Anda di halaman 1dari 14

SULIT 021/031

PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR 2017


BAHASA MELAYU PEMAHAMAN 021/031
Julai
1 jam Satu jam lima belas minit

JANGAN BUKA KERTAS PEPERIKSAAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas peperiksaan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B.

2. Kamu dikehendaki menjawab semua soalan dalam kedua-dua bahagian ini.

3. Bagi Bahagian A, setiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C
dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja.Hitamkan jawapan kamu pada
kertas jawapan objektif yang disediakan. Jika kamu hendak menukar jawapan,
padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian hitamkan jawapan yang baharu.

4. Bagi Bahagian B, jawab semua soalan dalam ruang jawapan yang disediakan.
Ceraikan Bahagian B daripada kertas peperiksaan ini.

_____________________________________________________________________________
Kertas peperiksaan ini mengandungi 7 halaman bercetak di Bahagian A dan
7 halaman bercetak di Bahagian B.

[Lihat halaman sebelah


021/031 SULIT
SULIT 2 021/031

Bahagian A
[20 markah]

Soalan 1 hingga 13
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Dayang berkata kepada tuan puteri, __________ tidak bersalah,


tuanku.
A Beta
B Saya
C Patik
D Hamba

Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah.

2 Kumaran sedang __________ skru bahagian pengayuh basikalnya.


A mengubahkan
B mendalamkan
C membalikkan
D mengetatkan

3 Minyak masak yang telah tersimpan lama itu __________ baunya.


A hancing
B tengik
C hanyir
D harum

[Lihat halaman sebelah


021/031 SULIT
SULIT 3 021/031

4 Guru kelas diminta menampal jadual peperiksaan __________ papan kenyataan bilik
darjah.
A di
B ke
C pada
D untuk

5 Ketua kampung membahagi-bahagikan tugas kepada semua ______________ sebelum


memulakan aktiviti gotong-royong.
A anak buah
B buah mulut
C buah tangan
D darah daging

6 Kajian tentang khasiat tumbuhan itu belum ____________ disiapkan.


A lagi
B juga
C hanya
D masih

7 Sejambak bunga segar ini __________ untuk ibu saya sempena hari jadinya.
A demi
B ialah
C adalah
D kerana

[Lihat halaman sebelah


021/031 SULIT
SULIT 4 021/031

Soalan 8 berdasarkan gambar di bawah.

8 Kereta baharu Encik Chong mempunyai __________ lampu hadapan berbentuk lonjong.
A sebiji
B sebuah
C sebentuk
D sepasang

9 Hasrat Kumaran untuk menjadi __________ ternakan ayam mendapat sokongan penuh
daripada ibu bapanya.
A pengembala
B pengusaha
C pengagih
D penjaja

10 Paras rupa puteri raja negeri itu yang __________ menjadi perhatian ramai.
A licin seperti belut
B cantik bak bidadari
C lembut seperti sutera
D manis umpama madu

11 Majlis __________________ diadakan sempena pertabalan Yang di-Pertuan Agong.


A riuh-rendah
B gegak -gempita
C dentam-dentum
D gilang-gemilang

[Lihat halaman sebelah


021/031 SULIT
SULIT 5 021/031

12 Murid-murid dibawa melawat ke ______________________ untuk mengetahui sejarah


kemerdekaan negara.
A muzium negara
B Muzium Negara
C Muzium negara
D muzium Negara

13 Para pelajar perlu mendapatkan ________________ ibu bapa pada borang penyertaan
lawatan.
A cap mohor
B tandatangan
C campur tangan
D tanggungjawab

14 Sejak bekerja di bandar, abang hanya pulang ke kampung pada hujung bulan.
Perkataan antonim bagi hujung ialah
A awal
B akhir
C mula
D tamat

15 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.


