Anda di halaman 1dari 23

SK RAPAT JAYA, KG.

RAPAT JAYA TAMBAHAN


IPOH, PERAK

PROGRAM
Lima Minit Anti Dadah

Disediakan Oleh:- Disahkan oleh:-

___________________________ ____________________________

Raihan Hamiza Binti Jalaludin En. Mohd. Yatin Yazix Bin


Ahmad

Penyelaras PPDa Guru Pen. Kanan HEM


Program 5 minit Anti Dadah RaihanJalaludin/2017

SK Rapat Jaya, Ipoh, Perak SK Rapat Jaya, Ipoh, Perak

Minggu` :1

Tajuk : Apa itu dadah?


Sumber :
http://panduanpercuma.info/info/5850/fakta-tentang-dadah-jenis-jenis-dadah-dan-kesannya/

Dadah atau drug adalah bahan atau kimia yang amat merbahaya kepada individu yang
menggunakannya kerana ia mengubah cara minda dan tubuh manusia berfungsi.
Dadah merupakan satu istilah khas yang merujuk kepada sejenis bahan yang
mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi fizikal, mental dan
emosi serta tingkah laku pengguna apabila digunakan. Akibat daripada kesan ini,
seseorang yang menyalahgunakan dadah akan menjadi ketagih dan akan terus bergantung
hidup kepadanya. Tanpa disedari, anda sendiri mungkin telah menggunakan beberapa
jenis dadah dalam hidup anda.
Ubat-ubatan seperti paracetamol dan antibiotic membantu menyembuhkan anda
sekiranya anda tidak sihat. Teh, kopi dan coklat juga mengandungi sejenis dadah
rangsangan yang dikenali sebagai caffeine. Akan tetapi, dadah rangsangan seperti ini
tidak mengakibatkan ketagihan yang bermasalah kepada individu, masyarakat dan
negara. Oleh itu, penggunaan bahan minuman dan makanan ini tidak salah di sisi
undang-undang.
Namun demikian, beberapa jenis dadah adalah dadah yang dilarang pengambilannya
kerana dadah ini mengakibatkan ketagihan dan masalah-masalah kesihatan, sosial,
ekonomi dan sebagainya. Oleh itu, Kerajaan Malaysia telah menyenaraikan dadah ini di
dalam Akta Dadah Berbahaya 1952 untuk mengharamkan penanaman, pengeluaran,
pengedaran, import, eksport, pemilikan dan penyalahgunaan dadah seumpana ini.
Jenis dadah seperti seperti kokain, ganja, heroin, syabu dan ecstasy diambil untuk
mengubah perasaan fikiran anda. Dadah-dadah ini juga dikenali sebagai dadah yang
disalahguna.

1
Program 5 minit Anti Dadah RaihanJalaludin/2017

Minggu` :2
Tajuk : Ciri-ciri dadah
Sumber :
http://panduanpercuma.info/info/5850/fakta-tentang-dadah-jenis-jenis-dadah-dan-kesanny
a/

Dadah merujuk kepada sejenis bahan kimia psikoaktif yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut :

Mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem saraf pusat (Otak dan saraf tunjang)
Digunakan bukan untuk tujuan perubatan dan penggunaannya adalah dilarang
Diperoleh secara haram
Membawa kepada pergantungan fizikal dan psikologikal dan meningkatkan daya tahan
terhadap dadah
Mendatangkan kesan-kesan buruk dan bahaya ke atas kesihatan dan fungsi sosial
seseorang

Minggu` :3
Tajuk : Jenis-jenis dadah
Sumber :
http://panduanpercuma.info/info/5850/fakta-tentang-dadah-jenis-jenis-dadah-dan-kesanny
a/

Setakat ini, dadah boleh dikategorikan kepada beberapa jenis seperti berikut :

Opiat dan Opiat sintetik


Stimulan
Ganja
Halusinogen
Depresen

2
Program 5 minit Anti Dadah RaihanJalaludin/2017

Ubat-ubatan dan bahan-bahan yang disalah guna

Minggu` :4
Tajuk : Pergantungan kepada dadah
Sumber : http://ppdamgsklang.blogspot.my/2015/07/dadah-jenis-jenis-kesannya.html

Apakah yang Dimaksudkan dengan Pergantungan Kepada Dadah


Pergantungan kepada dadah adalah keadaan keperluan secara fizikal atau psikologi atau
kedua-duanya yang wujud daripada penggunaan dadah secara berterusan atau pada waktu-waktu
tertentu. Dua jenis pergantungan kepada dadah apabila ianya digunakan secara kerap dan
berterusan ialah:
1. Pergantungan secara fizikal
Pergantungan secara fizikal ialah satu keadaan di mana badan penagih memerlukan dadah
dihentikan akan menimbulkan gejala-gejala tarikan.
Gejala-gejala tarikan ialah tanda-tanda tertentu dari segi tingkahlaku dan fizikal seseorang
penagih dadah yang ditunjukkan semasa tidak menggunakan dadah dalam masa tertentu. Antara
tanda-tanda pergantungan fizikal ialah sakit perut, muntah-muntah, cirit-birit, menggeletar dan
sebagainya.
2. Pergantungan secara psikologikal
Pergantungan secara psikik atau psikologikal merupakan satu keadaan di mana penagih
mengalami gian atau mengidam untuk menggunakan dadah supaya dapat berfungsi secara
normal serta mencapai ketenangan jiwa.

