Anda di halaman 1dari 16

Nicol Ann David

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Dato'
Nicol David

Nicol David ketika sesi temu ramah Squash Stars pada Julai 2010

Nama samaran Duracell Bunny[1]

Negara Malaysia

Tempat kediaman Amsterdam, Belanda

Ketinggian 1.63 m (5 ka 4316 in)[2]

Menjadi Pro 2000[2]

Jurulatih Liz Irving

Women's singles

Penempatan tertinggi No. 1

Penempatan kini No. 1


Pangkat 50

Pusing terakhir 62

Dunia Buka W (2005, 2006, 2008, 2009, 2010)

Catatan pingat[tunjuk]

Kemaskini terakhir pada: 25 Januari 2011.

Dato' Nicol Ann David ialah seorang pemain skuasy profesional warga Malaysia yang juga
wanita Asia pertama yang menduduki tangga #1 dunia dalam sukan skuasy wanita. Beliau
pernah memenangi gelaran Terbuka British pada tahun 2005, 2006 dan 2008, dan juga
gelaran Terbuka Dunia pada tahun 2005, 2006, 2008, 2009 dan 2010.
Nicol merupakan pemain skuasy pertama yang menjuarai Kejohanan Skuasy Junior
Sedunia dua kali; iaitu pada tahun 1999 dan 2001 di bawah bimbingan Richard Glanfield. Beliau
kekal satu-satunya pemain skuasy wanita yang mempunyai pencapaian demikian
sehingga Raneem El Weleily menyamai pencapaian beliau ini dengan memenangi Kejohanan
Junior Sedunia keduanya pada tahun 2007. Nicol menyertai WISPA lalu mencapai status
profesional pada tahun 2000 apabila memenangi gelaran WISPA sulungnya hanya sebulan
selepas penyertaannya itu. Kemenangan itu tercapai pada bulan Februari apabila beliau
menewaskan Salma Shabana di pusingan akhir Terbuka Finland Savcor. Pada 7 Jun 2008, Nicol
David dikurniakan gelaran Darjah Bakti sempena hari keputeraan Yang di-Pertuan
Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin. Nicol turut diberi penghormatan untuk membawa obor
Olimpik untuk Malaysia sewaktu persediaan ke Sukan Olimpik di Athens pada tahun 2004 di
samping dilantik sebagai Duta Muhibah Kebangsaan Malaysia oleh UNDP.
Antara pencapaian lain Nicol David termasuk Kejohanan Skuasy Asia yang dijuarainya tujuh kali
(1998, 2000, 2002, 2004, 2006, 2008 dan 2010). Beliau juga mempertahankan tempoh
kejuaraan demi kejuaraan selama 13 bulan dan 51 perlawanan mulai Mac 2006, hingga tewas di
tangan Natalie Grinham di Terbuka Seoul pada April 2007. Bagaimanapun, beliau sekali lagi
membuat rentetan tanpa kalah selama Nicol turut meraih Pemain Terbaik WISPA enam kali
berturut-turut, dari tahun 2005 hingga 2010.

Isi kandungan
[sorokkan]

1Kehidupan peribadi
2Anugerah dan penghormatan
3Kerjaya
o 3.1Sebelum 2000: Zaman junior
o 3.220002004: Menjadi profesional
o 3.320052006: Juara dunia mencapai kemuncak
o 3.420072008: Kejayaan demi kejayaan dan dominasi
o 3.52009kini: Mencapai rekod
o 3.62015kini: Mencapai rekod
4Statistik kerjaya
o 4.1Juara WISPA (50)
o 4.2Naib Juara WISPA (13)
o 4.3Gelaran lain
52011 Kejohanan Asia - Juara Perseorangan (8)
6Catatan
7Rujukan
8Pautan luar

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]


Nicol Ann David dilahirkan di Pulau Pinang, Malaysia pada 26 Ogos 1983. Beliau merupakan
anak kepada pasangan Ann Marie David yang berketurunan Cina dan Desmond David yang
berketurunan India. Bapa beliau yang merupakan seorang jurutera juga pernah menjadi
olahragawan dan pemain bola sepak negeri manakal ibunya pula adalah seorang pesara guru.
Nicol juga mempunyai dua orang adik-beradik lain iaitu Lianne dan Cheryl yang juga mempunyai
pencapaian cemerlang dalam sukan skuasy di peringkai kebangsaan. Ketika di bangku sekolah,
Nicol merupakan pelajar cemerlang dalam sukan mata pelajaran matematik dan beliau juga
pernah bercita-cita untuk menjadi seorang jurutera seperti bapanya. Nicol mendapat 7A
dalam Penilaian Menengah Rendah dan juga 7A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.
Beliau pernah bersekolah di Sekolah Kebangsaan Green Lane dan seterusnya melanjutkan
pelajaran ke Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Green Lane di Green Lane, Pulau
Pinang.[3] Beliau beragama Kristian (Roman Katolik).

