Anda di halaman 1dari 10

Selamat Sejahtera dan Salam Satu Malaysia

UCAPAN PERASMIAN
YBHG DATO DR ABD LATIF MOHMOD
SEMPENA
MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK
SMK KEPONG 2014
DEWAN BESTARI, SMK KEPONG
SABTU - 19 APRIL 2014
8.15 PAGI
Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis.
Selamat Pagi, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.
Yang Berusaha Dr. Sarojini Devi A/P Algaretnam
Pengetua SMK Kepong,
Puan Chow Yuet Kuan
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Encik Mohd Shoed bin Mansor
Guru Penolong Kanan Kokurikulum SMK Kepong
Puan Maiadah Haji Idris
Guru Penolong Kanan Tingkatan Enam
Pengerusi PIBG serta ahli-ahli jawatankuasa,
Para ibu bapa, guru-guru,
Seterusnya pelajar-pelajar yang dikasihi sekalian.
Terlebih dahulu marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T
kerana dengan limpah kurniaNya, dapat kita bersama-sama hadir bagi
menjayakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik, Sekolah Menengah
Kepong tahun 2014.
Ucapan terima kasih saya kepada SMK Kepong kerana telah sudi menjemput
saya untuk sama-sama hadir pada hari ini bagi meraikan pelajar-pelajar yang
mendapat kecemerlangan dan pengiktirafan dalam bidang akademik. Saya
percaya sambutan Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik pada hari ini
adalah selari dengan matlamat memberi dorongan dan memotivasikan para
2
pelajar agar terus berusaha untuk mencapai kecemerlangan dalam semua
bidang.
Saya juga ingin merakamkan ucapan tahniah kepada barisan guru yang
bertungkus lumus merealisasikan majlis ini. Tidak dilupa ucapan terima kasih
atas kehadiran para ibu bapa pada hari ini. Sesungguhnya kehadiran tuan/puan
sekalian mencerminkan komitmen dan hubungan silaturrahim yang baik antara
ibu bapa dan pihak sekolah.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah
kepada pelajar-pelajar yang akan menerima hadiah atas pencapaian cemerlang
mereka dalam peperiksaan SPM dan STPM. Diharap pencapaian cemerlang
tersebut tidak berakhir di sini sahaja. Teruskanlah kecemerlangan itu sampai
bila-bila. Segala kejayaan ini tidak seharusnya melekakan kita. Rebutlah
peluang yang ada di sekeliling kita, baik dalam bidang akademik mahupun
bidang kemahiran. Kepada pelajar ini, teruskan perjuangan anda, tuntutlah
ilmu setinggi yang mungkin untuk meraih keputusan lebih cemerlang. Tahniah!
Sesungguhnya, dalam usaha merealisasikan cita-cita ke arah wawasan negara,
kita dihadapkan dengan pelbagai cabaran dalam menerajui generasi masa kini
serta cabaran dalam dunia pendidikan yang semakin rencam. Namun kita
seharusnya tidak goyah dengan cabaran dan rintangan ini. Ibu bapa perlu
menitikberatkan soal pembelajaran secara berterusan bukan sahaja di sekolah
tetapi juga di rumah. Ibu bapa perlu memastikan usaha yang dimulakan oleh
guru-guru di sekolah akan diteruskan apabila pelajar-pelajar balik ke rumah.
Justeru, kita sebagai ibu bapa perlu mengorbankan masa dan tenaga, malah
wang ringgit agar dapat membentuk modal insan yang mampu meneruskan
perjuangan murni demi bangsa, agama dan negara.
Hadirin yang saya muliakan,
Untuk melahirkan golongan pelajar yang cemerlang, semua pihak semestinya
berganding bahu dan mengatur langkah untuk merealisasikan impian. Hasil
gabungan dan kerjasama mantap yang terjalin, kecemerlangan akademik
mampu digapai. Kita perlu menjadikan hubungan antara warga sekolah dan ibu
bapa sebagai hubungan yang berasaskan rasa tanggungjawab, saling
memerlukan dan sentiasa menyokong antara satu sama lain, bak kata pepatah
seperti aur dengan tebing.
3
Saya juga menyedari bahawa ramai anak penjawat awam FRIM yang menimba
ilmu di sekolah ini. Pihak FRIM ingin mengambil kesempatan ini untuk
mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah SMK Kepong kerana usaha
guru-gurunya yang bertungkus lumus dalam mencorakkan kegemilangan
sekolah, termasuklah melakarkan kejayaan anak-anak kami. Untuk itu, pihak
FRIM akan cuba sedaya upaya dalam memberikan bantuan kepada pihak
sekolah demi kemajuan pelajar dan pembangunan sekolah.
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,
Pemimpin dan barisan guru di sekolah ini boleh bertukar ganti, boleh datang
dan pergi, namun organisasi sekolah mesti dipertahankan walau siapa pun
yang menerajuinya. Ingatlah, kecemerlangan yang ingin kita capai tidak boleh
diperjudikan. Semua pihak termasuk para guru, ibu bapa dan pelajar patut
memberi sokongan padu kepada pengetua dan pentadbir sekolah jika semua
mimpi indah tentang kecemerlangan ingin direalisasikan.
Akhir kata, saya ingin mengambil kesempatan sekali lagi mengucapkan tahniah
kepada semua warga sekolah terutamanya pelajar-pelajar yang telah
menempa kejayaan dalam bidang akademik. Semoga kejayaan anda akan
menjadi inspirasi kepada pelajar-pelajar lain yang masih berada di bangku
sekolah.
Dengan lafaz Bismillahhirrahmannirahim, saya dengan sukacitanya
merasmikan, Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik SMK Kepong, tahun
2014.
Sekian. Wabillahitaufik walhidayah wassala
Terima kasih Pengacara Majlis.