3
Program 5 minit Anti Dadah RaihanJalaludin/2017

Minggu` :5
Tajuk : Pergantungan kepada dadah
Sumber : http://ppdamgsklang.blogspot.my/2015/07/dadah-jenis-jenis-kesannya.html

Seseorang itu dikatakan telah bergantung pada dadah apabila :


Penggunaan dadah menjadi bahagian penting dalam kehidupan seharian mengatasi
keperluan-keperluan hidup yang lain seperti makanan dan minuman.
Daya tahan meningkat.
Mengalami gejala tarikan apabila tidak menggunakan dadah
Berada terdesak atau gian untuk menggunakan dadah lebih-lebih lagi apabila cuba
mengurang atau dapat mengawal jumlah dan kekerapan penggunaan.
Terdapat tarikan atau kecenderungan menagih semula setelah berhenti menggunakan
untuk beberapa waktu.

Minggu` :6
Tajuk : Agensi yang bertanggungjawab untuk membanteras penagihan dadah
1) Majlis Dadah Kebangsaan
Menggubal dan menentukan pelaksanaan dasar dadah negara berhubung dengan pencegahan,
penguatkuasaan, pemulihan dan kerjasama antarabangsa.
Memantau ( monitoring ) semua aktiviti dan rancangan yang berkaitan dengan pengawalan dan
pencegahan dadah.
2) Agensi Dadah Kebangsaan
Melaksanakan program pencegahan
Melaksanakan program rawatan dan pemulihan
Meningkatkan sistem pengumpulan maklumat mengenai dadah serta membuat penilaian akan
keberkesanan program anti dadah negara.
Meningkatkan kerjasama serantau dan antarabangsa dengan lebih aktif lagi dalam usaha
memerangi masalah dadah.
Memberi khidmat urusetia kepada Majlis Dadah Kebangsaan.

4
Program 5 minit Anti Dadah RaihanJalaludin/2017

3) Persatuan Mencegah Dadah Malaysia ( PEMADAM )


Minggu` :7
Tajuk : Faktor-faktor yang mempengaruhi kesan-kesan dadah
Sumber : http://smktt.tripod.com/Agensi%20Menentang%20Dadah.htm
Faktor-faktor yang mempengaruhi kesan-kesan dadah :
a) Jenis dadah
Perbezaan dari segi kesan ke atas fungsi system saraf pusat iaitu sama ada ia merosakkannya
(contohnya heroin) atau merangsangkan (contohnya amfetamin dan kokain) atau merosak dan
merangsangkan (contohnya ganja).
b) Jumlah digunakan
Kesan daripada dos kecil adalah berbeza daripada kesan dos besar, contohnya dos kecil heroin
mungkin menyebabkan rasa mengantuk atau euphoria berbanding dengan dos besar yang mana
akan menyulitkan pernafasan dan membawa maut.
c) Cara penggunaannya
Kesan dadah bergantung kepada cara penggunaannya (samada ditelan, disuntik, dihidu, dihisap
atau diguna bersama dadah lain), jangka masa dan kekerapan mengguna.
d) Keadaan individu
Kesan dadah bergantung kepada umur, jantina, berat badan, kesihatan, daya tahan, pengalaman
penggunaan dadah & aktiviti penagih
Minggu : 8

Tajuk: Keburukan Rokok Elektronik

Sumber : http://jerryjournal.com/kebaikan-dan-keburukan-rokok-elektronik/

Keburukan Rokok Elektronik untuk:-

Pelaburan awal yang seseorang perlu membuat satu kit rokok elektronik ini cukup tinggi.

Rokok Elektronik masih tidak diluluskan oleh FDA (kami Pentadbiran makanan dan dadah)

Rokok Elektronik adalah diharamkan di banyak negara. Antaranya, Thailand, Singapura, Finland

5
Program 5 minit Anti Dadah RaihanJalaludin/2017

Menggalakkan tabiat merokok.

Minggu : 9

Tajuk: Rokok elektronik dan VAPE

Sumber : http://www.infosihat.gov.my/infosihat/isusemasa/vape.php

Definisi Rokok Elektronik dan Vape?


Kementerian Kesihatan mendefinisikan peranti elektronik yang mengandungi nikotin adalah
dirujuk sebagai 'rokok elektronik' (eCig), sementara yang tidak mengandungi nikotin, adalah
dirujuk sebagai Vape.