Anugerah dan penghormatan[sunting | sunting sumber]


Pada 7 Jun 2008, Nicol David dikurniakan Darjah Bakti (D.B.)[4] sempena sambutan hari
keputeraan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.[5] Beliau merupakan penerima
pertama anugerah ini yang diasaskan pada 26 Jun 1975.[5] Anugerah ini terhad kepada 10
penerima yang melakukan sumbangan besar kepada bidang kesenian, sains dan
kemanusiaan.[4][5]
Pada 12 Julai 2008, Nicol menjadi salah satu daripada 497 orang yang diberi penghormatan
sempena hari jadi ke-70, Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas.[6] Nicol
merupakan antara 28 orang yang menerima Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN),[7] yang
membawa gelaran Dato', justeru beliau menjadi tokoh termuda yang dikurniakan gelaran Dato' di
negeri Pulau Pinang.[6] Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang
juga berasal dari Pulau Pinang,[8] pernah mengakui bahawa Nicol lebih terkenal
daripadanya.[9] Pada tahun 2007, Nicol menerima ijazah kehormat Sarjana Kesenian honoris
causa dari Universiti Nottingham.[3] Nicol turut menerima anugerah Pemain Terbaik WISPA enam
kali berturut-turut, mulai tahun 2005 hingga 2010.[10][11]
Pada 19 September 2012, beliau telah dianugerahkan Tauliah Pegawai Kehormat dalam
Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Udara Diraja Malaysia (PSSTUDM) dengan menyandang
pangkat Mejar (Kehormat) PSSTUDM. Majlis Pemakaian Pangkat tersebut telah disempurnakan
oleh YBhg Jeneral Tan Sri Dato' Sri Rodzali bin Daud TUDM, Panglima Tentera Udara di Eagle
Nest, Markas Tentera Udara.[12]
Nicol diberi penghormatan membawa obor Olimpik sebagai wakil Malaysia menjelang Sukan
Olimpik Athens 2004,[13][14] di samping dilantik sebagai Duta Muhibah Kebangsaan Malaysia
oleh Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.[15]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]


Sebelum 2000: Zaman junior[sunting | sunting sumber]
Nicol Ann David di Terbuka Malaysia CIMB 2008 di Kuala Lumpur.

Nicol David mula bermain skuasy sewaktu berusia lima tahun, beliau kemudiannya mula
menerima bimbingan jurulatih ketika berusia lapan tahun.[16] Bakatnya dikenal pasti oleh Ee
Phoeh Hoon[17] ketika berlatih di Pusat Skuasy, Bukit Dambar. Ee yang kagum dengan bakat
Nicol kemudiannya meyakinkan beliau untuk menyertai perlawanan skuasy mewakili Pulau
Pinang. Beliau mula menyertai kejohanan skuasy pada tahun 1992 dan menggondol pingat
perak dalam kategori Bawah-14 Kejohanan Junior Pulau Pinang.[18] Pada tahun yang sama,
beliau mendapat kemenangan sulungnya di peringkat kebangsaan di Kejohanan Antara Negeri
Junior Kebangsaan Milo-Dunlop Sport, di mana beliau mendapat pingat perak dalam kategori
Bawah-16.[18] Pada tahun 1994, Nicol dipilih untuk menyertai pasukan skuasy negeri Pulau
Pinang untuk temasya Sukan Malaysia, apabila beliau membantu skuad negeri menggondol
pingat emas dalam acara pasukan, walaupun jatuh sakit ketika itu.[19] Pada tahun yang sama,
beliau meraih dua gelaran antarabangsa pertamanya, iaitu Hong Kong Bawah-13 dan Terbuka
Junior Scotland Bawah-12.[18]
Nicol menjuarai Kejohanan Skuasy Junior Sedunia Wanita 1999 di Antwerp, Belgium,
menjadikannya pemain perempuan termuda yang menjadi juara dunia remaja pada usia 15
tahun.[20] Yang menariknya, beliau menumpaskan tiga orang pemain yang berada dalam tangga
20 teratas dalam kejohanan itu.[20] Beliau berjaya mempertahankan gelaran itu di Pulau Pinang
pada tahun 2001, oleh itu beliau merupakan satu daripada dua pemain sahaja yang
menjuarainya dua kali sepanjang sejarah skuasy;[21][22] ketika itu, beliau dilatih oleh Richard
Glanfield.[23]
Pada tahun 1999, Nicol semakin rancak menjuarai kejohanan remaja utama, termasuk Terbuka
Junior British (juara Bawah-17),[24]Terbuka Junior Jerman (juara Bawah-19),[19] Sukan SEA (Juara
kategori Senior dan Pasukan),[19] dan Juara Junior Asia untuk acara individu dan pasukan.[25]
Nicol melakar kejayaan terbesarnya sebagai jaguh remaja di Kejohanan Junior Sedunia di
Antwerp, di mana murid sekolah berumur 15 tahun ini mencapai taraf juara junior dunia setelah
menewaskan rakan seperjuangan, Leong Siu Lynn 95, 93, 92 di pusingan akhir acara
perseorangan wanita, sekaligus menjadi juara termuda kejohanan itu.[19][20] Nicol mencapai
pusingan suku akhir Kejohanan Junior Sedunia yang sebelumnya pada Ogos 1997 di Brazil,
ketika berusia 13 tahun. Semenjak itu, beliau merangkul kejuaraan junior dan senior Asia, dan
juga pingat emas di Sukan Asia pada Disember 1998.[20] Nicol juga merupakan antara sebilangan
kecil pemain skuasy yang pernah memenangi kesemua kategori umur di Terbuka Junior
British.[24]
20002004: Menjadi profesional[sunting | sunting sumber]
Nicol David melawan pemain New Zealand, Shelley Kitchen di Terbuka Malaysia CIMB 2007.

