Anda di halaman 1dari 5

PENGENALAN.

Alat permainan dan kanak-kanak memang tidak boleh dipisahkan. Biarpun hanya objek
biasa pada pandangan kita tetapi boleh menjadi satu alat pemainan yang unik bagi mereka. Alat
permainan bukan sahaja memberi keseronokan kepada mereka malah dapat membantu membina
pemikiran dan meningkatkan imaginasi mereka. Majoriti ibu bapa sekarang gemar atau kerap
membelikan anak-anak mereka pelbagai alat permainan dan anak kecil pasti teruja menerima
permainan tersebut. Jarang sekali ibu bapa yang terpikir samada permainan yang dibeli itu
selamat digunakan atau tidak.Alat permainan kanak-kanak kadangkala boleh mengundang
kecelakaan sekiranya tidak berhati-hati. Hakikatnya, tidak semua alat permainan yang ada di
pasaran selamat dan sesuai untuk kanak-kanak. Ibu-bapa memainkan peranan yang penting
dalam memastikan alat permainan anak-anak selamat digunakan.
BAHANA IPAD / VIDEO GAME DAN KESAN PANJANG

Jangan terlalu bangga sekiranya anak anda yang berusia bawah 6 tahun sudah
pandai menggunakan gajet berteknologi tinggi terutamanya IPAD,TELEFON PINTAR, TABLET
dan sebagainya. Jika perkara itu terjadi maka anda perlu melakukan sesuatu untuk
mengurangkan ketagihan mereka. Gaya hidup moden yang tidak diimbangi dengan pengetahuan
kesihatan boleh membahayakan masa depan anak-anak.

Menurut pakar terapi dari Learning and Therapy Corner di Maryland, Amerika
Syarikat, Lindsay Marzoli, dia sering melihat anak-anak yang datang kepadanya untuk
mendapatkan rawatan mengalami kerosakan saraf motorik dan fungsi otot menjadi lemah. Lebij
membahayakan, teknologi ini akan menyebabkan kerosakan tangan dalam jangka masa panjang.
Statistik diluar negara mendapati 75 peratus anak-anak kecil dilaporkan menghidap nyeri di
leher, punggung dan bahu kerana terlalu lama bermain iPad.

Manakala Dr. Timothy Doran, seorang doktor pediatrik dari Greater Baltimore Medical
Centre mengatakan, penggunaan iPad secara terus menerus sehingga empat jam setiap hari
dilihat sebagai satu tabiat yang akan membantutkan perkembangan anak kecil. Dalam satu
terbaru yang ditulis dalam American Academy of Pediatrics menjelaskan bahawa anak-anak
tidak seharusnya menggunakan iPad atau gajet berteknologi lain lebih daripada dua jam sehari.
Anak-anak di bawah usia enam tahun tidak seharusnya diperkenalkan menggunakan komputer,
tablet, telefon pintar dan sebagainya. Beliau juga menyarankan supaya bilik tidur anak tidak
diletakkan televisyen, iPad, tablet dan laptop.

Pakar Pakar Bedah Tulang Belakang Kanak-Kanak di Pusat Perubatan Tropicana, Dr.
Mohammad Nawar Ariffin memberitahu Kosmo Online bahawa, sebahagian otak diperuntukkan
kepada fungsi tangan dan menggunakan skrin sesentuh menyebabkan tidak banyak pergerakan
yang berlaku kerana mereka menggunakan satu jari sahaja. Disebabkan itu, penyelidik
berpendapat otak kanak-kanak tidak dirangsang. Dr. Mohammad Nawar Ariffin turut menambah
yang kebanyakan ibu bapa juga sebenarnya lebih gemar memberikan iPad kepada anak mereka
untuk mendiamkan kanak-kanak tersebut. Tindakan tersebut dilihat kurang wajar dan ibu bapa
sepatutnya memperuntukkan masa kepada anak-anak dengan melakukan aktiviti seperti bermain
bersama dan bukannya menyogok mereka dengan gajet terkini. Ahli terapi juga menasihati
ibubapa supaya menghadkan penggunaan iPad selama 15 minit sahaja dalam satu masa.