I Sundram tidak lalu makan kerana sakit tekak semenjak semalam.
II Darren lalu di hadapan kedai kek ibunya semasa ke sekolah.
III Aishah mengikat tali kasutnya lalu berjalan kaki ke sekolah.
IV Jualan makanan Encik Harry amat lalu di pasar malam.
A I dan II
B III dan IV
C I, II dan III
D II, III dan IV

[Lihat halaman sebelah


021/031 SULIT
SULIT 6 021/031

16 Pilih ayat tanya yang sesuai bagi pernyataan berikut.

Sampah yang diangkut dengan lori ditanam atau dibakar secara terkawal.

A Apakah proses yang dilakukan selepas sampah diangkut dengan lori?


B Mengapakah sampah ditanam atau dibakar secara terkawal?
C Apakah yang diangkut secara terkawal?
D Bagaimanakah sampah diangkut?

17 Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

Penduduk kota patut bersatu menjaga taman rimba di tengah bandar.

A Taman rimba patut dijaga oleh penduduk kota di tengah bandar.


B Penduduk di tengah bandar bersatu menjaga taman rimba kota mereka.
C Penduduk rimba patut bersatu menjaga taman kota mereka di tengah bandar.
D Taman rimba di tengah bandar patut dijaga secara bersatu oleh penduduk kota.

Soalan 18 hingga 20
Baca dialog di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Julia : Emak, cuba lihat rakaman video ini. Adik sedang menjual potongan
buah-buahan di gerai jualan Hari Kantin sekolahnya. Gerainya bagai gula
dihurungi semut.
Puan Laila : Wah, tentu adik mendapat banyak keuntungan daripada hasil jualannya!
Julia : Kalau begitu, saya ingin membuka gerai menjual potongan buah-buahan di
hadapan rumah kita. Ini bukan sahaja dapat memenuhi masa lapang malah
memberikan pendapatan kepada saya.
Puan Laila : Bagus, Julia. Emak sokong minat dan azam kamu ini. Bilakah kamu hendak
mula berniaga kecil-kecilan ini?
Julia : Saya hendak mula berniaga pada minggu hadapan. Bolehkah emak membantu
saya untuk memulakan perniagaan kecil-kecilan itu nanti?
Puan Laila : Sudah tentu, Julia.

[Lihat halaman sebelah


021/031 SULIT
SULIT 7 021/031

18 Bilakah adik Julia berpeluang berniaga ?


A Pada masa lapangnya.
B Selepas waktu sekolah.
C Hari Kantin di sekolahnya.
D Pada minggu yang berikutnya.

19 Mengapakah Julia berminat untuk berniaga secara kecil-kecilan ?


A Merupakan cita-cita asalnya.
B Membantu adiknya pada Hari Kantin.
C Mencari keuntungan pada Hari Kantin.
D Mengisi masa lapang dan mencari pendapatan.

20 Bagai gula dihurungi semut bermaksud ...


A menarik perhatian orang sekeliling.
B bermulut manis, berhati jahat.
C bekerja tidak berhenti-henti.
D mengejar rezeki orang lain.

BAHAGIAN A TAMAT

[Lihat halaman sebelah


021/031 SULIT
SULIT 8 021/031
NO.KAD PENGENALAN/
NO. SIJIL KELAHIRAN

ANGKA GILIRAN

PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR 2017


BAHASA MELAYU PEMAHAMAN 021/031

Bahagian B

JANGAN BUKA KERTAS PEPERIKSAAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

Untuk Kegunaan Pemeriksa


1. Tulis nombor kad pengenalan atau nombor
sijil kelahiran dan angka giliran kamu pada Kod Pemeriksa :
petak yang disediakan.
No. Soalan Markah
2. Jawapan kamu hendaklah ditulis pada ruang 21
jawapan yang disediakan dalam kertas (a)
peperiksaan ini. 22 (b)
3. Serahkan Bahagian B ini bersama-sama (c)
1. kertas jawapan objektif kepada (a)
2. pengawas peperiksaan pada akhir 23 (b)
peperiksaan.
(c)
(d)
(a)
(b)
24
(c)
(d)
(a)
25 (b)
(c)

Jumlah
30

Kertas peperiksaan ini mengandungi 7 halaman bercetak.