Nicol menyertai WISPA lalu menjadi profesional pada tahun 2000[19][26] apabila memenangi
kejuaraan WISPA sulung selepas hanya sebulan berjelajah di bawah lembaga skuasy
tersebut.[27] Ini menjadi kenyataan pada bulan Februari, apabila beliau mengalahkan Salma
Shabana di pusingan akhir Terbuka Finland Savcor dengan markah 91, 90, 95.[27] Sebulan
selepas itu, syarikat Hotel Equatorial mengumumkan penajaan sedunia buat beliau selama dua
tahun.[25] Nicol turut meraih penajaan untuk jelajah WISPA oleh syarikat Dunlop.[18]
Pada tahun 2001, Nicol yang ditaja oleh Dunlop Sport sepanjang kerjaya junior dan WISPA
sehingga masa itu, menandatangani perjanjian dua tahun bersama syarikat raket Head dan
konglomerat tempatan, Mulpha Sports.[28] Pada bulan Julai, Nicol merangkul kejuaraan Junio
Sedunia keduanya dengan menumpaskan Omneya Abdel Kawy dalam masa hanya 17 minit
dengan markah 92, 94, 92 di pusingan akhir.[22] Beliau merupakan pemain skuasy perempuan
pertama yang menjuarai Kejohanan Junior Sedunia dua kali.[21][29] Nicol turut memenangi acara
perseorangan di Kejohanan Skuasy Junior Asia dengan menewaskan rakan senegara, Tricia
Chuah di pusingan akhir dengan markah 95, 96, 90, di samping membantu pasukan
Malaysia merangkul kejuaraan acara berpasukan.[30]
Pada tahun 2002, Nicol menumpaskan Ellen Petersen dari Denmark dengan markah 92, 97,
810, 94 untuk menjuarai Terbuka Kuala Lumpur buat kali kedua dalam kerjayanya.[31] Beliau
bersama Ong Beng Hee dalam acara beregu campuran, memenangi pingat perak untuk skuad
negara di Sukan Komanwel 2002 setelah kalah kepada Glen Wilson dan Leilani Rorani di
pusingan akhir.[32] Pada awal tahun itu, Nicol menangkis saingan Ellen Petersen dari Denmark
dengan markah 92, 97, 810, 94 untuk menjuarai Terbuka Kuala Lumpur yang kedua dalam
kerjayanya.[33] Akan tetapi, Nicol gagal mempertahankan pingat emas Sukan Asia 2002 setelah
kecundang 97, 95, 97 kepada Rebecca Chiu dari Hong Kong di pusingan akhir di Busan,
Korea Selatan.[34]
Prestasi Nicol pada tahun 2003 tidak begitu memberangsangkan, beliau dua kali kalah dalam
pusingan akhir; di negara sendiri, beliau tewas kepada Cassie Jackman yang lebih
berpengalaman, kemudian tersungkur di tangan Linda Elriani di Monte Carlo Classic pada bulan
November.[35] Beliau mencapai pusingan akhir Terbuka Dunia di Hong Kong, tetapi dihambat oleh
Cassie Jackman dengan mata 96, 93, 94.[36] Nicol kurang menyerlah juga dalam acara utama
WISPA yang lain; beliau tersingkir di pusingan pertama Terbuka AS Carol Weymuller,[37] Terbuka
British[38] dan Terbuka Texas.[39] Di Terbuka Qatar Classic, Nicol kecundang di pusingan kedua
kepada Natalie Grinham dengan mata 92, 79, 90, 94.[40]
Pada tahun 2004, Nicol sekali lagi tidak dapat meraih apa-apa kejuaraan. Pencapaiannya yang
terbaik termasuk memasuki pusingan akhir Terbuka Kuala Lumpur[41] dan Terbuka
Malaysia.[42] Mujurlah, Nicol mulai menunjukkan peningkatan pada bulan Disember apabila
mencapai pusingan akhir Kejohanan WISPA WorldStars di Shanghai [43] dan separuh akhir
Terbuka Dunia,[44] supaya naik dua tangga ke tangga #4 dalam ranking WISPA Januari 2005.[45]
20052006: Juara dunia mencapai kemuncak[sunting | sunting sumber]

Nicol Ann David memegang piala Terbuka Skuasy Malaysia CIMB 2007.

