Anda di halaman 1dari 74

Bab 1

Kemunculan dan Perkembangan Nasionalisme di Asia Tenggara


1.1 Imperialisme Barat di Asia Tenggara

Imperialisme Barat

Dasar -Imperialisme bermaksud dasar sesebuah negara yang memperluaskan pengaruh dan wilayahnya dengan

menjajah negara lain untuk kepentingan tertentu.

Kuasa - Kuasa Barat yang terlibat dengan imperialisme di Asia Tenggara ialah Portugal, Sepanyol, Belanda,

Britain, Perancis, dan Amerika Syarikat.

Faktor-faktor Imperialisme Barat

(a) Strategik - Kedudukan Asia Tenggara yang strategik iaitu terletak di antara China dan India menyebabkan

penjajah Barat ingin menguasai negara-negara di Asia Tenggara.

(b) Tanah - Tanah di Asia Tenggara subur dan kaya dengan bahan mentah.

(c) Perindustrian - Perkembangan yang pesat dalam bidang perindustrian di Eropah sejak abad ke

17,menyebabkan kuasa Barat mengeluarkan pelbagai jenis barangan perdagangan secara besar-besaran.

(d) Pasaran - Imperialisme Barat ingin menguasai China dan India kerana kedua-dua negara berkenaan berpotensi

dijadikan pasaran yang luas bagi pasaran barangan mereka.

(e) Pengangkutan - Kemajuan dalam sistem pengangkutan dan perhubungan. Penggunaan kapal berkuasa wap dan

pembukaan Terusan Suez membolehkan muatan banyak dibawa dan mempercepat perjalanan antara Barat

dengan Timur.

(f) Telegraf - Penciptaan telegraf membolehkan kuasakuasa imperialisme memberi arahan kepada pegawai-

pegawai mereka di tanah jajahan dengan lebih cepat.

(g) Bersaing - Kuasa-kuasa Barat juga bersaing sesama sendiri untuk menakluki tanah jajahan kerana mereka

menyanjung tinggi kuasa yang mempunyai tanah jajahan yang luas.

(h) Beban - Orang British dan Belanda sering menggunakan slogan "beban orang putih'’ untuk mendapatkan

tanah jajahan.

(i) Tugas - Perancis pula menggunakan slogan "tugas menyebarkan tamadun" yang bermaksud mereka

bertanggungjawab mentamadunkan orang timur


.
(j) Kristian - Mubaligh Kristian juga bertanggungjawab menyebarkan agama Kristian kepada penduduk di tanah

jajahan.

1
1.2 Perubahan Sistem Politik

Mengamalkan - Negara-negara di Asia Tenggara mengamalkan sistem pemerintahan beraja sebelum kedatangan

Barat.

Penguasaan - Imperialisme Barat berpendapat bahawa penguasaan terhadap sistem politik tempatan adalah perlu

untuk menguasai ekonomi tanah jajahan.

Memperkenalkan – Setelah kuasa-kuasa Barat menguasai Asia Tenggara, mereka memperkenalkan sistem

birokrasi barat bagi menggantikan sistem pemerintahan beraja.

Antara ciri-ciri Sistem Birokrasi Barat

(a) Pusat - Penubuhan kerajaan pusat ekoran penyatuan wilayah-wilayah di tanah jajahan.

(b) Gabenor - Pelantikan Gabenor Jeneral sebagai ketua pentadbir di tanah jajahan.

(c) Biro - Pentadbiran dilaksanakan melalui biro atau jabatan.

(d) Pegawai - Pelantikan Pegawai Barat sebagai Ketua Biro.

(e) Undang –undang - Pengenalan undang-undang Barat.

1.3 Nasionalisme di Asia Tenggara

Faktor-faktor Kemunculan Nasionalisme

(a) Dasar penjajah Barat

(b) Sistem eknonomi

(c) Sistem sosial

(d) Pengaruh agama

(e) Karya kesusasteraan

(f) Sistem pendidikan

(g) Kemunculan golongan intelektual

(h) Pengaruh media massa

(i) Sistem pengangkutan dan perhubungan

(j) Pengaruh luar

2
Perkembangan Nasionalisme

Terdapat dua tahap perkembangan nasionalisme di Asia Tenggara.

Ciri-ciri nasinalisme tahap pertama

a. Setempat - penentangan dilakukan oleh penduduk tempatan secara terbuka yang bersifat setempat dan tidak

berorganisasi.

b. Isu -Isu-isu yang diperjuangkan pula ialah isu kebudayaan, agama, dan hak peribumi. Gerakan pada tahap ini

dipimpin oleh golongan pertengahan yang mendapat pendidikan Barat dan Asia Barat.

c. Nasionalis - Golongan nasionalis lebih mengutamakan kesedaran politik daripada tindakan politik.

d. Menuntut - Golongan ini menuntut supaya hak mereka dikembalikan dan taraf hidup dibaiki.

e. Kemerdekaan – mereka tidak meminta kemerdekaan dengan segera.

Ciri-ciri nasionalisme tahap kedua

a. Gerakan – Gerakan nasionalisme lebih radikal dan berorganisasi.

b. Dipimpin - Gerakan pada tahap ini dipimpin oleh golongan berpendidikan dan berpengetahuan dalam bidang

kebudayaan dan ilmu pengetahuan Barat.

c. Matlamat - Matlamat perjuangan pada tahap ini lebih jelas iaitu menuntut kemerdekaan

d. Kerajaan - untuk membentuk kerajaan sendiri yang berdaulat.

Nasionalisme tahap pertama di Filipina

Dakyah - Gerakan nasionalisme pada tahap pertama dikenali sebagai gerakan dakyah yang dipimpin oleh Jose

Rizal. Rizal disokong oleh golongan pertengahan yang berpendidikan Barat.

Tuntutan – Antara tuntutan golongan nasionalisme pada tahap awal ini ialah

a. mereka mahukan Filipina dijadikan wilayah Filipina

b. bangsa Filipina diberikan hak yang sama seperti yang diperoleh bangsa Sepanyol.

c. bangsa Filipina diberikan kebebasan bersuara.

Liga - Jose Rizal telah menubuhkan Liga Filipina bertujuan mendesak kerajaan Sepanyol melakukan

pembaharuan politik, ekonomi, dan sosial.

Ditangkap - Jose Rizal telah ditangkap dan dibuang negeri ke Dapitan, Mindanao oleh Sepanyol kerana

bimbang kedudukan mereka terancam.

Bunuh - Jose Rizal akhirnya dijatuhkan hukuman bunuh kerana dituduh terlibat dalam pemberontakan.

3
Nasionalisme tahap kedua di Filipina

Katipunan - Katipunan ditubuhkan oleh Andres Bonifacio telah memulakan gerakan nasionalisme tahap kedua di

Filipina.

Matlamat - Matlamat perjuangan Katipunan ialah menyatukan bangsa Filipina dan mencapai kemerdekaan melalui

revolusi.

Akhbar - Katipunan menggunakan media cetak untuk menyebarkan fahaman revolusi. Akhbar Kalayan merupakan

akhbar rasmi pertubuhan ini.

Lemah - Katipunan semakin lemah apabila Bonifacio dihukum mati oleh Emilio Aguinaldo pada tahun 1897.

Aguinaldo - Pada tahun 1898, Aguinaldo telah mengadakan kerjasama dengan Amerika Syarikat dan kerjasama

itu telah berjaya mengusir Sepanyol dari Filipina. Selepas itu, Amerika Syarikat mula menguasai Filipina.

Kemerdekaan - Pada tahun 1899, Aguinaldo mengisytiharkan kemerdekaan Filipina tetapi tidak disahkan oleh

Amerika. Dengan itu revolusi diteruskan sehingga Aguinaldo ditentang pada tahun 1901.

Amerika - Kerajaan Amerika membenarkan penubuhan parti politik sederhana.

Sergio - Apabila Parti Nasional memenangi pilihan raya pada tahun 1907, Sergio Osmena dilantik mengetuai Dewan

Perlembagaan.

Perlembagaan - Sekitar tahun 1930, nasionalis Filipina kembali menuntut kemerdekaan melalui perlembagaan

apabila pimpinan Amerika Syarikat bertukar kepada yang lebih liberal.

Indonesia

Gerakan nasionalisme tahap pertama

Tumpuan - Tumpuan pada tahap pertama gerakan nasionalisme di Indonesia lebih tertumpu kepada isu pendidikan.

Raden - Raden Adjeng Kartini cuba memajukan pendidikan untuk kaum wanita.

Karya -Karyanya Habis Gelap Terbitlah Terang dan Penulisan Seorang Puteri Jawa telah mendedahkan kemunduran

rakyat Indonesia dan penindasan penjajahan Belanda.

Muhammadiyah – Muhammadiyah ditubuhkan untuk menyebarkan Islam yang sebenar dan menghindari ancaman

sekularisme Barat dan agama Kristian. Pertubuhan ini turut membina sekolah, klinik dan masjid.

4
Gerakan nasionalisme pada tahap kedua

Parti - gerakan nasionalisme diwarnai dengan perjuangan partiparti politik radikal seperti Sarekat Islam, Parti

Komunis Indonesia, dan Parti Nasional Indonesia.

Menuntut - Parti-parti berkenaan menuntut kemerdekaan dengan begitu lantang dan ada yang bertindak secara

keterlaluan.

Menangkap - Belanda seterusnya menangkap pemimpin-pemimpin yang radikal seperti Sukarno dan

menghapuskan Parti Nasional Indonesia.

IndoChina

Vietnam

Dipelopori - Gerakan nasionalisme di Vietnam dipelopori oleh golongan bangsawan dan pegawai-pegawai

daripada golongan Mandarin. Mereka memperjuangkan pemulihan sistem pemerintahan beraja.

Menengah - Golongan menengah berpendidikan Barat memperjuangkan pendidikan di kalangan rakyat

yang dipimpin oleh Phan Boi Chau. Walau bagaimanapun, usaha tersebut menemui kegagalan. Beliau

kemudiannya menubuhkan Viet Nam Quang Phu Hoi (VNQPH) dan melancarkan pemberontakan. Beliau

kemudiannya dipenjarakan dan VNQPH diharamkan.

Sederhana - Gerakan nasionalisme di Vietnam kembali bercorak sederhana ekoran tindakan keras pihak

Perancis. Usaha-usaha pembaharuan walaupun dilakukan oleh Maharaja Boa Dai tetapi disekat oleh

Perancis dan baginda dihalang melibatkan diri dalam gerakan nasionalisme.

Burma

Gerakan Nasionalisme tahap pertama

Sami - Gerakan nasionalisme pada tahap pertama di Burma dipelopori oleh golongan sami Buddha dan golongan

elit berpendidikan Barat.

PBB - Golongan sami telah menubuhkan Persatuan Belia Buddha (PBB) pada tahun 1906 yang bertujuan

mengekalkan tradisi Buddha dan memajukan pendidikan di kalangan rakyat Burma. Pertubuhan ini menggunakan

isu kasut untuk membangkitkan semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat.

Pemimpin - pemimpin Persatuan Belia Buddha kemudiannya menubuhkan Majlis Persatuan Am Kesatuan-

Kesatuan Burma (1920) yang lebih radikal.


Gerakan nasionalisme tahap kedua

Muncul - Gerakan nasionalisme tahap kedua di Burma muncul apabila Laporan Montagu-Chelsford

menyatakan bahawa Burma masih belum bersedia untuk memerintah sendiri.

Revolusi - Menjelang tahun 1920, berlaku Revolusi Pelajar yang mahukan penubuhan sebuah universiti

untuk mereka.

Majlis - Gerakan nasionalisme di Burma pada tahap kedua diteruskan oleh Majlis AmSangha Sametggi yang

menyebabkan berlakunya Pemberontakan Saya San. Pemberontakan ini diketuai oleh bekas pongyi dan

pemimpin di Tharawaddy.

Liga - Kemudian muncul pula Liga Antipemisahan yang menganggap pemisahan dengan India hanya akan

melewatkan kemerdekaan.

Perlembagaan - Pengenalan Perlembagaan Burma 1935 memberi peluang ke arah berkerajaan sendiri.

Thakin - Golongan Thakin (siswazah universiti) menubuhkan Parti Dobama Asiayone pada tahun 1935 untuk

menuntut kemerdekaan.

Pemimpin - Antara pemimpinnya ialah Aung San, Kyaw Nein, dan U Nu yang menggelarkan diri mereka

sebagai "Tuan".

Dr. Ba Maw - Dr. Ba Maw telah dilantik sebagai Perdana Menteri yang pertama setelah memenangi piliha

raya tahun 1937.

Thailand

Gerakan Nasionalisme tahap pertama

Kegelisahan – Muncul disebabkan kegelisahan rakyat terhadap penguasaan politik golongan kerabat diraja dan

penentangan terhadap raja berkuasa mutlak.

Pendidikan - Perkembangan sistem pendidikan Barat menyebabkan golongan intelektual terdedah dengan

fahaman liberal, sistem demokrasi, dan sistem raja berperlembagaan.

Vajiravuth - Pentadbiran Raja Vajiravudh yang lemah dan boros menyebabkan rakyat tidak berpuas hati.

Parti - Hal ini menyebabkan Nai Pridi Panomyong dan Field Marshall Phibul Songram telah menubuhkan Parti

Rakyat. Parti ini telah melancarkan Revolusi 1932 dan menamatkan sistem raja berkuasa mutlak.
Gerakan nasionalisme pada tahap kedua

Rakyat - rakyat tidak berpuas hati terhadap cengkaman ekonomi oleh kapitalis Barat dan orang Cina.

Undang-undang - Phibul Songram telah meluluskan undang-undang bagi menyekat kebebasan dan penguasaan

ekonomi oleh orang Cina semasa beliau menjadi Perdana Menteri.

Peribumi - Penduduk peribumi digalakkan melibatkan diri dalam aktiviti ekonomi.

Jawatan-Jawatan tertinggi kerajaan disandang oleh penganut Buddha.

Nama - Phibul Songram telah menukar nama negara Siam kepada Thailand (TanahBebas) pada tahun 1939.

Kerjasama - Hasil kerjasama dengan Jepun dalam Perang Dunia Kedua, Thailand berjaya mendapatkan

semula wilayah-wilayah di Tanah Melayu dan di IndoChina.


Bab 2

Nasionalisme di Malaysia Sehingga Perang Dunia Kedua


2.1 Perjuangan Pemimpin Tempatan Menentang British

Sebab sebab Penentangan

(a) Dasar penaklukan British

(b) Eksploitasi terhadap ekonomi tempatan

(c) Pelaksanaan pentadbiran Barat terhadap masyarakat tempatan

(d) Campur tangan British dalam adat resam tempatan

(e) Pembesar tempatan kehilangan kuasa dan pengaruh

Peristiwa Penentangan Pemimpin Tempatan

Penentangan di Naning

Berlaku - Berlaku pada tahun 1831 - 1833.

Dol - Dipimpin oleh Penghulu Dot Said.

Penghulu - Penghulu Dol Said tidak bersetuju dengan Naning diletakkan sebahagian daripada wilayah British.

Mengalahkan -Pada tahun 1831, Penghulu Dol Said berjaya mengalahkan British pimpinan Kapten Wyllie yang

ingin menawan Taboh.

British - Pada tahun 1832, British menyerang Naning dan berjaya mengalahkan Penghulu Dol Said.

Menyerah - Penghulu Dol Said menyerah diri dan dibawa ke Melaka.

Penentangan Terhadap James Brooke di Sarawak

Brooke - Penduduk tempatan Sarawak menentang James Brooke kerana James Brooke berusaha untuk

menguasai beberapa daerah pedalaman.

Kengganan - Keengganan untuk menyerah daerah kepada Brooke menyebabkan James Brooke menyerang daerah

daerah mereka.

Linggir

Menyerang -Pemimpin Kaum Iban di Saribas, Linggir, menyerang kapal Nemesis sebagai tindak balas

terhadap langkah James Brooke dan Kapten Farquhar yang menghalang pelayaran mereka melalui Sungai

Saribas.
Rentap

Lanun -Rentap menentang Brooke kerana Brooke menghapuskan orang Iban di Sungai Skrang yang dianggap

sebagai lanun.

Rentap - Rentap berjaya mengusir tentera James Brooke tetapi tentera James Brooke telah bertindak balas

dengan membakar kampung mereka.

Berundur - Rentap dan pengikutnya berundur ke Bukit Sadok, namun James Brooke menyerangnya sekali lagi

dan berjaya mengalahkan Rentap.

Terpaksa - Rentap terpaksa berundur ke Ulu Sungai Entabai.

Syarif Masahor dan Datu Patinggi Abdul Gapur

Menentang - Penentangan orang Melayu yang dipimpin oleh Syarif Masahor dan Datu Patinggi Abdul Gapur

berlaku kerana menentang penguasaan James Brooke di wilayah mereka, iaitu di Sungai Rajang.

Kehilangan - Penguasaan tersebut menyebabkan mereka kehilangan kuasa memungut cukai dan pengaruh

terhadap penduduk tempatan.

Menyerang - Syarif Masahor telah menyerang kubu James Brooke di Kanowit.

Kuching - Datu Patinggi Abdul Gapur menyerang James Brooke di Kuching. Walau bagaimanapun,

tentangan kedua dua pemimpin itu tidak berjaya.

Melarikan - Syarif Masahor melarikan diri ke Brunei tetapi beliau diserahkan kepada British di Singapura.

Diserah - Manakala Datu Patinggi Abdul Gapur yang' melarikan diri ke Betawi, berjaya ditahan oleh Belanda

dan diserahkan kepada James Brooke.

Penentangan Mat Salleh di Sabah

Pemerintah - Mat Salleh ialah pemerintah daerah Tambunan dan Sungai Sugut.

Menentang - Beliau menentang pentadbiran Syarikat Borneo Utara British (SBUB) kerana SBUB tidak menghiraukan

kedudukannya.

Cukai - SBUB bukan sahaja menduduki kawasan pengaruh Mat Salleh, malah turut melak sanakan sistem

cukai kepala dan surat perahu. Pegawai• pegawai syarikat juga sering bersikap kasar kepada penduduk

tempatan.

SBUB - Pihak SBUB tidak melayan usaha Mat Salleh untuk berbincang dengan mereka.

Gabenor - Sebaliknya, pihak Gabenor Beaufort telah menyerang dan membakar kampung Mat Salleh. Mat

Salleh terpaksa melarikan din.


Serangan - Mat Salleh dan pengikutnya telah melakukan serangan mengejut terhadap kubu SBUB di Pulau Gaya

pada tahun 1898.

Damai - Justeru, SBUB menawarkan perdamaian kepada Mat Salleh.

Bersetuju - Pihak SBUB bersetuju menyerahkan Tambunan kepada Mat Salleh tetapi SBUB mungkir janji.

Hal ini menyebabkan Mat Salleh sekali lagi menyerang kubu SBUB dan mereka telah membalas serangan dengan

menyerang kubu Mat Salleh.

Tewas - Mat Salleh tewas dan meninggal dunia pada tahun 1900.

Penentangan di Perak

Ditentang - Penguasaan British di Perak ditentang oleh pembesar tempatan yang dipimpin oleh Dato'

Maharaja Lela. Semua pembesar dan Sultan bersatu menentang penguasaan British

di Perak kerana

(a) pembesar menolak sistem cukai yang menghapuskan hak mereka.

(b) para pembesar menolak penguasaanBritish terhadap kawasan mereka.

(c) J.W.W. Birch tidak menepati fungsinya sebagai penasihat seperti yang termaktub dalam Perjanjian

Pangkor 1874.

(d) J.W.W. Birch mencampuri adat resam tempatan .tempatan.

(e) Birch tidak menghormati sistem sosial tempatan dan tidak tahu berbahasa Melayu.

20 Jan 1874 - Perjanjian Pangkor ditandatangani.

Feb 1875 - Bantahan terbuka oleh Dato' Maharaja Lela di Pasir Salak. Beliau membina kubu di Pasir

Salak.