Komponen utama Rokok Elektronik dan Vape adalah


1. Bateri
2. Atomiser
3. Katrij

Kandungan utama Rokok Elektronik*


1. Nikotin
2. Propylene Glycol
3. Vegetable Glycerin
4. Bahan Perisa dan pewarna
Kandungan utama Vape*
1. Propylene Glycol
2. Vegetable Glycerin
3. Bahan Perisa dan pewarna

*Walaupun vape didakwa tidak mengandungi nikotin, namun cecair "refill" yang dijual
berkemungkinan besar masih mengandungi nikotin. Begitu juga cecair refill rokok elektronik,
telah dilaporkan ditambah dadah atau bahan-bahan terlarang berbahaya yang lain.*

6
Program 5 minit Anti Dadah RaihanJalaludin/2017

Minggu : 10

Tajuk: Bahaya Vape

Sumber :
http://www.duniainformasikesehatan.com/2016/09/bahaya-vape-yang-perlu-anda-ketahui.
html

1) Menyebabkan ketagihan

Nikotin yang disedut menyebabkan adrenalin dan tekanan darah meningkat dan boleh
menyebabkan ketagihan.

2) Keracunan

Terdapat kemungkinan seseorang itu keracunan kerana kandungan vape yang digunakan.

3) Bahaya terhadap sistem pernafasan

Boleh menyebabkan sesak nafas dan mengundang penyakit pernafasan seperti bronkitis, batuk,
asthma dan pnemonia.

Minggu : 11

Tajuk: Kesan Alkohol kepada manusia

Sumber :
https://musafircyber.blogspot.my/2012/10/kesan-alkohol-terhadap-kesihatan.html

7
Program 5 minit Anti Dadah RaihanJalaludin/2017

Minggu : 12

Tajuk: Efek Alkohol terhadap koordinasi badan

Sumber :
http://onelearningsolution.blogspot.my/2015/06/29-kesan-pengambilan-alkohol-berlebihan.
html

Kesan Pengambilan Alkohol Berlebihan terhadap Koordinasi Badan

Minuman beralkohol

Mengandungi etanol (sejenis alkohol)

Dihasilkan dari fermentasi glukosa oleh yis melalui penapaian


Kesan Pengambilan Alkohol Berlebihan terhadap Koordinasi Badan

Boleh merosakkan sel-sel hati, mengurangkan pengeluaran hempedu, menyebabkan


sirosis hati dan hepatitis.

Melambatkan kadar penghantaran impuls saraf dan memberi kesan kepada sistem
saraf pusat.

Dalam kes-kes yang teruk, penggunaan berterusan alkohol boleh menyebabkan


kematian.

Minggu : 13

Tajuk: Kesan sosial akibat pengambilan alkohol

Sumber :
http://pendidikankesihatanremaja.blogspot.my/p/pendidikan-pencegahan-alkohol.html

i) Orang yang minum minuman yang beralkohol tidak dapat memberi perhatian dan
tumpuan kepada anak-anak sehingga mengabaikan kebajikan dan pendidikan mereka.

ii) Mereka sering hilang pertimbangan dan sanggup mendera ahli keluarga terutama wanita dan
kanak-kanak secara fizikal dan mental.

8
Program 5 minit Anti Dadah RaihanJalaludin/2017

iii) Mereka juga lupa maruah diri dan keluarga sehingga ada yang terjebak melakukan sumbang
muhrim.

iv) Keharmonian dan kebahagiaan rumah tangga tidak dapat dinikmati dan akhirnya berlaku
penceraian.

v) Semasa mabuk, mereka tidak boleh mengawal tingkah laku secara rasional sehingga
terjerumus melakukan jenayah di luar rumah.

vi) Ada pula yang tidak dapat menghadapi tekanan hidup dan cuba menyelesaikan masalah
dengan cara membunuh diri.

Minggu : 14

Tajuk: Kesan ekonomi akibat pengambilan alkohol

Sumber :
http://pendidikankesihatanremaja.blogspot.my/p/pendidikan-pencegahan-alkohol.html

Penagihan alkohol menyebabkan badan penagih menjadi lemah dan hilang tumpuan. Individu
yang terlibat dengan ketagihan alkohol kurang berminat untuk bekerja, sering kali cuai dalam
menjalankan tugas dan kerapkali terlibat dalam kemalangan di tempat kerja. Akibat dari keadaan
ini majikan akan mengalami kerugian kerana pekerja tidak dapat lagi menghasilkan produktiviti
seperti yang diharapkan.

Kerugian ini bukan sahaja dialami oleh majikan tetapi juga kepada pekerja sendiri di mana dia
akan kehilangan pekerjaan dan keluarga pekerja akhirnya akan meghadapi masalah ekonomi
yang serius.