Dengan hanya tewas dua kali pada tahun 2005, wirawati asal Pulau Pinang yang berusia 21
tahun ini pulang ke tanah air pada bulan Julai setelah memenangi pingat emas di Terbuka
Dunia di Jerman untuk menjadi juara skuasy termuda di dunia.[46] Selepas itu, beliau menjadi
pemain tempatan pertama yang memenangi kejuaraan Kejohanan Skuasy Terbuka Malaysia
CIMB sepanjang sejarah 31 tahun acara tersebut.[47] Pada bulan Oktober, Nicol membuktikan
kejayaannya di Terbuka Dunia dan Terbuka Malaysia bukan sekadar kebetulan, apabila menjadi
warga Malaysia pertama yang merangkul kejuaraan Skuasy Terbuka British, dan orang Asia
pertama yang mendapat kejuaraan wanita, setelah menumpaskan Natalie Grinham dari Australia
dalam pusingan akhir wanita dalam masa 55 minit.[48] Dalam masa dua bulan selepas kejayaan
Terbuka British dan Terbuka Dunia, Nicol mencapai tangga teratas dalam ranking dunia buat
julung kalinya. Pada tahun yang sama, beliau diundi oleh para ahli WISPA sebagai Pemain
Terbaik WISPA 2005.[49]
Pada usia 23 tahun, Nicol menjadi pemain skuasy #1 Dunia pada Januari 2006, sekaligus
menjadi warga Malaysia dan wanita Asia pertama yang mencapai tangga #1 Dunia dalam sukan
ini.[50][51] Beliau juga menjadi orang ke-12 yang memegang gelaran unggul ini semenjak sistem
ranking mulai dipakai pada April 1983.[51] Nicol membuka tahun 2006 dengan hambar kerana
kalah dua kali kepada Vanessa Atkinson pada bulan Februari, di kedua-dua pusingan akhir
Terbuka Apawamis[52] dan Terbuka Kuala Lumpur[53]. Kekalahan kepada Atkinson dua kali
berturut-turut ini menyebabkan Nicol jatuh ke tangga #2 dalam ranking dunia.[54] Apapun, Nicol
mula meningkat kembali dan merangkul enam kejuaraan berturut-turut lalu merampas kembali
kedudukan #1 dunia.[55] Nicol berjaya mempertahankan gelaran juara Terbuka Dunia
di Belfast pada 25 November 2006, dengan menewaskan Natalie Grinham dalam perlawanan
akhir yang dikatakan sebagai antara yang hebat dalam Terbuka Dunia Wanita.[56] Beliau menjadi
atlit Malaysia pertama yang merangkul gelaran juara dunia buat kali kedua berturut-turut, dan
orang keempat yang mempertahankan Kejohanan Skuasy Terbuka Dunia dalam sejarah.[57] Nicol
turut menggondol kejuaraan Terbuka Qatar Airways Challenge,[58]Kejohanan Terbuka British
Dunlop,[59] Terbuka Hong Kong,[60] Terbuka Pulau Pinang[61] dan Terbuka Malaysia CIMB.[62] Nicol
mengungguli ranking WISPA Disember dengan purata mata yang hampir dua kali banyak
pesaing terdekatnya, Rachael Grinham,[63] dan dalam Anugerah WISPA tahunan kedua pada
bulan yang sama, beliau diundi sebagai pemain wanita terbaik buat kali kedua.[64]
20072008: Kejayaan demi kejayaan dan dominasi[sunting | sunting sumber]
Nicol membalas Jenny Duncalf di Terbuka CIMB 2007 di Kompleks Skuasy Negara, Bukit Jalil.

Nicol merangkul enam lagi kejuaraan pada awal tahun 2007, sebelum dikalahkan oleh Rachael
Grinham dari Australia di perlawanan akhir Terbuka British yang berlangsung selama 87
minit.[65] Sebulan kemudian, Nicol sekali lagi gagal mempertahankan kejuaraan Terbuka
Dunia kerana tersungkur di tangan Shelley Kitchen di pusingan kedua dengan markah 09, 19,
92, 93, 69 dalam 69 minit.[66] Inilah kali pertama beliau gagal melayakkan diri ke dalam
pusingan suku akhir kejohanan sejak April 2004, setelah tewas kepada orang yang merampas
pingat gangsa daripadanya di Sukan Komanwel di Melbourne sembilan bulan sebelum
ini.[67] Pada bulan Disember, Nicol memenangi anugerah Olahragawati Terbaik Asia setelah
mengatasi lebih 100 pesaing yang mewakili 25 lembaga kesukanan.[68]
Pada tahun 2008, Nicol menggondol sepuluh kejuaraan Jelajah Dunia WISPA tanpa
kalah.[69] Nicol David melengkapkan tahun paling berjayanya setakat ini dengan
mempertahankan kejuaraan Terbuka Hong Kong Cathay Pacific[70] buat kali ketiga berturut-turut
pada bulan November supaya rekod tanpa kalah dalam Jelajah sejak Oktober 2007 mencapai 53
perlawanan.[70][71] Nicol meraikan setahun kalendar penuh keduanya sebagai jaguh nombor satu
dunia dalam Ranking Skuasy Dunia Wanita Disember, maka sudah 30 tahun berturut-turut beliau
bermaharajalela di tangga teratas.[72] Kejayaan WISPA Nicol pada tahun 2008 bermula dengan
Terbuka Apawamis di New York pada bulan Februari,[73] diikuti dengan Terbuka KL di
Malaysia,[74] Terbuka British di England,[75] Terbuka Seoul di Korea Selatan,[76] Terbuka
Malaysia,[77] Masters Singapura,[78] Terbuka Belanda,[79] Terbuka Dunia di England,[80] Qatar
Classic[81] dan Terbuka Hong Kong.[70] Di luar jelajah WISPA, Nicol mempertahankan kejuaraan
Kejohanan Asia dwitahunan yang kelima berturut-turut pada bulan Februari, setelah memenangi
yang pertama ketika berusia 14 tahun pada Julai 1998,[82] kemudian menerajui pasukan Malaysia
untuk menggondol pingat gangsa di Kejohanan Pasukan Dunia Wanita di Kaherah.[83]
2009kini: Mencapai rekod[sunting | sunting sumber]

