Anda di halaman 1dari 4

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI MUAR

DALAM NEGERI JOHOR, MALAYSIA


DALAM PERKARA KEBANKRAPAN NO : 29 - 130 TAHUN 2017

BERKENAAN : Abu
(NO. K/P : 741116-01-6687/A2804663)
Berniaga sebagai HA Enterprise

PENGHUTANG PENGHAKIMAN

EX-PARTE : Ali
PEMIUTANG PENGHAKIMAN

AFIDAVIT TANPA PENYAMPAIAN

Saya, MOHD FARIZ DANIEL BIN NOR (K/P : 860216-01-5245) seorang warganegara Malaysia yang
beralamat di Kg. Parit Lanjut, KM 9 Sungai Terap, 84000 Muar, Johor dengan sesungguhnya
mengaku dan menyatakan seperti berikut :-

1) Bahawa saya adalah seorang agen penghantar saman dan segala fakta yang dinyatakan di
sini adalah didalam pengetahuan saya sendiri melainkan yang dinyatakan sebaliknya.

2) Bahawa pada 22-10-2011 jam lebih kurang pukul 10.30 pagi, saya telah diarahkan oleh Tetuan
Azfa Fika & Co. pergi ke alamat terakhir Penghutang Penghakiman yang diketahui di No. 41,
Tingkat 1, Jalan Panchor, 84300 Muar, Johor untuk menyerahkan sesalinan Petisyen
Pemiutang bertarikh 28-09-2011 berserta Afidavit Mengenai Kebenaran Pernyataan-
Pernyataan Dalam Permohonan yang bertarikh 28-09-2011 (selepas ini dirujuk sebagai
Dokumen-dokumen Tersebut) tetapi didapati tiada sesiapa di premis tersebut.

3) Pada 25-20-2011 jam lebih kurang 11.00 pagi, saya sekali lagi pergi ke alamat yang sama
bagi menyerahkan Dokumen-dokumen Tersebut kepada Penghutang Penghakiman, tetapi
masih tidak dapat diserahkan kerana tiada sesiapa di premis tersebut.
4) Oleh kerana saya telah gagal untuk menyampaikan Dokumen-dokumen Tersebut sebanyak
dua (2) kali, maka Tetuan Azfa Fika & Co. telah mengeluarkan Notis Temujanji bertarikh 27-10-
2011 terhadap Pemghutang Penghakiman yang dinamakan di atas yang bertujuan
memberitahu Penghutang Penghakiman bahawa saya akan datang sekali lagi pada 05-11-
2011 dan waktunya antara pukul 10.30 hingga 11.00 pagi untuk menyampaikan sesalinan
Dokumen-dokumen Tersebut.

5) Pada 05-11-2011 jam lebih kurang 10.45 pagi, saya telah pergi ke alamat terakhir
Penghutang Penghakiman yang beralamat di No. 41, Tingkat 1, Jalan Panchor, 84300 Muar,
Johor bagi menyerahkan sesalinan Petisyen Pemiutang bertarikh 28-09-2011 berserta Afidavit
Mengenai Kebenaran Pernyataan-Pernyataan Dalam Permohonan yang bertarikh 28-09-2011
tetapi didapati masih tiada sesiapa juga di premis tersebut.

6) Saya telah setiap kali percubaan, mengindorskan Petisyen Pemiutang dan Afidavit Mengenai
Kebenaran Pernyataan-Pernyataan Dalam Permohonan tersebut pada hari dalam bulan dan
minggu bagi percubaan-percubaan penyampaian yang tersebut di atas.

(Dilampirkan di sini sesalinan Petisyen Pemiutang dan Afidavit Mengenai Kebenaran


Pernyataan-Pernyataan Dalam Permohonan dan Notis Temujanji sebagai ekshibit A secara
berkelompok).

Diikrarkan oleh Deponen ]


bernama ]
di Muar Johor ]
Pada ]

Di hadapan saya,

Afidavit Penyampaian ini diikrarkan pada dan difailkan oleh Tetuan Azfa Fika & Co.
Peguambela & Peguamcara yang beralamat di, 84000 Muar, Johor (Ruj : NH/MBB/L-21/2005)
DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI MUAR
DALAM NEGERI JOHOR, MALAYSIA
DALAM PERKARA KEBANKRAPAN NO : 29 - 130 TAHUN 2017

BERKENAAN : Abu
(NO. K/P : 741116-01-6687/A2804663)
Berniaga sebagai HA Enterprise

PENGHUTANG PENGHAKIMAN

EX-PARTE : Ali
PEMIUTANG PENGHAKIMAN

*********************************************
AFIDAVIT TANPA PENYAMPAIAN

**********************************************

Difailkan oleh :

Tetuan Azfa Fika & Co.


Peguambela & Peguamcara
84000 Muar, Johor

Tel : 06-9536693 & 9536699


Fax : 06-9538080

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI MUAR


DALAM NEGERI JOHOR, MALAYSIA
DALAM PERKARA KEBANKRAPAN NO : 29 - 130 TAHUN 2017

BERKENAAN : ABU
(NO. K/P : 741116-01-6687/A2804663)
Berniaga sebagai HA Enterprise

PENGHUTANG PENGHAKIMAN

EX-PARTE : ALI
PEMIUTANG PENGHAKIMAN

PERAKUAN MENGENAL PASTI EKSHIBIT

Dengan ini saya memperakui ini ialah ekshibit


bertanda A yang yang dirujukkan di dalam Afidavit
MOHD FARIZ DANIEL BIN NOR yang dikrarkan
pada


PESURUHJAYA SUMPAH