21 Julai 1875 – Mesyuarat diadakan diDurian Sebatang.

12 Sept 1875 - Rancangan pembunuhan J.W.W. Birch.

31 Okt - Penyerahan Perak kepada 1875 British. Mat Arshad dibunuh ketika manampal poster cukai.

2 Nov 1875 - Pembunuhan J.W.W. Birch di Sungai Perak, Pasir Salak.

13 Nov 1875 - Serangan British ke atas Pasir Salak.

20 Nov 1877 -Perbicaraan di Matang,Perak. Dato' Maharaja Lela, Dato' Sagor, Pandak Lam, Seputum, dan

Pandak Indut dijatuhkan hukurnan gantung. Sultan Ismail dibuane negeri ke Johor. Sultan Abdullah, Ngah

Ibrahim, Syahbandar dan Laksamana dibuang negeri ke Pulau Seychelles.


Penentangan di Negeri Sembilan

Penentangan - Penentangan di Negeri Sembilan dilakukan oleh Yam Tuan Antah dan Dato' Syahbandar

Sungai Ujong, iaitu Abdullah Tunggal.

Syahbandar - Dato' Syahbandar juga menentang Dato' Kelana Sungai Ujong iaitu Syed Abdul Rahman yang

mempelawa British untuk campur tangan dalam pertikaian mereka. Kedua-dua pemimpin ini

berebut kawasan sempadan untuk mengenakan cukai kepada pedagang bijih timah dari Negeri-Negeri Selat.

Dato’ Kelana - Dato' Kelana Syed Abdul Rahman dengan kerjasama British berjaya mengalahkan Dato'

Syahbandar Abdullah Tunggal untuk menguasai Sungai Ujong.

Berundur - Dato' Syahbandar terpaksa berundur ke Selangor. Namun beliau kembali ke Sungai Ujong semula

dan menandatangani perjanjian dengan British pada tahun 1874.

Meletakkan - Dato' Syahbandar bersetuju meletakkan jawatan dan berhijrah ke Singapura.

Menguasai - Dengan itu Dato' Kelana dapat menguasai seluruh Sungai Ujong tetapi tertakluk di bawah

penguasaan British.

Penentangan di Pahang

Bahaman - Apabila J. P Rodgers dilantik sebagai Residen Pahang yang pertama, Dato' Bahaman bangun

menentang British.

Menolak - Penentangan terhadap British berlaku kerana Dato' Bahaman menolak pelaksanaan undang undang

British yang bertentangan dengan adat resam dan sistem politik tempatan.

Dasar - Antara dasar dasar itu termasuklah sistem kehakiman, pemungutan hasil tanah, sistem cukai, dan

penubuhan pasukan polis luar.

Menghakis - Hal ini kerana undang-undang tersebut telah menghakis kuasa Dato' Bahaman.

Lima - Dato' Bahaman dan rakan-rakannya seperti Tok Gajah dan Imam Rasul telah bersatu menentang

British selama lima tahun.

Berundur – akibat tekanan British mereka berundur dan mendapatkan perlindungan daripada penduduk dan

pembesar Terengganu dan Kelantan.

Menetap - Dato' Bahaman menetap di Hulu Kelantan manakala Tok Gajah dan keluarganya menetap di hulu

Terengganu.

Bangkok - Dato' Bahaman kemudiannya berpindah ke Bangkok dan diberikan perlindungan politik oleh

Raja Chulalongkorn.

Menetap - Beliau menetap di Chieng Mai dan diberi wang sara hidup sebanyak 1000 baht dan meninggal dunia

di sana.
Penentangan di Kelantan

Penasihat - Penentangan terhadap penjajahan British di Kelantan berlaku di Pasir Puteh apabila Sistem

Penasihat British diperkenalkan pada tahun 1910.

Memaksa - British memaksa penduduk tempatan membayar cukai melalui sistem cukai yang diperkenalkan.

Tok Janggut - Tok Janggut enggan membayar cukai dan membantah pelaksanaan sistem cukai itu. Pihak

British tidak melayannya malah pihak polis telah diarah untuk menangkapnya.

Menyerang - Pada tahun 1915, pemimpin dan penduduk tempatan telah menyerang Pasir Puteh dan berjaya

mendudukinya.

Kerajan - Sebuah kerajaan dibentuk dengan Engku Besar Jeram sebagai Raja. Tok Janggut sebagai Perdana

Menteri, dan Che Ishak sebagai Pegawai Daerah.

British - Pihak British menggunakan nama Sultan Kelantan dengan membawa masuk pasukan tentera dari

Negeri Selat.

Dikalahkan - Tok Janggut dan pengikutnya berjaya dikalahkan kerana serangan British lebih tersusun dan

penggunaan senjatanya lebih moden.

Terkorban -Tok Janggut terkorban dan mayatnya diarak ke seluruh pekan Kota Bharu sebelum digantung di pasar

dalam keadaan songsang sebagai amaran kepada masyarakat tempatan yang berani menentang British.

Penentangan di Terengganu

Haji - Haji Abdul Rahman Limbong menentang British di Terengganu kerana tidak berpuas hati dengan

sistem cukai dan undang undang tanah yang diperkenalkan oleh British.

Mengetuai - Pada tahun 1922, Haji Abdul Rahman Limbong mengetuai penduduk kampung membersihkan tanah

di Kuala Telemong tanpa menghiraukan peraturan tanah British.

Penduduk - Pada tahun 1925 pula, kira kira 300 orang penduduk kampung telah berkumpul dan membuka

tanah milik Tengku Nik Maimunah.

Kemarahan - Kemarahan penduduk tempatan terhadap dasar British menyebabkan mereka melancarkan

penentangan bersenjata pada tahun 1928. Kumpulan yang menyerang bangunan kerajaan di

Kuala Berang telah berjaya mendudukinya.

Sultan - Dengan menggunakan nama Sultan Terengganu, British telah menghantar tiga orang pembesar yang

membawa perintah Sultan untuk menawan semula Kuala Berang serta menangkap dan membawa

sesiapa sahaja yang menghalangnya. Cara ini amat berkesan kerana orang Melayu tidak akan

menderhaka kepada Sultan.


Polis - Sepasukan polis dengan anggota seramai 25 orang telah menyerang Kuala Terengganu dan berjaya

menumpaskan kebangkitan penduduk tempatan yang telah mengorbankan 11 orang.

Diserang - Haji Abdul Rahman Limbong pula telah diserang oleh 50 orang polis yang dibawa dari Singapura.

Beliau akhirnya dibuang negeri ke Makkah.

2.2 Gerakan Nasionalisme Sehingga Perang Dunia Kedua

Faktor-Faktor Pemangkin Nasionalisme

(a) Pengenalan sistem politik Barat

(b) Perkembangan sistem pendidikan

(c) Dasar British

(d) Pendudukan Jepun

(e) Penguasaan Parti Komunis Malaya

(f) Kemunculan mesin cetak

(g) Gerakan Pan-Islamisme sedunia

(h) Kesedaran politik serantau

Gerakan Islah

Mendorong - Gerakan Islah ialah gerakan yang berusaha mendorong masyarakat Melayu supayamembetulkan

pandangan mereka terhadap Islam.

Dipimpin - Gerakan ini dipimpin oleh Sheikh Tahir Jalaludin, Syed Syeikh al-Hadi, dan Dr Burhanuddin al-

Helmy.Tokoh gerakan tersebut dikenali sebagai Kaum Muda.

Idea - Kaum Muda menyampaikan idea dari sudut kemajuan dunia, termasuklah gerakan untuk memajukan

ekonomi, pendidikan, politik, dan sosial orang Melayu.

Menyemai - Golongan ini cuba menyemai sikap mengkritik penjajah dalam fikiran orang Islam. Mereka

Mengkritik - turut mengkritik raja dan pembesar Melayu yang kurang berperanan dalam memajukan orang

Melayu.

Madrasah - Gerakan Kaum Muda telah menubuhkan beberapa buah madrasah yang mendedahkan sistem

pendidikan Islam yang meliputi pendidikan dunia dan akhirat seperti Matematik, Bahasa Inggeris, dan Fardhu

Ain.

Sambutan - Gerakan Islam yang dikemudikan oleh Kaum Muda mendapat sambutan di Negeri-Negeri Selat

sahaja kerana negeri-negeri Melayu lain telah mengeluarkan undang-undang yang melarang kegiatan dakwah

yang dilakukan oleh Kaum Muda.


Peranan Akhbar, Majalah, dan Novel

Za’ba - Karya Zainal Abidin bin Ahmad (Za'ba) yang terkenal ialah Ilmu Mengarang Melayu dan Pelita

Bahasa Melayu.

Wartawan - Wartawan terkenal tahun 1930-an - Dato' Onn Ja'afar dan Abdul Rahim Kajai.

Akhbar - Akhbar terkenal termasuklah Lembaga Malaya, Majlis, Utusan Melayu, Warta Negara, dan Fajar Sarawak.

Sosial - Aspek sosial yang dibangkitkan dalam akhbar ialah memajukan pendidikan tinggi dan meninggalkan sikap

negatif yang tidak mahu berusaha.

Ekonomi - Aspek ekonomi yang dibangkitkan dalam akhbar ialah menggalakkan syarikat kerjasama, mengurangkan

kemasukan orang dagang, dan menggalakkan perniagaan di kalangan orang Melayu.

Politik - Aspek politik yang dibangkitkan dalam akhbar ialah mengkritik British kerana mengurangkan kuasa raja-raja

Melayu, dan mengkritik para pembesar dan raja-raja Melayu.

Majalah terkenal - Majalah Guru, Pengasuh, dan Bulan Melayu.

Terkenal - Novel terkenal ialah Keris Melaka, Putera Gunung Tahan, Anak Mat Lela Gila, dan Melor Kuala Lumpur.

Perjuangan Nasionalisme oleh Persatuan-persatuan Melayu

Persatuan Catatan

. Ditubuhkan pada tahun 1926.


Antara pengasasnya ialah Mohammad Eunos Abdullah,
Kesatuan Melayu Singapura (KMS) Tengku Kadir Ali dan Embok Suloh.
. Didukung oleh mereka yang berpendidikan Inggeris.
. Bertujuan menjaga kepentingan sosioekonomi penduduk
Melayu Singapura.

Persatuan Sahabat . Ditubuhkan pada tahun 1934.


PenaMalaya (PASPAM) . Pemimpinnya ialah S. M. Zainal Abidin B. A.
. Bertujuan menggalakkan ahlinya berkenalan dan
bertukar-tukar pendapat.

Persatuan negeri . Ditubuhkan di Perak (1937), Selangor (1938),


Negeri Sembilan (1938), dan Pahang (1938).

Persatuan Melayu Miri . Ditubuhkan pada tahun 1936.

Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak . Ditubuhkan pada tahun 1939.


. Diketuai oleh Datu Patinggi Abang Haji Abdillah.

Kesatuan Melayu Muda . Ditubuhkan pada tahun 1939.


. Pemimpinnya ialah Ibrahim Haji Yaakob.

Kongres Melayu . Diadakan pada tahun 1939 dan 1940.


. Merupakan kemuncak kesedaran kebangsaan orang
Melayu.
Gerakan Nasionalisme semasa Pendudukan Jepun

Ketenteraan - Jepun mengamalkan dasar pemerintahan ketenteraan.

Menyekat - Jepun menyekat kebebasan bersuara dan mengharamkan penerbitan akhbar.

Kebebasan - Jepun hanya memberikan kebebasan kepada pertubuhan yang menyokongnya.

Barisan - Ahmad Boestamam menubuhkan Barisan Pemuda di Perak bagi menyatukan pemuda-pemuda

Melayu. Mereka dilatih berkawad sebagai tentera sukarela Jepun.

Bawah - Gerakan bawah tanah menentang Jepun ditubuhkan.

MPAJA - Parti Komunis Malaya menubuhkan Malayan People's Anti-Japanese Army (MPAJA) untuk

menentang Jepun.

Bintang - Ahli pasukan Bintang Tiga terdiri daripada kaum Melayu, kaum Cina, dan kaum India.

Force 136 – Bergerak secara gerila. Mendapat bantuan daripada pihak British.

Wataniah - Pasukan Wataniah di Pahang ditubuhkan oleh orang Melayu.

IBHY - Ibrahim Haji Yaakob meminta Jepun memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu bersama

Indonesia bagi memenuhi perjuangan asal KMM untuk menubuhkan Melayu Raya atau Indonesia Raya.

KRIS - Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS) ditubuhkan untuk mencapai matlamat Melayu Raya.

Soekarno -Soekarno telah mengisytiharkan kemerdekaan Indonesia sehari sebelum kekalahan Jepun.

Persidangan - Persidangan KRIS di Kuala Lumpur dibatalkan.

Gagal - Kemerdekaan di bawah Indonesia Raya gagal.

British - British kembali menguasai Tanah Melayu pada September 1945.


Bab 3

Kesedaran Pembinaan Negara dan Bangsa


3.1 Latar Belakang Pembinaan Negara dan Bangsa
Pembentukan Negara Bangsa Malaysia

Bangsa - Konsep bangsa merujuk kepada sekumpulan manusia dalam satu ikatan ketatanegaraan atau warganegara

sesebuah negara.

Negara - Negara dan bangsa Malaysia lahir apabila Persekutuan Tanah Melayu diisytiharkan

merdeka pada 31 Ogos 1957 dan Malaysia dibentuk pada 16 September 1963.

Malaysia - Bangsa Malaysia terdiri daripada masyarakat berbilang kaum yang berlainan bahasa, budaya, dan

kepercayaan.

Dibentuk - Bangsa Malaysia telah dibentuk melalui penggunaan satu bahasa kebangsaan serta pengamalan

kebudayaan kebangsaan dan Rukun Negara dalam setiap bidang kehidupan.

Perjuangan - Pembentukan bangsa Malaysia merupakan hasil perjuangan kemerdekaan, pengisian kemerdekaan,

dan pengekalan kemerdekaan.

Diasaskan - Ciri-ciri negara dan bangsa Malaysia telah diasaskan sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka semasa

penjajahan Barat, dalam perjuangan menuntut kemerdekaan, dan sebaik sahaja negara Malaysia terbentuk.

Proses - Proses pembinaan negara dan bangsa Malaysia yang lebih bersatu padu dan progresif masih berterusan

sehingga kini.

Melibatkan - Pembentukan negara kita adalah proses yang melibatkan rundingan, pakatan murni, dan tolak ansur

antara tiga kaum yang terbesar di negara ini.

3.1.1 Pembinaan Negara dan Bangsa

Pembinaan Negara dan Bangsa Eropah

Idea - Idea pembinaan negara dan bangsa Eropah telah bermula di Barat pada penghujung abad ke-18 dan abad

ke-19 ekoran tercetusnya Revolusi Inggeris 1688, Perang Kemerdekaan Amerika 1776, dan Revolusi Perancis 1789.

Sempadan - Pembentukan negara moden mengikut sempadan rumpun bangsa bagi menggantikan bentuk negara

Eropah - Zaman moden di Eropah yang bermula pada sekitar pertengahan atau penghujung abad ke-16 amat

penting kerana bermulanya kelunturan entiti politik yang berasaskan keagamaan.

Nasionalis - Para nasionalis telah menggunakan unsur persamaan rumpun bangsa dan bahasa untuk membentuk

negara bangsa masing-masing.


Deklarasi - Dalam Persidangan Damai Paris di Perancis, kata sepakat telah dicapai melalui Deklarasi Empat Belas

Perkara Woodrow Wilson.

Prinsip - Deklarasi ini telah mencadangkan dua prinsip iaitu penentuan nasib negara oleh rakyat sendiri dan

prinsip sempadan negara berasaskan bangsa.

Kesannya - Kesannya empayar Austria, Hungary, dan Turki yang berada di pihak yang kalah telah dibahagi

bahagikan dan ini menyebabkan golongan etnik dan bangsa beroleh kemerdekaan.

Negara - Ini menyebabkan muncul tujuh buah negara bangsa baru di Eropah iaitu Czecholslovakia, Estonia,

Finland, Latvia, Lithuania, Poland, dan Yugoslavia.

Pembentukan Negara Itali dan Jerman Itali

Itali

Count - Count Camillo Benso di Cavour telah berusaha menyatukan Itali menjadi sebuah Negara dengan

menggunakan amalan realpolitik.

Kerjasama - Camillo Benso di Cavour telah mewujudkan kerjasama dengan Napoleon III bagi menentang

Austria sehingga berjaya mengalahkan Austria.

Jerman

Bismack - Di Jerman, Otto von Bismarck telah mengamalkan realpolitik serta politik darah dan besi bagi

menyatukan negaranya pada 1871.

Taktik - Bismarck telah menggunakan taktik tipu helah, pemalsuan dokumen, penipuan, dan ugutan bagi mencapai

tujuan menyatukan Jerman melalui peperangan.

3.1.2 Ciri-ciri Negara Bangsa

Empat - Proses pembinaan negara dan bangsa Malaysia berasaskan empat ciri utama iaitu negara, bangsa, kerajaan,

dan perlembagaan.

Negara - Negara ialah wilayah yang mempunyai penduduk, sempadan, dan pemerintah yang berwibawa.

Malaysia - Negara Malaysia terdiri daripada Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah.

Institusi - Negara juga merujuk kepada institusi pemerintahan yang tersusun yang bertanggungjawab membuat

dan melaksanakan keputusan politik serta menguatkuasakan undang-undang dan peraturan kerajaan.

Bangsa -Bangsa merujuk kepada sekumpulan manusia yang mendiami sesebuah wilayah serta yang mempunyai

persamaan dari segi bahasa, adat resam, kesenian, dan pengalaman sejarah.

Kerajaan - Kerajaan ialah institusi pemerintah yang bertanggungjawab menggubal dan melaksanakan dasar-dasar

tersebut serta bertindak selaku pengaman dan penentu arah kehidupan masyarakat.
Badan - Kerajaan di negara kita merujuk kepada tiga badan dalam pemerintahan iaitu Badan Perundangan, Badan

Pelaksana, dan Badan Kehakiman.

Perlembagaan - Perlembangaan merupakan peraturan tertinggi sama ada bertulis atau tidak bertulis yang menjadi

rujukan dan panduan bagi mentadbir dan memerintah sebuah negara.

Tertinggi - Di Malaysia, perlembagaan ialah peraturan bertulis tertinggi yang didokumenkan dan dijadikan

rujukan untuk mentadbir negara dengan tujuan untuk memberikan jaminan perlindungan kepada rakyat.

Ciri-ciri Negara dan Bangsa dalam Kesultanan Melayu Melaka

(a) Wilayah – Seluruh Tanah Melayu dan kawasan Pantai Timur Sumatera.

(b) Kedaulatan – merujuk kepada raja yang memerintah tanpa campurtangan asing.

(c) Negara atau pemerintah – raja memerintah dengan dibantu pembesar empat lipatan

(d) Lambang negara – seperti bahasa Melayu, agama Islam, dan alat-alat kebesaran

(e) Kebesaran sultan dan Kesultanan Melayu Melaka juga dilambangkan dengan alat

seperti, nobat, warna, bahasa, undang undang, protokol, dan adat istiadat istana

(f) Keunggulan undang-undang – Undang-undang Melaka dan Hukum Kanun Melaka

(g) Rakyat – yang memberi taat setia dan mengakui kedaulatan raja

(h) Kerajaan – merujuk kepada raja dan pembesar empat lipatan

Tradisi Persejarahan Melaka Yang Diwarisi Kerajaan Johor, Perak dan Pahang

(a) Bahasa Melayu

(b) Agama Islam

(c) Adat istiadat – upacara pertabalan dan pemakaman

(d) Sistem penggantian – Anak lelaki sulung atau adik lelaki

(e) Keturunan – Diasaskan oleh kerabat diraja Melaka.