Nicol Ann David in beraksi pada hari keenam Terbuka Hong Kong 2009.
Dalam bulan ke-30 berturut-turut sebagai pemain nombor satu dunia dalam ranking WISPA,
Nicol menerajui jaguh empat teratas yang tidak berubah-ubah, iaitu Natalie Grinham (Belanda) di
tangga #2; kakaknya Rachael Grinham (Australia) di #3; dan Natalie Grainger (Amerika Syarikat)
di #4.[72] Dalam pertandingan pertamanya pada tahun itu, iaitu Terbuka Kuala Lumpur, rekod
tanpa kalah Nicol selama 17 bulan dan 56 perlawanan akhirnya dipecah apabila beliau tewas
kepada Natalie Grainger di pusingan akhir.[84] Selepas kekalahan itu, Nicol bangkit untuk
merangkul kejuaraan Terbuka Kepulauan Cayman yang julung kali diadakan, di mana beliau
dapat menebus kekalahannya kepada Grainger dengan kemenangan 118, 11-6, 115 di
pusingan akhir. Inilah kejuaraannya yang ke-35 dan penampilannya yang ke-50 dalam
perlawanan akhir Jelajah WISPA.[85] Seminggu kemudian, Nicol lantas memenangi gelaran juara
kedua tahun itu dengan sekali lagi mengetepikan saingan Grainger, kali ini dengan empat set.[86]

Nicol David beraksi pada hari ketujuh Terbuka Hong Kong 2009.

21 hari selepas kejuaraan Terbuka Texas, Nicol menggondol kejuaraan Terbuka Bandaraya
Seoul keduanya dengan menumpaskan Jenny Duncalf dalam empat set.[87] Sebulan kemudian,
pada 24 Julai, beliau mempertahankan pingat emas Sukan Dunia dengan menewaskan lawan
ketatnya, Natalie Grinham dari Belanda dalam tiga set.[88][89] Seminggu kemudian, pada 1 Ogos,
Nicol merangkul kejuaraan Terbuka Malaysia kelima berturut-turut dengan menang 116, 118,
911, 117 ke atas Alison Waters dari London setelah 60 minit berhempas-pulas. Justeru itu,
Nicol menjadi jaguh pertama yang memenangi lima kejuaraan Terbuka Malaysia berturut-turut
sejak pertandingan ini diperkenalkan pada tahun 1975.[90]
Nicol mendominasi gelanggang skuasy dengan mengetepikan saingan Natalie Grinham untuk
memenangi kejohanan Singapore Masters yang ketiga berturut-turut, dan kejuaraan ketiganya
dalam sebulan.[91] Beliau mengatasi Natalie dalam tiga set dengan mata 119, 118, 119 untuk
gelaran WISPA kelimanya dalam tahun itu.[91] Nicol kemudiannya mencapai satu lagi kejayaan
besar dalam kerjaya skuasynya dengan memasuki bulan ke-41 sebagai pemain nombor satu
dunia dalam Ranking Dunia Wanita September, sekaligus memintas mentornya sendiri, Sarah
Fitz-Gerald sebagai pemain yang ketiga paling lama menduduki tangga teratas ranking
wanita.[92] Pada 12 September, Nicol tewas kepada Madeline Perry di suku akhir Terbuka British
dalam perlawanan lima set selama 76 minit; 15 hari kemudian, beliau bangkit untuk menumpas
musuh ketat Natalie Grinham di perlawanan akhir Kejohanan Terbuka Dunia untuk menggondol
kejuaraan buat kali keempat.[93] Nicol mengakhiri tahun ini dengan hambar setelah kalah
kepada Jenny Duncalf di pusingan separuh akhir Qatar Classic dan Terbuka AS.[94]
Nicol memulakan tahun 2010 di tangga teratas ranking buat bulan ke-42 berturut-
turut.[95] Wajahnya muncul dalam kalendar WISPA untuk bulan Januari.[96] Pertandingan pertama
Nicol pada tahun itu ialah Terbuka Chennai bernilai AS$53,000 pada bulan Mac;[97] beliau
memenangi semua perlawanannya dalam tiga set, termasuk menebus kekalahan kepada Jenny
Duncalf pada akhir tahun 2009, lalu dimahkotakan juaranya.[98] 13 hari kemudian, di Terbuka
Kuala Lumpur, Nicol mengetepikan Omneya Abdel Kawy dari Mesir yang mengaibkan Jenny
Duncalf di separuh akhir, supaya mendapat kejuaraan WISPA kedua pada tahun itu.[99] Inilah
kejuaraan Nicol yang keenam di Terbuka Kuala Lumpur selepas dimenanginya pada tahun 2000,
2002, 2005, 2007 dan 2008.[100] Nicol meneruskan kecemerlangannya sepanjang tahun 2010
dengan menjuarai gelaran Terbuka Dunia yang berprestij[101][102][103] pada 22
September.[104] Kemenangan Terbuka Dunia ini adalah yang kelima buat Nicol, sekaligus
menyamai rekod Sarah Fitz-Gerald untuk kejuaraan Terbuka Dunia yang terbanyak.[105] Pada
bulan Oktober, dalam perlawanan akhir perseorangan wanita Sukan Komanwel di Delhi, Nicol
menumpaskan Jenny Duncalf 113, 115, 117 dalam masa 40 minit untuk meraih pingat
emas.[106] Kemudian, Nicol ke kejohanan Terbuka Mexico WISPA yang julung kali diadakan
di Toluca, di mana beliau menumpaskan Rachael Grinham 1210, 114, 115 untuk merangkul
kejuaraan ke-34 berturut-turut.[107]
Pada bulan November, Nicol melanjutkan rekod kecemerlangannya kepada 50 kejuaraan Jelajah
Dunia WISPA keseluruhannya dengan menjuarai Qatar Classic buat kali keempat dengan sekali
lagi menewaskan Rachael Grinham 115, 118, 119 dalam masa 34 minit sahaja[108], sekaligus
melengkapkan rekod tanpa kalah dengan koleksi 12 kejuaraan WISPA sepanjang tahun
2010.[109] Kemudian, beliau memenangi pingat emas acara skuasy perseorangan wanita Sukan
Asia dengan menumpaskan Annie Au dari Hong Kong 118, 811, 116, 117 di Guangzhou,
China.[110] Di temasya yang sama, beliau membantu pasukan skuasy wanita Malaysia
menggondol sebutir lagi pingat emas dalam acara skuasy berpasukan wanita dengan
menumpaskan pasukan Hong Kong juga.[111]
Pada Februari 2011 pula, iaitu bulan ke-58-nya di tangga teratas WISPA, rentetan tanpa kalah
Nicol David selama 14 bulan akhirnya terhenti apabila beliau dikalahkan oleh Laura Massaro dari
England 911, 711, 119, 811 di Cleveland Classic di Amerika Syarikat.[112] Sebulan kemudian,
pada awal bulan Mac, Nicol mengetuai pasukan Malaysia ke Piala Dunia WSF di Chennai, India,
tetapi beliau direhatkan pada separuh akhir untuk memberi peluang kepada Low Wee
Wern untuk mengambil tempatnya, namun pasukan Malaysia kalah 21 kepada pasukan
England.[113] Walau apapun, Nicol tetap memenangi gelaran Olahragawati Kebangsaan 2010
buat kali kelapan pada 16 Mac 2011.[114] Pada 20 Mac, tuah kembali menyebelahi Nicol apabila
beliau merangkul kejuaraan Terbuka Kuala Lumpur buat kali ketujuh dengan
menumpaskan Madeline Perry dari Ireland 116, 116, 112 dalam masa setengah jam
sahaja.[115]
2015kini: Mencapai rekod[sunting | sunting sumber]
Februari 2015, Nicol David memegang kedudukan sebagai juara selama 106 bulan, sekali gus
menjadi pemegang juara paling lama bagi skuash.[116]