[Lihat halaman sebelah


021/031 SULIT
SULIT 9 021/031

Bahagian B
[30 markah]

Soalan 21
Pilih kata majmuk yang betul dan gariskan jawapan pilihan.

Marven gemar melayari Internet. Dia menekan ( kata pujangga, kata laluan ) komputernya
untuk mengakses Internet. Suatu petang, Marven asyik menghubungi dan melayani rakan-
rakannya melalui ( laman sosial, layan diri ). Tiba-tiba kedengaran telefonnya berdering.
Marven menyambut panggilan telefon lalu terdengar suara abangnya.
Abang Marven tertinggal dompetnya di rumah sewaktu bergegas ke tempat kerja. Dia
hanya menyedarinya sewaktu hendak menunjukkan ( kad rawatan, kad pengenalan ) kepada
pihak polis yang mengadakan sekatan jalan raya.
Abang Marven membuat panggilan untuk memastikan dompetnya memang ada di bilik
tidurnya. Setelah pasti dompetnya bukan hilang atau tercicir, abang Marven pun memutuskan
( talian telefon, panggilan kecemasan ) tersebut.
[4 markah]

Soalan 22
Tuliskan ayat cakap pindah berdasarkan ayat cakap ajuk yang diberikan.
Contoh :
Ayat cakap ajuk : Cuci baju kamu, kata ibu kepada Ani.
Ayat cakap pindah: Ibu menyuruh Ani mencuci baju.

(a) Hantar buku latihan kamu esok, kata Cikgu Lee kepada Beng Hock.

Ayat Cakap Pindah:

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

[2 markah]

[Lihat halaman sebelah


021/031 SULIT
SULIT 10 021/031

(b) Lengkapkan dialog di bawah berdasarkan gambar dan maklumat yang diberi.

Laksamana, beta mahu lebih


banyak pengawal di tepi pantai.

Laksamana Sultan Mahmud Shah

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

[2 markah]

(c) Padankan pernyataan di bawah dengan peribahasa yang sesuai. Satu daripadanya
telah ditunjukkan sebagai contoh.

Yong En suka membantu guru pada setiap hari


tanpa meminta balasan. buah mulut

Kumpulan Husna tidak dapat menjawab


soalan pemahaman Bahasa Melayu walaupun langkah kanan
telah berbincang.

Kejayaan Weng Chun memecahkan rekod


mati akal
larian 100 meter telah menjadi perbualan
hangat di sekolahnya.

Muthu tiba di rumah Ramu ketika jamuan baru ringan tulang


bermula.

[2 markah]

[Lihat halaman sebelah


021/031 SULIT
SULIT 11 021/031

Soalan 23
Baca petikan berikut dengan teliti dan jawab soalan-soalan berikutnya.

Penggemar bunga menjaga rapi pokok bunga di pekarangan rumah mereka. Ini dapat
menghasilkan pokok yang segar dan berbunga lebat lagi cantik. Para penggemar bunga akan
sentiasa memastikan air disiram secukupnya. Kekurangan air merupakan punca utama pokok
tidak subur, kering dan mati.
Semasa pokok mula tumbuh atau bertunas, air secukupnya diperlukan bagi
mengelakkan pucuknya menjadi layu. Apabila pokok membesar, air yang berlebihan pula akan
menyebabkan akarnya rosak. Akar yang rosak akan reput seterusnya tidak berupaya menyerap
air dan nutrien di dalam tanah.
Pokok bunga bukan sahaja mengindahkan sesuatu tempat. Kehadirannya dapat
menyejukkan dan meredupkan kawasan sekitarnya. Selain itu, udara juga lebih nyaman seperti
mana kawasan tanaman bunga secara besar-besaran di Cameron Highland. Oleh sebab itulah,
para penggemar bunga menjaga tanaman mereka dengan penuh kasih sayang.