(f) Sistem Pembesar Empat Lipatan – Mengalami perubahan atau pengubahsuaian

(h) Alat kebesaran

(i) Undang-undang – Dipengaruhi Undang-undang Melaka

Warisan Negeri-negeri Melayu

Johor -Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor

Sultan - Sultan Abu Bakar telah memperkenalkan perlembagaan bertulis yang teratur dan lengkap.

Tubuh - Perlembagaan ini dinamakan Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor pada 1895.

Perkara - Perlembagaan ini mengandungi perkara tentang keturunan sultan sebagai pewaris takhta
pengiktirafan orang Melayu sebagai rakyat Johor, dan agama Islam sebagai agama negeri.

Raja - Mengikut undang-undang Tubuh Kerajaan Johor, raja hendaklah berbangsa Melayu, lelaki beragama

Islam dan waris pemerintah Johor.

Dilarang - Raja, Menteri, dan Jemaah Pangkuan Negeri dilarang menyerahkan negeri kepada kuasa atau kerajaan

lain.

MB - Raja berhak memilih Menteri Besar, manakala jawatan Naib Menteri Besar ditentukan oleh Jemaah

Menteri dengan perkenan Raja.

MMK - Menurut perlembagaan ini, Majlis Mesyuarat Kerajaan dibahagikan kepada dua, iaitu Majlis Negeri dan

Jemaah Menteri.

MN- Majlis Negeri yang mempunyai kuasa perundangan dipengerusikan oleh Menteri Besar dan

berfungsimembantu Raja dan Jemaah Menteri dalam mentadbir negeri dan rakyat.

JM - Jemaah Menteri pula yang mempunyai kuasa perlaksanaan terdiri daripada lapan hingga dua belas orang

pegawai kanan kerajaan yang menjadi ahli Majlis Negeri. Mereka haruslah berbangsa Melayu, beragama Islam,

dan rakyat Johor.

Kelantan - Sistem Jemaah Menteri

Jemaah - Kelantan telah mengamalkan Sistem Jemaah Menteri sejak pemerintahan Sultan Muhammad II dengan

tujuan untuk melicinkan pentadbiran dan pemerintahan Kelantan.

Lapan - Terdapat lapan badan jemaah Menteri dan setiap satunya dianggotai oleh empat orang pembesar.

Terengganu - Undang-undang Tubuh KerajaanTerengganu

Undang – Undang - Pada tahun 1911 Sultan Zainal Abidin III telah meluluskan Undang-undang Tubuh Kerajaan

Terengganu yang dikenali sebagai Ittiganilmuluk bita'dil ilsuluk yang bermaksud keyakinan kepada pemerintah yang

berdasarkan keadilan.

Berasaskan - Undang-undang ini yang berasaskan Undangundang Tubuh Kerajaan Johor, dan diperkenalkan

untuk menghalang British meluaskan kuasanya di Terengganu.

Pemerintah - Pemerintah Terengganu mesti beragama Islam, berbangsa Melayu, lelaki dan waris sultan yang

memerintah Terengganu.

MMK -Sultan dibantu oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Jemaah Menteri. Menteri yang menganggotai Mesyuarat

Kerajaan mestilah beragama Islam, berbangsa Melayu, rakyat Terengganu serta mengaku taat setia kepada Sultan dan

kerajaan.

Ahli - Ahli Mesyuarat Kerajaan bertanggungjawab membantu sultan dan jemaah Menteri untuk mentadbir

negeri, menggubal undangundang dan peraturan negeri, menjaga kebajikan rakyat menjaga keamanan negeri,
dan menjalinkan hubungan persahabatan dengan negeri lain.

Negeri Sembilan - Prinsip Demokrasi dan Konsep Persekutuan

Pertama - Negeri Sembilan merupakan negeri Melayu pertama yang bentuknya mirip persekutuan dan

mengamalkan sistem pemerintahan berdasarkan Adat Perpatih.

Pemimpin - Pelantikan pemimpin dibuat daripada peringkat paling bawah iaitu Anak Buah, diikuti oleh

Buapak, Lembaga, Undang yang kemudiannya melantik Yang Dipertuan Besar.

Luak - Ketua setiap luak ialah Undang dan mereka ini dipilih oleh Lembaga. Lembaga merupakan ketua suku

anggota masyarakat yang bertanggungjawab terhadap suku masing-masing.

Buapak - Di bawah lembaga ialah Buapak yang merupakan Ketua Perut dan setiap anggota perut dikenali sebagai

Anak Buah.

Pemilihan - Sistem pemilihan pemimpin di Negeri Sembilan mempunyai unsur demokrasi yang mementingkan

permuafakatan dan semangat kerjasama antara suku.


Bab 4

Pembinaan Negara dan Bangsa Malaysia

4.1 Malayan Union

Sebab-sebab Pengenalan Malayan Union

MU - Malayan Union cuba diperkenalkan oleh Kerajaan British pada 1 April 1946, bertujuan untuk menyediakan Tanah

Melayu ke arah berkerajaan sendiri.

Sebab-sebab

Licin - British juga menginginkan pentadbiran yang licin. Oleh itu gabungan Negeri-Negeri Selat (NNS), Negeri-Negeri

Melayu Bersekutu (NNMB), dan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu (NNMTB), akan menjadikan pentadbiran

British lebih licin

Menjimatkan - menjimatkan kos pentadbiran.

Bangsa - pembentukan Malayan Union akan membolehkan bangsa Malayan Union diwujudkan dan pendatang dapat

melupakan negara asal mereka.

Mengawal -Melalui pembentukan Malayan Union juga, British berharap dapat mengawal kuasa politik orang-orang

Melayu.

Ciri-Ciri Perjanjian Malayan Union 1946

Digabungkan - Dalam pentadbiran Malayan Union , semua NNMB dan NNMTB serta NNS telah digabungkan dan

pentadbirannya tertakluk kepada kerajaan British di London.

Edward - Edward Gent telah dilantik sebagai Gabenor Malayan Union yang pertama dan telah diisytiharkan pada 1 April

1946 di Carcosa Seri Negara, Kuala Lumpur.

Majlis - Dua buah badan pentadbiran telah dibentuk iaitu Majlis Eksekutif dan Majlis Undangan Malayan Union.

Jus Soli - Dalam pentadbiran Malayan Union kerakyatan akan diberi jus soli iaitu sesiapa sahaja boleh menjadi

warganegara asalkan is lahir di Tanah Melayu.

Singapura dipisahkan daripada pentadbiran Malayan Union kerana dianggap sebagai pelabuhan bebas yang

menguntungkan British.

Raja-raja - Dalam Malayan Union, raja-raja Melayu hanya menjadi ahli Majlis Raja-Raja dan hanya

membincangkan soal adat dan agama.

Pesuruhjaya - Seorang Pesuruhjaya Negeri dilantik bagi setiap negeri sebagai ketua pentadbir.
Reaksi Terhadap Malayan Union dan Faktor Penentangan

Harold - Orang-orang Melayu menentang Malayan Union kerana marah dengan tindakan Harold Mac Michael yang

telah mengugut raja-raja Melayu akan diturunkan takhta sekiranya enggan menandatangani perjanjian Malayan

Union seperti yang berlaku kepada Sultar Kedah.

Masa - Raja-raja Melayu telah menandatangani perjanjian Malayan Union tanpa diberi masa yang cukup seperti yang

berlaku kepada Sultan Perak.

Raja - Terdapat juga raja-raja Melayu yang bersetuju dengan Malayan Union kerana atas dasar setia kawan kepada

British seperti Sultan Selangor dan Sultan Johor.

Kehilangan - Pembentukan Malayan Union akan menyebabkan raja-raja Melayu kehilangan takhta dan kredibiliti sebagai

ketua orang Melayu. Raja-raja Melayu hanya menjadi ahli Majlis raja-raja Melayu tanpa sebarang kuasa.

Islam - Orang Melayu bimbang kedudukan agama Islam tercabar apabila kedudukan sultan yang menjadi ketua agama

Islam tergugat.

Kerakyatan - Pemberian kerakyatan yang longgar kepada orang dagang akan menyebabkan prang Melayu kehilangan

status quo sebagai penduduk asal Tanah Melayu.

Warisan - Orang Melayu juga bimbang akan kehilangan warisan tamadun yang telah dibina sejak Zaman Kesultanan

Melayu Melaka apabila Malayan Union dilaksanakan.

Pihak – Pihak yang menyokong Malayan Union

(a) Orang Dagang

(b) Golongan Melayu Radikal

(c) PKMM (Parti Kebangsaan Melayu Malaya)

(d) API(Angkatan Wanita Sedar), AWAS (Angkatan Wanita Sedar) , BATAS (Barisan Tani Malaya)

(e) Pegawai tadbir Melayu

Sebab-sebab Orang Dagang dan golongan Melayu radikal dan orang dagang yang menyokong Malayan Union.

Rata – mereka suka dasar sama rata yang menghapuskan hak-hak perlindungan orang Melayu.

Dapat – Dapat mengekalkan kewarganegaraan negara asal

Percaya – Mereka percaya dengan janji British untuk memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu.

Feudal – Mereka menolak sistem feudal

Republik – Merek a lebih suka sistem Republik seperti di Indonesia.

Besar – British sebuah kuasa besar dan yakin British dapat memajukan Tanah Melayu
Tindakan/Cara Orang Melayu Menentang Malayan Union

Bantahan - Orang-orang Melayu membuat bantahan terhadap pembentukan Malayan Union dengan mengadakan

demonstrasi secara besar-besaran.

Akhbar - Akhbar-akhbar Melayu seperti Utusan Melayu, Majlis, dan Warta Malaya telah menyatakan bantahan secara

berterusan.

Demontrasi - Orang Melayu juga telah mengadakan demonstrasi secara damai terutama semasa Harold Mac Michael

mendapatkan tandatangan raja-raja Melayu.

Persatuan - Persatuan-persatuan Melayu pula telah menghantar surat bantahan dan telegram ke pejabat Tanah Jajahan di

London.

DOJ - Pada 23 Januari 1946, Dato' Onn bin Ja'afar menyeru orang Melayu berkongres dan menubuhkan United Malays

Organization (U.M.O) untuk menentang Malayan Union.

Kongres - Susulannya pada 1 hingga 4 Mac 1946, sebanyak 41 pertubuhan Melayu telah menghadiri Kongres Melayu

SeMalaya yang telah diadakan di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur.

UMNO - Kongres ini telah bersetuju supaya orangorang Melayu menubuhkan parti UMNO bertujuan untuk

menyatukan orang-orang Melayu menentang Malayan Union.

Kedua - Kongres Melayu kedua telah diadakan dari 30 hingga 31 Mac 1946 bagi membantah pengisytiharan

Malayan Union pada 1 April 1946.

Rapat - Semasa kedatangan dua orang wakil parlimen Britain iaitu L. D. Gammans dan David Reese Williams,

orang-orang Melayu telah mengadakan rapat umum sebagai tanda bantahan.

Raja-raja - Raja-raja Melayu telah berkumpul di Kuala Kangsar pada 28 April 1946 untuk menyatakan bantahan

mereka.

4.2 Persekutuan Tanah Melayu 1948

Faktor-faktor Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu

(a) Ketegasan orang Melayu membantah Malayan Union.

(b) Sokongan bekas pegawai British seperti Frank Swettenham, R. O.. Winstedt, George Maxwell, dan Cecil Clementi

Smith.

(c) Sokongan daripada pegawai tinggi British seperti Malcom MacDonald, Sir Edward Gent, dan L. D. Gammans.

(d) Sikap politik orang Melayu yang sederhana telah mendorong British menerima kehendak mereka.

(e) UMNO dan raja-raja Melayu menuntut rundingan untuk menolak Malayan Union dan tidak menuntut

kemerdekaan daripada British.


Langkah-langkah Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu

JE - British telah menubuhkan Jawatankuasa Eksekutif yang terdiri daripada 12 orang ahli.

Tuntutan - Melalui mesyuarat yang diadakan di King's House, Kuala Lumpur, terdapat lima tuntutan yang dibuat

oleh orang Melayu. Antaranya ialah

(a) menolak semua prinsip Malayan Union.

(b) inginkan Persekutuan seperti konsep Negeri-Negeri Melayu Bersekutu

(c) menolak kerakyatan secara terbuka.

(d) menuntut dasar perlindungan terhadap negeri-negeri Melayu dan orang Melayu dipulihkan.

(e) menuntut raja-raja Melayu sebagai ketua negeri Melayu diakui semula.

Sebab-sebab orang dagang dan golongan radikal Melayu yang dipimpin oleh Dr. Burhanuddin al-Helmi.

Menentang Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu

(a) Mereka menentang kerana tidak ada perwakilan orang dagang dalam Jawatankuasa Eksekutif.

(b) Golongan ini menuntut konsep republik dan kemerdekaan penuh.

(c) Menubuhkan All Malayan Council of Joint Action (AMCJA) dan Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) pada awal

tahun 1947 untuk menentang British dan UMNO.

(d) Tindakan - AMCJA dan PUTERA telah bergabung dan mengadakan pelbagai tindakan seperti ceramah

politik, demonstrasi, dan mogok.

(e) AMCJA dan PUTERA telah mengemukakan Perlembagaan Rakyat

Perjanjian Persekutuan 1948

Ditubuhkan - Melalui perjanjian ini Persekutuan Tanah Melayu telah ditubuhkan secara rasmi pada 1 Februari

1948.

British - Walaupun Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan tetapi British masih menguasai Tanah Melayu.

Ini bermakna ada perkongsian kuasa antara raja-raja Melayu dengan Pesuruhjaya Tinggi British pada peringkat pusat.
Sultan - Sultan menjadi ketua Negeri dan berkuasa melantik Menteri Besar sebagai ketua pentadbir negeri.

Mengasaskan -Perjanjian ini mengasaskan sistem m pembahagian kuasa antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri

yang membentuk Senarai Persekutuan dan Senarai Negeri.


Ciri-ciri Utama Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu

Persekutuan - Sebuah Persekutuan dibentuk dengan gabungan 11 buah negeri.

Diketuai - Persekutuan Tanah Melayu telah diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British

Raja - Konsep Raja telah diasaskan.

Senarai - Senarai Persekutuan dan Negeri telah diwujudkan.

Pesuruhjaya - Pesuruhjaya Tinggi British menjaga kedudukan istimewa orang-orang Melayu.

Penerimaan Orang Melayu terhadap Persekutuan Tanah Melayu

Kerakyatan - Syarat kerakyatan dalam Persekutuan Tanah Melayu telah diperketatkan. Prinsip kerakyatan jus soli

adalah untuk Rakyat Raja Melayu bagi negeri-negeri Melayu dan rakyat , British bagi Negeri-Negeri Selat.

British - British mengiktiraf ketuanan Melayu sebagai asas pembentukan Persekutuan Tanah Melayu.

Institusi - Institusi raja-raja Melayu telah dikekalkan dalam bidang kuasa dan kedudukannya yang jelas dalam

pentadbiran. Setiap negeri Melayu mengadakan perjanjian dan perlembagaan bertulis dengan British. Perlembagaan

ini dikenali sebagai Undang-undang Tubuh Negeri yang digunakan sehingga ke hari ini.

Melindungi - British telah melindungi negeri-negeri Melayu, agama Islam, dan adat istiadat Melayu.

4.3 Pergerakan Politik di Sabah dan di Sarawak

Pergerakan Politik di Sarawak

Vyner - Charles Vyner Brooke telah menyerahkan Sarawak kepada British pada 1 Julai 1946 kerana beliau telah

tua dan uzur.

Anthony - Pengganti Vyner Brooke iaitu Anthony Brooke didapati tidak Iayak mentadbir dengan berkesan.

Gerald - Gerald Mac Bryan telah dihantar oleh Vyner Brooke untuk mendapat persetujuan pembesar Sarawak.

Menentang - Antara parti yang menentang penyerahan Sarawak kepada British ialah Persatuan Melayu

Sarawak (PMS), dan Persatuan Dayak Sarawak (PDS). Penentangan ini dipimpin oleh Datu Patinggi Abang Haji

Abdillah.

Sebab penentangan

Bertentangan - Masyarakat Melayu Sarawak menentang penyerahan ini kerana is bertentangan dengan

Perlembagaan 1941 yang menjanjikan kemerdekaan segera kepada Sarawak oleh Charles Vyner Brooke.

Berunding - Keputusan penyerahan juga dibuat oleh Brooke tanpa berunding dengan orang tempatan dan

ketua-ketua mereka.
Gerakan Anti Penyerahan di Sarawak

Menentang - Persekutuan Kebangsaan Melayu Sarawak (PKMS), Barisan Pemuda Sarawak (BPS), Barisan

Pemuda Melayu (BPM) Sibu, dan Persekutuan Dayak Sarawak (PD5) telah menentang pengisytiharan tersebut

secara terbuka.

Demontrasi - Mereka telah mengadakan demonstrasi dan menghantar surat bantahan kepada Kerajaan British.

British - Kerajaan British telah menghantar Surat Pekeliling Bil. 9 yang memberi amaran bahawa tindakan

akan diambil terhadap kakitangan kerajaan yang terlibat.

Kakitangan - Seramai 338 kakitangan awam Sarawak telah meletak jawatan ekoran daripada surat tersebut.

Pakatan - Pakatan sulit antara golongan pelajar dan orang muda Sarawak telah menghasilkan Kumpulan Rukun 13.

Rosli - Rosli Dhobi, ahli kumpulan Rukun 13, telah membunuh Duncan Stewart, Gabenor Sarawak yang kedua

pada tahun 1949.

Gantung - British telah menghukum gantung Rosli Dhobi dan rakan-rakannya yang terlibat dalam kejadian itu.

Pergerakan Politik di Sabah

Kegiatan - Kegiatan politik di Sabah amat perlahan, berpecah-belah, dan tidak berkesan.

Pertubuhan - Antara pertubuhan politik yang ditubuhkan ialah Persekutuan Kebangsaan Melayu Labuan (PKML),

dan Persatuan Melayu Jesselton (PMJ). Barisan Pemuda (BARIP) ialah persatuan sosioekonomi yang bersifat sederhana.

Tidak - Maka sebab itulah apabila Sabah dijadikan jajahan takluk British pada tahun 1946 tidak wujud tentangan

secara terbuka daripada penduduk tempatan.

Pada sekitar tahun 1951 persatuan-persatuan ini telah terkubur dengan sendirinya.
Bab 5

Pembinaan Negara dan Bangsa Yang Merdeka

Sistem Ahli

Melatih - Sistem Ahli yang dilaksanakan pada tahun 1951 bertujuan untuk melatih penduduk Tanah Melayu untuk

menerajui pentadbiran sendiri.

Idea - Idea penubuhannya telah dicetuskan oleh Dato' Onn Ja'afar bersama Sir Henry Gurney.

Model -Pesuruhjaya Tinggi British Sir Henry Gurney telah mencadangkan model Sistem Ahli yang ditiru dari

model negara Kenya dan Rhodesia Utara.

Ciri-ciri Sistem Ahli

Bayangan - Sistem Ahli ialah satu sistem kabinet bayangan yang terdiri daripada pegawai tadbir dan tokoh masyarakat

yang berpengaruh.

Ahli - Anggota Sistem Ahli dikenali sebagai Ahli.

Dilantik - Ahli akan dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi British dengan diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja

Melayu.

Sembilan - Ahli mengandungi sembilan orang yang terdiri daripada lima orang penduduk Tanah Melayu

dan empat orang pegawai British.

Kuasa - Ahli diletakkan di bawah kuasa Pesuruhjaya Tinggi.

Tanggungjawab Sistem Ahli

Tanggungjawab - Ahli-ahli yang dilantik diberikan tanggungjawab menjaga satu portfolio yang mengandungi

beberapa buah jabatan kerajaan.

Menguruskan – Menguruskan bertanggungjawab menguruskan pentadbiran harian jabatan mengikut dasar-dasar

yang sedia ada.

Mencadangkan - Mereka juga diarahkan mencadangkan undang-undang yang berkaitan dengan jabatannya untuk

dibentangkan dalam MPP (Majlis Perundangan Persekutuan).