Minggu : 15

Tajuk: faktor-faktor persekitaran yang dapat menjurus ke arah tingkah laku pengambilan
alkohol

Sumber :
http://pendidikankesihatanremaja.blogspot.my/p/pendidikan-pencegahan-alkohol.html

Di antara faktor-faktor yang dapat menjurus ke arah tingkah laku pengambilan alkohol termasuk:

i. Mudah diperolehi :

Fenomena penjualan alkohol di berbagai kemudahan (outlet) saperti di kedai runcit, kedai kopi,
9
Program 5 minit Anti Dadah RaihanJalaludin/2017

pasar raya dan lain-lain lagi memudahkan kaum remaja memperolehi minuman beralkohol ini.
Tambahan pula tiada undang-undang semasa yang melarang kaum remaja bukan Islam dari
membeli minuman beralkohol.

ii. Harga yang murah

Walau pun cukai atau duti impot ke atas minuman beralkohol ditingkatkan dari tahun ke tahun,
namun harga minuman ini masih mampu dibeli oleh kebanyakan rakyat negara ini khususnya
remaja, terutamanya minuman bir, samsu dan todi.

iii. Pengiklanan

Iklan minuman beralkohol sering didapati di surat khabar, majalah, pawagam, dan lain-lain
media yang memaparkan keghairahan dan kecanggihan gaya hidup yang dikaitkan dengan
pengambilan minuman beralkohol. Sebagai contoh imej kedewasaan dan kejayaan yang
didakyahkan dalam iklan-iklan memberi kesan ke atas kaum remaja untuk mengambil minuman
beralkohol.

iv. Penguatkuasaan undang-undang

Terdapat undang-undang yang berkaitan dengan penjualan dan penggunaan minuman keras /
alkohol, antaranya adalah:

Akta Pengangkutan Jalanraya (Road Transport Act) 1996:

pemandu yang memandu dalam keadaan mabuk yang ditangkap bagi kali pertama akan
didenda sebanyak RM2000.00 atau 6 bulan penjara atau kedua-dua sekali/ lesennya akan
digantung selama setahun

Kesalahan berikutnya didenda RM4000.00/penjara satu tahun atau kedua-duanya sekali.

Jika menyebabkan kematian boleh dihukum penjara 3 - 10 tahun dan boleh didenda tidak
kurang RM8000.00 - RM20,000.00.

Akta Pembasmian Samsu Haram (Eradication of Illicit Samsu Act), 1976

Peruntukan ini menumpukan kepada kaedah penyediaan dan pengedaran minuman samsu.

Akta Makanan (Food Act)1983

Menghalang penjualan minuman beralkohol kepada kanak-kanak/remaja di bawah 18 tahun.

10
Program 5 minit Anti Dadah RaihanJalaludin/2017

Minggu : 16

Tajuk: faktor-faktor sosial yang dapat menjurus ke arah tingkah laku pengambilan
alkohol

Sumber :
http://pendidikankesihatanremaja.blogspot.my/p/pendidikan-pencegahan-alkohol.html

Faktor-faktor Sosial

i. Pengaruh rakan sebaya

Kebanyakan masa keremajaan dihabiskan bersama rakan-rakan sebaya. Pergaulan yang bebas ini
boleh mendorong kaum remaja untuk mencuba sesuatu dalam kumpulan seperti pengambilan
alkohol, rokok, dadah, dan pelbagai tingkah laku devian, yang boleh memudaratkan mereka.
Melalu cara ini ramai remaja terperangkap dalam gejala sosial ini ekoran dari tekanan rakan
sebaya yang sukar untuk ditangkis.

ii. Mencontohi ibu, bapa dan ahli keluarga

Sesetengah keluarga memberi teladan yang negatif terhadap remaja. Kemungkinan ibu bapa atau
ahli keluarga menagih alkohol dan ini akan memberi kesan yang amat mendalam serta
mempengaruhi remaja untuk mengamalkan tabiat ini.

iii. Mencontohi Idola

Kebanyakan remaja mempunyai idola saperti penyanyi pop dan artis yang akan menjadi tauladan
atau ikutan mereka. Jika sekiranya idola ini suka mengambil alkohol ia akan menjadi ikutan dan
mendorong para remaja tersebut untuk mengambil alkohol.

iv. Budaya

Sesetengah budaya menganggap pengambilan alkohol sebagai perkara biasa serta dihidangkan
dengan meluas pada majlis-majlis keramaian. Oleh itu kaum remaja daripada golongan tersebut
menganggap tabiat mengambil alkohol bukanlah sesuatu larangan dalam masyarakat mereka.
Senario seperti ini mungkin memerangkapkan remaja ke kancah pengambilan alkohol dan terus
bergantung kepada alkohol.

