Anda di halaman 1dari 3

5.

0 PROGRAM PEMBANGUNAN MASYARAKAT

5.1 LATIHAN TEKNIKAL UNTUK GOLONGAN MUDA

Apabila disebut sektor pertanian, kita sedia maklum bahawa tidak ramai generasi muda menceburi
bidang ini atas alasan ia tidak menjanjikan masa depan dan tidak popular seperti kerjaya lain.
Tanggapan negatif ini masih berterusan sehingga kini di mana ia boleh dilihat apabila hanya sejumlah
kecil generasi muda atau generasi Y sahaja yang berkecimpung dalam bidang pertanian berbanding
golongan tua atau berumur. Situasi itu bukanlah satu perkembangan baik untuk sektor pertanian
negara memandangkan sumbangan generasi muda amat diperlukan untuk meneruskan kelangsungan
dalam bidang ini serta membantu negara dalam menghadapi isu jaminan makanan. Program yang
dirancang berprestasi dalam menggalakkan generasi muda melibatkan diri dalam bidang pertanian
sebagai pekerja mahir dan pengusaha pertanian bertaraf komersil dan berskala besar melalui
penggunaan teknologi terkini bagi meningkatkan kualiti dan produktivi sektor pertanian negara.

Program yang dirancang ialah latihan berasaskan kompetensi kemahiran dan memfokuskan kepada
latihan amali, projek serta simulasi. Tempoh latihan bergantung kepada beberapa tahap berasakan
kepada kepupayaan pelajar dan jenis pertanian yang diambil. Ini kerana setiap jenis pertanian
memerlukan masa dan keupayaan berbeza untuk dipelajari. Mempunyai 4 tahap berbeza dengan masa
pelajaran yang sendiri. Setiap pelajar yang mengikuti program ini harus mengharungi setiap tahap
bermula dengan tahap 1 sehingga tahap 4. Bukan satu kewajipan untuk menghabiskan sehingga tahap
4 memandangkan mereka masih layak mendapat sijil untuk setiap tahap yang dipelajari.

Antara jenis latihan yang ditawarkan adalah penanaman padi, ternakan poltri, akuakultur air tawar,
akuakultur marin, teknologi perikanan tangkapan, tanaman. Kesemua ini adalah program utama yang
dijalankan. Pelajar dalam memilih bidang berdasarkan minat dan keupayaan mereka. Bidang
pemprosesan makanan dan pemasaran merupakan latihan teras yang harus dipelajari dalam setiap
bidang. Bidang ini merupakan tahap ke-4 dalam program ini. Setiap latihan ini akan dijalankan
ditempat yang berbeza bersesuain dengan latihan. Pada akhir setiap tahap pelajar akan diberikan sijil
pengiktirafan. Hanya pada tahap ke-4 pelajar perlu menghadiri latihan industri berkaitan bidang yang
dipilih di tempat yang tetapkan.

Tujuan progam yang dijalankan adalah untuk menyediakan tenaga kerja mahir terlatih dalam sektor
pertanian yang meliputi semua peringkat pekerjaan iaitu pekerja mahir, penyeliaan dan
pengurusan. Selain itu, hasil daripada program ini dapat melahirkan usahawan tani muda yang
berdaya saing, moden dan kreatif bagi mencapai negara yang berpendapatan tinggi. Mampu menjadi
platform kepada pelatih untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

5.2 PROGRAM BANTUAN KEWANGAN


Faktor utama sector pertanian kurang berkembang berbanding dengan negara-negara pertanian lain
seperti Thailand dan Filipina. Hal ini disebabkan sebilangan besar petani, penternak dan nelayan di
negara ini dihambat kemiskinan dan kekurangan modal. Sebagai implikasinya, mereka tidak mampu
membeli dan memiliki jentera-jentera berteknologi tinggi serta terkini, benih-benih yang bermutu dan
memperluas tanah pertanian. Langkah yang diambil untuk meningkatkan pendapatan dalam sector
pertanian, ternakan dan nelayan adalah dengan memberikan kemudahan kewangan kepada para
petani, penternak dan nelayan.

Dalam usaha memberikan peluang kepada para petani, penternak dan golongan nelayan dalam usaha
untuk memajukan kesemua sector secara komersial pemberian pinjaman oleh pihak-pihak yang
berkenaan merupakan langkah yang terbaik. Untuk itu, kerjaan harus memberikan peruntukan
kewangan kepada agensi-agensi kerajaan yang berkaitan seperti Agro Bank, Lembaga Pemasaran
Pertanian Malaysia (FAMA) dan Jabatan Perikanan Malaysia agar dapat membantu lebih ramai
golongan ini memperluaskan aktiviti mereka ini.

Tujuan program adalah mengenalkan tujuan agensi-agensi ini ditubuhkan kepada semua golongan.
Ini kerana segelintir golongan ini masih tidak mengenali perkhidmatan yang diberikan oleh agensi-
agensi ini. Dalam program ini, akan diperkenalkan pinjaman-pinjaman yang dapat dinikmati
golongan ini. Terdapat pelbagai pinjaman berdasarkan jenis perusahaan yang dibuat. Untuk itu
memerlukan beberapa syarat-syarat kelayakan yang harus dipatuhi oleh golongan ini. Dalam program
ini, golongan ini diberikan panduan berkaitan dokumen-dokumen yang diperlukan untuk mereka
memohon pinjaman ini.

Didalam program ini juga, akan diberi tunjuk ajar mengenai cara mengunakan pinjaman kewangan
yang diberikan. Turut akan diberi panduan mengenai cara mengurangkan kos pengeluaran dan
meningkatkan keuntungan. Mereka juga akan diberi pendedahan berkaitan teknologi masa kini dalam
bidang tersebut. Ini untuk memaksimumkan keuntungan yang akan diperoleh.

Secara umum, pinjaman kewangan untuk sektor pertanian, ternakan dan perikanan menetapkan
tingkat suku bunga lebih rendah dibandingkan sektor bukan asas tani. Hal ini dimaksudkan untuk
memacu pertumbuhan sektor pertanian, sekaligus mendorong pertumbuhan ekonomi sector ini. Dapat
dikatakan bahawa keberhasilan program kewangan bagi golongan ini merupakan salah satu unsur
pelancar bagi keberhasilan dalam program pembangunan sektor pertanian. Peranan pinjaman
kewangan bukan saja sebagai pelancar pembangunan, tetapi dapat juga menjadi unsur pemacu
adaptasi teknologi yang diharapkan mampu meningkatkan produksi, nilai tambah dan pendapatan
masyarakat.

Anda mungkin juga menyukai