Anda di halaman 1dari 2

Disleksia

Apa itu Disleksia?

Disleksia adalah sejenis masalah pembelajaran khusus yang kerap berlaku. Kanak-kanak
Disleksia mempunyai masalah menguasai tugasan sekolah walaupun mereka telah berusaha
bersungguh-sungguh. Mempunyai keupayaan intelek yang normal. Telah mendapat
ransangan dan pembelajaran yang mencukupi. Masalah asasnya adalah perbezaan cara otak
berfungsi dalam menghubungkan simbol visual dengan bunyi.

Apakah ciri-ciri Disleksia?

Diperingkat pra sekolah mereka mungkin :


Lambat bertutur
Mengalami kesukaran sebutan atau rima
Sukar menulis nama sendiri
Sukar mengenal bentuk atau warna

Di alam persekolahan, kanak-kanak Disleksia mungkin :


Gagal menguasai tugasan sekolah seperti membaca, menulis, mengeja atau mengira
Tidak suka membaca dan mengelak dari membaca di kelas
Kesilapan semasa membaca huruf, perkataan atau nombor (Bacaan terbalik) :
membezakan 15 dengan 51
was menjadi saw
b dengan d

3 Jenis Disleksia

Disleksia visual (penglihatan)


Kesukaran utama yang dihadapi ialah untuk mengigat dan mengenal abjad serta konfugirasi
perkataan. Simbol-simbol perkataan yang dicetak juga sukar untuk diterjemahkan.
Kemungkinan untuk melihat abjad-abjad tertentu atau sebahagian perkataan adalah secara
terbalik

Disleksia auditori (pendengaran)


Kesukaran untuk mengingat bunyi abjad, menganalisis bunyi mengikut suku kata perkataan
dan menyusun atau menggabungkan suku kata bagi menyembunyikan perkataan. Bunyi
percakapan yang tuturkan secara halus juga tidak dapat dibezakan. Masalah untuk
membezakan bunyi vokal dengan konsonan juga dihadapi oleh disleksia auditori

Disleksia visual-auditori
Kesukaran mambaca yang amat teruk dan ini disebabkan oleh kelemahan untuk memproses
tulisan secara visual dan audio

Masalah yang mungkin dialaminya


Salah sangka dan digelar sebagai malas, bodoh atau lembab
Pembentukan imej diri yang sihat terjejas dan mengalami rasa rendah diri
Jika tidak dikenalpasti dan dibantu diperingkat awal boleh menyebabkan
Gangguan emosi (seperti kemurungan)
Masalah tingkahlaku (seperti melawan, kecelaruan tingkahlaku)

Membantu anak-anak bermasalah Disleksia

Langkah-langkah untuk membantu mereka termasuklah :


Bantu kanak-kanak dan keluarga mengendali permasalahan ini dan bina keyakinan
diri anak
Rawat penyakit lain yang mungkin berkait seperti Gejala Hiperaktif dan Kurang Daya
Tumpuan

Pertingkatkan potensi pembelajaran anak melalui :


Terapi pertuturan
Latihan pendengaran dengan bantuan komputer
Pendekatan pelbagai deria (Menggunakan deria lain untuk membantu pembelajaran)
Deria sentuhan (menggunakan lakaran atas kertas pasir)
Deria pendengaran (menggunakan ritma atau bunyi perkataan/ huruf)
Merasa pergerakan bibir
Menulis huruf atau perkataan

Langkah-langkah pemulihan :

Bantu anak menguasai maklumat secara beransur ansur


Pengulangan semasa mengajar (k-onsep ajar berlebihan)
Gunakan video atau kaset untuk belajar
Program pemulihan khusus

Rujukan
https://akuseorangdisleksia.wordpress.com/sejarah/pengenalan-disleksia/