Membincangkan - Ahli akan membincangkan cadangan undangundang yang berkaitan dengan jabatannya untuk

dibentangkan dalam MPP

Setuju - Pesuruhjaya Tinggi mestilah bersetuju dengan cadangan undang-undang itu dan cadangan undang-undang itu

merupakan pendirian pentadbiran British.


Anggota - Antara keanggotaan yang terdapat dalam Sistem Ahli, ialah Dato' Onn telah dilantik sebagai Ahli

dalam Negeri, manakala Dr. Lee Tiang Keng telah dilantik sebagai Ahli atau Menteri dalam Jabatan Kesihatan.

Dato' E. E. C Thuraisingham pula telah dilantik sebagai Ahli atau Menteri dalam Pelajaran.

Kepentingan Sistem Ahli

Tapak – Tapak asas untuk melatih penduduk tempatan ke arah berkerajaan sendiri.

Pendedahan - Sistem Ahli telah memberi pendedahan yang terbaik kepada penduduk tempatan untuk mentadbir

dan menerajui kerajaan sebelum diberi kemerdekaan pada tahun 1957.

Perpaduan – Ke arah perpaduan kaum kerana ahlinya terdiri daripada pelbagai kaum

Kemerdekaan – menunjukkan kemerdekaan yang bakal dicapai mendapat sokongan semua kaum

Maksud Pakatan Murni

Usaha - Pakatan Murni bermaksud satu usaha semua kaum di Tanah Melayu untuk menghasilkan kerjasama dan

tolak ansur.

Pakatan Mumi dan Praperikatan

Terdapat beberapa usaha untuk mengadakan Pakatan Murni dalam kalangan penduduk Tanah Melayu.

1. Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC)

Awal - Pada peringkat awalnya ahli Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC) hanya dianggotai oleh dua

kaum terbesar di Tanah Melayu iaitu orang Melayu dan Cina.

Melayu- Orang Melayu berada di bawah Dato' Onn Ja'afar

Cina - manakala orang Cina pula berada di bawah Tan Cheng Lock, iaitu bernaung di bawah UMNO dan

MCA.

Ogos - Pada bulan Ogos 1949, jawatankuasa ini telah dianggotai oleh enam pemimpin Melayu, enam Cina, dan

seorang India, Sri Lanka, Serani, dan Eropah.

Langkah - Antara langkah-langkah yang dipersetujui bersama dalam Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC) ialah

a. Penubuhan RIDA (Rural Industrial Development Authority).

Tujuan utama penubuhan RIDA ialah untuk membantu memajukan ekonomi dan pendidikan orang-orang

Melayu terutama di kawasan luar bandar.

b. Kerakyatan Negeri 1951 diberikan kepadaimigran yang lahir di Tanah Melayu dengan syarat ibu bapanya

telah menjadi warganegara Tanah Melayu.


Pilihan raya - Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum juga telah menuntut supaya kerajaan Inggeris mempercepatkan

diadakan pilihan raya terutama di peringkat perbandaran, negeri, dan Majlis Perundangan Persekutuan (MPP).

2.Keahlian UMNO

Keahlian - Langkah kedua, Dato' Onn Ja'afar ialah mengemukakan idea supaya keahlian UMNO dibuka kepada semua

kaum pada tahun 1951.

Ditentang - Namun langkah Dato' Onn ini telah ditentang oleh ahli-ahli UMNO menyebabkan beliau beliau

meninggalkan UMNO

3. Parti Kemerdekaan Malaya (IMP)

Menubuhkan - Dato ‘ Onn Jaafar menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP).

Sambutan - Namun IMP tidak mendapat sambutan daripada kaum Cina, India, dan kaum lain di Tanah Melayu

kerana mereka tidak merasakan bahawa mereka adalah satu bangsa Tanah Melayu.

4. Persidangan Kebangsaan 1953

Diadakan - Persidangan Kebangsaan diadakan pada Februari 1953 di King's House, Kuala Lumpur.

Tujuan - Tujuan Sir Malcom MacDonald mengadakan persidangan kebangsaan ini ialah untuk mencapai

kerjasama politik bagi mengurangkan perasaan perkauman.

5. Konvensyen Kebangsaan 1953

TAR - Pada tahun 1953, Tunku Abdul Rahman pula telah menganjurkan Konvensyen Kebangsaan yang disertai oleh

pelbagai parti dan persatuan politik.

Mengasaskan - Konvensyen Kebangsaan (1953) akhirnya mengasaskan pembentukan Parti Perikatan.

Perikatan Serta Pilihan Raya Majlis Perbandaran


dan Majlis Perundangan Persekutuan 1955

Pilihan raya - Pada tahun 1952, British telah bersetuju mengadakan Pilihan raya Perbandaran Kuala Lumpur.

Usaha - Atas usaha Dato' Abdul Razak (UMNO) dan Ong Yoke Lin (MCA), kerjasama UMNO-MCA

telah menghasilkan kemenangan kepada parti tersebut.

Perbandaran - Dalam Pilihan raya Perbandaran di beberapa buah bandar utama parti UMNO-MCA telah memenangi

26 daripada 37 kerusi yang dipertandingkan.

Negeri - Dalam Pilihanraya Negeri tahun 1954, Parti Perikatan UMNO-MCA telah memenangi 226 daripada 268

kerusi yang dipertandingkan.

Pakatan - Kemenangan parti UMNO-MCA ini telah menunjukkan adanya pakatan murni dan kerjasama dalam

politik.

MIC - Pada tahun 1955 sebelum diadakan pilihan raya umum MIC telah menyertai Parti Perikatan.
MPP - Pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan (MPP) diadakan pada tahun 1955.

Manifesto - Antara manifesto Parti Perikatan ialah

a. menuntut kemerdekaan dalam masa empat tahun.

b. Menjadikan perkhidmatan awam bercorak tempatan

c. Menjaga hak asasi manusia .

d. Menjaga hak raja-raja Melayu sebagai Raja Berperlembagaan .


.
Kemenangan - Pada tahun 1955, apabila diadakan Pilihanraya Umum, Parti Perikatan telah mendapat

kemenangan yang amat cemerlang dengan memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan.

Kabinet - Hal ini membolehkan Tunku Abdul Rahman membentuk kabinet sendiri dan beliau telah dilantik

sebagai Ketua Menteri.

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957

Suruhanjaya Reid

Diketuai - Suruhanjaya ini diketuai oleh Lord Reid

Dianggotai - dianggotai oleh lima orang hakim daripada negara Komanwel.

Tugas - Tugas suruhanjaya ini ialah untuk merangka sebuah perlembagaan bagi Persekutuan Tanah Melayu yang

merdeka.

Menerima - Suruhanjaya ini telah menerima 131 memorandum daripada pelbagai pihak seperti daripada Raja-raja

Melayu, orang perseorangan, dan pertubuhan politik.

Mengesahkan - Setelah diterima oleh Parlimen British, Majlis Mesyuarat Perundangan Persekutuan Tanah Melayu

turut mengesahkannya pada 17 Ogos j 1957. Hasilnya, lahirlah Perlembagaan Persekutuan 1957.

Hasil Pakatan Murni

Jus Soli - Isu yang paling hangat diperdebatkan ialah isu kerakyatan jus soli.

Raja-raja - Selepas beberapa rundingan dibuat, raja-raja Melayu telah menerima kerakyatan jus soli dengan syarat

orang bukan Melayu mengiktiraf kedudukan istimewa orang t" Melayu dalam Persekutuan Tanah Melayu.

Agama - Agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan Tanah Melayu

Bahasa - Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.


Isi-Isi Penting Perjanjian Persekutuan 1957

Ditandatangani - Perjanjian Persekutuan 1957 telah ditandatangani oleh Raja-Raja Melayu dengan Kerajaan
British pada 15 Ogos 1957.

Penubuhan - Antara isi penting perjanjian tersebut ialah penubuhan sebuah Kerajaan Persekutuan iaitu Kerajaan

Persekutuan Tanah Melayu.

Senarai – Terdapat pembahagian kuasa antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri yang dikenali sebagai

Senarai Persekutuan dan Senarai Negeri.


Pemerintahan - Pemerintahan Tanah Melayu adalah bercorak Raja Berperlembagaan
Ketua - Ketua Negara Yang diPertuan Agong dan Ketua Negeri ialah .; Sultan-Sultan atau Raja-raja Melayu.

Tiga - Terdapat tiga jenis kerakyatan diwujudkan iaitu, Kuat Kuasa Undang-undang, Permohonan, dan

Naturalisasi.

Istimewa - Kedudukan istimewa orang-orang Melayu dikekalkan.

Islam - Agama rasmi Persekutuan Tanah Melayu'iaian agama Islam dan bahasa Melayu sebagai bahasa

kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu.

Hak – Hak istimewa orang-orang Melayu dipelihara termasuk mewujudkan Tanah Simpanan Melayu.

Demokrasi - Pentadbiran negara bercorak Demokrasi Berparlimen dengan mewujudkan Dewan

Rakyat dan Dewan Negara.

Menteri - Pada peringkat negeri, Menteri Besar ialah Ketua Kerajaan Negeri, dan beliau dibantu oleh

Dewan Undangan Negeri dan EXCO.


Bab 6

Pengukuhan Negara dan bangsa Malaysia

Cadangan Ke Arah Pembentukan Malaysia

1. Lord Brassey ( Pengarah Syarikat Borneo Utara) -1887.

Penggabungan – Mencadangkan penggabungan Sabah, Sarawak, Negeri-negeri Melayu dan negeri-

negeri Selat

2. Sir Malcom MacDonald -1948

Mencadangkan Sabah, Sarawak, Brunei, Singapura dan tanah Melayu digabungkan.

3. Dato’ Onn Jaafar 1956

Mencadangkan Persekutuan Tanah Melayu dinamakan Malaysia selepas digabungkan dengan Sabah, Sarawak, Brunei

dan Singapura.

4. Pemimpin Singapura – Lim Yew Hock, Lee Kuan Yew dan David Marshall

Melibatkan - Penggabungan hanya melibatkan Tanah Melayu dan Singapura.

5. Tunku Abdul Rahman

Gagasan - Mengumumumkan Gagasan Malaysia pada tahun 1961 yang bakal menggabungkan Tanah Melayu, Singapura,

Sabah, Sarawak dan Brunei.

6.1 Faktor-Faktor Pembentukan Malaysia

Faktor Politik

Barisan - Kebangkitan pengaruh Barisan Sosialis dianggap sebagai satu gerakan berhaluan kiri oleh Lee Kuan Yew.

Membimbangkan - Keadaan ini membimbangkan Lee Kuan Yew yang memimpin Parti Tindakan Rakyat (PAP) kerana

hal ini akan menggugat rancangan British untuk memerdekakan Singapura.

Komunis - Ancaman komunis juga digunakan oleh Lee Kuan Yew untuk menggesa British menggabungkan Singapura

dan Tanah Melayu dengan alasan Tanah Melayu mempunyai pengalaman yang lama dalam membanteras pengaruh Parti

Komunis Malaya (PKM).

Ancaman - Ancaman komunis di Sarawak (Clandestine Communist Organization) juga membimbangkan Tanah Melayu

dan mendorong Tunku Abdul Rahman untuk membentuk Malaysia.


Kemerdekaan

Mempercepatkan - Pembentukan Malaysia akan mempercepat kemerdekaan Sarawak, Sabah, Singapura, dan Brunei bagi

sama-sama menikmati sosioekonomi dan politik.

Dekolonisasi - Penubuhan Malaysia adalah proses dekolonisasi British terhadap negeri-negeri kecil yang belum

membangun seperti yang diusulkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 1960.

Penyebaran - Kejayaan pembentukan Malaysia diharap akan menstabilkan Asia Tenggara dan seterusnya dapat

menghalang penyebaran pengaruh komunis di Singapura dan wilayahwilayah Borneo.

Faktor Ekonomi

Pasaran - Untuk mewujudkan pasaran yang lebih luas bagi menggalakkan pelaburan dan perkembangan industri

pertanian.

Sumber - Untuk memanfaatkan sumber dalam negeri yang banyak seperti getah dan bijih timah di Tanah Melayu, balak

di Sarawak dan Sabah serta minyak di Brunei.

Faktor Sosial

Mengimbangi - Pembentukan Malaysia adalah untuk mengimbangi jumlah dan kadar pertumbuhan kaum dalam kalangan

negeri-negeri anggota dengan memasukkan Sarawak, Sabah, dan Brunei ke dalam gabungan.

Memajukan - Selain itu, kemerdekaan yang cepat diperlukan untuk memajukan negeri anggota dan negeri-negeri yang

belum membangun seperti Sarawak dan Sabah.

Kesepakatan - Untuk memperlihatkan wujudnya kesepakatan dan semangat setiakawan antara Persekutuan Tanah

Melayu dengan Sarawak, Sabah, dan Singapura untuk memajukan negeri masing-masing demi kepentingan bersama.

6.2 Reaksi Terhadap Pembentukan Malaysia

Reaksi dalam Negeri

Persekutuan Tanah Melayu

Kebanyakan - Kebanyakan parti politik Persekutuan Tanah Melayu menyokong idea ini walaupun terdapat perbezaan

pendapat tentang pelaksanaannya.

PAS - Contohnya, Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS) dan Barisan Sosialis mahukan idea pembentukan Malaysia

dirundingkan terlebih dahulu dalam kalangan penduduk Persekutuan Tanah Melayu.

UMNO - UMNO pula menyetujui penggabungan dengan Sarawak, Sabah, dan Brunei tanpa Singapura.
Singapura

LKY - Lee Kuan Yew dan partinya PAP ingin bergabung dengan Persekutuan Tanah Melayu kerana bimbang pengaruh

parti berhaluan kiri yang kuat serta beliau ingin mempertahankan kedudukannya.

MUNS - Menjelang Disember 1961, Majlis Undangan Negeri Singapura meluluskan usul penggabungan ini.

Barisan - Parti pembangkang Singapura yang terbesar iaitu, Barisan Sosialis menentang idea ini dan menganggap

bahawa Malaysia merupakan satu penjajahan bentuk baru.

Pandangan - Mereka juga menuntut agar pandangan rakyat Singapura diperoleh terlebih dahulu sebelum Singapura

menyertai gabungan ini.

Disokong - Pandangan ini disokong oleh parti Buruh pimpinan Marshall dan Parti Rakyat Bersatu atau United People's

Party pimpinan Ong Eng Guan.

Referendum - Melalui referendum iaitu pungutan suara pada 1 September 1962, pengundi Singapura memilih

penggabungan dengan Persekutuan Tanah Melayu.

Brunei

Sultan - Pada peringkat awal, Sultan Brunei Sultan Omar Ali Saifuddin menyokong gagasan Malaysia dan membentuk

sebuah suruhanjaya untuk meninjau pendapat rakyat Brunei.

PRB - Parti Rakyat Brunei (PRB), pimpinan A. M. Azahari menentang gagasan Malaysia kerana ingin membentuk

Persekutuan Borneo, iaitu Kerajaan Kalimantan Utara yang terdiri daripada Sarawak, Sabah, dan Brunei. Mereka juga

menganggap gagasan ini sebagai satu bentuk penjajahan baru (neokolonialisme).

Pemberontakan - A. M Azahari telah melancarkan pemberontakan di bawah pasukan Tentera Nasional Kalimantan

Utara yang ditubuhkan di beberapa buah bandar di Sarawak, Sabah, dan Brunei.

Menangguhkan - Pemberontakan ini dilancarkan apabila Majlis Mesyuarat Undangan Negeri Brunei dan Sultan Brunei

menangguhkan keputusan tentang gagasan Malaysia.

Disokong - Mereka juga disokong oleh Indonesia dan Filipina tetapi pemberontakan ini dapat dipatahkan oleh British.

A.M Azahari - A. M. Azahari yang berada di Manila tidak dapat ditangkap, kemudiannya mendapat perlindungan politik

di Indonesia.

Sarawak

Parti - Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) dipimpin oleh Ong Kee Hui dan Parti Negara Sarawak (PANAS) yang

dipimpin oleh Dato' Bandar Abang Haji Mustapha merupakan dua parti politik sebelum penubuhan Malaysia.
PANAS merupakan parti pertama menyokong penubuhan Malaysia.

SUPP - SUPP menentang pembentukan ini.

Perikatan - Kemudiannya parti-parti seperti PANAS, Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP), Barisan Rakyat Jati Sarawak

(BERJASA), Sarawak Chinese Association (SCA), dan Parti Pesaka Anak Sarawak (PESAKA) telah bergabung

membentuk Parti Perikatan Sarawak yang menyokong pembentukan Malaysia dan berusaha menyekat pengaruh SUPP

yang menentang pembentukan ini.

Sabah

Lahir - Di Sabah, selepas pengumuman Tunku Abdul Rahman tentang pembentukan Malaysia, maka lahirlah parti-parti

politik.

Parti - Antara parti tersebut ialah Pertubuhan Kebangsaan Kadazan Bersatu (UNKO), Pertubuhan Kebangsaan Sabah

Bersatu (USNO), Parti Pasok Momugun, Parti Bersatu, dan Parti Demokratik.

Perikatan - Pada September 1962, UNKO, USNO, Pasok Momugun, Parti Bersatu, dan Parti Demokratik telah bersatu

membentuk Parti Perikatan Sabah dan menyokong penyertaan Sabah ke dalam Malaysia.

Perkara 20 - Parti Perikatan Sabah mengemukakan 20 syarat yang dikenali sebagai Perkara 20 yang kemudiannya

diterima pula oleh Sarawak.

Perlembagaan - Perkara 20 menyenaraikan tuntutan Sabah dan Sarawak untuk dimasukkan ke dalam Perlembagaan

Malaysia yang baru oleh Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK).

Melindungi - Tuntutan ini bagi melindungi hak dan kepentingan penduduk Sarawak dan Sabah.

Perbezaan - Terdapat sedikit perbezaan dalam pembahagian kuasa antara Sarawak dan Sabah dengan negeri-negeri di

Semenanjung Tanah Melayu yang dikenali sebagai Hak Wilayah Asingan.

Perkara - Antara perkara lain yang terkandung di dalam Hak Wilayah Asingan ialah Ketua Negeri, Bahasa Kebangsaan,

agama Islam, kedudukan istimewa penduduk asal negeri dan hal-ehwal imigresen, kerakyatan, peruntukan kewangan,

dan pelajaran.

Membezakan - Perkara-perkara inilah yang membezakan Perlembagaan Malaysia 1963 dengan Perlembagaan

Persekutuan Tanah Melayu 1957.

Reaksi Luar Negara

Indonesia

Tidak - Pada awalnya Indonesia tidak menunjukkan sebarang reaksi terhadap pembentukan Malaysia, namun pada tahun

1962, Indonesia mulai menganggap pembentukan Malaysia sebagai satu bentuk neokolonialisme yang akan mengancam

Indonesia.
Konfrantasi - Pandangan daripada Parti Komunis Indonesia (PKI) ini telah mempengaruhi Presiden Soekarno untuk

mengisytiharkan Dasar Konfrontasi, iaitu satu tindakan politik dan ketenteraan ke atas Malaysia.

Ganyang - Dasar Konfrontasi dengan konsep Ganyang Malaysia, iaitu satu usaha untuk memusnahkan pembentukan

Malaysia diumumkan pada 20 Januari 1963.

Ekonomi - Ancaman Indonesia untuk mengancam Malaysia dari segi ekonomi tidak berlaku kerana tindakan ini akan

menjejaskan Indonesia juga.

Pengintip - Indonesia bertindak dengan menghantar pengintip untuk memusnahkan gagasan Malaysia secara sulit.

Menyerang - menyerang kapal-kapal nelayan Tanah Melayu, pencerobohan udara, dan melancarkan serangan melalui

Johor, Sabah, dan Sarawak

Usaha – Antara usaha Malaysia menghadapi konfrontasi:

(a) meminta bantuan tentera Komanwel termasuklah dari Britain, Australia, New Zealand, dan Kanada melalui perjanjian

pertahanan dengan Britain.