11
Program 5 minit Anti Dadah RaihanJalaludin/2017

Minggu : 17

Tajuk: faktor-faktor genetik yang dapat menjurus ke arah tingkah laku pengambilan
alkohol

Sumber :
http://pendidikankesihatanremaja.blogspot.my/p/pendidikan-pencegahan-alkohol.html

Iaitu merangkumi faktor genetik, jantina, ciri-ciri personaliti dan ethnik.

i. Genetik

Individu dari keluarga yang mempunyai sejarah pengambilan alkohol mempunyai


kecenderungan yang lebih tinggi untuk mengambil alkohol sebelum mereka mencapai umur 20
tahun. Faktor genetik menyumbang kepada tabiat pengambilan alkohol di kalangan kedua-dua
jantina ini. Menurut satu kajian, kebanyakan wanita yang menagih alkohol mempunyai ibu bapa
yang ketagihan alkohol.

ii. Jantina

Secara global kebanyakan penagih alkohol terdiri daripada kaum lelaki, walau bagaimana pun
tren pengambilan alkohol di kalangan wanita telah meningkat sejak 30 tahun kebelakangan ini.
Kaum wanita mempunyai kecenderungan untuk menjadi penagih alkohol pada peringkat umur
yang lebih tua berbanding dengan lelaki.

iii. Ethnik

Di Amerika Syarikat, rakyat Amerika asli dan mereka dari keturunan Irish, mempunyai risiko
yang lebih tinggi untuk menagih alkohol berbanding dengan rakyat Amerika keturunan Yahudi
dan Asia. Di Malaysia, masalah pengambilan alkohol lebih ketara di kalangan kaum India
berbanding dengan kaum-kaum yang lain.

iv. Ciri-ciri Personaliti dan masalah psikiatri:

Kajian-kajian menunjukkan bahawa pengambilan alkohol berkait rapat dengan tingkah laku yang
impulsif, mudah terangsang (excitable) dan suka mencari keseronokan. Mereka yang mempunyai
tingkah laku kurang upaya menumpukan perhatian (attention deficit hyperactivity disorder) juga
menambahkan risiko ke arah penagihan alkohol.

12
Program 5 minit Anti Dadah RaihanJalaludin/2017

Minggu : 18

Tajuk: Cara Mengelakkan diri dari terjebak dengan penagihan alkohol

Sumber :
http://pendidikankesihatanremaja.blogspot.my/p/pendidikan-pencegahan-alkohol.html

Melibatkan diri dengan aktiviti sosial yang berfaedah

Kegiatan seperti Rakan Muda, Prostar dan berpersatuan membantu remaja menghindarkan
dirpada dari alkohol.

Komunikasi berkesan bersama keluarga

Gunakanlah masa yang ada untuk membincangkan sebarang masalah bersama keluarga.

Patuhi ajaran agama

Kebanyakan agama melarang penganutnya daripada mengambil alkohol. Anda boleh


mengelakkan pengambilan alkohol dengan meningkatkan kefahaman agama dan mengamalkan
tuntutan agama.

Mengatasi tekanan

Belajar menenangkan fikiran semasa menghadapi tekanan. Dapatkan bantuan daripada kaunselor
jika perlu terutamanya untuk masalah yang tidak dapat diatasi.

Disiplin diri

Menghindarkan diri dari majlis atau tempat-tempat yang menyediakan alkohol.

13
Program 5 minit Anti Dadah RaihanJalaludin/2017

Minggu : 19

Tajuk: Bahaya Ketum

Sumber :
http://krulnuox.blogspot.my/2013/02/kesan-dan-akibat-minum-air-daun-ketum.html

Untuk makluman semua, Nama lain bagi pokok ini adalah Kratom, Kakuam, Ithang, Biakatau
Thom.

KESAN DAN BAHAYA JIKA MINUM BERLEBIHAN SETIAP HARI

Antara kesan buruk penyalahgunaan melampau daun ketum ialah

susut berat badan


insomnia
anoreksia
bibir menjadi kering
sembelit atau kesukaran membuang air besar.
kesan lebam dan terbakar di muka terutamanya di bahagian pipi dan sebagainya

Kesan-kesan penyingkiran (withdrawal)

Simptom-simptom tarikan seperti mata dan hidung berair


sengal-sengal sendi
mudah marah

Minggu : 20

Tajuk: Risiko ketagihan ketum

Sumber :
http://krulnuox.blogspot.my/2013/02/kesan-dan-akibat-minum-air-daun-ketum.html

Risiko

Tertidur semasa melakukan kerja berbahaya sebab pengguna akan Mengantuk dengan tiba-tiba
tanpa amaran

Ketagih jika menggunakan setiap hari atau untuk jangka masa yang panjang jika diambil
bersama lain-lain drug seperti yohimbin, kokain, amfetamin,

Dos besar kafein kesan perangsang berlebihan atau peningkatan tekanan darah

14
Program 5 minit Anti Dadah RaihanJalaludin/2017

Jika diambil bersama alkohol, benzodiazepin, opiat kesan sedatif berlebihan atau menindas
pernafasan dan boleh menyebabkan kematian

Minggu : 21

Tajuk: 10 cara mengatasi masalah ketagihan ganja dan ketum

Sumber :
http://jerryjournal.com/rawatan-untuk-ketagihan-ganja-top-10-cara-untuk-membantu-an
da-mengatasi-ketagihan-ganja/

10 cara untuk membantu anda mengatasi ketagihan ganja

Ketagihan kepada sesuatu yang boleh menjadi sukar untuk mengatasi, seperti minda dan badan
anda akan menjadi keinginan untuk ia sehingga berjaya. Jika anda ketagih ganja digunakan, atau
anda telah pada lazimnya menggunakan dadah tanpa walaupun mengetahui bahawa anda akan
ketagih padanya, dan anda ingin meletakkan akhir itu, berikut adalah antara top 10 idea yang
boleh membantu anda dalam mencari rawatan bagi ketagihan ganja.