(a) Perkataan pekarangan dalam petikan boleh digantikan dengan perkataan


____________________
[1 markah]

(b) Mengapakah air berlebihan tidak baik untuk pokok bunga?

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

[2 markah]

(c) Tandakan ( ) pada pernyataan yang benar dan ( X ) pada pernyataan yang salah.
Satu daripadanya telah ditunjukkan contoh.

i Meredupkan sesuatu kawasan.

ii Menjadikan tuan punya pokok kaya-raya.

Iii Menyamankan udara di persekitarannya.

iv Melembapkan kawasan yang kering-kontang.


[2 markah]
[Lihat halaman sebelah
021/031 SULIT
SULIT 12 021/031

(d) Pada pendapat kamu, apakah nilai murni yang perlu ada pada seorang penggemar pokok

bunga?

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

[3 markah]

Soalan 24
Baca catatan di bawah. Kemudian, jawab soalan-soalan berikutnya.

Sabtu, 20 Januari 2017.


9.00 pagi
Aku dan keluargaku bersiap-siap. Kami akan pergi berkelah di Pantai Cherating. Hobiku
membuatkan aku memeriksa sama ada kameraku telah dibawa bersama. Adikku membantu
ibu menyediakan makanan. Oleh sebab perjalanan agak jauh, ayah memeriksa kereta
sebelum bertolak.

10.00 pagi
Kami bertolak ke pantai. Semasa dalam perjalanan, adikku terlena. Aku pula asyik dengan
kameraku. Aku merakam pemandangan menarik di kiri dan kanan jalan.

11.00 pagi
Kami tiba di Pantai Cherating lalu mencari tempat untuk menghamparkan tikar.
Kemudian, aku dan adikku bermandi-manda dengan gembira. Adikku menggunakan
pelampung supaya tidak lemas.

1.00 tengah hari


Setelah puas mandi, aku dan keluargaku makan tengah hari di atas tikar. Selepas makan, aku
mengutip kulit siput manakala adik membina istana pasir.

3.00 petang
Kami bertolak pulang. Kami berasa sangat gembira.

[Lihat halaman sebelah


021/031 SULIT
SULIT 13 021/031

(a) Sinonim bagi perkataan terlena dalam petikan ialah ___________________

[1 markah]

(b) Hobi 'aku' ialah___________________________________________________________

[1 markah]

(c) Apakah aktiviti yang penulis lakukan semasa berkelah di pantai?

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

[2 markah]

(d) Adakah kereta perlu diperiksa sebelum memulakan perjalanan jauh? Berikan alasan.

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

[3 markah]

Soalan 25
Baca e-mel di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut.

Daripada : mageswari@gmail.com
Kepada : mingli@gmail.com
Perkara : Perkongsian Maklumat Pakaian Tradisional

Kepada sahabatku yang berada di Ipoh. Apa khabar? Semoga Ming Li sihat di sana. Di sini
saya ingin membalas e-mel awak yang bertanya tentang pakaian tradisional Melayu.
Baju kurung ialah pakaian tradisional untuk wanita Melayu. Baju Kurung digunakan
untuk menghadiri majlis perkahwinan, majlis agama, dan majlis rasmi selain pakaian rasmi
pelajar sekolah. Cuma reka bentuk dan potongan baju kurung agak berbeza-beza mengikut
negeri.
Itu sahaja perkongsian daripada saya. Semoga kita berjumpa lagi, sahabatku.

[Lihat halaman sebelah


021/031 SULIT
SULIT 14 021/031

(a) E-mel ini diterima oleh ______________________


[1 markah]

(b) Apakah tujuan e-mel ini ditulis?

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

[2 markah]

(c) Bagaimanakah baju kurung dibezakan mengikut negeri?

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

[2 markah]

KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT

[Lihat halaman sebelah


021/031 SULIT

Anda mungkin juga menyukai