(b) Tunku Abdul Rahman menghantar bantahan rasmi kepada Setiausaha Agung Bangsa-Bangsa Bersatu berhubung

pencerobohan Indonesia ini.

(c) berusaha memelihara kedaulatan negara dan rakyat apabila Indonesia memburukkan nama Malaysia di negara Afro-

Asia dan negara Dunia Ketiga.

(d) Perwakilan Malaysia yang diketuai Tun Abdul Razak telah mengadakan lawatan ke beberapa buah negara Afrika

bagi menjelaskan isu Indonesia Malaysia ini.

Soeharto - Pada September 1965, Jeneral Soeharto telah menggulingkan Presiden Soekarno.

Adam - Kemudiannya, Presiden Soeharto menghantar Menteri Luar Indonesia, Adam Malik bagi memelihara hubungan

diplomatik MalaysiaIndonesia.

Berakhir - Menjelang Ogos 1966, berakhirlah konfrontasi Indonesia-Malaysia.

Filipina

Presiden - Presiden Macapagal telah membuat pengumuman rasmi menuntut hak terhadap Sabah yang didakwanya

sebagai sebahagian daripada milik Kesultanan Sulu berdasarkan perjanjian 22 Januari 1878 antara Sultan Jamalul Alam

dengan Baron von Overbeck.

Overbeck - Overbeck kemudiannya menjual haknya kepada Alfred Dent yang menubuhkan syarikat perdagangan serta

berjaya memperoleh Piagam Diraja daripada British.

SBUB - Syarikat ini kemudiannya dikenali sebagai Syarikat British Borneo Utara (SBUB) yang memerintah Sabah

sehingga kedatangan Jepun.

Menyerahkan - Pada tahun 1946, SBUB menyerahkan pemerintahan Sabah kepada kerajaan British. Walau
bagaimanapun, pajakan ini diisytiharkan tamat pada 22 Januari 1958 oleh Sultan Esmail Kiram, waris Sultan Sulu yang

terakhir.

Mengiktiraf - Menjelang Jun 1966, Filipina mula mengiktiraf penubuhan Malaysia menerusi usaha membaiki hubungan

antara kedua-dua negara melalui MAPHILINDO (Malaysia, Filipina, dan Indonesia).

6.3 Langkah-Langkah Pembentukan Malaysia

1. Lawatan

TAR - Tunku Abdul Rahman mengadakan lawatan ke Sabah dan Sarawak serta ke Brunei untuk menerangkan konsep,

tujuan, dan matlamat penubuhan Malaysia.

2. Rundingan

Rundingan - Rundingan diadakan antara pegawai-pegawai kanan Persekutuan Tanah Melayu dengan pegawai British

dari Sabah, Sarawak, dan Singapura.

3. JPPK (Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Kaum)

JPPK - Hasilnya sebuah Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Kaum (JPPK) ditubuhkan pada Julai 1961 di Singapura

yang dipengerusikan oleh Donald Stephens.

Menerangkan - JPPK berperanan menerangkan kepada orang ramai tentang gagasan Malaysia, mengumpul pandangan

penduduk, dan menggalakkan usaha ke arah kewujudan Malaysia.

Mesyuarat - Mesyuarat telah diadakan di Jesselton (Sabah), Kuching (Sarawak), Kuala Lumpur s (Persekutuan Tanah

Melayu), dan di Singapura.

Memorundum - Dalam mesyuarat di Singapura pada Februari 1962, ahli-ahli telah mengemukakan satu memorandum

kepada Suruhanjaya Cobbold yang dibentuk oleh British. Memorandum ini mengandungi pandangan penduduk Sabah

dan Sarawak untuk dimasukkan dalam perlembagaan baru.

4. Suruhanjaya Cobbold

Dianggotai - Suruhanjaya Cobbold dianggotai oleh tiga orang pegawai British iaitu Lord Cobbold, Sir Anthony Abell,

dan Sir David Watherston. Rakyat tempatan yang menyertai suruhanjaya ini ialah Dato' Wong Pow Nee dan Tan Sri

Ghazali Shafie.

Meninjau - Suruhanjaya ini ditubuhkan untuk meninjau pendapat rakyat Sabah dan Sarawak tentang gagasan Malaysia

serta membuat penilaian dan mengemukakan cadangan kepada British.

Laporan - Suruhanjaya Cobbold yang menjalankan tugas dari Februari hingga April 1962, telah mengeluarkan

laporannya pada Jun 1962 dan mendapati bahawa satu pertiga menyokong gagasan Malaysia tanpa syarat, satu pertiga

menyokong dengan syarat kepentingan mereka harus dilindungi, dan satu pertiga lagi inginkan kemerdekaan sebelum

menyertai Malaysia.
Cadangan - Selain itu, suruhanjaya ini juga telah mengemukakan beberapa cadangan. Antaranya ialah:

(a) Perlembagaan Malaysia yang baru harus berasaskan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, 1957.

(b) Sarawak dan Sabah diberi kuasa menentukan dasar imigresennya dan bahasa Melayu dijadikan Bahasa Kebangsaan.

(c) Jaminan terhadap hak dan kedudukan bumiputera Sarawak dan Sabah.

(d) Pemberian nama Malaysia kepada negara yang baru dibentuk.

(e) Penentuan tarikh penubuhan Malaysia.

Diperincikan - Cadangan suruhanjaya Cobbold diperincikan lagi oleh Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK).

5. Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK)

Ditubuhkan - JAK ditubuhkan pada bulan Ogos 1962 dan dianggotai oleh wakil-wakil dari Persekutuan Tanah Melayu,

Britain, Sarawak, dan Sabah. Pengerusinya ialah Lord Landsdowne (Menteri Negara bagi Tanah Jajahan) dan dibantu

oleh Tun Abdul Razak (Timbalan Perdana Menteri bagi Persekutuan Tanah Melayu).

Mengunjungi - Kedua-duanya mengunjungi Sarawak dan Sabah untuk memberi penerangan mengenai penubuhan

Malaysia.

Mewajarkan - JAK bertujuan untuk mewajarkan kemasukan Sarawak dan Sabah ke dalam gagasan Malaysia dan

membincangkan hak dan kepentingan penduduk Sarawak dan Sabah.

Pembentukan Malaysia

Dibentuk - Menjelang Disember 1962, Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sarawak, dan Sabah bersetuju Malaysia

dibentuk pada 31 Ogos 1963.

Tentangan - Walau bagaimanapun, pembentukan mendapat tentangan dari Indonesia dan Filipina yang telah menyulitkan

lagi penubuhan Malaysia.

Meninjau - Bagi mengatasi masalah ini beberapa langkah telah diambil. Antaranya: Pakistan, Jepun, dan Republik Arab

Bersatu bagi meninjau sekali lagi pendapat penduduk Sarawak dan Sabah.

Majoriti - Hasilnya, majoriti penduduk Sarawak danSabah bersetuju menyertai gagasan Malaysia hasil usaha

bersungguh-sungguh kerajaanPersekutuan Tanah Melayu dan PartiPerikatan.

Tarikh - Namun begitu, tarikh pembentukan Malaysia terpaksa ditunda kepada 16 September 1963 kerana laporan

daripada PBB tidak dapat disiapkan serta wujudnya tentangan yang berterusan dari Indonesia dan Filipina.

Brunei - Brunei telah menarik diri pada saat-saat akhir.


Bab 7

Sistem Pemerintahan dan Pentadbiran Negara Malaysia

7.1 Ciri-ciri Demokrasi Berparlimen

Mengamalkan - Sejak merdeka pada tahun 1957, Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen Raja

Berperlembagaan.

Rakyat - Demokrasi Berparlimen bermaksud rakyat terlibat dalam sistem pemerintahan, manakala Raja-raja Melayu

menjadi lambang taat setia rakyat.

Peluang - Dalam pemerintahan demokrasi berparlimen, rakyat mempunyai peluang-peluang berikut:

(a) membentuk kerajaan;

(b) bebas memilih wakil-wakil rakyat melalui pilihan raya.

(c) menyokong, mengekal atau menukar kerajaan melalui pilihan raya.

Ditetapkan - Sistem pemerintahan negara kita ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan.

Perlembagaan

Tertinggi – Perlembagaan ialah undang-undang tertinggi yang menjadi asas bagi pembentukan sesebuah kerajaan.

Mengandungi - Perlembagaan mengandungi peraturan dan panduan kepada kerajaan untuk melaksanakan kuasa

mentadbir negara.

Perkara - Perlembagaan negara kita diperkenalkan pada 16 September 1963 yang mengandungi 183 perkara.

Kepentingan Perlembagaan

Peranan perlembagaan

(a) Menjamin kestabilan sesebuah negara dengan menetapkan bentuk pemerintahannya.

(b) Menjamin kecekapan, kejujuran, keadilan, ketelusan, dan kelicinan pemerintahan.

(c) Menjamin taat setia rakyat kepada negara kerana rakyat yang tidak taat setia atau menjadi rakyat negara lain boleh

dibatalkan kewarganegaraannya.

(d) Menjamin hak asasi dan kebebasan rakyat seperti berpersatuan, beragama, dance memiliki harta.

(e) Menjamin hak istimewa dan kedudukan orang Melayu serta bumiputera Sabah dan Sarawak dari segi perjawatan

dalam perkhidmatan awam, biasiswa, kemudahan pendidikan, dan pemberian lesen perniagaan tanpa mengabaikan kaum

lain.

(f) Menjamin kerjasama dan kesepakatan, keadilan dan kepentingan bersama , Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan
Negeri melalui pembahagian kuasa bagi mengelakkan pertikaian.

(g) Menjamin agar hak istimewa dan kedudukan orang Melayu serta bumiputera Sabah dan Sarawak tidak dipersoalkan.

Pindaan Perlembagaan

Pindaan - Pindaan Perlembagaan bermaksud menambah atau memansuhkan perkara-perkara I tertentu dalam

Perlembagaan.

Bertujuan - Pindaan bertujuan untuk

(a) melindungi kepentingan rakyat

(b) menjaga keseiamatan negara

(c) melicinkan urusan pentadbiran negara.

Kepentingan - Kepentingan rakyat dilindungi dengan cara menyesuaikan perlembagaan dengan keadaan semasa supaya

relevan dan munasabah untuk dipatuhi.

Keselamatan - Keselamatan negara dijaga dengan cara melarang perkara-perkara sensitif dipersoalkan secara terbuka,

misalnya tentang

(a) pemerintahan beraja

(b) agama Islam

(c) kedudukan bahasa Melayu

(d) hak istimewa orang Melayu

Terdapat empat kaedah pindaan (lihat jadual di bawah ini) terhadap Perlembagaan.
Raja Berperlembagaan

Raja - Raja Berperlembagaan bermaksud sistem pemerintahan beraja mengikut peruntukan yang telah ditetapkan dalam

Perlembagaan Persekutuan.

YDA - Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjalankan tugas mengikut bidang kuasa yang ditetapkan oleh

Perlembagaan.

Bertindak - Baginda hendaklah bertindak mengikut nasihat Perdana Menteri, kecuali dalam perkaraperkara tertentu yang

memerlukan budi bicara baginda untuk membuat keputusan.

Dipilih - Yang di-Pertuan Agong hendaklah dipilih daripada kalangan sembilan orang raja Melayu secara bergilir-gilir.

Bidang - Antara bidang kuasa baginda

(a) Menjadi ketua negara dengan mengetuai tiga badan kerajaan, iaitu badan perundangan, badan pelaksana, dan

badan kehakiman.

(b) Menjadi satu komponen dalam Parlimen dan berkuasa memanggil atau membubarkan Parlimen.

(c) Ketua Tertinggi Angkatan Bersenjata dan berkuasa mengampun atau menangguhkan hukuman terhadap pesalah yang

dibicarakan di Mahkamah Tentera.

(d) Menjaga dan memelihara hak dan kedudukan istimewa orang Melayu.

(e) Ketua agama Islam bagi negeri baginda sendiri dan negeri-negeri yang tidak beraja seperti Pulau Pinang, Melaka,

Sabah, Sarawak, dan Wilayah Persekutuan. (f) Melantik Perdana Menteri dan melantik

atau melucutkan anggota Jemaah Menteri atas nasihat Perdana Menteri.

(g) Mengisytiharkan undang-undang darurat.

(h) Melantik anggota Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

(i) Melantik ahli Perkhidmatan Kehakiman (Ketua Hakim Negara dan hakim)

(j) melantik Peguam Negara.

(k) melantik Ketua Audit Negara.

(I) mentauliahkan duta-duta negara ke negara lain.

Kuasa Pemerintahan

Pengasingan - Malaysia mengamalkan konsep pengasingan kuasa dalam pemerintahan bagi mengelakkan pembolotan

kuasa.

Badan - Kuasa pemerintahan dibahagikan kepada tiga badan iaitu

(a) badan perundangan


(b) badan pelaksana

(c) badan kehakiman.

Badan Perundangan (Legislatif)

Perundangan - Di negara kita, badan perundangan ialah Parlimen.


Komponen - Parlimen terdiri daripada tiga komponen iaitu

(a) Yang di-Pertuan Agong

(b) Dewan Negara

(c) Dewan Rakyat.

Dewan - Dewan Negara (Senat) sebagai dewan tertinggi mempunyai ciri-ciri yang berikut:

(a) Mengandungi 69 ahli (2 orang bagi setiap negeri bagi 13 negeri, seorang bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,

seorang bagi Wilayah Persekutuan Labuan dan seorang bagi Wilayah Persekutuan Putrajaya, dan 40

orang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.

(b) Ahlinya digelar Senator.

(c) Ahlinya dilantik bukan melalui pilihan raya.

(d) Setiap ahlinya berkhidmat selama satu penggal (3 tahun) tetapi tidak melebihi 2 penggal semasa berterusan atau ber-

selang-seli.

(e) Ahlinya mestilah berusia 30 tahun ke atas.

(f) Taraf ahlinya sama dengan Ahli Parlimen.

(g) Ahlinya boleh dilantik menganggotai Jemaah Menteri.

(h) 40 ahli yang dilantik oleh YDPA merupakan tokoh-tokoh yang memberi sumbangan cemerlang kepada negar

dalam pelbagai bidang.

Rakyat -Dewan Rakyat adalah dewan rendah tetapi penting kerana menjadi simbol keterlibata rakyat dalam

pemerintahan.

Ciri-ciri Dewan Rakyat adalah seperti yang berikut:

(a) Mengandungi 219 orang ahli

(b) Ahlinya dipilih dalam pilihan raya

(c) Setiap ahli berkhidmat selama 5 tahun

(d) Tugas utama ialah menggubal undang-undang

(e) Undang-undang yang digubal dipanggil akta (undang-undang yang dibuat oleh Dewan Undangan Negeri Sabah dan

Sarawak dinamai ordinan, manakala bagi negeri-negeri lain dinamai enakmen).


Badan Pelaksana (Eksekutif)

Menggubal - Badan pelaksana ialah badan yang menggubal dasar-dasar kerajaan.

Jemaah - Di Malaysia, badan pelaksana ialah Jemaah Menteri atau Kabinet, iaitu badan pembuat dasar yang tertinggi

dalam negara kita.

Ketua - Ketua Jemaah Menteri ialah Perdana Menteri.

Mengetuai - Lazimnya, Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri mengetuai sebuah atau beberapa kementerian.

Kementerian - Setiap kementerian pula diketuai oleh seorang Menteri dan dibantu oleh seorang atau dua orang Timbalan

Menteri, Setiausaha Parlimen, dan Setiausaha Politik.

Menteri - Menteri yang tidak mengetuai kementerian dipanggil Menteri Tak Berpotfolio atau Tugas-tugas Khas.

Fungsi - Fungsi kementerian ialah menggubal dasar-dasar kerajaan dan merancang serta menyelaras program

pembangunan dan sosial.

Terdapat - Sekarang terdapat 26 kementerian di negara kita.

Dibantu - Jemaah Menteri atau Kabinet dibantu oleh kakitangan perkhidmatan awam.

Ketua - Ketua perkhidmatan awam ialah Ketua Setiausaha Negara (KSN) yang berperanan mengawasi perjalanan

kementerian dan jabatan kerajaan.

KSK - Ketua perkhidmatan awam peringkat kementerian ialah Ketua Setiausaha Kementerian dan dibantu oleh

kumpulan pegawai perkhidmatan awam.

Fungsi - Fungsi kakitangan perkhidmatan awam ialah melaksanakan dasar dan tugas yang ditetapkan oleh kerajaan.

Jabatan - Sesebuah kementerian lazimnya mempunyai beberapa jabatan dan cawangan-cawangan di peringkat negeri

dan daerah.

KP - Ketua bagi jabatan dikenali sebagai Ketua Pengarah, manakala ketua cawangan peringkat negeri dipanggil

Pengarah.

Berkanun - Badan-badan separuh kerajaan dipanggil badan berkanun dan mempunyai kuasa autonomi dari segi

pentadbiran dan peruntukan kewangan.

Ditadbir - Badan-badan berkanun ditadbir oleh satu Lembaga Pengarah yang bertanggungjawab kepada Menteri

berkenaan.

Banyak - Terdapat banyak badan berkanun yang mempunyai pelbagai bidang tugas untuk mempercepatkan pentadbiran

dan program pembangunan.

Suruhanjya - Banyak suruhanjaya dibentuk bagi tujuan pelantikan, kenaikan pangkat, clan pemantauan disiplin
kakitangan perkhidmatan awam, misalnya:

(a) Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan

(b) Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

(c) Suruhanjaya Perkhidmatan Undang-undang dan Kehakiman

(d) Suruhanjaya Pasukan Polis

(e) Majlis Angkatan Tentera

Badan Kehakiman (Judisiari)

Fungsi - Fungsi badan kehakiman


(a) Mendengar dan menentukan pelaksanaan keadilan dalam perkara sivil dan jenayah.

(b) Menentukan kesahihan undang-undang yang digubal oleh badan perundangan dan badan pelaksana.

(c) Mentafsir Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeni.

Tugas - Tugas kehakiman dilaksanakan melalui sistem mahkamah.

Kuasa - Mahkamah awam mempunyai kuasa

(a) mentafsir perlembagaan

(b) mentafsir undang-undang

(c) mengisytiharkan kesahihan atau ketidaksahihan sesuatu undang-undang yang digubal oleh Kerajaan Persekutuan atau

Kerajaan Negeri.

Meminda - Mahkamah tidak boleh meminda undangundang kerana tugas ini ialah tugas badan perundangan (Parlimen).

Struktur Struktur mahkamah awam di negara ini adalah seperti yang ditunjukkan di bawah

Hakim - Hakim dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri.

Tidak - Hakim tidak boleh terlibat dalam politik bagi mengelakkan mereka daripada pengaruh politik.

Penasihat - Penasihat undang-undang kerajaan ialah Peguam Negara.

Peguam - Fungsi Peguam Negara ialah Pendakwa Raya atau Peguam Bela bagi Kerajaan dan dibantu oleh Pegawai

Pekhidmatan Undang-Undang dan Kehakiman.


Pilihan Raya

Proses - Pilihan raya ialah proses memilih wakil rakyat bagi peringkat persekutuan dan negeri.

Dikendalikan - Pilihan raya dikendalikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Dua - Terdapat dua jenis pilihan raya di negara kita, iaitu pilihan raya umum dan pilihan raya kecil.

Umum - Pilihan raya umum di Semenanjung untuk memilih wakil rakyat peringkat persekutuan (Parlimen) dan negeri

(Dewan Undangan Negeri) diadakan serentak.

Berasingan - Di Sabah dan Sarawak, pilihan raya umum untuk Parlimen dan Dewan Undangan Negeri diadakan

berasingan.

Kecil - Pilihan raya kecil diadakan jika sesuatu kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri itu kosong sama ada

disebabkan oleh kematian, perletakan jawatan, atau perlucutan jawatan wakil rakyatnya.