KESAN PENGGUNAAN IPAD

Salah satu daripada kesan yang diperolehi adalah interaksi antara anak-anak dan ibubapa
jelas kurang . Kesan-kesan yang lain juga adalah, anak-anak ini lebih banyak menguasai
Visual ( memandang ) berbanding Auditori ( mendengar ). Apabila guru mengajar di hadapan
kelas tumpuan mereka mudah hilang arah dan mudah melihat pergerakan luar. Perkembangan
bahasa anak-anak juga turut lemah. Anak-anak ini kurang bercakap, kurang bergaul dan berada
didalam dunia mereka sendiri. Beberapa kajian berulangkali mengingatkan bahawa penggunaan
tablet secara berlebihan pada anak dapat menyebabkan kesukaran perkembangan dan masalah
termasuk autisme atau sukar memfokuskan perhatian. Menyentuh skrin dengan sangat mudah,
tetapi ianya tidak membantu skill motor kasar anak-anak itu.

Penyelidikan ini bukan yang pertama kali mencadangkan penggunaan skrin sesentuh
secara berlebihan boleh memudaratkan kesihatan kanak-kanak. Penyelidik dari Lembaga
Kesihatan Universiti Morgannwg, Abertawe Bro, pula menyatakan, generasi muda berdepan
masalah kesihatan pada bahagian tengkuk dan belakang badan apabila mereka menggunakan
komputer, permainan video dan telefon pintar.Kajian menunjukkan hampir tiga per empat
daripada kanak-kanak sekolah rendah dan dua pertiga daripada pelajar sekolah menengah
dilaporkan mengalami masalah pada bahagian tengkuk dan belakang badan dalam tempoh
setahun yang lalu.

Pakar fisioterapi, Lorna Taylor berkata, gaya hidup moden dan peningkatan teknologi
mempunyai kesan serta menjejaskan kesihatan otot kanak-kanak. Jika tidak ditangani sekarang,
ia akan memberikan kesan jangka panjang kepada kanak-kanak apabila mereka dewasa.Ini
adalah sangat penting untuk kita memupuk tabiat yang baik supaya kanak-kanak boleh menjalani
kehidupan dengan selesa, dapat menumpukan perhatian, mencapai potensi penuh dan bekerja
serta bersukan tanpa perlu melakukan perkara yang boleh membahayakan kesihatan mereka.
MAINAN ALTERNATIF BUAT SI KECIL

Ibubapa perlu mengambil berat soal perkembangan anak-anak dan tidak terlalu
berharap pada kemajuan teknologi semataa-mata. Mereka perlu melihat bagaimana generasi
lama mengajar anak-anak mereka tanpa sebarang gajet tetapi masih boleh menjadikan anak-anak
mereka pintar dan cerdas. Oleh itu, ibubapa perlu membantu perkembangan anak mereka tanpa
menjejaskan kesihatan mereka. Ibubapa boleh mengajar anak-anak membuat aktiviti luar seperti
bermain pasir di pantai, bermain bola di adang, bermain buih sabun serta membentuk play doh
untuk meransang kreativiti otak si kecil.

Jika mahu memperdengarkan lagu-lagu kepada anak dengan ipad ataupun telefon pintar,
pastikan tidak lebih daripada 10 minit dan anda perlu mengawal gajet tersebut supaya anak kecil
tidak memgang secara terus. Lebih berkesan, ibubapa boleh turut serta menyanyikan lagu yang
dipasang.Selain itu juga ibubapa boleh melatih skill perkembangan motor kasar dan motor halus
untuk perkembangan anak-anak. Jika ibubapa mahu membelikan anak mereka mainan pastikan
mainan yang relevan seperti kenderaan, haiwan yang sering dijumpai seperti itik, kucing, arnab,
kad ABC dan sebagainya. Anak-anak akan meneroka setiap mainan tersebut dan mengaitkannya
dalam kehidupan seharian mereka. Apabila bermain, ibubapa perlu memastikan apa yang anak
mereka minati. Jangan mengganggu apabila anak-anak sedang khusyuk bermain. Ia merupakan
salah satu proses pembelajaran si kecil serta mengkaji secara mendalam tentang apa yang
dilakukannya.