1. Membuat keputusan yang anda mahu untuk menghilangkan ketagihan. Kejayaan dalam
mengatasi ketagihan pertama datang dari diri sendiri. Jika anda tidak cukup berazam untuk
benar-benar menghilangkan ini

2. Dapatkan sokongan daripada rakan atau ahli keluarga yang bersedia untuk memahami apa
yang anda akan melalui dan apa yang anda akan pergi mengatasi ketagihan. Kumpulan sokongan
boleh membantu banyak dalam membantu anda bersaing dengan matlamat anda dan berjaya
dalam rawatan penagihan ganja.

3. Melakukan beberapa perubahan dalam rutin biasa anda dan gaya hidup anda. Salah satu
langkah-langkah pertama yang boleh membantu anda membuat satu permulaan yang baik dalam
melawan ketagihan itu adalah untuk membuat beberapa perubahan dalam gaya hidup anda. Anda
mungkin mahu mengelakkan minum beria-ia dan pihak-pihak yang boleh membawa anda kepada
penggunaan ganja.

4. Letakkan kaki tiap-tiap sesuatu yang mengingatkan anda tentang penggunaan ganja. Jika anda
Merokok, anda juga boleh cuba untuk berhenti merokok serta untuk mengelakkan godaan
penggunaan ganja.

5. Menjauhkan diri dari orang-orang yang mempengaruhi anda untuk menggunakan ganja.
Berhenti melepak dengan kawan-kawan yang juga menggunakan dadah. Dengan cara ini, anda
boleh melupakan ganja. (SAMBUNG KE MINGGU HADAPAN)

15
Program 5 minit Anti Dadah RaihanJalaludin/2017

Minggu : 22

Tajuk: 10 cara mengatasi masalah ketagihan ganja dan ketum

Sumber :
http://jerryjournal.com/rawatan-untuk-ketagihan-ganja-top-10-cara-untuk-membantu-an
da-mengatasi-ketagihan-ganja/

6. Mencari cara bagaimana untuk menguruskan tekanan dalam kehidupan seharian anda. Untuk
mengelakkan tekanan dan masalah dalam hidup anda yang sering menjadi faktor yang menolak
satu tawaran bagi ganja, belajar beberapa teknik untuk juga mengatasi tekanan dan masalah
dalam hidup anda. Bersenam, bermeditasi atau mudah pergi untuk percutian yang tenang.

7. Mendapatkan bantuan daripada seorang hypnotherapist. Hipnoterapi adalah rawatan


pelengkap yang baik bagi penagihan ganja. Anda juga boleh mendapatkan CD self-hypnosis
yang akan membantu anda mengamalkan hypnosis dan kosongkan fikiran anda dari fikiran
menggoda ramai mengenai penggunaan ganja.

8. Cuba terapi tingkah laku kognitif daripada ahli terapi profesional. Salah satu teknik yang
berkesan dalam mengatasi ketagihan arak, fobia, ketakutan dan kebimbangan serta ketagihan
adalah behavioral terapi kognitif. Ini akan membantu anda memahami anda ketagihan yang lebih
baik supaya dapat membantu anda menghilangkan ia cepat, dan ini juga akan membantu anda
belajar kemahiran daya tindak yang berguna dalam menangani cabaran hidup tanpa restart
penggunaan ganja.

9. Mengamalkan teknik relaksasi. Salah satu cara yang mudah untuk mula membuat beberapa
perubahan dalam hidup anda adalah untuk mencari teknik relaksasi yang akan membantu anda
menampung kesukaran hidup dan membantu anda menghilangkan kebimbangan serta.

10. Mencari perkara-perkara baru yang boleh membantu anda mengisi sendiri. Belajar sesuatu
sukan yang baru atau kepentingan. Mengalihkan perhatian anda kepada perkara-perkara yang
produktif yang anda boleh menikmati dalam masa lapang anda. Sukan baru, hobi baru atau
kawan-kawan baru boleh menjadi satu permulaan yang baik dalam membuat perubahan yang
lebih baik.

16
Program 5 minit Anti Dadah RaihanJalaludin/2017

Minggu : 23

Tajuk: Pengenalan kepada inhalan

Sumber : http://ppdasamdorani.blogspot.my/2012/12/apa-itu-inhalan.html

Pengenalan
Inhalan ialah bahan kimia yang mengandungi bahan psikoaktif yang dihasilkan daripada pelarut
organik dan bahan meruap. Ia juga dikenali sebagai bahan hiduan atau sedutan yang mudah
meruap dan dihidu atau disedut untuk menimbulkan kesan psikoaktif atau merangsangkan
perubahan minda.