Mesti - Pilihan raya kecil mesti diadakan dalam tempoh 60 hari bagi Semenanjung atau 90 hari bagi Sabah dan Sarawak

selepas kekosongan diisytiharkan secara rasmi.

Berkempen - Tempoh berkempen yang dibenarkan adalah tempoh 7 hingga 15 hari.

Pihak - Terdapat tiga pihak penting dalam pilihan raya, iaitu SPR, calon, dan pengundi.

Suruhanjaya Pilihan Raya

Anggota - Anggota SPR dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong melalui rundingan dengan Majlis Rajaraja.

Menjamin - Tujuan penubuhan SPR adalah untuk menjamin pilihan raya dilakukan dengan adil dan bebas.

Fungsi - Fungsi SPR

(a) Menentukan persempadanan kawasan-kawasan pilihan raya

(b) Menjalankan pendaftaran pemilih

(c) Mengendalikan pilihan raya.

Urus setia - Bagi tujuan pilihan raya, SPR menubuhkan sebuah urus setia untuk memastikan pilihan raya dijalankan

secara efektif dan adil.

Ketua - Ketua urus setia ialah seorang setiausaha yang dilantik oleh SPR yang berperanan sebagai Ketua Eksekutif dan

Ketua Pentadbir urus setia.

Dibantu - Urus setia tersebut dibantu oleh sekumpulan kakitangan perkhidmatan awam.
Calon

Calon - Calon-calon yang layak bertanding mestilah

(a) warganegara Malaysia

(b) berusia 21 tahun ke atas

(c) sempurna akal

(d) bukan muflis

(e) tidak memegang jawatan dalam perkhidmatan awam

(f) tidak disabitkan dengan kesalahan oleh mahkamah yang membawa hukuman penjara selama 12 bulan atau denda

RM2000 dan tidak mendapat pengampunan (hanyaboleh bertanding selepas 5 tahun dari tarikh ia dijatuhkan hukuman

tersebut).

(g) boleh bertanding mewakili parti tertentu atau sebagai calon bebas.

(h) bendaftar sebagai calon pada hari penamaan calon.

Pengundi

Seseorang yang layak mengundi

(a) Mendaftar sebagai pengundi

(b) Warganegara Malaysia

(c) Berusia 21 tahun ke atas

(d) Tinggal di mana-mana kawasan pilihan raya

(e) Boleh mengundi dalam satu kawasan pilihan raya sahaja

(f) Anggota pasukan keselamatan, rakyat Malaysia di luar negara, dan pengundi yang jauh dari kawasan pilihan raya

boleh mengundi secara pos .

Parti Politik di Malaysia Sehingga Tahun 1963

Prtubuhan - Parti politik merujuk kepada pertubuhan yang dianggotai oleh sekumpulan orang yang mempunyai ideologi

politik untuk mencapai matlamat bersama.

Ciri-ciri - Ciri-ciri parti politik

(a) Mempunyai ideologi tertentu,

(b) Berjuang untuk mendapatkan kuasa,

(c) Ahli-ahli membayar yuran keahlian, dan

(d) Selalunya ahlinya setia kepada perjuangan parti.


Perkauman - Selain ideologi, sentimen perkauman juga menjadi asas pembentukan parti politik dan penyatuan ahli-

ahlinya.

Kaum - Parti Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), Parti Cina SeTanah Melayu (MCA), dan Kongres India

Tanah Melayu (MIC) misalnya ditubuhkan untuk menyatu dan memelihara kepentingan kaum masingmasing.

7.2 Negara Persekutuan

Kuasa - Kuasa kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan melalui tiga senarai
utama:

(a) Senarai Persekutuan-mengandungi aspek di bawah bidang kuasa kerajaan persekutuan

(b) Senarai Negeri - mengandungi aspek di bawah bidang kuasa kerajaan negeri

(c) Senarai Bersama - mengandungi aspek di bawah bidang kuasa kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri. 3 Dalam

persekutuan, hubungan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri mesti dijaga untuk

(a) membentuk kerajaan persekutuan yang stabil dan berwibawa.

(b) membantu mengurangkan perbalahan etnik.

(c) menjamin keharmonian.

Kerajaan Persekutuan

Bidang - Kerajaan Persekutuan mempunyai bidang kuasa yang luas dalam pentadbiran negara.

Eksekutif - Kuasa eksekutif terletak pada Yang di-Pertuan Agong (YDPA).

Kabinet - Jemaah Menteri (Kabinet) hanya menjalankan kuasa eksekutif bagi pihak YDPA.

Kerajaan Negeri

Sultan - Kuasa eksekutif peringkat negeri terletak pada sultan atau Yang di-Pertua Negeri (YDPN).

Pentadbiran - Urusan pentadbiran negeri tertakluk pada perlembagaan negeri masing-masing.

Kabinet - Kabinet negeri bagi negeri-negeri di Semenanjung dipanggil Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO),

manakala di Sabah dipanggil Kabinet, dan di Sarawak pula dipanggil Majlis Tertinggi.

Negeri - Pentadbiran negeri dijalankan oleh kabinet negeri dan tiga pegawai kerajaan (ex-officio), iaitu Setiausaha

Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-undang Negeri.


Bab 8

Pembangunan dan Perpaduan Untuk Kesejahteraan

Pembangunan Ekonomi

Lima – Pembangunan ekonomi dilaksanakan melalui Rancangan Pembangunan Lima Tahun. Pada peringkat awal dua

rancangan dibentuk

(a) Dasar Ekonomi Baru (DEB)

(i) Membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat tanpa mengira kaum.

(ii) DEB tamat pada tahun 1990.

(b) Dasar Pembangunan Nasional (DPN)

(i) DPN ditubuhkan selepas DEB sehingga


tahun 2000.

Tumpuan - Kedua-dua rancangan ini memberi tumpuan terhadap pembangunan kawasan luar bandar.

DEB - Melalui DEB dan DPN, banyak dasar pembangunan dan agensi kerajaan diwujudkan secara bersepadu bagi

memastikan kejayaan pembangunan ekonomi negara.

Rancangan Pembangunan Lima Tahun

Tahap - Rancangan Pembangunan Lima Tahun terbahagi kepada dua tahap

(a) Tahap Pertama (1956-1970)

(b) Tahap Kedua (1971-1990)

Tahap Pertama

Rancangan Malaya Pertama

Matlamat - Antara matlamat Rancangan Malaya Pertama

(a) Membangunkan kawasan luar bandar dengan merapatkan jurang pendapatan antara penduduk bandar dan luar bandar.

(b) Mengurangkan kemiskinan penduduk luar bandar dengan mempelbagaikan aktiviti ekonomi dan sumber pendapatan

selain hasil getah dan bijih timah.

(c) Memberi penekanan kepada sektor ekonomi, sosial, dan awam.

(i) Sektor ekonomi

-Pembukaan tanah baru

-Penanaman semula getah oleh pekebun kecil secara ladang

- Hasil keluaran pertanian dipelbagaikan


- Perusahaan melombong bijih timah diperluas

(ii) Sektor sosial

- Tumpuan diberi kepada perkhidmatan kesihatan, pendidikan, dan perhubungan.

(iii) Sektor awam

- Infrastruktur seperti balai polis, kem tentera, pejabat pos, mahkamah, Pembangunan Ekonomi

Pembangunan - Pembangunan ekonomi dilaksanakan melalui Rancangan Pembangunan Lima Tahun. Pada peringkat

awal dua rancangan dibentuk

(a) Dasar Ekonomi Baru (DEB)

(i) Membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat tanpa mengira kaum.

(ii) DEB tamat pada tahun 1990.

(b) Dasar Pembangunan Nasional (DPN)

(i) DPN ditubuhkan selepas DEB sehingga tahun 2000.

Tumpuan - Kedua-dua rancangan ini memberi tumpuan terhadap pembangunan kawasan luar bandar.

Dasar - Melalui DEB dan DPN, banyak dasar pembangunan dan agensi kerajaan diwujudkan secara bersepadu bagi

memastikan kejayaan pembangunan ekonomi negara.

Rancangan Pembangunan Lima Tahun

Tahap - Rancangan Pembangunan Lima Tahun terbahagi kepada dua tahap

(a) Tahap Pertama (1956-1970)

(b) Tahap Kedua (1971-1990)

Tahap Pertama

Rancangan Malaya Pertama

Matmat - Antara matlamat Rancangan Malaya Pertama

(a) Membangunkan kawasan luar bandar dengan merapatkan jurang pendapatan antara penduduk bandar dan luar bandar.

(b) Mengurangkan kemiskinan penduduk luar bandar dengan mempelbagaikan aktiviti ekonomi dan sumber pendapatan

selain hasil getah dan bijih timah.

(c) Memberi penekanan kepada sektor ekonomi, sosial, dan awam.

(i) Sektor ekonomi

- Pembukaan tanah baru

- Penanaman semula getah oleh pekebun kecil secara ladang

- Hasil keluaran pertanian dipelbagaikan


-Perusahaan melombong bijih timah diperluas

(ii) Sektor sosial

- Tumpuan diberi kepada perkhidmatan kesihatan, pendidikan, dan perhubungan.

(iii) Sektor awam

- Infrastruktur seperti balai polis, kem tentera, pejabat pos, mahkamah

Ditubuhkan -Ditubuhkan RIDA ( Lembaga Pembangunan Indistri Desa) dan FELDA (Lembaga Kemajuan Tanah

Persekutuan)

Peranan - Peranan RIDA ialah –

(i) Membangunkan masyarakat luar bandar dengan memberi pinjaman kepada pengusaha pertanian kecil,

membantu pemasaran hasil pertanian dan menggalakkan penyertaan orang melayu dalam sektor perniagaan

FELDA – FELDA pula berperanan

(i) meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar dan meningkatkan hasil pertanian negara.

(ii) membuka tanah baru secara besar-besaran untuk pertanian dan membina petempatan baru dengan

dilengkapi kemudahan asas

(iii) membentuk petani moden – mengusahakan getah dan kelapa sawit

Kementerian - Kemeterian Pembangunan Negara dan Luar Bandar berfungsi

(i) menyelaras dan menjayakan program pembanguan luar bandar

(ii) Meletakkan RIDA dan FELDA di bawah pengawasannya

Kurang – Rancangan Malaya pertama kurang berjaya kerana

(i) ancaman komunis dan zaman darurat . Tumpuan diberikan kepada keselamatan negara.

(ii) Harga getah dan bijih timah di pasaran dunia merosot

Rancangan Malaya Kedua

Menekankan – menekankan pembangunan penduduk luar bandar iaitu dengan merapatkan jurang pendapatan penduduk

bandar dan luar bandar.

Mengurangkan – mengurangkan kadar kemiskinan dan meninkatkan taraf hidup rakyat

Tanah - Pembukaan tanah baru di bawah FELDA dipergiatkan

Mempelbagaikan – mempelbagaikan jenis tanaman iaitu hasil pertanian bagi mengurangkan penggantungan negara

terhadap getah dan bahan import.

FAMA - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) ditubuhkan pada tahun 1965 yang berperanan membantu
petani mengatasi masalah pemasaran hasil pertanian dan meningkatkan hasil pendapatan mereka.

Menyediakan - Rancangan Malaya Kedua menyediakan infrastruktur sosial seperti pelajaran, kesihatan, perumahan, dan

peluang pekerjaan.

BGN - Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar mewujudkan Bilik Gerakan Negara di Kuala Lumpur.

(i) Berperanan menyelaraskan kegiatan dan pembangunan pada peringkat negeri, daerah, dan kampung.

Buku - Buku Merah dilancarkan dan mengandungi program, pelaksana, dan kaedah dapat mengesan tahap pencapaian

diperkenalkan.

Rancangan Malaysia Pertama

Tumpuan - Tumpuan diberikan kepada integrasi nasional, iaitu memastikan semua program pembangunan memfokuskan

kesejahteraan rakyat yang merangkumi semua bidang ekonomi.

Projek - Proiek yang dijalankan oleh FELDA, ialah Tiga Segi Jengka, Johor Tenggara, dan Pahang Tenggara.

Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Negara (FELCRA)

(a) membantu FELDA menjalankan pembangunan ekonomi di kawasan luar bandar.

(b) pada tahun 1966, RIDA diganti dengan MARA (Majlis Amanah Rakyat).

(c) Penubuhan Bank Bumiputera telah menggalakkan penyertaan dalam sektor perusahaan dan perdagangan.

Majlis Amanah Rakyat (MARA)

(a) matlamatnya membantu bumiputera dalam perdagangan dan perindustrian.

(a) strategi MARA adalah untuk membantu usahawan bumiputera, menambah guna tenaga bumiputera, meningkatkan

eikuiti bumiputera, dan menyediakan kemudahan asas kepada bumiputera.

Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS)

(a) ditubuhkan pada tahun 1969.

(b) menggiatkan penyertaan bumiputera dalam sektor perusahaan dan perdagangan.

Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian(MARDI)

(a) menjalankan penyelidikan dan memper kenalkan teknologi bagi meningkatkan hasil keluaran pertanian kecuali getah.

Agensi - Dalam sektor perindustrian, beberapa agensi telah terlibat:

(a) Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) ditubuhkan pada tahun 1967.

(b) Lembaga Penasihat Tarif.

(c) Akta Pelaburan Tahun 1969 (menggalakkan kemunculan industri baru).

13 Mei - Pertumbuhan ekonomi terbantut ekoran peristiwa 13 Mei 1969. Masih wujud masalah perpaduan kerana jurang

perbezaan pendapatan antara kaum masih ketara.


Tahap Kedua

DEB - Rancangan Pembangunan Lima Tahun di bawah DEB.

Matlamat - Matlamat Rancangan Malaysia Kedua adalah d untuk menyelesaikan masalah ekonomi dan sosial antara

kaum, kawasan, dan wilayah.

Tumpuan - Tumpuan diberi dalam usaha

(i) membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dengan menambahkan

pendapatan

(ii) menyediakan peluang pekerjaan bagi merapatkan jurang ekonomi

(iii) menghapuskan identiti kaum mengikut fungsi ekonomi.

Luar bandar - Program pembangunan kawasan luar bandar diteruskan melalui beberapa agensi.

Agensi - Agensi yang terlibat adalah Kementerian Tanah dan Kemajuan wilayah yang bertujuan melaksanakan program

pembangunan wilayah.

Lain - Agensi lain membantu golongan petani, menggalakkan perkembangan perusahaan dan perdagangan serta

memajukan bandar.

Rancangan Malaysia Ketiga

Aspirasi - Mendokong aspirasi DEB.

Membasmi - Membasmi kemiskinan dan menyusun semula . masyarakat.

Program – program pembangunan pertanian dan perindustrian diteruskan untuk meningkatkan produktiviti, membuka

peluang pekerjaan dan meningkatkan taraf hidup rakyat.

Agensi - Beberapa agensi terlibat dalam pembukaan . tanah secara besar-besaran

(a) Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA)

(b) Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah . (KETENGAH)

(c) Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA)

(d) Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR)

Tumpuan - Agensi ini memberi tumpuan kepada penanaman getah dan kelapa sawit untuk tujuan eksport.

Terlibat - Agensi pembangunan wilayah juga terlibat dalam sektor pembangunan industri dan pembangunan bandar baru.

Rancangan Malaysia Keempat

Mendukung - Mendukung aspirasi DEB dan, pelancarannya dibuat ketika negara mengalami kelembapan ekonomi.
Meneruskan - Meneruskan program pembangunan ekonomi dalam Rancangan Malaysia Ketiga.

Berat - Tumpuan lebih diberikan kepada perkembangan perusahaan berat yang berasaskan pelaburan modal dan

penggunaan teknologi tinggi serta keperluan tenaga pekerja mahir.


HICOM - Perbadanan Industri Berat Malaysia (HICOM) ditubuhkan pada akhir 1980 dengan tujuan mengenalpasti,

memulakan, dan menguruskan projek industri berat dengan cekap seperti yang dikendalikan oleh sektor swasta.

Kawasan - Terdapat kawasan perusahaan baru yang dibuka di negeri-negeri seperti Skudai (Johor), 5enawang (Negeri

Sembilan), Bintulu (Sarawak), dan Menggatal serta Likas (Sabah).

Zon - Memperkenal zon perdagangan bebas, iaitu Bayan Lepas (Pulau Pinang), dan Sungai Way (Selangor).

Program - Pada tahun 1983, dua program telah dilancarkan

(a) Kajian Dasar Perindustrian Malaysia

Untuk -mengenalpasti kelemahan dalam struktur perindustrian.

(b) Kajian Pelan Induk Perindustrian

Menyediakan hala tuju pembangunan industri dan strategi pelaksanaannya.

Dasar - Dasar Penswastaan dan Dasar Pensyarikatan Malaysia melibatkan sektor swasta supaya dapat mengurangkan

beban kewangan yang ditanggung oleh kerajaan.

PNB - Pemodalan Nasional Berhad (PNB) telah ditubuhkan dan Skim Amanah Saham Nasional (ASN) ditubuhkan pada

tahun 1981 dengan tujuan mengimbangi pemilikan harta dan saham perindustrian antara kaum bumiputera dengan kaum

bukan bumiputera.

DPN - Dasar Pertanian Negara (DPN) ditubuhkan pada tahun 1984, iaitu memberi tumpuan kepada perkembangan sektor

pertanian dengan tujuan memoden dan menggiatkan semula sektor pertanian secara bersepadu dengan menyediakan

infrastruktur dan perkhidmatan sokongan.

Rancangan Malaysia Kelima

Meningkatkan - Meningkatkan sektor perindustrian dengan melonggarkan peraturan mengawal hak milik syarikat dan

perlesenan dalam sektor swasta.

Syarat - Syarat pelaburan modal asing dilonggarkan untuk meningkatkan pelaburan sektor perindustrian berorientasikan

eksport.

Kecekapan - Kerajaan berusaha meningkatkan kecekapan pengurusan agensinya agar dapat bekerjasama dengan sektor

swasta dengan lebih berkesan.

Membangunkan - Membangunkan kawasan luar bandar dari segi penggunaan tanah dan industri desa (kraftangan) diberi

perhatian supaya dapat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Menyediakan - Menyediakan kemudahan kredit dan insentif yang diperluas melalui Bank Pertanian Malaysia, Skim
Pinjaman Khas Pertanian, dan Amanah Ikhtiar Malaysia.

Pelancongan - Sektor pelancongan menubuhkan Perbadanan Pelancongan Malaysia dengan melancarkan Tahun Melawat

Malaysia pada tahun 1990.


Penyelidikan - Bidang penyelidikan dan pembangunan dibuat bertujuan meningkatkan keupayaan dan kecekapan guna

tenaga tempatan untuk meningkatkan produktiviti negara.

Perasaan - Perasaan tidak puas hati antara kaum masih timbul sehingga berlakunya peristiwa 13 Mei 1969.

Berjaya - Pelaksanaan DEB berjaya merapatkan jurang antara kaum serta wilayah.

Dasar Pembangunan Ekonomi

Memenuhi - Dasar Pembangunan Ekonomi diperkenalkan untuk memenuhi keperluan ekonomi moden yang berteraskan

perindustrian.

Dasar Pertanian Negara

Ditubuhkan - Dasar Pertanian Negara (DPN) ditubuhkan pada 12 Januari 1984 dengan tujuan untuk

(i) meningkatkan pendapatan sektor pertanian ke tahap maksimum menerusi pengurusan sumber ekonomi negara yang

cekap dan berkesan.

(ii) mamaksimumkan - Memaksimumkan pendapatan pekebun kecil di samping memajukan komoditi utama yang

berpotensi untuk dieksport.

Strategi - Strategi DPN adalah untuk menggalakkan pembukaan tanah-tanah baru di bawah rancangan FELDA, agensi

pembangunan wilayah clan, kerajaan negeri.

In-situ - Program pembangunan in-situ diperkenalkan untuk memulihkan kawasan yang berproduktiviti rendah, iaitu

dengan menyediakan perkhidmatan sokongan pertanian seperti pemasaran, kredit, subsidi, dan penyelidikan.