Statistik kerjaya[sunting | sunting sumber]


Juara WISPA (50)[sunting | sunting sumber]
Semua Keputusan untuk Nicol David dalam pertandingan Jelajah Dunia WISPA:[117][118]

Petunjuk Kejuaraan dari Pertandingan


Utama

Siri Platinum WISPA (7)


Terbuka DUNIA

(5)
Siri Emas WISPA (32)
Terbuka British (3)
Terbuka Hong Kong (5)
Siri Perak WISPA (8)
Qatar Classic (4)

Siri Jelajah WISPA (3)


Markah di
Lawan di
No. Tarikh Pertandingan Pusingan Tempoh (H:MM)[b]
Pusingan Akhir
Akhir

28 Februari Terbuka Finland Salma


1. 91, 90, 95 Tidak diketahui
2000 Savcor Shabana

30 Julai Terbuka Kuala


2. Elin Blikra 92, 95, 95 0:32[119]
2000 Lumpur

3 Februari Terbuka Kuala Ellen 92, 97, 810,


3. Tidak diketahui
2002 Lumpur (2) Petersen 94

6 Februari Terbuka Kuala Annelize


4. 94, 92, 90 0:19[120]
2005 Lumpur (3) Naud

Terbuka Kuwait Natalie 49, 96, 97,


5. 12 Mac 2005 0:45[121]
Sheikha Al Saad Grainger 108

49, 29, 93,


6. 5 Jun 2005 Terbuka Belanda Linda Elriani Tidak diketahui
93, 93

30 Julai Terbuka Wanita Vanessa 39, 93, 19,


7. 0:52[122]
2005 Malaysia Atkinson 91, 94

17 Oktober Natalie
8. Terbuka British 96, 97, 96 0:55[123]
2005 Grinham

30 Oktober Terbuka Carol Natalie 59, 96, 94,


9. 1:00[124]
2005 Weymuller Grinham 93

4 Disember Rachael 810, 92, 96,


10. Terbuka Dunia 0:53[125]
2005 Grinham 97

Terbuka Cabaran Rachael 49, 95, 90,


11. 9 Julai 2006 0:54[126]
Qatar Airways Grinham 90
Markah di
Lawan di
No. Tarikh Pertandingan Pusingan Tempoh (H:MM)[b]
Pusingan Akhir
Akhir