Yang Berusaha Encik Ridhwan Zalay, Pengarah KV Alor Setar


Yang Dihormati Encik Fuad Bin Razali Yang Dipertua PIBG KVAS, Naib
YDP PIBG
Tn Hj Ahmad Bin Othman, Timbalan Pengarah Akademik ,
Tn Haji Ahmad Zakil b Nik Hamid, Timbalan Pengarah Sokongan
Akademik,
Puan Hajah Che Rohana Binti Cha , Ketua Unit jaminan Kualiti
. Pengarah Kolej Vokasional Zon Kedah dan Perlis, Pengetua-pengetua
SMT, Pengetua dan Guru Besar dalam Kompleks Pendidikan,
Pengetua-pengetua SMK harian dan wakil, AJK PIBG SMVAS, Ibu
bapa / Waris Pelajar , para pensyarah, guru-guru, para pelajar dan
hadirin yang dikasihi sekalian.

Beras kunyit saya taburi,


Air mawar direnjis wangi.
Berkembang kasih menabur budi,
Undangan tuan amat disanjungi.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih


kerana sudi menjemput saya untuk merasmikan Majlis Hari Anugerah
Cemerlang KV ALOR SETAR, bagi tahun 2015. Saya juga ingin
mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak kolej yang berjaya
mengadakan program ini sebagai satu program tahunan demi
kepentingan para pelajar. Walau apa pun nama yang diberi untuk majlis
seperti ini, yang pasti Majlis Hari Anugerah Cemerlang merupakan
satu majlis khas untuk meraikan pelajar-pelajar yang telah membuktikan
kecemerlangan mereka dalam bidang akademik. Syabas dan tahniah
saya ucapkan kepada pelajar-pelajar cemerlang kolej ini.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,


Pada hari ini, kita mendapati peranan pendidikan telah berubah dengan
jelas daripada fungsi tradisionalnya. Para pelajar bukan sahaja datang
ke sini untuk belajar tetapi untuk dididik sebagai pewaris negara agar
menjadi modal insan yang berilmu dan berakhlak mulia. Hal ini selari
dengan salah satu Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), iaitu
meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan.
Dalam konteks ini, NKRA itu sendiri merupakan satu inovasi dasar dan
strategi yang ampuh dalam merealisasikan hasrat untuk memantapkan
kualiti pendidikan negara. Kita perlu bersedia untuk melakukan
pembaharuan dan pembugaran dalam sistem pendidikan melalui inovasi
dasar dan strategi yang berterusan.