Dasar Pensyarikatan Malaysia

Ditubuhkan - Dasar Pensyarikatan Malaysia ditubuhkan pada 25 Februari 1983 dengan tujuan untuk

(i) merangsang penglibatan sektor swasta secara aktif dan berkesan dalam pembangunan negara.

Panel - Sebuah panel perunding antara pihak kerajaan dan sektor swasta telah ditubuhkan bagi melaksanakan dasar

tersebut.

Swasta - Sektor swasta perlu memahami dasar kerajaan dan mengutamakan kepentingan nasional dalam aktiviti ekonomi

di samping mendapatkan keuntungan maksimum.

Kerajaan - Kerajaan bertindak memberi perkhidmatan sokongan untuk memudahkan operasi sektor swasta.

Dasar Penswastaan

Dilancarkan - Dasar Penswastaan dilancarkan pada Mac 1983 oleh Perdana Menteri (Dr. Mahathir Mohammad)

bertujuan
(i) memindahkan perkhidmatan, perusahaan, kepentingan pelaburan, dan kuasa tertentu kepada sektor swasta.

(ii) mengurangkan beban kewangan kerajaan dan meningkatkan produktiviti serta kuaiiti perkhidmatan atau barangan

kerana sektor swasta dianggap lebih cekap daripada sektor awam.


UPE - Unit Perancang Ekonomi (UPE) bertindak sebagai jawatankuasa penswastaan yang memberi panduan kepada

sesebuah kementerian atau jabatan yang ingin menjalankan penswastaan.

Dasar Hala Tuju Cara Baru

Dasar - Dasar Hala Tuju Cara Baru bertujuan untuk

(i) membangunkan kawasan luar bandar dengan meningkatkan pendapatan petani dan pekerja desa melalui penglibatan

mereka dalam sektor pelaburan.

Strategi -

(i) Terdapat tiga strategi yang digunakan, antaranya mengelompokkan kampung- kampung menjadi petempatan

yang lebih besar supaya segala kemudahan dapat disediakan dengan lebih ekonomik.

(ii) Meningkatkan pendapatan golongan petani dan pekerja desa melalui program usahawan desa yang terlibat dengan

industri pembuatan barangan.

(iii) Pelaksanaan projek pembangunan oleh agensi kerajaan untuk meningkatkan pendapatan penduduk luar bandar.

Dasar Peningkatan Daya Pengeluaran Negara (DPDPN)

Dasar Peningkatan Daya Pengeluaran Negara (DPDPN) bertujuan

(i) mencapai kadar pertumbuhan ekonomi yang berterusan.

(ii) Memastikan penggunaan sumber negara pada tahap maksimum bagi mengelakkan sebarang pembaziran

(ii) memastikan sektor perindustrian dapat bersaing pada peringkat antarabangsa.

Strategi - Strategi dasar ini adalah membaiki sistem pengurusan operasi, struktur organisasi, dan penggunaan teknologi

terkini serta penerangan nilai dan etika kerja yang murni.

Dasar Kependudukan

Dikemukakan - Dasar Kependudukan dikernukakan oleh bekas Perdana Menteri pada 29 Mac 1984 dengan tujuan untuk

mencapai sasaran 70 juta penduduk menjelang tahun 2010.

Kepentingan –

(i) Dalam jangka panjang, dapat memberi kesan positif terhadap bekalan tenaga kerja, peningkatan produktiviti dan

perluasan pasaran.

(ii) Jumlah penduduk yang besar dapat menyumbang ke arah kekuatan politik dan keselamatan negara.

Strategi –
(i) Menitikberatkan keselarasan antara kadar pertumbuhan penduduk dengan kadar pertumbuhan sosioekonomi negara

khususnya yang berkait dengan kemudahan pendidikan, perumahan, kesihatan, dan peluang pekerjaan.

Dasar Pendidikan Kebangsaan

Penyata Razak (1956)

Jawatankuasa - Pada tahun 1955, Kerajaan Perikatan telah membentuk sebuah Jawatankuasa Pelajaran yang

dipengerusikan oleh Dato' Abdul Razak Hussein (Menteri Pelajaran).

Antara cadangan Penyata Razak:

(a) Mengemukakan dua elemen penting.

(b) Sistem pendidikan yang sama bagi semua penduduk dan penyeragaman kurikulum

yang bercorak kebangsaan.

(c) Menubuhkan sekolah jenis umum yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar bagi sekolah rendah.

(d) Menubuhkan sekolah menengah yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

(e) Penggunaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris diwajibkan di semua sekolah.

(f) Penyata Razak dijadikan Ordinan Pelajaran 1957.

Laporan Rahman Talib (1960)

Jawatankuasa - Pada tahun 1960, sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi mengkaji Ordinan Pelajaran 1960 yang

dipengerusikan oleh Encik Abdul Rahman Haji Talib (Menteri Pelajaran). 2 Berdasarkan laporan jawatankuasa atau

Laporan - Laporan Rahman Talib 1960, terdapat cadangan tambahan dalam Penyata Razak

(a) Sekolah umum dijadikan sekolah kebangsaan jenis umum sebagai sekolah jenis kebangsaan.

(b) Pelajaran diberi secara percuma kepada pelajar sekolah rendah kerajaan tanpa mengira keturunan dan agama.

(c) Menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan.

Perkara - Antara perkara yang terkandung dalam Laporan Rahman Talib:

(a) Sekolah rendah yang menggunakan bahasa Inggeris ditukar kepada bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

(b) Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di semua sekolah menengah.

(c) Pendidikan agama Islam akan diajar di semua sekolah bantuan penuh kerajaan, iaitu jika terdapat tidak kurang

daripada 15 orang pelajar Islam.

(d) Begitu juga bahasa d na dan Tamil akan diajar di sekolah kebangsaan, iaitu jika terdapat tidak kurang daripada 15

orang pelajar.

(e) Semua peperiksaan diadakan dalam bahasa Melayu.

Akta - Semua syor-syor ini diterima dan digubal menjadi Akta Pelajaran 1961.
Kajian Aminudin Baki

Kajian Aminudin Baki, aneka jurusan tahun 1965 telah diperkenalkan dengan tujuan:

(a) Menampung pelajar-petajar yang gagal memasuki sekolah menengah akademik.

(b) Menyediakan kursus kemahiran bagi melahirkan tenaga kerja mahir.

(b) Kursus kemahiran yang diajar merangkumi Perdagangan, Sains Rumah Tangga, Seni Perusahaan, dan Sains

Pertanian.

Laporan Jawatankuasa kabinet 1974

Tujuan

(a) Melahirkan sumber tenaga Malaysia yang diperakukan Glen negara.

(b) Melahirkan masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin, dan terlatih.

(c) Penguasaan dalam membaca, menulis, dan mengira (bahasa Melayu).

(d) Kenaikan darjah secara automatik.

(e) Keutamaan pada sekolah vokasional, swasta, bahasa Melayu, sebagai mata pelajaran wajib kokurikulum dan disiplin.

Laporan Jawatankuasa 1979

KBSR - Pada tahun 1982, Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dilaksanakan.

KBSM - Pada tahun 1988, Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) merangkumi aspek jasmani,

emosi, rohani, dan intelek diperkenalkan.


Bab 9

Malaysia dalam Kerjasama Antarabangsa


9.1 Konflik Antarabangsa

Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua

Perang Dunia Pertama (1914-1918)

Faktor-faktor

Faktor - Perang Dunia pertama berlaku disebabkan oleh faktor politik dan ekonomi.

(i) Faktor politik berlaku dengan munculnya nasionalisme

(ii) Munculnya sistem pakatan negara-negara Eropah

(iii) Merangkumi Perikatan Kuasa Tengah : terdiri daripada Jerman, Austria-Hungary, dan Itali. Kemeudian disertai

Turki dan Bulgaria.

(iv) Pakatan Bertiga. Terdiri daripada British, Perancis dan Russia. Kemudiannya disertai Itali dan Jepun.

(v) Berlakunya persaingan kuasa-kuasa besar dalam merebut peluang ekonomi.

Perang - Nasionalisme yang kuat telah mencetuskan perang dalam kalangan kuasa-kuasa besar.

Imprealisme - Imperialisme yang wujud telah menyebabkan berlakunya persaingan dalam kalangan kuasa Eropah bagi

membentuk lingkungan pengaruh bagi mendapatkan bahan mentah dan memasarkan barangan slap mereka.

Persaingan - Persaingan antara Perikatan Kuasa Tengah dan Pakatan Bertiga telah mengancam perimbangan dunia yang

wujud pada ketika itu.

Pembunuhan - Pembunuhan Archduke Franz Ferdinand pada 28 Jun 1914 oleh seorang pengganas Serbia dianggap

sebagai faktor segera tercetusnya Perang Dunia Pertama.

Austria - Jerman menyokong Austria menyerang Serbia yang disokong oleh Rusia dan Perancis.

Serangan - Serangan ke atas Perancis melalui Belgium telah menimbulkan kemarahan Britain.

Kesan Perang

(i) Dari segi politik, pemerintahan beraja di Eropah telah ditamatkan.

(ii) Persidangan Damai pada Jun 1919 dan termeterinya Perjanjian Versailles - telah mengubah peta Eropah dan

membentuk beberapa buah negara baru.

(iii) Perjanjian ini telah membentuk Liga Bangsa yang menggalakkan keamanan dan kerjasama antarabangsa serta

menjamin keselamatan bersama. Liga Bangsa terdiri dari Negara-negara Berkecuali dan negara-negara bersekutu
kecuali Amerika Syarikat. Liga Bangsa gagal menjamin kesejahteraan dunia.

(iv) Dari segi ekonomi, berlaku inflasi dan hutang disebabkan perbelanjaan perang yang terlalu besar. Amerika Syarikat

dan Jepun mula menguasai pasaran dunia.


(v) Britain mengalami kerugian 1/3 daripada perdagangan luarnya.

(vi) Dari segi sosial, banyak berlaku kehilangan nyawa.

Perang Dunia Kedua (1939-1945)

Faktor-faktor

(i) Kegagalan Perjanjian Versailles serta perubahan politik di Jerman, Soviet Union, Itali, dan Jepun adalah faktor

tercetusnya Perang Dunia Kedua. Pemimpin Jerman tidak berpuas hati dengan Perjanjian Versailles kerana dipaksa

membayar pampasan perang yang tinggi, kehilangan tanah jajahan serta jumlah angkatan tentera dikurangkan.

(ii) Dari segi ekonomi, berlaku kemelesetan ekonomi pada awal tahun 1930-an.

Lenin - Vladimir Lenin telah mengukuhkan ideologi komunis di Rusia dengan bantuan tentera dari Amerika Syarikat,

Britain, Perancis, dan Jepun.

Jepun - Jepun berhasrat untuk menguasai negaranegara Timur dengan tujuan untuk membebaskan negara-negara ini dari

penjajahan barat.

Kemelesetan - Kemelesetan ekonomi di Amerika Syarikat menyebabkan bantuan pinjaman kepada Jerman terpaksa

dihentikan.

Negara - Negara Eropah seperti Britain, Perancis, dan Itali terpaksa mengurangkan jumlah peruntukan ketenteraan.

Jerman - Hal ini tidak menjadi soal, sebaliknya Jerman menguatkan ketenteraan dan menjalankan perluasan kuasa bagi

mengalih perhatian rakyatnya dari masafah ekonomi.

Berlaku - Perang Dunia Kedua berlaku selepas Jerman menyerang Poland.

Pearl - Jepun pula bertindak menyerang Pearl Harbour secara mengejut pada 7 Disember 1941 dan mengalahkan

angkatan perang Amerika Syarikat di Lautan Pasifik.

Pakatan - Terdapat dua pakatan yang terlibat dalam Perang Dunia Kedua, iaitu Kuasa Bersekutu (Britain, Perancis, dan

Rusia), dan Kuasa Paksi (Jerman, Itali, dan Jepun).

Bersekutu - Kuasa Bersekutu berjaya mengalahkan Jerman pada Mei 1945 dan Jepun pada 6 Ogos 1945.

Kesan

(i) Negara Jerman berpecah menjadi dua bahagian, iaitu Jerman Barat dan Jerman Timur.

(ii) Sistem imperialisme di Barat mengalami keruntuhan menyebabkan tanah jajahan mencapai kemerdekaan melalui

kuasa-kuasa besar. Amerika Syarikat memberi kemerdekaan kepada Filipina dan Indonesia daripada Belanda, manakala

India dan Tanah Melayu daripada Britain.

(iii) Dari segi sosial, banyak nyawa yang terkorban.


(iv) Penubuhan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada bulan Oktober 1945 bagi menggantikan Liga Bangsa.

(v) Kemunculan Blok Dunia dan Perang Dingin.

Kemunculan Blok Dunia dan Perang Dingin.

Blok Dunia

Muncul - Blok dunia dan Perang Dingin muncul disebabkan oleh kepincangan yang berlaku dalam siri rundingan

perdamaian Perang Dunia Kedua.

Usaha - Blok dunia adalah usaha negara-negara sehaluan bersatu dan bertindak demi kepentingan bersama.

Muncul - Blok dunia muncul melalui pelbagai bentuk, iaitu ekonomi, politik, dan geografi.

Blok dunia yang terbentuk semasa Perang Dingin berasaskan geopolitik.

Perang Dingin

Berlaku - Ideologi dan fahaman politik yang berbeza telah mencetuskan persaingan kuasa di antara Blok Kapitalis yang

diketuai Amerika Syarikat dan Blok Komunisyang diketuai Soviet Union.

Muncul – Munculnya NATO, Pakatan Warsaw dan SEATO.

Pengeruh - Kedua-dua blok ini memperluas pengaruh dan memajukan kepentingan di Eropah dan Asia melalui

propaganda, bantuan ekonomi, dan ketenteraan bagi membuktikan kekuatan masing-masing.

Ciri –ciri

(i) Tidak berlaku sebarang konflik bersenjata

(ii) Kedua-dua blok cuba membuktikan kekuatan masing-masing

(iii) Bersaing melaui propaganda, bantuan ekonomi dan ketenteraan

Ketiga - Negara-negara Dunia Ketiga mengamalkan sikap berkecuali, namun kedua-dua blok ini cuba mempengaruhi

pegangan Negara Dunia Ketiga melalui bantuan pertahanan dan ekonomi.

Kesan Perang Dingin

(i) Perang Dingin yang berlaku telah membentuk blok dunia, Penubuhan NATO, Pakatan Warsaw, Pertubuhan

Perjanjian Asia Tenggara (SEATO) serta perlumbaan senjata.

(ii) Berlaku juga perubahan dalam bidang politik, ekonomi, dan sosial di negara-negara Eropah, Asia, Afrika, Asia Barat,

dan Amerika Latin.

9.2 Peranan dan Sumbangan Malaysia dalam Pertubuhan Antarabangsa

Dasar - Malaysia mengamalkan dasar berbaik-baik dengan semua negara dengan tujuan:

(a) menjamin keselamatan rakyat dan negara.

(b) memelihara kepentingan sosial dan mengekalkan kedaulatan negara.


(c) menggalakkanpembangunan dan kemajuan ekonomi.

(d) mengekalkan keamanan sejagat melalui kerjasama antarabangsa.

Bentuk Hubungan Luar Malaysia

Warga - Malaysia juga ingin menjadi warga global yang bertanggungjawab dan peka terhadap usaha memupuk

kesejahteraan dunia.

Hubungan - Malaysia mengamalkan hubungan berbentuk bilateral dan multilateral.

Bilateral

Terus - Bilateral merujuk kepada hubungan terus dengan negara-negara seperti negara jiran (Singapura, Indonesia,

Thailand, Vietnam), negara Asia (Amerika Latin, Afrika, Asia Barat) serta negara maju (Amerika Syarikat dan Britain).

Multilateral

Kumpulan - Multilateral adalah hubungan dalam bentuk kumpulan dan pertubuhan seperti Persatuan Negara-Negara Asia

Tenggara, Komanwel, Pertubuhan Persidangan Islam, dan Pergerakan Negara-negara Berkecuali.

Dasar-dasar Luar Malaysia

Asas-asas Penggubalan Dasar Luar Malaysia

Faktor-faktor

Dasar luar Malaysia dipengaruhi oleh faktor sejarah, politik, geografi, dan demografi.

(a) Faktor Sejarah

(i) Jalinan hubungan semasa Zaman Kesultanan Melayu Melaka

(ii) Hubungan diplomatik dengan Britain dan negara-negara Komanwel.

(b) Faktor Ekonomi

(i) Hubungan ekonomi dengan negara maju

(ii) Mengharapkan modal dan pasaran dari negara maju

(c) Faktor Politik

(i) Berpegang kepada prinsip PBB

(d) Faktor Geografi

(i) Kedudukan strategik di Asia Tenggara

(ii) Bersempadan dengan Thailand, Singapura, Indonesia, Brunei dan Filipina

(e) Faktor Demografi

(i) Hubungan diplomatik dengan negara-negara Islam.


Tahap Pertama

Pro - Pada tahap pertama, Malaysia mengamalkan dasar pro-Barat yang antikomunis serta berbaik-baik dengan negara

jiran dan Komanwel.

Dilaksanakan - Dasar ini dilaksanakan oleh Tunku Abdul Rahman (1957-1970) berdasarkan kepada faktor politik,

ekonomi, dan sosial.

Politik - Faktor politik yang berkaitan dengan ancaman komunis di Asia Tenggara serta Parti Komunis Malaya di dalam

negara, mendorong Malaysia meminta bantuan dari negaranegara Komanwel, iaitu Britain, Australia, dan New Zealand.

AMDA - Sebagai usaha untuk menyekat perkembangan pengaruh komunis, satu perjanjian Pertahanan Inggeris-Tanah

Melayu (AMDA) dilaksanakan pada tahun 1956.

Bantuan - Melalui perjanjian ini, British akan memberi bantuan sekiranya Malaysia diserang oleh mana-mana negara.

Berbaik-baik -Malaysia juga menjalankan dasar berbaik-baik dengan negara jiran melalui beberapa perjanjian:

(a) Perjanjian dengan Thailand dan Filipina melalui pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASA) pada tahun 1961.

(b) Perjanjian MAPHILINDO pada tahun 1962 bersama Indonesia dan Filipina.

(c) Perjanjian ASEAN pada tahun 1967 bersama Thailand, Indonesia, Filipina, dan Singapura.

Ekonomi - Dari segi ekonomi, Malaysia amat bergantung kepada Britain kerana

(a) Malaysia terlibat dalam anggota blok sterling dalam menjalankan perdagangan melalui nilai mata wang paun sterling.

(b) Malaysia memberi tumpuan pada hasil bijih timah dan getah kerana permintaan dari negara Barat seperti Britain.

(c) Britain masih menguasai ekonomi Malaysia melalui sistem perladangan dan perindustrian.

Dagangan – Malaysia membina rangkaian dagangan dengan Amerika Syarikat, Jepun, Singapura dan Jerman bagi

mengurangkan pergantungan serta mencari pasaan baru.

Tahap Kedua

Berkecuali - Malaysia mengamalkan dasar berkecuali dan berbaik-baik dengan semua negara.

Berubah - Dasar Malaysia berubah kerana kurangnya peranan AMDA serta pengaruh Britain di Timur.

Pergolakan - Selain itu, disebabkan juga oleh pergolakkan di Vietnam yang melibatkan dua buah kuasa besar, iaitu

Amerika Syarikat dan China,

ZOPFAN - Dalam mencapai matlamat dasar luar, Malaysia mengisytiharkan konsep Zon Aman, Bebas dan Berkecuali

(ZOPFAN) dengan negara anggota ASEAN.

Malaysia juga menjalin hubungan diplomatik dengan negara berfahaman komunis, iaitu China, Jerman Timur, Korea

Utara, Vietnam Utara, dan Mongolia.