30 Julai Terbuka Wanita 94, 96, 29,


12. Tania Bailey 1:25[127]
2006 Malaysia (2) 59, 93

Rachael 96, 96, 59,


13. 5 Ogos 2006 Terbuka Pulau Pinang 0:55[128]
Grinham 93

18
Rachael
14. September Terbuka British (2) 94, 91, 9-4 0:41[129]
Grinham
2006

22 Oktober Terbuka Hong Kong


15. Tania Bailey 92, 108, 95 0:41[130]
2006 Cathay Pacific

26
Natalie 19, 97, 39,
16. November Terbuka Dunia (2) 1:38[57]
Grinham 95, 92
2006

Terbuka Kuala Natalie 69, 93, 96,


17. 17 Mac 2007 1:42[131]
Lumpur (4) Grinham 79, 96

11 April Terbuka Kuwait Natalie 96, 108, 29,


18. 1:33[132]
2007 Sheikha Al Saad (2) Grinham 91

17 April Natalie 97, 29, 97,


19. Terbuka Qatar Classic 1:09[133]
2007 Grinham 92

28 Julai Terbuka Wanita


20. Tania Bailey 94, 93, 92 0:36[134]
2007 Malaysia (3)

Natalie
21. 4 Ogos 2007 Singapore Masters 96, 95, 95 0:54[135]
Grinham

2 September Rachael
22. Terbuka Belanda (2) 94, 91, 96 0:34[136]
2007 Grinham
Markah di
Lawan di
No. Tarikh Pertandingan Pusingan Tempoh (H:MM)[b]
Pusingan Akhir
Akhir

3 November Terbuka Qatar Natalie


23. 96, 94, 109 0:43[137]
2007 Classic (2) Grainger

11
Terbuka Hong Kong Natalie
24. November 93, 95, 108 0:58[138]
Cathay Pacific (2) Grinham
2007

4 Februari Terbuka Skuasy Natalie 91, 96, 66


25.[a] 0:45[73]
2008 Apawamis Grinham (ret)

Terbuka Kuala Natalie


26. 8 Mac 2008 94, 92, 92 0:35[74]
Lumpur (5) Grinham

Jenny
27. 12 Mei 2008 Terbuka British (3) 91, 108, 90 0:40[75]
Duncalf

Terbuka Bandaraya Rachael


28. 7 Jun 2008 95, 109, 96 0:41[76]
Seoul Grinham

26 Julai Terbuka Wanita Natalie 111, 114,


29.[c] 0:31[77]
2008 Malaysia (4) Grinham 116

Rachael 811, 113,


30. 2 Ogos 2008 Singapore Masters (2) 0:39 [78]
Grinham 115, 118

7 September Natalie 119, 119,


31. Terbuka Belanda (3) 0:55[79]
2008 Grinham 114

19 Oktober Vicky 511, 111,


32. Terbuka Dunia (3) 0:44[80]
2008 Botwright 116, 119

31 Oktober Terbuka Qatar Natalie 117, 113,


33. 0:29[81]
2008 Classic (3) Grinham 119
Markah di
Lawan di
No. Tarikh Pertandingan Pusingan Tempoh (H:MM)[b]
Pusingan Akhir
Akhir

23
Terbuka Hong Kong Rachael 1412, 1113,
34. November 0:53[70]
Cathay Pacific (3) Grinham 118, 118
2008

Terbuka Kepulauan Natalie 118, 116,


35. 10 Mei 2009 0:33[139]
Cayman Grainger 115

Natalie 711, 1210,


36. 17 Mei 2009 Terbuka Texas 0:39 [86]
Grainger 115, 116

Terbuka Bandaraya Jenny 116, 311,


37. 7 Jun 2009 0:38[87]
Seoul (2) Duncalf 116, 114

Alison 116, 118, 9


38. 1 Ogos 2009 Terbuka Malaysia (5) 1:00[140]
Waters 11, 117

Natalie 119, 118,


39. 8 Ogos 2009 Singapore Masters (3) 0:40[91]
Grinham 119

27
Natalie 311, 116,
40. September Terbuka Dunia (4) 0:51[93]
Grinham 113, 118
2009

18 Oktober Terbuka Hong Kong Omneya 114, 117,


41. 0:25[141]
2009 Cathay Pacific (4) Abdel Kawy 117

Jenny 116, 114,


42. 7 Mac 2010 Terbuka Chennai 0:25[142]
Duncalf 116

Terbuka Kuala Omneya 114, 112,


43. 20 Mac 2010 0:31[143]
Lumpur (6) Abdel Kawy 1311

17 April Terbuka Kepulauan Jenny 118, 118,


44. 0:32[144]
2010 Cayman (2) Duncalf 114
Markah di
Lawan di
No. Tarikh Pertandingan Pusingan Tempoh (H:MM)[b]
Pusingan Akhir
Akhir

116, 611,
24 Julai Jenny
45. Terbuka Malaysia (6) 117, 1012, 1:12[145]
2010 Duncalf
115