Sistem pendidikan kita mestilah sentiasa dinamik dan progresif serta


bersedia untuk melalui proses perubahan dan pembaharuan seiring
dengan peredaran zaman. Lantaran Kementerian Pendidikan telah
memperkenalkan Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) sejak tiga
tahun yang lalu sebagai kayu ukur kompetensi para pelajar. Dengan
kata lain, kita perlu melahirkan para pelajaryang cemerlang dan
kompeten iaitu mencapai standard kualiti untuk merealisasikan aspirasi
dan agenda negara.

Hadirin sekalian,
Cendekiawan ada menyatakan tiada kejayaan semanis madu tanpa
usaha sepahit hempedu. Oleh itu, pelbagai usaha dilakukan untuk
menjadikan para pelajar sebagai peneroka ilmu dan bukan sekadar
pengikut amat penting bagi mempersiapkan generasi muda dengan
keperluan abad ke-21. Selama ini, kita beranggapan penglibatan ibu
bapa dengan pembelajaran anak-anak mereka di sekolah berlaku
secara semula jadi. Namun, dengan perubahan zaman dan cabaran
semasa, usaha secara bersepadu dan bersungguh-sungguh melalui
satu kaedah perlu dilakukan oleh semua lapisan masyarakat supaya
dapat menyumbang kepada kejayaan anak-anak. Seyogianya, ibu bapa
menitikberatkan soal pembelajaran secara berterusan bukan sahaja di
sekolah tetapi juga di rumah.

Sebagai ibu bapa kita juga perlu melakukan refleksi kendiri atau
bermuhasabah, apakah memadai atau cukup setakat menyerahkan
tanggungjawab kepada guru-guru dan pihak sekolah semata-mata. Ibu
bapa perlu memastikan usaha yang dimulakan di sekolah akan
diteruskan apabila murid-murid balik ke rumah.

Tuan-tuan dan puan-puan,


Mahatma Gandhi ada menyatakan bahawa kepuasan terletak pada
usaha, bukannya kejayaan. Maka kepimpinan institusi pendidikan
seperti KVAS perlu memacu penghasilan daya kreativiti dan inovasi
dalam proses pengajaran dan pembelajaran secara berterusan. Bagi
menghasilkan pendidikan yang bermutu, para pengajar perlu melakukan
anjakan paradigma dalam melaksanakan pendekatan pengajaran dan
pembelajaran yang menggalakkan para pelajar untuk berfikir secara
kreatif dan inovatif terutama para pelajar di sini yang berfokuskan
kemahiran. Kita perlu berganjak daripada pendekatan model kilang
penghasilan pendidikan (factory model of producing education)
kepada model penciptaan pengajaran dan pembelajaran yang
memberangsangkan minda, yang menguji daya kreativiti dan inovasi,
yang mencungkil keupayaan menyelesaikan masalah dan yang
mengasah ketajaman penaakulan (reasoning) para pelajar. Ertinya,
orientasi pengajaran dan pembelajaran mesti berganjak daripada
pembelajaran berbentuk hafalan (rote learning) kepada pembelajaran
yang memberangsangkan akal (mind stimulating learning).
Imam Al-Ghazali pernh berkata bahawa Beriman dan beramal
sumbernya ialah ilmu. Ilmu diperoleh dengan belajar. Tiada ertinya
iman kalau tiada amal dan tiada erti amal kalau tiada keikhlasan
Oleh itu, para pendidik perlu sedar orang ramai terutama ibu bapa
sentiasa mengukur pencapaian berdasarkan standard kualiti yang telah
dijanjikan. Para pendidik jangan cepat berasa puas dengan pen-
capaian pada hari ini. Seorang pendidik mesti sentiasa berusaha
meningkatkan kualiti perkhidmatan agar perkhidmatan pendidikan akan
menjadi contoh kepada perkhidmatan yang lain. Seperti yang kita
semua sedia maklum, para pelajar merupakan tiang negara dan bakal
pemimpin negara kerana Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang
negara. Jadi pengasuhan, bimbingan dan dorongan dari segi semua
aspek hidup dari peringkat awal lagi adalah amat penting. Pencapaian
mereka dari segi akademik sahaja tidak memadai. Malahan
pembangunan dan perkembangan yang tinggi dalam aspek
keperibadian juga adalah perlu diberi perhatian yang sama berat.