Jenis-jenis Inhalan

Pelarut/Cecair
Cat, bahan pengilat, minyak tanah, petrol, gam, cecair pemadam dan dakwat pen.

Bahan Gas
Pemetik api, gas peti sejuk, klorofom, haloten dan nitrous oksida.

Aerosol
Pemetik api, pewangi, penyembur rambut dan penyembur pelindung fabrik.

Bahan Nitrit
Climax, poppers, rush, locker room.

Cara Penggunaan
Menghidu

Minggu : 24

Tajuk: Ciri-ciri penagih inhalan dan kesan inhalan terhadap kehidupan manusia

Sumber : http://ppdasamdorani.blogspot.my/2012/12/apa-itu-inhalan.html

Ciri-ciri Penagih Inhalan


Pertuturan kurang jelas, mata berair dan merah, hidung berair, bau nafas yang pelik, bahan kimia
pada pakaian dan penampilan seperti orang mabuk atau pening.

17
Program 5 minit Anti Dadah RaihanJalaludin/2017

Kesan / Akibat
Serta-merta
Berhalusinasi, rasa mual dan pening, nafas tidak sekata, emosi tidak stabil, kehilangan deria
sakit, fizikal tidak seimbang serta tidak mampu berdiri.

Jangka panjang
Kerosakan sel-sel otak (hilang daya tumpuan, mudah marah, hilang ingatan, kekeliruan,
kemurungan), oksigen dalam darah berkurangan, gangguan penglihatan/buta, kerosakan organ
utama badan (paru-paru, hati, ginjal, darah dan sum-sum tulang), boleh mengakibatkan
kegagalan jantung berfungsi dan kematian mengejut.

Minggu : 25

Tajuk: Pengenalan kepada HIV/ AIDS

Sumber :
http://myidheanet.blogspot.my/2015/03/bahaya-hiv-aids-di-kalangan-pelajar.html

HIV adalah singkatan dari Human Immunodficiency Virus yang dapat menyebabkan AIDS
dengan cara menyerang sel darah putih yang bernama sel CD4, sehingga dapat merusak system
kekebalan tubuh manusia yang pada akhirnya tidak dapat bertahan dari gangguan penyakit
walaupun yang sangat ringan sekalipun.

Sedangkan AIDS merupakan singkatan dari Acquired Imunne Deficiency Syndrome


yang merupakan dampak atau efek dari perkembangbiakan virus HIV dalam tubuh makhluk
hidup. Penyebab dari penyakit AIDS adalah adanya infeksi virus HIV.

Oarang yang telah mengidap virus AIDS akan menjadi pembawa dan penular AIDS
selama hidupnya, walaupun tidak merasa sakit dan tampak sehat. AIDS juga dikatakan penyakit
yang berbahaya karena sampai saat ini belum ada obat atau vaksin yang bisa mencegah virus
AIDS. Selain itu orang terinfeksi virus AIDS akan merasakan tekanan mental dan penderitaan
batin karena sebagian besar orang di sekitarnya akan mengucilkan atau menjauhinya. Dan
penderitaan itu akan bertambah lagi akibat tingginya biaya pengobatan. Bahaya AIDS yang lain
adalah menurunnya sistim kekebalan tubuh. Sehingga serangan penyakit yang biasanya tidak
berbahaya pun akan menyebabkan sakit atau bahkan meninggal.

18
Program 5 minit Anti Dadah RaihanJalaludin/2017

Minggu : 26

Tajuk: Gejala-gejala AIDS dan penyebab

Sumber :
http://myidheanet.blogspot.my/2015/03/bahaya-hiv-aids-di-kalangan-pelajar.html

Sejak pertama seseorang terinfeksi virus HIV, maka virus tersebut akan hidup dalam
tubuhnya, tetapi orang tersebut tidak menunjukkan gejala penyakit namun terlihat betapa sehat,
aktif, produktif seperti biasa. Karena gejala-gejala AIDS tampak setelah + 3 bulan. Adapun
gejala-gejala AIDS itu sendiri adalah :

Berat badan turun dengan drastis.


Demam yang berkepanjangan(lebih dari 38 0 C)
Pembesaran kelenjar (dileher), diketiak, dan lipatan paha)yang timbul tanpa sebab.
Mencret atau diare yang berkepanjangan.
Timbulnya bercak-bercak merah kebiruan pada kulit (Kanker kulit atau KAPOSI
SARKOM).
Sesak nafas dan batuk yang berkepanjangan.
Sariawan yang tidak sembuh-sembuh.
Pembesaran kelenjar secara menyeluruh di leher dan lipatan paha.
Nyeri di perut bagian bawah (wanita), buah pelir (laki-laki), serta pantat dan kaki. Namun
pada wanita seringkali gejala ini tidak dirasakan, walaupun sebenarnya sudah terkena
virus HIV

Semua itu adalah gejala-gejala yang dapat kita lihat pada penderita AIDS, yang
lama-kelamaan akan berakhir dengan kematian.