31 Julai Alison 1816, 119,


46. Singapore Masters (4) 1:03[146]
2010 Waters 1210

27 Ogos Terbuka Hong Kong Jenny 116, 1210,


47. 0:40[147]
2010 Cathay Pacific (5) Duncalf 1210

22
Omneya 115, 118,
48. September Terbuka Dunia (5) 0:30[104]
Abdel Kawy 116
2010

24 Oktober Torneo International Rachael 1210, 114,


49. 0:35[148]
2010 Bicentenario Mexico Grinham 115

12
Terbuka Qatar Rachael 115, 118,
50. November 0:34[149]
Classic (4) Grinham 119
2010

Terbuka Kuala Madeline 116, 116,


51. 20 Mac 2011 0:34[150]
Lumpur (7) Perry 112

Cayman Islands Jenny 11-7, 11-6, 12-


52. 9 April 2011 0:59[151]
Open (3) Duncalf 14, 11-4

Naib Juara WISPA (13)[sunting | sunting sumber]

Markah di
Lawan di
No. Tarikh Pertandingan Pusingan Tempoh (H:MM)[b]
Pusingan Akhir
Akhir

16 April Rachael
1. Terbuka Milo 29, 49, 69 Tidak diketahui
2000 Grinham
Markah di
Lawan di
No. Tarikh Pertandingan Pusingan Tempoh (H:MM)[b]
Pusingan Akhir
Akhir

Carol
2. 24 Jun 2000 YTL Open 19, 59, 29 0:35[152]
Owens

Rachael
3. 16 Mac 2001 Terbuka DMC 49, 29, 49 Tidak diketahui
Grinham

23 Ogos Terbuka Wanita Cassie 59, 91, 49,


4. 0:47[153]
2003 Malaysia Jackman 79

22
Terbuka Monte Carlo Linda 108, 19, 69,
5. November 0:42[154]
Classic Elriani 19
2003

15 Februari Terbuka Kuala Vanessa 09, 79, 91,


6. 0:28[41]
2004 Lumpur Atkinson 29

Terbuka Wanita Vanessa


7. 24 Julai 2004 29, 49, 09 0:25[42]
Malaysia (2) Atkinson

21
Terbuka Shanghai Cassie
8. November 29, 39, 09 0:27[155]
WISPA Worldstars Jackman
2004

6 Februari Vanessa 69, 29, 109,


9. Terbuka Apawamis 1:05[52]
2006 Atkinson 79

18 Februari Terbuka Kuala Vanessa 79, 94, 19,


10. 0:42[53]
2006 Lumpur (2) Atkinson 39

28 April Terbuka Bandaraya Natalie


11. 49, 49, 09 0:43[156]
2007 Seoul Grinham
Markah di
Lawan di
No. Tarikh Pertandingan Pusingan Tempoh (H:MM)[b]
Pusingan Akhir
Akhir

24
Rachael 97, 94, 39,
12. September Terbuka British 1:27[65]
Grinham 810, 19
2007

Terbuka Kuala Natalie 811, 1210, 7


13.[c] 7 Mac 2009 0:51[157]
Lumpur (3) Grainger 11, 115, 611

Laura 911, 711, 11


14. 7 Mac 2011 Cleveland Classic 1:01[158]
Massaro 9, 811

Gelaran lain[sunting | sunting sumber]


1995 Terbuka Junior Scotland Juara Bawah-14[16]
1996 Terbuka Junior British Juara Bawah-14, Terbuka Junior Scotland Juara Bawah-14[16]
1997 Terbuka Junior British Juara Bawah-14, Terbuka Junior Scotland Juara Bawah-16,
Terbuka Junior Australia Juara Bawah-15, Terbuka Junior Australia Juara Bawah-17[16]
1998 Terbuka Junior British Juara Bawah-16, Terbuka Junior Scotland Juara Bawah-17,
Kejohanan Asia Juara Perseorangan, Akhir Litar Utama Skuasy Junior Asia Juara Bawah-19,
Sukan Asia ke-13 Pingat Emas[16]
1999 Terbuka Junior British Juara Bawah-17, Kejohanan Junior Asia Juara Perseorangan,
Kejohanan Junior Asia Juara Pasukan, Terbuka Junior Jerman Juara, Terbuka Junior
Malaysia Juara, Juara Junior Sedunia[16]
2000 Kejohanan Asia Juara Perseorangan (2)[16]
2001 Kejohanan Junior Asia Juara Perseorangan, Kejohanan Junior Asia Juara Pasukan,
Juara Junior Sedunia (2)[16]
2002 Kejohanan Asia Juara Perseorangan (3), Kejohanan Asia Juara Pasukan, Sukan
Komanwel 2002 Beregu Campuran Pingat Perak, Sukan Asia ke-14 Pingat Perak[16]
2004 Kejohanan Asia Juara Perseorangan (4), Kejohanan Asia Juara Pasukan[16]
2006 Kejohanan Asia Juara Perseorangan (5), Kejohanan Asia Juara Pasukan, Sukan Asia
ke-15 Pingat Emas[16]
2008 Kejohanan Asia Juara Perseorangan (6), Kejohanan Asia - Team Champion[16]

2009 Sukan Dunia - Juara Perseorangan (2)


2010 Kejohanan Asia Juara Perseorangan (7), Sukan Komanwel - Emas Perseorangan, Sukan
Komanwel - Gangsa Beregu Campuran, Sukan Asia - Emas Perseorangan(3), Sukan Asia -
Emas Pasukan

2011 Kejohanan Asia - Juara Perseorangan (8)

Anda mungkin juga menyukai