Saya percaya sambutan Majlis Hari Anugerah Cemerlang pada hari ini
adalah selari dengan matlamat memberi dorongan dan memotivasikan
para pelajar agar terus berusaha untuk mencapai kecemerlangan dalam
semua bidang. Diharapkan semoga program seumpama ini dapat
berterusan pada masa-masa akan datang bukan sahaja untuk pelajar
yang cemerlang tetapi juga yang kurang cemerlang tetapi ada
peningkatan atau kemajuan.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,


Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan
tahniah kepada para pelajar yang akan menerima hadiah nanti atas
pencapaian mereka dan diharapkan pencapaian kecemerlangan
tersebut tidak berakhir di sini sahaja. Teruskanlah kecemerlangan itu
sampai bila-bila. Segala kejayaan ini tidak seharusnya melekakan kita.
Benar kita telah mencipta banyak kejayaan, tetapi ini tidak bermakna
bahawa kita boleh selesa berpeluk tubuh mengharapkan setiap
kejayaan yang dicipta pada masa lalu akan berulang dengan sendirinya
pada masa hadapan. Hakikatnya, kita sedang menghadapi pelbagai
cabaran baru yang menuntut supaya kita sentiasa meneroka ilmu
terkini, melakukan inovasi dan berusaha untuk melangkaui
sempadan kecemerlangan.

Kepada para pelajar yang tidak menerima hadiah, janganlah kecewa


tetapi ingatlah pesanan saya ini. Untuk menjadi seorang pelajar yang
cemerlang, kita harus mempunyai sikap rajin berusaha dan tidak mudah
berputus asa.Berpeganglah pada prinsip alang-alang menyeluk
pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Saya percaya para pelajar
yang mendapat anugerah pada hari ini merupakan mereka yang rajin
berusaha dan konsisten dalam usaha. Mereka yang cemerlang ini
biasanya rajin pada tiap-tiap hari dan bukannya rajin menjelang
peperiksaan semata-mata atau rajin mengikut musim.. Saya percaya
jika para pelajar dapat mencontohi mereka yang menerima anugerah
pada hari ini, anda juga pasti akan berada di kerusi tersebut pada tahun
akan datang.

Tuan-tuan dan puan-puan yang hormati sekalian,


Ibnu Rusyd, seorang tokoh ilmuwan Islam pernah menukilkan antara
lainnya bermaksud, "Kepuasan yang sejati lahir daripada keabadian
bersama". Dalam hal ini, semua pihak semestinya berganding bahu dan
mengatur langkah sederap berusaha untuk merealisasikannya. Hasil
gabungan kerjasama mantap yang terjalin, satu jaringan kecemerlangan
akademik yang tinggi mampu digapai. Kita perlu menjadikan hubungan
antara warga kolej dan ibu bapa sebagai hubungan yang berasaskan
rasa tanggungjawab bersama, saling memerlukan dan sentiasa
menyokong antara satu sama lain,bak kata peribahasa seperti aur
dengan tebing.
Pemimpin dan barisan tenaga pengajar kolej ini boleh bertukar ganti;
boleh datang dan pergi, namun organisasi mesti dipertahankan walau
sesiapa pun yang menerajui dan memacunya. Ingatlah, kecemerlangan
yang ingin kita capai tidak boleh ditolak-ansurkan. Semua pihak
termasuk ibu bapa dan pelajar patut memberi sokongan padu kepada
pihak pentadbir kolej jika semua mimpi indah tentang kecemerlangan
ingin direalisasikan.

Akhir kata, saya ingin mengambil kesempatan sekali lagi mengucapkan


tahniah dan syabas kepada pihak KVAS kerana berjaya
menganjurkan MajlisHari Anugerah Cemerlang tahun ini.

Sebelum saya berundur diri, saya juga ingin menarik perhatian hadirin
sekalian pada gurindam ini;

Jika murid mendengar kata


Tidak guru berkata cela
Jika ibu bapa bekerjasama
Tidaklah anak berdukacita

Jika kita seia sekata


Tiada timbul sengketa

Jika seiring kita berusaha


Pasti semua akan berjaya
Digerak oleh iltizam mencapai kecemerlangan, saya dengan
lafaz Bismillahhirrahmannirahim (Dengan nama Allah yang Maha
pemurah lagi Penyayang) MERASMIKAN, Majlis Hari Anugerah
Cemerlang, tahun 2015.

Anda mungkin juga menyukai