19
Program 5 minit Anti Dadah RaihanJalaludin/2017

Minggu : 27

Tajuk: Siapa yang berisiko untuk AIDS?

Sumber :
http://myidheanet.blogspot.my/2015/03/bahaya-hiv-aids-di-kalangan-pelajar.html

Penyakit AIDS dapat diderita oleh siapa saja, dan dari kalangan umur berapapun. Namun,
kelompok yang paling beresiko tinggi tertular AIDS, yaitu:

Mereka yang sering melakukanhubungan seksual diluar nikah, seperti wanita dan pria
tuna susila dan pelanggannya.
Mereka yang mempunyai bayak pasangan seksual misalnya : Homo seks ( melakukan
hubungan dengan sesama laki-laki ), Biseks ( melakukan hubungan seksual dengan
sesama wanita ), Waria dan mucikari.
Penerima transfusi darah
Bayi yang dilahirkan dari Ibu yang mengidap virus AIDS.
Pecandu narkotika suntikan.
Pasangan dari pengidap AIDS

Minggu : 28

Tajuk: Penularan AIDS

Sumber :
http://myidheanet.blogspot.my/2015/03/bahaya-hiv-aids-di-kalangan-pelajar.html

AIDS dapat ditularkan melalui cara-cara berikut :

Melakukan hubungan seksual dengan seseorang yang mengidap HIV.


Transfusi darah yang mengandung virus HIV.
Melalui alat suntik, akupuntur, tato, dan alat tindik yang sudah di pakai orang yang
mengidap virus AIDS.
Hubungan pranatal, yaitu pemindahan virus dari ibu hamil yang mengidap virus AIDS
kepada janin yang dikandungnya.

20
Program 5 minit Anti Dadah RaihanJalaludin/2017

Melalui air susu ibu/ ASI yang diminum.


Melalui darah yang terinfeksi virus HIV dan mengenai kulit yang terluka.
Melalui sperma pada pria dan cairan vagina pada wanita.

Kita tidak usah terlalu mengucilkan atau menjauhi penderita AIDS, kita harus selalu
mendukung para penderita AIDS bukan menjauhinya, karena AIDS tidak akan menular dengan
cara cara seperti di bawah ini :

Hidup serumah dengan penderita AIDS ( asal tidak mengadakan hubungan seksual ).
Bersenggolan atau berjabat tangan dengan penderita.
Bersentuhan dengan pakaian dan lain-lain barang bekas penderita AIDS.
Makan dan minum.
Gigitan nyamuk dan serangga lain.
Sama-sama berenang di kolam renang.

Minggu : 29

Tajuk: Cara Pencegahan AIDS

Sumber :
http://myidheanet.blogspot.my/2015/03/bahaya-hiv-aids-di-kalangan-pelajar.html

Hindarkan hubungan seksual diluar nikah. Usahakan hanya berhubungan dengan satu
orang pasangan seksual, tidak berhubungan dengan orang lain.
Pergunakan kondom bagi resiko tinggi apabila melakukan hubungan seksual.
Ibu yang darahnya telah diperiksa dan ternyata mengandung virus, hendaknya jangan
hamil. Karena akan memindahkan virus AIDS pada janinnya.
Kelompok resiko tinggi di anjurkan untuk menjadi donor darah.
Penggunaan jarum suntik dan alat lainnya ( akupuntur, tato, tindik ) harus dijamin
sterilisasinya.
Jangan melakukan hubungan seksual dengan pasangan yang anda tidak ketahui kondisi
kesehatannya.

21
Program 5 minit Anti Dadah RaihanJalaludin/2017

Hindari mabuk-mabukan dan narkotika yang membuat anda lupa diri.

Minggu : 30

Tajuk: Kesan buruk merokok

Sumber :
https://www.scribd.com/doc/71023088/Kesan-Buruk-Merokok-Terhadap-Individu-Dan-M
asyarakat

1.Menjejaskan Kesihatan
Mendatangkan pelbagai penyakit seperti barah otak, barah paru-paru, sesak nafas
dansebagainya - telah terbukti melalui kajian saintifik oleh pakar - perokok yang
mengalamimasalah ini, hanya menunggu maut.

2. Menjejaskan Ekonomi Keluarga


Memerlukan perbelanjaan yang besar akibat kenaikan harga
sepatutnya wangdisalurkan untuk perbelanjaan keluarga atau simpanan hari tua - simpanan
berdikit-dikit, lama-lama jadi bukit.

3. Mencemarkan Alam Sekitar


Asap rokok bukan sahaja membahayakan kesihatan tetapi mencemarkan udarasekeliling
meninggalkan kesan negatif kepada individu yang menghidu bau rokok -menjadikan rakan
tidak selesa apabila terhidu bau asap rokok.

4. Menjejaskan Keterampilan Diri


Kesan asap rokok menyebabkan gigi kuning, nafas berbau
penampilan diri akan terjejas
- pandangan negatif daripada masyarakat yang menghargai kesihatan diri.

22

Anda mungkin juga menyukai