable")) { delay(100);
Serial.println(F("Failed")); // Send SMS for letter alert
} if(!SIM800L.sendSMS(callerIDbuffer, "Magnetic switch is
else { open! Burglar detected!")) {
Serial.println(F("Sent!")); Serial.println(F("Failed"));
} }
digitalWrite(LED_GREEN, LOW); else {
digitalWrite(LED_RED, HIGH); Serial.println(F("Sent!"));
} }
else { digitalWrite(LED_GREEN, HIGH);
if(!SIM800L.sendSMS(callerIDbuffer, "Please close the digitalWrite(LED_RED, LOW);
magnetic switch")) { }
Serial.println(F("Failed"));
} if (alarmSound == true) {
playTone(melody8, melody8Dur, 4);
else { }
Serial.println(F("Sent!")); }
}
}
}
else if(SMSString == "BA SILENT") {
alarmSound = false;
delay(100);
// Send SMS for letter alert
if(!SIM800L.sendSMS(callerIDbuffer, "Burglar Alarm is
silent")) {
Serial.println(F("Failed"));
}
else {
Serial.println(F("Sent!"));

59
60

Anda mungkin juga menyukai