Tahap Ketiga

Menekankan - Malaysia menekankan kepada kepentingan ekonomi yang berkaitan dengan isu-isu perdagangan,

pelaburan, dan pembangunan dalam kalangan negara membangun.

Hubungan - Sebagai usaha Malaysia mengadakan hubungan dengan negara-negara ASEAN, misalnya melalui

penyelesaian masalah krisis Vietnam dan Kampuchea.

Mengamalkan - Mengamalkan Dasar Pandang ke Timur melalui Jepun dan Korea Selatan dengan mengambil dan

menerima pakai nilai-nilai murni seperti semangat cinta akan negara, kesungguhan dalam pekerjaan serta etika

pengurusan kerja yang baik.

Dua - Mengadakan hubungan dua hala melalui lawatan ke negara Afrika, Amerika Selatan, Caribbean, dan Pasifik

Selatan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohammad.

Dalam lawatan tersebut, misi perdagangan serta perjanjian perdagangan dua hala yang menguntungkan dititikberatkan.

Malaysia dalam Pertubuhan Antarabangsa

Selepas merdeka, Malaysia terlibat dalam pertubuhan antarabangsa seperti Komanwel, Pertubuhan Bangsa-Bangsa

Bersatu (PBB), Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM), Kumpulan Selatan-Selatan, dan Pertubuhan Persidangan

Islam (OIC).

Komanwel

Ditubuhkan - Ditubuhkan pada tahun 1931 yang terdiri dari negara bekas jajahan Britain yang telah merdeka.

Terdiri - Terdiri dari 54 buah negara maju dan negara sedang membangun.

Skeretariat - Sekretariat Komanwel ditubuhkan pada tahun 1965 dan beribu pejabat di London.

Bertujuan - Penubuhannya bertujuan untuk membina semangat setia kawan antara negara anggota serta mewujudkan

kerjasama dalam segala bidang.

Faedah dan sumbangan

Membantu - Selepas merdeka, Komanwel bertindak membantu Malaysia memelihara keamanan serta kedaulatan negara

melalui sekatan terhadap pengaruh Parti Komunis Malaya.

CHOGM - Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) diadakan dua tahun sekali bagi membincangkan hal-

hal yang berkait dengan kepentingan bersama.

Deklarasi - Pada tahun 1989, mesyuarat CHOGM mengisytiharkan Deklarasi Langkawi, menentang Dasar Aparteid di

Afrika Selatan serta cukai perdagangan dan eksport Malaysia ke Britain dikurangkan.

Sukan - Malaysia berjaya menganjurkan Sukan Komanwel pada tahun 1998.


Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)

Ditubuhkan - PBB ditubuhkan pada tahun 1945 selepas Liga Bangsa dibubarkan kerana gagal menghalang berlakunya

Perang Dunia Kedua.

Ibu Pejabat - Ibu pejabat PBB terletak di San Francisco, kemudian berpindah ke New York pada tahun 1946.

Dianggotai - PBB dianggotai oleh 51 buah negara anggota, kemudian meningkat pada 189 buah negara pada tahun 2002.

Menyertai - Malaysia menyertai PBB pada tahun 1957 selepas negara mencapai kemerdekaan.

Prinsip - PBB menekan empat prinsip dalam piagamnya

(a) Menjamin keamanan dan keselamatan dunia.

(b) Menggalakkan hubungan berbaik-baik antara negara anggota.

(c) Bekerjasama dalam menyelesaikanmasalah antarabangsa dan melindungi hak asasi manusia tanpa mengira bangsa,

agama, dan warns kulit.

(d) Menjadi pusat bagi mengharmonikan tindakan negara-negara anggota.

Peranan Malaysia dalam PBB

Menyelesaikan - Menyelesaikan konflik antarabangsa

(a) Pada tahun 1960, Malaysia menyertai pasukan pendamai untuk menamatkan perang saudara di Congo.

(b) Pada tahun 1989, Malaysia mewakili pasukan pengaman PBB ke Namibia untuk membantu negara tersebut mencapai

kemerdekaan.

(c) Pada tahun 1990, Malaysia menghantar pasukan pemerhati ke sempadan Iran-Iraq ; dan Kampuchea serta pasukan

pengaman ke Bosnia.

(d) Malaysia menentang Dasar Aparteid di Afrika Selatan dan mahu Benua Antartika menjadi warisan dunia dan hak

milik semua negara.

Dari segi ekonomi

(c) Malaysia menjadi ahli Bank Dunia (Bank Antarabangsa) yang ditubuhkan oleh PBB pada tahun 1945.

(d) Bank ini ditubuhkan untuk membantu negara-negara sedang membangun dari segi kewangan, dan menyusun semula

pembangunan ekonomi negara tersebut.

(e) Kemasukan pelabur-pelabur asing diharap dapat membasmi kemiskinan dan menyediakan peluang pekerjaan.

(f) Malaysia menggunakan Bank Dunia dalam menjayakan rancangan Lembaga Pembangunan Kemajuan Tanah

(FELDA) dan -membangunkan prasarana pendidikan dan penyelidikan.


Dari segi sosial

(a) Malaysia memerangi gejala penyalahgunaan dadah melalui satu persidangan antarabangsa di Vienna (Austria) pada

Jun 1987 dengan Perdana Menteri sebagai Yang Dipertua persidangan .

(b) Malaysia bekerjasama dengan menyertai beberapa agensi

(i) Kerjasama dalam bidang pengeluaran makanan melalui agensi Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO).

(ii) Kerjasama dalam bidang perubatan dan kesihatan melalui Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).

(iii) Kerjasama dalam bidang sains dan teknologi melalui pertubuhan Pendidikan dan Budaya Bangsa-Bangsa

Bersatu (UNESCO)

(c) Malaysia menjadi ahli Majlis Keselamatan PBB bagi tahun 1965, 1989, dan 1999.

(d) Tan Sri Razali Ismail dilantik sebagai wakil khas PBB menjadi pengerusi Perhimpunan Agung PBB dan dalam

menyelesaikan konflik politik negara Myanmar.

(e) Malaysia menjalankan usaha menyelesaikan masalah Palestin dengan menganjurkan persidangan antarabangsa

tentang Palestin di Kuala Lumpur.

Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM)

Ditubuhkan - NAM ditubuhkan pada September 1961 yang terdiri daripada negara-negara membangun di Asia, Afrika,

dan Amerika Selatan.

Terdiri - NAM terdiri dari 113 buah negara, 16 sebagai pemerhati, 28 sebagai tetamu jemputan.

Tujuan - Tujuan NAM ditubuhkan adalah untuk mengekalkan keamanan dunia tanpa menyokong Blok Kapitalis atau

Blok Komunis.

Malaysia - Malaysia melibatkan diri pada tahun 1970 selepas berlakunya pertukaran dasar luar Malaysia dari pro-Barat

dan antikomunis kepada dasar berbaik-baik dengan semua negara.

Prinsip NAM

(a) Mengelak campur tangan asing dalam hal ehwal sesebuah negara.

(b) Menghormati kedaulatan sesebuah negara.

(c) Menyelesaikan sebarang pertelingkahan antara negara Malaysia melalui perun

dingan dan persefahaman.

(d) Menghormati hak asasi manusia.

Ketujuh - Pada sidang kemuncak ketujuh di New Delhi tahun 1984, Malaysia melalui usul membela kepentingan negara-
negara sedang membangun tentang isu Palestin, kerjasama ekonomi, dan isu benua Antartika.

Sidang Kemuncak Kelapan di Harare (Zimbabwe) Malaysia mencadangkan Dasar Aparteid di Afrika Selatan

dihapuskan.

Penghormatan - Pada tahun 1989, Malaysia menerima penghormatan sebagai Naib Presiden melalui sidang kemuncak

NAM di Belgrade, Yugoslavia.

Dilantik - Malaysia dilantik menjadi ahli kumpulan 16 melalui isu kerjasama politik negara anggota.

Tuan rumah - Pada tahun 2003 Malaysia menjadi tuan rumah pada sidang kemuncak NAM ke-13

(a) Terdapat 63 negara ahli, 31 ketua negara, 32 ketua kerajaan.

(b) Berjaya menarik dua negara anggota baru, Timur Leste dan Pulau Catalina.

(c) Berjaya menganjurkan satu mesyuarat tidak rasmi OIC.

(d) Usaha menghidupkan NAM melalui kedudukan Palestin dan serangan Amerika Syarikat terhadap Iraq.

Negara-Negara Selatan

Persamaan –Negara-Negara Selatan atau Negara-negara Dunia Ketiga mempunyai persarnaan dari segi ekonomi, bekas

tanah jajahan kuasa Barat, bergantung kepada negara maju dalam pemasaran bahan mentah.

Kurang - Kurangnya kepakaran dan modal untuk memproses bahan mentah menjadi barangan siap membawa kepada

syarat perdagangan yang tidak adil terhadap kawalan harga bahan mentah dan kadar faedah yang tinggi terhadap

pinjaman.

Tujuan - Tujuan penubuhannya adalah untuk mengatasi harga eksport bahan-bahan mentah dan meningkatkan kerjasama

ekonomi dan teknikal dalam kalangan negara-negara anggota tanpa pengantungan terhadap negara maju.

Suruhanjaya - Malaysia menubuhkan Suruhanjaya SelatanSelatan melalui kumpulan 15 (G15) pada tahun 1989.

Idea - Idea ini dikemukakan oleh Dato Seri Dr. Mahathir Mohammad dalam sidang kemuncak NAM di Zimbabwe tahun

1987.

Kemuncak - Dalam sidang kemuncak G15 di Kuala Lumpur tahun 1990, beberapa projek telah dirancang

(a) Menubuhkan pusat pertukaran data pelaburan perdagangan dan teknologi selatan (SITTDEC) di Kuala Lumpur.

(b) Menubuhkan sistem keistimewaan perdagangan global (GSTP).

(c) Menubuhkan kemudahan kredit dan mekanisma kewangan pembiayaan perdagangan.

Pertubuhan Persidangan Islam (OIC)

Ditubuhkan - OIC ditubuhkan pada tahun 1971 melalui idea Tunku Abdul Rahman dan berpusat di Jeddah Arab Saudi.

Terdiri - Terdiri daripada 57 buah negara dan 3 negara lagi sebagai pemerhati.

Tujuan - OIC bertujuan untuk mengeratkan hubungan sesama negara Islam, mengekalkan perdamaian dalam segala
persengketaan, dan memastikan tempat-tempat suci Islam dihormati dan tidak dicemari.

Membantu - OIC membantu negara Islam dengan menghantar pasukan perubatan ke Lubnan, Bosnia, dan Afghanistan.

Bantuan - Bantuan kewangan diberi kepada negara kurang maju seperti Sudan, Nigeria, dan Chad.

Menubuhkan - Menubuhkan Bank Pembangunan Islam supaya dapat menyalurkan perkhidmatan kewangan kepada

negara anggota.

Tunku - Tunku Abdul Rahman dilantik sebagai setiausaha agung OIC yang pertama.

Pengantara - Malaysia menjadi pengantara dengan menyelesaikan peperangan di Iran-Iraq, menyokong rakyat Palestin

dalam mendapatkan semula tanah mereka dari Israel.

Tuan rumah - Pada tahun 1974 dan tahun 2003, Malaysia menjadi tuan rumah persidangan OIC.

Persidangan - Pada tahun 2002, Malaysia menganjurkan persidangan menentang pengganas di negara Islam.

Biasiswa - Tawaran biasiswa diberi kepada pelajar negara OIC semasa belajar di UIAM.

Dinar - Malaysia menyarankan dinar emas digunakan dalam urusan perdagangan dalam kalangan negara Islam.

Penghormatan - Malaysia mendapat penghormatan kerana serius dalam memperjuangkan hak dan kebajikan negara-

negara Islam.

Membantu - OIC membantu Malaysia dalam menubuhkan UIAM

Pinjaman - mendapat pinjaman daripada Bank Pembangunan Islam bagi menjalankanprojek-projek untuk kepentingan

rakyat.

Malaysia dalam Pertubuhan Serantau

Terdapat - Terdapat 3 pertubuhan yang dibentuk iaitu ASA tahun 1961, MAPHILINDO 1963, dan ASEAN 1967.

Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASA)

Membendung - ASA ditubuhkan untuk membendung pengaruh dan gerakan PKM melalui kerjasama dengan negara-

negara jiran. daripada ancaman komunis serta dapat menjalankan kerjasama dalam bidang ekonomi dan sosial.

Ditubuhkan - ASA ditubuhkan pada 31 Julai 1961 melalui mesyuarat di Bangkok dengan kerjasama Malaysia, Thailand,

dan Filipina.

Matlamat ASA

(a) Menjalankan kerjasama dalam kalangan negara anggota dalam bidang ekonomi, sains, dan sosial.

(b) Memberikan dan menyediakan kemudahan latihan dan penyelidikan dalam bidang sains dan teknologi dalam

kalangan negara anggota.

(c) Mengekalkan serta menjamin keselamatan dan kestabilan politik negara negara serantau.

Dibubarkan - ASA dibubarkan pada tahun 1963 kerana dianggap sebagai antipemerintahan.
MAPHILINDO (Malaysia, Filipina, dan Indonesia)

Gabungan - MAPHILINDO ialah gabungan tiga buah negara iaitu Malaysia, Filipina, dan Indonesia.

Matlamat – Matlamat MAPHILINDO adalah untuk meningkatkan perhubungan persahabatan dalam menyelesaikan

pertelingkahan antara Malaysia-Filipina dan Malaysia-Indonesia.

Indonesia - Indonesia tidak bersetuju dengan pembentukan Malaysia kerana dianggap sebagai neokolonialisme atau

penjajahan bentuk baru. Filipina ingin menuntut Sabah menjadi hak milik mereka.

Sebagai langkah penyelesaian, Malaysia mengadakan rundingan yang membawa kepada pembentukan MAPHILINDO

dengan bantuan PBB.

PBB - Melalui PBB, Lawrence V. Michaelmore dihantar ke Sabah dan Sarawak bagi meninjau pendapat rakyat di sana

mengenai penubuhan Persekutuan Tanah Melayu.

ASEAN (Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara)

Ditubuhkan - ASEAN ditubuhkan pada 8 Ogos 1967 melalui Deklarasi Bangkok.

Terdiri - ASEAN terdiri daripada Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina, dan Singapura kemudian ditambah

anggotanya menjadi 10, iaitu Vietnam, Myanmar, Brunei, Laos, dan j Kampuchea.

Matlamat ASEAN

(a) Mengekalkan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara.

(b) Membantu antara satu sama lain dalam bidang ekonomi, sosial, dan kebudayaan.

(c) Meningkatkan taraf hidup penduduk melalui kerjasama dalam bidang pertanian, perdagangan, dan perindustrian.

(d) Memberikan kerjasama dan membantu dalam bentuk latihan dan penyelidikan.

(e) Mengadakan hubungan yang erat dengan persatuan atau pertubuhan serantau dan antarabangsa.

Papua - Negara Papua New Guinea dilantik sebagai pemerhati.

Peranan dan Sumbangan Malaysia dalam ASEAN

Mesyuarat - Melalui mesyuarat menteri-menteri luar ASEAN pada November 1971, Deklarasi Kuala Lumpur

dilaksanakan dengan mengisytiharkan ASEAN sebagai Zon Aman, Bebas, dan Berkecuali (ZOPFAN.

ZOPFAN - ZOPFAN bertujuan untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan politik di Asia Tenggara dengan tidak

bersekongkol dengan mana-mana Blok Barat atau Blok Timur bagi mengelakkan campur tangan kuasa-kuasa besar.

Nuklear - Pada tahun l984, Menteri-menteri Luar mengisytiharkan ASEAN sebagai zon bebas senjata nuklear, iaitu tidak

Membenarkan kapal-kapal menggunakan perairan dan kemudahan pelabuhannya untuk mengangkut bahan atau senjata
nuklear.
Peranan ASEAN

Kerjasama - Membentuk kerjasama dalam projek-projek perindustrian, iaitu projek baja urea di Bintulu (Sarawak) dan

Aceh (Indonesia).

AFTA - Pada tahun 1992, AFTA (Kawasan Perdagangan Bebas) diumumkan dalam kemuncak ASEAN di Singapura.

Ekonomi - Memperluas sikap kerjasama ekonomi dengan negara China, Jepun, dan Korea Selatan atau Perundingan

Ekonomi Asia (EAEC). Idea ini dikemukakan oleh Tun Dr. Mahathir Mohammad.

Pendidikan - Mewujudkan kerjasama dalam bidang pendidikan melalui Pertubuhan MenteriMenteri Pelajaran ASEAN

(SEAMED).

RECSAM - Sebuah Pusat Serantau untuk Sains dan Matematik (RECSAM) ditubuhkan di Pulau Pinang.

Kebudayaan - Dalam bidang kebudayaan dan sosial, Festival ' Kebudayaan dan Kesenian telah menubuhkan , Tabung

Kebudayaan ASEAN.

Sukan - Mengadakan Sukan SEA bagi merapatkan a hubungan antara negara melalui semangat kesukanan.

TMM - Dalam bidang pelancongan, pada tahun 1992 telah dilancarkan Tahun Melawat ASEAN.

Cabaran Masa Depan Globalisasi

Perubahan - Merujuk kepada perubahan yang menjadikan dunia tanpa sempadan.

Menyeberangi - Segala aspek penting dari segi ekonomi dan sosial seperti barangan, modal, tenaga manusia, kemahiran,

dan nilai menyeberangi sempadan dalam masa yang begitu singkat.

Kemajuan – Perubahan dihubungkan dengan kemajuan teknologi.

Teknologi Maklumat dan Komunikasi/Information and Communication Technology (ICT)

Peralatan - Merujuk kepada kaedah serta peralatan yang membolehkan proses Teknologi Maklumat dan Komunikasi/

Information and Communication Technology (ICT)

Merancang – merancang pembinaan prasarana ICT seperti yang terdapat dalam Wawasan 2020

MSC – Kerajaan melancarkan Koridor Raya Multimedia/Mutimedia Super Corridor (MSC)

K-ekonomi

Pengetahuan - Ekonomi berlandaskan pengetahuan atau knoledge-based ekonomi

Keupayaan - Merujuk kepada keupayaan seseorang untuk menggunakan ilmu pengetahuan bagi mencipta satu nilai baru

yang dapat membawa kemajuan.

Penggerak - Pada era k-ekonomi, teknologi dan industri berasaskan ilmu pengetahuan merupakan pengerak utama dalam

menjana keuntungan, kemajuan perniagaan, peluang pekerjaan, sertaIperkongsian pintar.

Modal - Bagi menjayakan ini, sumber paling berharga ialah modal intelek dan pekerja yang berpengetahuan.
Inovasi - Inovasi merupakan kunci utama yang menentukan kejayaan k-ekonomi dan ini boleh dicapai melalui

penyelidikan dan pembangunan atau reseqrch and development (R&D).

Kerajaan - Kerajaan sentiasa menggalakkan rakyatnya supaya menggunakan segala penemuan baru dalam usaha

meningkatkan tahap kemajuan bang- dan negara.

K-masyarakat

Masyarakat - Merujuk kepada masyarakat yang sentiasa berusaha membaiki dan memperkaya diri dengan pengetahuan

Matlamat k-masyarakat dan k-ekonomi selari dengan Wawasan 2020 yang berusaha mewujudkan masyarakat Malaysia

yang maju dan saintifik.

agar terus dapat bersaing.

Pembelajaran - Ini selari dengan konsep pembelajaran sepanjang hayat.

Wawasan - Sekolah wawasan bagi memupuk perpaduan melalui interaksi murid pelbagai kaum yang dapat

meningkatkan daya saing.

Bestari - Sekolah bestari dilengkapkan dengan prasarana teknologi maklumat (IT) dalam usaha memupuk rasa cinta akan

IT.

Kurikulum - Kurikulum diubah suai dan dibentuk semula agar dapat melahirkan pelajar yang kreatif, dinamis serta

berfikiran kritis dan analitis.

Anda mungkin juga menyukai